The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 SK KELANA JAYA 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2024-04-26 02:00:56

BUKU PROGRAM AGM PIBG 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 SK KELANA JAYA 1

9.00 PAGI DEWAN MILLENIUM, SK KELANA JAYA (1) 27 APRIL 2024 2024 MESYUARAT AGUNG PIBGSK KELANA JAYA (1) KALI KE-41 SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA (1) TRANSFORMASI SEKOLAH 2025


S E N A R A I K A N D U N G A N Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 Perkara Senarai Kandungan Atur cara Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 Ucapan Alu-aluan Yang DiPertua PIBG 2023/2024 Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Kelana Jaya (1) Carta Organisasi PIBG sesi 2023/2024 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 Maklum Balas Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 Senarai Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 Senarai Kehadiran Guru ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-40 Laporan Kewangan Tahun 2023/2024 Penyata Kewangan Bulan Disember 2023 Usul dan Cadangan Senarai Lampiran : Lampiran A : Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 Lampiran B : Borang Lantikan AJK PIBG Sesi 2023/2024 Lampiran C : Senarai Aktiviti Sekolah Melibatkan Sukarelawan Lampiran D : Lampiran Bergambar Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-4 Penghargaan Muka surat i 1 2 - 3 4 - 5 6 7 8 - 16 17 18 19 20 - 25 26 27 - 34 35 - 37 38 39 40 41 i


A T U R C A R A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 1 Pendaftaran ibu bapa / penjaga dan guru Ketibaan tetamu jemputan / perasmi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor Bacaan Doa Ucapan Guru Besar SK Kelana Jaya (1) Puan Zaizar binti Abdullah Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2024/2025 Encik Mohd Haizal bin Ayop Persembahan Multimedia PIBG Mesyuarat Agung PIBG bermula Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-40 Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 yang berakhir pada 31 Disember 2023 Membubarkan Jawatankuasa PIBG 2023/2024 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025 Membentang dan membahaskan usul Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG SK Kelana Jaya (1) sesi 2023/2024 Bersurai 8.30 pagi 8.45 pagi 9.00 pagi 9.10 pagi 9.30 pagi 9.40 pagi 11.00 t/hari : : : : : : : : : : : : : : : : : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 1


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U C A P A N A L U - A L U A N Y D P P I B G S K K E L A N A J A Y A ( 1 ) S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 2 Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat Sejahtera. Terima kasih saudara pengacara majlis. Yang Berusaha Guru Besar SK Kelana Jaya (1) Pn Zaizar binti Abdullah, Yang Dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Pn Siti Norafizah binti Mohamad Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Mohd Zafiran bin Mustafa, Penolong Kanan Kokurikulum En Ahmad bin Simon, Barisan guru dan ibu bapa dan hadirin sekalian. Alhamdulillah saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya kita dapat berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke -41 pada tahun ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang sangat bermakna ini. Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini adalah untuk membentangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2024 di samping mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua – dua pihak berbincang serta memberikan pandangan masing – masing untuk meningkatkan prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak – anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak – anak SK Kelana Jaya (1). Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua – dua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak – anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa dalam membantu sekolah dalam menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U C A P A N A L U - A L U A N Y D P P I B G S K K E L A N A J A Y A ( 1 ) S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 3 Pada kesempatan ini juga, saya ingin meminta kerjasama para waris agar sentiasa peka dengan maklumat dan informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan sesuatu yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua – dua pihak. Ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama – sama menyumbangkan tenaga, kewangan dan idea demi perkembangan dan kejayaan anak – anak kita. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan – tuan dan puan – puan sekiranya di sepanjang ucapan saya ini terdapat kata -kata yang kurang menyenangkan. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun, Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat, Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sekian, terima kasih. ………………………………. (MOHD HAIZAL BIN AYOP) Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 SK Kelana Jaya (1)


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U C A P A N A L U - A L U A N G U R U B E S A R S K K E L A N A J A Y A ( 1 ) Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Saudara Pengacara Majlis, Yang Dihormati, En. Mohd Haizal bin Ayop, Yang Dipertua PIBG SKKJ(1), Yang berusaha Pn Siti Norafizah binti Mohamad Ali, Penolong Kanan Pentadbiran SKKJ (1) Yang dihormati En. Mohd Zafiran bin Mustafa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Ahmad bin Simon, Penolong Kanan Kokurikulum, AJK-AJK PIBG, guru-guru dan para ibu bapa yang dikasihi sekalian. Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staf sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 41 ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi meneruskan usaha kita demi SKKJ1. Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan amanah dengan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah. Ibu bapa yang dihormati sekalian, Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada menjayakan program-program kecemerlangan sekolah untuk dilaksanakan. SK Kelana Jaya 1 telah berjaya melonjakkan keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2024 dengan harapan SK Kelana Jaya 1 akan terus menempa kecemerlangan. Harapan saya, SK Kelana Jaya 1 akan terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. 4


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U C A P A N A L U - A L U A N G U R U B E S A R S K K E L A N A J A Y A ( 1 ) Kejayaan SK Kelana Jaya 1 adalah hasil daripada usaha dan kerjasama yg baik di antara guru-guru dan ibu bapa. Tanpa sokongan PIBG pasti kita sukar mendapat kejayaan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan. “Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat,saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha" Sekian, terima kasih. ………………………………… (ZAIZAR BINTI ABDULLAH) Guru Besar SK Kelana Jaya (1) 5


