2018 PT3 BAHASA MELAYU
ULASAN 1
Iklan menunjukkan kempen menjaga alam sekitar di negara kita. Kempen ini
bertujuan untuk menerapkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Impaknya,
penebangan hutan dapat dikurangkan apabila kempen ini benar-benar berkesan. Selain
itu, mewujudkan persekitaran yang bersih. Masyarakat akan membuang sampah-sarap ke
dalam tong sampah yang disediakan. Pada masa yang sama kempen ini mampu
mengurangkan kuantiti sampah. Masyarakat tidak akan membuang sampah di merata-
rata tempat kerana sesetengah sampah ini dapat dikitar semula. Akhir sekali, mendidik
masyarakat untuk mejaga kebersihan persekitaran. Penyediaan tiga tong sampah yang
pelbagai fungsi ini menarik minat masyarakat untuk menggunakannya. Kesimpulannya,
kempen ini wajar disambut baik oleh masyarakat kerana banyak mendatangkan manfaat
kepada kita semua.
ULASAN 2
Iklan menunjukkan tindakan yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk
mencegah demam denggi di negara kita. Aktiviti ini dapat dilakukan pada setiap hujung
minggu oleh sesebuah keluarga. Pada hujung minggu ahli keluarga dapat berkumpul
untuk menceriakan kawasan rumah. Selain itu, membuang air yang bertakung di kawasan
rumah. Senario ini dapat mengelakkan nyamuk aedes bertelur seperti di dalam tin-tin
yang kosong. Seterusnya, membubuh ubat jejentik di dalam air yang bertakung. Ubat ini
mampu membunuh jejentik sebelum sempat bertukar menjadi seekor nyamuk aedes.
Pada masa yang sama kita juga perlu bergotong-royong membersihkan kawasan
perumahan. Kawasan rumah akan bersih daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk
aedes. Kesimpulannya, kita mestilah peka terhadap kebersihan persekitaran dalam
menjamin kesejahteraan hidup yang berkekalan.
ULASAN 3
Iklan : Jawatan Kosong
Pengenalan
Iklan menunjukkan …………………..
Isi Tersurat
- Jelaskan tarikh temuduga
- Jelaskan nama pekerjaan yang ditawarkan
- Jelaskan kelayakan yang diminta
- Alamat dan tarikh temuduga (salin yang mana ditulis dalam iklan tersebut)
Isi Tersirat
- Dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita
- Memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut
- Kelayakan diperlukan untuk memperoleh pekerja yang berwibawa
Kesimpulan
Kesimpulannya, orang ramai yang berkelayakan digalakkan memohon jawatan yang
ditawarkan kerana imbuhannya agak lumayan.
KARANGAN 1
Usaha, Menggalakkan remaja terlibat dalam industri pertanian
Malaysia memiliki tanah yang subur dan amat sesuai ditanam dengan pelbagai jenis
sayur-sayuran dan tanaman komuniti yang lain. Justeru, bidang pertanian ini yang rata-rata
dimonopoli oleh golongan yang veteran wajar bertukar arah. Oleh itu, generasi muda perlu
melibatkan diri dalam bidang ini kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan.
Antara cara untuk menarik golongan muda menceburkan diri dalam bidang pertanian
dengan menawarkan pelbagai kursus sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka
panjang. Mereka didedahkan dengan pertanian yang moden dalam usaha mendatangkan
pulangan yang lumayan. Impaknya, mereka akan sedar bahawa bidang pertanian ini juga
mampu menjamin masa depan.
Pada masa yang sama, pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan perlu diberikan
kepada mereka. Antara benih-benih sayuran yang berkualiti, baja dan juga racun untuk
membunuh serangga perosak. Natijahnya, sayuran yang ditanam hidup subur dan
memberikan keyakinan kepada golongan muda yang lain untuk terlibat sama dalam bidang
ini.
Selain itu, pegawai daripada pertanian wajar memantau golongan muda ini. Nasihat
dan petunjuk perlu diberika ketika mereka bertungkus-lumus mengerjakan tanah untuk
pertanian. Implikasinya, mereka lebih bersemangat kerana terdapat golongan yang
membimbing dan membantu mereka.
Akhir sekali, pihak FAMA khasnya perlu bertindak dalam memasarkan hasil pertanian
golongan muda ini. Proses membawa keluar hasil pertanian perlu berjalan dengan lancar
agar sayur-sayuran dalam keadaan segar. Jika situasi seperti ini berlaku, mereka akan
memperoleh pendapatan yang lumayan.
Tuntasnya, bidang pertanian janganlah dipandang rendah. Generasi muda haruslah
berani meneroka bidang ini untuk memperoleh pendapatan yang lumayan. Apa yang penting
mereka perlu memiliki kerajinan, keazaman dan tidak kenal erti putus asa dalam menjadi
pekebun yang berjaya.
