The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 329-9-akmal, 2021-08-25 10:59:01

PORTFOLIO KKK

PORTFOLIO KKK

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
i
KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN
2.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 1 (PERINGKAT PRESCHEMATIC) 2
3, 4
2.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 1
2.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 1

3.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 2 (PERINGKAT SCHEMATIC) 5
3.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 2 6, 7
3.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 2

4.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 3 (PERINGKAT DAWNING REALISM) 8
4.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 3 9,10
4.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 3

5.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 4 (PERINGKAT PSEUDONATURALISTIC) 11
5.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 4 12,13
5.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 4 14

6.0 KESIMPULAN

RUJUKAN 15

i

1.0 PENGENALAN
Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang dilihat sebagai peringkat yang berlakunya perkembangan dari pelbagai aspek.
Antaranya, perkembangan dari aspek fizikal, kognitif, bahasa, dan sosioemosi. Perkembangan-perkembangan ini terhasil apabila kanak-
kanak mula meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran. Begitu juga dengan perkembangan kreativiti dalam diri kanak-kanak apabila
mereka dapat berfikir secara kreatif berdasarkan perkembangan dalam diri mereka. Perkembangan berfikir secara kreatif ini penting
dalam diri kanak-kanak bagi meluaskan pengetahuan mereka, meningkatkan kemahiran dan menjadikan mereka sebagai modal insan
yang cemerlang. Selain itu, perkembangan ini mempunyai peringkat-peringkat tertentu kerana setiap kanak-kanak perkembangannya
berbeza dan bergantung kepada tahap kematangan diri mereka sendiri. Perkembangan berfikir secara kreatif oleh kanak-kanak dapat
dinilai berdasarkan aktiviti seni seperti lukisan yang dihasilkan oleh mereka. Terdapat banyak tokoh yang mengkaji berkenaan dengan
seni dan lukisan kanak-kanak. Antaranya ialah Laura H.Chapman, Viktor Lowenfeld, Howard Gardner, dan Frank Cizek. Tokoh-tokoh
seni visual ini mengemukakan pelbagai teori berkenaan peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak. Contoh teori yang terkenal ialah
teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain (1987). Teori ini dihasilkan
berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak seperti mental, fizikal, emosi, sosial, intelek, dan estetik. Viktor Lowenfeld
dan Brittain (1987) juga telah mengkategorikan peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak kepada enam peringkat iaitu
peringkat scribbling, preschematic, schematic, dawning realism, pseudonaturalistic, dan adolescent. Peringkat-peringkat ini dikategorikan
mengikut peringkat umur tertentu kanak-kanak. Oleh itu, tugasan ini akan membincangkan secara terperinci tentang analisis empat
peringkat teori perkembangan pengutaraan kanak-kanak oleh Viktor Lowenfeld berdasarkan empat lukisan kanak-kanak yang berumur
antara 4 hingga 14 tahun. Analisis ini dihasilkan melalui penilaian aspek kreativiti, imaginasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan
kanak-kanak.

1

2.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 1 (PERINGKAT PRESCHEMATIC)
2.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 1

Nama Arfa Amsyar bin Mohd Reduan
Umur 6 Tahun
Sekolah
Tempat Tinggal Pasti Nurul Hidayah
Kampung Kubang Juluk, Naka, Kedah

2

2.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 1

Lukisan tersebut menggambarkan hidupan laut seperti ikan, penyu, tapak sulaiman, dan rumpai laut. Lukisan ini dihasilkan
menggunakan pensel dan pensel warna. Lukisan ini merupakan lukisan pada peringkat preschematic berdasarkan umur kanak-
kanak yang berumur antara 4 hingga 7 tahun dan ciri lukisan kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak pada peringkat
ini telah mula cenderung untuk melukis objek-objek yang dilihatnya melalui penghasilan garisan dan bukan lagi berbentuk
contengan. Misalnya, ikan-ikan, penyu, tapak sulaiman dan rumpai laut merupakan contoh objek yang dilihat oleh kanak-kanak
sama ada di televisyen mahupun di akuarium. Saiz imej bagi objek-objek tersebut juga berbeza dan setiap objek dilukis secara
terapung.

