PENILAIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) NAMA: ZULAIKHA AMIRAH BINTI ZAINUDIN NO ANGKA GILIRAN: 2021252340770 KURSUS: EDUP 3153 (PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN) NAMA PENSYARAH: EN. RODI BIN IDRIS
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN EDUP3153 TUGASAN 2 (PENGHASILAN PRODUK) Nama : ZULAIKHA AMIRAH BINTI ZAINUDIN Angka Giliran : 2021252340770 Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester : SEMESTER 2 TAHUN 2 Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama Pensyarah : ENCIK MD RODI BIN IDRIS Tarikh Hantar : 21 MAC 2024 PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: zulaikha Tarikh:
ISI KANDUNGAN 1.PENGENALAN 2. INSTRUMEN SENARAI SEMAK 3. INSTRUMEN PORTFOLIO 4. INSTRUMEN LEMBARAN KERJA 5. RUMUSAN 6. RUJUKAN
PENGENALAN
PENGENALAN .Dalam bidang pendidikan, pentaksiran merupakan perkara yang penting kepada semua guru. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasikan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (Aimi, 2014). Selain itu, pentaksiran juga merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan meggunakan pelbagai kaedah (KPM, 2017). Oleh itu, kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran amatlah penting dalam mengenalpasti tahap kecerdasan dan perkembangan murid. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pentaksiaran Bilik Darjah (PBD) agar dapat membantu semua guru dalam melaksanakan pentaksiran. PBD merupakan sebuah pentaksiran yang beterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid (Chik Affnan, 2022). PBD dilakukan secara formatif dan sumatif. Objektif PBD adalah untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid, mengesan perkembangan murid secara menyeluruh, mengetahui keberkesanan PdP dan banyak lagi. Melalui PBD, murid akan dapat mengesan perkembangan diri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pembelajaran. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapatkan tiga instrumen pentaksiran daripada guru Sekolah Kebangsaan Alor Janggus. Instrumen ini merangkumi subjek Sejarah Tahun 6. Terdapat tiga instrumen yang telah saya dapat iaitu pembentangan kumpulan, folio dan lembaran kerja. Instrumen ini merangkumi dua jenis tajuk iaitu Tajuk 10. Negeri Malaysia dan Tajuk 11. Kita rakyat Malaysia. Oleh itu, saya telah membuat analisis terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut melalui beberapa aspek iaitu kaedah, aktiviti, tajuk PdP dan standard serta keupayaan instrumen mentafsir murid.
INSTRUMEN 1: SENARAI SEMAK
1.KAEDAH Instrumen PBD pertama yang saya peroleh ialah senarai semak. Guru telah menggunakan kaedah lisan untuk melaksanakan instrumen senarai semak ini. Dalam kaedah ini, murid akan menghasilkan bahan pembentangan mengikut tajuk yang telah diagihkan oleh guru. Seterusnya, murid akan membentangkan bahan pembentangan tersebut di hadapan kelas. Semasa murid melakukan pembentangan, guru akan melakukan penilaian murid melalui instrumen senarai semak berdasarkan kriteria yang terdapat pada instrumen tersebut. Antaranya ialah murid dapat mencari dan mengumpul maklumat dengan betul dan tepat, murid dapat membina peta minda berkaitan asal usul negeri dengan tepat dan ringkas, murid dapat membentangkan hasil pembentangan dengan tersusun dan lancar dan banyak lagi. Pada penilaian saya, kaedah ini sesuai digunakan. Hal ini kerana, melalui aktiviti pembentangan, guru dapat menilai lisan murid dengan memberi peluang kepada murid untuk merangka peta minda berdasarkan topik yang dipelajari dan membentangkannya di hadapan kelas. Kesannya, guru dapat membina keyakinan murid untuk bercakap dihadapan kelas dan secara tidak langsung, murid lain juga dapat mempelajari dan menambahkan pengetahuan daripada pembentangan rakan-rakan mereka. Selain itu, hasil pembentangan juga dapat dijadikan sebagai catatan nota untuk murid membuat sesi ulang kaji. Justeru itu, terbuktilah bahawa kaedah pembentangan menggunakan peta minda untuk membuat catatan nota dapat meningkatkan pencapaian dan minat belajar pelajar (Lengsim. W & Amir Hamzah Sharaai, 2012).
