The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikaadzhar, 2022-05-31 05:50:06

TUGASAN 2: PALS

ESEI PALS2

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
TUGASAN 3: PENULISAN

Gambar

NAMA : NUR ZULAIKHA BINTI ADZHAR

ANGKA GILIRAN : 2021292310097
NO. TELEFON : 0176778903
OPSYEN : BAHASA MELAYU (SK)
AMBILAN : 2021
KOD KURSUS : PALS1012
NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAHAN : 26.5.2022

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: zulaikha Tarikh: 26/5/2022

Pada era globalisasi ini, alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
manusia di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana, semua sumber alam ini dapat menjamin
kehidupan dimana manusia memerlukan alam sekitar yang bersih bagi meneruskan kehidupan
mereka agar berlangsung dengan lancar. Misalnya, udara yang bersih, tanah yang subur, sumber
air yang bersih dan sebagainya. Menurut Hazura dan Sharifah (2007) menyatakan bahawa alam
sekitar merupakan faktor-faktor fizikal yang mengelilingi kehidupan manusia. Malah, mengikut
sains dan teknologi pula, alam sekitar ini membawa maksud sebagai segala apa atau benda yang
berada di sekeliling dan berhubung kait dengan perkara tersebut dan seterusnya akan
menimbulkan suatu atau suasana keadaan. Selanjutnya, teknologi hijau atau lebih dikenali
sebagai teknologi alam sekitar merupakan penggunaan sains alam sekitar yang digunakan
sebagai memulihara atau membedung sesuatu sumber mahupun alam sekitar semula jadi serta
mengawal segala kesan negatif manusia (Wikipedia, 2022). Menurut Faizal (2010) menyatakan
bahawa penggunaan teknologi hijau ini memberi kesan yang sangat baik kepada sesebuah
negara agar penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dapat digantikan dengan
sumber yang boleh diperbaharui. Misalnya, negara kita Malaysia mempunyai kemampuan dalam
sumber mahupun modal insan bagi membangunkan pelbagai tenaga alternatif. Contohnya, angin,
biojisim, solar geoterma dan sebagainya. Pengaplikasian teknologi hijau adalah selaras dengan
konsep pembangunan lestari. Seterusnya, teknologi hijau ini juga merujuk kepada sesebuah
produk, peralatan mahupun sesuatu sistem yang mesti memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan
seperti mampu meminimumkan degrasi persekitaran, mampu pembebasan gas rumah hijau yang
rendah, selamat digunakan serta tidak memberi kesan kepada hidupan lain, menjimatkan tenaga
mahupun sumber ahli dan seterusnya menggalakkan pelbagai sumber yang boleh diperbaharui.
Oleh itu, negara kita Malaysia telah mewujudkan Dasar teknologi Hijau Kebangsaan pada tahun
2009 bagi melaksanakan Teknologi Hijau di negara ini. Persoalannya, apakah isu-isu semasa
global yang berkaitan dengan alam sekitar?

Antara isu semasa global yang berkaitan dengan alam sekitar adalah isu perhutanan. Isu
ini sangat berleluasa di peringkat global mahupun di Malaysia dan ianya juga berada pada tahap
yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana, banyak hutan telah menjadi mangsa
penerbangan hutan secara haram. Tujuan penerbangan pokok-pokok atau hutan adalah sikap
manusia yang mementingkan diri sendiri seperti pokok digunakan untuk membuat barangan,
kertas dan sebagainya. Tambahan pula, penerbangan hutan merupakan kegiatan penghapusan
hutan atau pokok-pokok dari sesebuah kawasan tanah dan kemudiannya ditukarkan kepada
penggunaan bukan hutan (Wikipedia, 2011). Penerbangan hutan ini melibatkan penukaran hutan