Berdasarkan lukisan tersebut, aspek kreativiti yang dipaparkan merupakan hasil pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), kreativiti merujuk kepada daya kreatif atau cipta. Antara aspek kreativitinya ialah
penggunaan warna yang pelbagai dan objek yang sama diwarnakan dengan warna yang berlainan. Pemilihan warna juga dipilih
dengan warna-warna yang terang seperti merah, biru, kuning, hijau, jingga dan hitam. Hal ini menunjukkan kanak-kanak tersebut
kreatif dengan mengaplikasikan warna-warni pada lukisan agar kelihatan menarik dan tidak bosan. Dari segi imaginasi kanak-
kanak pula, lukisan ini menggambarkan kanak-kanak berimaginasi tentang hidupan laut. Menurut Nani Menon (2003) menjelaskan
bahawa aktiviti melukis dan mewarna merupakan peluang kepada kanak-kanak untuk menginterpretasikan imaginasi mereka
dalam pelbagai cara. Lukisan kanak-kanak tersebut membuktikan bahawa imaginasinya tentang hidupan laut telah
diinterpretasikan dalam bentuk lukisan yang cantik. Kanak-kanak ini menggambarkan ikan-ikan di lautan adalah berwarna-warni
dan mempunyai saiz dan jenis yang berbeza. Selain itu, dalam lukisan dapat dilihat bahawa kanak-kanak tersebut menunjukkan
minat terhadap haiwan-haiwan terutamanya haiwan di lautan.

3

Penghasilan lukisan tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya ialah faktor persekitaran. Hal ini kerana, kanak-
kanak tersebut didedahkan dengan hidupan laut apabila di tempat tinggal kanak-kanak tersebut terdapat kedai yang menjual
haiwan peliharaan seperti ikan hiasan. Kewujudan kedai haiwan peliharaan ini menjadikan kanak-kanak tersebut cenderung untuk
melukis hidupan laut. Selain itu, faktor imaginasi juga mempengaruhi penghasilan lukisan kanak-kanak tersebut. Hal ini demikian
kerana, kanak-kanak tersebut sering menonton rancangan kartun di televisyen. Rancangan kartun yang menjadi kegemaran
kanak-kanak tersebut ialah ‘Finding Nemo’ yang menceritakan kisah kehidupan ikan dan hidupan di laut. Melalui kartun tersebut,
kanak-kanak berimaginasi tentang hidupan laut dan menterjemahkan imaginasinya kepada bentuk lukisan.

4

3.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 2 (PERINGKAT SCHEMATIC)
3.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 2

Nama Muhammad Farish bin Mohd Fahrurodzi
Umur 9 Tahun
Sekolah
Tempat Tinggal Sekolah Kebangsaan Tandop Besar
Kampung Tandop Besar, Kuala Nerang, Kedah

5

3.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 2

Lukisan tersebut memaparkan tentang suasana kampung yang wujudnya objek seperti rumah, masjid, pokok kelapa, bukit,
burung, matahari dan awan-awan. Alatan yang digunakan bagi melukis lukisan ini ialah pensel dan krayon. Lukisan ini merupakan
lukisan pada peringkat schematic berdasarkan umur kanak-kanak iaitu antara 7 hingga 9 tahun dan ciri lukisan kanak-kanak
tersebut. Pada peringkat schematic ini kanak-kanak sudah kurang berminat untuk melukis objek-objek sekeliling berbanding
dengan peringkat sebelumnya. Kanak-kanak telah menghasilkan lukisan yang mempunyai konsep tertentu seperti lukisan tersebut
yang menunjukkan konsep suasana kampung. Selain itu, objek yang terdapat dalam lukisan ini juga dilukis mengikut kaedah yang
sama atau berulang-ulang seperti lukisan awan-awan dan burung-burung yang bentuk lukisannya adalah sama. Demikian juga,
pada peringkat ini kanak-kanak sudah memfokuskan tentang susunan objek yang terdapat dalam lukisan seperti membahagikan
objek-objek kepada objek di darat dan di udara. Misalnya, objek yang berada di darat seperti rumah, masjid, pokok, dan bukit-
bukit. Manakala, objek di udara pula seperti burung, matahari dan awan. Lukisan ini juga dilukis secara skala besar dan kanak-
kanak banyak menggunakan bentuk geometri untuk melukis sesuatu objek. Contohnya, bentuk bulatan dan segi tiga pada
matahari, segi empat pada rumah dan bentuk separuh bulatan pada masjid.

Aspek kreativiti yang terdapat dalam lukisan kanak-kanak ini ialah objek seperti rumah diletakkan kedudukannya di atas
bukit. Perkara ini merupakan sesuatu yang dilihat kreatif kerana kanak-kanak berfikir di luar kotak dengan meletakkan objek rumah
di tempat berbukit yang jarang dilihat secara aslinya. Walaupun, orang dewasa menganggap rumah di kawasan bukit adalah tidak
logik namun, kanak-kanak ini melihat ada logiknya kerana rumah di kawasan berbukit dapat menampakkan pemandangan di
bawahnya. Selain itu, figura burung juga dilukis seolah-olah burung sedang terbang dengan wujudnya sayap yang dibuka luas
walaupun figura burung dilukis secara mudah dan tidak teliti. Perkara ini cukup menggambarkan kreativiti kanak-kanak yang
berfikiran terbuka dan imaginasinya tidak disekat. Aspek imaginasi yang terdapat dalam lukisan ini ialah, kanak-kanak
membayangkan sudut pandangan dari kawasan bawah bukit yang memperlihatkan terdapat rumah dan pokok-pokok serta
menampakkan separuh bahagian masjid yang berada di belakang bukit tersebut. Penggunaan warna pada lukisan ini

6

kebanyakannya menggunakan warna hijau bagi menunjukkan kanak-kanak mengekspresikan suasana kampung sebagai sesuatu
yang tenang dan damai apabila dipandang.

Bagi faktor-faktor yang mendorong lukisan ini pula ialah faktor persekitaran dan faktor sosial. Faktor persekitaran
mempengaruhi lukisan kanak-kanak tersebut kerana kawasan tempat tinggalnya adalah kawasan kampung. Persekitaran
kampungnya juga penuh dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan keindahan bukit-bukit yang tinggi. Banyak rumah-rumah
kampung dengan pemandangan yang luas dan cantik. Persekitaran kampungnya mendorong kanak-kanak tersebut untuk melukis
pemandangan kampung dengan melukis objek di darat dan di udara. Bagi faktor sosial pula, lukisan ini dipengaruhi kehidupan
masyarakat di kampung yang memperlihatkan binaan rumah kampung. Ibu bapa kanak-kanak tersebut juga sering membawanya
untuk bersiar-siar di kawasan kampung bagi menghirup udara yang segar dan bertegur sapa dengan masyarakat kampung. Oleh
hal yang demikian, lukisan kanak-kanak ini dilukis berdasarkan pengalamannya tinggal di kampung.

7

4.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 3 (PERINGKAT DAWNING REALISM)
4.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 3

Nama Nadia Safea binti Mahamad Pakrol Razi
Umur 11 Tahun
Sekolah
Tempat Tinggal Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau
Kampung Baru Naka, Naka, Kedah

8

4.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 3
Lukisan di atas menggambarkan tentang suasana di pantai yang menunjukkan terdapat sebuah keluarga dan orang sedang
menaiki kapal layar. Penghasilan lukisan ini dihasilkan menggunakan pensel, pensel warna dan krayon. Lukisan ini merupakan
lukisan pada peringkat dawning realism kerana kanak-kanak yang menghasilkan ini berada pada peringkat umur 9 hingga 12
tahun. Peringkat dawning realism ini menunjukkan lukisan kanak-kanak sudah mempunyai pengekalan konsep tertentu iaitu
seperti lukisan di atas iaitu konsep pantai. Lukisan ini juga memaparkan imej objek yang kelihatan realistik dan dilukis dengan
teliti atau detail. Contohnya, pada imej objek pokok kelapa yang memperlihatkan daun-daunnya dalam kuantiti yang banyak pada
satu dahan. Selain itu, kanak-kanak juga mula mengecilkan saiz imej yang berada jauh seperti gambaran orang yang berada di
kapal layar tersebut. Kanak-kanak juga mula melukis imej objek yang membezakan jantina seperti imej keluarga yang
menunjukkan wanita yang memakai gaun dan berambut panjang manakala lelaki yang memakai baju dan berambut pendek.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah mula membandingkan lukisannya dengan lukisan orang lain untuk menentukan
lukisan siapa yang lebih cantik.

