i
i ISI KANDUNGAN Mukasurat Sekapur Sirih, Seulas Pinang 1 Maklumat Peribadi 2 Pelantikan Rasmi Tugas Khas Guru Dan Staf 2023 3 Surat Aku Janji 4 QR Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025 5 PENGENALAN 6 Falsafah Pendidikan Kebangsaan / Visi / Misi / Isu/ Matlamat 7 Fungsi Sekolah/ Dasar Kualiti/ Objektif Kualiti 8-9 Pengenalan Sekolah 10-12 KETETAPAN Ketetapan Am Untuk Guru-Guru Dan AKP Sokongan 13-19 Ketetapan Kurikulum Untuk Guru- Guru 20-27 Ketetapan Hal Ehwal Murid 27-33 Ketetapan Kokurikulum Untuk Guru-Guru 34-38 INFORMASI AM Kalendar Akademik Penggal Persekolahan Sesi 2024/2025 39 Cuti Perayaan Sesi 2024/2025 40 Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim 41 Jadual Waktu PdP Tingkatan 6 42 Jadual Waktu PdP Sesi Pagi dan Sesi Petang 43 Pelan Kedudukan Kelas 44 Pelan Sekolah 45 PENGURUSAN AM SEKOLAH 46 Senarai Nama Guru Dan Gred Sesi Pagi & Petang 47-59 Senarai Nama Anggota Kakitangan Perkhidmatan Sokongan 60-61 Senarai Nama Guru Tingkatan & Penolong Tingkatan 62-64 Jadual Guru Bertugas Mingguan Sesi Pagi 65-68 Jadual Guru Bertugas Mingguan Sesi Petang 69-70
ii CARTA ORGANISASI SEKOLAH 71 Carta Organisasi Sekolah 72 Carta Organisasi Kurikulum 73 Carta Organisasi Kokurikulum 74 Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 75 JAWATANKUASA PENGURUSAN: KEPIMPINAN 76 Jawatankuasa SKPM Kualiti@Sekolah (SKPM K@S) 77 Jawatankuasa Pentadbir Sekolah 78 Jawatankuasa Perancangan Strategik Sekolah 78 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 78 Jawatankuasa Semakan Rekod Mengajar 79 Jawatankuasa Semakan Buku Latihan Murid 79 Jawatankuasa Rekod Pengesanan Sukatan Pelajaran 79 Jawatankuasa Pencerapan Pdpc 79 Jawatankuasa Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 80 Jawatankuasa Penetapan Kelas 80 Jawatankuasa Pengurusan Aduan Dan Krisis (Online) 81 Jawatankuasa Pengurusan Bencana/Payung 81 Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 82 Jawatankuasa Pengurusan Gsm 82 Jawatankuasa Kreativiti Dan Inovasi/ Jawatankuasa Kajian Tindakan 83 Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidik (PBPPP) 83 Jawatankuasa Star Putra Sinar 83-84 JAWATANKUASA PENGURUSAN: ORGANISASI 85 Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah 86 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah ( Data ) 87 Jawatankuasa Mesyuarat Guru 87 Jawatankuasa Dialog Prestasi 88 Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan & Inventori 88 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Sekolah & Asrama 88 Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 89 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 89 Jawatankuasa Teknologi Maklumat 89
iii Jawatankuasa Pembangunan Fizikal, Pemantauan Bangunan 90 Jawatankuasa Pengurusan Bilik-Bilik Khas Dan Bilik Darjah 91-92 Jawatankuasa PIBG Sekolah 93 Jawatankuasa Permuafakatan/Sarana 93 Jawatankuasa Pekerja Swasta 94 JAWATANKUASA PENGURUSAN: KURIKULUM 95 Jawatankuasa Kurikulum 96-97 Jawatankuasa Kurikulum Tingkatan Enam 98 Jawatankuasa Pengurusan Panitia 98 Jawatankuasa Panitia 98-99 Jawatankuasa Transformasi Sekolah TS25 100 Jawatankuasa Program Kelas Tambahan / Kecemerlangan Akademik 100 Jawatankuasa Highly Immersive Programme (HIP) 101 Jawatankuasa Kelas Program Khas (Kelas KAA) 101 Jawatankuasa Bijak BM (PINCH) 101 Jawatankuasa Jadual Waktu / Jadual Guru Ganti 102 Jawatankuasa Pengurusan PBS 102 Jawatankuasa Pengurusan Peperiksaan Dalaman 103 Jawatankuasa Peperiksaan Awam 103 Jawatankuasa STEM 104 Jawatankuasa E-Kelestarian Sekolah 104 JAWATANKUASA PENGURUSAN: HAL EHWAL MURID 105 Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 106-107 Program-program Hal Ehwal Murid 108-109 Jawatankuasa Pelaksanaan Hal Ehwal Murid 110 Jawatankuasa Pendaftaran Tingkatan 6 Semester 1/ Orientasi 111 Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Murid 111 Jawatankuasa Pengawas Sekolah 111 Jawatankuasa Data Hal Ehwal Murid 112 Jawatankuasa Bina Insan / Guru Penyayang 112 Jawatankuasa MAKDIS 113 Jawatankuasa Perhimpunan Berkesan 113 Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Menengah (JPEM) 113
iv Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Sekolah 114 Jawatankuasa Pengurusan Kesihatan Murid 114 Jawatankuasa Pengurusan Kebersihan/Tandas 114 Jawatankuasa Pengurusan Kantin 115 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks 115 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Persekolahan 115 Jawatankuasa Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling 116 Jawatankuasa Pengurusan Pentaksiran Psikometrik 116 Jawatankuasa Pengurusan SUMUR 116 JAWATANKUASA PENGURUSAN: KOKURIKULUM 117 Carta Organisasi Kokurikulum 118-119 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 120 Jawatankuasa Pengurusan Kelab/ Persatuan 121-122 Jawatankuasa Pengurusan Badan Beruniform 123-125 Jawatankuasa Kelab/ Sukan/ Permainan 125-126 Jawatankuasa Program Kecemerlangan 127 Majlis Sukan Star Putra, Kulai 127 Jawatankuasa Pengurusan Sukan Untuk Semua 127-128 Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Sekolah (Elit) 128-129 Jawatankuasa Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum 130 QR Pelaporan Kokurikulum 130 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA 131 Klasifikasi Penghuni Asrama Pusat Kulai 132 Jadual Balik Bermalam Asrama Pusat Kulai 2024/2025 132 Carta Organisasi Pentadbiran Asrama 133 Senarai Nama Guru & Staf Asrama Pusat Kulai 134 Program Wajib Unit Akademik/ Unit Kokurikulum / Unit Sahsiah 135-136 Jadual Guru Bertugas Pemantauan Mingguan Di Asrama Pusat Kulai 137-140 TAKWIM SEKOLAH 141 Ringkasan Takwim Sekolah 142-143
1 Sekapur Sirih, Seulas Pinang Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya berharap Buku Pengurusan ini dijadikan rujukan untuk memulakan gerak kerja sepanjang sesi persekolahan 2024/2025. Amalan-amalan baik yang telah terbudaya, mestilah diteruskan dan perlulah ditambah baik bagi memastikan KITA berada pada landasan yang betul. Selain itu, amalan 3S (Sapa, Senyum dan Sedia Bantu) dapat diteruskan bagi mengekalkan keharmonian dalam kalangan warga sekolah. Program Transformasi Sekolah (TS25) Kohort 6 yang telah dilaksanakan memerlukan banyak perubahan dalam amalan pendidikan. Walaupun perubahan–perubahan ini sedikit mengganggu keselesaan dan kebiasaan pada awalnya, namun telah memberi impak yang positif dalam kalangan murid kerana kesediaan guru menghayati dan beradaptasi secara professional. Akhirnya kita dapat memberi hasil yang kita mahukan. Setiap warga guru perlu menerapkan unsur “Be Positive, Be Creative” bagi meningkatkan keupayaan pasukan TS25 yang memiliki kemampuan pelbagai jenis dan saling melengkapi. Sesungguhnya, setiap bentuk tindakan kerja buat kita pasti akan mempengaruhi dan mendatangkan respon kepada pelanggan terutamanya anak-anak didik kita. Persekitaran yang kondusif dan ahli pasukan yang saling menyokong akan menjadikan sesebuah organisasi itu kukuh dan mantap serta dapat mencapai matlamat dengan lebih mudah. Kita mestilah bekerja sebagai sebuah pasukan dan saling melengkapi agar segala usaha dapat membuahkan hasil yang diharapkan. Sehubungan dengan itu, ungkapan “ We are able, we are capable, coz we are equal” perlu dijadikan panduan kerana tiada jurang antara kita dalam melaksanakan tugasan. Saya yakin kebersamaan ini dapat membuahkan kejayaan serta memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi. Akhir kalam, “jadilah guru, bukan bekerja sebagai guru”. Selamat bertugas dengan seikhlas hati dan seluruh potensi kepada semua warga STAR Putra. Semoga sesi persekolahan 2024/2025 memberi kekuatan dan insprasi kepada semua pihak, di samping mampu menjadi penyumbang bermakna dalam kejayaan dan kecemerlangan yang menjadi impian kita. Marilah kita langkah sederap bekerjasama membentuk generasi kini Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC). “ TOWARDS A RISING STAR.” “TOGETHER WE COMMIT TO EXCELLENCE” Sekian terima kasih. (Abd Gani bin Abas) Pengetua, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, JOHOR. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, kita semua dapat meneruskan perjuangan memacu kecemerlangan pembangunan pendidikan negara pada sesi 2024/2025 ini. “TOWARDS A RISING STAR”. Bersama merealisasikan impian untuk menjadi bintang yang bersinar. Sesungguhnya, segala kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang sesi persekolahan 2023/24 adalah dari usaha dan komitmen semua pihak. Usaha kita ini, dapat membantu membimbing dan menjadikan murid cemerlang serta berbakat dari pelbagai aspek JERIS. Diharapkan sesi persekolahan 2024/2025 terus membawa sinar cemerlang untuk semua warga STAR Putra bagi meneruskan momentum ke arah mencapai sasaran ‘bintang’ yang ingin direalisaikan.