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 PENASIHAT PN. ZAIZAR BINTI ABDULLAH YANG DIPERTUA EN. MOHD HAIZAL BIN AYOP NAIB YANG DIPERTUA DATO' AKMAL ARIEF BIN MOHAMED FAUZI BENDAHARI PN. MANIMAYGELAI A/P THANGALAN SETIAUSAHA EN. NAJUAN NABIL BIN ABDUL GHANI BIRO EKONOMI/DANA DATO’ AKMAL ARIEF BIN MOHAMED FAUZI K ENCIK MOHD HAIZAL BIN AYOP PUAN RISAHIDA BINTI BAHARI BIRO SUKAN/ KOKURIKULUM ENCIK SAKRI BIN MUHAMMAD ENCIK MUHAMMAD ARIF BIN AWANG BAKAR BIRO MEDIA / KEBAJIKAN PUAN FARAH BINTI HUSSAMUDDIN (MEDIA) ENCIK MOHAMMAD ASLAM KHAN BIN AYOB ENCIK MOHD AMIRIN BIN ABDUL MAULUD (KEBAJIKAN) CIK FARRAH WAHIDA BINTI MOHD RODZUAN PUAN SHARIFAH NORLAILAWATI BINTI SYED IBRAHIM BIRO PRASARANA/ PEMBANGUNAN ENCIK AHMED NATASHA BIN SULTAN SIRAJUDDIN PUAN NOR HASANASIHA BT ABU BAKAR ENCIK AHMAD FAZLEE BIN AZIZ C A R T A O R G A N I S A S I P I B G S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 BIRO AKADEMIK PUAN AAIDA ZAHRA GAN AI MAY BINTI GAN KIM SAI CIK SUGUNA A/P RAMOO 6


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 A G E N D A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 1 Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Tahunan PIBG ke-40 Membentang dan menerima Laporan Tahunan aktiviti PIBG sesi 2023/2024 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG sesi 2023/2024 yang berakhir pada 31 Disember 2023 Membubarkan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 Membentang dan membahaskan usul Ucapan penangguhan Yang Dipertua PIBG SK Kelana Jaya (1) sesi 2024/2025 7


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 Tarikh : 10 JUN 2023 (SABTU) Masa : 8:00 petang Tempat : Dewan Milennium SKKJ (1) Kehadiran : Kehadiran Ibu Bapa (Rujuk Lampiran) Kehadiran Guru (Rujuk Lampiran) 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah. Encik Mohd Haizal Bin Ayop memanjatkan kesyukuran kerana Mesyuarat Agung kali ke-40 dapat dijalankan dan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir mesyuarat. 1.2 Encik Mohd Haizal Bin Ayop mengucapkan terima kasih kepada guru besar, barisan pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIBG serta barisan belakang tabir yang bertungkus lumus sepanjang tahun. 1.3 Encik Mohd Haizal Bin Ayop meminta kerjasama semua ibu bapa yang hadir agar memberi kerjasama untuk melancarkan perjalanan mesyuarat. 1.4 Encik Mohd Haizal Bin Ayop mewakili Ahli Jawatankuasa PIBG memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang beliau dan ahli jawatankuasa menjalankan tugas bagi sesi 2022/2023. 2.0 UCAPAN PENASIHAT 2.1 Penasihat merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 yang telah membantu pengurusan sekolah dalam merealisasikan program, sama ada dalam bidang akademik, hal ehwal murid mahupun kokurikulum dan juga sokongan dalam menjalankan aktiviti sekolah. 2.2 Puan Zaizar juga memaklumkan semua aktiviti yang dijalankan mesti mengikut perlembagaan PIBG. Beliau juga mengharapkan ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menghadiri sebarang program yang melibatkan ibu bapa di sekolah. 8


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 2.3 Puan Zaizar mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa ke sekolah untuk berbincang bersama barisan pentadbir mengenai sebarang isu yang melibatkan anak-anak. Ibu bapa juga diingatkan agar tidak menggunakan media sosial dalam menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pihak sekolah. 3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SESI 2022/2023 3.1 Encik Mohd Haizal Bin Ayop selaku YDP PIBG mewakili setiausaha yang tidak dapat bersama sewaktu mesyuarat disebabkan menerima panggilan dari pihak polis mengenai kemalangan yang menimpa rakan serumahnya, telah membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-39 dan lampiran kehadiran bagi sesi 2022/2023 untuk disahkan. 3.2 Puan Yang Marjaniah mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG 2022/2023 dan disokong oleh Puan Juriatul Hasni. 4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN SESI 2022/2023 4.1 Pembentangan Laporan Tahunan 4.1.1 Dato’ Akmal Arief Bin Mohamad Fauzi (Naib Pengerusi), mewakili setiausaha yang tidak dapat bersama sewaktu mesyuarat disebabkan menerima panggilan dari pihak polis mengenai kemalangan yang menimpa rakan serumahnya, telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan bagi sesi 2022/2023 untuk diterima. 4.1.2 Dato’ Akmal Arief mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK PIBG, barisan pentadbir dan barisan guru-guru yang sering turut serta dalam semua aktiviti yang melibatkan PIBG. 4.1.3 Semua aktiviti tersebut boleh dirujuk di dalam buku laporan tahunan PIBG tahun 2022/2023. (Rujuk lampiran) 4.1.4 Puan Junie bt Jusoh mengesahkan laporan aktiviti tahunan sesi 2022/2023 dan disokong oleh Puan Raja Saza Nur Aquida. 9


