The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU ALIZA ABD AZIS, 2020-01-20 05:22:32

Buku Pengurusan BBSS pdf LATEST LR

Buku Pengurusan BBSS pdf LATEST LR

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PROFIL PERIBADI

Nama Penuh : ___________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan : _________________________ Tarikh Lahir : _____________________

No Telefon : _________________________ Kumpulan Darah : _____________________

Alamat Rumah : ___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Alamat E-mail : ___________________________________________________________________

No Gaji : ________________________ No Fail JPNS : _____________________

No Buku Perkhidmatan : ________________________ No Ruj SPP : _____________________

No Cukai Pendapatan : ________________________ No. KWSP : _____________________

No. Lesen Memandu : ________________________ No. Pasport : _____________________

Skim Perkhidmatan Sekarang : ___________________ Tarikh Kenaikan Gaji : _____________________

Tarikh Mula Berkhidmat : _______________________ Tarikh Disahkan : ______________________

Kum/Kategori/Gred : ___________________________________________________________________

Kelulusan Akademik : ___________________________________________________________________

Iktisas : ___________________________________________________________________

Mata Pelajaran Diajar 1. __________________________________________________________________

2. ___________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

4. ___________________________________________________________________

Orang yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan

Nama : _________________________________________________________________

Alamat : _________________________________________________________________

: _________________________________________________________________

: _________________________________________________________________

No. Telefon : ________________________________

PENGENALAN

1

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN MUKA SURAT
MENUJU KECEMERLANGAN
1
ISI KANDUNGAN 2
3
PERKARA 4
5
Profil Peribadi 6-8
Kandungan 18 - 23
Pelan Kedudukan Kelas dan Bilik-biik Khas 24 - 40
Pelan Pengungsian Bangunan 41 - 78
Perutusan Pengetua 79 - 102
Pengenalan 101 - 112
Panduan Am untuk staf sekolah 113 - 121
BAB 1 – Pengurusan Pentadbiran 122 - 142
BAB 2 – Pengurusan Kurikulum
BAB 3 – Pengurusan Hal Ehwal Murid
BAB 4 – Pengurusan Kokurikulum
BAB 5 – Pengurusan Pendidikan Khas
BAB 6 – Takwim

He who opens a school door, closes a prison.
Education is the key to success in life, and teachers
make a lasting impact in the lives of their students.

PENGENALAN

2

BBSS SMART | Sahsiah Mantap, Rohani Terpuji

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PELAN KEDUDUKAN KELAS DAN BILIK-BILIK KHAS 2020 SMKBBSS

PENGENALAN PENGENALAN 3

3

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

BBSS SMART | Sahsiah Mantap, Rohani Terpuji

PENGENALAN

4

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

MENUJU KECEMERLANGAN

Perutusan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah
sebagai pendidik. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa
Buku Manual Pengurusan Sekolah dan Takwim 2020 kerana telah berjaya menyempurnakan buku
yang sangat penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf dalam melaksanakan
tugas dengan lebih efisien dan berfokus.

Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya
pada peringkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan staf memikul tanggungjawab yang
besar dalam memberikan pendidikan, membentuk peribadi dan sahsiah sekaligus menjana potensi murid
ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, warga pendidik dan staf perlu selangkah ke hadapan
agar mampu membudayakan penggunaan medium baru penyampaian PdPC dalam menempuh era
Pendidikan Revolusi Industri 4.0.

Oleh itu, misi saya untuk tahun 2020 ialah membudayakan penggunaan Virtual Learning Enviroment (VLE)
atau pelantar pembelajaran maya dalam kalangan warga sekolah. Inisiatif yang diusahakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) secara berterusan untuk meningkatkan proses pembelajaran melalui Google
Classroom dan Microsoft 365 sudah pasti memupuk minat, memaksimumkan tahap kecekapan serta
kemahiran murid-murid secara kolaboratif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menyahut langkah
dengan memulakan penggunaan e-RPH menerusi platform Google Classroom. Pembudayaan PdPC
berkesan menggunakan pendekatan PAK 21, PLC dan inovasi serta kajian tindakan tetap menjadi fokus
utama saya sepanjang 2020.