2
3 Ruj. Kami: SMKTARP.100-1/5/1 ( ) Tarikh : 11 Mac 2024 Guru-guru, Staf sokongan SMK Tunku Abdul Rahman Putra Tuan/puan, PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS GURU DAN STAF SOKONGAN SESI 2024/2025 Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. 2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai guru khas dalam bidang tertentu dan menjadi ahli dalam Jawatankuasa-jawatankuasa bidang Pengurusan Am dan Pentadbiran, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kokurikulum, Pusat Sumber, Tingkatan Enam dan Asrama Pusat bagi sesi persekolahan 2024/2025, sebagaimana yang terkandung dalam Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025. Tugas tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang pindaan oleh pihak pentadbir sekolah, bergantung kepada perubahan yang berlaku dalam perjawatan dan perkhidmatan sepanjang sesi ini. 3. Sehubungan dengan pelantikan ini, tuan/puan diingatkan agar melaksanakan semua tugas yang telah diamanahkan berdasarkan panduan tugas yang ditetaGPKan (rujuk buku panduan tugas guru) dan mematuhi semua peraturan, prosedur dan sistem yang digunapakai kerana tugas-tugas tersebut merupakan tugas rasmi yang perlu di urus tadbir dengan cekap dan berkesan demi memastikan visi dan misi sekolah tercapai. 4. Kegagalan tuan/puan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tuan/puan dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan kepada peraturan 4 (2)(i), peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) PU(A) 395/1993 yang menyatakan, ” Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah”. 5. Dengan kredebiliti, kesungguhan, keterampilan dan komitmen yang tuan/puan tunjukkan, saya yakin tuan/puan mampu melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna dan mencapai hasil yang cemerlang sekaligus membanggakan pihak sekolah. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Sekian terima kasih. BERSAMA MEMACU KECEMERLANGAN “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, Pengetua, SMK Tunku Abdul Rahman Putra
4 SURAT AKU JANJI Saya.................................................................................... Kad pengenalan No.................................................. beralamat di …………………………………………………………………………………………………… dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan; ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggung jawab; iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas awam saya; v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ............................................ ........................................ (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) Di hadapan saya, .............................................................. (Tandatangan Ketua Jabatan) .......................................................................................................................... (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) .................................... ........................................ (Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 5 KETETAPAN GURU, KETETAPAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN HEM KETETAPAN GURU, KURIKULUM , KOKURIKULUM DAN HEM PENGURUSAN AM PENGURUSAN AM SEKOLAH INFORMASI AM JAWATANKUASA KURIKULUM JAWATANKUASA KURIKULUM JAWATANKUASA HEM JAWATANKUASA HEM JAWATANKUASA KOKURIKULUM QR BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024/2025 PENGURUSAN ASRAMA JAWATANKUASA ASRAMA TAKWIM SEKOLAH TAKWIM SEKOLAH SKPM KUALITI@SEKOLAH
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 6
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 7 FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI DAN MISI VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA FALSAFAH MEMPERCAYAI DAN MENGAKUI BAHAWA SEKOLAH ADALAH WADAH UTAMA BAGI PEMBENTUKAN INSAN YANG KAMIL. JUSTERU, SEKOLAH AKAN BERUSAHA MEMPERKEMBANGKAN POTENSINYA UNTUK MENCAPAI KESIMBANGAN JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK MURID ISU ▪ Peratus layak mendapat sijil ( LMS SEJARAH) masih di bawah 90 % ▪ Gred purata sekolah ( GPS ) masih melebihi 5.0 ▪ Purata peratus kehadiran murid tingkatan 5 masih di bawah 95% MATLAMAT ● Meningkatkan pencapaian peratus lulus ( LMS SEJARAH) sebanyak 5 % pada tahun 2024 berbanding 2023. ● Mengecilkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.18 pada tahun 2024 berbanding 2023. ● Meningkatkan purata peratus kehadiran murid tingkatan 5 sehingga mencapai 95 %
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 8 OBJEKTIF SEKOLAH 1. Meningkatkan tahap Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Kualiti @Sekolah daripada penarafan 4 kepada penarafan 5. 2. Meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan STPM melalui: ● Gred Purata Sekolah (GPS) mencapai: 2.91 3. Meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan SPM melalui: ● Bilangan calon layak mendapat sijil (LMS) ialah 92 % 4. Memastikan murid- murid mencapai minima TP3 dalam pentaksiran bilik darjah ( PBD) 5. Meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sehingga mencapai 100% kehadiran. 6. Meningkatkan pencapaian GPS kokurikulum sekolah pada tahap 2.28 7. Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sehingga 95% kehadiran. 8. Mengurangkan kes salah laku disiplin kepada 3% kes. 9. Mengekalkan kecekapan dan kecemerlangan pengurusan kewangan sekolah. 10. Meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat sekolah. 11. Mengurangkan kerosakan kemudahan fizikal dan persekitaran sekolah. 12. Meningkatkan kualiti guru dan anggota pelaksana. 13. Meningkatkan penyertaan ibubapa dalam aktiviti PIBK. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Kami warga SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : KURIKULUM ⚫ Memastikan semua pelajar diberikan jadual waktu persekolahan sebelum sesi persekolahan ⚫ Memastikan PDPC berkualiti bermula pada hari pertama sesi persekolahan HAL EHWAL MURID ⚫ Memastikan semua murid telah menerima 1 set pinjaman buku teks sebelum sesi persekolahan bermula. ⚫ Memastikan semua pelajar disediakan 1 set kerusi dan meja pada hari pertama persekolahan. KOKURIKULUM ⚫ Memastikan semua murid menyertai sekurang-kurangnya 1 unit uniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. ⚫ Memastikan semua murid diberikan 1 rumah sukan. PENGURUSAN AM ⚫ Memastikan semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 5 hari bekerja.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 9 FUNGSI SEKOLAH (Berdasarkan standard kualiti SPSK ) SMK Tunku Abdul Rahman Putra sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah menengah yang terpilih sebagai persediaan pengajian ke peringkat tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang-bidang yang dicakupi adalah: (a) Pengajaran (b) Pembelajaran (c) Bimbingan dan pembentukan sahsiah (d) Aktiviti KoKurikulum (e) Pentadbiran (f) Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar DASAR KUALITI ( Berdasarkan standard kualiti SPSK ) SMK Tunku Abdul Rahman Putra, komited untuk menyediakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan SPSK dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan. OBJEKTIF KUALITI (Berdasarkan standard kualiti SPSK) (a) Melaksanakan 100% pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah. (b) Memastikan pencapaian murid setiap sekolah menengah negeri Johor mencapai 65% lulus keseluruhan atau peningkatan 3 % dari tahun sebelumnya dalam setiap mata pelajaran bagi peperiksaan Pertengahan Tahun, Akhir Tahun /UASA /SPM /STPM (c) Memastikan 100 % murid sekolah menengah negeri Johor mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya, melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah. (d) 100 % aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan. (e) Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 10 PENGENALAN SEJARAH SEKOLAH SMK Tunku Abdul Rahman Putra terletak di atas bukit bersebelahan dengan SMK Munshi Abdullah yang kini telah berusia lebih 50 tahun semenjak penubuhannya pada 1971. Dengan keluasan 6 ekar, bangunan Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra telah didirikan pada tahun 1970 dan dibuka pada tahun 1971. Ia adalah sebuah cawangan Sekolah Sultan Ibrahim. Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra dibina serentak dengan sekolah Munshi Abdullah dan Sekolah Sultan Alauddin. Ketiga-tiga bangunan ini dibina di bawah satu cawangan. Encik Alias Dasmi merupakan penyelia terawal yang bertugas di sini. Waktu itu , nama Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra masih belum wujud lagi. Sekolah itu digelar Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Kulai. Pada pertengahan tahun 1971, Guru Besar yang bertugas pada masa itu ialah Encik Tukiman Ahmad. Beliau bertugas dari 1 Februari 1971 hinggan 31 Julai 1979. Dalam tahun yang sama iaitu tahun 1971 Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai telah di tukarkan nama. Nama-nama sekolah yang dicadangkan ialah Sekolah Tun Abdul Razak, Sekolah Tun Mutahir dan Sekolah Menengah Ungku Aziz Menteri ( SUAM). Majalah SUAM sempena uraura menukar nama telah mula diterbitkan . Apabila menyedari sempena nama SUAM telah ditentang oleh berbagai pihak, nama SUAM telah ditukarkan dengan nama lain. Oleh kerana tidak bersetuju sempena nama SUAM, maka nama SM Tunku Abdul Rahman Putra telah dicadangkan oleh Encik Ahmad bin Samion yang merupakan Guru Besar kedua yang mentadbir sekolah ini. Mulai 9 Januari 1980, nama sekolah ini telah ditukar dengan nama perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra. Nama serta Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra telah dirasmikan pada 9 Januari 1980 dan kekal hingga kini. PENGETUA SEKOLAH 1971- KINI 1. Tn. Hj. Tukiman Bin Ahamad 01.08.1971 - 31.07.1979 2. Tn. Hj Ahamd Bin Samion 01.08.1979 - 15.10.1982 3. En. Mohd Talkah Bin Hj. Abdul Rahman 16.10.1982 - 31.09.1990 4. Tn. Hj.Shuib Bin Dirwan 16.01.1992 - 18.12.1994 5. Tn. Hj Abas Bin Awang 15.11.1995 - 31.07.1996 6. Pn. Hjh. Siti Hasnah BintiHamim 01.08.1996 - 15.07.1998 7. Pn. Hjh. Zarinah Bt.Md Khir 16.07.1998 - 07.07.2003 8. Pn. Hjh. Khalthum bt Hj. Jeran 08.07.2003 - 14.01.2008 9. Pn. Hjh. Marmining Bt Ahmad 24.09.2008 - 31.12.2009 10. Pn. Hjh. Siti Inshah Bt Mansor 25.01.2010 - 16.09.2010 11. Pn. Hjh. Salbiah Bt Noordin 17.09.2010 - 01.01.2013 12. Tn. Hj. Mohd Sha’rani Bin Sapari 02.01.2013 - 20.02.2014 13. Dato’ Hj. Anuar Bin Jais 01.03.2014 - 31.01.2019 14. En. Md Yusoff Bin Mohamed 01.02.2019 - 08.03.2020 15. En. Rozaini Bin Ramli 03.01.2021 - 01.03.2023 16. En. Abd. Gani Bin Abas 01.03.2023 - kini
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 11 PRASARANA & KEMUDAHAN Semasa Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra ini dibuka, sekolah hanya mempunyai dua blok bangunan yang mengandungi 9 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, 2 buah bilik sains rumahtangga, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat dan sebuah kantin. Dalam tahun 1976, sekolah mendapat dua blok lagi yang mengandungi 6 buah bilik darjah, 3 buah makmal sains dan 2 buah bilik bengkel Seni Perusahaan. Dalam tahun 1985, sebuah bangunan mengandungi 4 buah bilik darjah telah siap dibina di bawah Projek Kilat. Dalam 1989 hingga tahun 1990, 2 buah bangunan dengan 8 buah bilik darjah telah siap dibina secara gotong-royong. Manakala pada tahun 1991 sebuah blok bangunan 3 tingkat telah siap dibina. Ia mengandungi 12 bilik darjah dan tiga buah makmal sains tulen. Pada tahun 2010, surau sekolah telah dinaik taraf dengan kerjasama PIBG dan dapat memuatkan 400 pelajar. Selain daripada kemudahan bilik darjah, sekolah ini juga mempunyai sebuah Asrama Pusat yang telah didirikan di atas tapak yang baru di mana pada awal tahun 1985, sekolah mendapat tambahan tanah seluas 15 ekar dan inilah yang membolehkan sekolah berkembang secara fizikal. Tujuan asrama ini didirikan adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar daerah Kulai yang tinggal jauh dari sekolah. Asrama ini boleh menampung kira-kira 140 orang pelajar putera dan puteri. Asrama ini telah mula menempatkan pelajar pada awal tahun 1991. Pada tahun 2013, Dewan Terbuka sekolah dibina untuk menampung peningkatan bilangan murid di sekolah dan telah dijenamakan semula pada tahun 2022 sebagai Dewan Seri Putra. Kini sekolah mempunyai sebanyak 30 buah bilik darjah perdana, 13 buah bilik darjah untuk Tingkatan 6, 12 buah makmal sains, 7 buah bilik bengkel, 2 buah bilik seni, 2 buah makmal komputer , surau sekolah serta pelbagai bilik khas. LAGU SEKOLAH USAHA JAYA BAKTI Usaha Jaya Bakti , Itulah cita-cita Menimba sebanyak pengalaman, untuk hari depan Perkembangan mental emosi jasmani dan rohani Bekerjasama dan berdikari Membina peribadi Pendidkan dan pelajaran kegiatan seni dan sukan Membentuk keyakinan berdisplin dan bersopan Sekolah… Sekolah ….Tunku Abdul Rahman Putra Kami berdoa setiap masa semoga berjaya….. …… ciptaan lagu dan senikata oleh Norsiah Abdul Kadir….