2. AKTIVITI PEMBENTANGAN KUMPULAN Selanjutnya, aktiviti yang digunakan oleh guru bagi melaksanakan instrumen senarai semak ini ialah aktiviti pembentangan secara berkumpulan. Bagi menjalankan aktiviti ini, guru akan membahagikan murid kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid untuk membincangkan topik yang telah dibahagikan oleh guru. Berdasarkan penilaian saya, aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan instrumen senarai semak. Hal ini kerana, senarai semak merupakan penilaian komprehensif di mana ia boleh merangkumi pelbagai dimensi aktiviti berkumpulan, termasuk kerjasama, komunikasi, penyertaan, kepimpinan dan sebagainya. Selain itu, instrumen ini juga memudahkan guru untuk melakukan pemerhatian terhadap pembentangan murid. Dengan adanya senarai semak, guru dapat menandakan aspek yang berjaya dicapai oleh murid. Hal ini dapat memudahkan proses pengumpulan data sepanjang aktiviti pembentangan tersebut berlaku. Dengan yang demikian, maklumat yang diperoleh melalui sesuatu penyelidikan jenis penilaian mampu menentukan perubahan yang diperlukan, maka mampu menjadi sandaran maklumat untuk tindakan lanjut dengan melibatkan prosedur yang berguna, sesuai, beretika dan tepat (Zainun Mustafa & Nooraida Yakob, 2021).
3. TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI YANG DITETAPKAN) Bagi pelaksanaan aktiviti pembentangan secara berkumpulan, guru telah merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 6 iaitu tajuk 10. Negeri Malaysia. Standard Kandungan yang dipilih oleh guru ialah 10.2 Negeri-negeri di Malaysia manakala Standard Pembelajaran ialah 10.2.1 Mengenali nama negeri-negeri di Malaysia, 10.2.2 Menamakan ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dan K10.2.5 Menyatakan kepentingan taat setia dan menghormati ketua negeri (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Berdasarkan penilaian saya, aktiviti dan instrumen yang dijalankan oleh guru adalah selari dengan standard-standard yang terkandung dalam DSKP Sejarah Tahun 6. Selain itu, Standard prestasi bagi topik 10 ini juga selari dan menepati Standard Prestasi dalam DSKP yang merangkumi Tahap Penguasaan (TP) 1 sehingga TP 4. Justeru itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa instrumen PBD senarai semak yang dilaksanakan oleh guru ini adalah selari dan menepati dengan kesemua standard-standard dalam DSKP Sejarah Tahun 6 iaitu topik Negeri Malaysia.
4. KEUPAYAAN INSTRUMEN MENTAFSIR MURID Akhir sekali, instrumen senarai semak yang dilaksanakan oleh guru dapat menilai kognitif murid dengan baik. Hal ini dibuktikan melalui instrumen semarai semak yang dihasilkan oleh guru adalah selari dengan DSKP dan meliputi keseluruhan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Buktinya, guru dapat menilai tahap kefahaman murid terhadap topik negeri-negeri di Malaysia dengan cara membentangkan peta minda yang telah mereka hasilkan seterusnya menerangkan kepada rakan mereka apa yang mereka fahami. Hal ini dapat membantu guru dalam menilai tahap kefahaman dan kognitif murid terhadap topik yang beliau telah ajar. Kesannya, guru dapat mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan pembentangan murid di hadapan kelas. Contohnya, guru dapat menjalankan PdP dengan cara yang lain untuk membantu murid yang kurang kemahiran kognitif berbanding murid yang bijak. Hal ini dapat membantu guru merancang PdP yang seterusnya.
INSTRUMEN 2: PORTFOLIO
1. KAEDAH Instrumen PBD kedua yang saya peroleh ialah portfolio. Guru telah menggunakan kaedah penulisan untuk melaksanakan instrumen portfolio ini. Dalam kaedah ini, murid akan menghasilkan sebuah portfolio secara individu mengikut tajuk yang telah diagihkan oleh guru. Guru akan menilai murid melalui instrumen portfolio berdasarkan penulisan murid dalam portfolio tersebut. Guru akan melihat sama ada penulisan yang murid hasilkan selari dengan topik dan standard pembelajaran atau tidak. Antaranya ialah murid dapat mencari dan mengumpul maklumat dengan betul dan tepat, murid dapat mmenghasilkan sebuah portfolio berkaitan permainan tradisional bagi kaum Melayu dengan tepat dan ringkas dan banyak lagi. Pada penilaian saya, kaedah ini sesuai digunakan. Hal ini kerana, melalui aktiviti portfolio, guru dapat menilai penulisan murid dengan memberi peluang kepada murid untuk mengumpul maklumat berdasarkan topik yang dipelajari dan menuliskan maklumat tersebut dalam bentuk portfolio. Kesannya, guru dapat meningkatkan keberkesanan PdP terhadap murid bagi topik yang diajar serta menambah ilmu pengetahuan baharu yang mereka peroleh daripada aktiviti pengumpulan maklumat.
