PENGURUSAN
DASAR SEKOLAH
KETETAPAN KURIKULUM
1
DASAR SEKOLAH
1. DASAR KURIKULUM
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah core business bagi setiap guru dan murid-murid uang belajar di sekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat dan keperluan Kementerian
Pendidikan Malaysia serta aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dasar yang
ditetapkan menjadi garis panduan kepada hala tuju dan pengurusan akademik sekolah ini dalam
memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Mematuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan sekolah.
3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum
semasa.
3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan
keutamaan.
4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran
guru besar.
5.0 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
5.2 Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi –putih).
5.3 Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah
di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.
2
6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
6.1 Sistem KSSR : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Sains, Sejarah, Pendidikan Muzik,
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Kesenian, TMK / RBT dan Bahasa Arab.
7.0 DSKP, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SERTA eRPH
7.1 Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
hendaklah diperolehi dan disimpan dalam fail panitia.
7.2 Semua rancangan tahunan hendaklah disiapkan / dilengkapkan tidak lewat dari 31 Januari
tahun berkenaan.
7.3 Rancangan tahunan hendaklah disemak dan disahkan oleh Guru Besar.
7.4 Rancangan pengajaran harian mesti mengandungi :
i. Tajuk / Isi Pelajaran
ii. Objektif
iii. Aktiviti
iv. Refleksi
7.5 Buku rekod mengajar / eRPH dihantar setiap hari khamis pada setiap persekolahan minggu
berkenaan untuk disemak oleh Guru Besar / PK.
7.6 Semua guru mesti menyediakan eRPH setiap kali masuk ke dalam kelas untuk tujuan
PdPc.
7.7 Pembelajaran Abad Ke21 (PAK21) menjadi amalan dan pelaksanaan di sekolah yang
bercirikan 6C.
1. Critical Thinking (Pemikiran Kritis)
2. Creative Thinking (Pemikiran Kreatif)
3. Collaborative (Kolaborasi)
4. Communication (Komunikasi)
5. Character (Karektor/Perwatakan)
6. Country (Kenegaraan)
8.0 JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengiikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum.
8.3 Mengikut dasar pengagihan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan kepada guru
opsyen dan kepakaran guru.
8.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu.
8.5 Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas
Bilik-bilik Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual
mestilah diserahkankan kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran
terlibat. Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah
Pusat Sumber, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel RBT, Surau, Bilik J-Qaf,
Bilik Seni, Bilik APD dan Pusat Akses.
3
9.0 GURU GANTI
9.1 Mana-mana guru yang CRK / berkhusus perlu merekod dan memaklumkan kepada
Guru Besar dan PKP serta mencatat dalam buku kehadiran guru.
9.2 Guru berkenaan juga boleh mencari guru pengganti terlebih dahulu.
9.3 Guru yang CRK dan berkursus perlu menyediakan bahan untuk PdPc gantian.
9.4 Guru berkenaan perlu menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain
9.5 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh PKP/JK Jadual
9.6 Penggantian PdPc yang tertinggal dilakukan untuk mencukupkan kiraan jam minimum bagi
setiap subjek
10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
10.1 Tahap 1 ( Tahun 1 – 3 )
Ahad – Isnin : 7.45 pagi – 1.15 petang
Selasa – Khamis : 7.45 pagi – 12.45 petang
10.2 Tahap 2 ( Tahun 4 – 6 )
Ahad – Isnin : 7.45 pagi – 1.45 petang
Selasa – Khamis : 7.45 pagi – 1.15 petang
10.3 Waktu berubah mengikut Akta/pekeliling Ikhtisas semasa
11.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
11.1 Bagi murid di tahun 1 hingga 6 sistem KSSR kaedah pentaksiran bilik darjah (PBD)
dijalankan dengan instrumen yang dikhususkan sebanyak 2 kali setahun pelaporan
difailkan
11.2 Bagi murid di tahun 6 semua murid Tahun 6 berhak dan layak menduduki UPSR
mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Malaysia
11.3 Format Peperiksaan
11.3.1 Format – mengikut format kertas peperiksaan awam
11.3.2 Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan yang sebenar
11.3.3 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam.