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 12 LENCANA SEKOLAH LENCANA STARP mempunyai lima warna iaitu kuning, hijau, biru, merah dan putih. STARP ialah singkatan nama Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra, iaitu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Warna kuning dan hijau ialah warna sekolah. Merah tua dan biru ialah warna negeri Johor. Ini menunjukkan sekolah ini terletak di dalam negeri Johor. Garis ‘zig-zag’ ialah gelombang radio. Ia melambangkan bahawa sekolah ini sentiasa mengikuti arus kemajuan sains dan teknologi. Roda bergerigi menunjukkan generasi yang lahir dari sekolah ini dapat menyumbangkan bakti ke arah pembangunan teknologi negara. Buku yang terbuka menunjukkan semua mata pelajaran atau pendidikan akademik terdapat di sekolah ini. Tiga gelung berangkai melambangkan wujudnya aktiviti-aktiviti sukan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang sihat lagi dedikasi. Bulatan bergerigi di dalamnya tersusun rapi tujuh bentuk segitiga melambangkan sekolah ini telah menanam aset kebudayaan kepada murid-murid dan melahirkan generasi yang mempunyai sikap positif serta mendukung dan mendaulatkan kebudayaan nasional. Slogan atau cogan kata ‘Usaha Jaya Bakti’ menegaskan setiap guru sekolah ini sentiasa berdisiplin dan bersedia bertugas mendidik pelajar- pelajar dan menabur jasa pada setiap waktu.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 13 KETETAPAN AM UNTUK GURU-GURU DAN AKP SOKONGAN 1. Arahan Am 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. 1.2 Perintah Am (Bab D)-4 Peraturan-peraturan Am Pegawai Am (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 adalah rujukan yang dimaksudkan. 1.3 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh menafsirkan dengan tepat akan kandungan PerintahAm dan Arahan perkhidmatan lain. 1.4 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion perguruan dan menyanjungnya. sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata. 1.5 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.9 Menjadi‘role-model’. 1.10 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan (TEAM). 2. Kedatangan 2.1 Jadual waktu belajar/bekerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah tidak lewat daripada 7.15 pagi untuk sesi pagi dan 12.20 tengah hari untuk sesi petang dan menandatangani Buku Kehadiran/ Ketik mesin kehadiran semasa sampai. 2.3 Guru dibenarkan balik/ keluar kawasan sekolah selepas 2.00 petang untuk sesi pagi dan 6.45 petang untuk sesi petang. 2.4 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memaklumkan kepada Pengetua dan GPK Pentadbiran/ GPK Petang. 2.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam waktu kecemasan. 3. Keluar Waktu Mengajar 3.1 Guru/AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua. 3.2 Guru/AKP dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan mendapatkan tandatangan Pengetua/GPK sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Penolong Kanan/ Penolong Kanan Petang. 3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali keadaan kecemasan.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 14 3.5 Kebenaran untuk meninggalkan pejabat ini boleh diberi bagi tujuan menyelesaikan urusan persendirian pegawai yang terpaksa dilakukan di dalam waktu bekerja. Guru hendaklah memberi keutamaan kepada tugas dan tanggungjawab sekiranya urusan persendirian tersebut boleh diselesaikan menerusi perkhidmatan atas talian atau perkhidmatan yang disediakan di luar waktu bekerja. (Garis panduan mengenai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 bab G-mematuhi waktu bekerja. 3.6 Pengetua berhak menggunakan budi bicaranya bagi memberi kebenaran kepada guru meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk urusan persendirian setelah mengambil kira kepentingan perkhidmatan. 3.7 Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk tujuan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah. Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, guru dikehendaki mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) atau cuti lain yang berkelayakan secara atas talian. 3.8 Guru/AKP yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/hospital dikehendaki mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut. 3.9 Tempoh guru/AKP dibenarkan meninggalkan pejabat dianggap sebagai Cuti Sakit jika pegawai disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugasnya oleh pegawai perubatan atau doktor yang merawatnya melalui sijil sakit yang dikeluarkan. 3.10 Pengetua boleh menetapkan bahawa guru/AKP perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas; dan 3.11 Pengetua hendaklah memastikan kemudahan yang disediakan ini tidak disalahgunakan oleh guru terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya. 4. Cuti 4.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046, SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. 4.2 Cuti Sakit ( Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43 / 34 Jld.3 (24) bertarikh 18 Februari 2022, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSN) Ceraian SR.5.4.5 ) 4.2.1 Guru/AKP layak mendapat sijil cuti sakit 15 hari dari klinik swasta dan 30 hari dari klinik/hospital kerajaan.(Pindahan 18/2/2022-ketua jabatan boleh menerima Sijil Sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa memerlukan tandatangan timbal daripada pegawai perubatan kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar berbanding 15 hari sebelum ini bagi kemudahan cuti sakit)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 15 4.2.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. 4.2.3 Guru/AKP yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua mengikut tatacara berikut; a) Menelefon/Pesanan ringkas kepada Pengetua pada sebelah pagi. b) Melaporkan diri kepada Pengetua sebaik sahaja balik bertugas. c) Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas di pejabat. 4.3 Cuti Tanpa Gaji (PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017) 4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C: Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebabsebab persendirian yang mustahak. 4.3.2 Cuti Tanpa Gaji untuk AKP hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya pada tahun semasa. 4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula cuti. 4.4 Cuti Rehat Khas (PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2017) 4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua atas budi bicara dan sebab-sebab yang munasabah bagi tempoh 10 hari sepanjang tempoh setahun. 4.5 Cuti Ke Luar Negara (PEKELILING AM BILANGAN 3 TAHUN 2012) 4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh bercuti. 4.5.2 Sekiranya permohonan kurang 30 hari dari tarikh bercuti, permohonan adalahatas tanggungan guru atau staf sokongan itu sendiri. 4.6 Cuti Umrah/ Perayaan keagamaan (PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2017) 4.7 Cuti Haji ( PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 1984) 4.8 Cuti Bersalin (PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2017)
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 16 5. Pakaian 5.1 Pemakaian tanda nama adalah WAJIB. 5.2 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesional keguruan dan masyarakat timur. 5.3 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 5.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 5.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 5.5.1 Guru Perempuan–seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 5.5.2 Guru Lelaki– seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 5.6 Pakaian guru mengikut hari: Ahad : Baju Korporat Putih KPM Rabu : Baju Pasukan Badan Beruniform lengkap Khamis: Baju batik Malaysia/ baju Melayu lengkap 6. Perhubungan Sesama Guru 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/ kepercayaan kepada guru atau murid atau AKP yang lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 6.4 Guru/AKP mengamalkan‘esprit de corp’. 6.5 Guru/AKP bekerjasama sebagai satu pasukan. 7. Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah sentiasa berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8. Perjawatan dan Pengajaran 8.1 Guru/AKP yang menghadapi masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan PT Perkhidmatan atau Pengetua. 8.2 Guru yang menghadapi masalah PdPc bolehlah berurusan dengan (MLT) Guru Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, (SLT) Penolong Kanan atau Pengetua.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 17 9. Tugas 9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan murid dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 9.2 Guru yang ditugaskan untuk sesuatu arahan rasmi tidak boleh mengarahkan guru lain menggantikannya tanpa kebenaran Pengetua. 10. Kebersihan 10.1 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid. 10.2 Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh Guru Tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 10.3 Sebelum memulakan pengajaran dan akhir setiap pengajaran, pastikan kelas bersih, kemas dan teratur. 10.4 Murid-murid diingatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata dan hendaklah sentiasa menggunakan tong sampah. 10.5 Pastikan semua murid sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti membersihkan dan menceriakan di dalam atau di luar bilik darjahnya. 10.6 Murid-murid yang membuang sampah sebarangan hendaklah ditegur serta-merta dan dinasihatkan supaya tidak melakukannya lagi. 10.7 Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 11. Surat Menyurat 11.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 11.2 ‘Letter Head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan tujuan tugas rasmi dan kebenaran Pengetua. 12. Surat Yang Diterima 12.1 Surat yang diterima oleh sekolah akan diminitkan dan diserahkan kepada guru untuk diambil tindakan. 12.2 Surat yang dituju atas nama guru perlu dihantar ke pejabat untuk diminitkan. 13. Pergi ke Jabatan Pelajaran/ Pejabat Pendidikan Daerah 13.