kepada ladang mahupun kegunaan luar bandar. Ramai masyarakat pada hari ini tidak menyedari
bahawa penerbangan hutan secara haram ini merupakan salah satu masalah teruk mahupun
serius di samping menjejaskan tanah di sesuatu tempat. Seperti yang semua sedia tahu, hutan
memainkan peranan penting kepada sesebuah kehidupan agar lebih baik. Menurut Arif (2016)
menyatakan bahawa hutan merupakan satu kawasan atau tempat yang mempunyai pelbagai
tumbuh tumbuhan seperti tumbuhan lebat, berisi, semak, paku-pakuan, rumput, jamur, binatang
liar serta makhluk lain yang menetap di dalam hutan. Tambahan pula, semua makhluk yang hidup
di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain misalnya gas oksigen, makanan dan
sebagainya. Kawasan hutan ini telah menjadi lambang khazanah alam bagi sesebuah negara.
Perkara ini membuktikan bahawa hutan telah memainkan peranan utama kepada kehidupan
semua makhluk. Selanjutnya, masalah pembalakan yang semakin berleluasa ini memberi kesan
yang negatif kepada alam sekitar. Contohnya, tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya. Perkara
ini berlaku disebabkan oleh hutan yang menjadi tempat bagi tadahan hujan telah rosak akibat
daripada sikap manusia yang tidak bermoral ini. Perkara ini menjadi lebih teruk kepada
masyarakat setempat seperti masyarakat orang asli yang tidak dapat bekalan air yang bersih
mahupun bekalan ekonomi hutan untuk menyara kehidupan mereka dan juga ahli keluarga yang
lain. Namun, terdapat beberapa negara yang mempunyai kadar aktiviti negara yang kehilangan
hutan tertinggi seperti Indonesia, Brazil, Kolombia dan sebagainya. Menurut Simon (2003)
menyatakan bahawa Indonesia kehilangan 2 juta hektar kawasan hutan setiap tahun yang
sebahagian hutan terebut merupakan hutan tropika yang terbesar di dunia.

Antara sebab lain berlakunya masalah penerbangan hutan ini disebabkan oleh aktiviti
pembangunan. Aktiviti pembangunan ini memerlukan kawasan yang luas mahupun strategik dan
seterusnya membina pelbagai bangunan seperti kawasan perumahan yang baharu, bangunan
yang tinggi serta kawasan perindustrian. Bagi memajukan ekonomi sesebuah negara, hutan
terpaksa digunakan dalam membangunkan sektor pembangunan dan menyebabkan kawasan
hutan semakin berkurang dari tahun ke tahun. Selain itu, penerbangan hutan juga berpunca
disebabkan oleh penubuhan sektor pelancongan dan di samping menjadi sebahagian punca
berlakunya kemusnahan hutan di sesebuah negara. Sektor perlancongan memerlukan aktiviti
penerbangan hutan yang tinggi bagi membuka kawasan-kawasan yang baharu seperti jalan raya.
Sekiranya, tempat pembangunan di bangunkan secara berterusan dan ianya berkemungkinan
akan terus menjejaskan ekosistem di sesebuah kawasan tanpa disedari oleh masyarakat yang
lain. Tegasnya disini bahawa isu penerbangan hutan ini perlu dipandang serius oleh semua
masyarakat dan seterusnya mengambil langkah bagi mencegah aktiviti ini agar tidak berterusan
dari semasa ke semasa.

Selain itu, isu perhutanan ini juga berpunca daripada kebakaran liar hutan.
Kebakaran liar merupakan sesuatu kebakaran yang tidak terkawal dalam tumbuhan mudah
terbakar yang terjadi di kawasan desa mahupun berlantara. Kebakaran liar ini juga turut dikenali
sebagai kebakaran belukar, kebakaran hutan serta kebakaran rumput. (Wikipedia, 2021).
Menurut Andy, Sofyan, Wahyu dan Dwidjono (2015) menyatakan bahawa kebakaran hutan
merupakan salah satu isu alam sekitar dan perhutanan yang penting mahupun menarik perhatian
tempatan mahupun global. Negara Malaysia pernah mengalami masalah kebakaran hutan di
Kuala Langat pada tahun 2020 dan ianya menjejaskan hampir 80 hektar hutan simpan tersebut.
Kebakaran hutan ini dapat dikesan dari awal dan kemudiannya merebak sehingga 80 hektar.
Punca kebakaran hutan ini disebabkan oleh cuaca yang panas, kering, berangin serta
disebabkan oleh perbuatan manusia iaitu petani-petani haram yang tidak bertanggungjawab
dalam melakukan pembakaran terbuka bagi membuka kawasan tanah pertanian yang baharu.
Petani-petani haram melakukan perbuatan tersebut adalah disebabkan oleh mereka yang ingin
mengusahakan tanaman kontan seperti ubi keledek, sayur-sayuran serta ubi kayu. Seterusnya,
kebakaran hutan di luar negara juga turut berlaku seperti negara California pada tahun 2021.
Kebakaran ini berlaku di kawasan Los Angeles di mana lebih sejuta hektar kawasan di barat

