The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eirashahirah57, 2021-12-03 09:55:36

Pelancongan Dan Hospitaliti Dalam Islam

E FOLIO

V O L . 1 | NOVEMBER 2 0 2 1

GARASI
MUDA

REMAJA Estetika
BERILMU Makanan
BERBAKTI Kebersihan

S I DANGR EDAK S I AINUL FARHAAN BINTI IMRAN ABDUL MAJID
HARUN (PENSYARAH) (KETUA EDITOR)

MUHAMMAD FAHMI BIN NUR SHAHIRAH BINTI
ADNAN PN.KETUA EDITOR KAMARUDDIN (KETUA

GRAFIK)

MUHAMMAD ZULKAMAL
BIN SHAIK ALLAUDIN
(EDITOR BAHASA)

ISI KANDUNGAN

Sidang Redaksi 2

Kata – Kata Aluan Dan Penghargaan 4

Adakah Sah Solat Dengan Adanya Kulit
Haiwan Yang Di Larang Memakan Dalam Islam 5-9

Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri Halal 10-16
Atau Haram? 17-21

Hukum Menjual Beli Binatang Yang Haram
Dimakan

Makanan Sunnah Nabi: Khasiat Dan Manfaat

22-34

Geleri Album 35-38

Penutup 39

Sumber Rujukan 40-41

Disediakan Oleh 42

Kata - Kata Aluan Alhamdullillah syukur ke
Dan Penghargaan
hadrat ilahi atas segala
Ketua Editor IMRAN
limpahan kurnianya selagi ini

memberi nafas serta

kesihatan Kepada kami.

Dengan keizinannya, urusan

kami dalam menyiapkan e-

majalah untuk subjek MPU

23072 Pelancongan Dan

Hospitaliti Dalam Islam ini

dapat disiapkan dalam

tempoh yang diberikan.

Setinggi-tinggi penghargaan

diberikan kepada Pensyarah

Kami iaitu Ustazah Ainul

Farhaan di atas segala

perkongsian, tunjuk ajar

serta bimbingan beliau

selama ini. Dan Jutaan

terima kasih juga kepada

keluarga kami kerana tidak

pernah putus untuk

memberikan semangat

kepada kami. Tidak lupa juga

kepada rakan rakan kami

yang sudi membantu kami

dalam memberikan sedikit

sebanyak idea serta

berkongsi maklumat.

Adakah Sah Solat Dengan
Adanya Kulit Haiwan Yang Di
Larang Memakan Dalam Islam

(Disediakan Oleh: Imran Abdul Majid)

Di dalam satu riwayat, Ibnu Abbas pernah menyebut :

ٌُ‫ َمأَلْطاَّ ُرأَو َخ َحذُ ٍةواأُ إِ ْع َه ِاط َفَبيَاتَْهْناَتَهفَا َفعُ َدَم َبوْاوغُل ِباوَ ِهةه‬-‫بِو َشسالةٍم‬ ‫ َم َّر‬-‫عليه وسلم‬ ‫صلى الله‬- ِ‫أَ َّن َر ُسو َل َّلَّلا‬
‫صلى الله عليه‬- ‫َفقَا َل النَّبِ ُّى‬ ‫ِل َم ْي ُمونَةَ ِم َن ال َّص َدقَ ِة‬

Maksudnya :” Sesungguhnya Rasulullah pernah

melalui satu kawasan yang mana ada seekor

kambing yang dibuang. Ia diberikan oleh hamba

kepada Maimunah yang diperoleh daripada sedekah.

Maka Nabi SAW bersabda : Adakah kamu tidak

mahu mengambil kulitnya. Kemudian mereka

menyamak kulit tersebut dan mengambil manfaat
daripadanya .”

Riwayat Muslim (835)

Jumhur para ulama bersepakat bahawa kulit haiwan
yang dagingnya halal dimakan adalah suci sebelum
dan selepas disembelih. Sama ada disamak atau
tidak ianya tetap suci.Seperti contoh lembu, unta,
kambing dan lain-lain.

Begitu juga mereka bersepakat bahawa daging
manusia sama muslim atau kafir tidak boleh sama
sekali digunakan apatah lagi disamak. Ini
berdasarkan firman Allah SWT :

• ‫َو َلقَ ْد َك َّر ْمنَا َب ِن ٓى َءا َد َم‬
Maksudnya :” Dan sesungguhnya Kami telah
memuliakan anak-anak Adam.”

