BIL TAJUK MUKA SURAT 1 Agenda Mesyuarat 3 2 Aturcara Majlis 4 3 Ucapan Guru Besar 5 4 Ucapan YDP PIBG 6 5 Surat Jemputan Majlis 7 6 Minit Mesyuarat Agung kali yang ke -35 8 - 14 7 Aktiviti PIBG 2022/2023 15 8 Kehadiran Ibu Bapa dan guru ke MAT kali ke - 35 16 - 21 9 Senarai nama AJK PIBG sesi 2022/2023 22 10 Laporan kewangan bagi tahun 2022 23 - 29 11 Usul dan cadangan 30 - 32 12 AJK Pelaksana MAT PIBG kali ke - 36 33 - 34 13 Senarai nama AJK PIBG SESI 2023/2024 35 14 Laporan Juruaudit 2022 & 2023 36 - 37 15 Pencapaian dan Penglibatan murid 38 - 39 16 Penghargaan 40 2
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-36 SK LEMBAH KERAMAT 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Lembah Keramat 2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-36 3. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 4. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2023 5. Pelantikan Pengerusi Sementara 6. Pelantikan AJK PIBG sesi 2023/2024 7. Pemilihan Dua Orang Juruaudit Dalaman sesi 2023/2024 8. Pembentangan Usul-usul 9. Hal-hal lain 10.Ucapan Penangguhan 3
4 9.00 pagi : Pendaftaran ibu/bapa : Sarapan pagi 9.45 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed Yang Dipertua PIBG SK Lembah Keramat merangkap perasmi 10.00 pagi : Bacaan doa : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor : Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis : Ucapan Guru Besar SK Lembah Keramat Yang Berusaha Encik Mohd Kamil bin Sadan : Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Lembah Keramat Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed : Pelancaran Tabung Sumbangan Baik Pulih Fizikal Sekolah dan Kebajikan Murid SKLK L Persembahan Multimedia : Cabutan Bertuah : Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada AJK sesi 2022/2023 : Penyampaian Sijil Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang : Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi : Persembahan Multimedia : Cabutan Bertuah 10.30 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-36 bermula : Ucapan Pengerusi Mesyuarat (YDP PIBG) ; Pembentangan Laporan Setiausaha 2022/2023 Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 Puan Jamalia binti Jusoh : Pembentangan Laporan Kewangan 2022/2023 Bendahari PIBG sesi 2022/2023 Puan Kasthuri A/P Krishnan : Pembubaran AJK sesi 2022/2023 : Pelantikan Pengerusi Sementara : Pemilihan AJK PIBG Sesi 2023/2024 : Pembentangan dan Perbincangan Usul : Cabutan Bertuah : Penyampaian hadiah; • Couple of the day • King of the day • Princess of the day : Ucapan Penangguhan (YDP PIBG sesi 2023/2024) 12.00 t/hari : Majlis Bersurai
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah izin-Nya dapat dilaksanakan satu tanggungjawab penting bagi warga SK Lembah Keramat iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-36 Sesi 2023/2024. Saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir meluangkan masa bersama-sama ke Mesyuarat Agung PIBG SK Lembah Keramat kali ke-36 bagi sesi 2023/2024. Ini membuktikan anda semua merupakan ibu bapa yang mempunyai komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Sekalung penghargaan juga tidak dilupakan kepada AJK PIBG dan guru-guru SK Lembah Keramat yang berhempas pulas menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Pihak sekolah dan PIBG SK Lembah Keramat sentiasa berusaha bersama-sama untuk menjana kecemerlangan sekolah pada setiap tahun. Pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan tenaga untuk pelbagai aktiviti sekolah. Segala sokongan dan bantuan ini dapat meningkatkan lagi semangat kepada warga sekolah untuk terus memacu kecemerlangan dalam pelbagai bidang terutamanya kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah muridmurid Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat. Akhir kata, kejayaan murid tidak terletak di bahu para guru semata-mata tetapi perlu usaha yang berterusan bersama-sama ibu bapa dan AJK PIBG dalam melakarkan kejayaan ini. Kejayaan anak-anak adalah indikator kepada kejayaan kita bersama. Oleh itu, kejayaan dan kecemerlangan murid dalam pelbagai bidang tidak mudah dicapai sekiranya tiada hubungan dua hala antara pihak sekolah dan ibu bapa. Semoga perhubungan yang erat antara dua pihak ini akan kekal sampai bila-bila. Sekian, wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. “MALAYSIA MADANI” MOHD KAMIL BIN SADAN Guru Besar SK Lembah Keramat 5
ALHAMDULILLAH, segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah SAW, para keluarga dan para sahabat Baginda SAW. Semoga semua keluarga besar SKLK sentiasa meraih syafaat daripada Rasulullah saw dan memilih kita semua menjadi ummat yang amat dicintai oleh Baginda Rasulullah SAW. Saya ingin mengambil ruang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat semua guru SKLK, barisan AJK PIBG SKLK dan semua ibu bapa yang telah menzahirkan sokongan dan dokongan padu terhadap apa juga aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG. Saya berasa begitu bersyukur kerana memiliki pasukan kerja dalam PIBG yang sentiasa komited dalam menjayakan agenda Pendidikan negara dan sentiasa disokong oleh pasukan Guru SKLK yang begitu menyerlah dalam berbakti mendidik serta membangunkan anak-anak SKLK. Muafakat utuh antara PIBG dan barisan Guru adalah tunjang utama di dalam usaha kita melakar kejayaan yang gemilang buat anak-anak. Natijahnya kita dapat menyaksikan pelbagai kejayaan dan pencapaian hebat anak-anak SKLK sejak beberapa tahun ini sehingga nama SKLK sentiasa menjadi perbualan ramai. Dengan cabaran menggunung di hadapan anak-anak kita dalam dunia serba mencabar ini, saya ingin mengajak semua ibu bapa dan guru untuk kita membentuk satu ketumbukan yang padu dalam memastikan tiada anak-anak yang tercicir daripada arus Pendidikan negara. Di samping itu, keutuhan muafakat perlu diterjemahkan melalui tindakan bersama agar anak-anak di SKLK juga terbentuk menjadi insan yang bertaqwa serta memiliki akhlak yang terpuji. Di akhir nanti kita mahu melihat anak-anak kita ini menjadi Profesional yang bertaqwa dalam merealisasikan agenda Malaysia Madani. Semua itu haruslah bermula di peringkat sekolah rendah dengan berkat bimbingan para guru serta do’a berterusan daripada para ibu bapa. Akhirnya, saya ucapkan Selamat Menjalani Mesyuarat Agung PIBG SKLK bagi tahun 2023/2024 dengan harapan serta do’a semoga anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta sama-samalah kita berdo’a agar anak-anak kita ini dapat melakar kejayaan yang gemilang demi mengharumkan nama ibu bapa dan menjulang nama SKLK di persada kecemerlangan. Zahirkan apa jua pandangan, teguran dan kritikan yang membina anda untuk perhatian serta tindakan PIBG dan SKLK. Saya mohon ribuan kemaafan atas sebarang kekurangan dan kelemahan kami dalam mengemudi teraju PIBG bagi tahun 2022/2023. Semoga Allah merahmati segala usaha kita dalam membentuk kemenjadian pelajar-pelajar SKLK. “MEMBINGKAI MUAFAKAT MELAKAR KEJAYAAN” “KITA MUAFAKAT ESKAY ELKAY HEBAT” Salam hormat, DATUK SERI ZAINOL ABIDIN MOHAMED Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat. 6
