The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2015-12-08 11:45:35

INSPIRASI COLOR

INSPIRASI COLOR

49INSPIRASI 51

Kata Mutiara

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka – Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar
daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu
buat untuk negara -Abraham Lincoln
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap – Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat – Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein

Gunakan Masa Dengan Bijak !

1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Se-
makin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat
mungkin untuk mengelak momentum tersebut hilang umhnya.
2. Tahu dan kenalpasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang yang penting
dan perlu disiapkan segera.
3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang
untuk membantu anda.Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk me-
nyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.
4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri kadang kala. Kadang-kadang anda perlu kikiskan
rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya perlu dibantu.
5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak me-
nyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.
Mengurus masa adalah penting dalam menjadi pelajar dan manusia Smart. Selamat menjadi pela-
jar dan manusia smart.

50INSPIRASI 52

51INSPIRASI 53

KEUTAMAAN BERSEDEKAH :

1. Dapat menghapus dosa.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, bermaksud :

''Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.''Diampuninya dosa dengan sebab ber-
sedekah di sini bukan bermakna tidak disertai taubat atas dosa yang dilakukan. Tidak juga bermaksud
seseorang itu akan bersedekah setelah melakukan berbagai dosa dan maksiat sebagaimana firman Allah Sub-
hanahu Wata'ala dalam Surah Al A'raaf ayat 99, tafsirnya :
''Maka (sesungguhnya) tidak ada yang merasa aman daripada (datangnya) azab Allah (yang tidak disangka-
sangka itu) melainkan kaum yang rugi.''
2. Mendapat naungan di hari akhir.
Hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menceritakan tentang
tujuh jenis manusia yang mendapat naungan di suatu hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari
Allah, iaitu hari kiamat. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah :''Seorang yang bersedekah
dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.''
3. Memberi keberkatan pada harta.
Hadits riwayat Imam Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :''Harta tidak akan
berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan bag-
inya.''
4. Pahala akan dilipat gandakan.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Hadiid ayat 18, tafsirnya :''Sesungguhnya orang-orang
yang bersedekah laki-laki dan perempuan serta (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman
yang baik (dengan membelanjakan harta pada jalan Allah) akan digandakan ganjaran kepada mereka dan
mereka akan beroleh pahala yang banyak.''
5. Pintu syurga bagi orang yang bersedekah.

Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, maksudnya :
''Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari
pintu syurga : ''Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan''. Jika ia berasal dari golongan orang-
orang yang suka mendirikan sembahyang, ia akan dipanggil dari pintu sembahyang, yang berasal dari ka-
langan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedeka-
hakan dipanggil dari pintu sedekah.''
6. Menjadi bukti keimanan seseorang.

Hadits Riwayat Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :''Sedekah adalah
bukti.'' Imam an-Nawawi menjelaskan : ''Iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh kerana itu sedekah dinamakan
demikian kerana ia merupakan bukti dari Shidqu Imanihi (kebenaran imannya).''
7. Terlepas dari seksa kubur.
Hadits riwayat Imam at-Thabarani menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, mak-
sudnya :''Sedekah akan memadamkan api seksaan di dalam kubur.''
8. Dapat mencegah pedagang melakukan maksiat dalam jual-beli
Hadits riwayat Imam at-Tirmidzi bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :''Wahai para peda-
gang, sesungguhnya syaitan dan dosa keduanya hadir dalam jual-beli. Maka hiasilah jual-beli kalian dengan
sedekah.''
9. Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.
Hadits riwayat Imam al-Bukhari bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberikan contoh yang baik
tentang orang yang dermawan dengan orang yang bakhil :''Perumpamaan orang yang bakhil dengan orang
yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga se-
langkangnya. Orang yang bersedekah, disebabkan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulit-
nya. Sampai-sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Se-
dangkan orang yang bakhil, disebabkan bakhilnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya merekat erat di
kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak berjaya.''

