The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinurain, 2022-11-26 04:13:17

Globalisasi kumpn2

Globalisasi kumpn2

Siri Politeknik Mukah

Budaya

GLOBALISASI
"Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara"

SITI NUR AIN BINTI MULIONO
AMYLIANA DARA BINTI MOHAMMAD

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Alhamdulilla. Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya, kami dapat menyempurnakan tugasan e-majalah yang bertajuk
“Globalisasi” dengan jayanya.

Di atas kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
sekalung penghargaan kepada Puan Dayangku Farah Azeila Binti Awg
Mohammat kerana telah memberi tugasan ini kepada kumpulan kami untuk
mengkaji dan mengupas lebih dalam tentang tajuk yang diberikan. Selain itu,
kami juga ingin berterima kasih kepada Puan kerana telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan berkaitan penyiapan e-folio mengikut kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak telah membantu
kami untuk menghasilkan satu e-folio dengan jayanya. Daripada tugasan ini,
kami dapat mengetahui pengetahuan am tentang perkembangan globalisasi
terhadap masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Bukan itu sahaja, kami juga
mendapati bahawa terdapat banyak kebaikan serta keburukan perkembangan
globalisasi ini yang berkembang dari semasa ke semasa. Semoga tugasan ini
dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita serta melahirkan insan yang
terdidik dan cemerlang pada masa akan datang. Akhir kata, kami mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
penghasilan e-folio kami ini.

KANDUNGAN

01 PENGENALAN 09 KESAN GLOBALISASI TERHADAP
02 DEFINISI ISTILAH MASYARAKAT ISLAM

09 - 11 KESAN TERHADAP AGAMA

12 KESAN TERHADAP SOSIAL
DALAM MASYARAKAT

03 FAKTOR-FAKTOR 13 KESAN TERHADAP
GLOBALISASI EKONOMI

03 PENGARUH SOSIAL BARAT

04 PENGARUH EKONOMI LANGKAH MENGATASI PENGARUH
BARAT 14 GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT

05 PENGARUH KESENIAN ISLAM
BARAT
14 KEMUDAHAN MEDIA SOSIAL
06 PENGARUH GLOBALISASI
TERHADAP ISLAM 15 MEMBERI DIDIKAN AGAMA

07 PENGARUH PEMIKIRAN 16 PENGURUSAN EKONOMI
BARAT

PENGARUH 17 PENUTUP
08 PEMBANGUNAN DAN 18 BIBLIOGRAFI
19 - 21 LATIHAN PENGUKUHAN
TEKNOLOGI BARAT

PENGENALAN

Globalisasi merupakan satu proses Selain itu, globalisasi juga ditakrifkan sebagai
perubahan yang berlaku dalam satu proses perhubungan yang kompleks antara
kehidupan kita pada hari ini. masyarakat, budaya, institusi dan juga individu
Ia bermaksud kehidupan kita pada di seluruh dunia. Ianya juga bertindak dalam
zaman dahulu berbeza berbanding pelbagai kapasiti seperti pembekal dana,
dengan zaman sekarang. Secara peneroka peluang perniagaan baharu untuk
umumnya, kita dapat melihat bahawa pengusaha dan pemodal dari Barat serta
globalisasi ini membawa pelbagai dijayakan melalui media massa dunia untuk
perubahan kepada kita terutama menyampaikan mesej globalisasi.
kepada generasi muda yang kian
membesar. Antara contoh aspek yang
terkesan dengan proses globalisasi ini
adalah dari segi ekonomi, politik,
sosial dan juga hiburan. Gelombang
globalisasi yang melanda masyarakat
kini turut membawa kebaikan dan
keburukan.