11.4 Jadual Pengawasan
11.4.1 Disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan PK Pentadbiran
11.4.2 Jadual Pengawasan mengikut jadual peribadi bagi PBD Subjek
11.4.3 Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam
11.5 Rekod Markah
11.5.1 Markah peperiksaan direkodkan dalam Buku Rancangan Mengajar /eRPH
11.5.2 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara atas talian
mengikut tarikh yang ditentukan
11.5.3 Slip keputusan yang lengkap diserahkan kepada ibu bapa murid bagi Pelaporan
Penilaian Sumatif penggal pertama dan penggal kedua
11.6 Semua guru perlu mematuhi jadual pengisian Templet Offline yang dijalankan 3 kali
setahun.
11.7 Semua guru hendaklah mengisi secara manual Pentaksiran Bilik Darjah pada
pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah melakukan pertimbangan professional
semasa membuat penilaian.
4
11.8 Pengurusan PBD memastikan pelaksanaan PBD berjalan sepanjang tahun.
11.9 Pentaksiran diselaraskan mengikut panitia dan data pentaksiran dibuat analisis.
11.10 Sekiranya ada murid yang berpindah, maklumat PBD hendaklah dikembarkan bersama.
11.11 Guru pastikan semua murid Melepasi Tahap Minimum PBD
12.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN
12.1 Pencerapan PdPc dijalankan oleh Guru Besar/Penolong-Penolong Kanan/Ketua Panitia
sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
12.2 Item pencerapan hendaklah mengikut aspek dalam SKPMg2.
12.3 Ketua Panitia juga boleh membantu dalam melaksanakan pencerapan bagi membimbing
rakan sepasukan.
12.4 Guru Besar melantik penolong-penolong kanan dan KP Mata Pelajaran sebagai JK
Pencerapan.
12.5 Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar
12.6 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
Dicerap
13.0 PENGURUSAN PANITIA
13.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 4 / 1986.
13.2 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia.
13.3 PKP akan menyelia fail panitia sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
13.4 Semua fail panitia dan Unit JK Kurikulum diletakkan di dalam bilik PKP.
13.5 Setiap Program Panitia yang berbentuk PLC hendaklah diisi berkumpulan secara online
dalam SPLKPM oleh Setiausaha panitia.
13.6 Aktiviti panitia hendaklah berfokuskan perkembangan pembelajaran murid yang aktif dan
bermakna dan aktiviti profesionalisme yang memaksimumkan potensi guru.
13.7 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program perkembangan murid yang
bertunjangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
13.8 PKP hendaklah memastikan bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan
secara sistematik dan terancang.
13.9 Aktiviti PLC diberikan keutamaan seperti sesi perkongsian guru dan “Peer Coaching”.
13.10 Aktiviti Learning Walk secara berjadual turut dilaksanakan bagi membantu guru
melaksanakan PdPc PAK21 dan amalan terbaik Program TS25.
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan
Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan
bahan bantu mengajar dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.
5
15.0 BUKU LATIHAN MURID
15.1 Guru menggunakan buku latihan murid untuk diberikan tugasan sebagai salah satu
kaedah pentaksiran.
15.2 Guru memberikan latihan secara berterusan dan menyemak latihan untuk dijadikan
refleksi.
15.3 Guru Besar/Penolong-Penolong Kanan akan menyemak buku latihan dan disimpan
perekodan.
15.4 Guru memberikan penghargaan terhadap hasil kerja murid.
16.0 PENGGUNAAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN
16.1 Buku Teks dijadikan bahan rujukan sepenuhnya oleh semua murid. Murid haruslah
menjaga buku teks sebaik mungkin.
16.2 Jadual penggunaan Perpustakaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris digunakan sepenuhnya oleh guru bagi program MBMMBI.
16.3 Program NILAM hendaklah diberikan keutamaan dan guru menggalakkan murid
membaca buku.
16.4 Program Google Classroom dijadikan salah satu aktiviti PdPc guru seperti memberikan
tugasan dan latihan pengukuhan bagi membangunkan modal insan dalam penggunaan
internet. Ianya juga boleh dilaksanakan di makmal komputer sekolah.
17.0 PROGRAM PERKEMBANGAN STAFF
17.1 Semua guru dan pemimpin sekolah yang hadir kursus atau taklimat hendaklah
menyampaikan maklumat kepada guru dalam bentuk kursus dalaman.
17.2 Aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah amalan terbaik yang
menyumbang kepada kompetensi guru seperti PLC, Lawatan Penanda Aras, Bimbingan
dan Pementoran dan penyelidikan boleh dijalankan dalam panitia dan direkodkan sebagai
kursus dalaman.
17.3 Aktiviti secara kumpulan besar yang melibatkan semua guru dijalankan sebagai
perkongsian ilmu, kursus, taklimat dan bengkel.
