The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alif asriq, 2020-10-28 07:08:24

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN KUMPULAN 3 (1)

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN KUMPULAN 3

MPU23012 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN (DET2A)

TAJUK: KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

PENYARAH:ENCIK MIOR ISKANDAR BIN MIOR
AZIZAN

NAMA NO.MATRIK

HAMMAD NAJMI 15DET19F2014

NAJMUDDIN BIN IZANI

MUHAMMAD ALIF 15DET19F2001 1
ASRIQ BIN IBRAHIM 15DET19F2007

MUHAMMAD
NASRULLAH BIN
FADZIL

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT
1.0 3
PENGENALAN BUDAYA &
2.0 PERPADUAN 4

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

3.0 JENIS JENIS KE BUDAYAAN 5-6
DI MALAYSIA 7-15

3.1 KEUNIKKAAN 16
KEBUDAYAAN KAUM KAUM 17
DI MALAYSIA
I. PAKAIAN TRADISIONAL
II. PERAYAAN

4.0 KEPENTINGAN
KEBUDAYAAN DALAM
PERPADUAN

5.0 PENUTUP

2

1.0 Pengenalan Budaya &
Perpaduan

[per.pa.duan] | ‫ڤرڤادوان‬
Definisi : keadaan atau hal berpadu atau persatuan.

[bu.da.ya] | ‫بودايا‬
Definisi : 1. tamadun, peradaban, kemajuan fikiran,mengajar atau
mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya berfikir
secara ilmiah bertujuan utk masyarakat
2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya
kebudayaan keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara
bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan
dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat.

3

2.0 Ciri-ciri kebudayaan

CIRI-CIRI BUDAYA

Antara ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia
adalah seperti:

i. Merupakan perkongsian suatu
masyarakat
ii. Diperolehi melalui proses pembelajaran
iii. Tidak dapat berpisah dengan bahasa
iv. Kewujudan nilai-nilai tertentu
v. Mengikut keadaan bentuk muka bumi
vi. Diwarisi secara turun temurun

4

3.0 Jenis Kebudayaan yang
terdapat di malaysia

1.MELAYU

▪ Merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia
▪ Beragama islam dan mengamalkan kebudayaan

Melayu.
▪ Berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan

Melayu
▪ Orang Melayu terkenal kerana peramah dan

budaya seni mereka yang sangat kaya.

5

2.INDIA

▪ Merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di
Malaysia

▪ Beragama hindu .
▪ Merupakan salah satu kaum yang telah menyumbang

ke arah pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia

3.CHINA

▪ Merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di
Malaysia

▪ Beragama Buddha .

▪ Malaysia dan China telah mempunyai hubungan
politik dan perdaganggan sejak berabad dahulu.

6

3.1
Keunikan kebudayaan kaum-
kaum di Malaysia

a. PAKAIAN
TRADISIONAL

I.BAJU MELAYU

Baju Melayu merupakan
pakaian kebangsaan bagi
kaum lelaki di Malaysia.
Busana ini selalu dipakai
ketika majlis-majlis
keagamaan dan majlis rasmi.
Pakaian ini kebiasannya
dilengkapi dengan kain
sampin dan juga songkok.
Baju Melayu asalnya hanya
mempunyai dua jenis iaitu
baju Cekak Musang dan baju
Teluk Belanga.

7

II.BAJU KURUNG

Baju kurung pakaian
tradisional untuk wanita
Melayu. Ia menjadi pakaian
rasmi untuk
negara Malaysia dan Brunei,
juga boleh didapati
di Indonesia, Singapura dan Tha
iland. Sesuai dipakai oleh semua
golongan masyarakat tidak
mengira usia. Baju Kurung juga
digunakan untuk menghadiri
majlis perkahwinan, majlis
agama, dan majlis rasmi. Di
Malaysia, secara amnya seluruh
wanita melayu memakai baju
kurung sebagai pakaian tradisi
ini termasuk pakaian rasmi
pelajar sekolah rendah dan
menengah.

8

III.JUBAH LABUH
Pakaian Jubah Labuh merupakan
satu jenis baju tradisional yang
biasa dipakai oleh lelaki bangsa
Cina semasa Tahun Baru Cina.
Kebanyakkannya masih
dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan
broked yang berwarna terang
dengan ragam hias benang emas
dan perak.