7
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK LEMBAH KERAMAT KALI KE-35 SESI 2022/2023 TARIKH : 26 JUN 2022 (AHAD) MASA : 10.00 PAGI MEDIUM : GOOGLE MEET & LIVE STREAM TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING KEHADIRAN : 265 ORANG 1.0 AGENDA Mesyuarat mengambil maklum perkara-perkara berikut. 1.1 Ucapan alu-aluan YDP PIBG – Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed 1.1.1 YDP PIBG mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga SK Lembah Keramat di bawah pimpinan En. Mohd Kamil bin Sadan selaku Guru Besar, barisan Penolong Kanan Pn. Aida binti Saim, Pn. Noraini Asra binti A. Rahim, Pn. Saratha a/p Ramdass dan guru-guru SK Lembah Keramat. 1.1.2 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Pelaksana MAT PIBG kerana berjaya mengadakan mesyuarat kali ke-35 dengan menggunakan teknologi masa kini iaitu melalui “Google Meet”. 1.1.3 YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih pada En. Mohd Hidayat bin Sauffi selaku perasmi kerana sudi hadir pada hari ini untuk merasmikan majlis. 1.1.4 YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022 yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dalam setiap program yang dianjurkan. 1.1.5 YDP PIBG melihat cabaran yang dilalui oleh guru-guru selepas fasa pandemik Covid-19 adalah sangat mencabar. Guru-guru terpaksa berdepan dengan murid yang tercicir dalam pelajaran semasa fasa pandemik. Terima kasih kepada semua guru yang menjalankan amanah dengan sempurna dan diharapkan komitmen dan kesabaran guru sentiasa berterusan. 1.1.6 Pihak PIBG akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada semua guru dalam memastikan kemenjadian murid tidak kira dalam bidang akademik atau kokurikulum. 1.1.7 YDP PIBG berpendapat SK Lembah Keramat memiliki pasukan gerak kerja yang berdedikasi. Semenjak menyandang jawatan NYDP sehingga menjadi YDP, pasukan SK Lembah Keramat sentiasa melakukan yang terbaik dan kreatif dalam semua program yang dijalankan sehingga menjadi sebutan dan dicemburui. 1.1.8 SK Lembah Keramat mempunyai hubungan yang erat dengan IPD Ampang Jaya dalam pengawalan disiplin murid. 8
1.1.9 YDP PIBG merayu dan mengajak semua ibu bapa agar dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua program sekolah dan memberikan komitmen yang padu demi kecemerlangan anak-anak murid SK Lembah Keramat. 1.1.10 YDP PIBG mengakhiri ucapan dengan memberi jaminan jika semua pihak bersama berganding bahu, SK Lembah Keramat akan dinobatkan dan diangkat menjadi sekolah terbaik suatu hari nanti. 1.2 Ucapan alu-aluan Guru Besar SK Lembah Keramat – En. Mohd Kamil bin Sadan 1.2.1 Guru Besar sangat bersyukur Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-35 dapat diadakan secara maya dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa. 1.2.2 Pihak sekolah terpaksa mengurangkan pertemuan secara fizikal kerana fasa endemik yang melanda. 1.2.3 Ibu bapa dijemput untuk memeriahkan Program Sukan Tahunan yang akan diadakan pada hari Ahad,3 Julai 2022 nanti. 1.2.4 Guru Besar meluahkan penghargaan kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022 kerana telah bertungkus lumus dalam memastikan kebajikan warga SKLK. 1.2.5 PIBG merupakan tulang belakang pihak sekolah dan bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah, membantu perkembangan dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah bagi menaiktaraf kemudahan sekolah agar lebih kondusif dan menyediakan saluran komunikasi bagi ibu bapa dan masyarakat serta mewujudkan kemesraan antara semua pihak. 1.2.6 PIBG sentiasa mendokong semua program yang dijalankan dalam bentuk wang ringgit, sumbangan atau tenaga. Seperti terjemahan ayat dalam Surah Al- Maidah: “Sentiasa bertolongtolongan dalam perkara kebaikan.” 1.2.7 PIBG dan sekolah sangat berkait rapat ibarat pepatah; “PIBG dan sekolah berpisah tiada.” 1.2.8 Peralihan ke fasa endemik memberi peluang PdP dijalankan secara bersemuka. Ada murid yang merosot pelajaran mereka kerana tercicir dalam PdPR. Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak mereka. 1.2.9 Pada 2 Jun 2022 yang lalu, telah berlangsung sidang media oleh Menteri Pendidikan Dr. Radzi Jidin yang memberi penekanan tentang memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran yang terkandung dalam PBS ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik. 1.2.10 PBD mengandungi dua jenis penilaian iaitu Formatif dan Sumatif. Penilaian Formatif dijalankan secara berterusan di dalam kelas melalui aktiviti lisan, bertulis dan pemerhatian. Pengisian tahap penguasaan murid akan diisi dua kali setahun iaitu pertengahan tahun dan akhir tahun. Penilaian Sumatif adalah penilaian akhir yang dijalankan pada sesi akhir akademik. 1.2.11 PBS ialah satu anjakan paradigma dan ibu bapa perlu sentiasa cakna terhadap perubahan yang berlaku. Pihak sekolah akan memaklumkan dari masa ke semasa tentang maklumat yang diberikan oleh KPM. 9