17.4 Aktiviti CPD secara individu juga digalakkan penyertaan guru seperti pembacaan buku,
e-pembelajaran, peningkatan akademik dan sumbangan lain yang berbentuk profesional
dan bukan profesional.
17.5 Dasar Kurikulum mewajibkan guru menghadiri kursus dalaman 5 hari setahun.
17.6 Setiap guru juga perlu memenuhi sistem mata kredit iaitu minima 42 mata setahun. Mata
dikutip melalui aktiviti PLC, Kursus Dalaman dan Sumbangan.
17.7 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara sistematik dan terancang
berfokuskan keperluan guru dan perkembangan pendidikan semasa.
6
PERINCIAN BIDANG TUGAS KURIKULUM
1. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.
2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua
anggota panitia.
3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian.
4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan Salinan
kepada pengurusan sekolah.
5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan- soalan bagi
pentaksiran pertengahan tahun dan akhir tahun.
6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan pentaksiran bilik darjah (PBD) 2 kali setahun.
8. Berusaha menambah BBM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan.
9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran,
pentaksiran dan lain-lain.
10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran.
11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.
12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan / sukatan pelajaran,
ujian dan lain-lain.
13. Membantu dalam pengurusan, penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber,
Makmal dan bengkel.
14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek
Kecemerlangan Akademik dan sebagainya.
15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan.
2. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECEMERLANGAN PENINGKATAN AKADEMIK
1. Mengenalpasti kumpulan pelajar.
2. Merancang, mengurus, dan menyelia programbimbingan.
3. Mewujudkan Projek Khas yang inovatif dan memberi & kesan berganda.
4. Membuat penilaian / target mata pelajaran dan menentukan tindakan susulan.
3. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN
1. Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap anggota.
2. Menyedia Rancangan Mengajar.
3. Mencadangkan buku teks dan buku rujukan.
4. Menyelaras soalan-soalanuj ian dan peperiksaan.
5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan.
6. Mengadakan mesyuarat panitia.
7. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar.
8. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah, PPD,JPN, KPM.
7
4. BIDANG TUGAS PEPERIKSAAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
1. Menyedia takwim/Jadual peperiksaan yang seimbang dan adil serta mengedarkannya.
2. Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan.
3. Mengurus peperiksaan dan memastikan keselamatan soalan.,
4. Menganalisa dan melapur keputusan peperiksaan dalaman dan luaran.
5. Memberi taklimat terperinci kepada pelajar pengedaran borang sementara.
6. Menyedia, mengisi, menyemak borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan ke JPN.
7. Menyedia /melengkapkan bilik-bilik peperiksaan.
8. Menjalankan kajian sosioekonomi pelajar sebagai faktor penyebab kecemerlangan.
5. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA SEGAK
1. Menjalankan ujian segak mengikut masa yang ditetapkan
2. Merekodkan tahap kecergasan murid
3. Merekodkan hasil ujian segak setiap murid dalam sistem yang disediakan.
4. Menyediakan analisis
5. Menghantar laporan ujian segak ke PPD
6. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA UNIT PSIKOMETRIK
1. Menjalankan ujian Psikometrik mengikut masa yang ditetapkan
2. Menanda kertas ujian Psikometrik murid.
3. Merekodkan pencapaian setiap murid dalam sistem yang disediakan.
4. Menyediakan analisis
5. Menghantar laporan ujian psikometrik ke PPD
7. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
1. Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas.
2. Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan.
3. Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah.
8. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
2. Menyedia dan memproses senarai alat-alat yang ada.
3. Menyediakan alat-alat dan bahan yang diperlukan oleh semua bahagian mengikut keutamaan.
4. Berbincang dengan guru besar berhubung pembelian alat-alat mengikut keutamaan dan
Kemampuan sekolah.
5. Merancang anggaran belanjawan tahunan – cuba dapatkan sumbangan luar.
6. Berhubung rapat dengan pembahagian perkhidmatan sebaran pendidikan, PKG, PSPN dan lain-lain
agensi.
7. Sebagai Juru foto sambilan sekolah – merakam peristiwa-peristiwa penting di sekolah dan luar
Sekolah yang melibatkan penyertaan pasukan sekolah dan memasukkan ke dalam album.
