The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN TIARANITA(29.5.14)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanariah, 2019-03-19 14:32:38

Perlembagaan TIARANITA

PERLEMBAGAAN TIARANITA(29.5.14)

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN ISTERI – ISTERI DAN ANGGOTA WANITA

TELEKOM MALAYSIA (TIARANITA)
TELEKOM MALAYSIA WIVES & EMPLOYEES ASSOCIATION

ISI KANDUNGAN

NOMBOR TAJ UK

ARTIKEL 1 NAMA

ARTIKEL 2 ALAMAT BERDAFTAR

ARTIKEL 3 DEFINASI
ARTIKEL 4
4.1 LAMBANG
4.2 Lambang Tiaranita
4.3 Maksud Simbolik bag! Lambang
4.4 Simbol Pengiktirafan Persatuan
4.5 Warna Lambang
Bendera
ARTIKEL 5
PENAUNG
ARTIKEL 6
PENASIHAT KEHORMAT
ARTIKEL 7
OBJEKTIF PERSATUAN
ARTIKEL 8
8.2 KEAHLIAN
(a) Jenis-jenis Keahlian
(b) Keahlian Biasa
(c) Keahlian Bersekutu
(d) Keahlian Kehormat
8.3 Keahlian Seumur Hidup
Tanggungjawab Ahli
ARTIKEL 9
PEMBAYARAN YURAN DAN YURAN KEMASUKAN
ARTIKEL 10
PENTADBIRAN

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 1 dari 24

NOMBOR TAJUK

ARTIKEL 11 JAWATANKUASA EKSEKUTIF
11.1 Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif
11.2 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan

ARTIKEL 12 TUGAS DAN KUASA AHLI-AHLI DALAM JAWATANKUASA
EKSEKUTIF
12.1
(a) Tugas-tugas ahli dalam Jawatankuasa Eksekutif
(b) Presiden
(c) Timbalan Presiden
(d) Naib Presiden
(e) Setiausaha Kehormat
(f) Penolong Setiausaha Kehormat
(g) Bendahari Kehormat
(h) Penolong Bendahari Kehormat
Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Biasa
12.2
Tugas-tugas Jawatankuasa Eksekutif
ARTIKEL 13
KEWANGAN DAN AKAUN
ARTIKEL 14
MESYUARAT AGUNG
ARTIKEL 15
JURUAUDIT
ARTIKEL 16
HAK MENGUNDI
ARTIKEL 17
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN
ARTIKEL 18
TINDAKAN DISIPLIN PEMBUBARAN
ARTIKEL 19
PENUBUHAN, PENTADBIRAN DAN
ARTIKEL 20 CAWANGAN

ARTIKEL 21 PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

ARTIKEL 22 PERLETAKAN JAWATAN DAN PELUCUTAN KEAHLIAN

ARTIKEL 23 PEMBUBARAN

PERUNTUKAN AM

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 2 dari 24

PERLEMBAGAAN
PERSATUAN ISTERI – ISTERI DAN ANGGOTA WANITA

TELEKOM MALAYSIA (TIARANITA)

TELEKOM MALAYSIA WIVES AND EMPLOYEES ASSOCIATION

ARTIKEL1 NAMA

1.1 Nama Persatuan ini ialah "Persatuan Isteri-lsteri Dan Anggota Wanita Telekom
Malaysia" (Telekom Malaysia Wives And Women Employees Association) dan
singkatannya "Tiaranita" dan kemudian dari ini dipanggil "Persatuan".

ARTIKEL 2 ALAMAT BERDAFTAR

2.1 Pejabat berdaftar bagi Persatuan ini adalah d/a Aras 51, Sayap Utara, Menara TM,

Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur, Malaysia atau di Iain-lain tempat di mana

mungkin dari masa kesemasa akan diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

2.2 Pejabat berdaftar atau tempat berurusan Persatuan ini tidak akan diubah tanpa
kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia terlebih dahulu.

ARTIKEL 3 DEFINASI

3.1 "Isteri-isteri" atau "Wives" bermaksud isteri kepada eksekutif-eksekutif dan anggota-

anggota TM tanpa mengira pangkat, gelaran ataupun kedudukan dalam perkhidmatan

3.2 "Anggota Wanita" atau "Women Employees" bermaksud eksekutif wanita atau
anggota-anggota wanita TM tanpa mengira pangkat, gelaran ataupun kedudukan
dalam perkhidmatan.

3.3 "Telekom Malaysia" atau “TM” bermaksud TM Berhad iaitu syarikat yang ditubuhkan di
Malaysia dengan pejabat yang didaftarkan di d/a Aras 51, Sayap Utara, Menara TM,
Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur, Malaysia dan termasuklah anak syarikat
TM sama ada milik penuh ataupun sebaliknya, atau sama ada yang ditubuhkan dan
menjalani perniagaan di Malaysia atau di negara-negara lain, syarikat-syarikat
bersekutu TM yang ditubuhkan dan menjalani perniagaan di Malaysia atau negara-
negara lain, dan semua Unit Perniagaan atau bahagian lain yang di tempatkan di
mana-mana lokasi.

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 3 dari 24

ARTIKEL 5 PENAUNG

5.1 Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput mana-mana perseorangan atau seseorang
yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Eksekutif untuk menjadi Penaung Persatuan.

ARTIKEL 6 PENASIHAT KEHORMAT

6.1 Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM hendaklah menjadi Penasihat Kehormat kepada
Persatuan ini. Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput mana-mana
perseorangan atau seseorang yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Eksekutif
untuk menjadi Penaung Persatuan.

ARTIKEL 7 OBJEKTIF PERSATUAN

7.1 Objektif-objektif Persatuan ini adalah:-

(a) Mengukuhkan perhubungan dan menyatupadukan isteri anggota-anggota TM
dengan ahli-ahli seumur hidup;

(b) Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan diri di
kalangan ahli-ahli Persatuan melalui program kemajuan diri, bengkel, seminar
dan kursus-kursus yang diadakan;

(c) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti yang boleh
memanfaatkan para ahli, keluarga dan masyarakat sekitar; dan

(d) Menganjurkan program-program bagi mengutip derma dan sumbangan untuk
aktiviti-aktiviti amal. Kutipan derma yang diperolehi dari orang ramai mestilah
mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan atau dari pihak berkuasa
berkenaan terlebih dahulu.

ARTIKEL 8 KEAHLIAN

8.2 Jenls-Jenis keahllan adalah seperti yang berlkut:-

(a) Keahlian Biasa

Keahlian Biasa adalah terbuka kepada warganegara Malaysia di mana
beliau hendaklah sama ada:-

(i) Isteri kepada anggota lelaki TM tidak kira pangkat,terma ataupun

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 4 dari 24

jangkamasa perkhidmatan suami; atau

(ii) Anggota wanita TM tidak kira pangkat, terma ataupun jangkamasa
perkhidmatan anggota;

(iii) Mempunyai hak untuk bertanding di dalam pemilihan melantik atau
memilih calon untuk pemilihan dan mengundi di dalam pemilihan
Persatuan;

(iv) Mempunyai hak untuk bersuara dan mengundi bagi Mesyuarat Agung
Dwi Tahunan/Mesyuarat Agung Luarbiasa Persatuan;

(v) Mempunyai hak untuk memeriksa semua rekod Persatuan dengan
syarat, mestilah memberi notis secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat
satu (1) minggu lebih awal;

(vi) Berhak menggunakan segala kernudahan seperti yang telah diluluskan
oleh Persatuan; dan

(vii) Mempunyai hak untuk mengambil bahagian di dalam semua majlis
yang dianjurkan oleh Persatuan.

(b) Keahlian Bersekutu

(i) Isteri kepada anggota lelaki TM yang bukan warganegara Malaysia boleh
memohon kepada Persatuan, dan dengan kelulusan, boleh menjadi ahli;

(ii) Anggota-anggota dibawah pengambilan ‘leasing’ dengan tempoh baki
kontrak yang melebihi enam (6) bulan, boleh memohon kepada
Persatuan dan dengan kelulusan, boleh menjadi ahli;tertakluk kepada
terma dan syarat pengambilan anggota “leasing”;

(iii) Tidak mempunyai hak untuk bertanding di dalam pemilihan. melantik
atau memilih colon untuk pemilihan atau mengundi di dalam pemilihan
Persatuan; tetapi

(iv) Mempunyai hak untuk bersuara di dalam Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan/Mesyuarat Agung Luarbiasa Persatuan;

(v) Mempunyai hak menggunakan segala kemudahan sebagaimana yang
diluluskan oleh Persatuan; dan

(vi) Mempunyai hak untuk mengambil bahagian di dalam semua majlis

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 5 dari 24

yang dianjurkan oleh Persatuan.

(c) Keahlian Kehormat

Presiden, dengan persetujuan Jawatankuasa Eksekutif boleh menganugerahkan
Keahlian Kehormat kepada mana-mana wanita ataupun wanita yang pernah
memberi sokongan serta perkhidmatan yang cemerlang kepada Persatuan di
mana keahliannya akan memberi manfaat kepada Persatuan.

Ahli yang memiliki Keahlian Kehormat:-

(i) Tidak mempunyai hak untuk bertanding bagi pemilihan, melantik
atau memilih calon untuk pemilihan atau mengundi di dalam pemilihan
Persatuan;

(ii) Mempunyai hak untuk bersuara di Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan/Mesyuarat Agung Luarbiasa Persatuan;

(iii) Mempunyai hak menggunakan segala kemudahan sebagaimana yang
diluluskan oleh Persatuan; dan

(iv) Mempunyai hak untuk mengambil bahagian di dalam semua majlis
yang dianjurkan oleh Persatuan.

(d) Keahlian Seumur Hidup
(i) Semua bekas anggota wanita TM yang tidak bekerja dengan mana-
mana syarikat pesaing dengan perniagaan TM dan/atau pembekal kepada
TM;

(ii) Isteri kepada bekas anggota TM yang mana bekas anggota berkenaan
tidak bekerja dengan mana-mana syarikat pesaing dengan perniagaan
TM dan/atau pembekal kepada TM;

(iii) Mempunyai hak untuk bertanding bagi pemilihan, melantik atau memilih
calon untuk pemilihan atau mengundi di dalam pemilihan Persatuan.
Walaubagaimanapun, Presiden mempunyai budi bicara mutlak untuk
menetapkan jumlah kerusi Jawatankuasa Eksekutif yang boleh
disandang oleh Ahli Seumur Hidup.

(iv) Mempunyai hak untuk bersuara di Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan/Mesyuarat Agung Luarbiasa Persatuan;

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 6 dari 24

(v) Mempunyai hak menggunakan segala kemudahan sebagaimana yang
diluluskan oleh Persatuan;

(vi) Mempunyai hak untuk mengambil bahagian di dalam semua majlis
yang dianjurkan oleh Persatuan; dan

(vii) Permohonan bagi keahlian Ahli Seumur Hidup hendaklah diserahkan
kepada Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum
tarikh akhir bertugas di TM.

8.3 Tanggungjawab Ahli:-

(a) Ahli-ahli hendaklah tertakluk kepada perlembagaan dan tidak bertindak dalam
apa cara sekalipun yang dengan objektif Persatuan; dan

(b) Ahli-ahli digalakkan menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti Persatuan.

8.4 Semua permohonan bagi keahlian hendaklah dihantar mengikut borang permohonan
yang telah ditetapkan dan diserahkan kepada Setiausaha Kehormat untuk pertimbangan
Jawatankuasa Eksekutif. Walaubagaimanapun Jawatankuasa Eksekutif boleh menolak
mana-mana permohonan mengikut pertimbangan mereka tanpa mengemukakan
sebarang sebab.

ARTIKEL 9 PEMBAYARAN YURAN DAN YURAN KEMASUKAN

9.1. Yuran kemasukan yang dikenakan ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia
Sepuluh Sahaja) bagi semua jenis kelas keahlian.

9.2. Semua hendaklah membayar yuran sebanyak:-

(a) Keahlian Biasa

Ringgit Malaysia Dua (RM2.00) Sahaja secara bulanan dimana jumlah ini akan
ditolak dari gaji bulanan ahli atau gaji bulanan suami ahli oleh Bahagian/Unit
Sumber Manusia dan dikirimkan terus kepada Bendahari Kehormat Persatuan.

(b) Keahlian Seumur Hidup

Semua pemohon untuk Keahlian Seumur Hidup, yang mendapat kelulusan dari
Presiden untuk menjadi ahli hanya membayar RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu
Ratus Sahaja).

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 7 dari 24

(c) Keahlian Bersekutu

Ringgit Malaysia Dua Belas (RM12.00) Sahaja setiap enam (6) bulan dimana
jumlah ini akan dibayar terlebih dahulu (‘in advance’) secara tunai kepada
Bendahari. Walaubagaimanapun, sebarang subsidi program bagi Ahli-ahli
Bersekutu adalah tertakluk kepada budibicara Presiden

ARTIKEL 10 PENTADBIRAN

10.1. Jawatankuasa Eksekutif adalah bertanggungjawab di atas hal-ehwal pentadbiran
Persatuan.

10.2. Semua perkara yang berkaitan dengan Persatuan adalah tertakluk
kepada perlembagaan dan undang-undang Persatuan yang
telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Eksekutif.

10.3 Semua ahli dari Jawatankuasa Eksekutif, kakitangan-kakitangan pejabat dan setiap
individu yang menjalankan tugas-tugas rasmi Persatuan mestilah terdiri daripada
warganegara Malaysia. Bagi yang bukan warganegara Malaysia, mereka hanya boleh
mengendalikan tugas-tugas Persatuan dengan mendapat kelulusan dari Pendaftar
Pertubuhan Malaysia terlebih dahulu.

10.4 Ahli-ahli yang mempunyai yuran tertunggak lebih dari enam (6) bulan adalah tidak layak
untuk memperolehi sebarang keistimewaan dalam Persatuan, dan dengan kelulusan
Jawatankuasa Eksekutif, nama mereka boleh dilucutkan dari senarai pendaftaran ahli-ahli
Persatuan.

ARTIKEL 11 JAWATANKUASA EKSEKUTIF

11.1 Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif adalah terdlrl darlpada:-

(a) Presiden 1

(b) Timbalan Presiden 2

(c) Naib Presiden 3

(d) Setiausaha Kehormat 1

(e) Penolong Setiausaha Kehormat 2

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 8 dari 24

(f) Bendahari Kehormat 1
(g) Penolong Bendahari Kehormat 1
(h) Ahli Jawatankuasa Eksekutif Biasa 12
23
Jumlah

11.2 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan:-

(a) Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM adalah secara "ex-officio"
dilantik sebagai Presiden Persatuan;

(b) Presiden akan melantik Setiausaha Kehormat dan sekiranya perlu, mendapatkan
nasihat daripada Penasihat Kehormat, Timbalan Presiden dan/atau Naib
Presiden berkenaan perlantikan tersebut. SetiausahaKehormat yang dilantik
akan memegang jawatan tersebut sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan
yang berikutnya;

(c) Jawatan bagi Timbalan Presiden, Naib Presiden, Penolong Setiausaha Kehormat,
Bendahari Kehormat, Penolong Bendahari Kehormat dan Ahli-ahli Jawatankuasa
Eksekutif Biasa Persatuan akan dipenuhi melalui pemilihan yang dibuat dalam
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan; dan

(d) Keahlian mana-mana ahli di dalam Jawatankuasa Eksekutif akan terlucut serta-
merta sekiranya mana-mana ahli atau ahli keluarganya bersara, berhenti,
ditamatkan perkhidmatan atau meninggal dunia dan ahli tersebut hendaklah
digantikan dengan ahli yang lain yang akan dilantik oleh Presiden untuk
menjawat jawatan tersebut jika perlu; sehingga pemilihan yang akan datang.

