Pengesahan Pelajar: Kami mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah kami rujuk dan fahami Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 1 JULAI 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR BIL M/S NAMA 1,6,7,8,10, NUR ALIYA NATASYA BINTI 17,19 ABDUL WAHAB 3,9,11,12 NUR ASHA NABILA BINTI 13,15 SHAHRULNIZAM 2,4,5,14, NUR DIANA MARDHIAH BINTI 16,18,20 KHAIRUL NIZAM OPSYEN : BAHASA MELAYU (SK) AMBILAN : JUN 2022 KOD KURSUS : GAPD 1032 NAMA KURSUS : ASAS PEMBELAJARAN DIGITAL NAMA PENSYARAH : PUAN SEOW SIEU KIAN JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN ANGKA GILIRAN NO KAD PENGENALAN 2022292310056 2022292310058 2022292310059 040517-02-0124 040327-05-0074 040517-14-0564 __________________________ __________________________
Lampiran 1 2022292310056 / 040517-02-0124 2022292310058 / 040327-05-0074 2022292310059 / 040517-14-0564 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR NAMA NAMA KURSUS KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN/ NO. : : TANDATANGAN : (PENGESAHAN MAKLUM BALAS TUGASAN) KOD KURSUS : GKEB1072 TARIKH HANTAR : 8 JULAI 2023 : KEMAHIRAN BELAJAR TUGASAN 2: PENGHASILAN ALAT BERFIKIR KUMPULAN : BAHASA MELAYU KUMPULAN 3 NAMA PENSYARAH : PUAN NORASHIKIN BINTI JASMON 1. NUR ALIYA NATASYA BINTI ABDUL WAHAB ANW) 2. NUR ASHA NABILA BINTI SHAHRULNIZAM (AN) 3. NUR DIANA MARDHIAH BINTI KHAIRUL NIZAM (NDM) AKADEMIK
Nur Aliya Natasya Nur Diana Mardhiah Nur Asha Nabila DISEDIAKAN OLEH :
PERTANDINGAN LIGAPETANQUE TERTUTUP 1
PENDAHULUAN Pertandingan yang bakal dianjurkan ialah pertandingan Petanque tertutup. Permainan Petanque merupakan permainan tradisional yang berasal dari Perancis. Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut caracaranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatakan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan Petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain. 2
Matlamat OBJEKTIF Guru membantu murid untuk mengembangkan potensi murid dalam aktiviti sukan dan permainan. Murid menguasai keseimbangan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid menjadi seorang yang aktif dan berdaya saing. Murid dapat menimba ilmu pengetahuan, memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. Guru dapat mengasah bakat murid dalam sukan Petanque. Murid dapat memupuk semangat berpasukan dalam setiap pasukan yang bertanding. 3
NDM1 4
NDM2 5
IKLAN 6
BROSUR ANW1 7
TE M A "Majukan sukan Petanque bagi mencungkil potensi serta bakat yang terpendam" . 8
PROGRAM TENTATIF 7:30 - 8:30 Ketibaan murid dan pendaftaran peserta 8:00 - 8:30 Sarapan Pagi 8:30 - 9:00 Taklimat pertandingan diberikan oleh guru penasihat 9:00 - 12:00 Pertandingan berkumpulan dijalankan 12:00 - 13:00 Makan tengah hari 13:00 - 14:00 Rehat dan solat 14:00 - 14:30 Ucapan guru penasihat dan AJK terlibat 14:30 - 15:30 Penyampaian hadiah dan Saguhati 15:30 - 16:00 Minum petang dan bersurai AN1 9
Peralatan Sukan Petanque berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya. mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm dan beratnya antara 650gram hingga 800gram. berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu keras. garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm. warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas permukaan gelanggang. digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat dengan kedudukan jack. Gelung Circle Petanque digunakan untuk membersih boule semasa pertandingan. Jack Alat Pengukur Jarak Boules (Bola) Kain atau Tuala Kecil merupakan had kawasan bagi pemain untuk melontar boules dan jack kayu. 10