01

DEFINISI mukmin
ISTILAH
1 0 orang yang beriman kepada
01 bersekedudukan Allah
tinggal bersama (seperti
suami isteri) tanpa nikah 1 1 kompetensi
kecekapan

02 gay 1 2 progresif
03 lelaki yang mempunyai tarikan menuju kea rah kemajuan
04 seksual terhadap kaum
05 sejenisnya, lelaki homoseksual
06
lesbian 13 Toleran
perempuan yang mempunyai sedia menghormati atau
tarikan seksual terhadap kaum menerima pendapatan
sejenisnya, perempuan
homoseksual 14 dinamik
mampu membuat penyesuain
alternatif serta menerbitkan
satu pilihan antara dua pembaharuan dan kemajuan
kemungkinan

kapitalisme 15 khalifah
sistem ekonomi dan syarikat yang ketua (pemimpin)
digalakkan bersaing antara satu
dengan lain untuk membuat
keuntungan

sekularisme 1 6 kompleks
menolak nilai-nilai keagamaan rumit, sulit
dalam kehidupan sosial manusia

07 pornografi 17 sosialis
08 bahan yang bertujuan untuk orang menyokong sosialisme-sistem
09 membangkitkan nafsu seks atau organisasi sosial yang menganjurkan
lucah supaya sumber-sumber kekayaan
seperti pengeluaran, tanah, modal,
ajnabi dan sebagainya
lelaki (bukan saudara dekat) yang
saksama
1 8sah dikahwinkan dengan seseorang berperasaan pilih kasih, berpatutan,
munasabah
perempuan

ideologi 1 9 terjejas 02
ajaran yang dipakai atau yang berkurang,merosot
dicita-citakan untuk dasar
pemerintahan

FAKTOR GLOBALISASI:

PENGARUH SOSIAL
BARAT

Masyarakat Barat mengamalkan sosial
kekeluargaan yang tidak sesuai diamalkan oleh
masyarakat kita. Sebagai contoh, merekamula
mengiktiraf bersekedudukan tanpa akad nikah,
pasangan sejenis iaitu gay dan lesbian,
keibubapaan tunggal dan lain-lain. Perkara-
perkara tersebut amat tidak sesuai sama sekali
dengan masyarakat Islam di Malaysia.

Barat cuba mencari alternatif lain
menggantikan institusi kekeluargaan dan
antara alternatif yang dicadangkan ialah
bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis,
keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok
dan didikan anak secara profesional. Perkara
ini melanda masyarakat timur termasuk
Malaysia secara perlahan-lahan, namun
institusi kekeluargaan masyarakat Islam di
Malaysia masih utuh dengan berlandaskan
Islam.

03

PENGARUH EKONOMI
BARAT

Masyarakat Barat telah mengamalkan sistem
ekonomi secara kapitalis iaitu faedah (riba)
sebagai asasnya. Contohnya dalam berhutan,
penghutang dikenakan faedah sebanyak
beberapa peritus dari jumlah yang dipinjam.
Ini sebenarnya menindas penghutang dengan
faedah yang dikenakan. Barat juga
memperkenalkan sistem ekonomi sosiolis
iaitu produk dan pendapatan akan menjadi
milik kerajaan. Hal yang demikian kelihatan
berat sebelah.

Oleh itu, undang-undang buruh ditubuhkan
untuk melindungi hak pengusaha agar
kelihatan lebih saksama. Seterusnya, sistem
Ekonomi Campuran juga diperkenalkan.
Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi
sosialis dan kapitali. Ekonomi masyarakat
Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa
semasa pemerintahan barat yang
mengamalkan dasar “pecah dan perintah”.
Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan
ekonomi antara orang Melayu, Cina dan
India.

04

PENGARUH KESENIAN
BARAT

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai
antaranyakumpulan artis yang beraliran rock, balad, pop, jazz dan lain-lain.
Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan
barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia.
Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke
h.ari ini. Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang
dibina dengan reka bentuk yang dianggap moden oleh orang remain.
Contohnya, Menara Berkembar Petronas yang dibina dengan berkonsepkan
silinder yang diideakan oleh barat.

