The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD SYAHIR ILHAM BIN RAZALI

PIMK 1094- PENGANTAR ILMU FIQH PPSIMP PAI IPG KAMPUS TAWAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD SYAHIR ILHAM BIN RAZALI, 2022-09-18 03:08:47

PENGGUNAAN VAKSIN YANG DIHASILKAN DARIPADA NAJIS

MUHAMMAD SYAHIR ILHAM BIN RAZALI

PIMK 1094- PENGANTAR ILMU FIQH PPSIMP PAI IPG KAMPUS TAWAU

Pengenalan

Vaksin ialah bahan yang digunakan untuk
mencegah penyakit. World Health Organisation
(WHO) menetapkan penggunaan vaksin
sebagai langkah pencegahan yang paling
optimum kepada sistem imun badan manusia.
Di Malaysia, kerajaan juga telah mengambil
insiatif untuk menggalakkan penggunaan
vaksin kepada seluruh rakyat termasuklah ketika
negara kita dilanda wabak Covid-19.

Pengenalan

Malah, kanak-kanak di Malaysia juga turut
diwajibkan mengambil 12 jenis vaksin sejak
lahir. Keberkesannya dapat membendungkan
peningkatan jangkitan wabak dan juga
kematian. Walaubagaimanapun, terdapat
vaksin yang dihasilkan daripada najis.
Contohnya, virus influenza. Penghasilan vaksin
daripada bahan tersebut disebabkan tiada
alternatif lain melainkan najis. Isu ini telah
menjadi keraguan oleh sebilangan rakyat.

‫ َوِإَذا َوَقَع ِبَأْرٍض َوَأْنُتْم ِبَه ا‬، ‫ِإَذا َس ِم ْع ُتْم ِبِه ِفي َأْرٍض َفلا َتْق َدُم وا َع َلْيِه‬
‫َفلا َتْخُرُجوا ِفَراًرا ِم ْنُه‬

Maksudnya: “Apabila kamu dapati terdapat penyakit taun di dalam
mana- mana kawasan maka janganlah kamu mendekati kawasan
tersebut, dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terkena
taun, maka janganlah kamu keluar lari daripada kawasan tersebut.”



(Riwayat Bukhari)

Apa itu vaksin? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia,
Vaksin ialah antigen yang diperolehi dari
struktur virus atau bakteria yang telah
dimatikan atau dilemahkan.

Antigen berfungsi untuk merangsang
sistem imuniti atau daya lawan jangkitan.
Hal ini akan membentuk imuniti terhadap
jangkitan penyakit tertentu kepada
seseorang.

Contoh Vaksin

di Malaysia

Vaksin HPV Vaksin Influenza Vaksin Tetanus

Mencegah dari kanser servik Mencegah dari jangkitan Mencegah dari jangkitan
akibat jangkitan HPV Influenza kancing gigi

Kepentingan vaksin dalam kehidupan

Melindungi diri, Mengawal
keluarga dan penularan
masyarakat sesuatu wabak
daripada di negara kita
dijangkiti
Penyebab Pencegahan
sesuatu wabak penyakit yang

sukar untuk paling
merebak berkesan

Isu berkaitan
penggunaan vaksin

Sabda Nabi SAW:
‫ِلُكِّل َداٍء َدَواٌء َفِإَذا ُأِص ْيَب َدَواُء الَداِء َبَرَأ ِبِإْذِن ِهللا َع َّز َوَجَّل‬
Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar
menepati penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim)

1 Hukum penggunaan vaksin

Jika vaksin tersebut diperbuat daripada :

Bahan yang bersih dan Suci Bahan yang najis

maka ia terbahagi kepada
DIHARUSKAN DUA JENIS

ada alternatif lain tiada alternatif lain

Jika ada alternatif lain,
maka tidak boleh digunakan

sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah
menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan
janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”

Jika tiada alternatif lain,
maka dibolehkan

Hal ini dikatakan demikian kerana,
ia termasuk dalam perkara darurat dan menggunakan beberapa kaedah iaitu :

Kaedah ‫ الضرورات تبيح المحظورات‬iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Malah,
ia juga terikat dengan kaedah lain yang bererti darurat cukup yang perlu sahaja.

(Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, 2015)

2 Hukum penggunaan vaksin
Biothrax dan vaksin Rotateq

Penggunaan kedua-dua Kenapa diharamkan?
vaksin ini adalah
DIHARAMKAN 1.Ada unsur babi dalam proses
penghasilannya

2.Penggunaan bahan berkenaan
belum capai tahap darurat

3.Terdapat bahan alternatif selain
penggunaan vaksin

4. Tiada data sokongan yang jelas
keperluan kedua-dua vaksin

3 Keputusannya:

Keputusan yang Penggunaan vaksin untuk Imunisasi
diputuskan oleh Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi
Majlis Muzakarah adalah bukan najis dan harus digunakan
Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan Jakim Penggunaan pelalian Meningococcal
berkaitan Vaksin : Meningitis Mencevax yang diambil daripada
sumber lembu adalah harus.


Penggunaan vaksin Meningitis Monumen
yang dikeluarkan oleh Sanofi Pasteur adalah
diharuskan dan tidak mengandungi unsur-
unsur yang meragukan.

Seterusnya>

Keputusannya:

Keputusan yang Pengambilan vaksin Human Papilloma
diputuskan oleh (HPV) adalah diharuskan untuk cegah
Majlis Muzakarah kanesr servik kerana tiada unsur meragukan
Jawatankuasa Fatwa dalam kandungannya.
Kebangsaan Jakim
berkaitan Vaksin : Penggunaan vaksin Meningitis Menveo dan
Menactra® adalah diharuskan

Keputusan yang dibuat berkaitan vaksin
telah mengambil kira 3 aspek utama :

1 Sumber vaksin hendaklah 3
daripada bahan-bahan yang
Sekiranya terdapat dua
suci dan tidak najis.
pilihan vaksin iaitu yang

2 Jika tidak dapat dielakkan, bersumberkan bahan halal

vaksin yang bersumberkan dan yang haram, maka
daripada bahan haram
dibenarkan atas dasar darurat wajib memilih vaksin yang
yang diiktiraf syara'
bersumberkan bahan

halal.



Rumusan

Berdasarkan penerangan dan hujah yang kukuh, ditegaskan bahawa vaksin adalah satu kaedah
yang efektif dalam mencegah penularan penyakit . Islam amat menggalakkan umatnya untuk rawat
penyakit. Menurut Islam, setiap penyakit ada penawarnya sepertimana daripada Anas bin Malik RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:



‫ َفَتَداَوْو ا‬،‫ َخَلَق الَّدَواَء‬،‫ِإَّن َهللا َحْيُث َخَلَق الَّداَء‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit, diciptakan juga penawar. Maka
berubatlah kamu.” [Riwayat Ahmad (12596)]



Penggunaan vaksin yang dihasilkan oleh najis perlulah selari dengan tujuan dan matlamat syariah
iaitu, menyelamatkan nyawa. Biarpun dihasilkan daripada najis, ia dibolehkan selagi tiada alternatif
lain penghasilan secara halal dan mudarat. Sebaiknya, cuba sedaya upaya untuk mencari vaksin
yang menggunakan bahan yang suci dan bersih untuk melindungi diri daripada jangkitan wabak.
Oleh itu, diseru kepada saintis-saintis Islam untuk mengkaji dan menghasilkan vaksin yang halal
digunakan kelak.

Rujukan

Dr. Irwan Bin Mohd Subri. (2013). Vaksinisasi sebagai kaedah pencegahan menurut
Islam. Universiti Sains Islam Malaysia. https://www.usim.edu.my/news/in-our-
words/vaksinisasi-sebagai-kaedah-pencegahan-menurut-islam/

Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. (2016). Tiga hukum guna vaksin sumber haram.
Harian Metro. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/03/138985/tiga-hukum-
guna-vaksin-sumber-haram

Dr. Yeong May Luu. (2015). Imunisasi: Fakta dan Kemusykilan . Kementerian Kesihatan
Malaysia. http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. (2015). Irsyad Al-Fatwa Ke-30: Hukum Vaksin
Daripada Perspektif Islam .Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2069-30

Rujukan

Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub. (2019) Irsyad Al-Hadith Siri Ke-389:
Hadith Penyakit Bersama Penawar. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3528-irsyad-al-hadith-siri-ke-389-
hadith-penyakit-bersama-penawar

Muhammad Nazir Alias, Nik Abdul Rahim, Nik Abdul Ghani, Muhammad Adib
Samsudin, Mohd Sham Kamis. (2020). Penghasilan Vaksin Yang Mengandungi Unsur
Najis Menurut Perspektif Maqasid Syariah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Eaglewood Realty

Sekian Terima Kasih

Lindung diri, Lindung semua


Click to View FlipBook Version