AN2 11
sumber kewangan pertandingan petanque 12
perbelanjaan/kos pertandingan petanque 13
KUMPULAN SASARAN 8 orang guru daripada SK Riang Ria. 12 orang murid daripada ahli kelab permainan Petanque. 14
TARIKH, TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN 15 Tempoh Pelaksanaan : 7.30 pagi hingga 4.00 petang Tarikh : 18 Ogos 2023 Hari : Sabtu Tempat : Arena Petanque, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Murid 60% Guru 40% BILANGAN PENYERTAAN Sebanyak 4 pasukan (double) dan 4 pasukan (triples) yang telah mendaftar bagi menyertai pertandingan Petanque tertutup ini . 16
PROSEDUR PERLAKSANAAN SEBELUM Menyediakan kertas kerja. Membentuk AJK pelaksana dan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Kerja. Mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Guru Besar SK Riang Ria. Melakukan hebahan poster melalui saluran media sosial. SEMASA SELEPAS Memastikan tempat dan peralatan pertandingan selamat digunakan oleh peserta. Memberi taklimat kepada peserta. Mengawasi dan memantau pelaksanaan pertandingan. Memastikan pengadil petanque (Arbitre) sentiasa berada di tempat pertandingan. Membersihkan kawasan pertandingan yang digunakan. Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat asal. Menyediakan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta. Membuat laporan. 17
NDM3 18
R E F L E K S I M e l a hir k a n m u rid y a n g c e m e r l a n g d a ri s e gi sahsiah, akademik d a n k o k u rik u l u m. R E F L E K S I M e n y e m ai semangat kesukanan d a n b e r p a s u k a n. Memberi peluang kepada murid untuk kembangkan potensi mereka dalam sukan petanque. Berpeluang menerokai ilmu baharu. Berasa bangga kerana dapat memberikan penghargaan kepada peserta yang turut serta. Murid Guru penasihat AJK Sekolah A N W2 1 9
Pertandingan Petanque diadakan dengan harapan dapat mencari peserta yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Petanque peringkat Daerah. Usaha ini juga diharap dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bergerak aktif di samping dapat bersosialisasi dengan baik. Selain itu, murid juga berupaya menjadi modal insan yang menyemarakkan dasar 1 Murid 1 Sukan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Peningkatan disiplin yang tinggi dalam kalangan peserta membantu untuk melahirkan generasi yang berkualiti kerana mampu melahirkan murid yang seimbang dari aspek kokurikulum dan kurikulum. RUMUSAN 20
SEKIAN, TERIMA KASIH
LAMPIRAN NDM1, NDM2 (HALAMAN 4,5) Pengurusan grafik adalah salah satu daripada alat berfikir yang berfungsi sebagai alat mengorganisasi maklumat yang boleh membantu menggambarkan maklumat di minda dalam bentuk visual yang tersusun dan berkait antara pengetahuan sedia ada dengan maklumat baharu (Anida Idrus et al., 2023). Pengurusan grafik membantu menyampaikan maklumat dengan lebih ringkas dan jelas. Hal ini sangat penting bagi seorang pelajar supaya mereka dapat memahami apa yang dipelajari, malah mampu membuat keputusan yang berkesan berkaitan pembelajaran mereka. Bagi mencapai hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, para pendidik hendaklah bertanggungjawab dalam merancang kaedah yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) supaya dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana hasil pembelajaran serta proses pemikiran setiap pelajar adalah bergantung kepada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah (Hazlin Mohamat & Zamri Mahamod, 2016).
