SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU SERTA ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA Dihasilkan oleh: MUHAMMAD NUQMAN ZIKRY BIN MOHD HAFIZ 1 PPISMP BM2
MAKLUMAT PELAJAR NAMA PELAJAR: MUHAMMAD NUQMAN ZIKRY BIN MOHD HAFIZ ANGKA GILIRAN: 2023162311042 KUMPULAN/UNIT: 1 PPISMP BM2 KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASAMELAYU TAJUK TUGASAN: E-PORTFOLIO SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTAINTERPRESTASIKAN ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA SECARA KRITIS NAMA PENSYARAH: PUAN FARIDAH BINTI MOHAMAD SAAD TARIKH HANTAR: 25 OKTOBER 2023
ISI KANDUNGAN SEJARAH PEKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5.
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
1.Sistem Tulisan Pallava Tulisan Pallava merupakan sistem tulisan yang terawal di Kepulauan Melayu. Sistem tulisan ini berasal dari India Selatan dan digunakan untuk menyebarkan agama Hindu. Mula bertapak di Kepulauan Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit iaitu bahasa utama yang menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan pada ketika itu. Namun, penyebaran sistem tulisan Pallava dan bahasa Hindu adalah terhad untuk golongan istana sahaja iaitu dalam kalangan kerabat diraja. Hal ini dikatakan demikian kerana tiadanya kemudahan asas yang boleh digunakan untuk mengajar penduduk cara membaca dan menulis pada ketika itu. ciri-ciri tulisan pallava: Mempunyai 46 abjad Terbahagi kepada konsonan dan vokal BATU BERSURAT KEDUKAN BUKIT (638M) BATU BERSURAT TALANG TUWO, PALEMBANG (648M) BATU BERSURAT KARANG BRAHI, HULU JAMBI (692M) Bukti Penemuan Tulisan Pallava di Nusantara: Mempunyai simbol tambahan untuk bunyi-bunyi berlainan
2. Sistem Tulisan Rencong Tulisan Rencong dipercayai telah digunakan sebelum abad ke-3 Masihi. Tulisan ini juga diambil daripada pengaruh kerajaan Melayu Champa sekitar abad ke-4 di mana ia seakan-akan sama tulisan Pallava. Tulisan ini juga telah dijumpai pada tahun 1892 ditulis di atas Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat,Sumatera Selatan, Indonesia. Nama “Rencong” itu sendiri berasal daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Kuno yang bermaksud menyerong dan menyendeng. Aksara-aksara tulisan Rencong kebanyakannya diilhamkan oleh alamsemula jadi seperti: Bentuk-bentuk cabang Ranting Potongan kayu Bentuk aliran sungai 1. 2. 3. 4.
Contoh bagi tulisan Rencong di daerah Kerinci: Suku kata tulisan Rencong: Huruf yang ditandakan dengan tanda titik (.) atau tanda sengkang (-) yang terletak di bawah, di atas ataupun di sebelah huruf tersebut asalnya akan tetap dibunyikan jika tidak dinyatakan berbunyi “a” adalah penanda untuk dibaca sebagai huruf lain seperti huruf vokal a, e, i, o, u atau terdapat pangkal suku kata seperti -ng atau -h. TANDA BACA TULISAN RENCONG:
3. Sistem Tulisan Kawi Asal Usul Tulisan Kawi: Merupakan sistem tulisan selepas Pallava yang dikatakan turunan daripada sistem Pali. “Kawi” bermaksud penyair dalam bahasa Sanskrit. Tulisan Kawi adalah sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8 Masihi lagi. Tulisan ini kemudiannya tersebar ke seluruh wilayah Nusantara dan digunakan hingga abad ke-16 Masihi, tepatnya di Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera. Berasal daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Pada tahun 1400 Masihi, tulisan Kawi didapati lenyap seiring dengan keruntuhan Kerajaan Majapahit. Selepas kejatuhan kerajaan itu, tulisan Kawi digantikan dengan huruf Jawa (Carakan) yang dikembangkan daripada huruf Kawi oleh Kerajaan Demak. CIRI-CIRI SISTEM TULISAN KAWI: Setiap huruf mewakili atau melambangkan sebutan bunyi sebuah suku kata bervokal lalai /a/. Ditulis tanpa jarak antara kata-kata lengkap. Terdiri daripada sekitar 47 huruf tetapi mempunyai sejumlah huruf di mana bentuk dan penggunaannya tidak dikenal pasti. Sejumlah tanda baca mengubah vokal dan menambahkan konsonan akhir. Tanda baca teks termasuk koma, titik serta tanda untuk memulai dan mengakhiri bahagian-bahagian teks. Memiliki huruf subskrip yang digunakan untuk menulis tumpukan konsonan, setara dengan pasangan dalam aksara Jawa dan pangangge dalam aksara Bali. Bukti-bukti PenemuanSistemTulisan Kawi: Batu Bersurat Joreng (1179M) Batu Bersurat Padang Lawas (1213M) Batu Bersurat Adityawarman di Pagaruyung Batu Bersurat Pangakalan Kempas
