SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8
TAMAN INDERAWASIH
13600 PERAI
TEL: 04-3973561
FAX: 04-3902262
________________________________________________________________________
Ruj. Kami : Rujukan : SMKTI(PENT)100-2/5( )
Tarikh : 14 JANUARI 2021
PERJUMPAAN PROFESIONALISME PENGETUA & GURU-GURU BIL 1/2021
Hari : Khamis
Tarikh : 14 Januari 2021
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Lokasi masing-masing
Platform : Google Meet
Kehadiran : 1. Tn. Hj. Ramli B. Ahmad
2. En. Aidi B. Arifin
3. Pn. Norzakiah Bt. Hamid
4. En. Anthony Samy A/L Muniyandi
5. Pn. Asimah Bt. Saat
6. Pn. Anne Louisa A/P Arokasamy
7. Pn. Rosnah Bt. Othman
8. Pn. Wan Basthiah Bt. Hj. Abd. Rahman
9. Pn. Mariani Bt. Embran
10. Pn. Nur Adila Bt. Ab Sukur
11. Pn. ‘Asrah Bt. Abd Hamid
12. Pn. Chew Siew Mun
13. Cik Chin Lee Hoon
14. Pn. Goh Bee Sian
15. Pn. Hafizah Bt. Raslan
16. Pn. Hasliza Bt. Mohd. Zaferi
17. Pn. Intan Baiduri Bt. Husin
18. Pn. Jamilah Bt. Mohd. Nor
19. En. Khairul Nizam B. Abdul Manaf
20. Pn. Komathy A/P Gopalan
21. En. Lai Nam Chun
22. Pn. Law Mee Peng
23. Pn. Lee Leng Leng
24. Pn. Mardhati Bt. Zuber
25. Pn. Marlizam Bt. Md Ramli
26. En. Mohd Amran B. Wahab
27. En. Mohd Zaiman B. Ali
28. En. Mohd Firdaus B. Aziz
29. Pn. Mok Hei Wai
30. En. Muhamad Rasimi B. Muhamad Yusup
31. En. Muhammad Faisal B. Abdullaj
32. Pn. Muthuletchumi A/P Kalyana Sundram
33. Pn. Nasirah Bt. Mat Isa
34. Pn. Nooraidila Bt. Saaid
35. Pn. Noorita Bt. Pauzi
36. Pn. Normala Bt. Ibrahim
37. Pn. Nur Raihan Bt. Azmi
38. Pn. Nur Azatul Azwa Bt. Aziz
39. Pn. Nura Bt. Ahmad
40. Pn. Nurhazwani Bt. Jamil
41. Pn. Parveenderjit A/P Maljit Singh
42. Pn. Phuah Siew Imm
43. Pn. Quay Kuan Neo
44. Pn. Rahmah Bt. Abdullah
45. Pn. Rahmas Bt. Sharoin
46. Pn. Rashidah Bt. Sidek
47. Pn. Romah Bt. Husin
48. En. Saiful Adli b. Ismail
49. Pn. Shandi A/P Subramaniam
50. Pn. Siti Noorseriwani Bt. Adris
51. Pn. Siti Sarah Iliyani Bt. Basiran
52. Pn. Siti Zurairah Bt. Abdul Hamid
53. Pn. Suzana Bt. Ismail
54. Cik Tan Mee Hiang
55. Pn. Zainon Bt. Yazid
56. En. Zulkifli B. Harun
Agenda Perjumpaan Profesional:
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
2.0 Penyampaian Amanat TKPPM
3.0 Penyampaian Amanat JPNPP
4.0 Pengurusan Covid-19 Sepanjang Sesi Persekolahan
5.0 Pengoperasian Sekolah Sesi 2021
6.0 Taklimat Unit Kurikulum
7.0 Taklimat Unit Hal Ehwal Murid
8.0 Taklimat Unit Kokurikulum
9.0 Hal-hal Lain
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru walaupun
perjumpaan ini dilakukan secara maya. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan
di atas sumbangan dan komitmen guru-guru pada sesi 2020. Beliau berharap
sumbangan dan komitmen guru-guru diteruskan pada sesi 2021 dengan lebih baik.