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 5.1 Pembentangan dan pengesahan kewangan 5.1.1 Puan Manimaygelai selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 untuk diterima 5.1.2 Puan Manimaygelai memaklumkan akaun PIBG akan ditutup pada setiap hujung tahun dan dibuka semula pada 1 Januari tahun berikutnya. 5.1.3 Laporan kewangan boleh dirujuk dalam buku laporan kawangan PIBG tahun 2022/2023. (Rujuk lampiran) 5.1.4 Puan Jusz binti Jamaluddin mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG 2022/2023 dan disokong oleh Puan Eliza binti Hasan. 6.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada 7.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 7.1 Pengerusi mengingatkan kembali bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk membantu dan melaksanakan aktiviti, membina prasarana, menambah dan menyelenggara prasarana untuk kegunaan murid dan warga sekolah. Semua keputusan dan proses tertakluk kepada pekeliling. Sekiranya terdapat komen atau kejadian yang menimpa anak hendaklah merujuk kepada pentadbir sekolah atau AJK PIBG agar masalah dapat diselesaikan bersama. Pengerusi juga berharap agar tiada lagi aduan yang sampai ke KPM, JPN atau PPD yang akan menambahkan beban dan imej buruk pihak sekolah. 7.2 Pengerusi bagi pihak jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 memohon kemaafan sepanjang menjalankan tugas bagi sesi yang lepas. 7.3 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023. 10


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 8.1 En Mohd Haizal mantan YDP PIBG sesi 2022/2023, mencadangkan Encik Ahmad bin Simon sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara. 9.0 MEMILIH AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 9.1 Pengerusi memaklumkan Puan Zaizar Binti Abdullah (Guru Besar) merupakan penasihat PIBG. 9.2 Puan Yang Marjaniah Binti Ab Ghani mencadangkan Encik Mohd Haizal Bin Ayop sebagai Yang dipertua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Juriatul Hasni Binti Mohamad Junid. 9.3 Encik Hasrizal Bin Harun mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. 9.4 Encik Mohd Amirin Bin Abdul Maulud mencadangkan Dato’ Akmal Arief Bin Mohamed Fauzi sebagai Naib Yang dipertua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Eliza Binti Hasan 9.5 Puan Faridah Binti Din mencadangkan supaya cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. 9.6 Pengerusi sementara mengingatkan bahawa pelantikan YDP, NYDP dan AJK ibu bapa, haruslah melantik mereka yang boleh memberi komitmen dan boleh menghadiri mesyuarat AJK yang akan dilaksanakan. 9.7 Encik Mohd Amirin Bin Abdul Maulud mencadangkan Encik Ahmed Natasha Bin Sultan Sirajuddin sebagai calon kedua AJK kedua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Yang Marjaniah Binti Ab Ghani. 9.8 Encik Hasrizal Bin Harun mencadangkan Encik Sakri Bin Muhammad sebagai calon ketiga AJK kedua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Amrul Faizi Bin Ahmad. 9.9 Puan Ayu Nurshahirah Bt Shaharuddin mencadangkan Puan Farah Binti Hussamuddin sebagai calon keempat AJK kedua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Jusz Binti Jamaluddin. 9.10 Puan Aaida Zahra Gan Ai May Binti Gan Kim Sai mencadangkan Encik Mohd Amirin Bin Abdul Maulud sebagai calon keempat AJK kedua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Encik Ahmed Natasha Bin Sultan Sirajuddin. 9.11 Puan Fadilah Binti Aninandzabani mencadangkan Puan Risahida Binti Bahri sebagai calon kelima AJK kedua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Hazleen Akma Bt. Ahmad Ramlee 9.12 Encik Ahmed Natasha Bin Sultan Sirajuddin mencadangkan Encik Ahmad Fazlee Bin Aziz se bagai calon keenam AJK kedua PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Cik Suguna A/p Ramoo. 11


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 9.13 Puan Yang Marjaniah Binti Ab Ghani mencadangkan Puan Aaida Zahra Gan Ai May Binti Gan Kim Sai sebagai calon Juru Audit ibu bapa PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Puan Amiza Binti Mohd Shariff. 9.14 Encik Hasrizal Bin Harun mencadangkan pencalonan ditutup dan disokong secara majoriti. 9.15 Pengerusi memaklumkan Jawatan Setiausaha PIBG yang disandang oleh Encik Najuan Nabil Bin Abdul Ghani dan jawatan Bendahari PIBG yang disandang oleh Puan Manimaygelai a/p Thangalan dikekalkan bagi sesi baru. 9.16 Pembentukan AJK PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut: BIL JAWATAN NAMA 1 Penasihat Puan Zaizar binti Abdullah 2 Yang Dipertua Encik Mohd Haizal bin Ayop 3 Naib Yang Dipertua Dato’ Akmal Arief bin Mohamed Fauzi 4 Setiausaha Encik Najuan Nabil bin Abdul Ghani 6 Bendahari Puan Manimaygelai a/p Thangalan BIL JAWATAN NAMA 7 AJK Guru Cik Farrah Wahida Binti Mohd Rodzuan 8 Cik Suguna a/p Ramoo 9 Encik Mohammad Aslam Khan Bin Ayob 10 Encik Muhammad Arif Bin Awang Bakar 11 Puan Nor Hasanasiha BT Abu Bakar 12 Juruaudit Guru Puan Sh. Norlailawati binti Syed Ibrahim 13 AJK Ibu Bapa Encik Ahmad Fazlee Bin Aziz 14 Encik Ahmed Natasha Bin Sultan Sirajuddin 15 Encik Mohd Amirin Bin Abdul Maulud 16 Encik Sakri Bin Muhammad 17 Puan Farah Binti Hussamuddin 19 Juruaudit Ibu Bapa Puan Aaida Zahra Gan Ai May Binti Gan Kim Sai 12