Etimologi dan Asal Usul Tulisan Jawi: Tulisan ini dipanggil Pegon dan Gundhi di daerah Jawa, Jawoe di Aceh, Yawi di Pattani dan Jawi di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu. Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab yang merupakan kata adjektif bagi kata nama Arab “Jawah”. “Jawah”merujuk kepada nama daerah di Nusantara bagi orang Arab. Sejarah dan Perkembangan Tulisan Jawi Sejak kemunculan Islam pada abad ke-10, tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu melalui aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh orang Arab ke Kepulauan Melayu. Menurut Hashim Hj. Musa (1995), perkembangan tulisan Jawi di Nusantara adalah selari dengan penyebaran agama Islam yang merupakan agama pegangan orang Melayu Tulisan Jawi bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu sebagai bahasa Melayu, malah juga digunakan oleh suku kaum Melayu lain. Suku kaum Melayu yang menggunakan tulisan Jawi termasuklah Champa, Pattani, Jawa, Bangal, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan sebagainya (Lutfi Abas, et. al., 1979). Tulisan ini diguna pakai secara meluas sewaktu perkembangan Islam. Sistem Ejaan Jawi Sistem ejaan jawi pakatan Sistem ejaan jawi za’ba Sistem ejaan jawi dian Sistem ejaanjawi yang disempurnakan
Bukti-bukti kewujudan Tulisan Jawi pada batu nisan BATU NISAN MAKAM SYEIKH ABDUL QADIR IBN HUSIN SYAH ALAM (290 HIJRAH) BATU NISAN PEKAN PAHANG (1026M) BATU NISAN DI PHANRANG, VIETNAM (413 HIJRAH) BATU NISAN PUTERI SULTANABDUL MAJID IBN MUHAMMADSHAH (1048M) Dianggarkan telah berusia lebih 700 tahun dan merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326. Batu Bersurat Terengganu Bukti-bukti Penemuan Tulisan Jawi Pada Batu Bersurat Kitab al-Aqā’id al-Nasafiah Merupakan sebuah karya agung dikarang olehImam Najmuddin Abu Hafs Umar al-Nasafi. Karya beliau tersebut turut diiktiraf sebagai manuskrip yang tertua di Alam Melayusetakat ini.
SISTEM PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU ZAMAN PRAMERDEKA
R.J. Wilkinson adalah seorang pegawai pemerintah Inggeris yang telah menyusun sebuah kamus berjudul “Malay-English Dictionary ” setebal 1300halaman pada tahun 1895. Sistem ini adalah penting untuk semuasekolah umum di negeri-negeri Melayu Bersekutu atas arahan pemerintah. Sistem ini adalah penambahbaikan daripada sistem ejaan yang digunakan dalam Kamus Maxwell yang banyak menerapkan kaedah Shellabear, kaedahbaba peranakan dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda. 5. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Penggunaan tulisan Rumi Bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Huruf Latin mula digunakan untuk menulis perihal bahasa Melayu semasa pelayaran Pigafetta dari Itali pada 1522. Pada abad ke-17 hingga abad ke-19, British yang menjajah Tanah Melayu telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di seluruh Tanah Melayu. R.J. Wilkinson mengetuai jawatankuasa untuk menghasilkan Ejaan Wilkinson yang dikenali sebagai Romanised Malay Spelling. 6. SISTEM EJAAN R.J. WILKINSON (1902) R.J. Wilkinson
7. SISTEM EJAAN ZA’BA Sebelum sistem Ejaan Rumi Za’ba diperkenalkan, sistem Ejaan Wilkinson terdapat beberapa kelemahan. Maka, sistem Ejaan Rumi Za’ba telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Sisten ejaan ini dihasilkan dari SITC. Za’ba menyusun dan memperkemas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dan dimuatkan dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC. Antaranya ialah Ilmu Bahasa Melayu Penggai 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi Rumi) (1949). Sistem Ejaan Za’ba telah digunakan sebagai Ejaan Sekolah dan ejaan rasmi kerajaan. Ia diguna pakai sehingaa digantikan dengan Sitem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malasyia pada 16 Ogos 1972. CONTOH PEMBAHARUAN DALAM EJAAN ZA’BA: Jika perkataan asal berawalan dengan huruf a, e, i, o, u, g, h, k, maka imbuhan peng- dan mengdigunakan Jika huruf h dan k ialah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e dipilih bukannya vokal i, contohnya perkataan “batek” Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab perlu dieja mengikut bunyi asalnya jika belum diasimilasi sepenuhnya 1 2 3
