ALAT ANGKLETUK PENGINOVATOR : Pn. Nadiah Hayati binti Omar Pn. Rozita binti Ibrahim Pn. Irene Chai Pei Lyn En. Ariputhiran a/l Narayanan En. Kahar bin Zainuddin PENGENALAN Angkletuk merupakan satu inovasi alat muzik perkusi yang berteraskan alat Angklung dan berkonsepkan alam semula jadi yang mana bahan utamanya adalah buluh, namun Angkletuk harus diketuk untuk menghasilkan bunyi. Alat inovasi Angkletuk ini sesuai digunakan di sekolah rendah Tahap 1 dan Tahap 2 dalam permainan alat perkusi selaras dengan keperluan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Objektif utama adalah untuk merangsang daya kognitif murid, mengaktifkan psikomotor, menarik minat dan memberikan keseronokan belajar muzik serta menggalakkan pemikiran kreatif. Selain itu, Angkletuk dilihat dapat menambah variasi kepada alat perkusi yang sedia ada. Permainan alat perkusi merupakan salah satu kemahiran yang diterapkan dalam Modul Kemahiran Muzik di dalam DSKP. Murid harus mempelajari permainan perkusi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Inovasi Angkletuk ini dicipta bagi meningkatkan penggunaan deria sentuh, lihat dan dengar secara efektif terhadap murid-murid sekolah rendah. Selain itu, Angkletuk dapat digunakan oleh murid-murid berkeperluan khas (inklusif) dalam PdP merentas kurikulum. DSKP Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan) Pendidikan Jasmani (Suaian) dan Pendidikan Kesihatan-Tahun 6. (Aspek 1.0: Kemahiran Pergerakan - Domain Psikomotor). Alat ini tidak memerlukan kemahiran muzik yang tinggi, semua murid dapat memainkannya dengan mudah. Bermain alat Angkletuk ini akan dapat menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta KBAT dalam kalangan murid. Mereka akan belajar menyelesaikan masalah dengan cara mengekplorasi bahan inovasi dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dijalankan selain murid dapat menganalisis bahan Angkletuk yang diperbuat daripada bahan-bahan alam semula jadi. 43
44
BAHAN DAN PERALATAN Bahan utama yang digunakan untuk membuat alat Angkletuk ialah: 1- Buluh Buluh berfungsi sebagai silinder yang akan mengeluarkan bunyi apabila diketuk. 2- paip PVC Paip pvc digunakan untuk meletakkan/ menggantung silinder buluh sebagai framenya. 3- card ring card ring digunakan sebagai alat penggantung silinder buluh tersebut. PANDUAN PENGGUNAAN Alat Angkletuk dicipta bagi menambah variasi kepada alat perkusi sedia ada dalam pasaran. Penggunaan alat Angkletuk sangat mudah hanya perlu mengetuk permukaan silinder untuk mengeluarkan bunyinya. Ruas buluh yang dihasilkan mempunyai perbezaan daripada sudut saiz dan panjangnya, bagi menghasilkan satu variasi nada bunyi rendah, sederhana, dan tinggi mengikut saiz buluh tersebut. Angkletuk tidak memerlukan kemahiran muzik yang tinggi untuk memainkannya, kita hanya perlukan alat pengetuk (mallet) bagi mengetuk permukaan setiap silinder untuk mengeluarkan bunyi yang berbeza nadanya. Permainan alat Angkletuk ini boleh dijalankan melalui salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Modul Kreativiti Muzik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Muzik yang digunakan di sekolah rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019) 45
Aktiviti pembelajaran menggunakan alat Angkletuk ialah satu aktiviti amali yang dilakukan secara hands-on. Penggunaan alat Angkletuk ini dilihat sangat sesuai ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti permainan alat perkusi yang dimulakan dengan pengajaran bagi corak irama. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan untuk mengiringi lagu dan nyanyian dalam Pendidikan Muzik. Alat Angkletuk dimainkan mengikut kreativiti murid sendiri, cara mengetuk dan corak irama yang dihasilkan hendaklah sesuai dengan lagu yang diiring. Murid akan bermain mengikut kreativiti (corak irama) masing-masing yang sesuai dengan lagu yang didendangkan. VIDEO INOVASI Pautan : INO-IK2023_Alat Angkletuk IPGKIK – YouTube Sila Imbas QR Code ini: 46