8
9. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BBM BBM
1. Berusaha menambah alat-alat BBM dan memastikan penggunaannya secara maksimum.
2. Mereka dan mengemas kini penggunaan peralatan
3. Mengadakan pertandingan reka cipta alatan BBM.
4. Mengkategori alatan BBM mengikut mata pelajaran.
10. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BILIK TAYANGAN
1. Menyediakan rekod penggunaan radio, televisyen,LCD dan sebagainya.
2. Membuat rakaman bagi tajuk-tajuk yang diperlukan oleh panitia.
3. Menyelaraskan jadual penggunaan bilik tayang.
11. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PERPUSTAKAAN
1. Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya.
2. Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog buku-buku baru untuk diedarkan kepada guru-
Guru bagi memilih buku-buku yang sesuai.
3. Mengurus dan mengemas kini kerja-kerja berikut:
- Merekod semua buku yang ada dalam perpustakaan dalam buku stok.
- Menggelas, mengkatalogkan dan memproses buku.
- Menyedia buku rekod penggunaan perpustakaan
- Melantik Pengawas Perpustakaan dan menentukan tugas-tugasnya.
4. Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti:
- Sudut Pameran
- Pameran buku baru
- Minggu/bulan perpustakaan dan bulan membaca.
- Mengadakan pertandingan banyak membaca, mengulas buku.
- Membuat polongan akhbar.
- Mengadakan penerbitan seperti ”Berita Perpustakaan”
5. Membaikpulih buku-buku yang rosak dan menjilid.
6. Membuat hapus kira, menutup kira-kira akhir tahun dan membuat anggaran belanjawan tahun
berikutnya.
7. Menghias cantik perpustakaan supaya menjadi “Gedung Ilmu”.
12. BIDANG TUGAS UNIT PEMULIHAN
1. Mengenalpasti murid yang masih belum menguasai kemahiran dalam Matematik, Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris
2. Merancang program yang sesuai untuk pemulihan.
3. Melaksanakan program peningkatan bagi pemulihan.
4. Membuat analisa pencapaian murid berdasarkan program yang telah dilaksanakan.
5. Membuat penambahbaikkan program pemulihan sedia ada.
6. Membuat laporan program
13. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA SKPMG2 KURIKULUM
1. Menyemak dan memastikan eviden SKPMG2 kurikulum disediakan oleh pelaksana.
2. Mengemaskini fail SKPMG2 Kurikulum.
9
14. BIDANG TUGAS UNIT PRA SEKOLAH
1. Merancang PdPc dan program pra sekolah untuk murid pra sekolah.
2. Menyusun dan menyediakan bahan PdPc yang bersesuaian.
3. Menyedia dan menceriakan bilik darjah.
4. Memastikan program pra sekolah berjalan dengan lancar.
5. Menyediakan laporan program.
15. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA UNIT PENYELARAS ALIRAN/TAHUN
1. Memastikan markah PBD aliran dimasukkandan mengumpulkan rekod PBD dan diserahkan kepada
penyelaras PBD.
2. Memastikan urusan lain dalam aliran berjalan lancar.
3. Membantu urusan pembahagian kelas.
16. BIDANG TUGAS UNIT TRANSISI
1. Merancang dan melaksanakan Program Transisi.
2. Menyusun dan menyediakan bahan P&P yang bersesuaian.
3. Menyedia dan menceriakan bilik darjah Tahun 1.
4. Memastikan Program Transisi berjalan dengan lancar.
5. Menyediakan laporan bergambar Program Transisi
17. BIDANG TUGAS UNIT PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dari aspek kualiti calon UPSR.
2. Merancang strategi bagi meningkatkan prestasi pencapaian calon dalan peperiksaan UPSR.
3. Merancang program peningkatan akademik berfokus pembelajaran dan pengajaran kepada guru
dan murid.
4. Membuat perbandingan pencapaian keseluruhan calon .
5. Menyediakan laporan berdasarkan analisis pencapaian calon sebenar.
18. BIDANG TUGAS UNIT PASCA UPSR
1. Merancang program pasca UPSR.
2. Melaksanakan aktiviti mengikut panitia dan masa ditetapkan.
3. Menyediakan laporan aktiviti yang dijalankan.
19. BIDANG TUGAS UNIT MBMMBI
1. Merancang program MBMMBI untuk Panitia BM dan BI.
2. Melaksanakan aktiviti ko akademik Bahasa Inggeris.
3. Melaksanakan program kemahiran berbahasa.
4. Menyediakan pelaporan aktiviti yang dijalankan
10
20. BIDANG TUGAS UNIT PAFA DAN jQAF
1. Menjalankan aktiviti PAFA & jQAF peringkat sekolah berdasarkan takwim.
2. Membuat analisa tentang pencapaian PAFA & jQAF perngkat sekolah.
3. Menyediakan laporan aktiviti PAFA & jQAF
21. BIDANG TUGAS UNIT STEM
1. Menyampaikan maklumat kepada murid dan guru tentang pendidikan STEM.
2. Merancang program STEM peringkat sekolah serta berkolaborasi dengan unit lain bagi kemajuan
pendidikan STEM sekolah.
