Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke30 & Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2023 June 29, 2024 | Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru 51 PERBAHASAN USUL MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN KALI KE-30 SESI 2024/2026 USUL DARI AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH & GURU BIL USUL 1 Pelajar mematuhi peraturan pemakaian baju seragam Sekolah Agama Kerajaan Johor USUL DARI IBU BAPA / PENJAGA MURID BIL USUL PEMBAWA USUL BILIK/ DARJAH 1 Kipas dibilik 21 rosak, kesian dekat anak-anak. Khairul Nazrin 2 Bilik 21 2 *Kedapatan guru tidak dapat habis silibus, tetapi tajuk yang tidak diajar masuk dalam peperiksaan. *Kedapatan guru kerap tiada di bilik darjah mengajar selepas waktu rehat. *Kelas relief pula tiada guru pengganti dan yang boleh mengambil alih mengajar. *Jangan suruh pelajar kerap menyalin dari buku hingga habis masa. Guru sepatutnya membuat aktiviti mengajar dan belajar. *Ada guru bercerita perkara-perkara yang tiada kaitan dengan tajuk pelajaran. *Tabiat dan tingkah laku pengajaran guru perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah. *Guru perlu rancang pengajaran dengan betul supaya ada cukup masa untuk buat ulangkaji minggu peperiksaan akhir. *Subjek tahap 2 memerlukan guru yang tahu/faham bagi mengajar isi kandungan subjek. *Selalu terjadi guru tidak mengajar mengikut ketetapan jadual harian yang ditetapkan dan ada guru pilih subjek yang dia suka sahaja. Akibatnya ada subjek yg tertinggal topik pelajaran. *Guru perlu diberi kursus dan latihan kemahiran mengajar yang dibantu oleh Jabatan Agama atau Institusi latihan pendidikan supaya PdP dapat dilaksanakan dengan lebih baik. *Pemantauan tingkah laku dan aktiviti pengajaran guru di bilik darjah perlu dibuat. Guru-guru pentadbir (guru besar, GPK, panitia) boleh membuat rondaan, seliaan atau tinjauan aktiviti guru di bilik darjah. *Kedapatan masa belajar hilang yang tiada PdP. *Kelihatan guru-guru sibuk terlibat dengan persiapan aktiviti luar bilik darjah seperti persiapan pertandingan kompang, wakil latihan bola sepak dan lain-lain hingga guru-guru ini tidak masuk kelas dan murid tidak belajar. *Ada kalanya terdapat guru yang tidak masuk kelas dan tidak dapat dicari oleh murid. *Sekolah perlu utamakan pengajaran di bilik darjah dengan guru dapat dan mahir memberi pengajaran dan mengurus masa yang sesuai untuk aktiviti luar bilik darjah. Baharin Abu
Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke30 & Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2023 June 29, 2024 | Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru 52 *Perkara berkaitan dengan urusan peribadi (seperti bacaan yassin untuk orang luar, tidak sepatutnya digunakan mengambil waktu jadual belajar murid. *Pihak sekolah perlu mencari sebab kenapa pelajar ramai yang berhenti sekolah atau tidak suka ke sekolah dan mengambil tindakan bagi mendapatkan ke murid suka belajar dan datang belajar di SABBU. *Disamping tidak lulus, adakah disebabkan mereka tidak melihat ada manfaat datang ke sekolah kerana banyak masa tidak mengajar. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan terdapat sebilangan guru yang menunjukkan usaha yang baik dan begitu murid dapat mencapai kejayaan akademik di SABBU. 3 Kipas kena tukar sebab terlalu slow. Anak selalu mengadu kepanasan dalam kelas. Nafaeeza Selamat 1 Bilik 30 4 Menghapuskan nyamuk/tempat pembiakan nyamuk yang amat banyak di kawasan sekolah. Nyamuk sangat banyak ketika sesi pembelajaran di dalam kelas terutama di waktu pagi dan petang. Cadangan membuat aktiviti gotong-royong untuk pembersihan kawasan sekolah/membersihkan longkang yang tersumbat/menyembur asap nyamuk (fogging) Syabidin bin Wahab 1 Bilik 22 (Pagi) 5 Tutup semntara untuk kenderaan berat atau besar sementara keluar masuk anak-anak ke sekolah. Noorsyazwani Binti Zahsri 6 Bilik 5 6 Membuat bayaran yuran secara online. Noor Hafidah Bte Mohd Said 5 Bilik 33 7 Time waktu balik sekolah kalau hari dah start nak hujan, minta jasa baik cikgu untuk lepaskan anak-anak yang naik transport tu awal sedikit, jadi parent yang pickup anak boleh pusing masuk dalam kawasan sekolah. Jadi takde jem atau sesak dekat luar tu. Nurhidayati Binti Mohd Bohkhari 4 Bilik 25 sesi 2 8 Cadangan untuk baiki pemegang di tangga yang sudah berkarat dan rosak harap dapat baiki sebab sangat merbahaya utk anak-anak ketika sentuh permukaan tersebut. Harap usul saya ni dapat di laksanakan. Nasyita Bilik 30
Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke30 & Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2023 June 29, 2024 | Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor Bahru 53 Sekalung Budi Setinggi Penghargaan Tuan Perasmian Mesyuarat Agung BKS SABBU Tuan Pegawai Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru Tuan Pengerusi Badan Kebajikan SABBU Guru Besar SABBU Barisan Guru-Guru SABBU Ibu Bapa / Penjaga Murid SABBU Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung