The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarinazakariah80, 2021-03-29 10:24:47

minit kurikuum 1 2021

minit kurikuum 1 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
SK KAMPONG BAHARU REDANG PONGGOR
BIL 1/2021

TARIKH : 11 JANUARI 2021 (ISNIN)
TEMPAT
MASA : KELAS 1 BESTARI
: 11.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

HADIR :
1. Pn Norazua binti Kasim (Pengerusi)
Guru Besar

2. Pn Zarina binti Zakariah
GK Pentadbiran

3. Pn Zaihasra binti Zainul Rashid
GK HEM

4. En Yahya bin Farman
GK Kokurikulum

5. Pn Khadijah binti Yon
6. Pn Nor Azlina binti Mohd Hashim
7. Pn Samihah binti Ibrahim
8. Pn Fazilah binti Jusoh
9. En Zairul Hafizi bin Mohd Yunus
10. En Muhammad Nizamuddin Hilmi bin Hamsan
11. En Hairol Cabby bin Zakaria
12. En Muhammad bin Othman
13. En Moses a/l JSJ William

Tidak Hadir Bersebab :

Tiada

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Ucapan Aluan Pengerusi

Mesyuarat mengambil maklum:
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah.
1.2 Mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum Sekolah kali

pertama bagi tahun 2021.
1.3 Pada hari pertama persekolahan iaitu pada 20 Januari 2021 diharap semua guru,

murid dan warga sekolah mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Perhimpunan juga
tidak boleh dilaksanakan.
1.4 Diharap semua guri bersedia dengan pemantauan daripada Pengawai PPD dan
Pemeriksaan daripada Jemaah Nazir pada hari pertama persekolahan.
1.5 Buku teks murid akan mula dikutip pada jam 9 pagi hari pertama persekolahan.
1.6 Jumlah hari persekolahan bagi tahun 2021 ialah 192 hari. Sekolah juga tidak
digalakkan untuk mengambil cuti peristiwa.

1.7 Sususlan penutupan semua sekolah sepenuhnya mulai 9 November 2020, sekolah
telah melaksanakan PdPR sehingga hari terakhir persekolahan bagi tahun 2020.
Meskipun guru-guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun masih
terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan memberi impak terhadap
pembelajaran murid pada tahun 2021.

1.8 Sehubungan denganitu KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan
Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.

1.9 Diharap guru-guru dapat memahami dan menggunakan Penjajaran Kurikulum Versi
2.0 ini dan dilaksanakan semasa PdPc tahun 2021.

1.10 Guru-guru boleh dapatkan Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 ini di

laman web BPK.

Makluman

II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU.

Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah Bilangan 4 /2020 pada tarikh 18 Disember.2020
bertempat di Kelas 1 Bestari disahkan tanpa pindaan.

Cadangan pengesahan : Pn Nor Azlina binti Mohd Hashim

Sokongan : En. Yahya bin Farman

III. MAKLUM BALAS / PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

Mesyuarat mengambil maklum:

1.1 Para 6.1 Semua guru perlu menghantar RPH tahun 2020 untuk disimpan. Pastikan
guru mengikat dan meletakkan label nama dan disimpan didalam plastik yang
disediakan.

1.2 Para 6.2 Semua guru perlu menyerahkan rekod transit kepada Setiausaha PBD
2020.

Tindakan : Semua Guru

IV. AGENDA PROFESIONAL / ISU YANG DIBINCANGKAN

2. PEMBENTANGAN DATA PERLAKSANAAN PdPR 2020
Mesyuarat mengambil maklum:

2.1 Rujuk lampiran 1
2.2 Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana telah melaksanakan PdPR tahun 2020

semasa sekolah ditutup akibat pendamik Covid-19.
2.3 Terdapat beberapa ralat yang dapat dikesan seperti menulis bilangan murid yang salah

menyebabkan ada tanda negative(-), menggunakan id DELIMa orang lain dan yang
paling banyak ralat ialan menulis nama tidak menggunakan huruf besar dan tidak sama
dalam kad pengenalan.
2.4 Diharap guru lebih teliti semasa mengisi maklumat agar tidak berlaku ralat.

2.5 Selain itu, bilangan murid yang mengikuti kelas ramai tetapi bilangan murid yang

menghantar latihan terlalu sedikit hanya lebih kurang 40% murid dalam kelas.

2.6 Diharap selepas ini jika perlaku PdPR kita akan mencari kaedah yang lain agar lebih

ramai murid menghantar latihan.

Makluman

3. PEMBENTANGAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH TAHUN 2021

Mesyuarat mengambil maklum:

3.1 Semua guru merujuk Buku Pengurusan Sekolah tahun 2021 Bahagian Kurikulum
Sekolah.

3.2 Diharap semua guru menerima perlantikan dapat menjalankan tugas dengan penuh
komitmen dan bertanggungjawab, serta mengamalkan sikap proaktif, inovatif dan
kreatif bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan ke tahap yang cemerlang dan
terbilang.
Makluman

4. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pengajaran
Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) / CIDS)

4.1 DSKP setiap mata pelajaran yang diajar perlu ada pada setiap guru kerana ia sebagai
rujukan yang penting dalam melaksanakan PdPc. Guru-guru boleh dapatkan DSKP
daripada Ketua Panitia.

4.2 Semua guru perlu menyediakan RPT mengikut mata pelajaran yang diajar. RPT yang
dibina perlu mengikut kesesuaian murid. .

4.3 Bagi tahun 2021 guru-guru perlu memastikan RPT yang dibina mengikut Penjajaran
Kurikulum Versi 2.0 dan sisipan Penjajaran Kurikulum Versi 1.0 (jika tidak selesai pada
tahun 2020) pastikan dapat dihabiskan mengikut minggu pembelajaran yang telah
ditetapkan dalam takwim.