LAMPIRAN NDM1, NDM2 (HALAMAN 4,5) Saya telah memilih peta pokok sebagai pengurusan grafik untuk mengklasifikasikan sesuatu bahan atau idea dalam menyempurnakan tugasan ini. Pada pendapat saya, peta pokok ini sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan sebuah carta organisasi jawatankuasa kerana saya dapat mengasingkan ahli jawatankuasa mengikut kategori masing- masing dengan jelas. Sebagai contoh, saya meletakkan guru besar sebagai topik utama dalam carta organisasi jawatankuasa kerja kerana jawatan tersebut merupakan jawatan tertinggi di antara jawatan-jawatan yang lain. Selain itu, saya menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam tugasan ini. Misalnya, seorang guru besar berada dalam mod topi biru yang mewakili pengawalan dan pengurusan proses membuat keputusan. Seorang guru penasihat pula berada dalam mod topi hijau yang mewakili pemikiran kreatif. Beliau meneroka pelbagai idea dan kemungkinan cara untuk bergerak ke hadapan. Contohnya, guru penasihat bertanggungjawab merancang strategi untuk meningkatkan kecemerlangan kelab dan persatuan. Kemudian, topi hitam diguna oleh jawatankuasa pengadil petanque atau dikenali sebagai arbiter. Topi hitam ini mewakili pemikiran berhati-hati dan menilai risiko. Ringkasannya, melalui penggunaan Enam Topi Pemikiran ini saya dapat melatih diri untuk berfikiran secara menyeluruh.
LAMPIRAN NDM3 (HALAMAN 18) Di samping itu, saya juga menggunakan peta dakap untuk menghasilkan jadual liga sistem kalah mati kerana saya ingin memahami cara perlaksanaan pertandingan ini, jadi saya menyenaraikan semua kumpulan peserta mengikut kategori masing-masing. Peta dakap ini berfungsi untuk mengkaji atau menganalisis objek fizikal serta membuat hubungan seluruh- bahagian. Peta dakap ini juga digunakan untuk menerangkan sesuatu objek wujud dalam satu jalan cerita (Siti Najihah Jamal, n.d.). Misalnya, saya menulis objek yang ingin dipecahkan iaitu perkataan ‘JUARA’ lalu menggariskannya (rujuk jadual liga petanque). Seterusnya, pecahan utama ditulis dan diikuti dengan komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya. Saya melukiskan simbol ([) untuk menghubungkan objek dengan komponennya. Menerusi peta dakap tersebut peserta daripada kumpulan A1 dan A2 akan berlawan antara satu sama lain pada peringkat awal. Kemudian, peserta yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya dan berlawan dengan kumpulan A3 serta A4 sehingga ke pusingan akhir. Peserta yang kalah akan terus tersingkir dan begitu juga untuk peserta daripada kumpulan yang lain. Proses ini akan berterusan sehingga tinggal seorang pemenang sahaja. Kesimpulannya, teknik menggunakan peta i-Think ini dapat mewujudkan kefahaman dengan mudah, menarik, berinformasi malah dapat menjimatkan masa dan juga bahan. Melalui penggunaan peta i-Think ini juga telah mendorong saya untuk berfikir di luar kotak. Dalam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berkuualiti tinggi terutamanya dalam bidang pendidikan, penguasaan kemahiran berfikir perlulah diberi penekanan oleh semua pihak. Keberkesanan penggunaan alat berfikir seperti pengurusan grafik secara visual telah dibuktikan oleh sekolahsekolah berprestasi rendah sperti di United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod, 2015). Oleh itu, sebagai seorang pelajar cemerlang kita haruslah menggunakan alat-alat kemahiran berfikir dalam semua bidang kurikulum agar dapat meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat.