Dalam lukisan ini, aspek kreativiti yang diterapkan oleh kanak-kanak ialah dari segi teknik mewarna. Jika dilihat lukisan
tersebut diwarnakan mengikut satu arah sahaja seperti warna air laut bagi menjadikan lukisan tersebut kemas dan cantik. Selain
itu, kanak-kanak juga kreatif mengaplikasikan teknik mewarna mengikut ton warna. Misalnya, seperti warna air laut yang
memperlihatkan warna air yang berdekatan dengan pantai diwarnakan dengan warna biru muda manakala warna air yang jauh di
pantai diwarnakan dengan biru gelap. Bagi aspek imaginasi pula, kanak-kanak membayangkan pengalaman dirinya yang pernah
pergi ke pantai dengan melukis apa yang dilihatnya di sana. Lukisan tersebut juga menggambarkan perasaan kanak-kanak yang
gembira apabila pergi ke pantai bersama keluarga. Lukisan tersebut membuktikan kanak-kanak berharap untuk pergi ke pantai
bersama keluarga lagi. Seperti yang dijelaskan oleh Lowenfeld V. et al. (1975), bahawa orang dewasa sering menganggap seni
lukisan sebagai kecantikan dan kesempurnaan tetapi bagi kanak-kanak lukisan yang dihasilkan merupakan pernyataan perasaan
dan imaginasi mereka yang bersifat luahan dan ekspresif. Imaginasinya juga tidak terbatas yang memperlihatkan pemandangan
pantai yang luas dan cantik.

9

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak-kanak ini faktor keperluan dan pengalaman. Faktor keperluan dan
pengalaman mempengaruhi lukisan kanak-kanak tersebut kerana dirinya mengekspresikan tentang pengalaman yang dilaluinya
ketika pergi ke pantai bersama keluarga. Selain itu, lukisan ini terhasil apabila kanak-kanak tersebut menterjemahkan keinginan
dirinya untuk pergi lagi ke pantai bersama keluarganya. Maka lukisan tersebut dilukis oleh kanak-kanak tersebut pernyataan
memori di pantai bersama keluarga dan hasrat untuk pergi ke sana lagi. Seterusnya, faktor sosial juga mempengaruhi penghasilan
lukisan ini. Hal ini kerana, hubungan kekeluargaan yang erat ditunjukkan ketika pergi bercuti di pantai dengan melakukan pelbagai
aktiviti menarik bersama-sama. Oleh itu, kanak-kanak tersebut melukis lukisan berkenaan sebagai tanda kekeluargaan yang
bahagia dan harmoni.

10

5.0 KARYA LUKISAN, BIODATA DAN ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 4 (PERINGKAT PSEUDONATURALISTIC)
5.1 KARYA LUKISAN DAN BIODATA KANAK-KANAK 4

Nama Muhammad Amirul Hafiz bin Ahmad Shabri
Umur 14 Tahun
Sekolah
Tempat Tinggal Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
Kampung Kubang Juluk, Naka, Kedah

11

5.2 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK 4
Lukisan di atas menggambarkan tentang pemandangan di sungai yang dipenuhi keindahan seperti pokok-pokok. Kanak-kanak
menghasilkan lukisan ini menggunakan pensel dan warna air. Lukisan ini merupakan lukisan kanak-kanak pada peringkat
pseudonaturalistic yang lingkungan umurnya antara 12 hingga 14 tahun. Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan kanak-kanak
sudah menunjukkan yang dirinya peka dengan konsep realistik. Kanak-kanak menghasilkan lukisan dengan mengimitasi
pemandangan yang dilihat di persekitarannya seperti lukisan tersebut yang menunjukkan pemandangan sungai. Kanak-kanak
juga mula menitik beratkan aspek kedudukan dan saiz objek yang logik apabila dilihat seperti objek pokok. Lukisan juga kelihatan
lebih neutral dan menitik beratkan tentang ruang sesuatu objek. Biasanya pada peringkat ini kanak-kanak amat mementingkan
kecantikan dan estetika sesuatu lukisan. Kanak-kanak juga cenderung untuk tidak berkongsi lukisan dengan orang lain kerana
malu jika lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