EJ KIT (EXCELLENT JAWI KIT) PENGINOVATOR : Dr Nik Asilah binti Nik Ali Muhammad Fakhrul Razi bin Badrul Hisham PENGENALAN Penghasilan inovasi ini tercetus semasa pelajar IPGKIK sedang berpraktikum. Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid aliran perdana dan masalah pendengaran mempunyai masalah dalam memadankan huruf rumi kepada Jawi dengan betul dan membezakan huruf yang boleh dan tidak boleh disambung. Justeru, timbul idea bagi menghasilkan EJ Kit bagi mengatasi masalah di atas. EJ Kit merupakan satu Kit pembelajaran tentang kemahiran menulis Jawi yang dilengkapi dengan permainan dan juga isyarat tangan Quran secara digital. EJ Kit mempunyai empat bahagian kad untuk murid rujuk dan membuat latihan. Murid dapat mahirkan diri dengan hanya menggunakan Kit ini sahaja. Kit ini juga dilengkapi dengan QR Code agar murid dapat melihat cara penggunaan, isyarat tangan Quran dan permainan digital jawi. EJ Kit merupakan satu kit pembelajaran Jawi untuk murid masalah pendengaran dan murid aliran perdana sekolah rendah yang lemah jawi. EJ Kit dapat membantu murid mengenal pasti huruf Jawi dengan huruf rumi yang sama bunyi dengan mudah. Selain itu dapat membantu murid menyambung huruf Jawi dengan menggunakan kad dan bahasa isyarat. Objektif inovasi adalah: • Membantu murid mengenal pasti huruf jawi yang sama bunyi dengan huruf rumi • Membantu murid menyambung huruf jawi yang berada di hadapan di tengah dan di belakang • Murid masalah Pendengaran dapat mengenal pasti huruf Jawi dan menulis Jawi dengan menggunakan EJ KIT 47
BAHAN DAN ALATAN EJ KIT ini dapat digunakan dengan bimbingan guru atau digunakan secara individual. QR Code yang disediakan berfungsi sebagai penerangan untuk memudahkan pengguna menggunakannya.Guru dapat menyediakan EJ Kit ini semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaannya sangat mudah dengan menggunakan kad dan bahasa isyarat. Bahan yang digunakan dalam membangunkan projek inovasi ini adalah terdiri daripada bahan bahan seperti di bawah: Bil Bahan yang digunakan serta Kos 1. Kad manila 1 helai RM5 2. Kertas A4 5 helai RM2 3. Kertas Sticker 4 helai RM4 4. Berlamina (Laminate) 1 keping RM3 5. PowerPoint (percuma) 6. Google Drive (percuma) Jumlah RM14 48
PANDUAN PENGGUNAAN EJ Kit ini dapat digunakan oleh individu atau dengan bimbingan guru. QR Code yang diberi telah disediakan cara dan penerangan penggunaannya. Murid dapat menggunakan EJ Kit secara kendiri sama ada di sekolah atau dirumah. Ia sangat mudah dan santai. VIDEO INOVASI Pautan : https://tinyurl.com/mrvt8e34 Sila Imbas QR Code ini: 49
e-MODUL CELIK KRAF (e-MCK) PENGINOVATOR : Pn. Nor Azizah binti Atan Cik Zaharah binti Mohamad Pn. Azlina binti Hj Abdul Rani Dr Hairul Faiezi bin Lokman Pn. Anisha binti Shapiin PENGENALAN e-Modul Celik Kraf (e-MCK) adalah bagi meningkatkan kemahiran membuat kraf doh berbantukan kit inovasi dan QR-Code yang mudah dan praktikal. e-MCK dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 bagi membantu kanak-kanak, orang dewasa dan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam menghasilkan produk kraf dengan lebih inovatif dan berkesan. Hal ini, seiring dengan Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas selari dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi lebih pintar. Semasa dunia dilanda pandemik Covid-19, e-MCK telah dilaksanakan dalam Bengkel Artability yang menggunakan platform youtube. Bengkel ini mendapat respon dan tontonan yang tinggi dalam kalangan peserta maya. Keunikan idea bagi kit inovasi e-MCK ini merangkumi sebuah modul dalam bentuk kit dan QR-Code. e-MCK sangat mesra pengguna, kos yang murah, ringkas dan mudah didapati di rumah. Modul ini sangat afektif dan boleh digunakan oleh sesiapapun dan praktikal digunakan oleh semua peringkat masyarakat. Hasil daripada pelaksanaan inovasi ini, kemahiran pembuatan kraf doh telah dapat dikembangkan dengan jayanya. Ia dapat menyumbangkan aktiviti bagi masyarakat yang terpaksa berada di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Dengan adanya norma baharu, e-MCK dapat dimanfaatkan secara optimum. 50
