The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rajauddinbadiuzzaman, 2023-01-01 07:57:15

KAJIAN KES

KAJIAN KES

NAMA : NIK MUHAMMAD RAJAUDDIN

BADIUZZAMAN BIN NIK RIDZUAN

TINGKATAN : 3 DEDIKASI
SUBJEK : SEJARAH
TAJUK : KAJIAN KES (PENENTANGAN

MASYARAKAT TEMPATAN)

PERNYATAAN MASALAH:

Campur tangan kuasa Barat di negara kita membawa perubahan kepada sistem
pentadbiran tempatan. Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat tempatan
tidak berpuas hati kerana kehilangan hak dan kedudukan mereka. Namun demikian,
penentangan mereka telah memberikan kesan kepada kedua-dua pihak.

2.0 MERANCANG
2.1 TAJUK : MATLAMAT DAN BENTUK

PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN.

2.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK.

TARIKH PERKARA TEMPAT/CATATAN
17.10.2022
Mendapat penerangan daripada guru mata Bilik SALC
pelajaran Sejarah tentang tugasan Sejarah.

24.10.2022 Menentukan tajuk tugasan setelah berbincang Rumah
dengan guru Sejarah iaitu Pn. Rinamelati binti
Za’on

Merangka dan membuat jadual kerja dan
menulis pernyataan masalah.

29.10.2022 Membuat kaedah kajian dan objektif kajian Rumah
29.10.2022 berdasarkan pernyataan masalah.

Mencari maklumat dan mengumpul maklumat Pusat Sumber
yang berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi
internet, buku, majalah, akhbar dan pelbagai
sumber lain.

29.10.2022 Membuat kajian literatur berdasarkan bahan Rumah
yang diperolehi. Rumah
5.11.2022 Rumah
5.11.2022 Menulis pengenalan dan menyiapkan tugasan. Rumah
13.11.2022
Menyiapkan sumber rujukan dan lampiran.

Mengemaskini tugasan, menyemak dan
mengisi semua butiran yang dikehehndaki
sebelum menghantar tugasan kepada guru
untuk semakan.

2.3 KAEDAH LITERATUR :

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, perihal (tindakan dsb)
menentang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa
~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Menurut Abu Bakar Abdullah dan Basri Ibrahim, Penentangan Rakyat
Terengganu Terhadap Inggeris dan Kerajaan Pada Tahun 1928M Mengikut
Perspektif Islam Artikel ini cuba mengetengahkan bahawa perjuangan rakyat
Terengganu menentang penjajah Inggeris dan kerajaan pada masa pemerintahan
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah bukan merupakan suatu penderhakaan,
pemberontakan atau bughah sebagaimana yang dilabelkan oleh Inggeris,
kerajaan dan sesetengah pengkaji, tetapi penentangan tersebut merupakan jihad
rakyat Terengganu bagi membebaskan negeri Terengganu dan kerajaan daripada
penguasaan penjajah Inggeris. Kajian ini dibuat berdasarkan fakta-fakta sejarah
dengan merujuk kepada dokumen dan buku-buku sejarah dan diulas mengikut
pandangan hukum syarak berpandukan al-Quran, hadith dan pendapat fuqaha’.
Kajian ini mendapati penentangan tersebut adalah sah mengikut hukum syarak
dan mereka yang terlibat dalam penentangan ini boleh dilabel sebagai pejuang
kemerdekaan dan yang gugur sebagai pahlawan dan jasa mereka patut
dikenang. Kata kunci: penjajahan; penderhakaan dan pemberontakan; jihad;
pejuang kemerdekaan; syariat Islam.

Nor Ain Binti Ali Moe

Sarawak-Linggi dan Syarif Masahor .

Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning. Seterusnya ,

pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak

telah berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pendalaman

sehingga menimbulkan banyak bantahan daripada pemimpin tempatan. Dalam

pada itu, keengganan mereka menyerahkan daerah daerah tersebut. Akhir sekali,

penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin pemimpin seperti Rentap, Syarif

Masahor yang mana corak penentangannya adalah sama.

englshnat.blogspot.com

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British. Hal ini demikian kerana
gerakan pemimpin tempatan merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan
untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang
luar.

2.4 OBJEKTIF KAJIAN

1)OBJEKTIF PENGETAHUAN

Objektif pengetahuan yang saya peroleh berdasarkan tugasan ini
ialah saya dapat mengetahui matlamat dan bentuk penentangan
masyarakat tempatan.

2)OBJEKTIF KEMAHIRAN

Objektif kemahiran yang saya perolehi sepanjang kajian ialah ini ialah
meneroka bukti berdasarkan sumber-sumber yang saya dapat.

3)OBJEKTIF NILAI

Objektif nilai yang saya peroleh berdasarkan kajian ini ialah bersyukur
sebagai warganegara Malaysia kerana keamanan dan keharmonian
hidup masyarakat berbilang kaum masih terpelihara.

4)OBJEKTIF PENGETAHUAN

Objektif pengetahuan yang saya peroleh berdasarkan tugasan ini
ialah saya dapat mengetahui tentang tokoh-tokoh penting negara
yang berjuang untuk mempertahankan hak dan tanahairnya seperti
Dol Said yang menentang di Naning. Beliau bermuafakat dengan
pemimpin Rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu
untuk menentang British. Kepentingan mempunyai Pendidikan dalam
mempertahankan hak dan tanahair dari terus dijajah oleh kuasa asing
agar dapat memupuk perpaduan kaum, mengukuhkan sistem
perundangan negara dan lain-lain.