2.0 Penyampaian Amanat TKPPM
2.1 Semua pihak iaitu guru matapelajaran, kaunselor dan pihak pentadbir diminta
supaya memainkan peranan dalam menggalakkan murid Tingkatan 5 supaya dapat
hadir ke sekolah untuk PDPC.
Tindakan : Guru Matapelajaran, Kaunselor, Pentadbir
2.2 Guru-guru boleh dipanggil bertugas oleh pengetua di sekolah untuk membuat
persediaan persekolahan sesi 2021.
Tindakan : Semua Guru
2.3 Aktiviti bersemuka murid Tingkatan 5 hanya dibenarkan mulai 20 Januari 2021.
Tindakan : Guru Matapelajaran Tingkatan 5
2.4 Koperasi sekolah boleh beroperasi tetapi mesti mematuhi SOP yang ditetapkan.
Tindakan : Guru Koperasi
2.5 Kantin akan beroperasi mulai 20 Januari 2021 untuk membekalkan makanan kepada
murid-murid dan guru tetapi tidak dibenarkan makan dan minum di kantin.
Tindakan : JK Kantin Sekolah
2.6 Semua aktiviti sukan dan kokurikulum ditangguhkan sehingga Jun 2021.
Tindakan : Setiausaha Kokurikulum
3.0 Penyampaian Amanat JPNPP
3.1 Berikut ialah senarai kakitangan warga sekolah yang wajib hadir ke sekolah
semasa tempoh PKP iaitu Pengetua, semua Penolong Kanan, Guru Tingkatan 5, Guru
Unit Bimbingan Kaunseling, Guru yang ada keperluan perkhidmatan, pembantu
makmal dan AKP.
Tindakan : Semua guru
3.2 Peperiksaan SPM 2020 ialah pada 22.2.2021. Dilaksanakan dengan mengikut SOP
sedia ada dan terkini mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malasysia.
Tindakan : Setiausaha SPM
3.3 Kelas Tambahan dibenarkan dengan syarat :
i) mendapat kebenaran daripada pengetua.
ii) mengadakan kelas secara sukarela.
iii) Kehadiran murid Tingkatan 5 tidak boleh dipaksa.
iv) Persetujuan waris pelajar
v) Patuhi SOP MKN, KKM dan KPM
Tindakan : Guru MP
3.4 Mesyuarat digalakkan menggunakan kaedah maya atau hibrid sahaja.
Tindakan : Pentadbir
3.5 Mesyuarat Agung PIBG dilanjutkan sehingga Jun 2021
Tindakan : Setiausaha PIBG
3.6 Semua pelajar yang hadir ke sekolah mesti dibuat imbasan suhu badan. Bagi
pelajar yang suhunya 37.5 ke atas tindakan yang perlukan dilakukan ialah
menghubungi ibubapa atau warisnya untuk menjemput, jika terdapat kekangan
daripada ibubapa atau waris boleh menelefon ambulans untuk diuruskan. Sementara
menunggu tindakan sewajarnya, murid tersebut mestilah di kuarantin di klinik sekolah
untuk sementara waktu.
Tindakan : Guru Bertugas dan Guru Kesihatan
3.7 Peuntukan wang PCG bagi matapelajaran Sains dinaikkan daripada RM14 kepada
RM60. Walaubagaimanapun peruntukan untuk PEKA Sains kekal.
Tindakan : Ketua Panitia Sains
3.8 Jadual waktu sekolah adalah berdasarkan SPI asal iaitu akur kepada jumlah minit.
Tindakan : Guru Jadual Waktu
3.9 Semua guru wajib berada di stesen tempat bertugas masing-masing. Rentas negeri
adalah tidak dibenarkan semasa tempoh PKP. Bagi guru yang tinggal di luar
daerah boleh mendapatkan surat kebenaran hadir bertugas daripada pengetua.
Tindakan : Semua Guru
4.0 Pengurusan Covid-19 Sepanjang Sesi Persekolahan
4.1 Pengetua mengingatkan agar semua guru mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian iaitu memakai pelitup muka, kerap cuci tangan, penjarakan
fizikal dan membuat imbasan suhu dan merekodkannya.
