The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH CIKGU PRIYA RAJENDRAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by priyarajendrans1589, 2021-02-02 23:01:20

TEKNIK MENULIS KARANGAN JENIS FAKTA

DISEDIAKAN OLEH CIKGU PRIYA RAJENDRAN

TEKNIK MENULIS
KARANGAN

JENIS FAKTA.

Sesi bersama Cikgu Priya Rajendran

Nota kepada sayangku..

Sediakan laptop/ telefon pintar

Suasana yang senyap

Sediakan buku nota

Sesi soal jawab selepas tamat
sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Fokus
Memahami teknik yang betul untuk
menulis karangan jenis Fakta.

Memahami teknik menulis
pendahuluan, isi dan
penutup dalam karangan
fakta.

Teknik – Def-con-M / ICK
dan Teknik Baju

Jenis karangan

APA ITU KARANGAN FAKTA?

Karangan fakta ialah karangan yang tidak
berformat
Karangan jenis fakta meminta murid
memberikan pendapat, saranan dan
penghujahan terhadap tajuk yang diberikan

Menguji isu kemasyarakatan, isu semasa, di rumah
mahupun di sekolah.
KEY WORD yang popular - Faedah –Faedah , Cara- cara , Langkah –Langkah ,
Kesan-kesan , Punca –punca dan Ciri-ciri.

Kerangka karangan

Pendahuluan 1 perenggan

Isi 3/4 perenggan

Penutup 1 perenggan

PENDAHULUAN

Ringkas dan secara umum
Teknik Def-Con – M

Definisi Contoh Manfaat?

Isi ( 3 atau 4)

Konkrit / relevan dan perenggan berbeza
Teknik : I C K ( Isi Contoh Kesan)

(Itik Cari Kampung )

Penutup

Cadangan / nasihat ( Ibu bapa/ guru-guru/
Pihak berkuatkuasa)
(+)Mengalakkan / (- )menghindari
Gunakan Peribahasa

TIPS UNTUK MENULIS KARANGAN FAKTA

1. Jika memilih soalan ini, fikirkan dahulu sama ada anda tahu atau tidak
tahu yang dinyatakan dalam soalan.Jika tidak tahu, sila pilih soalan lain.

2. Wajib menulis rangka karangan supaya isi penting dan contoh tidak
diulang-ulang.Rangka karangan juga memastikan karangan kamu lebih
teratur dan lengkap.

3. Jika menulis karangan fakta, gunakan kata ganti nama diri 'kita' yang
membawa maksud semua orang termasuk diri kita sendiri dan jangan
sesekali menggunakan kata ganti nama diri 'saya'. Karangan fakta perlulah
ditulis secara umum dan tidak menulis secara personal .

● 4. Karangan fakta kamu boleh dibahagi kepada 5 perenggan iaitu
perenggan pertama pendahuluan, perenggan 2,3,4 isi karangan dan
perenggan kelima merupakan penutup.

5. Sentiasa ingat, jangan menulis satu ayat sahaja dalam satu
perenggan. Kamu perlu menulis sekurang-kurangnya 2 atau 3 ayat
dalam satu perenggan.

6. Perenggan isi karangan boleh dikembangkan dengan menggunakan
persoalan untuk menjana idea. Jangan termenung dan membuang masa
semasa peperiksaan. Bantu otak anda berfikir dengan soalan.

7. Gunakan teknik menyoal( TEKNIK Baju) S A B B D M
SABBDM : Siapa?, Apa?, Bila?, Bagaimana?, Di mana?, Mengapa?.

Saya Ada Baju Biru
Dan Merah

● Contoh: Faedah Aktiviti Kokurikulum
Menyertai aktiviti kokurikulum dapat membantu kita mengisi masa

lapang. Misalnya, masa lapang pada waktu ini dapat dipenuhi dengan
aktiviti-aktiviti berfaedah seperti menyertai pasukan pengakap atau
kelab seni dan kebudayaan. Dengan ini, kita dapat menghindari diri
daripada gejala negatif.