ARTIKEL 12 TUGAS DAN KUASA AHLI-AHLI DALAM JAWATANKUASA
EKSEKUTIF

12.1 Tugas-tugas Ahll dalam Jawatankuasa Eksekutlf:-

(a) Presiden

(i) Presiden hendaklah menjadi Pengerusi bagi semua mesyuarat
Jawatankuasa Eksekutif dan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa
Kerja, di samping bertanggungjawab memastikan kesemua mesyuarat

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 9 dari 24

tersebut adalah berjalan lancar;

(ii) Presiden mempunyai kuasa pemutus atau undi penentu serta mengesah
dan menandatangani semua minit mesyuarat yang disahkan dan
diluluskan; dan

(iii) Presiden bersama dengan sama ada Bendahari Kehormat atau
Setiausaha Kehormat diberi kuasa untuk menandatangani semua cek
bagi pihak Persatuan.

(b) Timbalan Presiden (2)

Salah seorang Timbalan Presiden hendaklah menjalankan tugas-tugas Presiden
sekiranya diarahkan oleh Presiden.

(c) Naib Presiden (3)

(i) Mana-mana Naib Presiden hendaklah menjalankan tugas Presiden
semasa ketiadaan Timbalan Presiden dan hendaklah, atas arahan
Presiden, menjalankan tugas-tugas Presiden untuk sesuatu aktiviti dari masa
ke semasa.

(d) Setiausaha Kehormat

(ii) Menguruskan hal-hal Persatuan terutamanya dalam hal-hal surat-menyurat
dengan ahli dan Jabatan Kerajaan dan pihak kawalselia, menyimpan
buku-buku dan dokumen-dokumen serta merekod dan mencatat segala
minit mesyuarat;

(iii) Bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini buku pendaftaran ahli
dengan lengkap, orang-orang yang memegang jawatan dalam
Persatuan, membuat penyerahan borang-borang yang perlu kepada
Pendaftar Pertubuhan dan secara am mempastikan bahawa
Persatuan mematuhi dengan segala keperluan Akta Pertubuhan
Malaysia;

(iv) Menyediakan Laporan Dwi Tahunan bagi Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan;

(v) Mengeluarkan notis dan memanggil untuk semua mesyuarat
Persatuan serta mencatat minit bagi kesemua mesyuarat tersebut;

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 10 dari 24

(vi) Menyedia dan menyerahkan Penyata Tahunan Persatuan kepada
Pendaftar Pertubuhan Malaysia apabila diperlukan;

(vii) Bersama dengan Presiden, diberi kuasa menandatangani cek
bagi pihak Persatuan; dan

(viii) Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas ke atas fungsi-fungsi
Persatuan yang lain yang berbentuk kesetiausahaan.

(e) Penolong Setiusaha Kehormat (2)

(i) Kedua-dua Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah membantu
Setiausaha Kehormat di dalam menjalankan dan mengendalikan
tugas-tugas beliau dan bertindak sebagai Setiausaha Kehormat di
dalam melaksanakan tugas-tugas dan fungsi-fungsi lain semasa
ketiadaan beliau.

(f) Bendahari Kehormat

(i) Bertanggungjawab ke atas semua urusan kewangai Persatuan;

(ii) Bertanggungjawab menyimpan akaun dengan tepat dan betul bagi
segala butir wang yang diterima da dibelanjakan oleh Persatuan
serta Iain-lain rekod kewangan Persatuan;

(iii) Mempastikan semua dana dan wang disimpan dengan selamat bagi
pihak Persatuan dan menguruskan perbelanjaan bagi pihak
Persatuan;

(iv) Bersama dengan Presiden diberi kuasa menandatangani cek bagi pihak
Persatuan; dan

(v) Bertanggungjawab menyediakan Kunci Kira-kira Tahunan dan Akaun
Pendapatan dan Perbelanjaan untuk diaudit oleh Juruaudit dan
seterusnya dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

(g) Penolong Bendahari Kehormat

(i) Penolong Bendahari Kehorrnat hendaklah membantu Bendahari
Kehormat dalam melaksanakan tugas- tugas beliau dan memangku tugas
Bendahari Kehormat.

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 11 dari 24

12.2 Tugas-tugas Jawatankuasa Eksekutif:-

(a) Jawatankuasa Eksekutif adalah bertanggungjawab didalam merangka atau
menggubal polisi-polisi Persatuan serta merancang strategi bagi perlaksanaan
polisi-polisi tersebutselaras dengan Perlembagaan Persatuan;

(b) Jawatankuasa Eksekutif juga bertanggungjawab mengatur aktiviti-aktiviti
Persatuan di samping mengawas dan mempastikan bahawa setiap tindakan
yang diambil tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persatuan;

(c) Berhubung dengan mana-mana isu yang berkaitan dengan polisi dan pindaan
kepada perlembagaan, Jawatankuasa Eksekutif hendaklah merujuk perkara
tersebut kepada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi mendapatkan
keputusan;

(d) Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam setahun dan notis bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa
Eksekutif hendaklah diberikan kepada ahli-ahlinya tidak kurang dari tiga (3) hari
sebelum tarikh itu diadakan. Sama ada Presiden boleh bertindak secara
bersendirian, atau tidak kurang dari lapan (8) orang Ahli-ahli Jawatankuasa
Eksekutif boleh bertindak secara bersama, memanggil mesyuarat
Jawatankuasa Eksekutif pada bila-bila rnasa difikirkan perlu;

