Nama peserta :
Pang Hui Xuan
Kelas : 6H
Alamat e-mail :
[email protected]
Nama sekolah:
SJK(C)New Kota
Alamat sekolah:
Jalan Taib, Kota
Kecil,81900,Kota
Tinggi
Pendahuluan
Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan mempengaruhi
orang lain ke arah kebaikan . Menurut Universiti Conerstone , perlu ada lima
kriteria dalam diri jika berhasrat membina sifat kepimpinan yang hebat dalam
diri. Ini kerana sebagai pemimpin , kita akan sentiasa berada di barisan hadapan
baik dari segi budaya kerja, integriti dan sebagainya. Kalau inginkan peningkatan,
kita perlu bersedia untuk membuat perubahan. Menerima perkara baharu, mencuba
amalan baharu, melepaskan kepercayaan dan amalan lama walaupun ia selesa
tetapi tidak membawa kita ke mana - mana. Oleh itu, kalau hendak menjadi
pemimpin yang hebat, kerja mencari ilmu perlu diamalkan sehingga ke liang
lahad. Selagi hidup , kita perlu belajar perkara – perkara baharu , baik kemahiran ,
teknologi , pemikiran , konsep dan sebagainya yang ada hubung kait dengan apa
yang kita buat .
Pemimpin yang saya minati adalah Datuk Halimah Mohamed Sadique .
Saya membaca banyak maklumat tentang beliau melalui pelbagai jenis media ,
contohnya akhbar , majalah , facebook . Beliau telah memberi banyak sokongan
moral dan bantuan kepada rakyat negera . Ramai orang mengenali Datuk Halimah
Mohamed Sadique sebagai pemimpin yang berani dan lantang bersuara, tegas
dalam membuat keputusan , amanah dalam berkhidmat serta berdisiplin tinggi.
Beliau dapat memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang , teladan serta
mempunyai nilai integriti dalam diri.
Biodata Tokoh Pemimpin
Halimah Mohamed Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique dilahirkan pada 2 Februari 1962.
Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Tenggara pada 2008 hingga 2018
sebelum dicalonkan di Parlimen Kota Tinggi pada Pilihan Raya Umum
kali ke-14 dan memenangi kerusi terbabit . Beliau menyandang jawatan
Menteri Perpaduan Negara Malaysia bermula pada 10 Mac 2020.
Beliau terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pendapat amat
disegani ramai, pernah menjadi ADUN Pasir Raja selama sepenggal dan
ADUN Gunung Lambak sejak 1995 hingga 2004.
Pendidikan Datuk Halimah Mohamed Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique ialah seorang yang berpendidikan
tinggi serta berakhlak mulia.
Kerjaya Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau telah menyempurnakan
perasmian Program Malaysia
Prihatin: Memperkasa
Kepimpinan Komuniti Rukun
Tetangga Negeri Perak di Hotel
Kinta Riverfront, Ipoh, Perak.
Dalam majlis itu, beliau juga
melancarkan Program
Malaysia Prihatin: Komuniti
KRT-Vaksin, penyerahan Vest
Skim Rondaan Sukarela (SRS),
Walkie Talkie dan
penyampaian Mock Cheque
Geran KRT .
Kerjaya Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau telah memimpin Memorandum
Persefahaman (MOU) diantara
Kementerian Perpaduan Negara dan
Universiti Sains Malaysia di Universiti
Sains Malaysia , Pulau Pinang .
Melalui MOU ini kedua-dua pihak
bersetuju untuk menjalinkan kerjasama
dengan membangunkan Pelan
Merakyatkan Perpaduan dan Pelan
Tindakan Masyarakat India.
Dengan termeterainya MOU ini , kedua-
dua pelan yang akan dibangunkan ini
akan menjadi antara pelan susulan
tindakan komprehensif bersasar di bawah
Pelan Tindakan Perpaduan Negara
(PTPN) 2021-2025 yang merupakan
dokumen penting kerajaan dalam agenda
perpaduan.