Selari dengan hasrat melahirkan murid yang tinggi disiplin diri, nilai-nilai murni dan etika, saya juga beriltizam
untuk meningkatkan kemenjadian murid sekolah ini menerusi cabang Kokurikulum. Kami berusaha
melahirkan lebih banyak Afiqah Kamilia bt Ali yang mampu mengharumkan nama sekolah dalam sukan
boling hingga ke peringkat kebangsaan dan para penari yang dapat mengikut jejak langkah beberapa orang
penari sekolah yang berpeluang memijakkan kaki di bumi Paris seterusnya menjadi Duta kecil Malaysia.
Oleh itu, pihak sekolah akan berusaha untuk melaksanakan penggunakan e-Pelaporan Persatuan menerusi
platform Google Classroom agar setiap aktiviti mingguan persatuan, kelab dan unit beruniform dapat dibuat
dengan lebih efisien.

Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran
bagi mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu
pasukan bermula di peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan
kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga SMKBBSS
yang berketerampilan, profesional, berkualiti dan beretika.

Saya yakin dan percaya bahawa SMK Bandar Baru Sultan Suleiman mampu menyediakan landskap
pembelajaran yang terancang dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti.
Selain itu, saya juga melihat bahawa sekolah ini dapat menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan
yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah, seterusnya menjadi Khalifah yang dapat
menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Saya mengharapkan sokongan padu warga guru
dan staf sokongan bergerak seiring demi merealisasikan hasrat dan impian murni sepanjang 2020.

Selamat menjalankan tugas sepanjang tahun 2020.

MARIAM BINTI RAHAMAT
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sultan Suleiman.

PENGENALAN

5

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

1.0 PENGENALAN

SEJARAH SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang telah diasaskan pada 1 November 2002
dan mula dibuka pada 1 Januari 2003. Sekolah yang terletak di pinggir bandar Klang ini pada asal tujuan pembinaannya
adalah sebagai sebuah sekolah menengah teknik. Namun atas pemintaan penduduk tempatan yang menginginkan sebuah
sekolah menengah biasa, maka sekolah ini telah dijadikan sebagai sekolah menengah harian biasa memandangkan sekolah
menengah yang terdekat dengan kawasan ini terletak dalam jarak lima kilometer.

Pada tahun 2003, sesi persekolahan dimulakan dengan jumlah murid sebanyak 216 orang yang terdiri daripada murid tingkatan
satu dan tingkatan dua sahaja. Seramai 16 orang guru telah ditempatkan dan memulakan tugas sebagai pendidik di sini.
Bilangan murid dari tahun ke tahun semakin meningkat sedangkan sekolah ini menerima murid yang memasuki tingkatan satu
hanya dari Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara yang terletak berhadapan dengan sekolah ini. Nama SMK BANDAR BARU
SULTAN SULEIMAN diambil sempena nama tempat sekolah ini didirikan iaitu di Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan
Klang. Sultan Suleiman pula merupakan sultan yang pernah memerintah negeri Selangor pada tahun 1898-1938, dengan
gelaran Tuanku Alaeddin Sulaiman Shah ibni al-Marhum Raja Muda Musa.

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2 VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

1.3 MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

1.4 MATLAMAT SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Kami pentadbir, guru-guru dan staf sokongan SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, berazam dan berikrar dengan
penuh iltizam akan:

q Memberi perkhidmatan yang terbaik dalam semua aspek kepada setiap pelanggan kami dengan menitikberatkan
adab melalui program agama dan moral yang terbaik.

q Mengamalkan pengurusan pendidikan selaras FPN dan PIPP

q Menyampaikan ilmu yang benar dan seimbang.

q Melayani pelanggan dengan senyuman dan mesra alam sekitar.

q Menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan ikhlas.

q Bersama-sama menyumbangkan idea, tenaga dan masa untuk kecemerlangan.