.

9

IV.CHEONGSAM

Pakaian tradisional yang
terkenal dalam kalangan
wanita kaum Cina
ialah Cheong Sam. Cheong
Sam mempunyai leher
yang tinggi, butang pada
bahagian bahu, bentuk yang
sendat pada pinggang dan
belahan di kiri dan kanan kain.
Cheong Sam biasanya
diperbuat daripada kain sutera,
satin dan lain-lain jenis kain
lembut. Cheong Sam juga
merupakan baju yang anggun
serta dilihat pada hari ini
sempena Tahun Baru Cina.

10

V.Pakaian Warga Lelaki :
DHOTI
Dhoti merupakan pakaian
tradisional orang lelaki dalam
kaum India. Dhoti juga
merupakan hasil tenunan yang
ditenun menggunakan benang
kapas ( Cotton ) dan ada juga
dhoti yang ditenun khas
dengan benang silk. Pemakai
paneldbhagoatiijcuagraa.mCBleiecmrkiktpouuatndayddatiaexlat h
beberapa contoh pemakaian
dhoti.

11

VI. Pakaian warga ETNIK TELEGU
perempuan : SARI

Sari merupakan pakaian
tenunan khas yang dipakai
oleh semua kalangan orang
India. Sari diubahsuai untuk
menjadi pakaian kepada
golongan kanak-kanak dan
remaja. Sari juga dipakai
mengikut kehendak dan ia
dapat menunjukkan
kumpulan keturunan seseoran
g wanita India.

ETNIK TAMIL ETNIK BRAHMIN

12

B. PERAYAAN

I. HARI RAYA AIDILFITRI

Perayaan Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan
Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan
Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa
pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada
sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum
1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya
disambut dengan penuh kesyukuran. Penduduk Islam di
Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur
diikuti sembahyang sunat hari Raya dan bermaaf-maafan
serta kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu
datang berkunjung dan disajikan dengan pelbagai hidangan
tradisional yang lazat seperti lemang,ketupat,kuih bahulu
dan sebagainya.

13

II. TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun
baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12
binatang yang menaVungi kalendar meraka iaitu tikus, lembu,
harimau, arnab,naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan,
dan babi. Setiap binatng ini memberi signifikan dan tuahnya
tersendiri. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga
berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama. Tujuannya
adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama kelurga. Ahli
keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘Angpau’
kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga.
‘Angpau’ membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan,
ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah
wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian
yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina. Sepanjang
Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah
ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka
yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahin
Baru Cina ialah Chap Goh Meh.

14

III. DEEPAVALI

Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya
dirayakan pada bulan gelap bernama ‘Aippasi’ pada bulan Oktober
atau November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, meraka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat
Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit
minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di
rumah atau di kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke
rumah kaum keluarga. Kebiasannya, surirumah akan menyediakan
kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila
berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan
rumah, ‘Rangoli’ iaitu kolam yang dibuat daripada tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.

15

4.0 Kepentingan kebudayaan
dalam perpaduan

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN

➢ Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di
Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam
usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

➢ Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan
negara.

16

Perpaduan

Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia
kerana kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan
kaum yang berbilang-bilang bangsa. Pada zaman dahulu,
penjajah British telah membawa masuk kaum Cina dan India
untuk kepentingan mereka sendiri dalam usaha
mengeksploitasi ekonomi yang mewujudkan jurang sosial dan
ekonomi yang amat besar antara ketiga-tiga kaum terbesar di
Tanah Melayu. Namun kini, masyarakat yang berbilang
bangsa telah berjaya mengasimilasikan budaya masing-masing
untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu teguh
dan bersatu hati persis peribahasa bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

17

kesimpulan

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memahami dan
mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di
negara ini tolak ansur antara kaum demi perpaduan. Perpaduan ini
amat penting bagi sesebuah negara untuk membentuk negara yang
maju dan pesat membangun. Keamanan juga dapat dikekalkan
apabila semangat perpaduan diamalkan di Malaysia . Setiap kaum
perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan
datang bagi menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran untuk
membentuk negara bangsa Malaysia yang mantap.

18


Click to View FlipBook Version