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 9.17 Encik Sakri mencadangkan agar pemilihan AJK tertinggi PIBG dijalankan dua tahun sekali. Usul telah diterima secara majoriti. 10.0 MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL 10.1 Pn Yang Marjaniah mencadangkan agar pihak sekolah menubuhkan kumpulan tradisional (SKKJ1). En. Ahmad menyatakan Kelab Kebudayaan yang diuruskan oleh Panitia Pendidikan Muzik telah mengambil tindakan dengan mengadakan uji bakat dan latihan tetapi masih tidak mempunyai tenaga pengajar. 10.2 En Mohd Khaivers meminta agar kedai buku sekolah dapat menyusun buku latihan mengikut kelas bagi memudahkan ibu bapa membeli buku tersebut tanpa menunggu lama. En. Haizal memberi respon bahawa buku latihan di koperasi telah disusun mengikut kelas. 10.3 En. Ahmed Natasha mencadangkan agar mewujudkan warden trafik yang tetap semasa waktu murid datang dan pulang dari sekolah. Perbelanjaan yang diperlukan ialah RM50 untuk satu jam dan RM75 untuk sehari dan bagi sebulan ialah RM 1500.00. Encik Izwan mencadangkan agar pembiayaan warden trafik dikongsi bersama pihak Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2) tetapi cadangan tersebut tidak dipersetujui dan tidak boleh berkongsi dengan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2). En Iskandar bertanyakan mengenai waktu bertugas warden trafik tersebut dan mengharapkan agar warden trafik menjaga pada waktu pagi dan waktu balik sekolah. En Haizal memaklumkan bahawa pihak PIBG tidak mampu membiayai warden trafik tersebut. Beliau mencadangkan untuk mewujudkan tabung khas seperti Coway dan untuk perbelanjaan bayaran warden trafik. Cadangan tersebut dipersetujui secara sebulat suara. 10.4 Encik Jamali membentangkan beberapa usul mengenai Unit Kurikulum. Pihak sekolah menjemput ibu bapa yang berkebolehan untuk membantu murid dalam program bacaan dan modul disediakan oleh pihak sekolah. Cadangan tersebut dipersetujui secara sebulat suara dan disambut baik oleh semua ibu bapa. 10.5 Encik Jamali memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris ingin membuat jualan bagi menampung program sekolah. Antara jualan yang dilakukan oleh Panitia Bahasa Inggeris ialah jualan Jaket Varsity SKKJ 1. Cadangan tersebut diterima secara majoriti. 13


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 10.6 Encik Jamali memohon dana bagi Panitia Pendidikan Muzik bagi menaik taraf bilik muzik dan seni dan usul telah diterima sebulat suara. Jumlah dana yang dipohon akan diberikan oleh Panitia Pendidikan Muzik. 10.7 Encik Jamali memohon peruntukan bagi penyelenggaraan pendingin hawa dan membentang aktiviti tahunan PSS. Usul ini disokong secara sebulat suara. 10.1 Encik Jamali memaklumkan bahawa pembayaran khas bagi murid tahun 6 untuk program murid tahun enam seperti majlis graduasi, Hi-tea, Khidmat jurugambar dan kelas tambahan sebanyak RM270. Cadangan tersebut diterima secara sebulat suara. (Rujuk Lampiran) 10.2 Encik Jamali membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam bagi sesi 2023/2024. (Rujuk Lampiran) 10.3 Encik Amirin mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM100 bagi setiap keluarga untuk tempoh setahun. Sumbangan tersebut boleh dibuat secara ansuran. Puan Linda memaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membayar sejumlah wang tersebut dalam satu masa. Beliau mencadangkan agar keluarga tersebut diberikan kelonggaran membayar secara ansuran. En Fazlee memaklumkan sekiranya jumlah yuran tersebut diluluskan, program-program yang menjana dana PIBG tetap akan dilaksanakan. En Saifudin memberi pendapat mengenai sekiranya bayaran yuran tersebut dinaikkan maka jumlah ibu bapa yang membayar akan berkurangan secara drastik. En Haizal memaklumkan bahawa tetap bersetuju dengan jumlah bayaran yuran PIBG sebanyak RM 100 sekeluarga tetapi sekiranya terdapat keluarga yang tidak mampu, maka mereka boleh membayar mengikut kemampuan mereka sahaja. En Sakri mencadangkan agar pelaksanaan kenaikan bayaran sumbangan PIBG dilaksanakan pada tahun hadapan. Puan Samiza meminta pihak sekolah melakukan tinjauan jumlah ibu bapa dan anak-anak yang bersekolah. Beliau juga meminta agar pihak sekolah mengalu-alukan keluarga yang berkemampuan untuk menyumbang lebih daripada RM 100 serta memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak mampu agar melakukan bayaran secara ansuran. Usul tersebut dipersetujui secara sebulat suara. Oleh itu dengan sebulat suara telah bersetuju untuk bayaran PIBG dinaikkan kepada RM100 sekeluarga bagi setahun. 14