PENGENALAN

6

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

1.5 PIAGAM PELANGGAN SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
Demi menyempurnakan amanat yang diberi untuk menjadikan SMKBBSS sebagai institusi gemilang dalam bidang kurikulum,
sahsiah dan kokurikulum, seluruh warga pendidik SMKBBSS berikrar dan berazam untuk memberi pendidikan yang berkualiti,
berketerampilan dan cemerlang selaras dengan matlamat pendidikan negara. Dengan menyediakan suasana yang kondusif,
prasarana yang lengkap, perkhidmatan yang berkualiti, pendidik yang berdedikasi berlandaskan nilai-nilai permuafakatan dan
penuh rasa tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, komuniti, agama, bangsa dan negara.

1.6 MOTO SEKOLAH
q Berdisiplin, berilmu dan beramal merupakan cogan kata atau moto Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.
q Disiplin akan membentuk insan yang bijak menggunakan masa, menghargai ilmu serta berketerampilan.
q Murid yang berilmu pengetahuan, seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani dan inteleknya akan menjadi
manusia yang tinggi komitmennya.
q Dengan itu, mereka mengaplikasikan segala kemahiran dan ilmu yang dipelajari untuk membangunkan bangsa,
negara dan agama.

1.7 LAGU SEKOLAH

SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
Megah berdiri lambang perjuangan

Mendidik jiwa mendidik minda
Lahirkan insan berjaya

Hormati guru dan juga rakan
Sayangi ibu bapa

Di bawah payung Rukun Negara
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Berilmu, Berdisiplin dan Beramal

Adalah amalan kami semua
(Chorus)

Mencari ilmu, menyemai bakti
Namamu diingati
(Ulang chorus)

PENGENALAN

7

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

8

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

9

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

10

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

11

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

12

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

13

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

14

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

15

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

PENGENALAN

16

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

BBSS SMART | Sahsiah Mantap, Rohani Terpuji

1.15 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21
CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

PENGENALAN Pengurusan Pentadbiran 7

17

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

MENUJU KECEMERLANGAN

1.16 PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1.16.1 ARAHAN AM
1. Selaku pegawai kerajaan,guru adalah tertakhluk kepada segala arahan yang terdapat dalam perintah Am
Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca,memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
2. Guru dan staf sokongan dinasihatkan supaya membaca,memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan
kandungan Perintah Am dan arahan Perkhidmatan lain.
3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan
bukan sebagai satu pekerjaan /mata pencarian semata-mata
4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan
Cemerlang.
5. Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Fasafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta
benda sekolah.
8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

1.16.2 KEDATANGAN
1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sesi bermula 7:20 pagi
2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu mula sekolah dan tandatangan
serta “thumb in” dan thumb out” kehadiran semasa sampai dan waktu balik sekolah.
3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab- sebab yang
wajar melalui telefon, surat atau pesanan. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

1.16.3 KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat
mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Penolong Kanan
2. Guru dikehendaki mengisi 2 salinan slip kebenaran keluar dan dapatkan tandatangan Pengetua atau Penolong
Kanan sebelum keluar. Satu salinan slip hendaklah diserahkan kepada pejabat dan Salinan kedua untuk
Pengawal Keselamatan
3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Penolong Kanan
atau Guru Kanan Mata Pelajaran

.
1.17 CUTI

1.17.1 Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajar KP(99)0046 SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan
mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua
tidak melebihi sepertiga dari jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian dari tugas mengajar.

1.17.2. Cuti Sakit
2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh pihak swasta yang melebihi 15 hari hendaklah disahkan oleh Pegawai
Perubatan Kerajaan.
2.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
2.3 Surat doktor hendaklah diserahkan kepada Pengetua secepat mungkin pada keesokan hari.
2.4 Kegagalan penyerahan sijil sakit akan menyebabkan Cuti Rehat Khas akan dipotong.
2.5 Pemotongan gaji akan dibuat jika peruntukan Cuti Rehat Khas telah habis digunakan atau tiada bukti
ketidakhadiran bertugas.

1.17.3. Cuti Tanpa Gaji
3.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebeb-sebab persendirian yang mustahak.
3.2 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji adalah minimum 30 hari bagi setiap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180
hari sepanjang perkhidmatan.