4.4 RPH semua guru diharapkan dapat menggunakan pelantar CIDS seperti tahun lepas.
Jika guru-guru menhadapi sebarang masalah boleh rujuk kepada En Cabby atau Puan
Zarina.

4.5 Bagi tahun 2021 ini RPH untuk minggu yang baru perlu dihantar selewat-lewatnya
pada hari Sabtu.
Tindakan : Semua Guru

5. Jadual waktu guru dan kelas
Mesyuarat mengambil maklum :

5.1 Jadual Waktu tidak dapat diserahkan pada hari ini kerana masih menunggu seorang
lagi guru baru. Waran guru sekolah ialah 13 orang tetapi yang ada hanya 12 orang.
Jadual waktu akan diserahkan selewat-lewatnya hari Isnin (18 Januari 2021).

6. Penilaian dan peperiksaan/PBD/ PBS
6.1 Penyelaras PBD diharap dapat melaksanakan Program Mantap PBD seperti yang

terdapat dalam Perancangan Strategik Sekolah.
6.2 Diharapkan semua guru telah selesai membaca buku panduan PBD Edisi ke-2.

6.3 Peperiksaan dan penilaian akan dijalankan bagi murid tahap 2 iaitu Ujian Mac, PPT
dan PAT.
Tindakan : Penyelaras PBD dan semua guru

7. Perancangan Strategik/Perancangan Taktikal/ Pelan Operasi
7.1 Diharap guru-guru dapat menyediakan pelan operasi mengikut tetapan yang telah

diberikan. Guru-guru diminta menyiapkan Pelan Operasi dibawah unit Kurikulum
sahaja dahulu.
7.2 Pelan operasi tersebut perlu diserahkan secara soft coppy sebelum 15 Januari 2021.

Tndakan : Semua Guru
8. Pengurusan panitia
8.1 Semua Ketua Panitia perlu memastikan fail lengkap dengan maklumat tahun semasa

sebelum 29 Januari 2021.
8.2 Dalam mesyuarat panitia perlu dibincangkan berkaitan kewangan (PCG).Ketua Panitia

perlu merancang pembelian dan pembelian barang perlu secara berhemah serta
digunakan secara optimum.
8.3 Panitia perlu merancang RPT mengikut Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 dan
sisipkan topik yang tidak dapat diselesaikan pada tahun 2020 mengikut Dokumen
Penjajaran Kurikulum 1.0
8.4 Panitia juga perlu membincangkan PBD berkaitan dengan intervensi yang perlu
dilaksanakan kepada murid yang mencapai TP1 dan TP2.
8.5 Panitia juga perlu membincangkan progam minggu panitia yang akan dijalankan untuk
murid dan guru seperti yang telah ditetapkan dalam Takwim sekolah.
8.6 Panitia juga perlu merancang Ladap untuk diberikan kepada guru-guru panita masing-
masing.

Tindakan : Ketua panitia

9. Pusat Sumber
9.1 Semua guru adalah AJK PSS. Agihan tugasan Jawatankuasas PSS akan

dimaklumkan pada mesyuarat pertama bagi tahun 2021 nanti.
9.2 Diharap penyelaras PSS akan merancang aktiviti yang sesuai dan dapat menarik minat

murid untuk membaca.
9.3 Selain itu, diharapkan juga Penyelaras PSS dapat menjadikan PSS menjadi PSS abad

ke 21.

Tindakan : Penyelaras PSS

10. Prasekolah

Mesyuarat mengambil maklum :

10.1 Bilangan murid Prasekolah pada tahun ini ialah 11 orang. Murid berumur 5

tahun seramai 3 orang (1 Lelaki/ 2 perempuan) manakala murid 6 tahun ialah 8 orang

(6 lelaki / 2 perempuan)

Makluman

11. Pemulihan khas
11.1 Rujuk Lampiran.
11.2 Diharap guru-guru Bahasa Melayu dan Matematik yang mengajar murid-

murid tersebut dapat membantu dan membimbing murid tersebut secara
optimum agar dapat menguasai 3M.

Tindakan : Semua guru Bahasa Melayu dan Matematik

12. Transisi 2021
12.1Guru-guru yang mengajar tahun 1 diharap dapat meihat dan memahami Kit

Transisi yang telah diberikan oleh KPM.
121.2 Pn Nor Azlina sebagai penyelaras Tahun 1 akan menyediakan Jadual

Program Orentasi tahun 1, bermula 20 Januari hingga 29 Januari 2021.
Tindakan : Penyelaras Transisi dan Guru- guru Tahun 1

V. HAL-HAL LAIN
Mesyuarat mengambil maklum:
13.1 Pengerusi menyatakan tahun 2021 merupakan cabaran guru untuk
melaksanakan PdPc berikutan berlakunya pandemik Covid-19. Diharap guru-
guru dapam melksanakan PdPc secara optimum untuk membantu murid-
murid menguasai DSKP yang telah ditetapkan.
Makluman

VI. UCAPAN PENANGGUHAN
Mesyuarat mengambil maklum :
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menunjukkan
kesungguhan dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi 2020. Pengerusi berharap
semangat seorang pendidik akan ditunjukkan sepanjang sesi 2021 bagi memantapkan
akademik sekolah serta merialisasikan visi dan misi sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 .30 tengah hari.

Disediakan oleh:
Setiausaha Kurikulum Sekolah
SK Kampong Baharu Redang Ponggor Bil 1 Tahun 2021
15 Januari 2021

Disemak oleh:
Pn Norazua binti Kasim
Guru Besar
SK Kampong Baharu Redang Ponggor


Click to View FlipBook Version