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 11.0 HAL-HAL LAIN 11.1 Puan Linda Elena mencadangkan tentang keselamatan lalu lintas semasa menghantar anak-anak ke sekolah kerana ketika waktu pagi terdapat ibu bapa yang melawan arus dan membawa kenderaan dengan laju di hadapan sekolah. Puan Zuliana menjelaskan tentang keselamatan lalu lintas telah diterapkan dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) telah diajarkan kepada semua murid mengenai peraturan jalan raya dan dapat menjaga keselamatan diri ketika di jalan raya. 11.2 En Saiful mencadangkan waktu balik tahap dua pada hari Isnin dipendekkan kerana waktu balik hari Rabu telah dipanjangkan. Guru besar menjelaskan bahawa pihak sekolah perlu mengikut ketetapan pekeliling. 11.1 Pn Raja Saza mencadangkan agar mesyuarat agung PIBG diadakan dua cara iaitu secara atas talian dan bersemuka. Bagi memudahkan ibu bapa yang tidak dapat hadir secara bersemuka. Puan Zaizar menjelaskan perjumpaan secara bersemuka lebih berkesan dan segala permasalahan dapat diselesaikan secara terus. 11.2 En Saifuddin bertanya akan latihan kebakaran di sekolah. Beliau menawarkan pertolongan sekiranya pihak sekolah memerlukan bantuan latihan kebakaran. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada En Saifuddin serta memaklumkan bahawa latihan kebakaran adalah aktiviti wajib bagi unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan aktiviti tersebut diadakan dua kali setahun. 11.3 Guru besar mencadangkan agar membenarkan ibu bapa murid-murid prasekolah menjadi sebahagian daripada Ahli PIBG. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara. `15


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M I N I T M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN 12.1 Encik Mohd Haizal bin Ayop menyatakan penghargaan kepada sokongan ibu bapa yang cakna soal pendidikan anak-anak. 12.2 Encik Mohd Haizal bin Ayop menangguhkan mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau berharap barisan AJK baharu yang dilantik dapat bekerjasama dengan beliau untuk sama-sama membangunkan sekolah dan menguruskan PIBG dengan baik. 12.3 Beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa mempengerusikan mesyuarat. 12.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:05 petang. Urus setia: 1. Pn Nurul Huda binti Maha Liddin 2. Cik Fatin Farhanah bt Abu Bakar 3. Pn Farah Azliza bt Ismail Tarikh : 10 Jun 2023 Disediakan oleh: __________________________ NAJUAN NABIL BIN ABDUL GHANI ) Setiausaha PIBG Sesi 2023/2024 SK Kelana Jaya (1) Disemak oleh: __________________________ MOHD HAIZAL BIN AYOP ) Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 SK Kelana Jaya (1) Disemak oleh: __________________________ (ZAIZAR BINTI ABDULLAH ) Guru Besar SK Kelana Jaya (1) 16


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 M A K L U M B A L A S M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 17 PERKARA : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 TARIKH : 10 Jun 2023 (SABTU) TEMPAT : Dewan Milennium SKKJ (1) M/S PARA PERKARA UNIT/BIRO TINDAKAN/ PERKEMBANGAN/ ULASAN 10.2 En Mohd Khaivers meminta agar kedai buku sekolah dapat menyusun buku latihan mengikut kelas bagi memudahkan ibu bapa membeli buku tersebut tanpa menunggu lama. Selesai – Pihak kedai buku telah menyusun buku latihan mengikut kelas. 10.7 Encik Jamali memohon peruntukan bagi penyelenggaraan pendingin hawa dan membentang aktiviti tahunan PSS. Selesai – Penghawa dingin telah dipasang di pusat sumber Disediakan oleh: Setiausaha PIBG SKKJ (1) D A N A / P R A S A R A N A K E B A JIK A N


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 S E N A R A I K E H A D I R A N I B U B A P A / P E N J A G A K E M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 18


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 S E N A R A I K E H A D I R A N G U R U K E M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 0 19


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 L A P O R A N K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 20


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 L A P O R A N K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 21


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 L A P O R A N K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 22


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 L A P O R A N K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 23


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 L A P O R A N K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 24


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 L A P O R A N K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 25


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 P E N Y A T A K EWA N G A N T A H U N 2 0 2 3 / 2 0 2 4 26


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 1. Ezuan Ibrahim Penukaran tandas sekolah (tandas cangkung ke tandas duduk) Terdapat beberapa tandas duduk yang telah disediakan di sekolah namun untuk mengubah semua tandas cangkung kepada tandas duduk akan memakan kos yang besar dan PIBG tidak mempunyai dana bagi membiayai projek tersebut. Sekiranya terdapat ibu bapa yang sudi membiayai kos projek tersebut, boleh menghubungi pihak PIBG. 2. Muhammad AlHafiz bin Abdullah Bacaan yasin setiap minggu Kelas tarian untuk anak-anak Bacaan Yassin dan selawat telah dijalankan setiap minggu di dewan. Kelas tarian juga telah ditubuhkan 3. Zira fauzi Makanan Kantin sekolah Usul / Cadangan yang diberikan tidak jelas. Diminta untuk menerangkan semula usul tersebut semasa AGM kelak. 4. Nurul Hidayah Bt Abdul Bari Arbee Menjadikan ibu bapa sebagai wakil sebagai cikgu angkat untuk setiap program tahunan yang dianjurkan sekolah. Sebagai contoh program Merentas Desa dan Fun Walk Pihak sekolah sentiasa membuka peluang kepada para ibu bapa untuk sama-sama membantu menjayakan program-program sekolah. Misalnya ibu bapa boleh menjadi sukarelawan semasa program merentas desa serta fun walk. Namun begitu kehadiran ibu bapa adalah sangat mengecewakan. 27