52INSPIRASI 54

INSPIRASI 55

53

Kata Mutiara

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu un-
tuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu.. – Whittier

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya
bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn

Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph Conrad

“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur
hidup untuk mendapatkannya.” -Albert Einstein

Sajak memori alam persekolahan

Alam persekolahan
Meninggalkan seribu kenangan
Memberikan seribu pengalaman

Telatah riang
Rakan-rakan sekelas,
Masih terngiang-ngiang

Membuatkanku,
Rasa rindu
Rasa pilu
Rasa sedih,

Inginku kembali semula
Ke alam persekolahan itu

Tetapi
Dalam wajah baru
Sebagai mahasiswi universiti.

Luahan rasa,
Nurhamizah,

5 Bestari, 2015.

54INSPIRASI 56

INSPIRASI 57

55

SELOKA PERPISAHAN ANTARA GURU DAN PELAJAR 5
CEMERLANG

CIKGU….
DI SEBALIK WAJAH CERIAMU TERSIMPAN RAHSIA DUKA

MELINDUNGI TAKBIR WAKTU DAN MASA
SAMAR DI PANDANGAN MATAMU
CIKGU….
SAYU DI HATI MU !!!

KAU CUBA UNTUK MENCURAHKANNYA SEMUA RAHSIA
DAN KEPEDIHAN PILU HATI MU …

NAMUN,TIADA SIAPA MENDENGARNYA DAN MAHU
MENGERTI KEINGINANMU TERHENTI DAN LARA LUANGKANLAH

SEKETIKA BERSAMA – SAMA
PELAJARMU PASTI ADA CARA UNTUK MENGATASINYA
MESKIPUN IA MUNGKIN AKAN BERBEZA NAMUN, DI HATI

PELAJARMU TAHU GURU TELAH MENCUBANYA
BUKALAH FIKIRANMU WAHAI GURU !!!

BERILAH SATU PENGORBANAN WALAUPUN PENUH LIKU
SERTA RINTANGAN NYA ….

SATU HARI AKAN TIBA JUGA MASANYA PERPISAHAN ITU …
BUTIRAN JERNIH GUGUR DAN MEMBASAHI PIPI PELAJARMU

TANAMKANLAH KEYAKINANMU WAHAI GURU ….
TEMPUHILAH DENGAN PENUH KESABARAN WALAUPUN ADA

KESUKARANNYA MELUMPUHKAN PENEMUAN
DENGAN PELAJARMU INI …..

DUGAAN ITU HANYALAH SEMENTARA TANGANILAH DENGAN TABAH …
PELAJARMU AKAN DATANG SILIH BERGANTI KERINGATMU AMAT
MEMBERI ERTI PADA PELAJARMU ….
NESCAYA PASTI ADA SINAR AKAN KEMBALI LAGI SEKALI LAGI !!!
SELAMAT TINGGAL KEPADA GURU – GURU YANG TERCINTA !!!

DARIPADA PELAJARMU
SYAHIRA BT FIRDAUS TEOH ….

56INSPIRASI 58

57INSPIRASI 59

Friends Forever

True friends are hard to find,
but when you came into my life.
You came to me at the perfect time,
I'm so happy you're a friend of mine.
We've been together for so long,
in a fantastic place where we belong.
We shared the mysteries of our life,
laughter and tears swell in our eyes.
You're with me and I'm with you,
you comfort me and I do that too.
A part of me becomes a part of you,
true friendship I've found in you.
Now it's time to say goodbye,
tears keep falling from my eyes.
So, please don't cry my darling friend,
Coz our friendship will never end.

Yes it's true we'll be apart,
Coz I'm here and you are there.
To you my friend I have this to say,
no matter what no matter where we'll always be…

