The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aina Balqis, 2021-12-27 02:56:22

Laporan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 2 2021

laporan kajian kes tingkatan 2 2021

MRSM TUN DR ISMAIL, PONTIAN
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 2
TAHUN 2021

NAMA : AINA BALQIS BINTI KHAIRUL HAFIZ

KAD PENGENALAN : ------ -- ----

TINGKATAN : 2 OXFORD

PENYATAAN MASALAH :

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR
MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil krja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan gambar rajah yang
dinyatakan sumbernya.

PERAKUAN GURU : PERAKUAN TPKA :

TANDATANGAN :…………………………………………. TANDATANGAN : …………………………………….
TARIKH : / / 2021 TARIKH : …………………………………….

TEMA 5.2: WARISAN KERAJAAN ALAM MELAYU

Adat pertabalan raja di negara kita adalah warisan daripada kerajaan
Alam Melayu yang wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka.

Wajarkah adat pertabalan raja-raja Melayu ini terus dipertahankan?

CADANGAN BENTUK PENULISAN KAJIAN KES

i. Penghargaan
Pertama sekali saya sangat bersyukur kepada Tuhan yang Maha Mulia dan Berkuasa kerana dapat menyiapkan folio
sejarah saya ini dengan baik dan sempurna. Selain itu, saya juga berasa sangat berterima kasih kepada

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cikgu Fauzi iaitu guru mata pelajaran sejarah saya
atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa saya mempelajari pelajaran subjek sejarah
dan Ketika membuat folio ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi semangat untuk
saya menyiapkan folio sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini.

[5 markah]
ii. Objektif kajian

Kajian kes ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif iaitu:
1. Saya dapat menjelaskan definisi adat istiadat Diraja dengan jelas dan lebih teperinci.
2. Saya dapat mengenal pasti faktor dan kronolgi Istiadat Pertabalan Diraja.
3. Saya dapat menghuraikan kesan peristiwa pertabalan diraja tersebut pada diri, masyarakat dan negara.
4. Saya dapat mengenali langkah dan cabaran untuk mempertahankan institusi raja.
5. Saya dapat mengetahui nilai-nilai murni dan ikhtibar yang diperolehi daripada kajian.

[5 markah]
iii. Kaedah Kajian
Terdapat banyak kaedah yang saya telah gunakan dalam melengkapkan laporan kajian kes ini seperti berikut:-
1) Melayari Internet
- Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai adat istiadat diraja dan pertablan raja dengan melayari
internet. Banyak maklumat yang saya telah diperolehi melalui kaedah ini. Salah satu laman web saya layari ialah
Wikipedia.
2) Buku Teks / Rujukan
- Kajian ini juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui buku teks dan buku rujukan yang saya dapati dan beli.
Salah satu contoh buku yang dibuat rujuk untuk menyiapakn laporan kajian kes saya ini ialah Buku Teks Sejarah
KSSM Tingkatan 2 dan Buku Rujukan Pembelajaran Holistik: KSSM&PT3 Sejarah (Tingkatan 1, 2, 3).
3) Bimbingan Guru
- Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan.
Oleh sebab itu, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Cikgu Fauzi, cikgu yang mengajar subjek sejarah.
4) Temubual

- Peristiwa Bersejarah dalam kajian say aini meninggaterhadap masyarakat di tempat tingglkan kesan yang bermakna
terhadap masyarakat di tempat tinggal saya. Dengan kaedah temubual bersama orang sumber iaitu Puan Marina
Pilus, saya lebih memahami kesan perstiwa bersejarah ini terhadap masyarakat setempat.