PENGENALAN

18

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

MENUJU KECEMERLANGAN

3.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
3.4 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran

Negeri.
3.5 Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang pemohonan hendaklah

dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

1.17.4. Cuti Rehat Khas (CRK)
4.1 Kelayakan CRK sebanyak 10 hari setahun tidak boleh dibawa untuk tahun hadapan.
4.2 Kuasa meluluskan cuti adalah daripada Pengetua. Dalam menimbangkan pemberian kemudahan CRK, pihak
yang meluluskan akan memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.
4.3 CRK tidak boleh diambil jika ada cuti bersambung dengan cuti umum
4.4 Kemudahan CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja. Kiraan CRK = 10 hari / 12 bulan x
bulan berkhidmat dalam tahun tersebut. Permohonan CRK hendaklah dimohon 4 hari sebelum cuti.
4.5 CRK boleh dikumpulkan untuk GCR (gantian cuti rehat) tidak melebihi 150 hari.
Pegawai hendaklah mendapatkan maklumat CRK dari mula berkhidmat atau mulai tahun 2004 bagi pegawai
yang dilantik sebelum tahun 2004.
4.6 Permohonan CRK untuk pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR) hendaklah dikemaskini dalam sistem HRMIS
setiap tahun.

1.17.5. Cuti Keluar Negeri
Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isi borang permohonan
yang ada di pejabat selewat-lewatnya lima (5) minggu dari tarikh bercuti.

1.17.6. Cuti Kuarantin
6.1 Cuti Kuarantin hanya boleh diambil jika anak ( anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak
angkat dan anak pelihara ) menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantinkan
6.2 Anak berumur di bawah 18 tahun atau dibawah 21 tahun jika masih belajar.
6.3 Maksimum 5 hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan.
6.4 Cuti kuarantin tertakluk dalam senarai penyakit berjangkit sahaja.

1.17.7. Cuti Umrah / Cuti Ziarah tempat ibadah
7.1 Cuti tanpa rekod maksimum 7 hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari
kelepasan am.
7.2 Diberikan sekali sepanjang perkhidmatan kepada pegawai yang telah dilantik secara tetap untuk menunaikan
Umrah bagi pegawai beragama Islam atau bagi pegawai bukan Islam pula untuk mengunjungi atau
melaksanakan aktiviti keagamaan di dalam atau di luar negara mengikut kepercayaan masing-masing.
7.3 Jika melebihi peruntukan cuti, perlu memohon Cuti Rehat Khas

1.17.8. Cuti Menunaikan Ibadah Haji.
Cuti yang diperuntukan 40 hari, diberikan sekali sepanjang perkhidmatan.

1.18 PAKAIAN
1. Guru hendaklah berpakaian kemas,sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
2. Pakaian yang berbentuk skirt mini, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian hadapan dan belakang,
seluar pendek, seluar jeans, seluar atau kain yang ketat dan jarang adalah tidak dibenarkan
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai :
Guru Perempuan – seluar trek atau panjang yang sesuai,kemeja T,kemeja sukan,baju
Guru Lelaki – seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.Kemeja T,kemeja sukan baju trek atau jersi. Kasut
sukan atau kasut getah tanpa tumit.
5. Guru digalakkan berpakaian batik pada hari Khamis dan berpakaian pasukan beruniform pada hari Rabu

PENGENALAN

19

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

MENUJU KECEMERLANGAN

1.19 TANDA NAMA
Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,majlis rasmi sekolah / di luar sekolah

1.20 PERHUBUNGAN SESAMA GURU
1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi atau professional yang baik dan sihat sesama guru.
2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /fahaman/ pendapat/kepercayaan kepada
guru ataupun murid atau staf sokongan sekolah yang lain.
3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,status sosal,sosial ekonomi,kelulusan
dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

1.21 BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.Ini termasuklah keselamatan
harta benda di dalam bilik guru.
2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di dalam kelas. Masa ini hendaklah dianggap
sebagai “non teaching period” dan bukannya “free period”.Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
3. Guru TIDAK DIBENARKAN mengizinkan murid berada di bilik guru.
4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai
dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

1.22 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
1. Sebarang masalah yang berkaitan dengan perjawatan,guru-guru boleh berhubung terus dengan pembantu
tadbir atau pengetua.
2. Manakala sebarang masalah yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran guru-guru boleh berurusan dengan
Ketua Panitia ,Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan Pentadbiran.