Seterusnya, kreativiti yang dipaparkan dalam lukisan ini ialah kanak-kanak cekap menggunakan teknik mewarna dengan
menggunakan warna air. Kanak-kanak mewarna dengan mengaplikasikan teknik blending atau campuran warna dalam lukisan.
Misalnya, pada warna sungai yang warna birunya dicampurkan antara warna biru muda, biru gelap dan sedikit warna hijau. Pada
pokok juga dapat dilihat campuran warna hijau tua dan hijau muda. Terdapat juga penggunaan teknik mewarna mengikut ton
seperti warna yang terdapat di batang pokok. Selain itu, aspek pewarnaan secara selari juga menjadikan lukisan kanak-kanak
tersebut kelihatan hidup. Contohnya, warna air sungai yang kelihatan seolah-olah air sedang mengalir. Bagi aspek imaginasi pula,
lukisan tersebut menunjukkan kanak-kanak berjaya mengimitasi pemandangan sungai yang dilihatnya kepada bentuk lukisan. Hal
ini menjelaskan imaginasi kanak-kanak tersebut tidak terbatas dan berkembang apabila menghasilkan lukisan yang kelihatan
hidup sama seperti pemandangan sungai yang dilihat dengan mata kasarnya.

Bagi faktor-faktor yang mendorong penghasilan lukisan ini ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran mempengaruhi
lukisan ini kerana, kawasan tempat tinggal kanak-kanak tersebut mempunyai sungai dan pokok-pokok. Sungai tersebut terletak
berdekatan dengan rumah kanak-kanak iaitu tidak jauh dari belakang rumahnya. Keindahan sungai tersebut telah menarik minat
kanak-kanak tersebut untuk mengimitasi pemandangan sungai kepada bentuk lukisan. Selain itu, faktor keperluan dan

12

pengalaman juga mendorong dalam penghasilan lukisan tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak tersebut sering mengunjungi
sungai tersebut untuk melihat keindahan dan kedamaian bunyi alam seperti aliran sungai. Melalui pengalaman kanak-kanak
tersebut berupaya menghasilkan lukisan yang berlandskapkan pemandangan sungai sama seperti yang dilihatnya.

13

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan lukisan kanak-kanak akan berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat mengikut umur dan
kematangan diri mereka. Hasil daripada analisis empat lukisan kanak-kanak tersebut, dapat dilihat bahawa setiap peringkat memaparkan
kebolehan melukis kanak-kanak daripada lukisan mudah kepada lukisan lebih terperinci. Namun begitu, perkembangan lukisan ini juga
bergantung pada aspek kreativiti dan imaginasi yang terdapat dalam diri seseorang kanak-kanak. Kreativiti kanak-kanak memainkan
peranan yang sangat penting dalam penghasilan lukisan kerana tanpa kreativiti mereka tidak mampu menghasilkan lukisan yang cantik
dan menarik. Aspek imaginasi pula penting bagi mewujudkan idea dalam aktiviti melukis. Kanak-kanak yang kurang berimaginasi akan
kurang berkebolehan untuk menghasilkan sesebuah lukisan yang menarik. Demikian juga faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan juga
merupakan aspek yang perlu dititik beratkan kerana melalui faktor-faktor inilah kanak-kanak dapat menghasilkan lukisan dengan baik.
Oleh itu, kanak-kanak mestilah diberi peluang untuk meluaskan kreativiti dan imaginasi mereka melalui aktiviti seni visual. Perkara ini
dapat menjadikan pemikiran mereka menjadi lebih luas dan kreatif dalam menyelesaikan masalah bagi melatih diri mereka menjadi modal
insan yang cemerlang.

14

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka
Lowenfeld, V. & Brittain, W.L . (1975). Creative and mental growth. New York: Macmillan Co
Nani Menon. (2003). Panduan mengembangkan daya fikir kanal-kanak prasekolah/ Nani Menon & Rohani Abdullah. Bentong, Pahang: PTS

Publications & Distributior Sdn.Bhd.
Victor Lownfeld dan Brittain. (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan.
Taisin, N. J. (2018). Aktiviti melukis meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kebangsaan, 7, 19-29. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/download/909/616

15


Click to View FlipBook Version