1.3 Ucapan alu-aluan Perasmi – En. Mohd Hidayat bin Sauffi (Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor 1.3.1 Perasmi mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak sekolah untuk turut sama berada dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKLK kali ke-35. 1.3.2 Perasmi mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG kerana memberi kepercayaan untuk merasmikan mesyuarat pada kali ini. 1.3.3 Perasmi kagum dengan kreativiti guru-guru lelaki yang mengenakan busana kebangsaan mengikut tema dengan lengkap bertanjak yang melambangkan kebudayaan orang Melayu . 1.3.4 Begitu juga dalam sistem pendidikan pasca pandemik ini, setiap pendidik harus mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran agar dapat menarik minat murid. 1.3.5 Sewaktu pandemik melanda, guru menagmbil inisiatif menyediakan bahan pembelajaran seperti menghasilkan video, membuat kelas dalam talian namun jarang diperkatakan. 1.3.6 Murid-murid banyak terdedah pada gajet dan menyebabkan mereka hilang fokus untuk belajar kerana lebih tertarik kepada permainan dalam talian seperti permainan “Roblox”. 1.3.7 Peranan semua pihak amat penting pada masa kini untuk memanusiakan manusia. Seperti mutiara kata yang berbunyi; “Depan memberi contoh, tengah memberi semangat dan belakang memberi dorongan”. Fungsi pendidikan bukanlah hanya tugas guru sahaja tetapi semua pihak perlu menghidupkan sistem pendidikan. 1.3.8 Pihak GPMS amat berbesar hati jika SK Lembah Keramat ingin berkolaborasi untuk mengadakan program bersama-sama bagi memantapkan kemenjadian murid. 1.3.9 PIBG adalah jaringan antara ibu bapa dan pihak sekolah serta NGO lain yang boleh berganding bahu demi kelangsungan agenda memanusiakan manusia. 1.3.10 Semoga iltizam, ikhtiar daripada semua pihak dapat menjadikan SK Lembah Keramat sebuah sekolah yang cemerlang. 1.3.11 Perasmi seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKLK kali ke-35. 2.0 PEMBENTANGAN LAPORAN 2.1 Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG kali ke-34 2.1.1 Pn. Jamalia binti Jusoh selaku Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-34 dari muka surat 8 hingga muka surat 15. Disahkan oleh : Pn. Nurul Annisa’ binti Abang Disokong oleh : En. Suradi bin Abd Rahman 2.1.2 Mesyuarat menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 tanpa sebarang bantahan. 2.2 Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG kali ke-34 2.2.1 Pn. Jamalia binti Jusoh selaku Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 membentangkan aktiviti-aktiviti PIBG sepanjang tahun 2021 di muka surat 16. Disahkan oleh : Pn. Nurul Annisa’ binti Abang Disokong oleh : En. Suradi bin Abd Rahman 10
2.2.2 Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2021 ialah Borak Santai Bersama ND Lala, Sumbangan penyertaan Bintang Irama Malaysia, Hadiah Comel untuk anak-anak Pra Sekolah, Program Sanitasi Bangunan SKLK, Suai Mesra Bual Santai AJK PIBG. 2.3 Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 2021 2.2.1 Pn. Kasthuri a/p Krishnan selaku Bendahari PIBG sesi 2021/2022 membentangkan laporan kewangan PIBG sesi 2021/2022 dari mukasurat 26 hingga 31. Disahkan oleh : Pn. Nur Ashikin binti Shamsuddin Disokong oleh : Pn. Nurul Annisa’ binti Abang 2.2.2 Yuran PIBG masih dikekalkan sebanyak RM60 setiap keluarga. Seandainya ibu bapa ingin memberi sumbangan amat dialu-alukan. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit 4.0 PERKARA BAHARU 4.1 Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 4.1.1 YDP membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022 4.2 Pelantikan seorang pengerusi sementara 4.2.1 Guru Besar dilantik sebagai pengerusi sementara Disahkan oleh : Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed Disokong oleh : Sebulat suara 4.3 Memilih dan melantik AJK PIBG sesi 2022/2023 4.3.1 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah dan ibu bapa bersetuju untuk mengekalkan AJK PIBG yang sedia ada melalui undian yang dijalankan secara atas talian. 4.3.2 Peratus undian untuk mengekalkan AJK PIBG ialah 84.5%. Disahkan oleh : En. Zamri bin Abd Hamid Disokong oleh : Pn. Shafina binti Mohamed 4.4 Senarai AJK PIBG SK Lembah Keramat bagi sesi 2022/2023 YDP : Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed NYDP : Ts.Khairul Fadzli bin Pathil Setiausaha : Pn. Jamalia binti Jusoh Penolong Setiausaha : Pn. Nurul Hidayah binti Mohd Sani Bendahari : Pn. Kasthuri a/p Krishnan AJK Ibu Bapa : En. Suradi bin Abdul Rahman En. Shaari bin Mohd Esa En. Rohadi bin Nawi Pn. Nur Ashikin binti Shamsuddin 11
Doktor Zahrah binti Tawil Pn. Nurul Annisa’ binti Abang AJK Guru : En. Mohd Fadhil bin Ab Rahman En. Afiq Aiman bin Kamarulizra En. Tuan Mohd Rahimi bin Tuan Husain Pn. Hastura binti Abu Hanipah Juruaudit: Pn. Rozana binti Raflis Pn. Nor Rafidah binti Othman (Guru) 4.6 Pembentangan usul/cadangan 4.6.1 Pihak Sekolah mengambil perhatian semua usul yang dicadangkan dalam borang dan melalui mesej atas talian. 4.6.2 Beberapa usul yang dicadangkan : 1. Usul : Loker untuk menyimpan buku di dalam kelas. Tindakan : Pihak PIBG dan sekolah sedang berusaha untuk menyediakan loker dan rak buku untuk menangani masalah beg berat di kalangan murid sekolah rendah. 2. Usul : Memohon pihak sekolah untuk menukar kedudukan tong sampah besar yang berada di pintu pagar B. Tindakan : Perkara ini sedang diusahakan dengan pihak MPAJ. YDP sendiri akan berurusan terus dengan pihak KDEB Waste Management, iaitu badan yang menyelenggara sampah sarap di kawasan ini untuk membantu memindahkan tong sampah tersebut ke lokasi yang lebih sesuai agar memberi keselesaan kepada murid yang menunggu ibu bapa di pintu pagar B. 3. Usul : Memohon pihak sekolah menyediakan tempat berteduh di luar pagar sekolah untuk murid-murid yang menunggu dari “Gate A” hingga ke “Gate B”. Tindakan : Pihak sekolah dalam proses mendapatkan peruntukan daripada MPAJ (susur gajah/laluan berbumbung) di luar pagar sekolah. 4. Usul : Memohon pihak sekolah menyediakan satu tandas duduk untuk murid-murid di setiap tandas lelaki dan perempuan dan memastikan tandas sekolah sentiasa bersih dan semua alatan harus berfungsi seperti “flush” dan kunci pada pintu. Tindakan : Pihak sekolah dan PIBG sedang berusaha untuk menaik taraf tandas sekolah. PIBG telah memohon sumbangan daripada YB Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak untuk menaiktaraf tandas SKLK. 12
