The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by priyarajendrans1589, 2021-02-03 23:23:26

CONTOH JAWAPAN ULASAN JENIS FAEDAH/KEBAIKAN

DISEDIAKAN OLEH CIKGU PRIYA RAJENDRAN

CONTOH JAWAPAN
ULASAN JENIS

FAEDAH/KEBAIKAN

Disediakan oleh
Priya Rajendran

Disediakan oleh Priya Rajendran

Disediakan oleh Priya Rajendran

Faedah bersukan

Bahan grafik ini menunjukkan faedah-faedah
bersukan. Terdapat pelbagai manfaat bersukan
yang perlu kita tahu.

Amalan bersukan dapat mengisi masa
sengkang dengan aktiviti berfaedah seperti
berjoging dan bersenam. Bersukan juga boleh
menjadikan badan kita sentiasa sihat dan
cergas. Otak kita juga akan menjadi cerdas.
Kita juga boleh meningkatkan kemahiran
dalam sesuatu bidang sukan yang diminati.

Secara tuntas, kita mestilah bersukan untuk
menjamin kehidupan yang sejahtera.

Disediakan oleh Priya Rajendran

Faedah Membaca

Gambar di atas menunjukkan faedah –faedah membaca.
Amalan membaca memberi banyak manfaat kepada
semua lapisan masyarakat.

Amalan membaca dapat mengukuhkan pemahaman
dalam sesuatu pelajaran yang sukar untuk difahami. Selain
itu, membaca dapat mengisi masa lapang seseorang
dengan aktiviti berfaedah seperti membaca novel, surat
khabar dan sebagainya. Amalan ini juga membantu kita
untuk mengetahui isu-isu semasa dengan membaca
akhbar. Akhir sekali, dengan membaca kita dapat
pengajaran daripada cerita-cerita bermoral.

Kesimpulannya, kita bolehlah membaca bahan-
bahan bacaan untuk menjadi otak cair.

Disediakan oleh Priya Rajendran

Faedah menabung

Menabung merupakan satu amalan yang baik
dan bermanfaat. Amalan ini akan memberi banyak
manfaat terhadap orang yang mengamalkannya.

Menabung dapat melatih diri kita berdikari
tanpa bergantung kepada orang lain untuk
membeli alat tulis. Selain itu, menabung juga
berlatih kita supaya berjimat-cermat dan tidak
boros. Seterusnya, kita juga dapat membantu ibu
bapa ketika kecemasan dengan wang simpanan
itu. Akhir sekali, kita boleh menabung wang
simpanan di dalam bank.

Kesimpulannya, kita wajarlah mengamalkan
amalan menabung untuk hidup dengan harmoni
pada masa akan datang.

Disediakan oleh Priya Rajendran

Faedah mengadakan rumah

terbuka

Carta ini menunjukkan faedah mengadakan rumah
terbuka. Terdapat pelbagai faedah mengadakan
rumah terbuka yang perlu kita tahu.

Amalan mengadakan rumah terbuka dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum di
Malaysia. Selain itu, amalan mengadakan rumah
terbuka juga dapat membantu kita untuk
mengenali budaya kaum lain dengan lebih dekat
lagi. Seterusnya, rumah terbuka juga dapat
mengeratkan perpaduan antara pelbagai kaum
yang terdapat di Malaysia. Kita juga dapat
bermaaf-maafan dengan adanya rumah terbuka.

Kesimpulannya, kita wajarlah mengadakan
rumah terbuka secara besar-besaran untuk
mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Disediakan oleh Priya Rajendran

Faedah kelas Tambahan

Gambar di atas menunjukkan faedah –faedah kelas tambahan.
Kelas tambahan memberi banyak manfaat kepada murid-murid.

Kelas tambahan dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih selesa kepada murid-murid. Kelas tambahan juga
membantu kita mendapat lebih banyak maklumat selepas
waktu persekolahan. Selain itu, kelas tambahan juga memberi
pendedahan yang banyak tentang teknik menjawab soalan
sesuatu mata pelajaran. Seterusnya, kelas tambahan juga akan
menjadiakan peluang berjaya lebih cerah dan memberi
pendedahan banyak tentang sesuatu topik.

Secara tuntas, kita bolehlah mengikuti kelas tambahan

selepas waktu persekolahan untuk mengukuhkan pengetahuan

kita dalam sesuatu pelajaran. Disediakan oleh Priya Rajendran


Click to View FlipBook Version