Tindakan : Semua Guru
4.2 Pengetua memaklumkan semasa tempoh PKP guru akan mengajar dari sekolah,
dan murid Tingkatan 1 –Tingkatan 4 akan belajar di rumah. Manakala murid
Tingkatan 5 sesi 2020 dan murid Tingkatan 5 sesi 2021 akan belajar di sekolah secara
bersemuka.bersama guru matapelajaran masing-masing.
Tindakan : Semua Guru
4.3 Guru diminta untuk menyediakan Dokumen Pentaksiran Kurikulum(DPK) dan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang bersesuaian untuk pengajaran.
Tindakan : Semua Guru
4.4 Jawatankuasa Covid-19 tahun 2020 kekal dan diaktifkan semula untuk tahun 2021
dan akan terus mula bertugas pada hari Isnin (18.1.2021). Antara langkah awal
yang perlu dilakukan oleh Jawatankuasa C-19 ialah menambahbaik ‘tagging-tagging’
lama yang telah koyak dan lusuh.
Tindakan : Jawatankuasa Covid-19
4.5 Pengetua meminta pihak kaunselor sekolah dan semua guru supaya merangsang
minda dan dan meningkatkan motivasi semua pelajar terutama calon-calon SPM 2020
yang terkesan akibat Covid-19. Usaha ini diharap dapat memulihkan semangat mereka
semula agar cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Tindakan : Kaunselor dan Semua Guru
5.0 Pengoperasian Sekolah Sesi 2021
5.1 Pengetua memaklumkan sesi persekolahan 2021 mengikut takwim ialah bermula
pada 20 Januari 2021 – 15 Disember 2021 dari pukul 7.30 pagi sehingga 2.30 petang
kecuali hari Jumaat pukul 7.30 pagi – 12.00 tengahari. Guru dibenarkan balik selepas
20 minit kemudian. Bagi kelas elektif masa balik adalah berdasarkan jadual yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Semua Guru
5.2 Guru-guru dibekalkan dengan Buku Pengurusan dan Takwim 2021 untuk semakan
tugas masing-masing dan perancangan aktiviti persekolahan sepanjang 2021.
Tindakan : Semua Guru
5.3 Pengoperasian sekolah adalah berdasarkan kapasiti 57 orang guru, 9 anggota
pelaksana, 4 orang pekerja keselamatan dan 4 orang pekerja kebersihan. Manakala
jumlah murid mengikut data yang berakhir Disember 2020, semua murid ialah 664
orang dan murid yang akan mendaftar di Tingkatan 1 bagi sesi 2021 ialah seramai 164
orang. Oleh itu, anggaran murid SMKTI bagi sesi 2021 ialah seramai 817 orang. Sesi
persekolahan juga kekal satu sesi.
Tindakan : Makluman
5.4 Pengetua mengingatkan semua guru supaya patuh pada etika penjawat awam dalam
bidang tugas, keberadaan, etika berpakaian dan tatatertib sebagai seorang guru.
Tindakan : Semua Guru
5.5 Pengetua memaklumkan peruntukan CRK guru adalah tertakluk kepada Perintah
Am dan semua surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Buat masa ini CRK untuk
guru ialah 10 hari. Guru digalakkan memohon cuti lebih awal jika ingin
mengambil CRK. Kelulusan bergantung kepada budi bicara pengetua dan keperluan
sekolah ketika itu.
Tindakan : Semua Guru
6.0 Taklimat Kurikulum
6.1 Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Aidi mengingatkan guru-guru supaya
menyelesaikan pengurusan kurikulum 2020 yang masih tertangguh. Guru-guru
yang masih belum menghantar Laporan PDPR 2020, Buku Rekod Mengajar 2020
dan Borang Serahan Budaya Tutup Sekolah diminta berbuat demikian selewat-
lewatnya pada Isnin (18.1.2021). Ia mesti dihantar dalam keadaan kemas dan
lengkap. Guru-guru juga dinasihatkan untuk mengeluarkan dokumen-dokumen
yang diinginkan daripada BRM untuk mengelakkan kesilapan pada tahun 2019.
Tindakan : Semua Guru
6.2 PK1 memaklumkan jadual guru 2021 telah mengalami 3 kali rombakan disebabkan
situasi sekarang yang tidak dijangka ini. Oleh itu, jadual tersebut tidak dapat diberikan
lagi pada hari ini. Walaubagaimanapun ia akan diberi selewat-lewatnya pada hari
Selasa (19.1.2021).