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan/ penjawatan tanpa kebenaran Pengetua. 13.2 Guru yang dibenarkan berjumpa pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki membawa surat pengenalan diri yang ditandatangani oleh Pengetua. 13.3 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD/JPN.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 18 14. Pelawat 14.1 Pelawat yang datang ke sekolah ini dikehendaki mengisi maklumat dalam buku rekod pelawat di pondok pengawal. Orang luar termasuk juru jual TIDAK DIBENARKAN berjumpa guru/AKP tanpa kebenaran Pengetua/ wakilnya terlebih dahulu. 14.2 Pelawat yang mendapat kebenaran untuk berjumpa guru atau murid diberikan kad pelawat untuk hari berkenaan sahaja. Kad pelawat hendaklah dipamerkan dan dikembalikan semula ke pondok pengawal selepas selesai urusan adalah menjadi tanggungjawab guru mengarahkan orang berkenaan pergi berjumpa Pengetua/wakilnya sekiranya surat kebenaran tidak ditunjukkan. 14.3 Orang luar dilarang berjumpa guru atau murid di bilik guru, bilik-bilik kelas atau semasa guru sedang mengajar. 15. Membeli Barang 15.1 MLT yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan nota minta yang boleh diperolehi di pejabat. 15.2 Nota minta itu mesti mendapat kelulusan daripada Pengetua. 15.3 Semua pesanan yang melebihi RM50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 15.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam Buku Stok dengan Kemas. 15.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengetua, Pembekal dan Penerima. 16. Perhimpunan Sekolah 16.1 Semua guru WAJIB menghadiri semua perhimpunan rasmi dan harian sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 16.2 Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. 16.3 Guru bertugas mingguan dikehendaki mengawal disiplin murid semasa perhimpunan berlangsung. 17. Mesyuarat Guru/ Majlis Rasmi Sekolah 17.1 Semua guru WAJIB menghadiri mesyuarat guru/ majlis rasmi. Sekiranya tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan kepada Pengetua ( selewat-lewatnya sehari sebelum mesyuarat diadakan). 17.2 Guru-guru WAJIB hadir dalam mesyuarat yang dipanggil oleh SLT/MLT. 17.3 Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Pengetua,guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun berlainan pendapat. 18. Buku Stok/ Inventori 18.1 MLT bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh SLT.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 19 19. Tanda Nama 19.1 Semua guru/ AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi sekolah / di luar sekolah. 19.2 Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan oleh Kementerian. 20. Keahlian Kelab Guru/ Koperasi/ PIBG 20.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru, koperasi dan PIBG sekolah. 20.2 Jumlah yuran kelab guru/koperasi tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 21. Menyertai Persatuan Guru/ Yayasan Guru Demi kepentingan Perkhidmatan Pendidikan dan Profesion Perguruan, guru-guru adalah dinasihatkan supaya menjadi ahli kepada persatuan-persatuan berikut: 21.1 Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PGPKPPM) yang dikhaskan kepada guru siswazah. 21.2 Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) iaitu untuk semua guru dan staf sokongan Perkhidmatan Pendidikan. 21.3 Lain-lain kesatuan/ persatuan yang diiktiraf. 22. Penggunaan Alat–alat 22.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 22.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok. 22.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 22.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan serta merta dan menggantikannya jika perlu. 24. Arahan dari Pekeliling 23.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikongsikan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi selepas membacanya. 23.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 25. Telefon/ Faks Penggunaan telefon/faks hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. 26. Kunci 26.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 26.2 Guru yang hendak menyimpan kunci pendua bilik-bilik khas, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua dan memulangkannya ke pejabat sebelum cuti persekolahan. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik itu sepenuhnya.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 20 KETETAPAN KURIKULUM UNTUK GURU-GURU LATAR BELAKANG Kurikulum adalah “Core Business” bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Oleh itu, semua Dasar Kurikulum yang ditetapkan akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini. OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan: 1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan PendidikanNegeri. DASAR 1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan Arus Perdana Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 3. Sekolah mesti menerima dan mematuhi sepenuhnya semua prosedur yang telah ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa. 5. Pada sebilangan masa, program-program akademik mesti diutamakan. Ini bermakna, sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mesti diberikan keutamaan. MESYUARAT 1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut Standard Piawaian JPNJ. 2. Isi kandungan mesyuarat mesti mengikuti dan mematuhi garis panduan yang diberikan (sebagaimana edaran oleh Pengetua). 3. Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran mesti diadakan minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan. 4. Surat panggilan mesyuarat disediakan dan diedarkan kepada guru-guru selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 21 SISTEM FAIL 1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum di pejabat sekolah 2. Semua fail Panitia Mata Pelajaran (Fail 2 – 7) diletakkan di PEJABAT di bawah seliaan GKMP bidang masing- masing. 3. Jumlah fail– ada 3 fail iaitu Fail Utama, Fail Sokongan dan Fail Arkib. 4. Perincian fail Panitia Mata Pelajaran adalah seperti berikut: BIL Nama fail Kandungan Fail Catatan 1 Fail Induk *Panitia a. Surat menyurat; b. Minit mesyuarat panitia bersama surat iringan. Fail rasmi di pejabat(putih) 2 Sukatan Pelajaran a. Sukatan Pelajaran; b. Huraian Sukatan Pelajaran; c. Rancangan Pelajaran Tahunan; d. Senarai buku rujukan guru/ murid; e. Plan Akademik Negeri semasa. Fail Kulit Keras 3 Program Kecemerlangan a. Perancangan program; b. Pelaksanaan dan Perancangan Program Fail Kulit Keras 4 Pentaksiran dan Penilaian a. Jadual Spesifikasi Item(JSI) peperiksaan setiap tingkatan; b. Analisis keputusan peperiksaan awam dan dalaman sekolah; c. Analisis pencapaian matapelajaran dalam peperiksaan awam dan dalaman sekolah; d. Headcount setiap kelas dan murid e. Postmortem/ Audit Akademik. Fail Kulit Keras 5 Penyeliaan a. Jadual pencerapan; b. Laporan pencerapan PdanP oleh pencerap; c. Tindak ikut pencerapan. Fail Kulit Keras 6 Pemeriksaan Buku Rampaian a. Jadual pemeriksaan buku rampaian; b. Laporan pemeriksaan Buku rampaian/ buku kerja/ buku nota. Fail Kulit Keras 7 Maklumat Guru Mata Pelajaran a. Maklumat peribadi guru; b. Jadual waktu mengajar guru; c. Carta organisasi panitia. Fail Kulit Keras
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 22 PAKEJ DAN MATA PELAJARAN ELEKTIF BIL TINGKATAN PAKEJ KELAS MATA PELAJARAN ELEKTIF A Peralihan Almond B 1-3 Agama (KAA) Angsana/Akasia BA/RBT Biasa Azalea/Akhtar ASK Biasa Alicia/Adalia/Almanda/ Anggerik/Amarilis RBT C 4 STEM A (Elektif STEM: Sains Tulen dan Matematik Tambahan) UPSI FIZ,KIM,BIO,MT, BC/BT USIM FIZ,KIM,MT,BIO, BA,PSI,PQS UITM FIZ,KIM,MT,BC/BT, SK/PA Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas UTHM PA,PG,BC/BT UPNM PA,PG,BC/BT UTEM PG,PSV,TI/BC/BT UMK/UNIMAS UMP/ UNIMAP PSV,TI/BC/BT D 5 STEM A (Elektif STEM : Sains Tulen dan Matematik Tambahan ) UPSI FIZ,KIM, BIO,MT BC/BT USIM FIZ,KIM,MT,BIO BA,PSI,PQS UITM FIZ,KIM,MT,BC/BT SK/PA Elektif Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas UTHM PA,PG,MT,BC/BT UPNM PA,PG,,BC/BT UTEM PG,PSV,TI/BC/BT UMK/UNIMAS PSV,/BC/BT UMP/ UNIMAP - E 6 Kemanusiaan UUM PP,EKON,GEOG UPM BM,EKON,GEOG UIA BM, SYA, SEJ UTM BM,SV,SEJ UKM BM,SV,KMK USM BM,EKO,SEJ
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 23 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1. Sukatan pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan oleh setiap guru Mata Pelajaran. 2. Rekod Mengajar boleh disediakan dengan cara menulis di dalam buku, fail atau atas talian dalam tapak DELIMA sekolah. 3. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi perkara asas: i. Tajuk/ Isi pelajaran ii. Objektif pembelajaran iii. Kriteria kejayaan iv. Aktiviti v. KBKK/KBAT vi. Refleksi 4. Rekod Mengajar disiapkan sebelum bermula PdPc dan dihantar setiap hari Khamis persekolahan pada minggu berkenaan. 5. Semua guru mesti membawa Rekod Persediaan Mengajar setiap kali masuk ke kelas. 6. Penggabungan isi kandungan sebilangan matapelajaran bagi Tingkatan 4 dan 5 digalakkan bagi membolehkan sukatan dihabiskan segera. Isi kandungan boleh disusun semula oleh guru terbabit. 7. Matematik dan Matematik Tambahan perlu digabungkan untuk sesetengah topik dan sekiranya diajar oleh guru yang sama. 8. Menghabiskan sukatan; i. Tingkatan Peralihan,1, 2, 3 dan 4 –sukatan dihabiskan pada bulan November (tertakluk pada perubahan) ii. Tingkatan 5–sukatan dihabiskan pada bulan September (tertakluk pada perubahan) iii. Tingkatan 6- sukatan dihabiskan 2 minggu sebelum peperiksaan semester. SEMAKAN BUKU LATIHAN/ NOTA MURID 1. Setiap panitia mesti menyediakan jadual semakan buku latihan/nota murid untuk guru mata pelajaran panitia masing-masing 2 kali setahun. 2. Kuantiti dan kualitilatihan/nota murid oleh guru matapelajaran adalah berdasarkan ketetapan yang telah dibuat oleh panitia masing-masing. 3. Penyediaan Buku Latihan Murid i. Kerja murid akan dicerap oleh sekolah 2 kali setahun. ii. Semua guru akan menyerahkan secara rawak 5 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan kepada penyemak. Jadual penyerahan akan dikeluarkan setiap tahun sebagai panduan. iii. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah sentiasa dikemaskini oleh pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 24 JADUAL WAKTU 1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan akta pendidikan. 2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan Mesyuarat Kurikulum Sekolah. 3. Dasar pengagihan matapelajaran–keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam) 4. Jumlah waktu pengajaran maksimum guru ialah 25-32 waktu (30-35minit) seminggu. Untuk KSSM jumlah jam setahun mengikut pekeliling/SPI KPM. GURU GANTI 1. Guru yang menghadiri kursus/mesyuarat dengan surat panggilan diterima awal digalakkan membuat “ mutual exchange” . 2. Menyediakan bahan tugasan murid. 3. Penyediaan Guru Ganti adalah seperti berikut:(Rekod disimpan oleh GPK Pentadbiran) Bil HARI GURU BERTUGAS DIBANTU OLEH 1 Ahad GKMP BAHASA Ketua Panitia bawah bidang masing- masing 2 Isnin GKMP SAINS DAN MATEMATIK 3 Selasa GKMP SAINS SOSIAL 4 Rabu GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL 5 Khamis SEMUA GKMP PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 1. Tarikh Ujian/ Peperiksaan Penilaian Peralihan Tingkatan1, 2 & 4 Tingkatan 3 & 5 Ujian Bulanan √ √ √ Peperiksaan PertengahanTahun √ √ √ Peperiksaan AkhirTahun/ UASA √ √ Peperiksaan Percubaan √ *Jadual Spesifikasi Item (JSI) peperiksaan setiap tingkatan mestilah disiapkan dan dalam simpanan fail panitia. *Rekod markah : Semua markah disimpan dalam Buku Rekod dan dimasukkan dalam sistem atas talian atau Offline komputer peperiksaan. *Slip peperiksaan akan diberikan kepada murid semasa perjumpaan dengan ibu/bapa/ penjaga. *Sesi petang ada kelas awal dan sesi pagi ada kelas lewat mengikut keperluan aliran masing- masing.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 25 WAKTU PERSEKOLAHAN Masa/Waktu Sesi Petang Sesi Pagi Arus Perdana Sesi Pagi Tingkatan 6 Hadir ke sekolah 12.45 petang 7.10 pagi 7.10 pagi Masuk ke perhimpunan 12.50 petang 7.15 pagi 7.15 pagi PdPc bermula 1.05 petang 7.30 pagi 7.30 pagi Tamat persekolahan 6.45 petang 1.05 petang 2.30 petang PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN 1. Pembelajaran dan Pemudahcara guru/murid di bilik darjah akan diselia dua kali dalam setahun secara rasmi. 2. Guru-guru akan dipantau oleh Guru DG48 dan ke atas, Ketua Panitia, Guru-Guru Kanan, Penolong Kanan dan Pengetua. Jadual penyeliaan berfokus akan dikeluarkan setiap tahun. 3. Guru dinasihat berbincang dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk diselia. 4. Adalah digalakkan guru terlebih dahulu menawarkan diri untuk diselia. ANGGARAN BELANJA MENGURUS TAHUNAN PANITIA 1. Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. 2. Setiap Panitia MataPelajaran boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan Bidang. 3. Semua Ketua Panitia dikehendaki menggunakan peruntukan yang disediakan untuk keperluan pelajar tahun semasa dan sentiasa mematuhi dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan. Semua tindakan mesti mengikut dan mematuhi arahan perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 4. Setiap ketua panitia seharusnya berbelanja dari masa ke semasa sepanjang tahun secara berperingkat-peringkat. 5. Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan PCG matapelajaran yang terima. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 1. Semua program intervensi dilaksanakan berdasarkan keperluan panitia. 2. Dasar Kurikulum menyokong penuh semua Program Peningkatan Akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. 3. Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah NADI yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik. 4. Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan dan berpotensi untuk Program Akademik Panitia berkenaan. 5. Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan & Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program akademik.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 26 PERKEMBANGAN STAF 1. Kursus Luar i. Semua guru yang menghadiri kursus mesti menyerahkan minit curai kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran dalam tempoh 3 hari selepas kursus. ii. Kursus Dalaman akan dijalankan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Pengetua/ Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus. iii. Bahan-bahan kursus boleh diperbanyakkan untuk keperluan guru lain 2. Kursus Perkembangan Staf i. Dirancang ikut TNA SPLKPM. GuruWAJIB menghadiri sekurang-kurangnya 5 hari berkursus. ii. Lawatan ke sekolah cemerlang (penanda arasan) diadakan dalam kumpulan kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. iii. Panitia mata pelajaran wajib mengadakan PLC bagi memenuhi matakredit SPLKPM. 3. Bahan-bahan ilmiah kursus i. Diperbanyakkan untuk keperluan guru lain. ii. Disimpan untuk rujukan panitia. KAJIAN TINDAKAN 1. Setiap guru adalah wajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 2. Pembentangan akan dibuat di peringkat sekolah. 3. Kajian tindakan yang telah dibentangkan akan dihantar ke PPD/JPN untuk penyertaan sekolah. 4. Satu salinan diberikan kepada Pengetua. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P&P DAN PEPERIKSAAN 1. Pencetakan 100 helai salinan ke bawah dibuat secara fotostat di sekolah. 2. Keperluan 100 helai ke atas direso di sekolah. 3. Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak. 4. Guru dikehendaki menghantar bahan cetakan ke pejabat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penggunaannya. 5. Fotostat diluar mesti mendapatkan kebenaran Pengetua- untuk kes-kes tertentu sahaja. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 1. Anugerah Gemilang Akademik- semua bahagian yang dipertandingan berbentuk akademik disertai ke arah persediaan bahagian berkenaan di sekolah. 2. Guru-guru dan pelajar juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM 1. Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan negara. 2. Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Kurikulum sebagai proses penambahbaikan
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 27 KETETAPAN HAL EHWAL MURID 1. Tugas Guru 1.1 Semua guru adalah Guru Disiplin. 1.2 Setiap salah laku murid di dalam kelas atau luar kelas hendaklah diberi teguran serta merta. 1.3 Keselamatan murid di dalam kelas dan di luar kelas juga menjadi tanggungjawab semua guru. 1.4 Sekiranya ada murid yang sakit, guru bertugas mingguan hendaklah menghubungi ibu, bapa atau penjaga murid untuk tindakkan selanjutnya; 1.4.1 Sekiranya ibubapa atau penjaga bersedia menguruskan anaknya, murid seharusnya menunggu di pejabat. 1.4.2 Sekiranya ibubapa atau penjaga tidak bersedia menguruskannya, guru bertugas boleh menghantar murid tersebut ke klinik atau berehat di bilik rawatan mengikut keutamaan. 2. Waktu Rehat Murid (**tertakluk kepada ketetapan KPM) 2.1 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sepanjang waktu rehat. 2.2 Murid-murid hanya dibenarkan makan di kantin atau wakaf sekitar kantin. 3. Buku Pengurusan Kelas 3.1 Buku Pengurusan Kelas (BPK) ataupun Head Count Ponteng Kelas merupakan buku rekod yang mengandungi: i. Catatan Tanggungjawab Ketua Tingkatan ii. Motto, Ahli Jawatankuasa Kelas iii. Jadual Tugas Harian iv. Pelan Kedudukan Murid Dalam Kelas v. Catatan Harian 3.2 BPK membolehkan GT dan pentadbir sekolah, khususnya GPK HEM/GPK Petang mengesan perkara- perkara berikut: i. Murid ponteng kelas atau sekolah ii. Kes-kes salahlaku iii. Kerosakan perabot iv. Kedudukan murid mengikut RIMUP 3.3 Melalui pemantauan, perkara di atas dapat diketahui sebaik tamat sesi persekolahan pada hari berkenaan. Pengisian BPK adalah dilakukan oleh Ketua Tingkatan atau pun penolongnya. Oleh itu, penerangan yang jelas perlu diberikan kepada ketua dan penolong tingkatan agar penggunaan BPK ini memberi manfaat kepada semua pihak dan membantu pihak pengurusan sekolah dalam usaha membendung gejala salah laku dan seterusnya meningkatkan disiplin dan sahsiah murid. 3.4 Ketua atau Penolong Tingkatan akan menyerahkan BPK kepada GT pada setiap hari sebaik selesai sesi persekolahan pada hari berkenaan untuk ditandatangani pada ruang yang telah disediakan dan boleh membuat sebarang catatan yang berkaitan dengan kelasnya sekiranya difikirkan perlu supaya tindakan susulan boleh diambil oleh pihak pengurusan sekolah. Selepas itu, BPK hendaklah dihantar ke rak hadapan bilik GPK HEM untuk disemak setiap hari atau pada masa yang tertentu.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 28 3.5 Ketua atau Penolong Tingkatan akan mengambil BPK pada setiap pagi/petang sebelum memulakan P & P dan melaksanakan tugas mengisi BPK sehingga ke akhir persekolahan. BPK yang telah penuh hendaklah digantikan dengan buku yang baru dan BPK yang lama diserahkan oleh GT untuk diserahkan kepada Jawatankuasa GT. 3.6 E-Kehadiran 3.6.1 Pengisian data kehadiran diisi oleh guru tingkatan/pen guru ting/Penyelaras tingkatan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 3.6.2 Kemaskini kehadiran hendaklah diselesai sebelum atau pada 12.00 tengah hari bagi sesi pagi bagi sesi petang dikemaskini sebelum atau pada pukul 5.00 petang. 3.6.3 Ketidakhadiran murid hendaklah dinyatakan dengan sebab berdasarkan pilihan maklumat yang disertakan. 3.6.4 Murid yang meninggalkan kelas sebelum berada di dalamnya selama dua (2) jam kerana sakit, ponteng atau ada hal peribadi dikira sebagai tidak hadir. 3.6.5 Proses mengeluarkan surat peringatan ketidakhadiran masih tertakluk seperti sebelumnya. 