8. Setiap perenggan isi perlu ada 3 perkara iaitu :
a. Ayat tentang Isi penting. (Apa kebaikan kokurikulum?)
b. Ayat Contoh. Beri 2 atau 3 contoh dan elakkan penggunaan
perkataan 'dan lain-lain lagi'. (Apa?)
c. Ayat penerangan isi. (Mengapa ia baik?/ Kesan)

● 9. Kamu digalakkan menggunakan penanda wacana untuk
menghubungkaitkan isi perenggan. Boleh menggunakan 2 atau 3
penanda wacana dalam karangan kamu seperti pada perenggan
ketiga, keempat dan kelima.Ingat, jangan guna penanda wacana pada
perenggan pertama dan kedua. ( Pendahuluan & Isi 1)

Formula mengingat penanda wacana: SSDA
SSDA : Selain itu, Seterusnya, Di samping itu, Akhir sekali.

Tajuk : Tulis karangan tentang Faedah membaca

Menambah Rangka Mengisi
ilmu karangan masa lapang

pengetahuan

meningkatkan
perbendaharaan

kata

PENDAHULUAN Teknik – Def con – M

DEFINISI / CONTOH /
MANFAAT?

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat Def
berfaedah . Con
-M
.

Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca
seperti surat khabar ,majalah, buku cerita , komik
dan sebagainya.

Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh

banyak manfaat.

Faedah Membaca PENDAHULUAN

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat
berfaedah . Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca
seperti surat khabar ,majalah, buku cerita , komik dan sebagainya.
Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
manfaat.
.

Isi 1 ( Isi- Contoh-Kesan)

Amalan suka membaca boleh menambah ilmu Apa?
pengetahuan kita.
Bagaimana?
Contohnya, jika kita membaca bahan ilmiah
Sains, kita akan memperoleh ilmu tentang Apa
Sains. kesan?

Maka , kita dapat mencetuskan idea yang
bernas dan berfikir secara kreatif dan kritis .

Faedah Membaca PENDAHULUAN
Isi 1
Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat
berfaedah . Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca
seperti surat khabar ,majalah, buku cerita , komik dan sebagainya.
Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
manfaat.
.

Amalan suka membaca boleh menambah ilmu pengetahuan kita.
Contohnya, jika kita membaca bahan ilmiah Sains, kita akan
memperoleh ilmu tentang Sains. Maka , kita dapat mencetuskan
idea yang bernas dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Isi 2 ( Isi- Contoh-Kesan)

Di samping itu, amalan membaca juga boleh Apa?
meningkatkan perbendaharaan kata.
Bagaimana
Misalnya, kita dapat mempelajari kosa kata yang ?
baharu semasa membaca.
Apa
Hal ini, dapat membantu kita menulis esei yang Kesan?
baik dan bertutur dengan lebih lancar.

Faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat PENDAHULUAN
berfaedah . Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca Isi 1
seperti surat khabar ,majalah, buku cerita , komik dan sebagainya.
Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
manfaat.
.

Amalan suka membaca boleh menambah ilmu pengetahuan kita.
Contohnya, jika kita membaca bahan ilmiah Sains, kita akan
memperoleh ilmu tentang Sains. Maka , kita dapat mencetuskan
idea yang bernas dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Di samping itu, amalan membaca juga boleh meningkatkan Isi 2
perbendaharaan kata. Misalnya, kita dapat mempelajari kosa kata
yang baharu semasa membaca. Hal ini, dapat membantu kita
menulis esei yang baik dan bertutur dengan lebih lancar.

Isi 3 ( Isi- Contoh-Kesan)

Selain itu, amalan membaca dapat mengisi masa Apa?
lapang kita dengan berfaedah.
Apa?
. Tamsilnya , membaca bahan bacaan amat
bermanfaat kepada kita daripada membuang Apa
masa dengan bermain atau menonton televisyen Kesan?
sahaja.

Oleh sebab itu, masa lapang kita tidak akan
terbuang dengan sia-sia.

Faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat PENDAHULUAN
berfaedah . Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca Isi 1
seperti surat khabar ,majalah, buku cerita , komik dan sebagainya.
Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
manfaat.
.

Amalan suka membaca boleh menambah ilmu pengetahuan kita.
Contohnya, jika kita membaca bahan ilmiah Sains, kita akan
memperoleh ilmu tentang Sains. Maka , kita dapat mencetuskan
idea yang bernas dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Di samping itu, amalan membaca juga boleh meningkatkan Isi 2
perbendaharaan kata. Misalnya, kita dapat mempelajari kosa kata
yang baharu semasa membaca. Hal ini, dapat membantu kita
menulis esei yang baik dan bertutur dengan lebih lancar.