1.23 TUGAS
1. Tugas-tugas dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan pentadbiran perlu dilaksanakan dengan dedikasi,cekap
dan bertanggungjawab.
2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas /arahan misalnya menghadiri mesyuarat,pergi
ke Jabatan Pelajaran atau sekolah lain,guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak
boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua atau Pentadbir. Jika tugas itu
terpaksa dilaksanakan oleh orang lain atas persetujuan sesama sendiri,maka ia mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua atau Pentadbir terlebih dahulu.

1.24 E-RPH @ RPH
1. Semua guru dibekalkan dengan sebuah Folder dan fail Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap
keselamatan folder dan fail tersebut.
2. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti,kemas dan lengkap.
3. E-RPH hendaklah dihantar melalui GCR manakala fail RPH hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat
untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran .
4. Jika seseorang guru cuti contoh cuti bersalin, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran.
5. Folder Rekod mengajar yang lengkap untuk setahun hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir tahun
persekolahan.

1.25 JADUAL WAKTU
1. Jadual individu atau jadual kelas perlu disahkan dan ditandatangani oleh Pengetua.
2. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas.
3. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

1.26 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa
ke pengetahuan pihak sekolah.
2. Ketua Bilik-bilik Khas hendaklah memastikan ada peraturan tentang penggunaan bilik mahupun alatan di bilik-
bilik tersebut.

PENGENALAN

20

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

MENUJU KECEMERLANGAN

1.27 KEBERSIHAN
1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran tugas murid hendaklah disediakan
oleh guru tingkatan.Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan
selamat.
2. Kebersihan kawasan sekolah adalah bertanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid

1.28 SURAT MENYURAT
Semua surat rasmi hendaklah ditandatangani oleh pengetua sebelum disampaikan kepada pihak yang berkenaan.
SURAT YANG DITERIMA
1. Surat yang diterima oleh sekolah hendaklah direkodkan dan diserahkan kepada guru yang berkenaan. Guru
berkenaan perlu mengambil tindakan segera terhadap surat tersebut.
2. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada Pengetua ,surat tersebut boleh
disimpan sendiri setelah mengambil tindakan
3. Jika surat tersebut ditujukan kepada Pengetua dan pengetua mengedarkan untuk
- mengambil fail yang berkenaan di pejabat .
- mengambil tindakan yang diperlukan .
- memulangkan semula fail itu di pejabat.Semua fail perlu disimpan di pejabat.
4. Semua surat rasmi sekolah hendaklah disediakan oleh pihak pejabat untuk direkodkan. Guru tidak perlu
menyediakan surat rasmi sekolah untuk sebarang urusan.

1.29 PELAWAT
Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua /
Penolong Kanan.

1.30 MEMBELI BARANG
1. Guru yang hendak membeli barang menggunakan wang kerajaan, mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang yang ada di pejabat.
2. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia /Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong
Kanan Pentadbiran sebelum diluluskan oleh Pengetua
3. Semua pesanan mesti menggunakan nota minta.
4. Segala invois mesti ditandatangi oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas
5. Bil PWR perlu disahkan atau dicop oleh Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

1.31 KEGIATAN KOKURIKULUM
Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap
dan teratur.

1.32 PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH
1. Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan minggunan sekolah pada masa-masa dan hari yang
ditetapkan.
2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
3. Guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku ,Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

1.33 MESYUARAT GURU
1. Mesyuarat guru telah ditetapkan dalam takwim.Kedatangan semua guru dalam mesyuarat ini adalah
diwajibkan. Sebarang pindaan tarikh mesyuarat guru akan dimaklumkan.
2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia.

1.34 BUKU STOK / INVENTORI
Guru yang mengendalikan peruntukan kewangan bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan
disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran.