8.PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA (1888) Merupakan salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka Ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru Tujuan penubuhan: Untuk mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu Mewujudkan perpustakaan Memelihara, memperlengkap & mempermodenkan bahasa Melayu Negeri-negeri yang menganggotai: Johor, Singapura, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan. 1. 2. 3. MATLAMATPENUBUHAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA Menstandardkan ejaan & perkataan dalam bahasa Melayu. Memelihara, memperlengkap & mempermoden bahasMelayu Memelihara tulisan Jawi Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah & penyelidikan ANTARA TOKOH YANG MENJADI AHLI PAKATAN BELAJAR MENGAJARZa’ba Dato’ Onn Jaafar Abdul Rahim Kajai Ibu Zain
99.. PPeejjaabbaatt KKaarraanngg MMeennggaarraanngg Ditubuhkan pada tahun 1923 Pejabat ini ditubuhkan hasil daripada cadangan Za’ba dan O.T. Dussek Penubuhan jabatan ini mendapat kerjasama daripada R.O. Windstedt iaitu Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG Memainkan peranan dalam usaha mendaulatkan dan memartabatkan kesusasteraan bahasa Melayu Peranan 1 Menulis (mengarang), menjalankan usahausaha penterjemahan dan kerja-kerja penyuntingan dalam bidang penerbitan buku-buku Peranan 2 Menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh JabatanJabatan Kerajaan Peranan 3 Melahirkan guruguru Melayu bagi menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa Peranan 4 Menerbitkan dan menterjemahkan buku-buku teks Peranan 5 Menerbitkan novel, cerpen, puisi dan akhbar berbahasa Melayu Peranan 6 Mengatasi masalah kekurangan guru-guru Melayu Peranan 7 Mewujudkan perpustakaan bergerak di kawasan luar bandar Peranan 8
10. ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50) ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun 1951. Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera. ASAS 50 menggubah dan memperbaharui perkataan-perkataan untuk memperkaya bahasa dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) I. Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III dan mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956). PERANAN ASAS 50 Memperluas martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu Membantu para sasterawan dalam memajukan citacita dan kewangan Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataanperkataan untuk memperkayakan bahasa dan sastera. Melindungi hakhak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama Bahasa dan kesusasteraan dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan
Masuri SN Tokoh-tokoh dalam ASAS 50 Usman Awang Keris Mas A. Samad M Ismail uhammad Ariff Ahmad (Mas)
sejarah perkembangan tulisan bahasa melayu zaman pascamerdeka
1. Sistem Ejaan Rumi Kongres 01 Menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja Ciri-ciri Sistem Ejaan Rumi Kongres: 02 Penghapusan penggunaan tanda sempang kecuali kes-kes tertentu sahaja 03 Menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal 04 Kata gelaran si, kata depan di, ke dan penanda sama atau satu sedipisahkan ejaan perkataannya tanda menggunakan sempang Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama diadakan di Singapura pada tahun 1952. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang kedua diadakan di Seremban pada tahun 1954. Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang radikal seperti memperbaiki Sistem Ejaan Za’ba. Melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, Sistem Ejaan Rumi Kongres dicapai selepas pembentangan dua kertas kerja pada 16 hingga 21 September 1956 oleh Angkatan Sasterawan Lima dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya III di Singapura.
2. PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad berkaitan dengan satu sistem ejaan baharu yang ilmiah, praktikal dan sesuai untuk bahasa Melayu dan bahasa Indonesia telah dicapai. Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf A-Z PENGGUNAAN HURUF ABJAD Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan dalam satu hembusan nafas, contohnya ai, au, oi. HURUF DIFTONG Terdiri daripada a, e, i, o, u dan huruf “e” terdapat dalam e pepet dan e taling HURUF VOKAL Terdiri daripada b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, y, z. HURUF KONSONAN Terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny dan sy. GABUNGAN HURUF KONSONAN Huruf pertama petikan langsung Huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa Huruf pertama kata awal ayat Huruf pertama bagi nama tahun, bulan, hari, nama perayaan dan peristiwa sejarah 1 2 3 4 KEGUNAAN HURUF BESAR
KEGUNAAN HURUF CONDONG: Digunakan untuk menulis nama buku, majalah atau surat khabar yang dikutip dalam sesuatu penulisan. Digunakan untuk menegaskan huruf, bahagian perkataan atau kelompok perkataan. Digunakan menulis perkataan yang berstatus sebagai nama ilmiah atau ungkapan asing 1 DIgunakan untuk menulis tajuk buku, bab, daftar isi, daftar jadual, daftar lambang, daftar pustaka, indeks dan lampiran. 2 Digunakan bagi menggantikan huruf condong 3 Digunakan untuk menulis tajuk jadual, menegaskan bahagian karangan, seperti bab atau subbab. KEGUNAAN HURUF TEBAL
Bahasa Melayu dalamSistem Pendidikan Menyatukan semua sekolah vernakular dan perpaduan, menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa Cina dan Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi. Mewujudkan sekolah vokasional moden, maktab perguruan berasrama penuh. Ia ditubuhkan bagi lulusan Senior Cambridge. Mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan. 1. KANDUNGAN LAPORAN BARNES (1951) REAKSI TERHADAP LAPORAN BARNES MENGIKUT KAUM Berpendapat bahawa sistem ini lebih mementingkan bahasa Inggeris ORANG MELAYUBerpendapat bahawa sistem ini menjejaslan bahasa dan budaya orang Cina ORANG CINA Meminta untuk mengkaji semula kedudukan sekolah Tamil ditolak oleh kerajaan Inggeris ORANG INDIA
2. LAPORAN FENN-WU (1951) 1 Ia tercetus daripada reaksi ketidakpuashatian kaum Cina terhadap Laporan Barnes. Ia diketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao. Tugas jawatankuasa Fenn-Wu ialah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa Cina sebagai mata pelajaran pilihan. 2 CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN DALAM LAPORAN FENN-WU (1951): Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dengan menggunakan tiga bahasa supaya perpaduan antara kaum tidak terjejas. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan(Inggeris) dikekalkan Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. Kerajaan British perlu memberikan galakkan kepada orang Cina bagi memilih sistem pendidikan yang melibatkan pengajaran ketiga-tiga bahasa (bahasa Melayu, Cina dan Tamil) Maklumat pendidikan beridentitikan kebangsaan Membina maktab perguruan Cina Menambah bantuan kewangan
3. Ordinan Pelajaran (1952) Satu Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan pada bulan September 1952. Diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Bertujuan membentuk sistem pendidikan yang gunakan bahasa rasmi Persekutuan. Merupakan langkah pertama yang dilaksanakan oleh pihak British untuk mengkaji laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dan mengkanunkan dasar pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa sebelum merdeka. Ordinan Pelajaran ini idak dapat dilaksanakan kerana kerajaan menghadapi masalah kewangan. Cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran (1952): Pelajaran selama enam tahun dengan bahasa Inggeris dan bahasa pengantar di sekolah rendah. Penubuhan dua jenis sekolah dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sekolah kebangsaan dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan
4. LAPORAN RAZAK (1956) Ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Ditubuhkan oleh kerajaan British yang dikenali sebagai Jawatankuasa Mengkaji Semula Dasar Pelajaran Ia diketuai oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu TUGAS JAWATANKUASA LAPORAN RAZAK(1956) Mengesyorkan perubahan dan penyesuaian terhadap pendidikan. Mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Memastikan bahasa dan kebudayaan setiap kaum di Tanah Melayu terpelihara. Memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Memeriksa dasar pelajaran sedia ada termasuk yang terkandung dalam OrdinanPelajaran 1952.
CADANGAN LAPORAN RAZAK (1956) Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan. Semua sekolah di Tanah Melayu menggunakan sukatan pelajaran atau silibus yang sama dan seragam. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib untuk dipelajari di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menegah Atas (SMA) dan Pra-Universiti.