Kerjaya Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau memimpin Kementerian Perpaduan
Negara untuk bekerjasama bersama
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat
Komuniti Perpaduan.
Kerjasama ini kedua-dua pihak bersetuju
untuk menjalinkan kerjasama melalui
inisiatif Program Gaya Hidup Sihat
Komuniti Perpaduan di bawah Kementerian
Perpaduan Negara dan inisiatif Agenda
Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di
bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kolaborasi strategik ini diharapkan akan
dapat memberi impak yang positif di
dalam usaha untuk meningkatkan
kesedaran, pengetahuan dan pengalaman
cara hidup sihat serta penjagaan dan
pengawalan kesihatan kendiri di peringkat
komuniti.
Kerjaya Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau telah mempengerusikan sesi mesyuarat
bersama 14 orang Ketua-ketua Badan Agama
Selain Islam di Kementerian Perpaduan
Negara. Ketua-ketua agama ini juga
merupakan Ahli Jawatankuasa HARMONI
yang diwujudkan pada 14 Ogos 2020 yang lalu.
Sesi perjumpaan ini adalah
merupakan platform bagi mengukuh dan
meningkatkan kefahaman mengenai
kepelbagaian agama, budaya dan adat resam
serta mengukuhkan lagi perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Perkara-perkara yang dibincangkan
dalam perjumpaan ini menjurus kepada
perkara-perkara yang berkaitan keharmonian di
antara agama. Selain itu , beliau juga
menyempurnakan penyampaian watikah
pelantikan kepada kesemua 14 orang Ahli
Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut
Agama (HARMONI) Selain Islam.
Sumbangan Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar - pelajar sekolah yang
diadakan di Dewan Sri Selatan , Felda Lok Heng Selatan.
Seramai 640 orang pelajar yang mana 480 orang pelajar daripada 6 buah
sekolah rendah dan 160 orang pelajar daripada 3 buah sekolah menengah yang berada
di dalam kawasan lokaliti Zon 1 menerima bantuan ini. Bantuan persekolahan ini
adalah berupa beg sekolah dan uniform lengkap persekolahan.
Beliau berharap bantuan persekolahan ini akan dapat meringankan bebanan
yang ditanggung.
Sumbangan Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan dan Starter Kit Tabika Perpaduan Kota
Tinggi. Majlis hari ini diadakan di Dewan Muafakat Johor, Taman Pasak Indah. Seramai 704 orang
pelajar menerima bantuan persekolahan ini yang mana 450 orang pelajar daripada 13 buah sekolah
rendah
Manakala seramai 254 orang pelajar pula daripada 3 buah sekolah menengah .
Bantuan persekolahan ini adalah berupa beg sekolah dan uniform lengkap persekolahan.
Beliau juga menyerahkan Starter Kit tabika kepada 6 buah Tabika Perpaduan mewakili 128 orang
murid di daerah Kota Tinggi.
Dalam masa yang sama Beliau berkesempatan melancarkan Program Malaysia Prihatin: Komuniti
KRT Vaksin Untuk Semua peringkat daerah Kota Tinggi.
Sumbangan Datuk Halimah Mohamed Sadique
Datuk Halimah Mohamed Sadique telah meminta seorang wakil iaitu Ustaz Yunus bersama
Ketua UMNO Cawangan Tanjung Sedili , Sdr Hashim Muhammad menyerahkan 1 unit
katil , tilam , diaper dan barangan keperluan asas kepada Pn Endun Binti A. Ghani
sekeluarga di kediamannya di Kampung Sri Gading.
Beliau mengharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan bebanan yang
ditanggung . Beliau juga turut mendoakan semoga Allah kurniakan kesembuhan dan
keafiatan kepada Pn Endun Binti A. Ghani.