5. Usul : Memohon pihak sekolah memastikan guru menegur murid secara berhemah dan tidak bersikap kasar terhadap murid dari segi kelakuan dan bahasa.Contohnya; jangan mengetuk kepala murid dan jangan menggunakan perkataan 'bodoh'. Tindakan : Guru Besar memandang serius perkara ini. 6. Usul : Memohon pihak sekolah menjalankan program untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan murid. Tindakan : Pihak sekolah telah merancang progam yang bersesuaian dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 7. Usul : Memohon murid tahun 1 makan di dalam kelas untuk mengelakkan kesesakan beratur tidak dapat membeli makanan. Tindakan : Waktu rehat untuk tahun 1,2 dan 3 adalah berasingan. 8. Usul : Memohon “Gate A” dibuka untuk pengambilan anak-anak. Tindakan : Pihak sekolah akan mempertimbangkan perkara ini. 9. Usul : Memohon pihak sekolah mempertingkatkan kawalan aliran trafik di hadapan pintu sekolah ketika murid masuk dan keluar dari kawasan sekolah. Tindakan : Perkara ini telah diambil tindakan bersama syarikat pengawal keselamatan sekolah. 10. Usul : Yuran PIBG tetap setiap bulan untuk pembangunan sekolah, pembaikan kelas-kelas yang daif, tandas-tandas sekolah, kerja-kerja pembersihan tandas dan lain-lain. Cadangan yuran bulanan RM50. Tindakan : Sumbangan PIBG yang dibenarkan oleh KPM adalah untuk satu keluarga dan setahun sekali sahaja. Sumbangan PIBG SKLK adalah sebanyak RM60. Yuran ini masih dikekalkan pada tahun ini. 11. Usul : Memohon untuk buat penilaian semula penjualan makanan di kantin sekolah. Elakkan menjual makanan yang basi kepada pelajar. Tindakan : Makanan di kantin sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Kantin. 12. Usul : Memohon pihak sekolah memastikan jika ada kipas siling rosak atau terlalu perlahan, mohon dibaiki atau ditukar. Jika sukar untuk mendapatkan peruntukan kerajaan, mohon gunakan tabung PIBG. Tindakan : PIBG dan pihak sekolah sememangnya mengambil tindakan segera jika ada kipas atau lampu kelas yang rosak, akan terus diganti tanpa menunggu peruntukan daripada kerajaan. 4.6.3 Usul yang lain akan dipanjangkan dalam Mesyuarat PIBG yang akan datang. 13
14
BIL AKTIVITI CATATAN 1. Kelasku Inspirasiku – Keceriaan Kelas Mac 2022 – Februari 2023 2. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali – ke 35 Jun 2022 3. Kejohanan Olahraga Tahunan SKLK 4. Sukaneka Prasekolah dan Tahap Satu Ogos 2022 5. Program Bantu Membaca dan Mengira September 2022 – November 2022 6. Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Sekolah November 2022 7. Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Disember 2022 8. Majlis Khatan Beramai-ramai 9. Hari Anugerah Cemerlang Februari 2023 10. Gotong Royong Perdana 11. Hari Pertama Persekolahan - Badut dan Zumba Mac 2023 15
BIL NAMA AHLI STATUS KEAHLIAN PIBG 1 NOR ZALINA IBU 2 PUSPA NOOR AZURA BINTI ABU IBU 3 MOHD FAIZAL BIN AHMAD SHIBEE BAPA 4 MOHD MUNAWIR BIN MAHDUN BAPA 5 HAYANI MUTHIA MAYASARI IBU 6 ROZITA BINTI OSMAN IBU 7 MUSJAYATI BT MUSTAFA IBU 8 SURIANI BINTI SAAD IBU 9 AZIAH KAMARUDIN IBU 10 MOHAMAD AZRAI BIN IBRAHIM BAPA 11 UMI AISHAH BINTI NORAZLAN IBU 12 KHAIRIL BIN ISMAIL BAPA 13 MOHD SHAHRIL BIN MAHMUD BAPA 14 SHARIFAH FADZILAH BT SYED MOHAMED HUSSEIN IBU 15 SRI RAHAYU MOHAMED TAHIR IBU 16 NURUL HUDA RASDIN IBU 17 SITI RAHMAH BINTI OSMAN IBU 18 MUHAMMAD REZAL ARIFFIN BAPA 19 NOOR AKMAL BINTI MOHAMAD RAZI GURU 20 NUR LIYANA ABDULLAH IBU 21 ZANARIAH BINTI ZAKARIA IBU 22 MOHD YUTI BIN ISMAIL BAPA 23 MOHD FAIRUS B MOHD SHAH BAPA 24 NOOR AZIAH BINTI FADZIL IBU 25 SARIMAH ABDUL KARIM IBU 26 MOHD HADI BIN MOKHTAR BAPA 27 NOOR SURIA SARI BINTI ABU BAKAR IBU 28 KHAIRU ZAMAN BIN SHAMULI BAPA 29 NOOR AZLINA ABDULL KADIR IBU 30 ZAMRI BIN ABDUL HAMID BAPA 31 MUHAMMAD FAIRUZ BIN RASALY BAPA 32 ROHANA BINTI JAMAL IBU 33 FARAH ALIA BINTI MOHD YUSOF IBU 34 AISHA WAN MANSOOR IBU 35 NOORAZMAH BT AHMAD YASIN IBU 36 MURNIE BINTI ISMAIL IBU 37 MUHAMMAD NIZAR BIN SADAKI BAPA 38 SITI HADIJA BINTI HJ KADIR IBU 39 NORSUZILA BT LUDIN IBU 40 NORHAFIZA BT MOHD ZAHIR IBU 41 KHAIRUL FADZLI BIN PATHIL BAPA 42 SHAFINA BINTI MOHAMAD IBU 43 NADHARIAH BINTI AHMED LATFI IBU 16
44 SITI ROHANI BINTI MOHAMAD YUSOFF IBU 45 MARLINA BINTI MUSA IBU 46 NOOR IQTIYANI ABDUL KARIM IBU 47 NOR AZLINDA BINTI NORDIN IBU 48 MUSLINA BINTI MUDA IBU 49 EZELIN ELINDA KAMAL IBU 50 NUR ASHIKIN SHAMSUDDIN IBU 51 SUZIANARITA BINTI BAKAR IBU 52 NADIAH IBU 53 JUNAIDAH BINTI ARIS IBU 54 NUR HAZWANI BINTI ABDUL HALIM IBU 55 SITTI ISRIANA BINTI RIDAWI IBU 56 HAIRENEE BINTI KAIRUDDIN IBU 57 SITI JANATULNAIMAH AB LATIF IBU 58 NURUL NAZIHAH BINTI JOHARI IBU 59 KHOIRUNNISA ISMAIL IBU 60 JAMALIAH BINTI HARON IBU 61 NORLINA BINTI MD NOR IBU 62 NORAZLIYANI BINTI RAMLI IBU 63 MOHAMAD SHAFIQ BIN KAMARUDIN BAPA 64 WAN AHMAD NAZIR BIN WAN PAUZI BAPA 65 MOHD ARIFF FIKRY BIN HASIM BAPA 66 MOHD FARIEZAL ABDULLAH BAPA 67 MAZURA BINTI AZELI IBU 68 AZMALIZA BINTI AHMAD IBU 69 NUR RAFIDAH ABDUL RAHIM IBU 70 KHAIRUL FAIZ BIN JAILANI BAPA 71 MAHERAN BINTI MAMAT IBU 72 AHMAD SHAHRUL BIN AMIR SHAH BAPA 73 ROZILAWATI BINTI ISMAIL GURU 74 HILYATUN NUFUS BINTI A.YAZID IBU 75 HAMIMATUSSAHRO BINTI MAHSUS IBU 76 RAIHA IDAYU MAT ISA IBU 77 ROHAISA BINTI ABDUL RAHMAM IBU 78 NOR YUSLINDA BINTI MOHD YUSOF IBU 79 MAZIAN BINTI MAHAT GURU 80 NUR FHATIHA IBU 81 JIHADAH BINTI AHMAD IBU 82 NUR HASYIMAH YUNUS IBU 83 FADHLINA BINTI AHMAD RADZUAN IBU 84 NORUHUDA MOHAMAD GURU 85 TENGKU NOR ALANI BINTI TENGKU ISMAIL IBU 86 NOR HAMIZAH NORAZI PELAWAT 87 SITI SALIZA BINTI MD SHARIFF GURU 88 SUBAIHAH BT MUKHTAR GURU 89 FAZILA BINTI BAHARUDIN IBU 90 ZURIAH BT ZAIYADIN IBU 91 AINUN ASMAWATI BINTI ANUAR GURU 92 DELILAH HAMID IBU 93 QUMMATUL ADILAH BINTI JAFFRI IBU 17
94 NURUL ZATUL AKMAR BINTI DAGANG GURU 95 ERNEI HASIZA BINTI ALBAHARI GURU 96 ROHANA BINTI HASHIM IBU 97 NUR AFIFAH BINTI AZIZAN GURU 98 NOORSIAH BINTI HASSAN GURU 99 NUR 'IZZATI BINTI ZULKIFLI IBU 100 SALFALINA ROSLAN IBU 101 MUHAMAD SUHAIMI BIN ISMAIL BAPA 102 SHARDINIAH BINTI MAHMUD IBU 103 NURUL HUDHA BT MOHD IBU 104 ZALILA ISA IBU 105 MUHAMAD FADHLULLAH BIN AFFENDI BAPA 106 APINDI BIN AZIZ BAPA 107 RUZITA RUSDI IBU 108 HAFIZ BIN ABDUL HALIM BAPA 109 NORAINI BINTI MOHAMED GURU 110 SITI FATIMAH BINTI KASIM IBU 111 AZHARIN BIN KARAZAMAN BAPA 112 NURAFNI ABU HANIP IBU 113 KHUZAIRI B KAMIS BAPA 114 NURUL ANNISA' BINTI ABANG @ ANNE ABANG IBU 115 ZAHRAH TAWIL IBU 116 MUHAMAD FADHLULLAH BIN AFFENDI BAPA 117 NORULHUDA AZMA BINTI ABDULLAH @ FAUZI IBU 118 NORELIDA IBRAHIM IBU 119 ROZANA RAFLIS IBU 120 WAN MIMI ELANI BINTI WAN YUSOFF IBU 121 NOR AZILAH BINTI YUSOF IBU 122 KHAIRI BIN MAHAT BAPA 123 NOR FARAH HANI BINTI ABDULLAH GURU 124 SITI NADIA AMIRA RAHIM IBU 125 MOHD SHAH NIZAL BIN SULEIMAN BAPA 126 ROKIAH BT DOLAH IBU 127 ROSLAN BIN ABDUL WAHAB BAPA 128 NUR LIDA BINTI ISMAIL IBU 129 HARTINI BTE JENAL IBU 130 NORAZMAR IZWANI AZNAN IBU 131 BALKHIS BT BASHURI IBU 132 NUR MASHITAH BINTI MOHD DAUD GURU 133 SUHAILY BINTI ABD HALIM IBU 134 NORHAZITA BINTI ABU HASSAN IBU 135 ROZITA BINTI KAHAR GURU 136 ASMAH BINTI ISMAIL IBU 137 JAMALIA BINTI JUSOH GURU 138 SAIFUL ANITA BINTI MOHD YAZID IBU 139 SAHRIR BIN SARIP BAPA 140 MOHD FAZLY B AYI @ AWI BAPA 141 NURDIANA BINTI MOHAMAD ZUBIR GURU 141 NOR IZZUA ISMAIL IBU 142 SALFARINA HASAN GURU 143 MOHD NASER BIN HAJI SALEH GURU 144 REGINA KRISTY ANAK NOHAN GURU 18