(e) Korum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif hendaklah satu perdua
(1/2) daripada jumlah keahlian ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif;

(f) Jawatankuasa Eksekutif boleh membentuk Jawatankuasa Kecil, sekiranya perlu;

(g) Jawatankuasa Eksekutif boleh menggantung atau memecat mana-mana ahli
dalam Jawatankuasa Eksekutif sama ada yang dipilih dalam Mesyuarat
Agung dwiTahunan atau yang dilantik oleh Presiden sekiranya penggantungan
atau pemecatan tersebut difikirkan betul dan adil demi kebaikan Persatuan;

(h) Keputusan Jawatankuasa Eksekutif hendaklah dipatuhi oleh semua ahli Persatuan
kecuali dan sehingga dipinda oleh satu keputusan yang dibuat ke atasnya. Ahli-ahli
jawatankuasa Eksekutif Biasa hendaklah menghadiri semua mesyuarat
Jawatankausa Eksekutif dan membantu pemegang-pemegang jawatan di atas
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan menguruskan hal-hal Persatuan;

(i) Di antara satu-satu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, Jawatankuasa Eksekutif

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 12 dari 24

boleh sekiranya perlu, memberi tafsirannya sendiri ke atas Perlembagaan dan boleh,
dalam keadaan terdesak membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang tidak
termaktub di dalam Perlembagaan:

(e) Kecuali untuk perkara-perkara yang bercanggah dengan, atau tidak sejajar
dengan polisi-polisi yang dibuat di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, keputuan
Jawatankuasa Eksekutif ke atas ahli-ahli adalah muktamad sekiranya tidak dipinda
selepas itu oleh satu keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Agung; dan

(f) Presiden boleh, atas budi bicara beliau, melantik empat (4) ahli tambahan dalam
Jawatankuasa Eksekutif sekiranya perlu.

ARTIKEL 13 KEWANGAN DAN AKAUN

13.1 Semua wang yang dikumpul sama ada di peringkat Ibu Pejabat Persatuan atau oleh
Cawangan-Cawangan Persatuan (sekiranya ada) hendaklah menjadi harta mutlak
Persatuan.

13.2 Tahun Kewangan bagi Persatuan hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada
31 Disember tiap-tiap tahun

13.3 Semua wang atau keuntungan yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan di semua
peringkat melalui penyertaannya dalam apa jua aktiviti Persatuan hendaklah digunakan
untuk meningkat, membangun dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang selaras dengan objektif
Persatuan dan tiada wang atau keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membayar
keuntungan, faedah atau bonus kepada mana-mana ahli Persatuan. Peruntukan ini
walau bagaimanapun, hendaklah tidak menghalang apa-apa pembayaran dibuat
untuk tujuan kebaikan, membayar gaji mana-mana orang yang digaji secara bebas,
dilantik atau diminta oleh Persatuan untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu atau
membayar balik kepada mana-mana ahli atau kakitangan Persatuan bagi apa-apa
perbelanjaan yang dibuat bagi pihak atau dalam menjalankan tugas-tugas tertentu
atas nama Persatuan. Walaubagaimanapun wang tersebut tidak boleh digunakan
bagi bayaran denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah;

13.4 Apa-apa perbelanjaan melebihi Ringgit Malaysia Seratus Ribu (RM 100,000.00)
Sahaja pada satu-satu masa tertentu hendaklah mendapat kelulusan daripada ahli-
ahll Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan kurang daripada Ringgit

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 13 dari 24

Malaysia Seratus Ribu (RM 100,000.00) Sahaja pada satu-satu masa tertentu boleh
diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif dan perbelanjaan kurang daripada Ringgit
Malaysia Lima Puluh Ribu (50,000.00) Sahaja pada satu-satu masa tertentu boleh
diluluskan oleh Presiden bersama dengan Bendahari Kehormat atau Setiausaha
Kehormat.

13.5 Semua cek atau Penyata Pengeluaran Wang Tunai dari akaun Persatuan
hendaklah ditandatangani oleh Presiden bersama dengan Bendahari Kehormat atau
Setiausaha Kehormat. Dalam ketiadaan Presiden, salah seorang dari Timbalan
Presiden bolehmenandatangani cek dan Penyata tersebut bagi pihak beliau.

13.6 Bendahari Kehormat tidak boleh menyimpan lebih dari Ringgit Malaysia Lima
Ratus (RM500.00) Sahaja dalam satu-satu masa dalam bentuk wang tunai dan
hendaklah menyimpan wang yang melebihi jumlah itu atau mana-mana jumlah
yang lebih kecil mana-mana yang diperlukan di dalam akaun Persatuan di dalam
mana-mana bank atau institusi kewangan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Eksekutif, dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan wang tersebut,
hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan.

13.7 Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bersama dengan Kunci Kira-kira Tahunan
(Penyata Kewangan) hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diaudit
oleh Juruaudit yang dilantik mengikut Artikel 15 sebaik sahaja selepas
berakhirnya tahun kewangan. Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah
dibentangkan di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan berikutnya untuk kelulusan dan
sesalinan hendaklah disediakan untuk makluman ahli-ahli di tempat berurusan
Persatuan.