05

PENGARUH GLOBALISASI
TERHADAP ISLAM

Dalam aspek budaya, globalisasi telah cara hidup dan berfikir masyarakat Barat
memaksakan budaya hidup masyarakat ditonjolkan dengan berleluasa, maka hari
Barat ke atas masyarakat lain. Dalam ini kita dapati budaya hidup dan cara
konteks masyarakat Malaysia berfikir masyarakat Barat telah mengatasi
umpamanya, jika dahulu masyarakat cara hidup dan berfikir masyarakat
Melayu Islam di Malaysia mempunyai Melayu-Islam di Malaysia.
adat budaya yang tersendiri. Namun
oleh kerana pengaruh globalisasi yang 06
membolehkan -

PENGARUH PEMIKIRAN BARAT b) Rasionalisme
Mengajak masyrakat berfikir secara logik
Pemikiran Barat yang dinamakan dan menolak segala yang bertentangan
sekularisme iaitu suatu fahaman falsafah dengan logik akal. Lantaran itu,
yang memisahkan pemikiran dan aktiviti kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam,
kehidupan beragamadalam semua aktiviti akhirat, syurga, neraka dan sebagainya
kehidupan bermasyarakat dan bernegara perlu ditolak.
ialah fahaman induk kepada seluruh
fahaman moden. Pelbagai fahaman yang c) Liberalisme
dibawa oleh Barat: Mengajak masyarakat berfikiran secara
bebas. Bersikap terbuka menerima apa
a) Modenisme sahaja pemikiran dan budaya tanpa
kawalan peraturan agama dan adat tradisi.
Mengajak masyarakat meninggalkan segala
amalan tradisional ke arah hidup secara 07
moden. Maka agama juga mesti diubah
supaya selari dengan pemikiran moden.

EXPLORING
THE DESERT

PENGARUH PEMBANGUNAN DAN
TEKNOLOGI BARAT

Penciptaan televisyen banyak Majalah-majalah Barat mempamerkan
gejala-gejala negatif seperti keganasan,
mempengaruhi kehidupan seharian pornografi, dan budaya hidup yang tidak
sihat seperti “black metal”, “punk”, dan
manusia. Marican dan Mohamed (1995) sebagainya. Kesemua ini telah menjadi
bahan bacaan -
menyatakan bahawa pengaruh media
dan tontonan yang amat digemari oleh
massa ke atas gejala sosial remaja remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah
ruah di Malaysia melalui media massa.
sememangnya ketara. Contoh media dinafikan tamadun negara ini diancam
oleh imperialisme budaya Amerika.
massa ialah surat khabar, majalah, radio, Filem dan siri televisyen Amerika
mengetengahkan gaya ikutan (role
televisyen dan tayangan video. model) yang menjadi ikutan rakyat
negara ini terutamanya golongan remaja.

08

KESAN TERHADAP AGAMA: KESAN
GLOBALISASI
Pemakaian
TERHADAP
MASYARAKAT

ISLAM

Kesan berlakunya pengaruh globalisasi Oleh yang demikian, penganut agama
menyebabkan agama Islam tercemar. Umat lain pasti akan mentertawakan umat
Islam akan dipandang hina kerana Islam yang begitu mudah
mengikuti budaya barat yang memakai dimanfaatkan terutama bagi
pakaian bebas dan tidak menutup aurat. sesetengah individu yang kurang
Pakaian yang dahulunya sopan dan mendalami ilmu agama. Mereka akan
menutup aurat semakin lama tidak lebih cenderung untuk melakukan hal
melambangkan ciri-ciri Islam yang sedemikian terutama para wanita
sebenar. Hal ini disebabkan kerana seiring yang bertudung singkat dan tidak
dengan kemajuan dunia, masyarakat Islam menutup dada.
sering terpengaruh dengan budaya barat
yang begitu asyik mengejar pujian dan
kemodenan.