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 5. Zamri Bin Mohd Anuar Penjualan jajan di kawasan luar sekolah. Pihak sekolah dan PIBG tidak mempunyai kuasa menguruskan para penjaja yang berada di luar sekolah. Namun begitu PIBG dan pihak sekolah telah melakukan aduan kepada pihak MBPJ mengenai perkara tersebut. 6. Siti Nadiah Ishak Susunan meja dalam kelas menyebabkan sakit kepala & lambat salinan Para ibu bapa boleh berbincang bersama guru kelas mengenai hal-hal berkaitan kelas 7. Siti Nadiah Ishak Berkaitan susunan meja di dalam kelas. Para ibu bapa boleh berbincang bersama guru kelas mengenai hal-hal berkaitan kelas 8. Muhammad Afiq bin Abdul Rahim 1. Beritahu murid awal jika ada event sekolah lain supaya murid tak perlu bawa beg berat ke sekolah 2. Ajar murid ikut silibus (jangan skip topik) Makluman mengenai programprogram di sekolah memang telah disebarluaskan di dalam group whatsapp ibu bapa. Semua guru memang akan mengajar murid-murid berdasarkan DSKP dan RPT yang telah dibina maka tiada isu guru mengajar tidak mengikut silibus. 28


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 9. Ainul Farhana & Jurazuan Masalah kekurangan cikgu. adakah akan ada penambahan cikgu? Kekurangan guru adalah diluar bidang kuasa sekolah. Jumlah guru yang kurang di sekolah hanyalah seorang guru kaunselor sahaja. Namun begitu, pihak sekolah telah melakukan permohonan untuk menerima guru kaunselor. Tambahan pula, pada tahun ini sekolah telah menerima 2 orang guru baharu serta seorang guru COSS yang masih belum melapor diri. 10. Mohammed Mukhriz Jadikan SKKJ1 dan SKKJ2 satu sekolah sahaja Perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa sekolah dan PIBG. 11. Ahmad Thibri Mashri Penambahbaikan platform whatsapp bilik darjah Cadangan penambahbaikan tersebut boleh diajukan kepada guru kelas dan admin group whatsapp kelas masing-masing. 12. Mohd Danial bin Mohd Idris Kami bersyukur di zaman teknologi ini, cikgu dan ibu-bapa boleh berhubung melalui WhatsApp group. Kami ingin mengusul agar sebarang notifikasi contoh: program sekolah, keperluan seni dan update persekolahan dibuat sekurang2nya seminggu sebelum. Ramai ibu bapa yg bekerja, jadi kami perlukan masa untuk ambil cuti atau beli keperluan seni. Makluman mengenai barang-barang yang perlu dibawa bagi subjek Pendidikan seni, memang telah dimaklumkan seminggu awal kepada murid-murid serta peringatan juga diberikan di dalam whatsapp ibu bapa. 29


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan Mohd Danial bin Mohd Idris Harap silibus setiap mata pelajaran dpt diberikan tumpuan terlebih dahulu dan diselesaikan sebelum murid2 menghadapi peperiksaan. Supaya murid2 dpt menjawab soalan2 peperiksaan Silibus pengajaran akan sentiasa cuba dihabiskan oleh semua guru subjek. Malahan pengajaran semua guru sentiasa berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah dibina 13. Muhammad Afiq bin Abdul Rahim Jangan skip tajuk dalam silibus Semua guru memang akan mengajar murid-murid berdasarkan DSKP dan RPT yang telah dibina maka tiada isu guru mengajar tidak mengikut silibus. 14. Sarifudin bin ladulu Kurangkan penggunaan media sosial seperti group whatsapp dalam penyampaian apa-apa maklumat yang berkaitan aktiviti disekolah. Ini menyebabkan anak bergantung kepada media seperti whatsapp untuk mendapatkan maklumat dari sekolah. Sebolehnya penyampaian maklumat terus kepada murid di kelas agar murid lebih bertanggungjawab dan ibu bapa sebagai penyokong / pemantau. Guru-guru sentiasa memberikan maklumat kepada murid-murid untuk disampaikan kepada para ibu bapa tetapi disebabkan terdapat ramai ibu bapa yang keciciran maklumat kerana anak-anak tidak menyampaikan maklumat tersebut. Maklumat tersebut akan dihantar semula di dalam group whatsapp agar semua para ibu bapa mengetahui maklumat yang disampaikan. 30


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 15. Mohd Danial bin Mohd Idris Mengusulkan pihak sekolah dapat sediakan satu planner tahunan untuk rujukan ibubapa. Dalam planner tahunan tersebut menyatakan tarikh-tarikh penting seperti Hari Sukan, Hari Akademik, Tarikh peperiksaan dan sebagainya. Planner tahunan ini mampu memudahkan ibubapa buat persediaan untuk anak-anak. Pihak sekolah akan cuba menyediakan takwim yang menyatakan tarikh-tarikh penting seperti yang diusulkan tetapi tidak akan disediakan dalam bentuk planner. 16. Nurul Hidayah Bt Abdul Bari Arbee Saya cadangkan untuk adakan class tambahan (Matematik khususnya) untuk pelajar yang lemah di hujung minggu atau ketika waktu cuti panjang persekolahan. Ibu bapa boleh jadi sukarelawan. PIBG memang sedang dalam proses mengumpul dan mencari ibu bapa yang sudi menjadi sukarelawan bagi mengajar kelas tambahan untuk murid-murid. Para ibu bapa juga digalakkan menjadi sukarelawan mengajar kelas tambahan untuk membantu muridmurid. 17. Mohd Yusni Khusaini bin Mohd Jusoh 1. Wujudkan strategi & aktiviti untuk pengukuhan penguasaan Matematik Perkara tersebut akan dibincangkan oleh Panitia Matematik bersama para pentadbir. 31