13.8 Bendahari Kehormat hendaklah menyediakan Penyata Akaun tersebut sebaik
sahaja selepas berakhirnya tahun kewangan tersebut untuk diaudit oleh Juruaudit.

13.9 Penyata Kewangan yang telah diaudit hendaklah ditandatangani secara bersama
oleh Presiden dan Bendahari Kehormat.

ARTIKEL 15 JURUAUDIT

15.1 Dua (2) orang Ahli Biasa atau Seumur Hidup yang tidak memegang apa-apa

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 14 dari 24

jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Persatuan hendaklah dilantik di Mesyuarat
Agung Dwi Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka hendaklah memegang jawatan
tersebut bagi jangkamasa 2 (dua) tahun.

15.2 Juruaudit akan mengaudit akaun Persatuan bagi tiap-tiap tahun berkenaan dan
mengesahkan Penyata Akaun Tahunan dan Laporan Kewangan Tahunan
dengan betul sebelum ia dibentangkan di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

15.3 Juruaudit yang dilantik boleh, atas permintaan Presiden Jawatankuasa
Eksekutif yang diberi melalui Cawangan (jika ada) mengaudit akaun Persatuan atau
Cawangan (jika ada) pada bila-bila masa dan tarikh sepanjang memegang jawatan
tersebut dan menyerahkan laporan yang telah diaudit kepada Jawatankuasa
Eksekutif atau Jawatankuasa Eksekutif di peringkat Cawangan (sekiranya ada).

ARTIKEL 16 HAK MENGUNDI

16.1 Di dalam keadaan di mana sesuatu keputusan tidak boleh dicapai dalam mana-mana
mesyuarat, perkara tersebut hendaklah diundi dan keputusan yang dicadangkan
mendapat undian tertinggi akan diterima sebagai keputusan muktamad.

16.2 Pengerusi bagi mesyuarat tersebut mempunyai undi penentu apabila berlaku undian seri.

16.3 Pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Eksekutif (kecuali Presiden dan Setiausaha Kehormat
hendaklah dilakukan secara terbuka).

16.4 Undian bagi apa-apa cadangan juga hendaklah dilakukan secara terbuka

ARTIKEL 17 UNDANG – UNDANG KECIL DAN PERATURAN PERATURAN

17.1 Jawatankuasa Eksekutif boleh dari masa ke semasa menggubal undang-undang kecil
dan peraturan kecil Persatuan serta membentuk undang-undang kecil di bawah
Perlembagaan Persatuan selagi tidak dibantah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

ARTIKEL 19 PENUBUHAN, PENTADBIRAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN

19.1 Jawatankuasa Eksekutif boleh membenarkan penubuhan Cawangan atau Cawangan-
Cawangan Persatuan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti Persatuan di mana-mana
kawasan sama ada di Malaysia ataupun Negara-negara lain di mana terdapat sekurang-

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 15 dari 24

kurangnya dua puluh lima (25) orang ahli yang berhak mengundi.

19.2 Cawangan tersebut hendaklah mempunyai Jawatankuasa Cawangan yang terdiri
daripada:

(a) Presiden Cawangan

(b) Naib Presiden Cawangan

(c) Setiausaha Kehormat Cawangan

(d) Bendahari Kehormat Cawangan dan

(e) Sekurang-kurangnya seorang (1) dan tidak lebih dari enam (6) Ahli
Jawatankuasa Biasa Cawangan.

Pengurus Besar Negeri hendaklah menjadi Penasihat kepada Cawangan berkenaan.
Isteri kepada Pengurus Besar Negeri berkenaan adalah secara “ex-officio” dilantik
sebagai Presiden Cawangan. Sekiranya Pengurus Besar Negeri bekenaan adalah
seorang wanita, Pengurus Besar berkenan akan secara “ex-officio” dilantik sebagai
Presiden Cawangan.

Sekiranya Pengurus Besar Negeri berkenaan tidak beristeri, Pengurus Besar Negeri
berkenaan selaku Penasihat Cawangan boleh melantik isteri kepada Anggota TM atau
Anggota TM untuk memegang jawatan Presiden Cawangan.

Presiden boleh selepas berunding dengan Jawatankuasa Cawangan, melantik
seorang Setiausaha Kehormat yang akan berkhidmat di dalam jawatan
tersebutselama dua (2) tahun.

Jawatankuasa Cawangan boleh, sekiranya periu melantik Ahli Jawatankuasa
tambahan dari kalangan ahli-ahli Cawangan untuk menjadi Jawatankuasa
Cawangan. Ahli-ahli yang dilantik hendaklah tidak melebihi lima (5) orang pada satu-
satu masa. Di mana Cawangan mendapati perlu, ia boleh memilih Penolong
Setiausaha dan/atau Penolong Bendahari dari kalangan Ahli Jawatankuasa.

19.4 Jawatankuasa Cawangan hendaklah dipilih di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dari
kalangan ahli Cawangan yang mempunyai hak mengundi, dan hendaklah memegang
jawatan tersebut sehingga Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang akan datang atau
sehingga dibubarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan.

19.5 Jawatankuasa Cawangan boleh memungut dan menguruskan perbelanjaan bagi

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 16 dari 24

pihak Persatuan, seperti yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan.
Pengurusan Akaun Bank bagi Cawangan hendaklah ditandatangani oleh Presiden
Cawangan
bersama Bendahari Kehormat Cawangan atau Setiausaha Kehormat
Cawangan.