09

KESAN

GLOBALISASI

TERHADAP

KESAN TERHADAP AGAMA: MASYARAKAT
ISLAM
Ajaran Sesat


Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila
muncul aksi-aksi viral yang menyalahi
Sejajar dengan kemajuan globalisasi, syariat Islam seperti aksi menyembah
terdapat sekelompok umat Islam yang pokok yang dipercayai dapat
mengambil keputusan tidak berfikiran memberikan rezeki melimpah ruah.
panjang mengikuti budaya yang diamalkan Mereka yang tidak mempunyai akidah
oleh penganut agama bukan Islam. Kini, yang mantap akan langsung
teknologi perhubungan yang tiada sempadan mempercayainya serta melakukan
memudahkan ideologi-ideologi agama yang perbuatan tersebut. Hal ini bukan
sesat dan bukan berdasarkan al-quran atau sahaja merosakkan akidah mereka
hadis masuk ke dalam diri umat Islam. tetapi akan juga merosakkan imej
Individu yang tidak mempunyai ilmu agama agama Islam yang dibina atas keimanan
yang mendalam akan mudah disesatkan oleh dan ketakwaan kepada Allah SWT
sesiapa sahaja yang berniat jahat untuk semata-mata.
menyesatkan umat Islam.

10

KESAN

GLOBALISASI

TERHADAP

KESAN TERHADAP AGAMA: MASYARAKAT
ISLAM
Akhlak




Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen
seperti melalui aplikasi Netflix, iQiyi, Kflix dan sebagainya. Budaya liar ini
langsung tidak ditapis dan diselitkan di dalam adegan-adegan dalam setiap
film dan siri televisyen yang dicipta oleh mereka dari segi perkataan
mahupun perbuatan yang tidak senonoh. Hal ini menyebabkan generasi muda
terikut-ikut akan nilai-nilai negatif sehingga budaya Barat telah menjadi
dominan yang menyebabkan budaya tempatan yang murni akhirnya terhakis

dalam diri remaja masa kini. Tanpa kita sedari anak tempatan kita kini telah

hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya.

11

KESAN TERHADAP KESAN
SOSIAL DALAM GLOBALISASI
MASYARAKAT:
TERHADAP
MASYARAKAT

ISLAM

12

KOMUNIKASI PERGAULAN

Globalisasi memudahkan kita untuk Kebanyakan umat Islam tidak tahu untuk
bersosial dengan sesiapa sahaja di mengawal ataupun menjaga batas-batas
setiap pelosok dunia. Oleh itu, pergaulan mereka terutama antara perempuan
masyarakat Islam tidak terkecuali dan kaum ajnabi kerana budaya Barat
dalam bersosial dengan pelbagai mengamalkan bercampur-gaul sesama mereka
masyarakat di luar sana yang berbeza semaksima mungkin. Mereka yang berkenalan
negara, budaya, dan bahasa. Terdapat di alam maya juga cenderung untuk melakukan
pelbagai aplikasi yang boleh hal-hal yang tidak berfaedah dan lebih parah
digunakan dalam berkomunikasi lagi apabila mereka baru sahaja berkenalan
dengan mereka seperti Facebook, tetapi sudah mengambil keputusan untuk
Instagram, Twitter dan sebagainya. berjumpa tanpa mengetahui latar belakang
seseorang. Keadaan ini boleh mengundang
perkara yang tidak baik berlaku termasuklah
jenayah seperti menipu, merompak, merogol
dan membunuh.

12

KESAN TERHADAP KESAN
EKONOMI: GLOBALISASI

TERHADAP
MASYARAKAT

ISLAM

PERSAINGAN PRODUK

Produk tempatan yang melibatkan usaha rakyat kita terjejas dengan kemasukan
produk dari negara-negara luar. Lambakan produk dari negara-negara luar
menyebabkan pengguna membeli produk tersebut dalam kuantiti yang banyak
kerana mereka lebih menggemari produk yang bertaraf antarabangsa. Oleh itu,
permintaan terhadap produk tempatan akan terjejas.

Contohnya, produk tempatan yang dihasilkan oleh industry kecil dan sederhana
(IKS) oleh usahawan tempatan mengalami persaingan yang hebat dengan
syarikat anatarabangsa. Hal ini merupakan tercetusnya persaingan yang hebat
sehingga menyebabkan produk tempatan yang tidak dilindungi mengalami
kerugian dan pengusaha perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi bersaing
dengan produk dari negara luar.