5) Melawat Muzium Peristiwa Lokasi Bersejarah
- Saya telah melawat lokasi peristiwa bersejarah serta mengambil beberapa foto bagi mengambarkan kesan tinggalan
yang masih ada akibat daripada peristiwa pertabalan raja yang berlaku dan ia turut dilampirkan dalam kajian ini.
[5 markah]
iv. Sumber kajian
1. Melayari Internet
2. Buku Teks / Rujukan
3. Bimbingan Guru
4. Temubual
5. Melawat Muzium Peristiwa Lokasi Bersejarah
[5 markah]

Tajuk Tugasan : Kepentingan Pertabalan Raja [2 markah]

Pengenalan

1. Jelaskan maksud adat istiadat Diraja.
Adat istiadat ialah aturan dan perbuatan yang telah lazim dilakukan sejak sekian lama. Sebagai contohnya,
keputeraan, perkahwinan, pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, pemakaman pemerintah. Ianya
juga adalah pertabalan bertujuan memaklumi rakyat dan bagi mengabsahkan kedaulatan raja.

2. Senaraikan adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini.
Adat istiadat diraja yang masih diamalkan hari ini adalah adat keputeraan, adat perkahwinan, istiadat
pemakaman, istiadat meninjau, istiadat merasi, istiadat melamar dan istiadat bertunang.
[5 markah]

Perkembangan idea
1. Huraikan faktor berlakunya pertabalan seseorang raja

Kekananan di kalangan Sultan dan Raja, baginda berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak mengalami
kelemahan, merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja
lain. Selain itu, raja yang memerintah sebelum ini telah mangkat, raja melepaskan takhta disebabkan hal-hal tertentu
dan usia dan tempoh masa pemerintahan adalah faktor berlakunya pertabalan seseorang raja.

[10 markah]
2. Jelaskan kronologi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan
Kronologi bagi Istiadat Pertabalan Diraja Negeri Sembilan ialah pada awalnya Negeri Sembilan merupakan naugan
Kesultanan Johor Riau. Selain itu, pada awal abad ke-15, masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera
telah merantau dan mendiami beberapa wilayah di Negeri Sembilan. Pada tahun 1770, empat Penghulu Luak terdiri
daripada Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau telah menghantar utusan untuk menjemput anak raja
Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan di Negeri Sembilan. Di samping itu, Pada tahun 1770, Jelebu, Johol dan
Rembau telah menghantar utusan untuk menjemput anak raja Minangkabau di Sumatera bagi dirajakan di Negeri
Sembilan. Seterusnya, Raja Minangkabau bersetuju mengutuskan Raja Melewar sebagai pemerintah di Negeri
Sembilan. Raja Melewar mengasaskan kerajaan Negeri Sembilan yang berpusat di Seri Menanti pada tahun 1773.

Baginda juga memakai gelaran Yamtuan Seri Menanti dan mendapat pengiktirafan daripada pemerintah
Kesultanan Johor Riau.

[25 markah]
3. Kesan peristiwa pertabalan tersebut kepada diri, mayarakat dan negara.

i. Kesan peristiwa pertabalan kepada diri:
Kesan pertabalan raja bagi seorang raja sendiri adalah sebagai tanda pengukuhan dan perasmian dirinya
sebagai kepala negara dan mengetuainya. Peristiwa pertabalan yang melalui proses kesepakatan raja-raja
dari negara lain ini juga memberi kesan pemberian kehormatan dan menimbulkan rasa kebanggaan bagi
seorang raja hingga ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

ii. Kesan kepada masyarakat:
Kesan peristiwa pertabalan bagi masyarakat adalah Masyarakat Malaysia akan menjunjung tinggi pada
kedudukan Yang di-Pertuan Agong kerana telah ditabalkan dan dipilih untuk menjadi kepala negara. Hal
ini kerana, bagi Masyarakat Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dan raja merupakan pemerintahan yang
tertinggi di negara di mana kedudukannya sangat dimuliakan dan diberikan perhargaan dan kedudukan
yang tinggi oleh rakyat. Yang di-Pertuan Agong juga harus dilihat sebagai pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap perpaduan rakyat, bertanggung jawab terhadap kegemilangan negara dan
kedaulatan rakyat.