Sumbangan Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau menghadiri Majlis Pelancaran Logo Baharu dan Starter Kit Tabika Perpaduan
dan Taska Genius Perpaduan di Tabika Perpaduan Apartment Presint 5 R1, Putrajaya.
Tabika Perpaduan ditubuhkan di dalam kawasan bandar dan pinggir bandar yang
mana murid-muridnya berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun. Ianya bertujuan untuk
memupuk semangat perpaduan dalam menghayati nilai-nilai perpaduan berlandaskan
Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan. Ianya juga sebagai persediaan awal menuju ke
alam persekolahan kelak.
Sumbangan Datuk Halimah Mohamed Sadique
Beliau bersama Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi , Sdr Muszaide Makmor meneruskan
misi bantuan banjir ke Kg. Johor Lama bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan
berupa barangan keperluan harian kepada 50 nelayan-nelayan di sini. Mereka ini tidak
boleh turun ke laut ekoran musim tengkujuh yang melanda.
Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang
1 Taat setia kepada agama , bangsa dan negara
Beliau seorang yang taat setia kepada agama .
Beliau sentiasa menjaga imej diri sebagai seorang
penganut agama Islam .
2 Sederhana
Beliau ialah seorang yang sederhana . Beliau
bersikap merendah diri dalam pergaulan , senang
didekat oleh rakyat tempatan .
3 Amanah
Beliau menjalankan tugas dengan penuh
komitmen , dedikasi dan rasa tanggungjawab
selaras dengan akur janji yang telah dilafazkan
sebagai menteri dan wakil rakyat .
Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi oleh
generasi sekarang
4 Penyayang
Beliau ialah seorang yang penyayang . Beliau
sentiasa mementingkan pendidikan kanak-
kanak . Beliau memberi banyak sumbangan
kepada tadika dan sekolah supaya
mengurangkan beban ibu bapa .
5 Berdisiplin
Beliau sentiasa mengawal diri dan perilaku
berdasarkan peraturan , prinsip dan nilai-nilai
murni . Beliau melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan tekun dan sentiasa
menjaga imej diri , organasi , perkhidmatan dan
negara .
6 Semangat berpasukan
Beliau mempunyai semangat kekitaan ,
bekerjasama , bertolak ansur dan sifat serta
kawan dan muafakat yang tinggi untuk
mencapai misi dan visi organisasi .
Penutup
Petik dari facebook Datuk Halimah Mohamed Sadique
Jangan kita buang pelita tatkala hari siang kerana malam akan tiba jua.
Jangan kita korbankan perpaduan tatkala merasakan segalanya baik belaka.
Kita penentu wajah perpaduan.
Dalam abad ke – 21, aspek kepimpinan menjadi satu faktor utama yang perlu
diberikan keutamaan . Keupayaan manusia memimpin hala tuju visi dan misi
sesebuah organisasi dan komuniti masih relevan dan diperlukan.
Kita haruslah menjaga disiplin diri. Kita haruslah sentiasa mengawal diri
dan perilaku berdasarkan peraturan , prinsip dan nilai – nilai murni . Kita haruslah
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan sentiasa menjaga imej
diri .
Kita hendaklah belajar bersungguh – sungguh serta rajin menyertai aktiviti
kokurilulum untuk menambah ilmu pengetahuan dan jati diri supaya kita dapat
berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat pada masa depan.
Kita haruslah belajar nilai – nilai murni yang ada pada pemimpin
negara kita supaya kita dapat memimpin organisasi atau rumah tangga dengan
berjaya pada suatu masa akan datang .
Sumber rujukan
https://www.sinarharian.com.my/article/106977/KHAS/Pendapat/Kepimpinan-berteraskan-nilai-
murni-sejagat
https://ejournal.ukm.my/pengurusan/article/view/12187
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/597687/pemimpin-dan-kesejahteraan-negara
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/11/217290/3-ciri-utama-perlu-ada-
pada-pemimpin
https://www.facebook.com/halimahsadique