1
SMK KUALA JENGAL
AMALAN TERBAIK PdP MATA PELAJARAN DI BAWAH BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
1 Tajuk : Penyampaian infografik Sains.
Tema : Pembelajaran berpandu
Pengenalan
i. Latar Belakang : Kebanyakan murid sukar untuk mengingat fakta dalam masa yang
singkat dan pembelajaran tidak berlaku 2 hala. Selain itu, murid
tidak mahir untuk menyampaikan maklumat sains secara ringkas
dan mudah dan terlalu bergantung kepada ayat buku teks semata-
mata.
ii. Guru terlibat : Pn. Malisa binti Zakaria
iii. Murid terlibat : Tingkatan 4 IBS (18 orang)
iv.Objektif : 1. Menggalakkan penyertaan murid secara menyeluruh
2 Pelaksanaan 2. Membantu murid menguasai isi soalan
Program
i. Proses 3. Membentuk komunikasi 2 hala dan pembelajaran aktif
pelaksanaan
4. Memupuk minat murid terhadap Sains
: • Murid dibahagikan kumpulan 2 hingga 3 orang
• Murid diberikan tajuk mengikut pecahan subtopik
• Murid dikehendaki mencari maklumat dan
mempersembahkan maklumat dalam bentuk buku grafik
dan perkataan tidak lebih 100 patah perkataan.
• Murid juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya
beberapa soalan ringkas.
• Kumpulan pembentang juga perlu menyediakan 2 soalan
kepada pendengar dan sebaliknya.
• Semua murid perlu fokus untuk mendapatkan ‘ganjaran’
atau markah lebih
• Murid kemudiaannya diberi soalan kuiz spontan oleh guru.
1
2
Impak : -Penyertaan menyeluruh pelajar kerana setiap daripadanya perlu
mendapatkan markah individu atau kumpulan/ TP yang
Kekuatan dikehendaki.
Kelemahan -Murid yang pasif juga memberikan kerjasama kerana perlu
mengutip mata ganjaran.
-Kemahiran tambahan digunakan apabila murid perlu melukis.
-Berlaku komunikasi 2 hala dimana pelajar merujuk kepada guru.
: 1. bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai (18 orang)
2. Kandungan subtopik pembentangan ringkas, berfokus dan
mudah
3. Soalan berfokus dan mudah untuk dijawab.
: 1. bahan persembahan terhad (gambar) kerana murid
menggunakan bahan yang mudah diperoleh
2
3
3 Gambar laporan :
Murid bergilir menyatakan pandangan awal tentang topik
pembelajaran. Setiap murid harus bergilir menulis/ memberi idea
tentang tajuk.
Murid berbincang tentang maklumat penting topik . Murid
menyatakan topik dalam bentuk grafik. Penulisan tidak melebihi
100 patah perkataan.
Murid perlu bertumpu kepada grafik dan membentangkan
perkara penting tentang gambar rajah yang berkait tentang topik
tersebut.
Soal jawab antara rakan sekelas perlu jika penyampaian
maklumat tidak difahami. Guru membimbing murid untuk info
lanjut.
3
4 Kesimpulan 4
: Aktiviti ini secara tidak langsung melibatkan penyertaan semua
murid. Murid yang kurang berminat dengan fakta juga akan
tertumpu kepada maklumat dalam bentuk grafik. Penyampaian
murid juga lebih berfokus kerana murid memilih isi penting sahaja
untuk disampaikan. Aktiviti soal jawab juga menambahkan
kepekaan setiap murid agar dapat membantu dalam menjawab
kuiz spontan yang diberi guru. Penghargaan diberi kepada semua
murid yang menyumbang idea dan memberi kerjasama baik .
Sokongan kepada rakan juga dapat dipupuk apabila ada diantara
rakan memberi dorongan kepada rakan yang segan untuk
bercakap di hadapan. Akhir kata, tajuk yang sukar lebih mudah
difahami kerana penyampaian lebih spontan, ringkas dan mudah.
4