Isu dan Cabaran Kedudukanbahasa Melayu di MalaysiaISU 1: PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PENDIDIKAN Penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik kerana kebanyakan silibusnya diambil dari luar negara. Malaysia mengalami masalah kekurangan guru bagi opsyen bahasa Melayu. Persaingan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerana wujudnya akta pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996. Cabaran: 1. 2. 3. ISU 2: PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG EKONOMI Kebanyakan dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Sesetengah sektor pekerjaan di Malaysia mengenakan syarat untuk memohon pekerjaandengan mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dikatakan tidak mempunyai nilai ekonomi, tidak komersil dan sukar digunakan dalam urusan perdagangan. Bahasa Melayu jarang digunakan dalam sesetengah urusan perniagaan kerana kekurangan istilah yang tepat dan sesuai bagi sesuatu perkataan dalam bidang ekonomi. Cabaran: 1. 2. 3. 4. ISU 3: PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PENTADBIRAN KERAJAAN Penggunaan bahasa asing dalam menamakan sesuatu tempat, bangunan, jalan dan kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara. Tidak mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan-urusan rasmi seperti dalam surat-menyurat. Tidak mempunyai penegasan dan penyelarasan penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor tertentu. Cabaran: 1. 2. 3.
ISU 5: PERCAMPURAN KOD (MIXING CODE) DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Percampuran kod berlaku apabila seseorang individu menukarkan bahasanya secara berganti-ganti bagi satu topik perbincangan yang sama. Isu ini tidak diambil berat oleh sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis bahasa dan dialek kerana sudah menjadi kebiasaan untuk digunakan dalam kehidupan harian masyarakat Malaysia. Cabaran: 1. ISU 6 : PENGGUNAAN BAHASA SLANGA DALAM PERTUTURAN HARIAN Slanga ialah penggunaan bahasa dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Ia sering dijumpai di kawasan kota yang merujuk kepada perkara yang dianggap tabu. Mempunyai makna yang tersendiri Mempunyai gabungan perkataan bahasa Melayu dengan bahasa asing Tidak mudah difahami oleh orang yang bukan daripada kumpulan yang sama “Shark? Barua tu....” “Dah berapa banyak duit Boss kau songlap?” Ciri-ciri: 1. 2. 3. Contoh bahasa slanga: 1. 2. Kerancuan bahasa ialah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa. Bahasa rancu merupakan bahasa Melayu yang bercampur aduk penggunaannya dengan bahasa asing. Kesukaran dalam pengawalan penggunaan bahasa dalam media sosial menyebabkan pengguna banyak dipengaruhi oleh bahasa yang diringkaskan tulisan dan ejaannya sehingga mengelirukan pemahaman pengguna lain. Pengaruh bahasa ibunda, bahasa pasar, bahasa dialek/daerah, bahasa asing. Kesilapan tatabahasa dalam media sosial akibat kurang ilmu pengetahuan mengenai tatabahasa. Cabaran: 1. 2. 3. ISU 4: FENOMENA KERANCUAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA SOSIAL
Adi Putri. (2019). Dari Pallava ke Rumi, tulisan bahasa Melayu yang dikenali sekarang. https://soscili.my/sejarah-bahasa-melayu-dari-pallava-ke-jawi-kepada-bahasa- melayuyang-dikenali-sekarang Abd Jalil Borham. (2012). Tulisan Jawi: Tulisan Serantau. In: Seminar Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012, 18 Oktober 2012, Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang. [Unpublished]. http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3330 Esa, M. S., Ationg, R., Othman, I. W., & Jupiter, H. (2021). Isu dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di ambang kemerdekaan Tanah Melayu. Learning, 6(41). Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. (2nd ed.). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Mexico Documents. (2015). Sastera moden, Pejabat Karang Mengarang. https://vdocuments.mx/sastera-moden-pejabat- karang-mengarang.html. RUJUKAN Mohammad Nazari Hj Abdul Hamid. (2012). Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College. https://www.scribd.com/doc/97631913/Pejabat-Karang-Mengarang-Sultan- IdrisTraining-College Mahmor, N. A., Ahmad, F. & Mansor, N. (2014). Kerancuan bahasa: Cabaran dalam pendidikan negara dan pembinaan negara bangsa. In Prosiding Seminar National Resilience 2014 (SNAR 2014). Muhammad Daud. (2012). Bahasa Slanga Remaja : Cabaran Memartabatkan Bahasa. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. 12 (10) : 18-21 Ismail bin Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Shamsul Aizunawi Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Global Media Street Sdn Bhd. Shaharir Mohamad Zain. (2003). Penyebaran Orang Rumpun Melayu Pra-Islam dan Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu. Sari 21, 129-149. http://journalarticle.ukm.my/1225/1/Penyebaran_Orang_Rumpun_Melayu_Pra-Islam.pdf Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn Bhd. Zainal Abidin Masleh. (2020). Kerancuan bahasa: Cabaran dan realiti. Utusan Borneo. https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneosarawak/20200713/281831466030870