2. AKTIVITI MENGHASILKAN PORTFOLIO Seterusnya, aktiviti yang digunakan oleh guru bagi melaksanakan instrumen portfolio ini ialah aktiviti menghasilkan folio secara individu. Bagi menjalankan aktiviti ini, guru akan meminta murid mengumpulkan maklumat berdasarkan soalan yang telah diberikan. Berdasarkan penilaian saya, aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan instrumen portfolio. Hal ini kerana, portfolio dapat melakukan penilaian secara holistik di mana ia melihat daripada pelbagai aspek dari pembelajaran. Hal ini mencakupi bukan hanya hasil akhir portfolio, tetapi juga kefahaman murid dari segi konsep, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kemampuan murid menyelesaikan masalah soalan kajian kes yang diberikan oleh guru. Selain itu, instrumen portfolio juga memberikan kebebasan kepada murid untuk mengutarakan pendapat mereka serta mereka bebas mencari maklumat tambahan bagi topik tersebut. Hal ini bermaksud, murid tidak terikat dengan maklumat yang terdapat dalam buku teks semata-mata. Melalui penilaian portfolio, murid bukan sahaja dapat mengetahui tahap pembelajaran mereka tetapi mereka juga berpeluang memperbaiki kesilapan dan kelemahan mereka mengikut kemampuan mereka sendiri (Idris Mohd Radzi, 2007).
3. TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI YANG DITETAPKAN) Bagi pelaksanaan aktiviti penghasilan folio secara individu, guru telah merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 6 iaitu tajuk 11. Kita Rakyat Malaysia. Standard Kandungan yang guru memilih ialah 11.1 Kaum di Malaysia manakala Standard Pembelajaran ialah 11.1.4 Menyenaraikan jenis permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan K11.1.6 Menyatakan kepentingan bertoleransi antara kaum sebagai asas perpaduan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Berdasarkan penilaian saya, aktiviti dan instrumen yang dijalankan oleh guru adalah selari dengan standard-standard yang terkandung dalam DSKP Sejarah Tahun 6. Selain itu, Standard prestasi bagi topik 11 ini juga selari dan menepati Standard Prestasi dalam DSKP yang merangkumi Tahap Penguasaan (TP) 1 sehingga TP 5. Justeru itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa instrumen PBD portfolio yang dilaksanakan oleh guru ini adalah selari dan menepati dengan kesemua standard-standard dalam DSKP Sejarah Tahun 6 iaitu topik Kita Rakyat Malaysia.
4. KEUPAYAAN INSTRUMENT MENTAFSIR MURID Akhir sekali, instrumen portfolio yang dilaksanakan oleh guru dapat menilai pemahaman serta kognitif murid dengan baik. Hal ini dibuktikan melalui instrumen portfolio yang dihasilkan oleh guru adalah selari dengan DSKP dan meliputi keseluruhan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Buktinya, guru dapat menilai tahap kefahaman murid terhadap topik permainan tradisional bagi kaum Melayu dengan cara menghasilkan portfolio. Selain itu, guru juga dapat menilai huraian murid sama ada murid menghuraikan sesuatu permainan tradisional tersebut dengan baik atau tidak. Hal ini dapat membantu guru dalam menilai tahap kefahaman serta kognitif murid terhadap topik yang beliau telah ajar. Kesannya, guru dapat mengambil tindakan selanjutnya seperti penggunakan pendekatan lain untuk memberi kefahaman yang lebih berkesan kepada murid.
INSTRUMEN 3: LEMBARAN KERJA
1. KAEDAH Instrumen PBD ketiga yang saya peroleh ialah lembaran kerja. Guru telah menggunakan kaedah penulisan untuk melaksanakan instrumen lembaran kerja. Dalam kaedah ini, murid akan melengkapkan jawapan bagi soalan yang diberikan oleh guru dengan betul dan tepat. Guru akan menilai murid melalui instrumen lembaran kerja berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid. Pada penilaian saya, kaedah ini sesuai digunakan. Hal ini kerana, melalui aktiviti lembaran kerja, guru dapat menilai penulisan murid dengan mengasah ingatan murid terhadap topik yang telah diajar oleh guru. Selain itu, guru dapat membantu murid untuk lebih faham dengan melakukan aktiviti pengukuhan sedemikian. Kesannya, guru dapat mengukuhkan kefahaman dan ingatan murid berdasarkan topik yang telah dipelajari.
