PANITIA MATEMATIK
SK KG JAWA
PETI SURAT 60662
91016 TAWAU
PENDAHULUAN
• Berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Semakan 2017, yang mendukung Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang
bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan PAK21.
• Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung
dengan senarai standard pembelajaran yang perlu diajar
serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna
pakai sebagai pencetus idea pelajar. Guru boleh membuat
pengubasuaian berdasarkan aktiviti dan latihan yang
dicadangkan
TAJUK: INSTRUMEN PEMBAYARAN
• STANDARD KANDUNGAN :
3..6.1 Mengenal pelbagai instrument pembayaran
3.6.2 menjelaskan penggunaan pelbagai instrument pembayaran
dalam transaksi barangan dan perkhidmatan
• Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
• (i) Menyatakan pelbagai instrumen
untuk melakukan pembayaran dengan
betul
• (ii) Menyenaraikan kelebihan dan
kelemahan instrument pembayaran
dalam bentuk peta iThink
Masa: Satu Minggu Pembelajaran
Cadangan Pembelajaran:
a) Murid ditunjukkan dengan beberapa kad gambar instrument pembayaran
b) Murid akan memberikan respon kepada instrument tersebut dan
menyatakan cara perlaksanaannya dengan betul
c) Murid secara berkumpulan akan menghasilkan peta iThink yang sesuai
untuk mengambarkan kelebihan dan kelemahan instrument pembayaran
yang mereka pilih
d) Murid akan menyediakan skrap berkaitan instrument pembayaran dengan
kreativiti sendiri sebagai tugasan individu
e) Penilaian akan diberikan dalam bentuk gred
INSTRUMEN
PEMBAYARAN
TAHUN 4
WANG TUNAI
Bayaran terus menggunakan wang kertas dan
duit syiling
KAD DEBIT
bayaran melalui akaun simpanan
menggunakan kad
KAD KREDIT
belanja dahulu dan bayar kemudian kepada
bank dan pengeluar kad seperti pasar raya
PERBANKAN INTERNET
Transaksi pembayaran dan perkhidmatan
melalui akaun dalam talian menggunakan
internet.
KAD PRABAYAR
Bayaran dibuat menggunakan wang sedia
ada secara isian semula (top-up)
E-dompet
Pembayaran tanpa tunai menggunakan
aplikasi di dalam peranti elektronik
Cek
Perintah bertulis kepada bank supaya
membayar jumlah khusus yang dinyatakan
WANG POS
Mewakili wang tunai untuk dihantar kepada
penerima tertentu yang dikeluarkan oleh
pejabat pos
Nyatakan instrumen pembayaran bagi
urusan yang berikut:
• a) Beli sayur di pasar
• b) Isi minyak motor di stesen minyak
• c) Bayar bil elektrik
• d) beli meja makan
• e) membayar yuran pendaftaran
Institusi Kemahiran Belia dan Sukan
• f) Membayar semua gaji pekerja
Bincangkan kelebihan dan kelemahan
sesuatu instrumen pembayaran
• a) Murid di bahagikan kepada 3
orang dalam setiap kumpulan
• b) Murid membincangkan soalan
• c) Murid menghasilkan iThink
Map yang sesuai untuk tugasan
yang diberikan
SEKIAN DAN TERIMA KASIH