145 NASMIZAITA BINTI MOHD NAWI IBU 146 MOHD KHAIRUL ARIFIN BIN ISMAIL BAPA 147 NORAZLI BIN ZALI BAPA 148 MOHD FAIRUZ BIN ABDULLAH SHOHIM BAPA 149 MASERIATI BINTI NGATENAN IBU 150 MOHD HAFIZ BIN IBRAHIM BAPA 151 HARMIZA BINTI HALIM IBU 152 MOHD ZUKHAIRI BIN ARIFF BAPA 153 SITI NORAISHAH BT MOHD SANI IBU 154 MAWARNIE BINTI ISMAIL IBU 155 AZHAM BIN AB GHANI GURU 156 AZHAM BIN AB GHANI BAPA 157 MOHD HAFIZI ISMAIL BAPA 158 AZLIFAH BT ABD AZIZ IBU 159 HASTURA BT ABU HANIPAH GURU 160 NORAINI ASRA BINTI A RAHIM GURU 161 SARIMAH BINTI AHMAD GURU 162 NAWAWI BIN AWANG AMIN GURU 163 SARATHA RAMDASS GURU 164 ZULHISHAM BIN SHAHAROM BAPA 165 MOHD AZWAN BIN ABDUL LATIF BAPA 166 ZURIYATI BINTI MOHD @ RAMLI IBU 167 NURULHIDAYAH BINTI MOHD SANI GURU 168 FATIMAH BINTI DERAMAN GURU 169 NURUL NAZIHAH BINTI JOHARI IBU 170 HAZMEE YAKUB GURU 171 SALMI BINTI ARIPIN IBU 172 FARAHANUM BINTI MASRUNI GURU 173 BADARIAH MD SHAH AHLI BERDAFTAR 174 NOOR AZIZAH BINTI ZAKARIA GURU 175 MUHAMMAD QEIS BIN NORZAMAN BAPA 176 AZHARIN BIN KARAZAMAN BAPA 177 MOHAMMAD ASFIA B MAHDINI GURU 178 FADHLIN SAKINA BINTI SAMSUDIN GURU 179 MUHD NAZMI BIN SHAMSUDDIN GURU 180 NAZARIA ULFA BT MOHD NOR GURU 181 ZURIANI BINTI JAAFAR IBU 182 MOHD KAMIL BIN SADAN GURU 183 SHAMILA BT MAT HASSAN IBU 184 MUHAMMAD EZAIDIE BIN KAMARUDDIN GURU 185 TUAN MOHD RAHIMI BIN TUAN HUSAIN GURU 186 SABILA BINTI ABD AZIZ IBU 187 WAN SHARIENA BINTI ZAKARIA IBU 188 KASTHURI A/P KRISHNAN GURU 189 SYAZANA BINTI SAMSURI GURU 190 NORZALINA BT YUSOF GURU 191 WAN HASANAH BINTI WAN HARUN GURU 192 MOHD SABRI BIN MAHMUD BAPA 193 FATIN ALIA BINTI RUSLAN GURU 194 SITI AMINAH BT HUSSIN IBU 195 AIDA BINTI SEAM @ SAIM GURU 196 ROSDI CHE MAN BAPA 19
197 NORMALINI BINTI LAZIM IBU 198 WAN HAZEAN HAIDARIATI BINTI WAN HASSAN IBU 199 SHARIPATUL JANNAH BINTI YUSOF GURU 200 SHAFINA BINTI MOHAMAD IBU 201 SHAHIRA BINTI RAMLI GURU 202 NIK ZAHARAH AKMAL BINTI NIK ISMAIL IBU 203 TUAN NUR SUFI AQILAH PENJAGA 204 MOHD HISAMUDIN BIN MAT SALLEH BAPA 205 ERMA NIZA BT MOHD ISA IBU 206 NOOR AZMARINA BINTI SHAFII IBU 207 AMIRUL AFIAN BIN DZOHRY BAPA 208 MOHD DZULKHAIRI BIN MOHD RANI BAPA 209 MOHD FAIZULANUAR BIN MAIN BAPA 210 ZAHARIAH ALIAS IBU 211 MOHD SOLIHIN BIN SULAIMAN GURU 212 SITTI ISRIANA BINTI RIDAWI IBU 213 MOHD RIZAL BIN ABD RAHMAN BAPA 214 SALMIATI BINTI ALI IBU 215 LORELING BINTI MUSTAPHA IBU 216 SUZURAINI BINTI SULAIMAN GURU 217 WAN NOR AZEAN WAN OMAR IBU 218 DONI YODIA HERMAN BAPA 219 MOHD ALIPIAH BIN OSMAN GURU 220 NORHAFIDZA AZLIN BINTI MD TAHA IBU 221 AZLINA BINTI AZMI IBU 222 BADARIAH MD SHAH IBU 223 NOOR'AISHAH BINTI MUHAMMAD GURU 224 MOHAMAD RAHIMI BIN MAMAT BAPA 225 NOR RAFIDAH BINTI OTHMAN GURU 226 NURULHUDA BINTI MOKHTARUDDIN IBU 227 ASLINAWATI BT ABDUL RAHIM IBU 228 SALINA BINTI MOKMIN IBU 229 SITI RAHMAH BINTI OSMAN IBU 230 NOOR HASZLIN BINTI ABDUL RAHMAN SATERI IBU 231 SITI SALMAH BINTI SHUIB GURU 232 NORSILAWATI BT DAN GURU 233 YUSLINAR BINTI ARIYAN HUSIN IBU 234 AHMAD SIDQI DANIAL BAPA 235 SITI NORADILLA BINTI MOHAMED ARSAD IBU 236 MOHD HILMI RAHMAN@AB RAHMAN BAPA 237 ZURINNOR BINTI ABD KARIM IBU 238 ROZAIDI BIN MOHAMAD BAPA 239 NURUL ZATUL AKMAR BINTI DAGANG GURU 240 NURDINA BINTI HAMZAH IBU 241 NORLIDA BINTI MOHAMAD YUNUS IBU 242 NOR HAZARIAH BINTI MOHD YUSOF GURU 243 MOHD IZZUDDIN BIN AB RAHMAN BAPA 244 NAZZIMA BINTI SAMSUDDIN IBU 245 NIK ZAHARAH AKMAL BINTI NIK ISMAIL IBU 246 MOHAMAD SHAFIQ BIN KAMARUDIN BAPA 247 NURSYUHADA BINTI OTHMAN IBU 20
248 MUHD FADHIL BIN AB RAHMAN GURU 249 MOHD ZULKIFLE BIN MAT JUSOH GURU 250 MOHD SALMAN YATIMI GURU 251 SHASHIKALA A/P KERSINAN GURU 252 MONALIZA BINTI MOHD IDRIS IBU 253 HANIS FADHILAH BINTI ROSMI GURU 254 JOSHUA RAJ A/L PITCHEMUTHU GURU 255 DARSHINI A/P MANIMARAN GURU 256 NURSYUHADA BINTI OTHMAN IBU 257 ASMANI BINTI IBRAHIM IBU 258 JAMALUDIN BIN JAAFAR BAPA 259 NORIRWAN BIN MOHD NOOR BAPA 260 NORSHAH B MOHD NOR BAPA 261 NURUL ASMA BINTI ABDUL RASUL IBU 21
BIL NAMA AHLI JAWATANKUASA JAWATAN 1. Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed Yang Dipertua (YDP) 2. Ts. Khairul Fadzli bin Pathil Naib Yang Dipertua (NYDP) 3. Puan Jamalia binti Jusoh Setiausaha 4. Puan Nurul Hidayah binti Mohd Sani Penolong Setiausaha 5. Cik Kasthuri A/P Krishnan Bendahari 6. Puan Hastura binti Abu Hanipah AJK Guru 7. Encik Muhd Fadhil bin Ab Rahman AJK Guru 8. Encik Afiq Aiman bin Kamarulizra AJK Guru 9. Encik Tn. Mohd Rahimi bin Tn. Husain AJK Guru 10. Encik Suradi bin Abdul Rahman AJK Ibu bapa 11. Encik Rohadi bin Nawi AJK Ibu bapa 12. Puan Nur Ashikin binti Shamsuddin AJK Ibu bapa 13. Puan Nurul Annisa’ binti Abang AJK Ibu bapa 14. PuanBalkish binti Ahmad AJK Ibu bapa 15. Doktor Zahrah binti Tawil AJK Ibu bapa 16. Puan Nor Rafidah binti Othman Juruaudit Guru 17. Puan Rozana binti Raflis Juruaudit Ibu bapa 22
23
PERKARA JUMLAH (RM) JANUARI 1500.00 FEBRUARI 1500.00 MAC 1500.00 APRIL 1500.00 MEI 1500.00 JUN 1500.00 JULAI 1500.00 OGOS 1500.00 SEPTEMBER 1500.00 OKTOBER 1500.00 NOVEMBER 1500.00 DISEMBER 1500.00 JUMLAH KESELURUHAN 18,000.00 BULAN JUMLAH (RM) JANUARI - FEBRUARI - MAC 100.00 APRIL - MEI 100.00 JUN - JULAI - OGOS - SEPTEMBER 8000.00 OKTOBER 8370.00 NOVEMBER 2510.00 DISEMBER 5920.00 JUMLAH KESELURUHAN 25,000.00 PENDAPATAN : NOTA 1 : SUMBANGAN PIBG TAHUN 2022 NOTA 2 : SEWAAN TANAH HUJUNG PADANG (USED CAR) JAN – OKT 2022 24