iii. Kesan kepada negara:
Kesan pertabalan raja bagi negara adalah negara akan memperolehi harapan yang tinggi dan baharu untuk
memajukan negara bagi masa yang akan datang. Oleh sebab itu, peristiwa pertabalan raja merupakan
sesuatu peristiwa yang sangat penting bagi negara kerana ia merupakan titikan penting untuk menentukan
kelansungan dan kejayaan negara itu sendiri. Pertabalan raja juga merupakan nilai yang sangat penting
kerana raja sesebuah negara tersebut merupakan cerminan negara itu sendiri.
[10 markah]

4. Sebab adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan.
Adat pertabalan Diraja perlu dipertahankan kerana ianya kedudukan yang tinggi seperti terterera dalam
pelembagaan Malaysia. Oleh kerana itu, ia merupakan kelansungan pada sistem Kerajaan Alam Melayu. Justeru,
pertabalan perlu dipertahankan kerana ia boleh memberi peluang kepada rakyat untuk bertemu dengan
golongan diraja dan ianya juga menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang
hebat.
[10 markah]

5. Langkah dan cabaran untuk mempertahan institusi raja.
Terdapat banyak cabaran untuk mempertahankan institusi raja. Sebagai contohnya, segelinitir pihak tidak
mempedulikan institusi diraja dan memberi persepsi negatif tentang institusi diraja. Oleh sebab itu, wujudnya
kesalah fahaman dan kurang fahaman tentang sistem raja berpelembagaan bagi beberapa pihak. Oleh itu,
terdapat juga langkah penyelesaiannya. Antaranya adalah, menerapkan pendidikan asas kenegaraan pada
peringkat sekolah, membina semangat dan keyakinan rakyat agar mempercayai raja dan memperkuatkuasakan
undang-undang yang lebih tegas, dan mengenakan hukuman pasa yang tidak mematuhinya.
[10 markah]

Kesimpulan
1. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian.

Pengetahuan yang saya dapat perolehi daripada kajian ini ialah saya dapat menerokai bukti warisan kerajaan dan
mengetahui bahawa terdapat krologi warisan kerajaan yang terdapat pada beberapa negeri masih kekal hingga hari
ini. Selain itu, saya dapat mengetahui definisi adat istiadat Diraja dan memahaminya dengan secara mendalaminya
dengan rujukan dan bantuan orang lain. Di samping itu, saya dapat mengetahui faktor dan kesan peristiwa pertabalan
raja dan juga sebab, cabaran dan langkah untuk mempertahankan institusi raja.
2. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian.
Nilai-nilai murni dan iktibar yang saya perolehi daripada kajian ini adalah rakyat perlu bersatu padu dan menghormati
institusi diraja dalam menjamin kedaulatan negara dan mengangkat nama negara. Selain itu, rakyat sesebuah negara
juga memberi peranan yang amat penting dalam sesebuah negara kerana tanpa sesebuah rakyat atau masyarakat,
tidak wujudlah peristiwa pertabalan dan institusi raja ini.

3. Harapan daripada peristiwa pertabalan untuk masa depan negara.
Saya berharap peristiwa pertabalan dapat diteruskan supaya generasi yang akan datang dapat melihat kemajuan
kejayaan negara dan dapat mengangkat nama negara ke persada antarabangsa pada masa yang akan datang.

[ 5 markah]
Rujukan

1. https://mega.nz/folder/7L5iAAza#gJAfo7Ig0OMKnG1OsWKHZw/folder/HHhkGCpI
2. https://pdfcoffee.com/folio-sejarah-form-1-pdf-free.html
3. http://online.anyflip.com/yvxvf/qfro/mobile/index.html
4. https://learning-is-easy-here.blogspot.com/2021/02/nota-ringkas-dan-padat-sejarah_7.html
5. https://sarayuik.blogspot.com/2021/04/adat-istiadat-diraja-yang-masih.html
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Agong#Faktor_pemilihan

[3 markah]


Click to View FlipBook Version