Selain itu, amalan membaca dapat mengisi masa lapang kita Isi 3
dengan berfaedah. Tamsilnya , membaca bahan bacaan amat
bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan
bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh sebab itu, masa
lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Penutup - hindari + galakkan Isi 3

Selain itu, amalan membaca dapat mengisi masa lapang kita Nasihat &
Peribahasa
Secara tmdueanjnaglatanahbdsear,nfambeudkeauhmc. eTrabimtaasaiclmnayaat b,iaemrelmamabhnafacjaaatbkmuekpuba-dbaautkkuaitapnedlaairjlaimpraadnua, .
Maka, bmsuaedhmaajbauy.aOanlgehmmsaeesbamadbeibntuga,amncabasearsmlaaepianwnagtaakuijtaamtreidnnaokyntaaoknadntetileeprvbiusuyapennug k galakkan&
sejak kedceniglalnasgiai-sbia.ak kata pepatah, “ melentur Peribahasa
buluh biarlah dari rebungnya”.

Kesimpulanya, amalan membaca amat
bermanfaat untuk semua. Maka, semua harus

berganding bahu untuk menggalakkan amalan

ini sejak kecil lagi bak kata pepatah, “ melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.

Faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat PENDAHULUAN
berfaedah . Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca Isi 1
seperti surat khabar ,majalah, buku cerita , komik dan sebagainya.
Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat memperoleh banyak
manfaat.
.

Amalan suka membaca boleh menambah ilmu pengetahuan kita.
Contohnya, jika kita membaca bahan ilmiah Sains, kita akan
memperoleh ilmu tentang Sains. Maka , kita dapat mencetuskan
idea yang bernas dan berfikir secara kreatif dan kritis.

Di samping itu, amalan membaca juga boleh meningkatkan Isi 2
perbendaharaan kata. Misalnya, kita dapat mempelajari kosa kata
yang baharu semasa membaca. Hal ini, dapat membantu kita
menulis esei yang baik dan bertutur dengan lebih lancar.

Selain itu, amalan membaca dapat mengisi masa lapang kita Isi 3
dengan berfaedah. Tamsilnya , membaca bahan bacaan amat
bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan
bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh sebab itu, masa
lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Secara tuntas, membaca ialah jambatan ilmu. Maka, budaya Penutup
membaca sewajarnya dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah, “
melentur buluh biarlah dari rebungya”.

Karangan yang lengkap – Faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu amalan yang amat berfaedah . Terdapat pelbagai bahan bacaan yang
sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita , komik dan sebagainya. Mereka yang mempunyai
tabiat ini dapat memperoleh banyak manfaat.

Amalan suka membaca boleh menambah ilmu pengetahuan kita. Contohnya, jika kita membaca bahan
ilmiah Sains, kita akan memperoleh ilmu tentang Sains. Maka , kita dapat mencetuskan idea yang bernas dan
berfikir secara kreatif dan kritis.

Di samping itu, amalan membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita dapat
mempelajari kosa kata yang baharu semasa membaca. Hal ini, dapat membantu kita menulis esei yang baik dan
bertutur dengan lebih lancar.

Selain itu, amalan membaca dapat mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Tamsilnya , membaca
bahan bacaan amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton
televisyen sahaja. Oleh sebab itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Secara tuntas, membaca ialah jambatan ilmu. Maka, budaya membaca sewajarnya dipupuk sejak kecil
lagi bak kata pepatah, “ melentur buluh biarlah dari rebungya”.

SEMAK JAWAPAN ( PETAI) - 25 MARKAH

P PERBENDARAAN KATA
( KOSA KATA YANG SESUAI DAN
MELUAS)

E EJAAN
T TANDA BACA
A AYAT ( GRAMATIS )
I IDEA

TIPS ( PENANDA WACANA)

Penanda wacana digunakan untuk menulis ULASAN dan KARANGAN

Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

● 1. Antara, (untuk perenggan kedua)

2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

● iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

● iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

● v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

● vi)Penanda menutup isi

1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,


vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar

● viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Akhir kata,

● ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang
berbeza

1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

● x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk
peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa / pepatah Melayu,
3. ___bak kata mutiara,
4. ___bak peribahasa/ pepatah
5. ___bak kata cendekiawan,
6. ___persis kata cendekiawan,
7. Hal ini sama dengan peribahasa
8. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
9. Fenomena ini dikatakan
10. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
11. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua



TERIMA KASIH
MURID-MURID
JUMPA LAGI ….

Sesi bersama Cikgu Priya Rajendran


Click to View FlipBook Version