The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Joey, 2021-09-14 03:55:21

Buku Skrap Digital Tunku Abdul Rahman

Buku Skrap Digital
Tokoh Kemerdekaan di Malaysia

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
( 1903~1990 )

Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Disediakan oleh:
Joey Wong Huey Wen
SJK (C) Li Chi, Segamat, Johor.

Pendahuluan

Buku Skrap Digital Tokoh-tokoh Kemerdekaan di Malaysia memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenali tokoh-tokoh
kemerdekaan di Malaysia dengan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, ini juga dapat memupuk semangat patriotism dalam kalangan para
pelajar atas pengorbanan dan sumbangan daripada tokoh-tokoh kemerdekaan ini.

Tokoh-tokoh kemerdekaan di Malaysia telah banyak berjasa kepada negara kita. Di samping itu, mereka juga telah berkorban
banyak masa dan tenaga dalam peningkatan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam buku skrap ini, saya akan
memperkenalkan salah seorang tokoh kemerdekaan Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman. Beliau juga dikenali sebagai ‘Bapa
Kemerdekaan’.

Dalam buku skrap digital ini, saya telah mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai Tunku Abdul Rahman seperti biodata,
rasionalisasi, kelebihan, bukti kredibiliti, jasa dan sumbangan. Beliau merupakan tokoh yang terkenal dalam sejarah perjuangan
kemerdekaan tanah air kita.

Tunku Abdul Rahman dan ahli keluarganya

1

Participant name: School name:
Joey Wong Huey Wen SJK(C)LI Chi

Class: School address:
6M SJK(C)LI Chi,
Kampung Abdullah,
E-mail address: 85000 Segamat,
Johor Darul Takzim.
m-10448350@moe-dl. edu. my

2

Biodata tokoh

Nama penuh: Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.
Tarikh lahir: 8 Februari 1903
Tempat lahir: Alor Seter, Kedah.
Status dalam keluarga: Putera yang ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Salim Shah.
Pendidikan: Sekolah Rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar dan Sekolah Government English School

(1909), Sekolah Debsurin di Bangkok (1913), Penang Free School (1916), St. Catherine’s
College, Universiti Cambridge, England (1920), Inner Temple (1926).
Pasangan: Bibi Chong (kahwin 1963~1990), Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (kahwin 1939~1990),
Violet Coulson (kahwin 1933~1935), Mariam Abdullah (kahwin 1933~1935)
Anak: Tunku Ahmad Nerang, Tunku Khadijah, Tunku Faridah, Tunku Noor Hayati, Tunku Mastura,
Tunku Mariam, Suleiman Tunku Abdul Rahman
Jawatan: Menteri Belia dan Sukan Malaysia (1964~1966), Perdana Menteri Malaysia pertama
(1955~1970), Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1951~1971)
Mangkat: 6 Disember 1990 (umur 87).
Tempat bersemadi: Makam Diraja Langgar di Alor Setar

3

RASIONALISASI PEMILIHAN

Tunku TOKOH
Abdul
Rahman Memulakan kerja sebagai Penolong

1935 Pegawai Daerah dan kemudiannya

dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah

di beberapa Daerah di Kedah termasuk

Kuala Nerang dan Pulau Langkawi

Dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1940
Pertahanan Awam Kedah Selantan

1941 Dilantik menjadi Penyelia Pelajaran dan
menyandang jawatan tersebut sehingga
British menjajah Tanah Melayu semula

Menyertai politik menentang Malayan 1945
Union dan membangkitkan kesedaran
kemerdekaan di kalangan rakyat Tanah
Melayu

1949 Bekerja di sebuah pejabat Pegawai
Undang-undang di Alor Setar dan
berpindah ke Kuala Lumpur serta menjadi
Timbalan Pendakwa Raya lalu dilantik
sebagai Yang di-Pertua Mahkamah Sesyen

Meletakkan jawatan sebagai presiden parti 1951
dan dilantik sebagai presiden yang baru.

Memegang jawatan itu selama 20 tahun

4

Kelebihan tokoh

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri pertama di
Malaysia. Pada tahun 1951, walaupun mendapat nasihat daripada keluarga
dan rakannya, beliau masih mengundurkan diri dari jabatan undang-undang
kerajaan dan menjadi ketua United Malays National Organisation (UMNO)
Kebangsaan, mengambil alih tugas penting pemimpin UMNO.