19.6 Jawatankuasa Cawangan hendaklah pada bila-bila masa lebih rendah dari
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan.

19.7 Korum bagi Mesyuarat Agung Dwi Tahunan peringkat Cawangan hendaklah dua (2)
kali ganda dari jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan atau setengah dari jumlah
ahli-ahli Cawangan yang berhak mengundi mengikut mana-mana yang kurang dan
bagi
mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hendaklah sekurang-kurangnya setengah
dari jumlah keseluruhan ahli yang hadir.

19.8 Perkara-perkara yang berkaitan dengan Ahli Jawatankuasa Cawangan, fungsi
Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Kehormatnya adalah sama dengan fungsi
Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Kehormat Nasional:-

(a) Presiden Cawangan hendaklah:-

(i) Mewakili Persatuan dalam berurusan dengan pihak atau Pertubuhan
luar;

(ii) Bertugas sebagai Pengerusi bagi setiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
dan Jawatankuasa Cawangan; dan

(iii) Memikul tanggungjawab sepertimana yang ditentukan oleh
Jawatankuasa Eksekutif dari masa ke semasa.

(b) Naib Presiden Cawangan hendaklah memangku jawatan Presiden semasa
ketiadaanya.

(c) Setiausaha Kehormat Cawangan hendaklah :

(i) Menyimpan rekod-rekod Persatuan dan menjalankan semua urusan
surat-menyurat bagi apa jua perkara;

(ii) Bertanggungjawab membuat penyediaan dan menyerahkan segala
dokumen dan penyata sepertimana yang dikehendaki oleh undang-
undang;

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 17 dari 24

(iii) Menyimpan semua minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan
Jawatankuas Cawangan; dan

(iv) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh jawatankuasa
cawangan dari masa ke semasa.

19.9 Bendahari Kehormat bagi setiap Cawangan adalah bertanggungjawab ke
atas hal-ehwal kewangan Cawangan masing-masing dan hendaklah menyediakan
Penyata Akaun bagimMesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan yang diaudit,
sesalinan penyata tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Eksekutif.
Segala wang yang dipungut oleh Cawangan hendaklah dipertanggungjawabkan untuk
dan pada bila-bila masa menjadi harta kepada tabung pusat Persatuan. Setiap pihak
Cawangan adalah bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan,penerimaan
dan perbelanjaan yang dibuat dan hendaklahberkaitan dengan objektif Persatuan.
Cawangan pertumendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Eksekutif
untuk"perbelanjaan yang melebihi Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000.00)
Sahaja.

19.10 Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan
menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

19.11 Setiap Cawangan hendaklah, sebelum 30 April tiap - tiap dua (2) tahun mengadakan
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan untuk:-

(a) Menyedia, membentang dan mengesahkan Laporan Dwi Tahunan;

(b) Menerima laporan Bendahari Cawangan dan Kira-kira Cawangan yang
telah diaudit;

(c) Memilih Ahli Jawatankuasa Cawangan (kecuali Setiausaha Kehormat) dan
Juruaudit Cawangan untuk tempoh berikutnya; dan

(d) Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan di Mesyuarat
Agung Dwi Tahunan Persatuan.

19.12 Setiausaha Kehormat Cawangan hendaklah menghantar notis kepada tiap-tiap ahli
sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan yang menyatakan tarikh, waktu dan
tempat.

19.13.1 Semua permohonan keahlian Persatuan yang dibuat melalui Cawangan hendaklah

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 18 dari 24

dihantar melalui Setiausaha Kehormat Cawangan dan dikemukakan kepada
Setiausaha Kehormat Persatuan untuk pertimbangan Jawatankuasa Eksekutif.
Semua ahli hendaklah mematuhi keputusan Jawatankuasa Eksekutif berkaitan
Cawangan mana mereka menjadi ahli. Rayuan untuk pertukaran tidak akan dilayan
kecuali dalam keadaan-keadaan di mana ahli atau suami kepada ahli tersebut
ditukarkan ke bahagian, unit, anak syarikat atau syarikat bersekutu TM yang terletak
berjauhan dari Cawangan ahli berkenaan.

19.14 Jawatankuasa Eksekutif boleh membubarkan sesuatu Cawangan:-

(a) Jika bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut jumlah ahli Cawangan tersebut
adalah dibawah dari dua puluh lima (25) orang ahli yang berhak mengundi;
atau

(b) Jika Jawatankuasa Eksekutif berpuashati bahawa terdapatnya
penyelewengan dalam pentadbiran Cawangan; atau

(c) Jika Cawangan enggan mematuhi Perlembagaan Persatuan atau resolusi
diluluskan di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan atau keputusan yang
dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif.

19.15 Setiausaha Kehormat hendaklah menandatangani Arahan Pembubaran sedemikian.
Apabila menerima arahan tersebut, Cawangan hendaklah berhenti dari berfungsi
bagi tujuan pembubaran. Mana-mana Cawangan yang tidak berpuashatidengan
arahan pembubaran tersebut bolehlah, melalui notis secara bertulis kepada
Setiausaha Kehormat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan
arahan pembubaran tersebut, dan membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan Persatuan. Tanpa prejudis kepada rayuan berkenaan, arahan pembubaran
itu hendaklah terus terpakai sehingga diketepikan, tetapi di dalam keadaan
sedemikian Jawatankuasa Eksekutif boleh melantik dari kalangan ahli-ahlinya satu
"Jawatankuasa Sementara" bagi menguruskan hal-hal Cawangan, sementara rayuan
didengar.