3. Memperluaskan program kesedaran STEM kepada murid dan ibu bapa.
4. Menjalankan pembelajaran formal dan bukan formal untuk membina asas kukuh bagi pendidikan
STEM sekolah.
5. Menyediakan laporan program yang telah dijalankan
22. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA TS25
PENYELARAS TS25
1. Jurulatih Utama PAK21 sekolah
2. Menyelaraskan LDP PAK21 kepada guru-guru
3. Menyampaikan LDP yang diperolehi daripada kursus/Bengkel kepada guru- guru di sekolah.
4. Menguruskan Fail PAK21 sekolah
5. Menulis laporan PAK21 bengkel / LDP yang telah dilaksanakan.
6. Menghantar laporan LDP PAK21 ke PPD mengikut format yang ditetapkan
7. Mengatur strategi dan menggerakkan budaya PLC di sekolah bersama pentadbir
PLC PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITIES (PLC)
1. Memastikan semua guru di sekolah mempunyai pengetahuan mengenai PLC- berkaitan Lesson
Study, Video Kritik, Sesi Perkongsian Guru, Peer Coaching.
2. Jika ramai guru yang masih tidak maklum mengenai PLC, bengkel boleh dijalankan – kerjasama
diaturkan oleh Penyelaras TS25 dengan Unit LDP sekolah.
3. Mengaturkan PLC- seperti lesson study, peer coaching, video kritik, dan lain-lain bagi panitia.
4. Memastikan PLC yang dijalankan mempunyai laporan.
5. Mengumpulkan RPH PLC mengikut panitia
23. BIDANG TUGAS UNIT LADAP SEKOLAH
1. Mengedarkan borang kompetensi matriks kepada semua guru untuk mengenalpasti keperluan
latihan.
2. Mengkaji keperluan bidang latihan berdasarkan analisis keperluan.
3. Merancang jadual perancangan latihan.
4. Mengedar borang penilaian kursus, borang pelaporan dan keberkesanan program selepas kursus.
5. Menyedia dan menghantar surat jemputan kepada penceramah.
6. Menyediakan sijil penghargaan dan rekod kehadiran yang kemaskini.
7. Menyediakan laporan bergambar selepas setiap kursus.
11
PENGURUSAN
DASAR SEKOLAH
KETETAPAN HAL EHWAL MURID
12
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini
bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk
menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya
terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada
hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya
menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke
arah kecemerlangan.
Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana
yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat
sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan
sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan
akademik.
2.0 DASAR PENGURUSAN KELAS
2.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
a) Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan
(Januari).
b) Menandakan BJKM pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 7.30 pagi. Sila ambil
perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang
lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas,
masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
c) BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
Bil Simbol Maksud
1 / Murid yang hadir
2 O Murid yang tidak hadir tanpa sebab
3 S Tidak hadir kerana sakit (dengan dokumen sokongan)
4 C Bercuti (dengan dokumen sokongan)
5 L Murid lewat ke sekolah dan dikira hadir
d) Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan
keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Cecair pemadam tidak boleh digunakan. Segala
kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
e) Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di bilik guru untuk memudahkan Guru Kelas
merekodkan data kehadiran murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
13
f) Pentadbir Sekolah / guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data kehadiran murid
ke dalam Sistem e-Kehadiran secara atas talian (on-line) sebelum pukul 8.30 pagi setiap
hari persekolahan.
g) BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 3 hari bulan tiap-tiap bulan berikutnya.
3.0 MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
3.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM120.00 bagi
sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei
terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada
Guru Besar.
4.0 PENDAFTARAN MURID BARU
4.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal
pasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
4.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dan Borang Aplikasi
Pangkalan Data Murid dilengkapkan oleh ibu bapa / penjaga pada masa itu juga. Jika murid
membawa bersama Borang SMM dan Borang APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini.