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 18. Mohammad Redzwan bin Idris 1) Mohon keluarkan takwim(jadual) acara² di sekolah pada awal tahun, supaya ibubapa dapat bersedia dan alert acara anak² di sekolah. 2) Panjangkan awning hingga (kutipan dana) ke luar kawasan sekolah kerana hujan akan menyebabkan kesesakan lalulintas asbab ibubapa terpaksa turunkan anak dengan payung 3) Kantin mohon update system menggunakan kad prepaid bagi anak² membeli makanan, kurang sesak ketika bayar, mudah bg ibubapa tak perlu cari duit kecil utk diberi pada anak 4) Banyakkan program motivasi, adab pada ibubapa, guru² untuk anak² supaya dapat membentuk insan yang berakhlak mulia & bijak dalam akademik Pihak sekolah akan cuba menyediakan takwim yang menyatakan tarikh-tarikh penting seperti yang diusulkan. PIBG dalam proses memohon peruntukan dari pihak MBPJ bagi pembinaan awning tersebut. Malahan ibu bapa juga dialu-alukan memberikan sumbangan bagi tujuan pembinaan awning tersebut. Penggunaan kad prepaid bagi pembiayaan di kantin telah dibincangkan di dalam mesyuarat ajk PIBG. Namun begitu tiada maklum balas daripada pihak pengurusan kad prepaid tersebut selepas perbincangan bersama pihak kantin. Pihak sekolah menyambut baik cadangan tersebut tetapi pihak sekolah masih menanti guru kaunselor baharu yang menguruskan programprogram tersebut. 32


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 20. Kamarulnizam Shamsulaman Adakan proforma setiap subjek utk darjah 6 utk permulaan tujuan: 1. cikgu boleh rancang pengajaran. jika ada cikgu ganti.. beliau boleh referr topik apa yg perlu diajar 2.ibu bapa juga boleh refer jika nak ajar anak di rumah. 3.banyak lagi manfaatnya.... bole diterangkan lagi Terdapat guru-guru yang sentiasa menyediakan latihan mengikut topik untuk dilakukan murid-murid sekiranya mereka tidak dapat berada di sekolah. Maka guru ganti akan membimbing murid-murid melakukan tugasan tersebut. Malahan pihak sekolah juga akan memberikan pautan google drive kepada ibu bapa untuk merujuk RPT bagi setiap subjek. 21. Saiful Ezane bin Mazlan Latihan sukan ragbi pada petang Ahad di sekolah jika pihak sekolah dan murid berminat. Parents ada sudi yang melatih asas ragbi. Usaha awal dapat membentuk pasukan sekolah yang berterusan setiap tahun. Selaras dengan dasar 1M1S - seorang murid mahir satu sukan. Padang sekolah dikongsi digunakan oleh SKKJ1 & SKKJ2. Padat dan teruk jadi padang. Murid juga kurang tempat untuk bersukan. Dengan Sekolah Nobel berpindah, mungkinkah jika berberapa kemudahan seperti court / kawasan di tapak lama Sekolah Nobel dibenarkan digunakan oleh pengurusan bangunan tersebut? Mungkin dengan teraju oleh PPD Petaling dan YB DUN atau MBPJ sebagai projek komuniti Pihak sekolah mengalu-alukan kesudian ibu bapa yang sudi menyumbang kepakaran dalam melatih pasukan sukan sekolah. Ibu bapa tersebut boleh datang berjumpa dengan PK Kokurikulum. Bangunan sekolah NOBEL sedang dalam proses untuk dijual dan bekalan elektrik juga telah dipotong selepas pihak NOBEL berpindah keluar. Maka kawasan tersebut tidak dapat digunakan. Malahan prosedur untuk membawa murid ke luar dari kawasan sekolah juga agak sedikit sukar dan memerlukan persetujuan daripada semua ibu bapa. 33


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 U S U L D A N C A D A N G A N Bil. Pembawa Usul Usul Cadangan 22. Nur Julaikha & Amir Fitri 1. Pembangunan dewan sekolah dirobohkan dan dibina semula dengan design yang lebih simple dan mudah diurus. 2. Penambah-baikan susur gajah dan sistem saliran di pintu masuk SKKJ1 agar anak2 tidak berasa panas pada waktu pulang semasa menunggu ibu bapa dan tidak basah kasut semasa hujan lebat ketika melintas jalan untuk ke kereta. 3. Program keagamaan bersama ibu bapa untuk mengenali rasul dan nabi. PIBG tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menguruskan projek tersebut tetapi sekiranya pihak KPM menurunkan dana bagi tujuan tersebut maka ia boleh dilaksanakan. Sekiranya ada ibu bapa yang mampu menyumbang bagi projek pembinaan semula dewan tersebut, boleh menghubungi pihak PIBG. Sumbangan dari ibu bapa adalah sangat dialu-alukan. PIBG dalam proses memohon peruntukan dari pihak MBPJ bagi pembinaan awning tersebut. Malahan ibu bapa juga dialu-alukan memberikan sumbangan bagi tujuan pembinaan awning tersebut. Pihak sekolah akan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke program keagamaan sekolah. Makluman akan diedarkan kelak. 23. Shafiq bin Rosli 1) beg sekolah yang berat 2)penyewaan locker Ibu bapa perlu memastikan anakanak membawa buku mengikut jadual waktu sahaja. Bagi mengelakkan mereka membawa buku-buku yang tidak digunakan hingga menyebabkan beg mereka berat. Sewaan loker telah pun dijalankan sejak tahun lepas. Ibu bapa boleh berhubung dengan admin yang menguruskan sewaan loker. 34