13

LANGKAH MENGATASI
PENGARUH GLOBALISASI
TERHADAP MASYARAKAT
ISLAM

KEMUDAHAN
MEDIA SOSIAL

Kemudahan media sosial juga mestilah
digunakan sebagai satu medan dakwah bagi
menyampaikan ajaran Islam dan menyampaikan
nilai-nilai murni kepada masyarakat seluruh
dunia.

Pada zaman kini, kita dapati hanya masyarakat
Barat yang sangat aktif meggunakan kemudahan
teknologi perhubungan dan komunikasi
termasuklah menyebarkan gaya hidup, pola
berfikir dan sistem nilai mereka kepada
masyarakat di negara lain. Hasilnya, kita dapati
gaya hidup Barat semakin meluas diterima di
seluruh dunia termasuk di kalangan masyarakat
Islam.

14

MEMBERI
DIDIKAN
AGAMA

Memberi didikan agama yang
secukupnya kepada anak-anak amat
penting dalam membentuk dan
mendidik mereka untuk menjadi insan
yang soleh dan solehah, ibu bapa
merupakan contoh yang paling utama
dalam hal akhlak dan penghayatan
nilai islam. Umat Islam juga perlulah
berusaha untuk meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah dalam kehidupan seharian kita.
Hal ini demikian supaya kita
terpelihara daripada melakukan
maksiat dan perkara yang tidak
diredhai oleh Allah.

Pengaruh globalisasi yang tidak baik
ini jelas akan meruntuhkan akhlak
seseorang individu seperti mengikut
budaya Barat yang suka akan muzik
dan hiburan yang melampau. Ibu bapa
haruslah mendidik anak-anak mereka
sejak kecil lagi dengan memberi
didikan agama dan akhlak yang baik
supaya mereka menjadi seorang yang
berguna kepada agama, negara dan
masyarakat.

15

PENGURUSAN
EKONOMI

Allah Swt mengharamkan hambanya dari terjebak
dengan segala mumalah yang terdapat padanya riba.
Riba bermaksud pertambahaan yang dikenakan pada
perkara tertentu. Pertambahan yang dimaksudkan
boleh berlaku pada aktiviti hutang dan jual beli.
Malaysia merupakan model tertunggul di Asia
Tenggara yang menerajui sistem kewangan islam.
Masyarakat islam di Malaysia mempunyai pelbagai
produk dan perkhidmatan kewangan islam mengikut
kehendak dan keselesaan masing-masing. Antara
penyelesaian untuk mengelak riba yang boleh
dibincangkan, termasuklah:
1. Jauhi ceti haram dan melanggan produk serta
perkhidmatan di perbankan islam sahaja.
2. Melanggan takaful (insurans islam) dan
bukan insurans konvensional
3. Tidak terlibat dalam pelaburan forex yang
ditawarkan di internet secara maya

16

PENUTUP

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengaruh globalisasi
terhadap Islam ini perlu diatasi dengan segera. Semua pihak
harus memainkan peranan dalam membendung masalaih ini.
Oleh itu, untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
dalam bidang kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran perlu
dihadapi dengan iman dan keterampilan dalam pelbagai
bidang ilmu. Mereka memainkan peranan yang kritikal
untuk pembangunan negara.
Apa yang penting ialah tebinanya generasi kepimpinan baru
yang menggabungkan sifat mukmin dengan mudah tahap
profesionalisme dan kompetensi yang tinggi. Dengan sifat
kehambaan terhadap Allah dan sifat kekhalifahan dalam
tugasan, maka akan terbinalah Malaysia sebagai negara
Islam yang progresif, toleran dan dinamik. Kita mesti
memastikan dua prinsip iaitu hamba dan khalifah terus
digemblingkan dalam gagasan menjadi cemerlang, gemilang
dan terbilang.