(Surah Al-Isra’: 70)

• Akan tetapi, para
ulama berselisih
berkenaan status
kesucian kulit
bangkai haiwan yang
dibersihkan
menggunakan proses
samak. Berikut
adalah ringkasan
pandangan para
ulama berkenaan isu
ini :

1. Ulama syafi’iyah, hanafiah dan sebahagian ulama hanabilah
mengatakan bahawa antara cara untuk menyucikan kulit bangkai
haiwan adalah dengan proses samak. Kulit bangkai haiwan yang halal
dimakan dagingnya atau yang tidak halal dimakan dagingnya akan menjadi
suci dengan proses samak kecuali kulit khinzir dan anjing. Ini berdasarkan
beberapa dalil daripada hadith. Antaranya :

Daripada Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi SAW bersabda :
• ‫إِ َذا ُدبِ َغ ال ِإ َها ُب فَ َق ْد َط ُه َر‬
Maksudnya :” Jika kulit telah disamak maka ia menjadi bersih.”

Riwayat Muslim (838)

Daripada Salamah Bin Al-Muhabbak Al-Huzali :

• ‫َبلََماى ِقَعاْن ِدَليفَإِإِ َّلناَّ ِد ِفبَاي َغقَِه ْاربَ َذ ٍة َك ِالتُ َيها‬ ‫ِع ْن ِد ا ْم َرأَةٍ َف َقا َل ْت‬ ‫بِأَلََم ْيا ٍء َس ِم َق ْْند‬ ‫َغ ْز َو ِة تَبُو َك َد َعا‬ ‫ِفي‬ ‫َو َسلَّ َم‬ ‫َع َل ْي ِه‬ ُ‫َّلَّلا‬ ‫َصلَّى‬ ‫الل ِه‬ ‫َنبِ َّي‬ ‫أَ َّن‬
: ‫َد َب ْغ ِت َها ؟ َقالَ ْت‬ : ‫ فَ َقا َل‬، ‫َم ْيتَ ٍة‬

Maksudnya :” Sesungguhnya Nabi SAW ketika perang Tabuk memohon air

daripada seorang wanita. Wanita itu berkata : Tiada apa pada aku melainkan
ada bekas air yang dibuat daripada kulit bangkai. Nabi SAW bertanya :

bukankah engkau telah menyamaknya? Wanita itu menjawab :Ya, aku telah
menyamaknya. Nabi SAW bersabda : Sesungghnya samak itu sama seperti
menyembelihnya (iaitu menjadi suci dan boleh digunakan).”

Riwayat Al-Nasaie (4555)

Kata Imam Al-Nawawi :

“Setiap daripada kulit haiwan yang menjadi najis disebabkan mati (iaitu
bangkai) boleh disucikan dengan samak.Kecuali khinzir dan anjing atau apa
yang lahir dari kedua-duanya. Inilah yang disepakati dalam mazhab kami.”

Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab (4/382)

Ibnu Abidin menyebut bahawa samak adalah antara cara untuk menyucikan
najis seperti mana yang disebutkan oleh Al-Quhustani di dalam kitabnya
Jami al-Rumuz. (Rujuk Rad Al-Mukhtar ‘ala Durr Al-Mukhtar Syarh
Tanwir Al-Absar, 1/203).

Akan tetapi, di dalam mazhab Abu Hanifah menyebut bahawa kulit anjing
menjadi suci dengan proses samak.Ini kerana di sisi mereka anjing tidak
dianggap sebagai najis ‘ain. (Rujuk Rujuk Rad Al-Mukhtar ‘ala Durr Al-
Mukhtar Syarh Tanwir Al-Absar, 1/204)

Kesan daripada pandangan ini, maka jika seseorang solat dalam keadaan
dia membawa bekas atau barang yang diperbuat daripada kulit haiwan maka
sah solatnya. Ini kerana kulit tersebut telah pun menjadi suci dengan sebab
proses samak itu tadi. Inilah pandangan yang telah dikemukakan oleh Imam
Al-Nawawi. Kata beliau :

“Jika kulit telah suci dengan samak maka diperbolehkan untuk mengambil
manfaat daripadanya.Sama ada dalam keadaan basah atau kering dan
boleh dibawa ketika solat.”

Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab (1/227)




































































Click to View FlipBook Version
Previous Book
Orlando Health Choose Health Winter Issue 2021
Next Book
E MAJALAH