PENGENALAN

21

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

MENUJU KECEMERLANGAN

1.35 KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG
1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah
2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat

1.36 PENGGUNAAN PERALATAN
1. Penggunaan peralatan sekolah perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
2. Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan, Ketua Bahagian atau Penjaga stok .
3. Bertanggungjawab menggunakan peralatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
4. Jika rosak,hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
5. Sila pastikan pengambilan dan pemulangan peralatan mesti direkod.

1.37 ARAHAN DAN PEKELILING
Setiap arahan dan pekeliling hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi

1.38 TELEFON
Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.

1.39 KUNCI
1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Sebarang urusan pengambilan kunci harus dicatit dalam buku rekod
pengambilan kunci.
2. Guru- guru yang menyimpan kunci di bilik-bilik khas, perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih
dahulu. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
3. Murid tidak dibenarkan mengambil sebarang kunci untuk sebarang urusan.

1.40 ACARA / MAJLIS SEKOLAH
Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. Sekiranya tidak dapat hadir, perlu terlebih
dahulu mendapat kebenaran Pengetua dan memberi surat rasmi kepada Pengetua.

1.41 URUSAN KE PPD /JPS
1. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke PPD/JPS untuk urusan peribadi.
2. Semua urusan ke PPD/JPS perlu melalui Pengetua atau mendapat nasihat pengetua terlebih dahulu.

1.42 PANDUAN GURU BERTUGAS
1. Tiga orang guru akan bertugas setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Hari bertugas ialah dari ISNIN hingga SABTU (sekiranya Sabtu adalah hari persekolahan). Guru bertugas
dikehendaki hadir ke sekolah 15 minit lebih awal dan balik 30 minit selepas sekolah bersurai
3. Guru bertugas hendaklah bersikap peka dan prihatin setiap masa kepada semua perkara yang sedang berlaku
di sekolah pada / minggu berkenaan.

1.42.1 SENARAI TUGAS
1. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/tingkap telah
ditutup setelah tamat persekolahan.
2. Mengawasi disiplin murid seperti waktu rehat, waktu sebelum pengajaran dan pembelajaran pertama dan
waktu tamat persekolahan sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.
3. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
4. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menguruskan penghantaran mereka ke hospital/rumah.
5. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
6. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, waktu rehat dan masa pertukaran guru
(rondaan dibuat dari semasa ke semasa).
7. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
8. Menentukan keselamatan murid di kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah
9. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti
lain yang dijalankan.

PENGENALAN

22

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
MENUJU KECEMERLANGAN

10. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada
pengetua supaya tindakan segera diambil.

11. Perhimpunan:
11.1 memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
11.2 memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
11.3 memastikan sistem pembesar suara berfungsi dengan baik
11.4 menyusun agenda perhimpunan dan memastikan pentadbir yang akan berucap (rujuk manual perhimpunan

rasmi)
11.5 memastikan murid beratur dengan kemas mengikut kelas
11.6 mencatat pengisian perhimpunan mingguan dalam Borang Laporan Perhimpunan
12. Guru bertugas dikehendaki berada disetiap pintu pagar sekolah bagi mengawasi murid datang ke sekolah iaitu

pintu pagar utama (berhampiran kantin).
13. Ketua guru bertugas (nama pertama dalam senarai) mesti memastikan perkara-perkara berikut.
(a) Menyediakan jadual giliran bertugas (mengikur format) bagi memastikan seluruh kawasan sekolah

dipantau sepanjang minggu
(b) Memastikan guru pengganti sekiranya ada guru yang tidak dapat bertugas kerana tugasan di luar/

berkursus (rujuk pemantau/pentadbir)
14. Semua guru diminta peka akan minggu giliran bertugas dan memaklumkan seminggu lebih awal kepada ketua

guru bertugas sekiranya tidak dapat bertugas pada minggu berkenaan.
15. Membuat pengumuman berkaitan maklumat terkini kepada warga sekolah pada waktu yang ditetapkan.

1.43 IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami
berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan
tugas.

Dengan ini kami :

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;

Bekerja dengan penuh tanggungjawab;

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;

Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;

Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

1.44 PENCAPAIAN YANG SEDIA ADA

PENGENALAN

23


Click to View FlipBook Version