Amerika Syarikat (AS) serta Kanada terbakar. Kebakaran ini berlaku disebabkan kawasan hutan
tersebut mengalami suhu yang tinggi dan kemarau yang melanda. Kebakaran hutan di California
telah mencipta rekod baharu pada tahun 2021 yang merupakan kebakaran paling buruk pernah
berlaku di negara tersebut berbanding pada tahun 2020. Gelombang panas yang berlaku juga
salah satu faktor daripada pemanasan global. Isu ini juga menjadi masalah di negara jiran
Indonesia yang mengalami kebakaran hutan. Menurut Pasai (2020) menyatakan bahawa
keadaan hutan di negara Indonesia yang terkenal sebagai paru-paru dunia pada masa lalu, kini
telah mengalami kerosakan yang sangat serius dari tahun ke tahun. Menurut beliau juga,
kerosakan ini bertambah serius apabila pembukaan kebun kelapa sawit. Penggunaan sistem
tradisional bagi membuka ladang kelapa sawit adalah dengan membakar hutan serta tanah dan
seterusnya menyebabkan kebakaran hutan berlaku di negara tersebut. Terdapat kesan
disebabkan oleh pembakaran hutan ini. Antaranya, pencemaran udara akan turut berlaku.
Menurut Jainal dan Ferawati (2019) menyatakan bahawa pencemaran udara bukan sahaja
berlaku disebabkan oleh kenderaan bermotor sahaja, malah ianya juga disebabkan oleh
kebakaran hutan yang tidak berhenti dan merupakan masalah pencemaran yang serius. Hal ini
demikian kerana, penghasilan gas karbon monoksida (CO) daripada pembakaran sesebuah
hutan dan seterusnya menyebabkan gangguan pernafasan dan mengganggu aktiviti-aktiviti
harian. Malah, ianya juga turut memberi kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Manfaat
potensi hutan seperti dirian pokok hutan yang digunakan oleh semua manusia supaya dapat
memenuhi keperluan harian seperti bahan bangunan, makanan, perubatan, mahupun haiwan.
Tegasnya, kebakaran hutan ini berpunca daripada sikap manusia yang merosakkan persekitaran
ini dan kerosakan ini akan membawa kepada kesengsaraan hidup.

Di samping itu, produk teknologi hijau memainkan peranan penting bagi mengatasi isu-
isu perhutanan yang dialami oleh negara Malaysia mahupun negara-negara luar. Antara produk
teknologi hijau adalah kitar semula kertas terpakai dalam semua urusan seperti pencetakan.
Penggunaan kertas dapat dilihat dimana-mana sahaja. Misalnya, di rumah, pejabat, kedai
sekolah dan sebagainya. Menurut Norhusna (2014) menyatakan bahawa penggunaan kitas
semula kertas mampu mengurang jumlah pokok yang telah ditebang oleh manusia. Penghasilan
bagi satu tan kertas memerlukan 17 batang pokok bagi menghasilkan kertas. Perkara ini
sangat penting agar semua manusia lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh
dikitar semula sesuka hati. Oleh itu, semua manusia perlu sedar akan penggunaan penjimatan
kertas seperti menyediakan bekas khas untuk kertas yang terpakai agar dapat dikitar semula

serta mengurangkan penggunaan kertas semasa mesyuarat mahupun pembentangan. Dengan
melakukan perkara diatas dapat mengelakkan penggunaan kertas yang banyak. Seterusnya,
terdapat banyak manfaat yang dapat diperoleh jika menggunakan kertas kitar semula. Antaranya
adalah dapat menjimatkan tenaga seperti negara Amerika dapat membekalkan tenaga kepada
purata rumah selama enam bulan jika menggunak kertas kitar semula. seterusnya, kitar semula
kertas mampu mengurangkan atau meminimumkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak satu
tan metrik setara karbon (MTCE) serta menjimatkan 7000 gelen air. Tambahan pula, penggunaan
kertas kitar semula ini dapat mengurangkan keperluan mahupun menjimatkan ruang untuk
pelupusan sampah yang banyak. Pengaplikasian produk teknologi hijau ini selaras dengan ciri-
ciri yang dikehendakinya. Misalnya, selamat digunakan, mudah, berupaya meminimumkan
kemerosotan alam sekitar, jimat dan boleh dikitar semula. Dengan mengamalkan produk
teknologi ini, dapat membantu kembalikan alam sekitar yang sihat serta tidak mempunyai
kerosakan.