2.5 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya gunakan
sepanjang tugasan ini dijalan. Antaranya :

1)Kaedah Melayari Internet

Saya telah melayari internet bagi mendapatkan maklumat yang
sesuai untuk tugasan saya. Antara laman web yang telah saya layari
ialah https://quizlet.com/416525028/
sejarah-tingkatan-3-bab-7-penentangan-masyarakat-tempatan-flash-c
ards/

2)Kaeah Penyelidikan Perpustakaan

Saya juga telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan
untuk mendapatkan bahan yang bersesuaian. Saya telah pergi ke
perpustakaan SMK Dato Harun bagi mendapatkan bahan tersebut
seperti buku, majalah dan surat khabar.

3)Kaedah Temu bual

Saya juga telah menemu bual Puan Salmiah binti Mohamad, 46
tahun, No 10, Jalan Sahabat 3, Taman Sahabat, 45500 Tanjong
Karang, Selangor bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi
tugasan saya iaitu matlamat dan bentuk penentangan masyarakat
tempatan di negara kita.

3.0 LAPORAN KAJIAN

3.1 Terangkan maksud penentangan masyarakat

tempatan.

Penentangan masyarakat tempatan ialah mempertahankan hak dan
kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada perubahan
pentadbiran Barat yang merugikan mereka.

3.2 Jelaskan matlamat perjuangan dalam

penentangan masyarakat tempatan.

Antara matlamat perjuangan dalam penentangan masyarakat
tempatan ialah mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah
tempatan kesan daripada perubahan pentadbiran Barat yang
merugikan mereka. Selain itu, mengembalikan dan mengekalkan
sistem pentadbiran tradisional sebagaimana yang sedia ada. Akhir
sekali, menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang
menyusahkan hidup rakyat tempatan.

3.3 Jelaskan kesan penentangan terhadap

masyarakat tempatan.

Antara kesan penentangan terhadap masyarakat tempatan ialah
kesan terhadap pemerintah dan pembesar tempatan seperti
kehilangan jawatan dan kedudukan. Contohnya, Dol Said, Dato’
Bahaman dan Sharif Masahor. Kehilangan jiwa seperti Dato’
Maharaja Lela , Rentap , Mat Salleh dan Tok Janggut. Ramai dibuang
negeri. Contohnya, Sultan Abdullah, Raja Ismail, Ngah Ibrahim dan
Haji Abdul Rahman Limbong. Selain itu, kedudukan raja dan
pembesar melayu diberi perhatian seperti British memperkenalkan
Durbar. Durbar memberikan peluang kepada sultan, Ahli Mesyuarat
Negeri dan pembesar Melayu menyuarakan pandangan mereka
dengan bebas berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan
bersama. Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri, bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi persidangan dan menggunakan tulisan
jawi dalam urusan surat-menyurat. Akhir sekali, menjadi inspirasi

kepada pejuang kemerdekaan tanah air. Contohnya, keberanian
mereka menjadi inspirasi kepada pejuang bangsa. Memberikan
semangat kepada pejuang kemerdekaan.

3.4 Jika anda seorang pemimpin tempatan, apakah

tindakan yang boleh diambil bagi memastikan
sesuatu perjuangan mencapai kejayaan.

Jika saya seorang pemimpin tempatan, tindakan yang boleh diambil
bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan adalah
semangat perjuangan yang kental. Hal ini demikian kerana dengan
pemikiran positif dapat melancarkan strategi yang bagus. Selain itu,
bekerjasama supaya dapat mengendalikan angkatan tentera yang
kuat. Seterusnya, mempunyai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana ilmu
sangat penting agar perjuangan dapat dilakukan dengan baik. Akhir
sekali, pemimpin mestilah berani menghadapi risiko dan cekal supaya
semangat perjuangan tidak luntur.

4.0 RUMUSAN

4.1 Pengetahuan

Pengetahuan yang saya dapati daripada kajian ini adalah seperti
semangat bersatu padu masyarakat berjaya mengubah nasib negara.
Hal ini membuktikan bahawa apabila kita saling bekerjasama dan
saling mempercayai antara satu sama lain, tiada apa yang mustahil
untuk dilakukan.

Iktibar

Semangat berjuang yang tinggi, sikap keberanian dan keteguhan jati
diri. Berikut merupakan iktibar yang terbaik ditunjukkan oleh pemimpin
dan para pejuang terdahulu.

Harapan

Saya berharap agar semangat perjuangan mereka akan sentiasa
diingati dan dikagumi oleh rakyat Malaysia serta teruskan perpaduan
yang telah lama dibina ini demi mengekalkan keamanan dan
keharmonian negara yang berbagai bangsa, agama dan keturunan
ini.

RUJUKAN

1. Orang Sumber
Puan Salbiah binti Yahya, 47 tahun, No 6, Jalan Suria Indah, Taman
Suria Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor.

2. Internet
-https://eprints.um.edu.my/17852/1/DR_NORAINI.pdf
-https://question.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-07/KSSM-F3-SJ
-07-01
-http://mohammadia5193.blogspot.com/2015/07/2_8.html
-https://www.beritaharian.sg/setempat/penjajah-british-kawal-ket
at-akhbar-tempatan-masa-zaman-darurat

3. Buku

Dr. Azharudin bin Mohamad Dali, ridzuan bin Hassan dan Muslimin bin Fadzil, 2018,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Jurnal
-Abu Bakar Abdullah dan Basri Ibrahim, “Penentangan Rakyat Terengganu

Terhadap Inggeris dan Kerajaan Pada Tahun 1928M Mengikut Perspektif Islam”,
Masyarakat Kontemporari Jilid 6 (Julai), 2013.

5. Akhbar
-Berita Harian, 20 Februari 2020, halaman ___.

6. Sumber Lain
-Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
-Dr. Noraini binti Mohamed Hassan, Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang

British, Seminar Guru Sejarah, 10-11 Ogos 2017


Click to View FlipBook Version