-Cikgu Niza-
Imbuhan Sisipan Kata Nama
-el- -er- -em-
Sisipan –el-
➢ Sisipan –el- dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk menerbitkan kata
nama dengan maksud yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
tapak telapak Tapak kaki atau tangan.
Bahagian tubuh di antara kedua-dua paha.
kangkang kelangkang Gelembung.
kembung kelembung Tertanggal sedikit kulitnya.
Jari di antara ibu jari dengan jari hantu.
kupas kelupas Penyakit pada kulit kepala yang menyebabkan kegatalan.
tunjuk telunjuk Lapangan tempat mengadakan pertandingan.
kemumur kelemumur
ganggang gelanggang
Sisipan –er-
➢ Sisipan –er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata yang membawa
maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
kuping keruping Selaput atau kulit tipis yang kering pada luka.
gigi gerigi Gigi-gigi tajam pada bahagian tepinya.
suling seruling Alat bunyi-bunyian yang ditiup dan diperbuat daripada
buluh.
Sisipan –em-
➢ Sisipan –er- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata yang membawa
maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
kuning kemuning Sejenis tumbuhan.
kuncup kemuncup Nama sejenis rumput.
gerlap gemerlap Cahaya yang berkilau-kilau.
Imbuhan Sisipan Kata Kerja
-el- -er- -em-
➢ Dalam Bahasa Melayu, tidak ada sisipan yang membentuk
kata kerja.
➢ Terdapat beberapa sisipan yang dapat bergabung dengan
kata dasar untuk menerbitkan kata kerja namun jumlahnya
amat terhad.
➢ Kata nama dan kata adjektif yang mengandungi imbuhan
sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses
pengimbuhan.
Imbuhan Sisipan Kata Kerja –el-
Imbuhan Sisipan Sisipan Kata Kerja Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
geletar menggeletar Menggigil kesejukan atau ketakutan.
selerak Keadaan yang bersepah.
gelabah menyelerakkan Berasa tidak tentuh arah atau gelisah.
jelajah menggelabah Pergi mengelilingi sesuatu tempat atau melancong.
menjelajah
Imbuhan Sisipan Kata Kerja –er-
Imbuhan Sisipan Sisipan Kata Kerja Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
serabut berserabut Fikiran yang tidak menentu.
kerepot berkerepot Menggerutu, berkedut dan tidak licin.
gerodak Berbunyi seperti tikus dalam peti dan menceroboh masuk.
kerlip menggerodak Berkedip-kedip.
berkelip
Imbuhan Sisipan Kata Kerja –em-
Imbuhan Sisipan Sisipan Kata Kerja Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
gemerlap bergemerlapan Berkilat-kilat atau berkilauan.
gemuruh bergemuruh Bunyi yang kuat serta menderu-deru.
Imbuhan Sisipan Kata Adjektif
-el- -er- -em- -in-
➢ Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis
kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan.
➢ Proses ini melibatkan empat jenis sisipan.
➢ Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif
sifatnya.
Sisipan –el-
➢ Sisipan -el- bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan
kata adjektif.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
serak selerak Tidak diatur dengan baik dan tersusun.
gembung gelembung Sesuatu yang berisi udara.
kebak kelebak Terbuka luas.
Sisipan –er-
➢ Sisipan -er- bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu untuk berfungsi
menerbitkan kata adjektif.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
kelip kerlip Sekejap terbuka sekejap tertutup.
godak Bunyi seperti batu di dalam peti kalua digoyangkan.
gerodak
Sisipan –em-
➢ Sisipan -em-dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata
dasar tertentu.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan
gilang gemilang Bercahaya terang benderang atau cemerlang.
serbak semerbak Merebak ke merata-rata.
santan semantan Sejenis pokok.
ketot kemetot Kerdil atau terencat.
Sisipan –in-
➢ Setakat ini hanya ada satu sahaja kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan –in-.
Kata Dasar Imbuhan Sisipan Maksud Kata Berimbuhan Sisipan atau
sambung sinambung Bersambung-sambung, tidak putus-putus
kesinambungan sesuatu perkara dan kejadian.
Contoh Penggunaan Imbuhan Sisipan Dalam Ayat
✓ Bau bunga-bunga di taman itu semerbak.
✓ Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan adanya bacaan doa selamat.
✓ Kulitnya yang melecur itu menjadi gelembung.
✓ Bilik yang selerak itu kepunyaan abang saya.
✓ Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.
✓ Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam.
✓ Satera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.