NOTA 3 : SUMBANGAN KOMUNITI PERKARA JUMLAH (RM) JANUARI 4475.00 FEBRUARI - MAC - APRIL - MEI - JUN - JULAI - OGOS 3000.00 SEPTEMBER 8000.00 OKTOBER 10,000.00 NOVEMBER - DISEMBER 5120.00 JUMLAH 30,595.00 PERBELANJAAN : NOTA 4 : INFRASTRUKTUR BULAN PERKARA JUMLAH (RM) APR TULUS JAYA ENT (Membaiki tandas murid & pagar) 2100.00 NOV Sumbangan kerja penggantian dan membaik pulih bilik kesihatan, bilik guru besar, blok perdana, makmal komputer blok inspira (Komuniti) 4530.00 JUML AH 6,630.00 NOTA 5 : KURIKULUM BULAN PERKARA JUMLAH (RM) FEB Khidmat Teras Resources (Fotostat) 509.88 APR Khidmat Teras Resources (Fotostat) 107.08 APR SKY BOOK TRADING 1870.00 JUN Kertas A4 untuk PSS 1500.00 SEP Canex Imaging (Fotostat) 302.40 NOV Sumbangan Showcase Pendidikan Prasekolah Peringkar Negeri Selangor 2022 350.00 Bayaran tunggakan langganan didik tahun 6 sesi 2020 540.00 Sumbangan membeli master & dakwat RISO 3200.00 DIS Canex Imaging Bayaran fotostat 716.79 JUMLAH 9096.15 25
NOTA 6 : KOKURIKULUM BULAN PERKARA JUMLAH (RM) JUN Kejohanan Olahraga SKLK 2022 5100.00 KOIR 3400.00 Kejohanan Ragbi MSSD Gombak 2022 150.00 JUL Latihan Pusat dan Kejohanan Bola Sepak Rendah Kontinjen Gombak MSSS 2022 275.00 Latihan Pusat dan Kejohanan Ragbi Rendah Kontinjen Gombak MSSS 2022 150.00 Kejohanan Ragbi dan Bola Sepak MSSS 2022 400.00 OGOS Kejohanan Bola Baling MSSS 2022 260.00 SUKANEKA Prasekolah & Tahap Satu 3300.00 Kejohanan Bola Baling di Johor 1500.00 SEP Kejohanan Sepak Takraw MSSS 2022 210.00 OKT Sumbangan untuk latihan Bola Baling 500.00 SIRKIT Pembangunan Bola Baling, Bola Sepak, Ragbi (I) 4500.00 NOV Perkhemahan Perdana Unit Beruniform PeringkatSekolah 2022 2000.00 SIRKIT Pembangunan Program Peningkatan PrestasiSukan (2) 4500.00 JUMLAH 26,245.00 NOTA 7 : HAL EHWAL MURID BULAN PERKARA JUMLAH (RM) APR Pengeluaran sumbangan PETRONAS kepada anak-anak miskin SKLK 4475.00 OGOS Hiasan untuk semua bilik darjah SKLK (Wallpaper, cat, alas meja) 3600.00 DIS Sumbangan Hari Kanak-kanak 2500.00 Sumbangan Program Khatan 1000.00 Sumbangan Program Bantu Membaca & Mengira KPM 1500.00 JUMLAH 13,075.00 26
BULAN PERKARA JUMLAH (RM) MAC Bayaran penukaran tandatangan AJK PIBG baharu 10.00 JUN Makanan mesyuarat PIBG 93.00 JUL 125.00 OGOS Makanan MAT PIBG 2022 & USB Cable 1274.50 SEP Makanan mesyuarat PIBG 120.00 JUMLAH 1622.50 NOTA 8 : PERBELANJAAN PIBG BULAN PERKARA JUMLAH (RM) APR Pengeluaran wang INFAQ yang ditumpangkan dalam akaun PIBG 3714.00 OGOS Team Building guru-guru SKLK 1840.00 JUMLAH 5554.00 NOTA 9 : PERBELANJAAN LAIN BULAN JUMLAH CUKAI (RM) JANUARI - FEBRUARI 0.50 MAC - APRIL 2.50 MEI - JUN 3.50 JULAI 2.00 OGOS 3.50 SEPTEMBER 1.50 OKTOBER 1.00 NOVEMBER 3.00 DECEMBER 2.00 JUMLAH KESELURUHAN 19.50 NOTA 10 : CUKAI/TAX 27
LAPORAN DAN SUMBANGAN PIBG BAGI SESI 2022 PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR • Membaiki tandas murid & pagar • Sumbangan kerja penggantian dan membaik pulih bilik kesihatan, bilik guru besar, blok perdana, makmal komputer blok inspira UNIT KURIKULUM • Khidmat Teras Resources (Fotostat) • SKY BOOK TRADING • Kertas A4 untuk PSS • Sumbangan Showcase Pendidikan Prasekolah Peringkar Negeri Selangor 2022 • Bayaran tunggakan langganan didik tahun 6 sesi 2020 • Sumbangan membeli master & dakwat RISO • Canex Imaging (Fotostat) UNIT HAL EHWAL MURID • Pengeluaran sumbangan PETRONAS kepada anak-anak miskin SKLK • Hiasan untuk semua bilik darjah SKLK (Wallpaper, cat, alas meja) • Hari Kanak-kanak • Program Khatan • Program Bantu Membaca & Mengira KPM UNIT KOKURIKULUM • Kejohanan Olahraga SKLK 2022 • KOIR • Kejohanan Ragbi MSSD Gombak 2022 • Latihan Pusat dan Kejohanan Bola Sepak Rendah Kontinjen Gombak MSSS 2022 • Latihan Pusat dan Kejohanan Ragbi Rendah Kontinjen Gombak MSSS 2022 • Kejohanan Ragbi dan Bola Sepak MSSS 2022 • Kejohanan Bola Baling MSSS 2022 • SUKANEKA Prasekolah & Tahap Satu • Kejohanan Bola Baling di Johor • Kejohanan Sepak Takraw MSSS 2022 • Sumbangan untuk latihan Bola Baling • SIRKIT Pembangunan Bola Baling, Bola Sepak, Ragbi (I) • Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Peringkat Sekolah 2022 • SIRKIT Pembangunan Program Peningkatan Prestasi Sukan (2) PERBELANJAAN PIBG • Bayaran penukaran tandatangan AJK PIBG baharu • Makanan mesyuarat PIBG • Makanan MAT PIBG 2022 & USB Cable PERBELANJAAN LAIN-LAIN • Pengeluaran wang INFAQ yang ditumpangkan dalam akaun PIBG • Team Building guru-guru SKLK • Cukai/Tax 28
JUMLAH PENDAPATAN RM 73,595.00 JUMLAH PERBELANJAAN RM 62,242.15 PENDAPATAN UNTUK MURID PERBELANJAAN UNTUK MURID PENDAPATAN LAIN PERBELANJAAN LAIN Sumbangan PIBG (RM 2500.00) • Kurikulum (RM 4289.36) • Kejohanan Olahraga SKLK (5100.00) • Sukaneka SKLK (3300.00) • TulusJaya Ent Baiki Tandas (2100.00) • Hiasan Bilik Darjah (3600.00) • Makanan MAT PIBG, USB Cable (1274.50) • Perkhemahan Perdana Unit Uniform (RM2000) • Canex Imaging Fotostat (RM716.79) • Hari Kanak-kanak (RM2500) • Program Khatan (RM1000) • Program Bantu Membaca&Mengira KPM (RM1500) • Sumbangan Komuniti (RM 30,595.00) • Sewa Tapak Padang (RM 18000.00) • Ragbi, Bola Sepak, Bola Baling, Sepak Takraw (3445.00) • Koir (3400.00) • SIRKIT PEMBANGUNAN (I) Ragbi, Bola Sepak, Bola Baling (4500.00) • Bayaran penukaran tandatangan AJK baharu, makanan mesyuarat PIBG (348.00) • Team Building (1840.00) • Sumbangan PETRONAS kepada anak-anak miskin SKLK (4475.00) • Pengeluaran wang infaq yang ditumpangkan dalam akaun PIBG (3714.00) • SIRKIT Pembangunan Program Peningkatan Prestasi Sukan (2) (RM4500) • Sumbangan Showcase Pendidikan Prasekolah Peringkar Negeri Selangor 2022 (RM350) • Bayaran tunggakan langganan didik tahun 6 sesi 2020 (RM540) • Kerja membaik pulih bilik-bilik khas (RM4530) • Master & dakwat RISO (RM3200) • Cukai/ TAX (19.50) JUMLAH : RM 25,000.00 RM 27,380.65 RM 48,595.00 RM 34,861.50 BAKI TAHUN 2022: - RM 2380.65 RM48,595.00– RM 34,861.50 = RM 13,733.50 -RM2380.65+RM13,733.50=RM11,352.85 BAKI DI BANK PADA 31 DIS 2022 RM 33,099.18 (BAKI 2021) + RM11,352.85 (BAKI 2022) = RM 44,452.03 PETTY CASH RM 67.40 29