4.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru dalam Sistem APDM dan Sistem SPS.
Manakala Guru Data akan memasukkan data murid-murid baru dalam Sistem SMM. Bagi murid
asal, guru-guru hanya mengemaskini data
APDM dan data SPS yang telah dibuat. Guru Data pula hanya mengemaskini data SMM.
4.4 Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan
melaporkan kepada PK HEM.
4.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas dan yang
memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta melaporkan kepada PK
HEM untuk tindakan lanjut.
4.6 PK HEM akan menyerahkan borang SMM kepada guru SMM / Guru Data untuk pengisian butiran
di komputer.
5.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
5.1 Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
5.2 Bagi pertukaran keluar, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan (di luar
zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk
rekod dan tindakan lanjut.
5.3 Untuk pertukaran dalam zon yang sama, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke
sekolah baru dan menyerahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
5.4 Semua dokumen yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan
pihak sekolah baru.
14
5.5 Sijil Berhenti Sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6.
5.6 Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti
sekolah selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.
6.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
6.1 Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:
• Ketua Kelas
• Penolong Ketua Kelas
• AJK Kebersihan
• AJK Keceriaan
6.2 Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
a) Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas
b) Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas.
c) Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru
d) Inventori Kelas - ditampal pada pintu
e) Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas.
f) Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata Pelajaran, artikel berinformasi
& isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
g) Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam, penyeduk sampah, tong
sampah, baldi dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai.
h) Pelan laluan kecemasan semasa kebakaran hendaklah dipamerkan.
i) Sudut Bahan Bacaan / Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah disediakan di tempat yang
bersesuaian.
6.3 Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja
mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di
dalam stor peralatan sekolah.
6.4 Kebersihan kelas:
a) AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
b) Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih
dan teratur sebelum mula mengajar.
c) AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan tong
sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
d) Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam
keadaan kemas dan teratur.
e) Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan
kelas.
f) Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup.
6.5 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua
kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak.
6.6 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
a) Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
b) Melaporkan perabot dan peralatan elektrik (ICT) yang rosak kepada Guru Besar.
c) Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.
15
7.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN
7.1 Ponteng Sekolah
a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
b) Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas (sila rujuk Nota 4.1(c)
c) Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
d) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan dan hantaran surat kepada
ibubapa/penjaga dalam Fail Ponteng Sekolah.
e) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar:
• Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail
Ponteng Sekolah dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail Guru Bimbingan &
Kaunseling.
• Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP:
Amaran Pertama AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir
f) Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut
hendaklah dipatuhi:
• Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing.
• Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu.
• Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan
berjumpa dengan Guru Besar.
7.2 Pas Keluar
a) Semua guru hendaklah mendapatkan dua keping pas kebenaran keluar daripada GPK HEM
pada awal tahun.
b) Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya
mesti mendapat kebenaran daripada guru mata pelajaran serta memakai pas berkenaan.
c) Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar lelaki atau dua orang
pelajar perempuan untuk keluar dalam satu masa.
d) Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.
** Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia dikehendaki mendapat kebenaran
daripada Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru Kelas dengan mengisi dalam Buku Rekod Meminta
16
Kebenaran Balik Awal di pejabat am dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil
mereka.
**Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran, sila memberi amaran atau
laporkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan dengan segera.
7.3 Disiplin Murid
a) SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
b) Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu
melakukan kesalahan disiplin.
c) Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada
Ketua Guru Disiplin / PK HEM / Guru Besar.
d) Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta
setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan
menerima hukuman dengan rela hati.
e) Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan
prasangka kepada murid.
f) Semua guru perlu menjadi role model – contoh teladan yang baik kepada murid-murid.
7.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru
a) Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa
guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. (Amalan
Budaya Penyayang)
b) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan
masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
kerjasama.
c) Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid tidak memberi tumpuan
atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
d) Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid
lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
e) Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas / varendah.
f) Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kena pasti sebabsebabnya dan ambil tindakan
yang sewajarnya.
7.5 Dasar Umum Disiplin
a) Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan perlu difahami dan dipatuhi.
b) Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan.
c) Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan
kepada murid-murid dari semasa ke semasa.
7.6 Pemeriksaan Mengejut
a) Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa
berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir.
b) Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru
berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di bilik Guru
Besar.
d) Barang larangan akan disimpan di dalam bilik Guru Besar.
17
e) Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu
bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan Guru Besar.
f) Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab muridmurid.
