TAJUK 2 SENI
LUKISAN
Rococo oPerkembangan pesat seni
lukisan di Barat dari abad ke-
SENI LUKISAN 14 hingga abad ke-19 telah
mewujudkan pelbagai aliran
dan gaya dalam bidang ini.
o Perkembangan ini juga telah
melahirkan pelukis-pelukis
terkenal dengan karya yang
hebat.
oBerikut adalah antara aliran,
gaya, pelukis dan karya yang
merangkumi zaman
Renaissance, Baroque, Rococo,
Neoklasisisme, Romantisisme,
Naturalisme, Realisme dan
Impresionisme.
Sandro Botticelli oIstilah Renaissance bermaksud
'Kelahiran Semula', iaitu
RENAISSANCE 1350 mengembalikan kegemilangan
zaman klasik terutama dalam
bidang seni.
oAliran Renaissance ini bermula
di Florence, Itali pada abad ke-
14 dan berakhir pada abad ke-
17.
oKebanyakan karya lukisan
yang dihasilkan menggunakan
media pen, dakwat, kapur,
arang dan pastel atau
gabungan berus dengan pen.
oPelukis-pelukis terkenal aliran
ini ialah Raphael, Titian,
Giorgio Vasari, Massachio,
Giotto, Sandro Botticelli dan
Michelangelo Buonarroti.
Raphael oPelbagai teknik digunakan
dalam penghasilan karya
RENAISSANCE 1350 aliran ini seperti garisan
selari (hatching), silang
pangkah (crosshatching)
dan gosokan.
oPelukis menggunakan
satah yang jelas pada latar
belakang dan garisan
menegak.
oSetiap figura diletakkan
secara berasingan dengan
menggunakan komposisi
yang bersifat dinamik.
Masaccio
oKebanyakan karya
aliran ini
menggambarkan potret
dan figura manusia serta
latar belakang berbentuk
realistik.
oTema yang menjadi
pilihan ialah
keagamaan, mitologi
dan sejarah.
RENAISSANCE 1350
oRaphael (1483-1520)
oTitian (1488-1576)
oGiorgio Vasari (1511-
1574)
Giorgio Vasari
RENAISSANCE 1350
oDilahirkan pada 26 Mac
1483 di Urbino, Itali.
oNama penuh beliau
ialah Raffaello Sanzio
da Urbino.
oKarya beliau dikagumi
kerana kejelasan bentuk
dan gambaran tentang
idealisme.
RAPHAEL
RAPHAEL
oContoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Head of an
Apostle (1519) dan Madonna
with Child (1518-1520).
raphael art head of apostle
oDilahirkan pada tahun
1488 di Venice, Itali.
oNama penuh beliau
ialah Tiziano Vecellio.
TITIAN
TITIAN
o Contoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Portrait of a
Young Woman (1515),
Landscape with St. Theodore
Overcoming the Dragon (1550)
dan Tobias and the Angel (1508-
1576).
Titian, Tobias and the Angel, 1508-
1576, pen dan dakwat hitam
GIORGIO VASARI
oDilahirkan pada 30 Julai 1511 di
Arezzo, Florence, Itali.
oSelain menjadi penulis, pelukis dan
arkitek yang terkenal, beliau juga
dikenali sebagai 'Sejarawan Seni yang
Pertama'.
GIORGIO VASARI
oContoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Concordia
(1544-1545), The
Annunciation (1545) dan
Man Seated in Profile to
Right (1526-1574).
Giorgio Vasari, The Annunciation, 1545,
pen, dakwat, kapur dan wash
baroque
BAROQUE 1600 oKarya lukisan aliran
Baroque mempunyai
hubungan rapat antara
pelukis dengan hal benda
yang dilukis.
oHal benda atau potret
menampilkan pengalaman
dan membangkitkan emosi
serta keterujaan pelukis.
oPelukis-pelukis terkenal
aliran ini ialah Peter Paul
Rubens, Diego Velázquez,
Rembrandt van Rijn,
François Mansart, Artemisia
Gentileschi, Ottavio Leoni
dan Pietro da Cortona.