BIL NAMA PENCADANG USUL / CADANGAN TINDAKAN 1 HAMIMA BINTI MAHSUS • Mohon pihak sekolah menyediakan loker berkunci untuk murid menyimpan buku teks. Loker daripada KPM telah dibekalkan kepada murid tahun 1 dan tahun 2 buat masa kini. 2 MAD ZAKE BIN ABDURAM • Mengurangkan harga makanan di kantin sekolah Harga makanan di kantin mengikut harga pasaran terkini. 3 ZIRWATUL ZHAFARINA KAMARUDIN • Lebihkan waktu rehat kerana anak tidak sempat membeli makanan Akan mengakibatkan murid sesi petang balik lebih lewat. 4 WAN AHMAD BUKHARI • Mengadakan slot khas untuk anak-anak solat Zohor setiap hari Akan dibincangkan dengan Ketua Panitia Pendidikan Islam. 5 MOHD IKHWAN BIN MOHD KHALID • Diharapkan pengawal sekolah lebih proaktif dan menjaga murid-murid melintas dan bukan duduk sahaja di dalam pagar. Bidang kuasa pengawal keselamatan hanya di dalam kawasan sekolah. 6 NUR AMIRAH ZAKARIA • Mencadangkan kelas taekwando bermula tahun 1 bagi yang berminat memandangkan segelintir murid telah terlibat sejak tadika. Peruntukkan masa di hari kokurikulum. • Menambahbaik tandas pelajar terutama dari segi pencahayaan. Akan dibincangkan dengan pihak pengusaha kelas taekwando (swasta). Naik taraf kemudahan taraf tandas dan infaq tandas dalam perancangan. 7 SYERIL SUHAIRA BT RASHID • Mewujudkan pakaian rasmi/uniform sekolah dalam bentuk t-shirt yang boleh diguna untuk sesi pembelajaran dan majlis lain sekolah selain daripada baju uniform sekolah ( kemeja dan baju kurung). Tiada keperluan tambahan.T-shirt sedia ada sudah mencukupi. Setiap unit beruniform sudah mempunyai T-shirt mengikut unit masingmasing.Ibu bapa juga boleh beli di kedai yang menjual pakaian unit beruniform. 8 MOHAMMAD NAQUIB • Membenarkan van sekolah untuk masuk mengambil anak ketika hujan. • Membenarkan pelajar untuk menunggu di dewan ketika pulang, bukan di pagar sekolah. Van sekolah memang dibenarkan masuk semasa hari hujan untuk mengambil anak. 9 AZLYANA BINTI AZMI • Penambahbaikan tandas murid kerana anak maklumkan bahawa tandas gelap. Setiap tandas mempunyai sekurangkurangnya dua set lampu kalimantang. 10 ‘AIN NABILA BINTI KAMAT • Menyediakan tempat pengumpulan sampah yang lain. Sedang diusahakan oleh PIBG dengan kerjasama MPAJ. 11 KHAIRAH BINTI AMBARAS KHAN • Perbetulkan kunci tandas murid perempuan. • Sediakan tempat sangkut seluar/baju di pintu tandas dan rendahkan supaya murid senang capai. • Terapkan kepada murid seawal darjah 1 tentang bahayanya buli dan kesan/akibat membuli. Dalam pemerhatian PIBG dan akan diusahakan. Sentiasa dipantau oleh guru disiplin. Data kes buli murid di sekolah direkod dalam ISSDM(sistem OSC sekolah)untuk tindakan pihak sekolah. 30
12 NUR KAMALIA BINTI BAHARUDIN • Mohon semak semula harga makanan di kantin dan juga menu sama ada sihat atau tidak. • Mencadangkan kelas untuk murid tahun 1 di tingkat bawah atau tingkat 1 sahaja. Jawatankuasa kantin sentiasa memantau jualan makanan di kantin. Akan diusahakan. 13. NOOR AINI HASHIM • Menyediakan loker berkunci untuk murid menyimpan buku teks. • Menyediakan kipas dinding sumbangan dari ibu bapa • Menjaga kebersihan kantin dan memastikan longkang tidak berbau. Loker daripada KPM telah dibekalkan untuk setiap kelas tahun 1 dan tahun 2. Kipas sumbangan ibu bapa telah dipasang di kelas. Kebersihan di kantin sentiasa dipantau. 14 FAZLIANA ABD RAHIM • Mengadakan kelas tambahan bagi muridmurid yang kurang mahir membaca,megeja dan mengira. Program “Bantu Membaca” telah dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Untuk murid Tahap 1 yang lemah 3M, murid tersebut akan dibimbing oleh guru Pemulihan Khas. Murid Tahap 2 yang lemah membaca, Panitia Bahasa Melayu akan melaksanakan “Program Bantu Baca” untuk membantu murid yang lemah membaca. 15. ROSHAIZREEN BT ROSLAN • Meluaskan ruangan menunggu ketika murid balik kerana cuaca panas. • Tiada aktiviti mainan/sukan ketika murid tengah berkumpul di dewan. • Tiada takwim sekolah jadi ibu bapa tidak tahu aktiviti/peperiksaan/program yang dijalankan. Makluman melalui WhatsApp kelas sentiasa dikongsikan untuk makluman ibu bapa. 16. ZILFALINDA SELAMAT • Menyediakan loker untuk menyimpan buku supaya tidak memberatkan beg. • Buat kutipan untuk tambahan dana bagi tujuan kebajikan dan keceriaan sekolah. • Cadangan semasa gotong-royong libatkan murid-murid untuk turut sama hadir. Loker daripada KPM telah disediakan untuk kelas murid tahun 1 dan tahun 2. 17. MOHD FAIZAL BIN MOHD SHEEBEE • Merperbanyakkan aktiviti kerja sekolah. • Memperbaiki padang sekolah. Guru sentiasa memberi kerja sekolah kepada murid mengikut kesesuaian kerana bimbang murid terbeban dan terpaksa membuat kerja sekolah untuk mata pelajaran yang lain juga. Biasanya guru akan minta murid menyiapkan latihan di sekolah. 18. HAZRAN BIN HAMZAH • Mewujudkan laluan pejalan kaki sepanjang jalan di luar sekolah untuk keselamatan murid-murid. Sedang diusahakan dengan kerjasama MPAJ. 31
19. MOHD SHUKRI BIN RAMLI • Baik pulih tandas Sedang dalam usaha naik taraf tandas. 20. MOHD SUHAIRI B. MOHD HASSAN • Pantau makanan dan harga makanan di kantin sekolah. • Pantau barangan yang dijual di kedai buku sekolah. Harga makanan di kantin dipantau daripada masa ke semasa. 21. NORSHIRAH MOHAMAD SAHIMI • Pemantauan anak-anak sesi petang perlu ada pengawal yang memastikan keselamatan anak-anak. PIBG akan mengambil tindakan. 22. NUR KAMALIA BINTI MOHAMMAD • Mohon pihak sekolah senaraikan buku latihan yang perlu digunakan sahaja bagi memastikan tiada pembaziran buku yang tidak digunakan.Kuantiti buku yang dijual di kedai buku haruslah dipantau dan pastikan bekalan buku mencukupi supaya tiada ibu bapa yang berulang awal tahun untuk ke kedai buku. • Mohon pihak sekolah juga maklumkan kepada ibu bapa tentang keadaan kelas yang uzur jika ada yang boleh sama-sama dibaiki atau sebagainya. • Menganjurkan program persediaan jati diri ke sekolah menengah untuk Tahun 6 atau program hala tuju untuk murid bagi yang berminat untuk ke sekolah berasrama penuh. Akan diperhalusi oleh pihak sekolah. AJK PIBG telah membuat lawatan dan dalam tindakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Mazlina telah mengadakan ceramah pemantapan Jati Diri dan Pendidikan Awal Remaja kepada anakanak Tahap 2. 23. RAHIMSANI BIN IBRAHIM • Penambahbaikan pada tandas pelajar supaya sentiasa bersih. Naik taraf kemudahan taraf tandas dan infaq tandas dalam perancangan. 