3.6.6 Murid ponteng dan surat amaran. Istilah Ponteng Sekolah merujuk kepada ketidakhadiran murid sebanyak 3 kali secara berturut- turut atau 10 kali secara tidak berturut (tanpa kenyataan atau surat sakit). Namun begitu, murid yang tidak hadir ke sekolah dua (2) hari berturut-turut hendaklah dimaklumkan/diberitahu ibu bapa atau penjaganya dengan membuat panggilan telefon. Murid yang ponteng mesti diberikan surat-surat amaran. Pengiriman surat-surat amaran adalah sebagaimana berikut; Jenis surat/tindakan Berturut-turut (Bilangan Hari) Tidak berturut- turut (Bilangan Hari) Amaran pertama Hari ke-3 Hari ke-10 Amaran kedua Hari ke-10 Hari ke-20 Amaran ketiga Hari ke-17 Hari ke-40 Notis dibuang sekolah* Hari ke-31 Hari ke-60 *Sila rujuk tindakan murid berhenti Surat-surat amaran hendaklah disediakan dalam 2 (dua) salinan dan mesti ditandatangani oleh Pengetua dan setiap salinan hendaklah diserahkan kepada individu yang berikut: Salinan pertama-Ibu/bapa/penjaga Salinan ke-2- Fail Guru Tingkatan Ibu bapa atau penjaga mesti menjawab surat amaran pemberitahuan ketidakhadiran anak ke sekolah dengan menyatakan sebab-sebab ketidakhadiran. GT juga hendaklah meminta kenyataan daripada murid mengapa tidak hadir ke sekolah walaupun satu (1) hari tidak hadir ke sekolah. Ketidakhadiran murid ke sekolah dengan kenyataan (surat daripada penjaga atau surat pengesahan doktor) adalah ketidakhadiran dengan kenyataan dan tidak dikira sebagai ponteng sekolah.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 29 3.6.7 Bayaran Tambahan (Murid Bukan Warganegara) Bayaran Tambahan adalah merujuk kepada bayaran yuran yang diwajibkan kepada setiap murid bukan warganegara. Semua bayaran tambahan ini perlu dijelaskan sebaik sahaja murid mendaftar pada hari pertama persekolahan untuk setiap tahun. Kelewatan menjelaskan Bayaran Tambahan akan membebankan pihak sekolah dan GT sendiri untuk memungut bayaran tersebut. i. Surat Pemberitahuan Bayaran Tambahan yang belum dijelaskan yang pertama mesti dihantar kepada penjaga pada akhir bulan Januari. ii. Surat Pemberitahuan Bayaran Tambahan yang belum dijelaskan yang ke-2 mesti dihantar kepada penjaga pada akhir bulan Februari. iii. Semua Bayaran Tambahan mesti telah diselesaikan pada akhir bulan Mei (tarikh akhir oleh audit JPNJ). iv. Senarai nama murid semua murid mesti ditulis mengikut urutan seperti kedatangan setiap bulan dan hanya murid yang telah memjelaskan Bayaran Tambahan sahaja ditanda dan dicatatkan nombor resit. v. Jumlah keseluruhan setiap bayaran mesti ditulis di bahagian bawah. vi. 4. Pengurusan Murid Pengurusan murid dalam kelas oleh seseorang GT adalah amat penting dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Kegagalan mengurus setiap aspek yang berkaitan dengan murid dalam kelas akan hanya menyebabkan kesukaran urusan selanjutnya yang melibatkan seseorang murid seperti pengeluaran sijil berhenti, penghantaran surat, nombor pendaftaran dan sebagainya. 5. Pendaftaran Murid Setiap murid mesti mempunyai nombor pendaftarannya sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab GT untuk mendaftarkan nama murid dalam BUKU DAFTAR MURID Jilid 3 bagi murid baru mendaftar (merujuk kepada murid peralihan, tingkatan satu dari kelas bukan peralihan dan murid tukar masuk). Semasa mendaftarkan nama murid berkenaan, GT diingatkan agar melengkapkan segala butiran yang diperlukan dalam buku daftar berkenaan. GT ditegah sama sekali daripada menempah ruang dan hanya menulis nama dan nombor murid dan membiarkan ruang lain dalam buku berkenaan kosong. GT dinasihatkan agar mematuhi jadual pengisian Buku Daftar Murid yang akan dikeluarkan kelak. Bagi murid lama, GT juga diminta untuk mendaftarkan semula murid berkenaan dengan menggunakan Borang Pendaftaran semula. Murid kategori ini akan menggunakan nombor pendaftarannya yang lama. Pendaftaran semula dibuat bertujuan untuk mengenalpasti alamat dan nombor telefon yang terkini murid agar mudah untuk dihubungi seandainya berlaku sesuatu kepada murid berkenaan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 30 6. Pengurusan Bilik Darjah ○ Kedudukan Papan Kenyataan ■ Di sebelah pintu masuk kelas - SesiPagi ■ Di belakang meja guru - Sesi Petang ■ Di dinding belakang kelas - Dikongsi bersama ● ○ Maklumat Yang Mesti Dipamerkan ■ Misi, Visi Sekolah ■ Carta Organisasi/AJK Kelas ■ Jadual Tugas Mingguan Murid ■ Jadual WaktuTerkini ■ Kedudukan murid dalam kelas (wajib diRIMUPkan) ● ○ Kebersihan/KeceriaanKelas ■ Setiap kelas mesti dibersihkan sebelumP&P dimulakan dan 5minit waktu terakhir sebelum balik. ■ sekiranya P&P terakhir tidak di dalam kelas, guru matapelajaran yang mengajar sebelum murid ke bilik khas mesti membersihkan kelas 5 minit terakhir. ■ peralatan untuk membersihkan kelas seperti penyapu, penyodok mesti disediakan oleh kelas masing-masing dan keselamatan peralatan adalah tanggungjawab bersama setiap murid dalam kelas tersebut. 7. Pertukaran Murid Masuk GT perlu mengambil tindakan berikut untuk setiap murid yang bertukar masuk ke kelasnya dari sekolah lain; ○ Memastikan murid membawa slip ‘Pendaftaran Murid Baru’ yang telah ditandatangani oleh GPK Pentadbiran/GPK Petang ○ Merekod nama murid dalam Buku Daftar Murid ○ Merekodkan nama murid dalam BJK di bawah sekali dan susun atur semula untuk bulan yang berikutnya ○ Mendapatkan maklumat berikut daripada murid; ▪ Buku penyata persekolahan ▪ Borang SPBT ▪ Maklumat biasiswa (jika murid adalah penerima biasiswa) ▪ Kecenderungan murid sama ada dalam bidang sukan atau sebagainya. ○ Memberi kemudahan/maklumat berikut kepada murid; ▪ Tempat duduk/meja ▪ Rumah sukan ▪ Unit uniform ▪ Kelab /persatuan ○ Mendaftarkan nama murid dan maklumat murid dalam sistem APDM.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 31 8. Pertukaran Murid Keluar Sekiranya seseorang murid dalam kelas ingin bertukar keluar ke sekolah lain, tindakan- tindakan berikut perlu dilakukan oleh seseorang GT; ○ Meminta hanya penjaga/ibu/bapa yang namanya tercatat di dalam BJK datang ke sekolah untuk memohon pertukaran ○ Meminta murid membawa ibu/bapa/penjaga untuk hadir ke sekolah bagi memaklumkan pertukaran dengan membawa surat nikah data dokumen yang bersesuaian ○ Membantu murid melengkapkan‘Borang Memohon Pindah/BerhentiSekolah’ ○ Memaklumkan kepada GPK HEM/GPK Petang/Guru Data (SMM) ○ Buat salinan softcopy dan hardcopy SMM ○ Dapatkan laporan disiplin daripada guru disiplin mengikut sesi ○ Mendapatkan kad 001 ○ Mendapatkan borang SPBT murid daripada guru SPBT ○ Mendapatkan buku penyata murid ○ Memastikan murid memulangkan semua buku SPBT yang dipinjamkan jika berpindah keluar negeri ○ Memastikan murid memulangkan buku yang dipinjam daripada perpustakaan. ○ Memastikan murid menjelaskan yuran/hutang. ○ Memastikan murid memulangkan segala alatan yang dipinjam daripada pihak sekolah seperti jersi dan sebagainya ○ Mengisi maklumat dalam borang prapertukaran dan menyerahkan kepada jurutaip untuk menaipkannya ○ Membatalkan nama murid dalam Buku Daftar Murid ○ Memaklumkan kepada Guru Data untuk mengeluarkan nama murid dari sistem APDM. 9. Murid Berhenti/Dibuang Sekolah Sekiranya seseorang murid berhenti atau dibuang sekolah GT perlu melaksanakan segala arahan berikut; ○ Membantu murid mengisi ‘Borang Memohon Pindah/Berhenti Sekolah’ dan ‘Borang Pengakuan Memohon Berhenti Sekolah’. ○ Memaklumkan kepada GPK HEM/GPK Petang/Guru Data (SMM). ○ Memastikan murid memulangkan buku SPBT yang dipinjamkan ○ Memastikan murid memulangkan buku yang dipinjam daripada perpustakaan ○ Memastikan murid memulangkan segala alatan yang dipinjam daripada pihak sekolah ○ Merekod nama murid dalam Buku Pelajar Berhenti/Dibuang sekolah ○ Mengisi maklumat murid dalam borang draf sijil berhenti dan menyerahkan kepada pejabat ○ Membatalkan nama murid dalam Buku Daftar Murid ○ Mengisi maklumat murid dalam Borang Murid Berhenti Tidak Selesai dan serahkan borang ke pejabat. ○ Memaklumkan kepada Guru Data untuk mengeluarkan nama murid dari sistem APDM.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 32 10.Warganegara Asing Takrif ‘Pelajar Asing’ menurut surat Pejabat Penasihat Undang-undang (rujuk: KP(PUU)S.10075/07/12(8) bertarikh 3 April 1998, ialah; ○ Tiada catatan WARGANEGARA pada sijil Surat Beranak/Sijil Kelahiran ○ Seorang murid yang tidak mempunyai Surat Beranak/Sijil Kelahiran dan ○ Bapanya adalah bukan Warganegara Malaysia; atau ○ Bapanya tidak mempunyai kad pengenalan, atau kad pengenalan merah (penduduk tetap) atau kad pengenalan hijau (penduduk sementara). Murid yang tergolong dalam kategori pelajar asing perlu membayar Fee Murid Asing dengan kadar RM240.00 bagi sekolah menengah. Guru diingatkan agar mencatatkan status pelajar asing untuk murid dalam kelasnya yang tergolong dalam kategori ini di BJK. Sila serahkan dokumen murid untuk pengesahan kepada GPK HEM. 11. Pengurusan Perabot Perabot dalam sesebuah kelas merujuk kepada segala peralatan dan kemudahan yang dibekalkan untuk sesebuah kelas, merangkumi meja, kerusi, papan tulis, cermin tingkap, lampu, kipas, papan kenyataan dan sebagainya. Murid dalam sesebuah kelas adalah bertanggung jawab penuh terhadap segala peralatan dalam kelas mereka. GT berperanan menyelia kemudahan yang dibekalkan. Segala kerosakan perabot perlu segera dilaporkan kepada Jawatankuasa Perabot Sekolah. Semua kerusi dan meja murid adalah dilarang keras dibawa keluar daripada satu-satu kelas dan telah direkodkan. Murid yang ‘menghuni’ sesebuah kerusi dan meja adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan serta kesempurnaan alatan berkenaan. Murid yang merosakan kerusi dan meja boleh dikenakan denda sebagaimana yang ditetapkan dari masa ke semasa mengikut harga alatan berkenaan di pasaran. Perkara yang sama juga boleh dilakukan kepada murid yang memecahkan cermin tingkap, merosakkan papan kenyataan dan seumpamanya. GT juga digalakkan memberi tanda-tanda yang tertentu, seperti mengecat bahagian hadapan meja dan bahagian belakang kerusi (tanda sedikit sahaja tanpa mengubah rupa dan warna peralatan) supaya wujud keseragaman dan memudahkan pengecaman seandainya kerusi dan meja berkenaan berada di kelas lain. GT juga diminta untuk menggalakkan murid mereka meletakkan alas meja yang seragam untuk setiap meja yang terdapat dalam kelas berkenaan. Dalam memastikan keseragaman, guru hendaklah memastikan kerusi/meja di dalam kelasnya adalah berasaskan material yang sama seperti kerusi/meja plastik (dengan warna yang sama) atau kerusi/meja kayu GT perlu kreatif dalam menyusun atur kerusi atau meja murid agar wujud suasana yang kondusif semasa P & P. Susun atur perlu mengambil kira bilangan murid dalam kelas dan wujudkan percampuran dan kerjasama antara kaum (RIMUP).