BAROQUE 1600 baroque
oLukisan aliran ini berbentuk
realistik dan memberikan
penekanan kepada bentuk
semula jadi, jalinan, warna,
cahaya serta ruang.
oImej-imej yang jelas dan
dramatik digunakan tetapi
tidak terlalu terperinci.
oMedia yang biasa digunakan
ialah kapur merah, kapur
hitam, pen dan dakwat.
oTema yang kerap
ditonjolkan berkait rapat
dengan keagamaan,
sejarah, alegori dan
potret tokoh-tokoh dalam
kehidupan mereka.
oSelain itu,
pemandangan landskap
dan kehidupan juga
menjadi pilihan pelukis.
BAROQUE 1600
Rembrandt van Rijn art oPeter Paul Rubens
(1577-1640)
oDiego Velázquez
(1599-1660)
oRembrandt van Rijn
(1606-1669)
BAROQUE 1600
PETER PAUL RUBENS
oDilahirkan pada 28 Jun 1577 di
Siegen, Jerman.
oKarya beliau banyak
menggambarkan hal benda berkaitan
kanak-kanak, potret, haiwan dan
landskap yang indah.
PETER PAUL RUBENS
oContoh karya beliau yang
terkenal ialah Nicolaas Rubens
Wearing a Coral Neckless
(1619).
oLukisan beliau yang lain ialah
Young Woman with Folded
Hands (1629-1630) dan Isabella
Brandt (1621).
Peter Paul Rubens, Nicolaas Rubens Wearing a
Coral Neckless, 1619, kapur hitam dan putih
oDilahirkan pada tahun 1599
di Seville, Sepanyol
oDianggap pelukis terpenting
semasa Zaman Keemasan
Sepanyol.
DIEGO VELÁZQUEZ
DIEGO VELÁZQUEZ
oKebanyakan lukisan yang
beliau hasilkan adalah
berbentuk potret
oContoh lukisan beliau ialah
Portrait of Gaspar de Borjay
Velasco (1643- 1645) dan
Head of a Girl (1618).
Diego Velázquez, Head of a Girl, 1618, kapur
oDilahirkan pada 15
Julai 1606 di Leiden,
Belanda.
oSalah seorang
pelukis yang lahir
semasa Zaman
Keemasan Belanda.
REMBRANDT VAN RIJN
REMBRANDT VAN RIJN Rembrandt van Rijn, Old Man Reading a Book, 1628, pen
dan dakwat coklat dengan putih legap (opaque)
oKeagamaan menjadi tema
utama lukisan beliau di
samping potret, landskap
dan lukisan naratif.
oContoh lukisan yang
dihasilkan ialah Jacobs and
his Sons (1641) dan Old
Man Reading a Book
(1628).
ROCOCO 1710 oAliran Rococo muncul di
Perancis pada awal abad
ke-18. Saiz karya yang
dihasilkan pada zaman
ini lebih kecil.
oPelukis-pelukis terkenal
aliran ini ialah François
Boucher, Louis-Jean-
François Lagrenée,
Thomas Gainsborough,
Antoine Watteau, Jean
Honoré Fragonard,
Giovanni Battista
Tiepolo, Jean-Baptiste
van Loo, Jean François
de Troy dan Nicolas
Lancret.
ROCOCO 1710 oKarya lukisan ini menggunakan
unsur seni yang bertindih-tindih.
oPenekanan dibuat untuk
menyeimbangkan antara bentuk,
garisan, jalinan dengan cahaya
dan warna.
oMedia yang digunakan adalah
seperti pastel, kapur dan arang.
oTeknik yang digunakan pula ialah
garisan selari (hatching), silang
pangkah (crosshatching) dan
gosokan.
oPelukis gemar menggunakan
warna yang lembut dan kurang
memberikan tumpuan kepada
aspek latar belakang karya.