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 J AWA T A N K U A S A K E R J A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 1 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Pengacara Majlis Pembaca Doa Pengerusi Sementara Pencatat Minit Teks Ucapan Pengira dan Pencatat Undi Dokumentasi Pn. Zaizar binti Abdullah Guru Besar SK Kelana Jaya (1) En. Mohd Haizal bin Ayop Yang Dipertua PIBG Dato’ Akmal Arief bin Muhamed Fauzi Naib Yang Dipertua PIBG Encik Najuan Nabil bin Abdul Ghani Puan Manimaygelai a/p Thangalan En. Hasrizal bin Harun En. Muhammad Abdul Azzim bin Abdul Rahman En. Ahmad bin Simon / En. Mohd Haizal bin Ayop Puan Aaida Zahra Gan Ai May Binti Gan Kim Sai(K) Pn. Nor Hafiza binti Samsironi Pn. Elaine Lee San San Guru Besar - Pn. Sharifah Norlailawati binti Syed Ibrahim YDP PIBG - Pn. Ros Laila binti Zahari En. Zainudin bin Aziz (K) Pn. Kumuthini a/p Sundrappan En. Masrony a/k Mat En. Muhammad Azmin Afifuddin bin Mohd Azami En. Muhammad Amer Fahmi bin Norfaizal En. Najuan Nabil bin Abdul Ghani : : : : : : : : : : : : : : L A M P I R A N A 35


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 J AWA T A N K U A S A K E R J A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 1 Fotografi Jemputan dan Sambutan Buku Program dan Minit Mesyuarat Poster/ Promosi/ Banner Pendaftaran Ibu Bapa/ Guru Kehadiran ibu bapa (Online) Persembahan Multimedia Saringan Usul/ Cadangan En. Mohamad Aslam Khan bin Ayob Cik Nur Azliza binti Zarkasi (K) En. Tun Muhamad Hazman bin Tun Mahadi Para Pentadbir, YDP dan NYDP Cik Siti Nur Afiqah Sofiah binti Mohammad Rozaimi (K) Cik Siti Aisyah binti Bakar Pn. Manimaygelai a/p Thangalan En. Najuan Nabil bin Abdul Ghani Encik Sakri Bin Muhammad (PIBG) (K) Encik Ahmad Azmi Bin Abdullah Puan Farah Binti Hussamuddin (PIBG) Puan Mitrashini Thevar a/p Mogan Pn. Christina Thevamalar a/p Paul Raj (K) Cik Suguna a/p Ramoo Cik Fadilah binti Aninandzabani En. Ahmed Natasha bin Sultan Sirajuddin (PIBG) Pn. Nor Hasanasiha binti Abu Bakar (K) Encik Mohd Amirin Bin Abdul Maulud (PIBG) (K) Puan Izyan Athirah binti Abdul Raof Pn. Sharifah Efa Laila binti Syed Abd. Bahri (K) En. Muhammad Khairul Afnan bin Abdul Rashid : : : : : : : : 36


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 SK Kelana Jaya 1 J AWA T A N K U A S A K E R J A M E S Y U A R A T A G U N G P I B G K A L I K E - 4 1 Jamuan Sijil Anugerah Dan Penghargaan Hadiah/ Cenderahati Persiapan Tempat Sistem Siar Raya Pn. Faridah binti Din (K) Pn. Noorul Ain binti Othman Pn. Norashimah binti Nadzri Puan Nurul Haziyah binti Abdullah (K) Pn. Norashimah binti Nadzri Cik Farrah Wahida binti Mohd Rodzuan (K) Pn. Siti Muzilah binti Abdullah Sani Cik Fadilah binti Aninandzabani En. Muhammad Arif bin Awang Bakar (K) En. Mohd Radzi bin Mahmud En. Abdul Hadi bin Mohamed Jamal En. Muhammad Khairul Afnan bin Abdul Rashid En. Muhammad Abdul Azzim bin Abdul Rahman En. Ahmad Fazlee Bin Aziz (PIBG) En. Hendrew bin Brani (K) En. Amrul Faizi bin Ahmad : : : : : 37


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 SK Kelana Jaya 1 BORANG SENARAI LANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 YANG DIPERTUA :__________________________________________ NAIB YDP :__________________________________________ SETIAUSAHA :________________________________________ BENDAHARI : _________________________________________ AJK IBU BAPA : 1)________________________________________ : 2)________________________________________ : 3)________________________________________ : 4)________________________________________ : 5)________________________________________ : 6)________________________________________ JURUAUDIT IBU BAPA : __________________________________________ AJK GURU : 1)________________________________________ : 2)________________________________________ : 3)________________________________________ : 4)________________________________________ : 5)________________________________________ : 6)________________________________________ JURUAUDIT GURU : _________________________________________ 38 L A M P I R A N B


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 SK Kelana Jaya 1 39 L A M P I R A N C Nama Program : Majlis Anugerah Cemerlang & Apresiasi Tahun 6 Dan Prasekolah 2023/2024 Tarikh : 08/02/2024 Bilangan Sukarelawan : 106 Orang Nama Program : Pertandingan Merentas Desa & Fun Walk Tarikh : 08/04/2024 Bilangan Sukarelawan : 7 Orang Nama Program : Program Shining Star International Carnival Tarikh : 23/04/2024-25/04/2024 Bilangan Sukarelawan : 15 Orang


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 SK Kelana Jaya 1 L A M P I R A N D LAMPIRAN BERGAMBAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 40


Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Guru Besar dan pentadbir Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1) Semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1) Semua ibu bapa serta penjaga murid Masyarakat setempat dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mendokong dan menyokong program dan aktiviti PIBG. TERIMA KASIH. Sekalung Penghargaan SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA (1), (SEKOLAH KLUSTERKECEMERLANGAN) JALAN SS5/2, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR. 41


Click to View FlipBook Version