Tindakan : Makluman
6.3 Jadual waktu PDPC melibatkan Tingkatan 5 2020 (KOHORT) yang akan disusun
secara anjal dan jadual waktu Tingkatan 5 2021 menggunakan peruntukan sedia ada.
Jika ada pertembungan jadual guru, maka pihak sekolah akan menggunakan guru sedia
ada untuk menggantikan waktu guru tersebut. Ini kerana fokus PDPC adalah
diutamakan lebih kepada calon SPM 2020.
Tindakan : Semua Guru
6.4 Jadual waktu PDPR akan disusun setiap matapelajaran yang akan
memperuntukkan 3 jam untuk menengah rendah dan 4 jam untuk menengah atas.
Tindakan : Makluman
6.5 Buku Rekod Mengajar 2021 boleh diambil pada 18.1.2021 dan penghantaran
kepada penilai masing-masing pada Jumaat (29.1.2021)
Tindakan : Semua guru
7.0 Taklimat Hal Ehwal Murid
7.1 Puan Norzakiah memaklumkan ketua guru bertugas yang ditetapkan pada
20.1.2021 ini dan seterusnya perlu menyediakan jadual agihan tugas yang melibatkan
tugas mengawasi pagar waktu pagi, mengawasi pagar waktu balik, mengawasi murid
semasa rehat dan rondaan blok. Selain guru bertugas, dua orang kaunselor dan seorang
guru disiplin dan pentadbir bertugas juga akan turut berada di pagar sekolah waktu
pagi. Guru yang terlibat perlu berada di pagar sekolah seawal pukul 7.00 pagi sehingga
7.30 pagi. Pada waktu pulang murid, guru bertugas perlu berada di pintu pagar mulai
1.30 petang.
Tindakan : Semua Guru
7.2 Puan Norzakiah turut meminta Unit Disiplin untuk menyediakan juga Jadual
Tugasan Unit Disiplin dan mengadakan Jadual Pemantauan Disiplin Murid secara
berfokus dari masa ke semasa. Contohnya ialah Minggu 1 –Minggu 2 fokuskan kepada
Kekemasan Diri Murid.
Tindakan : Unit Disiplin
7.3 Puan Norzakiah memaklumkan data setakat ini menunjukkan jumlah murid
Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 5 (2021) ialah seramai 277 orang. Guru Tingkatan
diminta mengisi kehadiran di dalam APDM selewat-lewatnya pada waktu kedua setiap
hari kerana rekod kehadiran tersebut perlu dihantar ke PPD sebelum pukul 10 pagi
setiap hari.
Tindakan : Guru Tingkatan
7.4 Guru Kantin iaitu Puan Azwa diminta menyediakan menu untuk membolehkan
pelajar membuat pesanan makanan. Mulai sesi persekolahan 2021 koperasi sekolah
tidak dibenarkan lagi menjual makanan semasa rehat kepada murid tanpa mereka
membuat pesanan terlebih dahulu. Murid hanya boleh membuat pesanan makanan dari
kantin atau koperasi sekolah hanya melalui ketua tingkatan masing-masing sahaja.
Mereka juga akan makan di dalam kelas sahaja. Ini dilakukan untuk memastikan SOP
dipatuhi.
Tindakan : Unit Kantin dan Unit Koperasi
7.5 Guru kelas boleh mendapatkan ‘hand sanitizer’ daripada PK HEM untuk
diletakkan di dalam kelas masing-masing. Kerja-kerja sanitasi akan dijalankan pada
18.1.2021. Encik Saiful, Pn. Phuah dan guru kelas perlu memastikan susun atur kelas
dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula.
Tindakan : Guru Tingkatan
7.6 Jadual pemulangan buku teks Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang telah dijadualkan
pada 18.1.2021 sebelum ini dibatalkan. Jadual pemulangan yang baharu akan
dimaklumkan semula oleh pihak SPBT sekolah.
Tindakan : Unit SPBT
7.7 Pn. Siti Noorseriwani diminta untuk menyediakan Buku Pemantauan Kelas
mengikut mingguan bagi persekolah 2021.
Tindakan : Pn. Siti Noorseriwani
7.8 Jawatankuasa Dokumentasi Covid -19 diminta menyediakan dokumentasi dan
menyerahkannya kepada Penolong Kanan HEM pada 8.2.2021.
Tindakan : AJK Dokumentasi Covid -19
8.0 Taklimat Kokurikulum
8.1 En. Anthony Samy memaklumkan pengisian data PAJSK 2020 telah dilengkapkan
dan mengucapkan terima kasih kepada Pn.Mardhati dan semua guru penasihat di atas
kerjasama yang diberikan. Setiausaha Kokurikulum 2021 ialah Pn. Mardhati yang
menggantikan Pn. Rosnah, manakala Setiausaha PAJSK tahun 2021 ialah En. Saiful
Adli. Mulai 2021 juga, guru penasihat dan guru kelas yang akan mengisi data PAJSK
pelajar masing-masing.
Tindakan : Makluman
8.2 Pemakaian baju beruniform yang lengkap oleh guru dan murid ialah pada setiap
hari Rabu minggu pertama. Pada hari Rabu minggu-minggu yang lain, guru-guru
amatlah digalakkan untuk memakai uniform lengkap supaya ia memberi contoh kepada
pelajar. Walaubagaimanapun, kelonggaran akan diberikan berdasarkan situasi dan
keperluan semasa. En. Anthony turut meminta kerjasama guru untuk mengenalpasti
murid yang benar-benar tidak mampu untuk membeli baju uniform supaya murid
tersebut dapat dibantu oleh pihak sekolah.
Tindakan : Semua Guru
8.3 Jika guru penasihat ingin membuat kutipan yuran dalam unit masing-masing ia
perlu mendapat kelulusan daripada pengetua secara bertulis.
Tindakan : Guru Penasihat Kokurikulum
8.4 SMKTI akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bola Jaring. Mengikut
perancangan ialah pada 14 Jun 2021 – 18 Jun 2021. Ketua Guru Penasihat kelab ini
ialah Puan Asrah.
Tindakan : Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
8.5 Fail Induk unit kokurikulum masing-masing tidak dibenarkan dikeluarkan daripada
bilik PK Kokurikulum. Guru perlu membawa Fail Gerak Kerja ( sampingan ) setiap
kali perjumpaan untuk tujuan perekodan. En. Anthony mencadangkan guru
mengadakan pertandingan semasa perjumpaan kokurikulum dan direkodkan
pencapaian tersebut kerana pencapaian murid dalam pertandingan itu boleh membantu
murid mendapatkan markah dalam PAJSK mereka.
Tindakan : Guru Penasihat Kokurikulum
8.6 Encik Anthony meminta mulai 2021 guru menyediakan Fail Gerak Kerja mengikut
senarai semak yang diberikan supaya fail-fail guru penasihat dapat diselaraskan. Fail
tersebut akan dipegang oleh guru penasihat masing-masing. Apabila pelajar mendapat
sijil di atas pencapaian mereka, guru perlu menyerahkan sijil tersebut dan mendapatkan
tanda tangan mereka sebagai bukti. Guru juga diminta membuat salinan sijil tersebut
sebelum diserahkan kepada murid.
Tindakan : Guru Penasihat Kokurikulum
8.7 Untuk pelaksanaan Kokurikulum 2021, murid akan menjalankan aktiviti
Kokurikulum di dalam kelas pada setiap hari Rabu pukul 7.30 pagi – 8.30 pagi. Ia akan
dikendalikan oleh guru kelas dan guru pembantu. Bahan disediakan oleh guru
penasihat yang akan ditetapkan. Bahan yang disediakan perlu diambil di bilik guru
yang akan disediakan mengikut tingkatan. Senarai kehadiran perlu direkodkan oleh
guru kelas menggunakan borang kehadiran yang akan disediakan oleh setiausaha
kokurikulum. Perjumpaan aktiviti kokurikulum dijadualkan sebanyak 12 kali
perjumpaan dan setiap unit mempunyai 4 kali perjumpaan.
Tindakan : Semua guru
8.8 En. Anthony meminta guru-guru penasihat untuk menghantar Laporan
Kokurikulum 2020 yang mengandungi butiran seperti berikut :
a. Senarai AJK 2020
b. Senarai Aktiviti yang Berjaya dan Tidak Berjaya Dilaksanakan
c. Laporan Kewangan
d. Pencapaian Pelajar dan Anugerah yang Diterima Diperingkat Sekolah, Daerah dan
Antarabangsa.