7.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
a) Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
• semua guru
• kelas-kelas(untuk dipamerkan dipapan kenyataan)
• bilik-bilik khas
b) Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat
dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat.
c) Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah:
• Merekod kesalahan murid di Buku Rekod Salah laku Murid Dalam Kelas
• Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke
mesyuarat disiplin mengikut keperluan.
7.8 Pengurusan Perhimpunan
• Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Ahad). Masa perhimpunan 30
minit untuk sekolah rendah, kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.
• Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas
sekolah.
• Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.
8.0 DASAR KEBAJIKAN MURID
8.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Aplikasi Data Murid (APDM)
yang sentiasa dikemaskini.
8.2 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
a) Memastikan semua murid mendapatkan 1 set buku teks yang mencukupi
selewatlewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
b) Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama
(Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
c) Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas
dan melengkapisi maklumat dalam cap SPBT.
d) Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah
ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.
e) Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh
yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya.
f) Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT.
8.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
a) Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat
fokus utama iaitu:
• Pembangunan sahsiah diri murid
• Peningkatan disiplin diri murid
• Pendidikan kerjaya murid
• Psikososial dan kesejahteraan mental murid
18
b) Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara
hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada
pihak yang berkenaan sahaja.
c) GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada
secara individu atau kelompok.
d) GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang
telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Laporan sesi kaunseling perlu
disediakan.
e) Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang
memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
F) GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
serta pelaksanaan Ujian Aptitud Am.
8.4 Dasar Kebajikan Murid
a) Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:
• Bilangan anak yatim di dalam kelas
• Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
• Bilangan murid OKU
b) Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh
murid-murid berkenaan dan Guru Data merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke
dalam APDM seperti:
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Kadar baharu kelayakan pendapatan untuk memohon KWAPM DSA bagi tahun 2019
ialah jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM960 atau per kapita tidak
melebihi RM244.
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
➢ Untuk tempoh maksimum 190 hari dengan kadar RM3.00 seorang sehari.
Waktu makan untuk program ini ialah pada waktu rehat hari persekolahan.
➢ Kadar baharu kelayakan pendapatan bagi sekolah rendah di Negeri Sarawak
ialah jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM604 atau per kapita tidak melebihi
RM151.
Program Susu 1 Malaysia
Setiap pelajar akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali
seminggu.
Skim Takaful Pelajar Malaysia
Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah bertujuan menyediakan
perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan kepada pelajar dan keluarga mereka
bagi meringankan beban kewangan yang akan ditanggung oleh mereka sekiranya
berlaku apa-apa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri.
c) Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan
muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana alam keluarganya.
d) Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid
berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa)
atau diri sendiri.
19
9.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
9.1 Rekod Kesihatan Murid
a) Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan.
b) Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam Buku Rekod Kesihatan.
c) Guru Kelas mestilah memastikan buku ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan terhadap anak / anak
jagaannya.
d) Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah
lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
e) Jika Guru Kelas mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan buku tersebut,
murid boleh mendapatkanya daripada PK HEM.
f) Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan fizikal ataupun semasa suntikan diberikan kepada murid Tahun 1 dan
Tahun 6 oleh pegawai kesihatan.
g) Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah.
9.2 Kad Pergigian Murid
a) Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun.
b) Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak
jagaannya.
c) Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian Sekolah yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan.
9.3 Surat Rawatan Murid
a) Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
b) Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Penolong
Kanan.
c) Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-
mana hospital atau klinik kerajaan.
9.4 Murid Sakit
a) Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau
kurang sihat pada hari tersebut.
b) Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata pelajaran atau Guru
Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
c) Guru mata pelajaran atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan
pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
d) Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan,
Guru Kelas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke
klinik atau hospital terdekat sama ada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah
atau menghubungi ambulans.
e) Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang
dalam Buku Laporan Bertugas Harian.
9.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
a) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri,
kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah.
b) Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga
kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
20
c) Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar
kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
d) Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas dibersihkan
setiap hari iaitu sebelum pukul 7 pagi waktu persekolahan.
e) Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam
keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran.
f) Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi dan meja masing-masing dengan kemas
sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan.
g) Guru mata pelajaran untuk waktu terakhir hendaklah memeriksa kelas selepas tamat
persekolahan.
10.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH
10.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K ( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan ).
10.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah
dan sesi persekolahan.
10.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan(Skim Takaful
Pelajar Malaysia).
10.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan, ibu bapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana
aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.
Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan
maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
10.5 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama
sebelum, semasa dan selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan.