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 33 12.Buku Daftar Murid GT mesti mendaftarkan nama dan maklumat murid baru yang belum pernah mendaftar di SMK TARP ke dalam Buku Daftar Murid (BDM). Dalam tempoh satu minggu, guru tingkatan mesti telah mendaftarkan nama dan maklumat murid ke dalam BDM dengan lengkap. Untuk GT Peralihan, semua murid mesti didaftarkan. Untuk murid Tingkatan 1, hanya murid yang baru masuk sahaja perlu didaftarkan ke BDM. Murid tingkatan 1 dari tingkatan peralihan tidak perlu didaftarkan semula, hanya dapatkan semua nombor pendaftaran murid tersebut. GT yang ingin mendaftarkan murid masing-masing, perlu memaklumkan kepada Guru Penyelaras Jawatankuasa BDM yang bertanggungjawab. Elakkan daripada membawa keluar BDM daripada pejabat untuk mengisi maklumat murid atau pun membuat rujukan. Penuhkan nama dan maklumat murid dengan tepat, kemas dan teratur. 13.Wujudkan Hubungan Guru Tingkatan merupakan insan yang bertuah kerana memiliki ‘anak angkat’ yang setia dengannya. Disisinya ialah sejumlah murid yang akan setia, menyayangi dan menghargainya seandainya guru berjaya mewujudkan hubungan yang baik dengan murid. Antara yang boleh dilaksanakan adalah; 1. Memperkenalkan diri ketika pertama kali masuk ke kelas. 2. Menyatakan perkara-perkara yang kita suka/ tak suka murid lakukan bila kita berada di kelas. 3. Mengingati nama penuh/ringkas murid. 4. Mengetahui nama gelaran murid dan menyebutnya sesekali. 5. Pada ketika tertentu berkomunikasi menggunakan bahasa slanga/ perkataan popular semasa. 6. Pada ketika tertentu menggunakan gaya bahasa pertuturan murid bila berkomunikasi dengan murid bangsa asing. 7. Perlu tahu senario/minat remaja sekarang dan menyelitkannya dalam P &P bila sesuai. 8. Perlu kreatif untuk mewujudkan suasana humor dalam kelas. 9. Elakkan marah keterlaluan. 10. Sentiasa beri peluang kepada murid untuk menjelaskan/memberi pendapat. 11. Bila murid buat silap, tegur cara bijaksana. 12. Mengingati tarikh lahir murid dan mengumumkannya/ memberi kad ucapan bila tiba masa. 13. Bila berkesempatan, berbual-bual dengan murid. 14. Tanya lebih lanjut mengenai diri murid dalam situasi tidak formal. 15. Cuba ambil tahu latar belakang diri/keluarga murid. 16. Sentiasa minta bantuan murid secara bergilir. 17. Sentiasa ambil berat/tegur penampilan/kekemasan diri murid. 18. Sentiasa wujudkan suasana ceria dalam kelas. 19. Elakkan membawa masuk perasaan marah ke dalam kelas. 20. Pastikan tidak statik semasa mengajar, bila berkesempatan, ronda satu kelas.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 34 SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, 81000 KULAI JOHOR PERATURAN KOKURIKULUM 1.0 Pakaian 1.1 Pakaian untuk aktiviti Kelab dan Permainan / Persatuan hanyalah kemeja-T sekolah,kemeja-T rumah sukan masing-masing dan berseluar (track bottom) hitam atau biru pekat. Sebarang pakaian lain adalah tidak dibenarkan sama sekali. 1.2 Bagi aktiviti Unit Badan Beruniform, pakaiannya adalah mengikut unit beruniform masing- masing. 1.3 Pada hari Rabu, pelajar diwajibkan memakai uniform mengikut Unit Beruniform masing- masing. 1.4 Sebarang aktiviti di sekolah sama ada pada hari perjumpaan, aktiviti atau latihan, hanya pakaian yang disebut di atas dibenarkan. 2.0 Perjumpaan / Aktiviti Kelab dan Persatuan 2.1 Semua perjumpan mestilah mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Sebarang perubahan, sila maklumkan kepada pihak sekolah dan ibubapa untuk tindakan selanjutnya. 2.3 Perjumpaan mestilah diadakan dengan sekurang-kurangnya seorang guru penasihat. Pihak pentadbir berhak untuk membatalkan perjumpaan jika didapati tiada guru ketika aktiviti dijalankan. 2.4 Semua notis perjumpaan hendaklah dimaklumkan pada papan kenyataan kokurikulum sekolah dengan persetujuan dan tandatangan guru penasihat. 2.5 Makluman aktiviti untuk edaran pelajar sama ada dikelas atau di papan kenyataan kokurikulum hendaklah ditandatangani oleh pentadbir. 2.6 Sebarang pembatalan aktiviti pada saat-saat akhir tidak dibenarkan. 3.0 Disiplin Pelajar 3.1 Semua pelajar adalah tertakluk kepada peraturan sekolah semasa mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3.2 Semua guru penasihat berhak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya pelajar engkar dengan peraturan sekolah. 4.0 Perkara-perkara Lain 4.1 Setiap aktiviti dan perjumpaan hendaklah dicatatkan dalam pautan kokurikulum sekolah. 4.2 Setiap aktiviti sama ada penglibatandan pencapaian didalam sekolah hendaklah dicatatkan dalam pautan kokurikulum sekolah untuk semakan pihak unit kokurikulum sekolah. 4.3 Penglibatan dan pencapaian di luar sekolah sama ada zon, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa hendaklah dicatat mengikut format yang telah ditetapkan.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 35 KETETAPAN KOKURIKULUM 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK 2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan 3. Memastikan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan selaras dengan objektif sekolah 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan organisasi 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan 7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan persatuan / kelab dan permainan / Unit Badan Beruniform / rumah sukan 8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diuruskan dengan baik 9. Memastikan mint mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan 10. Mendaftarkan Unit Badan Beruniform / kelab dan permainan / Persatuan dan rumah sukan kepada Pengetua 11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli 12. Mengurus penyertaan ahli dalam pertandingan @ kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri / kebangsaan dengan baik. 13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan 14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli 15. Merekod kehadiran ahli 16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili 17. Menentukan papan kenyataan diurus dan dikemaskini dengan sempurna 18. Memastikan tidak ada unsur subversive tersebar di kalangan ahli 19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan 20. Menjalankan tugas-tugas pengurusan seperti berikut : 20.1Melantik Jawatankuasa dan menetapkan tugas-tugas AJK jika AJK yang dipilih tidak berfungsi mengikut perlembagaan. 20.2Membimbing / memastikan / menandatangani minit setiap mesyuarat atau laporan setiap kegiatan direkodkan dengan teliti dan mengandungi tarikh, masa serta tempat, jenis kegiatan, guru yang hadir dan lain-lain lagi 20.3Bertanggungjawab ke atas Pengendalian Fail / Dokumen / pautan kokurikulum sekolah, Persatuan / Kelab / Unit Badan Beruniform dikemaskini mengikut tempoh yang ditetapkan. 20.4Memastikan Buku Rekod Kegiatan Persatuan atau pautan kokurikulum sekolah ,Kelab / Unit Beruniform yang dikendalikan bersama Setiausaha dikemaskini serta merta setiap kali perjumpaan. 20.5Menguruskan semua surat menyurat Persatuan / Kelab / Unit Badan Beruniform danmemastikan perhubungan dengan pihak luar mendapat persetujuan GPK Kokurikulum dan Pengetua. Memastikan semua rombongan , lawatan dan penyertaan kegiatan-kegiatan yang melibatkan pihak luar (sama ada diundang atau mengundang) mendapat persetujuan Tuan Pengetua. 20.6Mengiringi rombongan / lawatan / perkhemahan / pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan / Kelab / Unit Badan Beruniform dengan Persetujuan Tuan Pengetua dan mematuhi prosedur tetap yang telah dipiawaikan (Standard Operating Procedure). 21. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. 22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 36 SENARAI TUGAS GURU PERMAINAN 1. Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang di bawah jagaannya dan jika perlu, berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari guru yang pakar dalam sesuatu permainan. 2. Membentuk, melatih dan membuat pemulihan Pasukan Sekolah mengikut jadual / tentatif yang ditetapkan 3. Berusaha melayakkan Pasukan Sekolah sekurang-kurangnya ke peringkat akhir daerah. 4. Menguruskan pengangkutan untuk Pasukan Sekolah ke pertandingan/kegiatan luar termasuk surat kebenaran ibu bapa / penjaga dan memastikan murid-murid telah dilindungi insuran. 5. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan/kegiatan yang disertai oleh Pasukan Sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat sekolah. 6. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu, termasuk Kertas Kerja Program Latihan bagi persediaan Pasukan Sekolah. 7. Memastikan Pasukan Sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping sentiasa menjaga imej sekolah. 8. Menentukan peralatan / gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan mengikut kehendak surat pekeliling ikhtisas Bil 9/2000. 9. Bersama-sama Setiausaha Sukan menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan & permainan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain. 10. Merancang pelan strategik dan program aktiviti tahunan pada akhir sesi akademik setiap tahun untuk kegunaan tahun berikutnya. 11. Memastikan program tahunan yang dirancang berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan 12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa. SENARAI TUGAS KETUA GURU RUMAH SUKAN 1. Memastikan pendaftaran senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap bagi pelajar dan guru penasihat. 2. Mengendalikan Mesyuarat Agung Rumah Sukan. 3. Membentuk ahli jawatankuasa dalam kalangan pelajar. 4. Menyelaras penyertaan ahli-ahli rumah sukan di dalam latihan rumah, sukantara, saringan dan Hari Kejohanan Olahraga Sekolah. 5. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. 6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan / GPK Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. 7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan dicatat di dalam pautan kokurikulum sekolah. 8. Merekod dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah. 9. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa. SENARAI TUGAS GURU RUMAH SUKAN 1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang telah ditetapkan. 2. Mencatat kehadiran ahli rumah sukan dan mengawasi sesi latihan rumah sukan. 3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah sukan 4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. 5. Merekod kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir tanpa sebab. 6. Menyemai semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pelajar. 7. Sentiasa berbincang dengan Ketua Guru Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. 8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Tuan Pengetua dari semasa ke semasa.