BAHAN DAN PERALATAN Ada dua bahan dan peralatan yang digunakan dalam inovasi e-MCK iaitu: 1.e-Modul Celik Kraf (e-MCK) iaitu sebuah e-modul yang mengandungi: ● Manual penggunaan produk inovasi. ● Tunjuk Cara aktiviti berperingkat membentuk dan menghasilkan kraf doh. ● Testimoni Pengguna. 2.Kit aktiviti yang merangkumi tiga fokus bahan aktiviti iaitu: ● Pertama, bahan doh yang dihasilkan tidak mengandungi bahan kimia dan anti serangga. ● Kedua, alatan terap dan acuan, sebagai panduan kepada pengguna untuk membentuk objek kraf. ● Ketiga, pewarna alam sebagai bahan untuk mencantikkan kraf doh. PANDUAN PENGGUNAAN Penggunaan produk inovasi e-MCK adalah berdasarkan panduan dalam bentuk QR-Code video (Youtube) yang disertakan. VIDEO INOVASI Pautan : https://tinyurl.com/yeypc3xk Sila Imbas QR Code ini: 51
TOUCH, LISTEN, AND IMMERSE PENGINOVATOR : Alya Qasdina Ng Ai Lee Haslina binti Hassan Lee Kai Wang Pelajar-pelajar PISMP PT2T1-3 PENGENALAN Pendidikan Berkualiti dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Ke-4, menekankan tentang aksesibiliti dan ekuiti untuk meningkatkan kualiti pendidikan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Secara realitinya, murid ketidakupayaan penglihatan merupakan kumpuian yang sering mengalami kekangan untuk mendapatkan bahan bacaan Braille selain buku teks yang dibekalkan oleh KPM. Implikasinya, kadar penguasaan literasi MBPK ketidakupayaan penglihatan masih pada tahap yang amat membimbangkan terutamanya setelah pandemik Covid-19. Projek ”Touch, Listen, Immerse” dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan koleksi buku cerita Braille yang mengandungi 23 judul buku cerita taktil yang mengandungi maklumat digital. Buku cerita taktil yang dihasilkan mengandungi teks Unified English Braille Gred 2, teks audio dan maklumat taktil. Maklumat digital tersebut boleh diakses melalui kod QR dan diharapkan dapat memperkaya pengalaman membaca dalam kalangan masyarakat MADANI secara holisitik. 52
BAHAN DAN PERALATAN: Produk inovasi yang dihasilkan memerlukan bahan dan peralatan seperti yang berikut: Buku cerita Taktil- Touch, Listen and Immerse • Mesin Braille • Pelekat Braille • Komputer • Perisian CANVA, Sim Braille font • Grafik taktil bergantung kepada bahan grafik yang terdapat dalam buku cerita yang dihasilkan. • Google sites (RPH, Aktiviti Pengukuhan) • Kod QR PANDUAN PENGGUNAAN: 1. Membaca dan meneroka Kod UEB Gred 2 serta maklumat taktil yang terdapat pada setiap halaman. 2. Mengakses maklumat digital seperti E-Book, aktiviti pengukuhan, bahan audio dan RPH dengan mengimbas Kod QR yang dikemukakan. 3. Mengukur kefahaman pembaca terhadap buku cerita yang dibaca. VIDEO INOVASI Pautan : Maklumat Digital: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/touch-listen-andimmerse/ebook?authuser=0 Proses Penghasilan Produk: https://drive.google.com/file/d/1IUsQQE_h8JZ7iIkJu6hR1KY-CMe39hF/view?usp=drivesdk Maklumat Digital: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/touch-listen-andimmerse/home Sila Imbas QR Code ini: Proses Penghasilan Produk Pengenalan Maklumat Digital 53
UNISPHERE Penginovator : Pn Kalliammah a/p Krishnan ( Ketua ) Dr. Faizul bin Mat Som En. Gananathan a/l M.Nadarajah PENGENALAN INOVASI Pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU) dihasilkan oleh David dan Red Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Longborough ( Alison, 1997 ). Pendekatan ini berpusatkan kepada pengajaran berasaskan permainan. Modifikasi peralatan mengikut keperluan pengajaran merupakan salah satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan TGfU. Idea menghasilkan inovasi Unisphere ini berasal daripada peralatan modification permainan. Unisphere dihasilkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan Pendidikan Jasmani. Oleh kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan yang unik dan dapat dijadikan sebagai satu alat reka ganti bervariasi maka is dinamakan sebagai UNISPHERE iaitu sebiji bola untuk semua. Modifikasi peralatan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan elemen keseronokan dalam sesuatu pengajaran yang menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan TGfU (Juliantine, 2023). Maka inovasi Unisphere ini akan menjadi tumpuan ulama guru - guru dalam usaha menarik minat murid kerana ia Sandgate mudah dihasilkan dengan kos yang murah. PENGGUNAAN INOVASI Unisphere merupakan sebuah bola yang besar digunakan untuk mengajar kemahiran asas seperti melambung, melontar, menangkap, menguling dan lain – lain lagi. Oleh kerana alatan ini dalam bentuk yang besar , lembut dan berwarna – warni ia dapat menarik minat murid serta memastikan tumpuan mereka tidak lari daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat ini apabila dibuka, dan dibelah dua dapat digunakan sebagai bakul untuk menangkap bola dan dijadikan sebagai sasaran untuk sebarang permainan berasaskan sasaran. Seterusnya apabila guru ingin membawa pelbagai peralatan ke dalam kelas ianya dapat dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan dan membawa peralatan. Keunikan inovasi ini tidak berhenti di situ sahaja malahan boleh dijadikan sebagai alat permainan dalam kelas pendidikan khas yang mempunyai masalah penglihatan. Unisphere ini mempunyai loceng – loceng kecil yang dapat merangsang deria pendengaran golongan khas dan tidak bahaya untuk digunakan kerana dihasilkan denga material yangsangat lembut. Inovasi ini sangat berguna untuk pendidikan inkusif. 54
BAHAN DAN PERALATAN Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan inovasi ini adalah sangat murah dan mudah didapatkan. Malah alat utama inovasi ini iaitu tudung saji rotan boleh dihasilkan dengan sendiri dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ia dapat mencapai matlamat Elemen Merentas Kurikulum (EMK). PENGGUNAAN Loceng Blue tack Ring file Dawai halus bunga Tudung saji Bekas menyimpan alatan Mudah dibawa Pengajaran inklusif Dijadikan sasaran Kemahiran asas PJ Testimoni murid sekolah 55
VIDEO INOVASI Pautan : https://youtu.be/cPYuL3jrM1k?feature=shared Sila Imbas QR Code ini: . . 56
FUTURE BoHo PENGINOVATOR : Pn. Zaharah binti Mohamad Muhammad bin Sahrul Hafizi Nur Dalila binti Adnan Siti Almunawwarah binti Shahuddin Asyraf Hilmi bin Kharil PENGENALAN INOVASI Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Future BoHo adalah satu alat memegang buku yang memudahkan murid membaca buku dengan selesa. Future BoHo adalah produk yang dapat membantu guru menarik minat murid untuk membaca buku atau menyalin fakta. Future BoHo boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan di mana-mana sahaja. Future BoHo adalah hasil inovasi Finger Book Holder yang telah diberi penambahbaikan dalam pelbagai aspek. Future BoHo telah menjadikan ia satu produk yang lebih berfungsi penggunaannya. 57
BAHAN DAN PERALATAN • menyediakan bahan yang ringan untuk dijadikan alat book holder. contohnya aluminium, plastik, getah, dawai, dan sebagainya. • membentuk bahan yang dipilih untuk dijadikan seperti cincin. • membentuk bahagian tambahan pada cincin untuk memegang buku. • bahagian pemegang buku tersebut boleh diubah kepada beberapa saiz mengikut buku yang pelbagai saiz. • menguji kualiti keteguhan alat book holder. • meletakkan fungsi lain untuk keselesaan membaca (lampu led dan keychain) • menghias produk untuk kelihatan lebih komersial. PANDUAN PENGGUNAAN VIDEO INOVASI Pautan : https://youtu.be/M8DdoouuGs8 Sila Imbas QR Code ini: • Mudah dan praktikal digunakan. • Memudahkan muka surat buku diselak. • Boleh digunakan untuk semua jenis buku. • Buku terbuka dengan mudah semasa pembacaan. • Penjimatan masa membaca. • Memudahkan pembacaan dan menyalin fakta tanpa memegang buku. 58
RUJUKAN Abdul Halim Abdullah, Hartini Ismail, Najua Syuhada Ahmad Alhassora and Nur Hazirah. (2020). Investigating Student’s Learning Difficulties in Shape and Space Topic: A Case Study. 24(5), 5315-5320. Al-Hooli, A. & Al-Shammari, Z. (2009). Teaching and learning moral values through kindergarten curriculum. Education, 129(3), 382-399 Al-Ghazali, A.H. 2003. al-Maqsad al-Asna Fi SyarhMa’aniAsma; Allah Al-Husna. Beirut; Dar Ibn Hazm. Ahmad Nazir Muhammad Ali. ( 2006). Penyelidikan Tentang Pembelajaran Visual Dalam Mempertingkatkan Pemahaman Murid. Aida Suraya MdYunus, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Tan Tong Hock. (2019). Geometric Thinking of Malaysian Elementary School Students. International Journal of Instruction. 12(1). 1095-1112 Alison, S., & Thorpe, R. ( 1997). A comparison of the effectiveness of two approaches to teaching games within physical education. Journal of physical education, 28 Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur: KPM. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017)(a). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Empat. Wilayah Persekutuan Putrajaya Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2021)(b). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun Satu. Wilayah Persekutuan Putrajaya Bakken, J. P. and Simpson, C. G. (2011). Mnemonic Strategies: Success for The Young Adult. Balakrishan, V. (2012). Dilema Kehidupan Sebenar Dalam Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Craig, D.V. (2004). Practitioner action research: Action research to improve practice. Work Based Learning in Primary Care (2):324 – 327. Da Fonte, M. A., Pufpaff, L. A., & Taber-Doughty, T. (2010). Vocabulary use during storybook reading: Implications for children with augmentative and alternative communication needs. Psychology in the Schools, 47(5), 514- 524. https://doi-org.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1002/pits.20487 Galyon, C. L., Floyd, K. K., & Wood-Fields, C. (2023). Access for All: Adapted Literacy Through Low-Tech Assistive Technology. Children & Libraries: The Journal of the Association for Library Service to Children, 21(2), 22-27. https://doi-org.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.5860/cal.21.2.220 Ghazali, M.I,2008. Kaedah-kaedah Utama tentang Asma’ dan sifat Allah SWT. Riyadh: Maktab Dakwah dan Bimbingan Jaliat Rabwah Gunawan, A.W. (2003). Genius Learning Strategy Petunjuk Praktis untuk Menerapkan Accelerated Learning. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama. Hairul Faiezi Lokman, Jainudin Ngah, Fariza Khalid & Nurfaradilla Nasri. (2021) (a). Moral values practices of students based on the use of facebook application. Technical and Social Science Journal, 13 (1), 19-30 59
Hairul Faiezi Lokman (2020) (b). Kerja amal pendidikan moral mengintegrasi sistem pengurusan pembelajaran (LMS) dan rangkaian media sosial (SMN). Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hamzah. (2016). Kanak-kanak Bekeperluan Khas. Academia: https://www.academia.edu/34964322/KANAK_KANAK_BERKEPERLUAN_ KHAS Hartini Ismail, Abdul Halim Abdullah, Najua Syuhada Ahmad Alhassora &Nur Hazirah Noh@Seth. (2020). Investigating Student’s Learning Difficulties In Shape and Space Topic: A Case Study. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(05), 5315-5321 Ibrahim, S. A., & Razak, K. A. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran Dan Impak Dalam Pendidikan Islam Dan Pembelajaran Murid [Covid-19 Pandemic: Challenges And Impact In Islamic Education And Student Learning]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(1), 89-94. Jadual Kadar Fi Bagi Perkhidmatan Kaunseling. (2017). Lembaga Kaunselor Malaysia.Nota Kursus Terapi ES2Q “Emotional, Spritual, Quranic, Qutinan, IPG Kampus Ipoh, 20-22 Mei 2013. Juliantie. T., Fami, H. S., Norman. K. ( 2020). Penerapan TGfU terhadap hasil belajar permainan bola voli. Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga, Volume 4 Kartika Asmarani. (2013). Efektifitas Metode Mnemonik Dalam Meningkatkan Daya Ingat Siswa Kelas IX SMP Negeri 2 Satu Atap Sluke Pada Mata Pelajaran Sejarah. Universitas Negeri Semarang. Khadijah Rohani Mohd Yunus. (2008). Pembentukan tingkah laku pro sosial dan insan berkualiti. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Akhlak dan Moral. Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Lewis, S., & Tolla, J. (2003). Creating and Using Tactile Experience Books for Young Children With Visual Impairments. Teaching Exceptional Children, 35(3), 22. Mahmudi Mahmud. (2019). Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Islam Tinjauan Epistemologi, Isi dan Materi. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 89-105. Nasir, N. M., & Mansor, M. B. (2021). Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416- 421. Nolan, C. Y. (1963). Reading and Listening in Learning by the Blind. Exceptional Children, 29(7), 313- 316. https://doi-org.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1177/001440296302900703 Nur Hadi, & Syaifullah. (2022). Inovasi Pendidikan Agama Islam. Jurnal Mu'alim, 53-66. 60
Othman, M. K., Suhid, A., Mat Rashid, A., & Roslan, S. (2015). Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini. Jurnal Pembangunan Sosial, 18, 120. Royal National Institute for The Blind RNIB (2016) The abc's of unified english braille. USA. Stratton, J. M., & Wright, S. (1991). On the way to literacy: Early experiences for young visually impaired children. Re: View, 23(2), 55. https://doiorg.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1177/004005990303500303 Siti Nurbaizura Che Azizan, N.M.N. (2020). Pandangan Guru Terhadap Pembelajaran dalam Talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh Pandemik COVID-19. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature 11(edisi khas): 46–57. Sudarsono, F. X. (2007). Pendidikan etika yang terpinggirkan dan terlupakan. Dinamika pendidikan, 12-23. Stringer. E.T. (1999). Action research. SAGE Publications, Inc Wagner, Detlev und Zeigler, Petra. (1982). Mit liedern lernen. München: Verlag für Deutsch. Thannimalai, T., & Baloh, S. (2021). Cabaran PDPR bahasa Tamil di sekolah luar bandar [Challenges of Tamil language PDPR in rural schools]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 183-190. Thambu, N. (2014). Penggunaan teater forum dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Tilley, H. (2018). Portraying Blindness: Nineteenth-Century Images of Tactile Reading. Disability Studies Quarterly, 38(3), 4. https://doiorg.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.18061/dsq.v3813.6475 Wan Maseri Wan Mohd dan Abd Latiff Abdul Haliff. (2015)(a). Penyucian hati dengan 99 asmaul husna. SMK Publication dan Distributors. Wan Maseri Wan Mohd dan Abd Latiff Abdul Haliff. (2015) (b). Energi asmaul husna dalam pekerjaan. 3i Training Consultancy 61
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Inovasi ialah konsep yang melibatkan pembangunan idea, produk, atau proses baharu yang membawa perubahan positif. Amalan inovasi melibatkan satu siri tindakan dan pendekatan yang boleh membantu individu atau organisasi untuk membangunkan idea baharu dan melaksanakannya dengan jayanya. Lestari Inovasi IPG Kampus Ilmu Khas merupakan naskhah terbaik sebagai panduan dan rujukan kepada individu yang ingin membangun dan melaksanakan inovasi secara mudah, pantas dan efisien. Buku ini mengandungi elemen perancangan, pembangunan dan pengkomersialan hasil inovasi. Dalam buku ini juga dilampirkan sebanyak 13 inovasi yang telah dihasilkan oleh para pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk disebarluaskan dan diaplikasikan. Buku sesuai dimiliki oleh para pendidik sama ada guru atau pensyarah dan boleh menjadi sumber rujukan kepada pelajar dalam bidang pendidikan.