10.6 Latihan Kecemasan Kebakaran
a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 1 kali
setahun.
b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
c) Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas mengikut
Pelan Kecemasan dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan.
Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka.
d) Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta
bekalan gas ditutup sebelum keluar.
e) Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) / Senarai nama murid dibawa keluar dari
pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.
f) Guru kelas mestilah mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang
tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.
21
10.7 Polisi Keselamatan Sekolah
a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah
iaitu :-
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah ii. Polisi
Mengelakkan Gangguan Seksual iii. Polisi Keselamatan Menjalankan
Aktiviti Kokurikulum.
b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan
setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.
10.8 Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat
a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah
dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka
dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
10.9 Kawalan Keselamatan
a) Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka
mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
b) Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin
berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan
mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
c) Khidmat Warden lalu lintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk dalam
kawasan sekolah.
d) Murid mematuhi isyarat yang diberikan oleh warden lalu lintas.
PERUBAHAN DASAR HEM
2.0 DASAR PENGURUSAN KELAS
2.1 e-KEHADIRAN
a) Menandakan e-kehadiran pada setiap hari persekolahan bermula pukul 7.30 pagi. Sila ambil
perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang
lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, sekolah perlu menyediakan rekod nama, kelas,
masa tiba dan sebab kelewatan untuk tujuan nasihat dan tindakan penambahbaikan.
b) Guru kelas hendaklah mengakses e-kehadiran murid melalui Sistem APDM.
c) Guru Kelas atau Guru yang dilantik oleh sekolah akan memasukkan data kehadiran murid
ke dalam Sistem e-Kehadiran secara atas talian (on-line) sebelum pukul 8.30 pagi setiap
hari persekolahan.
22
PENGURUSAN
DASAR SEKOLAH
KETETAPAN KOKURIKULUM
23
DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM
“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah,
mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian)
Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94,
Perundangan
A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah
memberi takrif Kokurikulum iaitu :
• Penyertaan dalam sukan permainan
• Penyertaan dalam persatuan dan kelab
• Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
• Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan
DASAR UTAMA (1)
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KOKURIKULUM KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
MELAKSANAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB
Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika
disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di
bawah penalti am.
Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.
“1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti
diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.
“(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan
yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi
lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan
kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan”.
24
DASAR UTAMA (2)
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap
pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian
seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.
[Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)]
1. Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum
yang mereka minati.
2. Untuk tujuan ini Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan
di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]
3. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan
dan diberi penilaian.
Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]
4. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk
menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan
tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng
sekolah atau ponteng kelas.
DASAR UTAMA (3)
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB
1. Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan
mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja
kokurikulum di sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)
2. Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang
spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan
dalam bidang kurikulum.
3. Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah
suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban
penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut
“Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).”
25
DASAR UTAMA (4)
PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan yang
dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah
yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.” [Peraturan 2
dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]
1. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud
mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema
penilaian yang pragmatis dan progresif.
2. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu
membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.
PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-
ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan
perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
1. Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan
adalah terbuka kepada semua murid.
DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1. “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah
mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal
untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerakerja-
gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang
sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”
[Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
2. “Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota
masyarakat setempat.”
[Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-
11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’]
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan
Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan
murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus
yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan
26
bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan
pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga
menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin
menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka
secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).
6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang
perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang
kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan
semata- mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat
disiplin yang baik”. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
7. Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri
masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih
tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa.
27
SENARAI TUGAS
1 .Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan
Kokurikulum dan kegiatan lain.
i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
2 .Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum
a. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah.
c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja kokurikulum
d. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan
dan berkesan.
e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras penyelaras unit.
j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
3. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum
a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b. Membantu Guru Besar dan GPK Ko Kurikulum dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform dan sukan/permainan.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.
28
4 .Tanggungjawab Setiausaha Sukan
a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSST.
c. Membantu Guru Besar dan GPK Ko Kurikulum mengagih tugas baru dalam olahraga dan
permainan.
d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran, rujukan dan rekod.
k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan
sukan sekolah.
l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod
Pencapaian Sukan Sekolah.
m. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
5. Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform
a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform.
b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
– mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
– Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
– Borang penyertaan persatuan
– Borang senarai AJK dan ahli
– Buku laporan aktiviti
i. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan
rekod.
j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.
6. Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat
a. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
b. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
c. Memastikan setiap aktiviti di isi dalam fail laporan aktiviti dan buku PAJSK
murid.
29