MPU21032PEP
RUKUN NEGARA
NAMA AHLI:
MUHAMMAD MUAZZAM 03DKA21F2013
NUR ANNISSA ERINA 03DKA21F2020
MOHAMMAD FARHAT 03DKA21F2009
PENSYARAH :EN MUHD LUTHFFI AMEER
AHLI KUMPULAN
MOHAMMAD FARHAT MUHAMMAD MUAZZAM NUR ANNISSA ERINA
03DKA21F2009 03DKA21F2013 03DKA21F2020
PENGENALAN
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang
tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV.
Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang
melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara
dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas
merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi
kejayaan dan kestabilan Malaysia.
RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
❖ Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
❖ Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain
boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di
dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
➢ Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja.
➢ Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan
lambang perpaduan rakyat.
➢ Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
❑ Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara iaitu sumber
perundangan yang tertinggi.
❑ Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak
dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
❑ Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara.
❑ Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semua pihak di negara ini.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
❖ Prinsip keempat Rukun Negara ialah Kedaulatan Undang-undang, atau “Rule of
Law”.
❖ Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada Hari Merdeka
1970.
❖ Kedudukan Rukun Negara bagi kehidupan berpolitik negara adalah tinggi
hinggakan ia disebut sebagai falsafah dan ideologi nasional.
❖ Istilah Kedaulatan Undang-undang hanya datang kemudian sebagai
terjemahan kepada Rule of Low apabila Bahasa Melayu menjadi
Bahasa rasmi dan Bahasa undang-undang
❖ Semua rakyat Malaysia, tidak kiralah yang memimpin dan yang dipimpin wajib mendokong
prinsip ini bagi tujuan keamanan dan keharmonian negara.
❖ Lebih-lebih lagi para pemimpin. Mereka seharusnya menunjukkan contoh teladan yang
baik dalam bertutur kata dan berperi laku. Mereka hendaklah berhati-hati mengeluarkan
perkataan secara lisan mahupun tulisan supaya tidak menganggu sentimen dan perasaan
mana-mana kaum di Malaysia.
❖ Adalah sesuatu yang merbahaya bagi negara untuk membiarkan pemimpin atau sesiapa
sahaja saling mencela, saling menghina kerana akhirnya akan tercetus adalah kebencian
dan api permusuhan yang boleh mencetuskan ketegangan.
❖ Oleh sebab itu, prinsip kesopanan dan kesusilaan hendaklah diutamakan dan wajib
dipertahankan. Sidang Parlimen juga diharapkan tidak menimbulkan sesuatu yang
bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan ini.
RUJUKAN
❖ https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
❖ https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.p
hp?id=1987553
LAMPIRAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
mahupun dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13
Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa
pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga
mencurigai satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah
tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui
perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.
SEKIAN TERIMA KASIH