Pada tahun 1954, Tunku Abdul Rahman menjadi ketua menteri Malaya.
Sebelum merdeka, dengan kerjasama Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sir Henry
Lee Hau Shik, mereka telah mengusulkan ideal ‘Perikatan’, yang merupakan

perjanjian kerjasa antara UMNO, Malaysian Chinese Association (MCA) dan
Malaysia India Congress (MIC) . Sejak itu, Tunku Abdul Razak mula
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Beliau mengetuai perwakilan kemerdekaan ke United Kingdom untuk
berunding tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British.
Selepas rundingan, kedua-dua pihak mencapai kesetujuan, Malaya aknirnya
dapat mencapai kemerdekaan tanpa penurunan darah.

Tunku Abdul Rahman, yang memimpin kejayaan kemerdekaan,
sejak itu mendapat gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’ dan menjadi Perdana
Menteri yang pertama di negara kita. Beliau meletak jawatan pada tahun 1970.

Selama 13 tahun pemerintahan Tunku Abdul Rahman, beliau
layan setiap kaum dngan adil dan saksama dan
mempromosikan semangat harmoni di antara semua etnik.
Beliau disanjungi dan dihormati oleh rakyat Malaysia
walaupun telah meninggalkan dunia seperti peribahasa
‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama’.

5

Bukti kredibiliti tokoh

Semua orang mengenali ‘Bapa kemerdekaan’, iaitu Tunku Abdul Rahman. Setiap tahun pada 31 Ogos, kita
dapat melaungkan sorakan ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’ Hasil usaha dan penat jerih negarawan ulung ini
dalam merealisasikan pembebasan negara daripada cengkaman penjajah dan juga dalam pembentukan
Malaysia sehingga ke hari ini.

Sepanjang kehidupan Tunku Abdul Rahman, kepimpinan dan sifat murni beliau telah berjaya
memberikan impak dan teladan dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia. Kita boleh mempelajari beberapa
pengajaran daripada kepimpinan Tunku Abdul Rahman, seperti berikut:

Baik hati

6

Jasa dan sumbangan tokoh

Sepanjang penglibatan Tunku Abdul Rahman dalam bidang politik, beliau banyak memberi jasa dan

sumbungan kepada bangsa dan Negara. Beliau merupakan Pembina bangsa dan cuba

menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum untuk menentang kerajaan British dan

menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan

Union serta menghadiri perjumpaan-perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar dan mengorbankan kerjayanya

Untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO demi perpaduan orang Melayu. Sebagai seorang tokoh yang berjaya, beliau turut

dikenal sebagai ‘Bapa Keamanan dan Perpaduan’ kerana sikapnya yang cinta akan keamanan serta perpaduan. Beliau sanggup

menerima sebarang halangan dan cabaran demi perpaduan.

1954 1955 1960
Mengetuai sekumpulan Walaupun gagal dalam Rundingan Berjaya meletakkan Pertubuhan
perwakilan ke London untuk Baling yang dianjurkan oleh pihak Kebajikan Islam Malaysia
memperolehi kemerdekaan parti Komunis Malaya, tetapi (PERKIM) sebagai sebuah
Malaya. Percubaan tidak Berjaya mencipta imej sebagai pertubuhan yang terkemuka
Berjaya. pencinta kedamaian. Membuat lagi dan dihormati oleh semua
satu perjalanan ke London untuk negara Islam.
berunding tentang kemerdekaan
Malaya. Berjaya dan 31 Ogos 1957
diputuss sebagai Tarikh
kemerdekaan.

1975 1970
Memberi bantuan kepada Setiausaha Agong Sekreteriat
pelarian Kemboja yang Negara-negara Islam di
memasuki Malaysia melalui Jeddah yang pertama dan
Kelantan. berjaya menarik lebih 41 buah
negara Islam menyertainya.
1980
Dilantik menjadi Presiden
Regional Islamic Council for
Southeast Asia and The Pacific
(RISEAP)

Penutup

Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangannya kepada negara.
Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan
sumbangan beliau.Tanpa perjuangan beliau, mungkin hari ini kita masih
dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin tiada dalam peta dunia.
Tunku Abdul Rahman bersara menjadi Perdana Menteri selepas berlakunya
rusuhan kaum 13 Mei 1969. beliau telah digantikan dengan Perdana Menteri
Kedua, iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein.

7


Click to View FlipBook Version