FOREVER FRIENDS!
M.RUBBINI
5 BESTARI

“ MALAYSIA THROUGH MY EYES”
The first time when I set foot in Malaysia……….it felt like Fiiireeworksss!. Such a heart-warming
and amazing welcome. It was New Year‟s Eve when my family and I reached Penang. The first
thrill that I felt was the aromatic, finger-licking goodness of nasi kandar. I am so glad to be in
Malaysia and discover such a diverse melting pot of cultures and cuisine. The rest of the fun, ex-
ploring this tropical country came the next morning as I woke up and saw the green carpet outside
my window. The beautiful clear summer sky and the greenery always gives me a fresh start for the
day. I have always loved the sea and here I am in the Pearl of the Orient. My first visit was to the
Batu Ferringhi Beach, Breathtaking! I say. The luminous sea had me starring at it for a long time
and the fun of collecting sea shells was as great as ever. The beach seemed to have been washed
clean by the tide and no one had walked on it except the little crabs and the gulls. Coee! I an-
swered the gulls and did a cartwheel in sheer joy.
Next, was the quiet and idyllic place called Balik Pulau. This place boasts of nature‟s beauty
with the vast Durian orchards, rubber estates, the picturesque waterfalls, the famous Rama-rama
Garden with loads of butterflies fluttering over our heads, and its scrumptious Laksa garnished
with the best local herbs.
Apart from that, Kuala Lumpur the capital is such a contemporary and a lively city too. I just
love going there, especially for the „Merdeka‟ or independence day celebration. Besides that, the
Twin Towers, Menara Kuala Lumpur and the Putrajaya city are some of the top places on my to
visit list. Next, Penang, the shopper‟s paradise had me gGouirnngecyrPazlayz. aI‟,vteheal1wstaAyvsehnaude a passion for
fashion and now I was in seventh heaven!...shopping at and Queen‟s
Bay Mall. There was a wide array of clothes, shoes, accessories....you name it, they had it.
Malaysia has two of my favourite cultural HUBs George Town, and Melaka. Penang, the
UNESCO heritage city has many wonderful colonial buildings and diverse cuisine and can be ex-
plored by foot or by rickshaw. I had never imagined how fascinating Malaysia was till I came
here. From its serene beaches to hillside retreats such as the Cameron Highlands to exotic jungles
like Taman Negara, they were all feast for my eyes.
Another amazing fact about Malaysia is that it is a rainbow nation. It stands for people of
many different shades. This makes Malaysia an exotic, wonderful tapestry of art. It truly signifies
“Unity in Diversity” and Peace and Harmony. This very essence of Malaysia overwhelms me and
has made me fall in love with this beautiful country of sorts.
I have been in Malaysia for five years now and hope to stay longer and enjoy the warmth
and hospitality of my beloved teachers and the friends that I‟ve made from every race. I am proud
to say that now I can also speak Malay my mother tongue being Urdu and wear Malaysian clothes
ie the „Baju Kurung‟ as well am looking forward to learning other languages and customs of the
many races here.

Written by,
Sundus Hayat Khan
4 Bestari 2015

58INSPIRASI 60

59INSPIRASI 61

Nacheya 4 Cemerlang

Namirah 5 Cemerlang S Norfarhanni Iman 1 Bestari
Syamala 5 Cemerlang

Wardina Sofia 1 Bestari Bingkai gambar yang dihasilkan oleh
pelajar-pelajar Kelas Pintar.

INSPIRASI 62

Penghargaan

Sidang Redaksi 2015 ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada mereka yang memberi sumbangan dan sokongan yang

tidak terhingga dalam penerbitan majalah sekolah ‘Inspirasi’ 2015.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Dato’ Haji Osman bin Hussain,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah En. Abdul Rashid bin Abdul Samad

dan Yang Dipertua PIBG, Sesi 2015, En. Shikh Fazhel bin Skhih Ali
yang telah sudi merakamkan kata-kata aluan.

Pengetua Sekolah, Cik Athiyah bt. Abdul Razak,
Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Siti Noor Maria Sh. Abd. Latif,

Penolong Kanan HEM, Pn. Chooi Sook Wah
dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Kang Kean Chuan.

Syarikat-syarikat, kedai-kedai dan para dermawan yang sudi memberi sumbangan.

Para guru dan pelajar sekolah yang telah memberi sokongan dan kerjasama.

Sekalung budi sudi diberi,
Terima kasih luahan hati,

Sumbangan ikhlas kami hargai,
Semoga sejahtera saban hari.

INSPIRASI 63

Terima Kasih

INSPIRASI 64


Click to View FlipBook Version