RUJUKAN
Menurut Kamarudin (2010), pemikiran membawa maksud proses memanfaatkan minda untuk mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang berlaku menggunakan pelbagai kaedah dengan membuat refleksi serta keputusan yang logik dan munasabah terhadap proses yang dilalui. Teori kaedah berfikir yang dikatakan bersifat kritikal dan kreatif memfokuskan kaedah berfikir secara mendalam dan menyeluruh (De Bono, 2012). Hal ini sejajar dengan Reynolds (2011) yang menekankan bahawa setiap individu perlu berfikir secara mendalam, mengambil kira semua kriteria yang ada serta membuat pertimbangan berkaitan sesuatu fenomena atau perkara sebelum membuat pilihan yang terbaik. Dalam tugasan penghasilan produk pembelajaran iaitu e-buku, saya telah mengorganisasikan idea saya untuk membuat brosur Pertandingan Liga Petanque dengan menggunakan peta minda. Menurut Tonny Widura (2010), peta minda ialah lakaran grafik beserta tajuk atau isi utama ditempatkan di bahagian tengah serta idea yang lain dihuraikan di sekelilingnya. Saya memilih peta minda adalah kerana rupa bentuk peta minda kebanyakannya penuh dengan kreativiti serta tidak formal. Hal ini adalah kerana, tujuan utama penghasilan brosur adalah untuk memberikan informasi kepada murid-murid serta menarik perhatian mereka untuk turut serta terlibat dalam pertandingan yang dijalankan. Sebagai contoh, saya menggunakan grafik buah oren sebagai penjana idea utama dalam penghasilan brosur yang menarik. LAMPIRAN ANW1 (HALAMAN 7)
LAMPIRAN ANW1 (HALAMAN 7) Selain itu, terdapat kepelbagaian anak panah, tulisan serta grafik yang berwarna-warni diletakkan dalam brosur saya. Hal ini supaya brosur yang dihasilkan dapat mencuri hati muridmurid sekali gus mudah dirujuk secara berulang kali. Terbuktilah bahawa kaedah pembelajaran yang menggunakan peta minda telah menarik minat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti yang dirancang (Sirajuddin et al., 2022). Seterusnya, saya memilih peta minda supaya semua butiran dan aspek sesuatu informasi lebih terperinci dan jelas dalam satu helaian kertas. Sebagai contoh, terdapat pelbagai informasi yang terkandung dalam brosur saya iaitu tema pertandingan, hadiah, anjuran, kerjasama, nombor untuk dihubungi, cara dan tarikh tutup penyertaan. Hal ini membolehkan murid-murid dapat melihat keseluruhan gambaran informasi berkaitan dengan Pertandingan Liga Petanque secara efektif. Peta minda juga mampu menjimatkan masa untuk dihasilkan serta memudahkan murid-murid mengingat pada perkara yang mudah dilihat secara visual dengan efektif. Hal ini sejajar dengan pendapat Widad dan Kandar (2006), peta minda merupakan alat berfikir yang amat berguna.
LAMPIRAN ANW2 (HALAMAN 19) Alat berfikir kedua yang saya gunakan ialah peta bulatan. Saya telah mengorganisasikan idea saya untuk membuat refleksi dengan menggunakan peta bulatan. Menurut Izzuddin (2023), peta bulatan ialah peta yang digunakan untuk sumbang saran idea dan menunjukkan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu topik utama dengan memberikan maklumat mengikut sesuatu konteks. Saya memilih peta bulatan adalah kerana peta bulatan berfungsi untuk menyenaraikan semua idea atau maklumat berkaitan sesuatu tajuk atau konsep yang dibincangkan. Sebagai contoh, saya dapat meletakkan segala refleksi yang diberikan oleh peserta, ahli jawatankuasa, guru penasihat kelab sukan petanque yang terlibat serta pihak sekolah sebagai idea yang berkaitan dengan topik utama saya iaitu refleksi. Dalam peta bulatan yang telah saya hasilkan, terdapat juga sumber rujukan yang bersangkut paut dengan refleksi yang telah diberikan. Misalnya, sumber rujukan daripada peserta iaitu murid dan guru yang menyertai pertandingan, Ahli Jawatankuasa serta pihak sekolah yang terlibat dalam Pertandingan Liga Petanque. Kesimpulannya, alat berfikir merujuk kepada instrumen yang dapat membimbing kita memanfaatkan minda dengan lebih sistematik (Azman, 2008). Tambahan pula, kemahiran berfikir dalam penyampaian idea turut meningkat dengan lebih jelas, teratur dan mudah difahami dengan adanya alat berfikir ini. Oleh itu, para guru di Malaysia perlu memperluas lagi penggunaan alat berfikir ini dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.
RUJUKAN
LAMPIRAN AN1 (HALAMAN 9) Pengurusan grafik menjadi peranan penting untuk menguasai sesuatu yang dipelajari dengan lebih mudah kerana dapat menguatkan daya ingatan murid dalam pembelajaran. Menurut Anida Idrus et.al (2023) pengurusan grafik merupakan alat berfikir yang diaplikasikan untuk menyumbang idea yang difikirkan oleh minda dalam bentuk visual. Pengurusan grafik yang baik dapat memberikan maklumat yang sistematik, jelas dan berkesan. Bromley et.al (1999) mengatakan bahawa ia membantu murid untuk mencipta pemahaman melalui penelitian hubungan antara konsep. Selain itu, pengurusan grafik membantu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan kerana menggalakkan penglibatan aktif di samping merangsang minda murid. Terdapat pelbagai jenis pengurusan grafik seperti peta konsep, peta minda, peta i-Think dan lain-lain. Pengurusan grafik yang saya gunakan ialah peta i-Think iaitu peta buih dan peta alir. Peta alir merupakan bentuk visual yang menggambarkan langkah-langkah sesuatu proses atau aliran kerja. Peta ini mampu membantu untuk memahami, menganalisis dan memperbaiki kesalahan dalam sesuatu aliran kerja. Menurut Jade Morales (2023), terdapat pelbagai jenis peta alir seperti peta alir proses, peta alir berfungsi, permodelan dan tatatanda proses perniagaan, pemetaan proses perniagaan dan sebagainya.
LAMPIRAN AN1 (HALAMAN 9) Terdapat banyak simbol di dalam peta alir yang membawa kepada maksud tertentu dan penggunaan simbol bergantung pada cara pengurusan pada peta alir itu tersendiri. Antara simbolnya ialah penamat, keputusan, garis aliran dan input. Pada peta alir saya, saya menggunakan peta alir yang tidak mempunyai simbol tertentu kerana kebanyakan murid masih tidak terbuka tentang pengetahuan simbol-simbol dalam peta alir. Saya hanya menggunakan peta alir yang ringkas atau lebih dikenali sebagai peta proses. Saya menyusun tentatif perjalanan hari pertandingan Petanque dengan strategik di mana murid mudah untuk merujuk tentatif-tentatif mengikut masa yang telah dinyatakan di dalam peta alir. Apabila tentatif dinyatakan dalam bentuk teks, kebarangkalian murid untuk terlepas pandang sesuatu bahagian tentatif amat tinggi. Maka, ia akan memberikan impak kepada perjalanan pertandingan tersebut iaitu tidak berjaya untuk berjalan dengan lancar. Maka, peta alir amat penting untuk diaplikasikan dalam susunan tentatif untuk memastikan tiada persoalan akan berlaku.
LAMPIRAN AN2 (HALAMAN 11) Seterusnya, penggunaan peta buih. Peta buih berperanan untuk menerangkan idea utama dan memfokuskan kepada penggunaan kata sifat untuk menerangkan sesuatu. Kemudian, peta buih berupaya untuk meluaskan pengetahuan tentang kepelbagaian perbendaharaan kata dan mampu memperkaya kebolehan murid untuk menyerlahkan kualiti (Anida Idrus et.al,2023). Berdasarkan peta buih saya, idea utama diwakili oleh bulatan yang terletak di tengah manakala idea yang berkaitan tentang idea utama disambungkan dengan anak panah. Buih utama mempunyai sub-buih yang mengandungi idea yang lebih jelas. Contohnya, saya menghuraikan syarat-syarat pertandingan Petanque. Maka, huraian saya tentang syarat pertandingan mudah untuk dibaca dan difahami dengan jelas kerana penerangan melalui peta buih yang sistematik dan ringkas. Tambahan lagi, saya menggunakan warna yang pelbagai untuk menarik minat murid membaca peta buih ini dan saya memastikan warna yang digunakan bagi sub-buih bersesuaian dan kontra dengan warna tulisan supaya mudah untuk dibaca. Sesungguhnya, penggunaan peta buih membantu dalam menyusun maklumat, menggambarkan hubungan antara idea, memudahkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah (Johnson et.al,2021). Maka, terbuktilah bahawa peta alir dan peta buih merupakan pengurusan grafik yang berbeza tetapi serupa dalam menyampaikan pemahaman dan menyokong pemikiran kreatif. Peta buih digunakan untuk menerangkan idea sampingan dan hubungannya dengan idea utama manakala peta alir menerangkan urutan langkah dalam proses atau aliran kerja. Kedua-dua peta di bawah peta i-Think ini membantu menyusun maklumat, meningkatkan kefahaman keseluruhan dan menunjukkan hubungan antara idea.
RUJUKAN