The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteri nur syakirah, 2023-05-10 10:56:09

sukan dan perpaduan e folio

sukan dan perpaduan e folio

SUKAN DAN PERPADUAN CINDAI BAWA BERJALAN, BUAT MENGIBAS NYAMUK DAN AGAS; RAJIN DAN TABAH DALAM BERSUKAN, MINDA CERDAS JASMANI CERGAS. MAGAZINE OF THE YEAR


PENGENALAN - Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. - Perpaduan ialah satu proses yanag menyatukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui negara.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara.


KEPENTINGAN SUKAN TERHADAP PERPADUAN March 2023 Fashion -Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi -Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat -Penyertaan aktiviti tidak terhad kepada kaum tertentu -Penubuhan majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia/MSSM


- Dapat membentuk masyarakat yang cergas dan cerdas tanpa mengira usia,kaum mahupun bangsa -Dapat mengeratkan silaturrahim dan tali perpaduan antara masyarakat tanpa mengira bangsa -Memupuk nilai-nilai murni sesama masyarakat -Dapat menaikkan taraf sukan negara kita dan bersaing di mata dunia -Mampu menjadi suatu sumber pendapatan kepada penggemar sukan KEBAIKAN SUKAN DALAM PERPADUAN


OBJEKTIF DASAR DALAM SUKAN 1.Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan masyarakat; 2. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan di kalangan masyarakat; 3. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu; 4. Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu melalui sukan; 5. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat; 6. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang profesional 7. Membangunkan sukan sebagai satu industri 8. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen.


TEMASYA SUKAN ANTARABANGSA 2022 Sebagai contoh: -SUKAN OLIMPIK -SUKAN KOMANWEL -SUKAN ASIA T -SUKAN ASIA TENGGARA / SEA R E N D I N G


Sejak penglibatan Malaysia dalam Sukan Olimpik, sukan seperti akuatik (terjun), badminton dan berbasikal merupakan sukan yang kerap menyertainya sehingga tahun 2016. Malah, hoki juga antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004 dan Beijing 2008. Beberapa sukan lain juga mencatat pencapaian terbaik menerusi bekas jaguh pecut negara, Datuk Dr. M. Jegathesan dalam acara 200 meter di Tokyo 1968 dan Mexico 1972, Ishtiaq Mubarak dalam 110m lari berpagar (Mexico 1972). SUKAN OLIMPIK Mr. Fashion Monthly Magazine Penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik Kontinjen Malaysia telah menyertai temasya Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama di Sukan Olimpik Melbourne 1956 kecuali pada tahun 1980 di mana negara telah menyertai gagasan negara-negara lain memulaukan Sukan Olimpik Moscow 1980. Sukan Olimpik Rio 2016 merupakan penyertaan paling cemerlang kontinjen negara di sukan berprestij dunia itu apabila berjaya membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa.


SUKAN KOMANWEL Sukan Komawel disingkatkan sebagai (SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negaranegara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga tahun 1974. Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring. Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.


SUKAN ASIA Sukan Asia juga dikenali sebagai Asia, adalah sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Temasya sukan tersebut dikawal oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978. Sejak edisi tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan Persekutuan Sukan Asia.


Negara Yang Terlibat: -Kemboja -Loas -Malaysia -Myanmar -Singapura -Thailand -Vietnam -Brunei -indonesia -Timos Laste -Filipina SUKAN ASIA TENGGARA/ SEA Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA, boleh juga di panggil SEAG (SouthEast Asian Games)), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.


Click to View FlipBook Version