Seterusnya, produk teknologi hijau yang dapat digunakan bagi mengatasi masalah
perhutanan ini adalah dengan menggunakan mekanisasi dan aplikasi pengurai. Hal ini demikian
kerana, pembersihan tanah dengan cara membakar akan merosakkan alam sekitar dan
seterusnya menyebabkan kehilangan jumlah nutrien, bahan organik mahupun pelepasan gas
rumah hijau. Cara ini bermula dengan penggunaan jengkaut untuk membersihkan kawasan
semak atau rumpai dan kemudiannya dibajak dengan traktor 4 roda, cakera dan rotary.
Penggunaan teknologi seperti dron juga digunakan bagi menabur benih di sesebuah kawasan
pertanian serta penggunaan alat mekanisasi pertanian dalam menyediakan tanah mahupun
penanaman yang digunakan untuk memberikan ruang yang cukup kepada tumbuhan. Dalam
masa yang sama, dapat menghapuskan punca penyakit serta meningkatkan lagi kecekapan kerja.
Mengikut kajian, mekanisasi membantu mengurangkan kos pembelanjaan sebanyak 30 peratus
serta dapat meningkatkan produktiviti sesuatu tanah iaitu sebanyak 33.83 peratus. Melalui
kaedah ini juga mampu mempercepatkan lagi proses pengeluaran seperti pembajaan akan
mengambil masa sebanyak 320-400 jam jika dilakukan secara manual manakala jika
menggunakan mesin atau teknologi ini hanya mengambil masa sebanyak 4-6 jam sahaja.
Tambahan pula, mampu menjimatkan kos buruh atau pekerja sekiranya menggunakan pertanian
secara manual. Seterusnya, penggunaan pengurai merupakan satu langka bagi
mempercepatkan proses penguraian bahan organik khususnya kepada sisa tumbuhan jenis yang
berkayu serta pengurai mikrob juga dapat mempercepatkan luluhawa keratan rumpai serta sisa
tumbuhan agar menjadi lebih kompos dan tidak memerlukan kaedah pembakaran. Namun,

semburan decomposer juga turut dilakukan berulang kali supaya sampah kayu dapat mereput
dengan lebih pantas dan tidak memerlukan masa yang lama. Dengan menggunakan kaedah ini
dapat mengelakkan pembakaran kawasan tanaman baharu yang boleh memberi banyak kesan
kepada semua makhluk.

Kesimpulannya, alam sekitar merupakan salah satu sumber terpenting dalam sesebuah
kehidupan agar ekosistem berada dalam keadaan lebih baik dan lancar. Oleh itu, semua pihak
memainkan peranan yang sangat penting bagi mengatasi masalah isu alam sekitar ini. Hal ini
demikian kerana, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri
manusia itu sendiri tentang bertapa pentingnya alam sekitar kepada manusia. Manusia juga perlu
mengubah minda serta sikap komuniti atau masyarakat terlebih dahulu agar mempunyai sikap
cinta akan alam sekitar. Sikap ini sepatutnya ada di dalam diri mereka kerana selagi minda
mereka tidak mempunyai kesedaran ini, masalah alam sekitar tidak dapat diatasi dengan serta
merta mahupun berkesan. Menurut Khairull Azhar (2018) menyatakan bahawa masyarakat mesti
menguruskan sumber alam dengan cara berkhemah mahupun teliti agar tidak melakukan
sebaran pembaziran sumber alam secara tidak terkawal serta segala tindakan manusia terhadap
alam sekitar mempunyai nilai pahala dan dosa. Alam sekitar merupakan anugerah Allah kepada
semua manusia yang terdapat di muka bumi ini. Sebarang perbuatan atau tindakan yang
dilakukan oleh manusia akan berkait rapat dengan alam sekitar serta mempunyai kesan
berangkai yang kemudiannya akan kembali kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, manusia perlu
memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak berlakunya sebarang kerosakan dan
seterusnya generasi akan datang dapat merasai alam sekitar yang baik mahupun bersih.
Seterusnya, kewujudan produk teknologi hijau ini dapat membantu manusia dalam mengatasi
masalah-masalah alam sekitar. Penggunaan teknologi hijau ini dilaksanakan mengikut keperluan
semasa tanpa perlu menjejaskan keperluan generasi yang akan datang. Dengan ini, generasi
pada masa akan datang dapat menikmati kualiti hidup mereka seperti kehidupan manusia pada
masa sekarang.