ROCOCO 1710 oTema yang
digunakan lebih
ringan berbanding
dengan aliran
sebelumnya.
oLukisan potret,
pemandangan dan
kehidupan harian
khususnya berkaitan
golongan
bangsawan menjadi
tumpuan pelukis
pada era ini.
ROCOCO 1710
oFrançois Boucher (1703-
1770)
oLouis-Jean- François
Lagrenée (1725-1805)
oThomas Gainsborough
(1727-1788)
FRANÇOIS
BOUCHER
oDilahirkan pada 29
September 1703 di
Paris, Perancis.
oDianggap pelukis
paling terkenal pada
abad ke-18 yang
banyak menghasilkan
lukisan idealistik dan
dekoratif
FRANÇOIS BOUCHER
oContoh lukisannya yang
terkenal ialah Young
Country Girl Dancing (1765-
1770).
oLukisan beliau yang lain
ialah Head of a Woman
Seen from Behind (1740)
dan Winged Putti with
Flowers (1750).
François Boucher, Young Country Girl Dancing,
1765 – 1770, kapur hitam, merah dan putih
LOUIS-JEAN-
FRANÇOIS LAGRENÉE
oDilahirkan pada 21
Januari 1725 di Paris,
Perancis
oBeliau juga dikenali
dengan nama Lagrenée
the Elder.
oPernah memenangi
anugerah The Grand Prix
de Rome untuk karya
catan pada tahun 1749.
LOUIS-JEAN- FRANÇOIS
LAGRENÉE
oContoh lukisannya yang
terkenal ialah Portrait of
Princess Ekaterina
Trubetskoy as a Child
(1760-1762) dan The
Resurrection (1760).
Louis-Jean-François Lagrenée, Portrait of Princess
Ekaterina Trubetskoy as a Child, 1760-1762, pastel
THOMAS
GAINSBOROUGH
oDilahirkan pada 14 Mei
1727 di Sudbury, Suffolk,
England.
oMerupakan salah seorang
pengasas Royal Academy
di London.
oContoh lukisannya yang
terkenal ialah A Lady
Walking in a Garden with a
Child (1785).
THOMAS
GAINSBOROUGH
oLukisan beliau yang lain
ialah Study of a Woman
Holding a Shawl (1765-70)
dan Hilly Landscape with
Cows on the Road (1780).
Thomas Gainsborough, A Lady Walking in a
Garden with a Child, 1785, kapur hitam dan pastel
NEOKLASISISME 1740 oNeoklasisisme ialah aliran utama
seni visual di Eropah pada
pertengahan abad ke-18 dan awal
abad ke-19.
oAliran ini mendasari usaha untuk
mempertingkatkan moral dan
menyemarakkan sikap patriotik
dalam kalangan rakyat.
oMereka cuba menghidupkan
kembali kegemilangan era klasik
melalui mata pelajaran Sejarah,
hikayat Rom dan hikayat Yunani.
oPelukis-pelukis aliran ini yang
terkenal ialah Anton Raphael Mengs,
Joseph Wright dan Antoine-Jean
Gros.
NEOKLASISISME 1740 oKarya aliran ini mempunyai
komposisi yang diasaskan oleh
pelbagai garisan.
oGarisan tersebut dihasilkan secara
terperinci atau secara kasar yang
menampakkan garis-garis bersih,
jelas dan tepat.
oMedia yang digunakan adalah
seperti pastel, kapur, arang, pen
dan dakwat.
oTeknik yang biasa digunakan
ialah garisan selari (hatching),
silang pangkah (crosshatching),
gurisan dan gosokan.
NEOKLASISISME 1740
oKandungan karya aliran ini
lebih memberikan tumpuan
kepada bentuk figura
manusia yang ideal.
oPelukis gemar
menggambarkan sejarah dan
pakaian klasik, iaitu Yunani
kuno walaupun mereka
berada pada abad ke-18.