2. AKTIVITI LATIHAN PENGUKUHAN Seterusnya, aktiviti yang digunakan oleh guru bagi melaksanakan instrumen lembaran kerja ini ialah aktiviti latihan pengukuhan yang dijalankan secara individu. Bagi menjalankan aktiviti ini, guru akan mengedarkan helaian lembaran latihan pengukuhan tersebut kepada murid. Seterusnya, murid akan menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang betul dan relevan dengan soalan. Berdasarkan penilaian saya, aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan instrumen lembaran kerja. Hal ini kerana, lembaran kerja merupakan penilaian langsungterhadap pencapaian. Buktinya, lembaran kerja membantu guru menilai murid secara langsung sejauh mana murid telah memahami dan dapat mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang diajar oleh guru. Ini merupakan cara konkrit bagi menilai keberkesanan guru terhadap PdP yang dijalankan. Selain itu, lembaran kerja juga mempunyai keseragaman dalam penilaian. Hal ini kerana, lembaran kerja menyediakan kerangka kerja yang seragam untuk semua murid dan memastikan semua murid dinilai berdasarkan kriteria yang sama. Ini membantu guru dalam mengekalkan keadilan dan objektiviti dalam proses penialain.
3. TAJUK PDP (STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI YANG DITETAPKAN) Bagi pelaksanaan aktiviti latihan pengukuhan, guru telah merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 6 iaitu Tajuk 10. Negeri Malaysia. Standard Kandungan yang dipilih oleh guru ialah 10.2 Negeri-negeri di Malaysia manakala Standard Pembelajaran ialah 10.2.1 Mengenali nama negeri-negeri di Malaysia, 10.2.2 Menamakan ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dan K10.2.5 Menyatakan kepentingan taat setia dan menghormati ketua negeri (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Berdasarkan penilaian saya, aktiviti dan instrumen yang dijalankan oleh guru adalah selari dengan standard-standard yang terkandung dalam DSKP Sejarah Tahun 6 yang telah ditetapkan. Selain itu, Standard prestasi bagi topik 10 ini juga selari dan menepati Standard Prestasi dalam DSKP yang merangkumi Tahap Penguasaan (TP) 1 sehingga TP 4 iaitu tahap mengetahui sehingga tahap menganalisis. Justeru itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa instrumen PBD senarai semak yang dilaksanakan oleh guru ini adalah selari dan menepati dengan kesemua standard-standard dalam DSKP Sejarah Tahun 6 iaitu Topik Negeri Malaysia. Pentaksiran yang berkesan berupaya memberi maklumat kepada guru, pentadbir, ibu bapa dan murid, berkaitan dengan pengetahuan murid dan kefahaman mereka (Tan. J. Y & Husaina Banu Kenayathulla, 2020). Pelaksanaan PBD oleh para guru membolehkan pihak sekolah dan ibu bapa mendapat maklum balas secara kuantitatif dan kualitatif tentang diri murid (Ahmad & Mohamod, 2016).
4. KEUPAYAAN INSTRUMEN MENTAFSIR MURID Bagi pelaksanaan aktiviti latihan pengukuhan, guru telah merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Akhir sekali, instrumen lembaran kerja yang dilaksanakan oleh guru dapat menilai kognitif murid dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui instrumen lembaran kerja yang diedarkan oleh guru kepada murid adalah selari dengan DSKP dan meliputi keseluruhan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Dengan menggunakan instrumen lembaran kerja, guru dapat menilai tahap kognitif murid dengan cara menilai jawapan yang diberikan oleh murid. Tambahan pula, aktiviti ini dijalankan secara individu yang membuatkan guru lebih cakna dan peka dengan murid yang menghadapi masalah dalam memahami topik yang diajar. Justeru itu, jelaslah bahawa instrumen lembaran kerja dapat mengukur tahap kogntif dan kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari. Oleh itu, guru perlulah sentiasa menilai tahap kognitif murid untuk memastikan murid sentiasa menguasai topik yang dipelajari. Tambahan pula, guru boleh mengesan kekuatan dan kelemahan lalu merancang dan mengubahsuai pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
RUMUSAN
Secara intihanya, penilaian instrumen pentaksiran merupakan proses penting dalam menilai kesahihan, kebolehpercayaan, keadilan, dan keberkesanan alat-alat yang digunakan untuk mengukur prestasi pelajar. Penilaian ini melibatkan analisis terhadap keupayaan instrumen tersebut untuk mengumpul data yang relevan dan berguna, serta untuk mengukur pencapaian sesuatu tujuan pembelajaran. Dalam menilai instrumen pentaksiran, perlu diambil kira pelbagai faktor seperti objektiviti, kesahan kandungan, kebolehpercayaan, ketepatan, kebolehgunaan, dan kesan sosio-budaya. Penilaian yang teliti membantu memastikan bahawa instrumen pentaksiran yang digunakan memberikan maklumat yang tepat dan berkesan dalam membantu pembelajaran dan pengajaran.
RUJUKAN