(2004 patah perkataan)

Rujukan.

Anggraeni Arif. (2016). Analisis yuridis pengrusakan hutan (deforestasi) dan degradasi hutan
Terhadap lingkungan. Jurisprudentie: Jurusan Ilmu Hukum Fakultas Syariah dan Hukum,
3(1), 33-41. https://journal3.uin-alauddin.ac.id/index.php/Jurisprudentie/article/view/3622

Andy Cahyono, Sofyan P Warsito, Wahyu Andayani & Dwidjono H Darwanto. (2015).
Faktor-faktor yang mempengaruhi kebakaran hutan di indonesia dan implikasi
kebijakannya. Jurnal Sylva Lestari, 3(1), 103-112.
http://jurnal.fp.unila.ac.id/index.php/JHT/article/view/629

Dealing with Timber Theft. (2022). Archive.org.
https://web.archive.org/web/20081017123553/http://www.ext.vt.edu/pubs/forestry/420-
136/420-136.html

Hazurah Abu bakar & Syarifah Norhaidah Syed Idros. (2007). Pemeliharaan alam Tabii
bersumberkan pengetahuan Islam. Pendidikan Sains, 7(1), 31-44.
https://www.academia.edu/34741734/Pemeliharaan_Alam_Tabii_Bersumberkan_Penget
ahuan_Islam

80 hektar hutan simpan Kuala Langat terbakar. (2020, April 20). Berita harian
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/679541/80-hektar-hutan-simpan-kuala-
langat-terbakar

Khairul Azhar bin Meeranganii. (2018). Kepentingan penjagaan alam sekitar menurut perspektif
maqasid syariah. Isu-Isu Semasa Islam & Sains, 543-560.
https://www.researchgate.net/profile/Khairul-
Meerangani/publication/323118346_KEPENTINGAN_PENJAGAAN_ALAM_SEKITAR_
MENURUT_PERSPEKTIF_MAQASID_SYARIAH/links/5a80e844aca272a73769ea6c/K
EPENTINGAN-PENJAGAAN-ALAM-SEKITAR-MENURUT-PERSPEKTIF-MAQASID-
SYARIAH.pdf

Kebakaran liar. (2011, Julai 20). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebakaran_liar

Karmilah Abdullah dan Jamilah Ahmad. (2014). Impak pemerkasaan teknologi hijau terhadap
amalan pengamal perhubungan awam hijau di Malaysian Green Technology Corporation
(GreenTech Malaysia). Akademika, 84(3), 29-39. http://journalarticle.ukm.my/8601

Norhusna Mohamad. (2014). Penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai dalam
kalangan pelajar fakulti pendidikan teknikal dan vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
https://core.ac.uk/download/pdf/20350026.pdf

Penebangan hutan. (2019, July 19). In Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penebangan_hutan

Pasai, M. (2020). Dampak kebakaran hutan dan penegakan hukum. Jurnal Pahlawan, 3(1),
36-46.http://journal.universitaspahlawan.ac.id/index.php/jp/article/view/609

Ritchie, H., & Roser, M. (2021, February 9). Forests and Deforestation. Our World in
Data. https://ourworldindata.org/deforestation\

Kebakaran hutan di AS, Kanada makin buruk. (2021, July 15). sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/150138/GLOBAL/Kebakaran-hutan-di-AS-
Kanada-makin-buruk

Weisse, M., & Dow-Goldman, E. (2020, June 11). This is what global deforestation looks
like around the world. World Economic Forum.
https://www.weforum.org/agenda/2020/06/rainforest-deforestation-global-charts-football-
pitch

Zatul Iffah Zolkiply. (2022, March 2). Isu “balak” Tasik Kenyir: MB tunggu laporan

Jabatan Perhutanan negeri. Berita Harian; Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/929364/isu-balak-tasik-kenyir-mb-
tunggu-laporan-jabatan-perhutanan-negeri


Click to View FlipBook Version