NEOKLASISISME 1740
oAnton Raphael Mengs
(1728-1799)
oJoseph Wright (1734-1797)
oAntoine-Jean Gros (1741-
1807)
oDilahirkan pada 22
Mac 1728 di Aussig,
Bohemia.
oBeliau terkenal
sebagai pelukis dan
aktif berkarya di
Dresden, Rom dan
Madrid.
ANTON RAPHAEL MENGS
ANTON RAPHAEL
MENGS
oContoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Self-potrait
(1744), Portrait of William
Burton Conyngham (1754-
1755), Male Nude Study
(1778) dan The Ascension
(1755-1766).
Anton Raphael Mengs, The Ascension, 1755-
1766, pensel hitam dan pensel putih (albayalde)
JOSEPH WRIGHT
oDilahirkan pada 3
September 1734 di Derby,
England.
oBeliau terkenal sebagai
pelukis potret dan landskap.
JOSEPH WRIGHT Joseph Wright, Part of the Collosseum Seen in Sunlight, 1774,
pen, wash dan dakwat
oContoh lukisan
beliau yang
terkenal ialah Self-
portrait (1765), Part
of the Colosseum
Seen in Sunlight
(1774) dan
Landscape Study
Development from
a Blot (1770).
ANTOINE-JEAN GROS Dilahirkan pada 16
Mac 1771 di Paris,
Perancis.
ANTOINE-JEAN GROS
oContoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Napoleon at
the Battlefield of Eylau
(1807), The Death of
Timophanes (1798), Portrait
of a Man (1793-1800) dan
Portrait of a Woman (1793-
1800).
Antoine-Jean Gros, Portrait of a Man,
1793-1800, kapur hitam
ANTOINE-JEAN GROS
Karyanya banyak
bertemakan tentang
sejarah.
Antoine-Jean Gros, Portrait of a
Woman, 1793-1800, kapur hitam
ROMANTISISME 1782
oAliran Romantisisme ini muncul di
Eropah pada pertengahan abad ke-
18 dan awal abad ke-19.
oKarya aliran ini menampilkan
lukisan yang bersifat romantik
seperti sebuah tragedi, sejarah dan
pemandangan alam semula jadi.
oPelukis-pelukis terkenal aliran ini
ialah Francisco Goya, William Blake
dan Caspar David Friedrich.
ROMANTISISME 1782
oAliran seni Romantisisme ini memberi
tumpuan kepada emosi dan suasana
termasuk kerohanian, imaginasi, misteri
dan semangat.
oHal bendanya berbeza-beza termasuk
landskap, agama, revolusi dan
keindahan yang tenang serta damai.
oMedia yang digunakan adalah seperti
pastel, kapur, arang, pen dan dakwat.
oTeknik yang digunakan ialah garisan
selari (hatching), silang pangkah
(crosshatching) dan gosokan.
oKebanyakan bentuk ROMANTISISME 1782
lukisan aliran ini
dihasilkan melalui idea
dalaman.
oPelukis lebih cenderung
kepada sesuatu yang
ideal, bukannya nyata.
oTema karya yang
dihasilkan lebih fokus
kepada kesengsaraan,
pemerintahan beraja
dan kejatuhan gereja.
ROMANTISISME 1782
oFrancisco Goya (1746-1828)
oWilliam Blake (1757-1827)
oCaspar David Friedrich
(1774-1840)
FRANCISCO GOYA
oDilahirkan pada 30 Mac
1746 di Aragon, Sepanyol
oDianggap sebagai pelukis
penting aliran ini pada akhir
abad ke-18 dan awal abad
ke-19.
FRANCISCO GOYA
Contoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Girl Listening
to a Guitar (1797-1799),
Portrait of Javier Goya, the
Artist's Son (1824) dan
Josefa Bayeu (1805).
Francisco Goya, Girl Listening to a Guitar,
1797-1799, dakwat dan wash
oDilahirkan pada 28
November 1757 di
London, England.
oDiakui sebagai
penyumbang dalam
bidang sastera dan
seni.
WILLIAM BLAKE