KARANGAN 2
Peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi aktiviti kokurikulum
Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini amat mementingkan keputusan akademik
anak-anak mereka. Oleh itu kebanyakan daripada mereka tidak mengalakkan anak-anak
mereka untuk menyertai aktiviti –aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Mereka
berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti seumpama ini tidak begitu penting serta hanya
merugikan masa anak-anak mereka. Tambahan pula ,para pelajar pada zaman ini pula sangat
sibuk menghadiri tuisyen dan tidak meluangkan banyak masa untuk menghadiri aktiviti
kokurikulum yang diadakan di sekolah.
Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka untuk sentiasa aktif dalam
menceburi aktiviti kokurikulum yang dianjurkan.Hal ini demikian kerana, aktiviti
kokurikulum terutamanya aktiviti sukan amatlah penting dalam kehidupan serta masa depan
anak-anak mereka.Ibu bapa bolehlah memainkan peranan mereka dalam mengalakan anak-
anak mereeka menceburi bidang sukan.
Antara peranan ibu bapa adalah, sentiasa memberikan motivasi ,tunjuk ajar serta
sokongan padu untuk anak-anak mereka supaya menyertai aktiviti kokurikulum terutamanya
dalam bidang sukan.Antara akitiviti sukan yang terdapat di sekolah ialah badminton,bola
sepak,bola tampar,bola keranjang, sepak takraw,hoki, tenis ping pong dan sebagainya.
Ibu bapa juga tidak harus memberi tekanan kepada anak-anak dalam pretasi
akademik anak-anak mereka.Mereka juga tidak harus mengharapkan keputusan yang sangat
cemerlang daripada anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak harus menbandingkan keputusan
anak-anak dengan pelajar-pelajar yang lain. Sebaliknya,mereka harus meyokong keputusan
yang dimiliki oleh anak-anak mereka. Hal ini kerana setiap anak-anak mempunyai
kemampuam akademik yang berbeza.
Ibu bapa juga boleh menghantar anak-anak mereka ke persatuan-persatuan
sukan atau kelab-kelab sukan yang lain di luar sejak kecil lagi.Perkara ini secara tidak
langsung akan menarik perhatian anak-anak mereka terhadap sukan. Justeru,anak-anak akan
lebih giat lagi dalam akitiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.
Akhirul kalam, bidang sukan yang terdapat dalam aktiviti kokurikulum
amatlah pernting dan berharga kepada anak-anak. Tambahan pula, pada masa kini ,untuk
memasuki IPTS dan IPTA , keputusan kokurikulum turut memainkan peranan yang sangat
besar. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu agar anak-anak muda pada masa kini
akan lebih giat untuk menyertai aktiviti-aktivit yang seumpama ini. Ibu bapa haruslah
memainkan serta melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengalakkan anak-anak
mereka untuk menceburi bidang sukan.
Karangan 3
Langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan di kawasan sekolah.
Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu,
tempat kita menimba ilmu ini mestilah selalu berada dalam keadaan yang selamat dan
kondusif. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai langkah yang dapat kita
lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat.
Antara langkah ialah pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan
kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Bak kata peribahasa,
“Sediakan payung sebelum hujan“. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat
dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan alat
kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan rosak
atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah
digantikan dengan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik pelajar tentang cara-
cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi
tempat belajar yang selamat.
Selain itu, pihak berkuasa patut mempamerkan tanda amaran bahaya di
kawasan merbahaya seperti tapak pembinaan di kawasan sekolah, bahan berbahaya di dalam
makmal sekolah, kawasan voltan tinggi dan sebagainya. Tanda amaran bahaya ini
merupakan salah satu cara komunikasi antara staf, pelajar dan pelawat mengenai kawasan
berisiko stau bahan berbahaya. Tanda amaran berbahaya ini perlulah mudah dibaca dan
dikenalpasti supaya dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah berhati-hati semasa
melalui kawasan tersebut. Natijahnya, pelajar-pelajar akan berasa selamat dan kes
kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan jika langkah di atas dapat diambil.
Di samping itu, pihak sekolah wajar meningkatkan kawalan
keselamatan. Pintu sekolah mestilah dijaga dengan rapi pada setiap masa. Setiap pintu
sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti
mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang
tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes
ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu
sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Sesungguhnya, kawalan keselamatan bukan sahaja
meyakinkan ibu bapa malahan juga dapat meningkatkan imej sekolah.
Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga haruslah menyediakan pelan
kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini
demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga
kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah
dilihat. Dari semasa ke semasa, pihak sekolah juga harus mengadakan latihan kebakaran. Hal
ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
berlaku. Tegasnya, cara ini sudah pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan
dalam kalangan warga sekolah.
Tuntasnya,k eselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua
pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin
keselamatan anak-anak semasa berada di kawasan sekolah. Para pelajar mestilah dididik
mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa juga harus
memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar. Dengan kerjasama semua
pihak, pelajar-pelajar sudah pasti akan berada dalam keadaan yang selamat semasa berada di
kawasan sekolah.