ARTIKEL 20 PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

20.1 Tiada Pindaan atau tambahan pada Perlembagaan Persatuan boleh dibuat kecuali
di dalam Mesyuarat Agung Persatuan dan Cadangan bagi pindaan kepada

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 19 dari 24

perlembagaan yang dibuat secara terperinci telah diedarkan kepada ahli-ahli
sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan,
untuk tujuan tersebut.

20.2 Tiada pindaan atau tambahan kepada Perlembagaan boleh dibuat kecuali
resolusi untuk pindaan atau tambahan diluluskan melalui satu resolusi yang
disokong melalui undian oleh tidak kurang dua pertiga (2/3) dari ahli-ahli yang hadir
dan mengundi.

20.3 Tiada pindaan atau tambahan seumpama ini boleh dikuatkuasakan tanpa
kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Sebarang pindaan kepada
perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh
enam puluh (60) hari selepas diluluskan oleh Mesyuarat Agung.

ARTIKEL 21 PERLETAKAN JAWATAN DAN PERLUCUTAN KEAHLIAN

21.1 Keahlian seseorang ahli hendaklah secara automatik dilucutkan, di dalam kes
seseorang Ahli Biasa yang merupakan seorang kakitangan atau Ahli Biasa atau
Bersekutu, yang merupakan isteri kepada anggota, apabila berlaku pertetakan
jawatan atau ditamatkan perkhidmatan oleh TM atau apabila berlaku kematian
kepada ahli atau suami ahli tersebut.

21.2 Mana-mana ahli yang ingin berhenti sebagai ahli Persatuan hendaklah
Mengemukakan kepada Setiausaha Kehormat, empat belas (14) hari notis bertulis
mengenai hasrat bellau berbuat demikian dan, tertakluk kepada ahli tersebut
menjelaskan kesemua yuran dan bayaran-bayaran lain yang perlu dibayar kepada
Persatuan, ahli berkenaan hendaklah berhenti sebagai ahli Persatuan selepas
tamat tempoh empat belas (14) hari tersebut.

21.3 Tindakan disiplin boleh diambil terhadap mana-mana ahli dan/atau keahliannya
boleh dilucutkan sekiranya tindakan dan/atau kenyataan yang dibuat oleh ahli
tersebut didapati bertentangan dengan kepentingan dan reputasi Persatuan.

21.4 Apa jua tindakan untuk melucutkan keahlian mana-mana ahli
hanya akan dibuat setelah ahli tersebut diberi hak untuk didengar dan diberi peluang
membela diri.

21.5 Jawatankuasa Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa untuk melucut dan

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 20 dari 24

menggantung keahlian mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan atau
Undang-undang (Kecil Persatuan atau telah bertindak di dalam keadaan yang boleh
menjejaskan nama baik Persatuan, selepas satu tempoh yang dianggap munasabah
oleh Jawatankuasa Eksekutif; dengan syarat sebelum keahlian ahli tersebut dilucut
atau digantung, ahli tersebut diberitahu secara bertulis sebab-sebab pelucutan
atau penggantungan dan hendaklah juga diberi hak untuk membela diri ke atas sebab-
sebab yang dinyatakan di dalamnya. Selepas itu perlucutan atau penggantungan akan
berkuatkuasa kecuali keputusan Jawatankuasa Eksekutif dipinda atau diubah oleh ahli-
ahli di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan selepas rayuan ahli tersebut.

ARTIKEL 22 PEMBUBARAN

22.1 Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan tidak kurang dan dua
pertiga (2/3) jumlah ahli Persatuan yang nadir dan layak mengundi, dan dibuat oleh
orang itu sendiri melalul undi sulit di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang dipanggil untuk
tujuan tersebut.

22.2 Dalam keadaan Persatuan dibubarkan, segala urusan hutang dan liabiliti Persatuan yang
tertanggung secara sah dijelaskan dan baki wang yang linggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat berkenaan.

22.3 Notis untuk dan semua kenyataan yang berkaitan dengan pembubaran yang
difandatangani oleh Presiden, hendaklah selaras dengan Akta Pertubuhan 1966,
diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari
selepas tarikh Mesyuarat Agung di mana, pembubaran Persatuan tersebut dibuat.

ARTIKEL 22 PERUNTUKAN AM

23.1 Sebarang persoalan atau perkara yang timbul dari apa-apa perkara yang tidak
diperuntukan secara nyata dalam Perlembagaan ini hendaklah diuruskan oleh
Jawatankuasa Eksekutif, yang akan melaporkan kepada Persatuan pada Mesyuarat
Agung Dwi Tahunan akan datang mengenai bagaimana persoalan atau perkara
tersebut diselesaikan dan membuat beberapa cadangan yang pada pandangan
Jawatankuasa Eksekutif sesuai kepada Persatuan di Mesyuarat jika persoalan dan
perkara itu ditimbulkan.

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 21 dari 24

ZALEENA ABD GHANI PUAN SRI SHARIFAH AAMENAH ALJUNID
SETIAUSAHA KEHORMAT PRESIDEN
TIARANITA TIARANITA

Perlembagaan Tiaranita Mukasurat 22 dari 24


Click to View FlipBook Version