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 37 PROSEDUR TETAP AKTIVITI (S.O.P) PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI 1.0 PAKAIAN 1.1 Pelajar dan guru diwajibkan memakai pakaian Unit Badan Beruniform masingmasing untuk kegiatan seperti berikut : (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007 bertarikh 7 Ogos 2007) Hari Rabu : Hari Kokurikulum 1.2 Pakaian untuk aktiviti Sukan & Permainan / Persatuan / Kelab hanyalah ‘T-Shirt’ sekolah dan seluar ‘track bottom’ hitam atau biru pekat. Sebarang pakaian lain adalah tidak dibenarkan sama sekali. 1.3 Sebarang aktiviti di sekolah sama ada perjumpaan, aktiviti atau latihan hanya pakaian yang disebut di atas sahaja dibenarkan. 2.0 PERJUMPAAN / AKTIVITI / KEGIATAN 2.1 Semua perjumpaan mestilah mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Sebarang perubahan, sila makumkan kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk tindakan selanjutnya 2.3 Perjumpaan mestiah diadakan dengan kehadiran sekurang-kurangnya seorangGuru Penasihat. Pihak Pentadbir berhak untuk membatalkan perjumpaan jika didapati tiada guru ketika aktiviti dijalankan. 2.4 Semua notis perjumpaan hendaklah dimaklumkan pada papan kenyataan kokurikulum sekolah dengan persetujuan dan tandatangan oleh Guru Penasihat. 2.5 Perjumpaan yang dirancang atau diadakan pada hari tersebut hendaklah membuat surat pemberitahuan (ditandatangani Tuan Pengetua) kepada ibu bapa / penjaga dan mendapat balasan ibu bapa /penjaga tentang kebenaran tersebut. 2.6 Makluman aktiviti untuk edaran pelajar sama ada di kelas atau di papan kenyataan umum (selain papan kenyataan kokurikulum) hendaklah ditandatangani oleh pihak pentadbir. 2.7 Pihak Pentadbir berhak untuk membatalkan aktiviti jika tanpa pengetahuan dan makluman pihak terlibat 2.8 Sebarang pembatalan aktiviti pada saat-saat akhir tidak dibenarkan 3PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN 3.0 Prosedur Tetap Sebelum perkhemahan 3.0.1 Kebenaran mengadakan perkhemahan kawasan sekolah / dalam daerah / dalam negeri 3.0.2 Dokumen, kertas cadangan, senarai jurulatih / guru pemimpin, senarai tugas, jadual perlantikan, Jawatankuasa Induk (Rujuk SPI Bil. 24/1998) 3.0.3 Melantik jurulatih bertauliah untuk memimpin perkhemahan (Rujuk SPI Bil 24/1998) 3.0.4 Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan dimana perkhemahan itu dijalankan 3.0.5 Organisasi Perkhemahan ; Penganjur , Peserta , Saiz , Syarat , Jawatankuasa
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 38 3.1 Prosedur Tetap Semasa Perkhemahan 3.1.1 Memastikan tahap kesihatan sepanjang perkhemahan 3.1.2 Memastikan Prosedur Keselamatan (Rujuk SPI Bil. 12/2000) 3.1.3 Memastikan jadual /tentatif program berjalan lancar 3.1.4 Mesyuarat penyelarasan setiap hari pada akhir aktiviti 3.1.5 Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa 3.2 Prosedur Selepas Perkhemahan 3.2.1 Kawasan perkhemahan bersih 3.2.2 Post mortem / analisa semula aktiviti / program 3.2.3 Membentang dan membuat laporan 3.2.4 Surat penghargaan 3.2.5 Mendokumentasikan program sebagai rujukan 4.0 DISIPLIN PELAJAR 4.1 Semua pelajar adalah tertakluk kepada peraturan sekolah semasa mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah sama ada di dalam atau di luar sekolah 4.2 Semua guru penasihat berkuasa untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya pelajar ingkar dengan peraturan sekolah mahupun perlembagaan Persatuan / Kelab / Sukan & Permainan / Unit Badan Beruniform. 4.3 Semua pelajar hendaklah mengawal tingkahlaku dan menjaga harta benda awam serta kebersihan kawasan kegiatan. Pihak pentadbir berhak untk memanggil semula atau mengenakan tindakan disiplin sekiranya didapati kawasan terbabit kotor atau dirosakkan. 5.0 PERKARA-PERKARA LAIN 5.1 Setiap perjumpaan hendaklah dicatatkan dalam pautan kokurikulum sekolah sebagai bukti kegiatan rasmi 5.2 Rekod Kehadiran Kokurikulum Peajar hendaklah ditandatangani oleh Guru Penasihatbagi setiap ruang aktiviti Persatuan / Kelab / Sukan & Permainan / Unit Badan Beruniform masingmasing 5.3 Bagi kategori pemilihan Persatuan / Kelab / Sukan & Permainan / Unit Badan Beruniformyang terbaik untuk Anugerah Gemilang, kriteria yang dipertimbangkan adalah seperti berikut : 5.3.1 Pengurusan/Penyelia Bulanan Papan Kenyataan 5.3.2 Peraturan Kehadiran Pelajar 5.3.3 Jumlah Aktiviti /Kegiatan 5.3.4 Pencapaian Pertandingan/Aktiviti/kegiatan 5.3.5 Kerjasama AJK termasuk pengurusan pautan kokurikulum sekolah 5.3.6 Sumbangan / Khidmat pihak sekolah
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 39 KALENDAR AKADEMIK PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 Kumpulan A ( sekolah-sekolah dinegeri JOHOR, Kedah, Kelantan dan Terengganu) PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 10.03.2024 01.04.2024 01.05.2024 31.03.2024 30.04.2024 23.05.2024 16 17 15 11 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 24.05.2024 – 02.06.2024 10 1 2 03.06.2024 01.07.2024 01.08.2024 01.09.2024 30.06.2024 31.07.2024 31.08.2024 12.09.2024 18 22 21 10 15 JUMLAH HARI 71 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 13.09.2024 – 21.09.2024 9 1 3 22.09.2024 01.10.2024 01.11.2024 01.12.2024 30.09.2024 31.10.2024 30.11.2024 19.12.2024 7 21 20 15 13 JUMLAH HARI 63 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 20.12.2024 – 28.12.2024 9 1 29.12.2024 01.01.2025 31.12.2024 16.01.2025 3 12 3 JUMLAH HARI 15 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 17.01.2025 – 15.02.2025 30 4
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 40 CUTI PERAYAAN SESI 2024/2025 KUMPULAN A Sekolah-sekolah di negeri : Johor , Kedah, Kelantan dan Terengganu Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja) 30 & 31 Mei 2024 ( Dalam Cuti Penggal, Sesi 2024/2025) Perayaan Hari Gawai Dayak ( Sarawak Sahaja) 01 & 02 Jun 2024 ( Dalam cuti penggal 1. Sesi 2024/2025) Perayaan Hari Krismas 25 Disember 2024 ( Dalam Cuti Penggal Akhir ) Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024 10&11 Februari 2024 ( Dalam Cuti Penggal Akhir Persekolahan sesi 2023/2024) Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 29&30 Januari 2025 ( Dalam Cuti Penggal Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025) CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) dan 11.04.2024 (Khamis) 07.04.2024 (Ahad) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A 08.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (Selasa) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) 30.10.2024 (Rabu) Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 41 HARI KELEPASAN AM JOHOR 2024 ( sumber : http: // www. Johor.gov.my/rakyat/cuti-umum) * Tertakluk kepada pindaan ** Hari Kelepasan Am Negeri Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan. Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya Bil Hari Kelepasan Am Tarikh Hari 1. Hari Thaipusam ** 25/01/2024 Khamis 2. Tahun Baru Cina 10/02/2024 Sabtu 3. Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 11/02/2024 Ahad 4. Awal Ramadhan ** 12/03/2024 Selasa 5. Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor ** 23/03/2024 Sabtu 6. Hari Raya Puasa * 10/04/2024 Rabu 7. Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * 11/04/2024 Khamis 8. Hari Pekerja 01/05/2024 Rabu 9. Hari Wesak 22/05/2024 Rabu 10. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 03/06/2024 Isnin 11. Hari Raya Qurban * 17/06/2024 Isnin 12. Awal Muharram (Ma’al Hijrah) 07/07/2024 Ahad 13. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ** 11/08/2024 Ahad 14. Hari Kebangsaan 31/08/2024 Sabtu 15. Hari Malaysia 16/09/2024 Isnin 16. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) 16/09/2024 Isnin 17. Hari Deepavali * 31/10/2024 Khamis 18. Hari Krismas 25/12/2024 Rabu
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 42
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 43
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 44 PELAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN 2024
Buku Pengurusan Sekolah 2024/2025 45 PELAN SEKOLAH / PELAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN