The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maintainbravo, 2023-09-21 05:39:07

KISAH KELOPAK JANTUNG

KISAH KELOPAK JANTUNG

TAJUK: KASUT KELOPAK JANTUNG Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Yang dihormati barisan hakimyang arif lagi bijaksana, seterusnya hadirin sekalian. Awal bismillah pembuka kata, Hamba kongsikan satu cerita, Kasut Kelopak Jantung tajuk cerita Ambil iktibar renungi sedalamnya. Kawan-kawan, mahu mendengar cerita? Kalau tak dengar rugi. Kalau dengar, banyak nilai murni. Dengar-dengarkan ya dan selamat beramal. Tanggal 16 Mei, itulah tarikh keramat bagi seorang insan bergelar guru. Saban tahun, Cikgu Harun pasti menerima sebuah bungkusan yangberisi sepasang kasut. Hadiah tersebut telah membangkitkan ingatan Cikgu Harunketika beliau mengajar murid tahun lima di sebuah sekolah luar bandar, 30tahun dahulu. Kring…..kring….. Loceng telah berbunyi menandakan bermulanya sesi pembelajaran. Padahari itu, seperti kebiasaannya, Cikgu Harun akan masuk ke kelas TahunLimaMurni. Setelah menerima ucapan selamat pagi daripada murid-murid, CikguHarun meminta murid untuk duduk dan bersedia untuk memulakansesi pembelajaran. Mata Cikgu Harun tertancap pada meja seorang muridnyayang bernama Ahmad. Seperti kebiasaannya, muridnya itu belumtibalagi. “ Ish… setiap hari mesti datang lewat .” getus Cikgu Harun di dalamhatinyatanpa mengetahui punca sebenar muridnya itu selalu hadir lewat ke sekolah. 15 minit selepas sesi pembelajaran bermula, Cikgu Harun terdengar bunyi ketukan pintu kelas Tahun Lima Murni itu.


“ Cik……gu, bolehkah saya masuk? tanya Ahmad terketar-ketar keranadiasudah tahu guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani itu pasti akanmemarahinya. Belum sempat Ahmad duduk di kerusinya, Cikgu Ahmadterusmemarahinya kerana datang lewat ke sekolah. Kemarahan Cikgu Ahmadmenjadi-jadi apabila terpandang kaki Ahmad yang tidak berkasut. “Mengapakah kamu tidak memakai kasut?!” bentak Cikgu Ahmad. “Sudahlah lewat datang ke sekolah, malah berkaki ayampula!” TambahCikgu Ahmad lagi. Ahmad hanya tertunduk tanpa memberikan sebarang jawapan. Ahmadtahuakan kesalahannya yang tidak memakai kasut ke sekolah. Bagi Cikgu Harun, dia terpaksa bertindak demikian supaya Ahmad memberitahu ibu bapanyaagar membelikan kasut sekolah untuknya. Cikgu Harun tidak mahu murid- murid yang lain mencontohi sikap Ahmad yang tidak memakai kasut kesekolah. Kemarahan Cikgu Harun memuncak lagi apabila Ahmadtidakmemakai pakaian Pendidikan Jasmani pula semasa mereka melakukanaktiviti Pendidikan Jasmani di padang. Kawan-kawan hendak tahu apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Harun?Akibat tidak tahan dengan sikap Ahmad, Cikgu Harun telah mendendaAhmad. Beliau telah meminta seorang murid untuk mengambil beberapakeping kelopak jantung pisang yang bertaburan di tepi pagar sekolah. CikguHarun telah menyerahkan kelopak jantung pisang itu kepada Ahmaddanmeminta Ahmad mengikat kelopak jantung itu dengan tali rafia. “Cikgu mahu kamu memakai kasut kelopak jantung ini!” tegas Cikgu Ahmad. Tanpa membuang masa, Ahmad mengikat tali rafia pada kedua-duabelahkakinya. Dia tidak dibenarkan menanggalkan kasut baharunya itu selagi diatidak membeli kasut sekolah. Ahmad berasa sangat sedih. Diatelah


ditertawakan oleh kawan-kawan sekelasnya. Sejak kejadian itu, Ahmadtidaklagi hadir ke sekolah. Cikgu Harun mula rasa bersalah dengan tindakannya. Beliau mengambil keputusan untuk ke rumah Ahmad. Apabila Cikgu Harun tiba di rumah Ahmad, Ahmad tiada di rumah keranamengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur. Beberapaminit kemudian, Cikgu Harun ternampak kelibat Ahmad di belakang rumah. CikguHarun terkejut kerana kasut kelompak jantung itu masih terlekat padatapakkaki Ahmad. Ahmad memberitahu bahawa dia masih tidak mempunyai wangyang mencukupi untuk membeli kasut sekolah. Cikgu Harun berasa menyesal dengan tindakannya. Pada petang itu juga, beliau menunggang motosikal ke pekanyangberdekatan untuk membeli sepasang kasut sekolah untuk Ahmad. CikguHarun meminta maaf dan menyerahkan kasut yang baru dibelinya itu kepadaAhmad. Oh, ya, kawan-kawan, siapakah yang mengirimkan bungkusan yangberisi sepasang kasut itu? Setelah tamat persekolahan, Ahmad telah bekerjasebagai pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemukadi bandar. Dialah yang mengirimkan bungkusan yang berisi kasut itu kepadaCikgu Harun. Ingatlah kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah, kitamestilah membantu orang yang berada dalam kesusahan dan kita perlulahberfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Daun melebar ke tengah laman, Dahannya redup ke arah barat, Sedia membantu kuatkan iman, Bahagia hidup dunia akhirat. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version