17

BIBLIOGRAFI

SitiHajar.2016.KesanGlobalisasi.
https://www.slideshare.net/hajarraudhah/kesan-globalisasi-
65007393

GOAY.2009.Kesan Globalisasi.
https://goaypastpm.wordpress.com/2009/09/27/karangan-kesan
globalisasi/

Nurwahida.2020.GLOBALISASI.
https://anyflip.com/yaops/wfhu/

SYAFIQAH.2020.Efolio PENGAJIAN ISLAM.
https://anyflip.com/oyjw/xzky/basic

stpmstudy.2013.Kesan-kesan Globalisasi.
https://eseispmstpm.blogspot.com/2013/11/kesan-kesan-
globalisasi.html?m=1

MohammadYaqin. 2013.Pengaruh Barat dalam kebudayaan
melayu. https://www.slideshare.net/5015/pengaruh-barat-dalam
kebudayaan-melayu

Marican dan Mohamed(1995)

18

LATIHAN
PENGUKUHAN

SUBJEKTIF

1 Nyatakan 3 faktor globalisasi 2 Berikan langkah-langkah
pada zaman kini? untuk mengatasi masalah
i) globalisasi terhadap
ii) masyarakat Islam. Huraikan.
iii)

3 Pemikiran Barat yang dinamakan sekularisme iaitu suatu
fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan aktiviti
kehidupan beragama dalam semua aktiviti kehidupan
bermasyarakat dan bernegara ialah fahaman induk kepada
seluruh fahaman moden. Apakah 3 fahaman yang dibawa oleh
Barat?


5 Apakah maksud

4 modenisme?

Jelaskan kesan globalisasi 19
terhadap agama.

1 Kesan globalisasi telah memberi pengaruh negatif terhadap LATIHAN
masyarakat islam. Apakah kesan tersebut? PENGUKUHAN

i. Umat islam akan dipandang hina OBJEKTIF
ii. Tidak tahu menjaga batas pergaulan antara perempuan dan
kaum ajnabi
iii. Boleh bermain tiktok
iv. Berkawan dengan orang beriman

A. i,ii dan iv
B. ii dan iii
C. i dan ii
D. i,ii,iii dan iv

2 Kemudahan media sosial ialah salah satu langkah untuk
mengatasi masalah globalisasi terhadap masyarakat islam
dengan menjadikan medan dakwah bagi menyampaikan
ajaran islam kepada seluruh dunia. Apakah langkah lain
untuk mengatasi masalah globalisasi?

A. Memberi didikan yang secukupnya untuk anak-anak
supaya menjadi insan yang soleh dan solehah
B. Memberi ajaran tentang cara menari di TikTok
C. Berkawan dengan rakan yang menggunakan baju
mengikut trend Barat
D. Menggunakan teknologi dan mengikut gaya hidup Barat

3 Berikut merupakan pengaruh Barat yang menyebabkan
berlakunya globalisasi kecuali

A. Mendidik anak-anak supaya manjadi anak soleh dan
solehah
B. Hidup sebumbung dengan pasangan tanpa nikah
C. Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis iaitu riba
D. Mempamerkan gejala negatif seperti black metal dan
punk

20

LATIHAN 4 Maksud kaum ajnabi ialah
PENGUKUHAN
A. Sepupu perempuan yang berumur 18 tahun
OBJEKTIF B. Bukan saudara lelaki yang sah dikahwinkan dengan
seseorang perempuan
C. Saudara lelaki yang sah dikahwinkan dengan
seseorang perempuan
D. Saudara perempuan yang mempunyai pertalian
darah

5 Kemudahan media sosial juga mestilah digunakan
sebagai satu medan dakwah bagi menyampaikan
ajaran Islam dan menyampaikan nilai-nilai murni
kepada masyarakat seluruh dunia.
Perkara di atas merujuk kepada
A. Faktor globalisasi
B. Kesan globalisasi
C. Konsep globalisasi
D. Langkah mengatasi globalisasi

21

GLOBALISASI "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara"

SAND DUNE DREAMS

See every shade of burnt sienna along
the hills of sand.


Click to View FlipBook Version