Tindakan : Guru Penasihat Kokurikulum
8.9 En. Anthony menegaskan bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
adalah diwajibkan. Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum
adalah satu kesalahan dan jika ia disabitkan bersalah ia boleh dijatuhi hukuman denda
atau penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Perintah Am.
Tindakan : Makluman
9.0 Hal-hal Lain
9.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Pn. Mok diatas kesudian beliau
membiayai pemasangan penghadang cahaya di Dewan Al Rasid yang akan banyak
memberi manfaat kepada pelajar apabila ia digunakan nanti.
Tindakan : Makluman
9.2 Pn. Hafizah memohon untuk membenarkan pelajar-pelajar kelas 5 Intan untuk
memakai pakaian PJK bagi memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar bagi
melaksanakan kelas amali di bengkel. Pengetua meminta Pn. Hafizah berjumpa beliau
untuk tindakan lanjut.
Tindakan : Pn. Hafizah
9.3 En. Muhamad Rasimi meminta kepastian berkenaan prosedur bagi pelajar yang
tinggal di negeri yang lain untuk datang ke sekolah semasa tempoh PKP. Pengetua
memaklumkan murid yang terlibat boleh menggunakan Borang Perakuan Pelajar yang
ada di sekolah. Guru diminta mengisi maklumat pelajar tersebut dan dapatkan
tandatangan Pengetua atau Penolong Kanan untuk pengesahan. Guru perlu ambil
gambar borang tersebut yang telah disahkan dan hantarkan kepada pelajar yang terlibat
untuk dhadir ke sekolah semasa tempoh PKP.
Tindakan : Semua guru
9.4. Pn. Anne memaklumkan keadaan pelajar semasa balik sekolah berdasarkan
pengalaman tahun 2020 dalam keadaan yang tidak patuh SOP sepenuhnya. Ini
disebabkan pelajar-pelajar tersebut dilepaskan serentak dan masing-masing menunggu
kenderaan untuk pulang. Beliau mencadangkan supaya ada kawalan yang lebih ketat
dan meminta pelajar berada dalam keadaan berbaris semasa waktu balik. Tuan
Pengetua mencadangkan supaya kelas-kelas tersebut dibenarkan pulang mengikut
waktu yang berlainan bagi setiap kelas supaya tidak berlaku pertembungan. Kawalan
yang lebih ketat juga perlu dilakukan oleh guru semasa waktu pelajar pulang.
Tindakan : Semua guru
9.5 Pn. Nasirah bertanya bilakah senarai nama pelajar Tingkatan 4 mengikut aliran
masing-masing akan diketahui. Pn. Nuradila memaklumkan senarai tersebut akan
dimasukkan dalam ‘group’ telegram rasmi sekolah secepat mungkin. Beliau juga
memaklumkan pemilihan aliran pelajar Tingkatan 4 tahun 2021 adalah berdasarkan
Peperiksaan Akhir Tahun 2019, PBD 2020, Ujian Psikometrik dan pertimbangan
profesional.
Tindakan : Makluman
9.6 Sebelum taklimat ditangguhkan, Pengetua mengingatkan tentang sasaran dan
halatuju SMKTI bagi tahun 2021 adalah seperti berikut :
i. Peningkatan Kualiti Pengurusan Organisasi kepada 90% berdasarkan SKPMg2
ii. Memperkasa Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT) melalui
School Transformation Programs (STP)
iii. Lonjakan Pelajar dalam Semua Peperiksaan Awam
iv. Pemantapan Sahsiah Terpuji Pelajar Melalui Pemerkasaan dan Tindakan UBK.
v. Ketekalan Kehadiran Pelajar ke Sekolah 90%.
vi.Penglibatan aktif 30% Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum dan Ko-Akademik.
Pengetua memohon kerjasama semua guru untuk sama-sama merealisasikan hala tuju
yang telah ditetapkan.
Perjumpaan ditangguhkan jam 1.05 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………… …………………………..
(NURA BINTI AHMAD) (RAMLI BIN AHMAD)
Setiausaha Mesyuarat Guru, Pengetua,
SMK Taman Inderawasih. SMK Taman Inderawasih.