24. NOOR AZLINA BT ABDULL KADIR • Mempertingkatkan kualiti makanan RMT kerana pernah dapat makanan basi. Pengusaha kantin yang baharu, mengikut menu yang telah ditetapkan oleh KPM. 25. FATEN NADIRAH BAHARUDDIN • Kegunaan loker untuk semua tahun. • Tong sampah besar di hadapan Pagar B tidak sesuai kerana pada hari panas bau tidak menyenangkan. • Sesetengah guru bagi notis untuk bahanbahan seni/sains pada waktu malam. Didik pelajar tulis dalam buku harian. Sumbangan daripada ibu bapa diperlukan untuk semua murid (loker).KPM hanya bekalkan loker kepada setiap kelas tahun 1 dan tahun 2 sahaja. Dalam tindakan PIBG dan dengan kerjasama MPAJ. Akan diambil tindakan oleh Ketua Panitia mata pelajaran. 26. WAN AHMAD NAZIR WAN FAUZI • Mohon disediakan loker kepada semua kelas. Sumbangan daripada ibu bapa diperlukan untuk menyediakan loker kepada setiap murid. KPM hanya bekalkan loker kepada kelas tahun 1 dan tahun 2 sahaja. 27. LIZA WAHYUNI • Berharap ketua kelas dan guru-guru lebih tegas terhadap anak murid. Pihak guru sentiasa menegur dan memberi penegasan kepada murid- murid secara lisan. 28. NUR DIYANATUL ADILAH BT AHMAD TORMUDI • Penambahbaikan kipas yang rosak di dalam setiap kelas memandangkan sekarang musim panas. Sumbangan dan infaq daripada ibu bapa murid amat diharapkan demi keselesaan anak- anak murid. 32
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK LEMBAH KERAMAT KALI KE-36 SESI 2023/2024 TARIKH : 10 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : DEWAN GERBANG ILMU Pengerusi : Ustaz Mohd Kamil bin Sadan (Guru Besar) PK Pentadbiran : En. Shamsuddin bin Latif PK HEM : Pn. Aida binti Saim PK KO Kurikulum : Pn. Sarina binti Abd Rani PK Petang : Pn. Saratha A/P Ramdass YDP PIBG : Datuk Seri Zainol Abidin bin Mohamed NYDP PIBG : Ts. Khairul Fadzli bin Pathil SETIAUSAHA Pn. Jamalia binti Jusoh PROTOKOL DAN SAMBUTAN Semua pentadbir Pn. Erna binti Yahaya Pn. Farah Wahida binti Adnan Pn. Suzuraini binti Sulaiman Pn. Nurul Annisa’ binti Abang NAIB SETIAUSAHA Pn. Nurul Hidayah binti Mohd Sani PENDAFTARAN KEHADIRAN Pn. Rozilawati binti Ismail Pn. Ainun Asmawati binti Anuar Pn. Ernei Hasiza binti AlBahari BENDAHARI Pn. Kasthuri A/P Krishnan BUKU PROGRAM Cik Shashikala A/P Kersinan Pn. Noor ‘Aishah binti Muhammad Cik Darshini A/P Manimaran Cik Siti Nur Azzarima binti Azid@Abdul Azid PERSIAPAN TEMPAT IBU BAPA/PENJAGA En. Tuan Mohd Rahimi bin Tuan Husain En. Mohd Solihin bin Sulaiman En. Sh. Md. Saifullizam bin Sh. Othman En. Mohd Salman Yatimi bin Md Ramli Cik Nor Hazariah binti Mohd Yusof PERSIAPAN TEMPAT VIP,PENTADBIR,AJK PIBG DAN IBU BAPA CEMERLANG En. Mohd Naser bin Saleh En. Md Shafiq Syazwan bin Mohd Sharif En. Mohd Zulkifle bin Mat Jusoh Pn. Noorsiah binti Hassan Pn. Norsilawati binti Dan PENGACARA MAJLIS En. Muhd Nazmi bin Shamsuddin BACKDROP & PENTAS Pn. Nur Ashikin binti Shamsuddin 33
BACAAN DOA En. Azham bin Abdul Ghani PERSEMBAHAN MULTIMEDIA En. Ahmad Rafiq bin Roshaizi – AJK PIBG 2022/2023 En. Mohamad Fitri bin Zulkifli – Aktiviti 2022/2023 Cik Nasriah binti Hashim – Pencapaian 2022/2023 PENCATAT NAMA CALON Pn. Siti Salmah binti Shuib Pn. Siti Saliza binti Md Shariff JURU KIRA UNDIAN En. Mohd Asfia bin Mahdini En. Mohd Fairuz bin Human En. Muhammad Aidil bin Abdul Patah En. Azham bin Abdul Ghani JAMUAN MAKAN IBU BAPA DAN GURU En. Muhd Fadhil bin Ab Rahman En. Muhd Ezaidi bin Kamaruddin Pn. Nur Mashitah binti Mohd Daud Pn. Syazana binti Samsuri Pn. Mazian binti Mahat Pn. Fatimah binti Deraman En. Suradi bin Abdul Rahman En. Rohadi bin Nawi JAMUAN VIP & PENTADBIR Pn. Wan Naimah binti Wan Bakar Pn. Nor Rafidah binti Othman Pn. Sharifatul Jannah binti Yusof Pn. Balkish binti Ahmad CENDERAMATA VIP dan AJK PIBG En. Nawawi bin Awang Amin Pn. Rozita binti Kahar Pn. Fatin Alia binti Ruslan Pn. Rozana binti Raflis CABUTAN BERTUAH Pn. Shahira binti Ramli Pn. Wan Hasanah binti Wan Harun Pn. Nurul Zatul Akmar binti Dagang Ts. Khairul Fadzli bin Pathil SIJIL En. Afiq Aiman bin Kamarulizra Pn. Farahanum binti Masruni Pn. Hastura binti Abu Hanipah En. Joshua Raj A/L Pitchemuthu PENCATAT Pn. Noor Akmal binti Mohd Razi Pn. Nazaria Ulfa binti Mohd Nor Pn. Noruhuda binti Mohamad JURUGAMBAR En. Mohd Fadrul Hisam bin Mat Jusoh Pn. Afaf Mawaddah binti Mohamad DOKUMENTASI Pn. Fadlin Sakin binti Shamsudin Pn. Nur Afifah binti Azizan 34
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SK LEMBAH KERAMAT SESI 2023 / 2024 BIL NAMA AHLI JAWATANKUASA JAWATAN 1. Yang Dipertua (YDP) 2. Naib Yang Dipertua (NYDP) 3. Setiausaha 4. Penolong Setiausaha 5. Bendahari 6. AJK Guru 7. AJK Guru 8. AJK Guru 9. AJK Guru 10. AJK Ibu bapa 11. AJK Ibu bapa 12. AJK Ibu bapa 13. AJK Ibu bapa 14. AJK Ibu bapa 15. AJK Ibu bapa 16. Juruaudit Guru 17. Juruaudit Ibu bapa 35
TAHUN 2022 36
TAHUN 2023 37
SYABAS DAN TAHNIAH! BOLA BALING TARIKH PENYERTAAN PENCAPAIAN Mei 2022 Open Piala Daing, Ampang Naib Johan Julai 2022 MSSD U12, Gombak Johan Ogos 2022 Jemputan Kebangsaan, Johor Suku Akhir September 2022 Open Piala YB, Subang Johan & Peringkat Kumpulan Oktober 2022 Karnival Sukan, Ampang Ketiga Oktober 2022 Sirkit Pembangunan Gombak Naib Johan & Ketiga November 2022 Jemputan Kebangsaan, Melaka Ketiga Disember 2022 MSSD U11, Gombak Johan Januari 2023 Open Piala Ketua Cabang, Ampang Johan & Naib Johan BOLA SEPAK 1. Mendapat tempat johan bawah 12 tahun Peringkat Zon Hulu Kelang (MSSD Gombak) 2. Mendapat tempat ke-3 bawah 12 tahun (MSSD Gombak) 38
SYABAS DAN TAHNIAH! KOIR 1. Mendapat pingat emas dalam pertandingan Mce National Choir Competition 2. Mendapat pingat perak dalan pertandingan Mce National Choir Competition 3. Persembahan di “Launching 22nd heritage studies exhibition”, Universiti Islam Antarabangsa 4. Persembahan di “Grand Mental Health Program”, Universiti Islam Antarabangsa PEMAIN BOLA SEPAK CEMERLANG SESI 2022/2023 BIL NAMA MURID PENCAPAIAN 1. Ahmad Akmal bin Azham Tempat Ke-3 Pertandingan Bola Sepak Kategori Bawah 12 Tahun MSS Selangor 2. Umar Raqeem bin Shamsul Hafiz Tempat Ke-3 Pertandingan Bola Sepak Kategori Bawah 12 Tahun MSS Selangor 3. Muhammad Khalis Rizdwan bin Rineldi Tempat Ke-3 Pertandingan Bola Sepak Kategori Bawah 12 Tahun MSS Selangor 39
Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Lembah Keramat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru dan Staf SK Lembah Keramat serta semua waris yang telah memberi kerjasama, sumbangan dan sokongan dalam menjayakan program-program sekolah dan PIBG serta Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 ini dengan jayanya. Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita. Sekian, Terima kasih. 40