The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah nasib si Itik Biru yang lahir dengan rupa yang berbeza daripada itik-itik yang lain.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rezayrilhaikal, 2024-03-11 06:50:38

NASIB SI ITIK BIRU

Kisah nasib si Itik Biru yang lahir dengan rupa yang berbeza daripada itik-itik yang lain.

TAHAP 2 NASIB SI ITIK BIRU SI ITIK BIRU SI ITIK BIRU BACALAH SAYA DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD REZAYRIL HAEIKAL BIN MOHD NOOR HISSAM


Pada zaman dahulu, ada seekor itik yang dilahirkan dengan bulu berwarna biru cerah. Dia berbeza dengan itik-itik yang lain yang berbulu kuning atau putih. Dia sering diejek oleh kawan-kawannya yang lain kerana rupanya yang berbeza. Dia berasa sangat sedih dan kesunyian. Dia berharap boleh menjadi seperti itik-itik yang lain. 1


Pada suatu hari yang cerah, Si Itik Biru merasa sedih dan kesepian kerana dia tidak diundang untuk bermain dengan itik-itik yang lain. Dia hanya melihat mereka bermain daripada jauh dengan perasaan yang tidak seronok. 2


Tiba-tiba, datang Si Angsa berwarna biru yang melihatnya dan bertanya, “Kenapa kau seperti sedang bersedih, Itik Biru?” Itik biru menjawab, “Mereka tidak suka bulu aku yang berbeza dan tidak mahu mengajak aku bermain bersama mereka.” Angsa itu tersenyum dan berkata, “Aku akan mengajar kamu untuk menghargai keunikkan dan kecantikkan yang dikurniakan kepada kamu.” Itik Biru pun mendengar kata-kata Si Angsa tanpa ragu-ragu. 3


Kemudian, Si Angsa Biru itu memberitahu bahawa dia juga pernah mengalami nasib yang sama seperti Itik Biru. Si Angsa Biru pun berkata, “Aku juga pernah diejek-ejek dan dibiarkan keseorangan oleh angsa-angsa yang lain kerana warna bulu aku yang berbeza, tapi aku belajar untuk bangga dengan keunikkanku.” Si Itik biru pun terdiam kerana terkejut dengan kata-kata Angsa Biru tersebut. 4


”Bagaimana jika aku mengajar kamu cara untuk menjadi menyayangi diri tanpa perlu mengubah diri kamu?” tanya Angsa Biru. Itik Biru mengangguk, “Benarkah? Aku ingin tahu caranya.” Angsa itu tersenyum dan berkata, “Pertama, kamu harus belajar menyayangi diri kamu seperti pokok bunga yang meranggas di musim luruh. menunjukkan keindahan yang tak ternilai. Setiap warna bulu kamu adalah kecantikkan yang unik. Jangan peduli dengan kata-kata orang lain.” 5


Itik biru pun mendengar nasihat si Angsa itu, sambil mengamati bunga-bunga yang mekar di sekitar mereka. “Aku rasa lebih baik sekarang, Angsa” kata Si Itik biru. Angsa itu tertawa lembut, “Itu baru permulaan. Seterusnya, jadilah orang yang baik hati kepada semua orang seperti sungai yang mengalir dengan tenang. Berikan senyuman dan bantuan kepada mereka sewaktu mereka memerlukan bantuan. 6


Seterusnya, bermulalah perubahan dalam kehidupan Si Itik biru, ketika dia bertemu dengan itik-itik lain, dia bertegur sapa dan juga memberikan bantuan kepada yang memerlukan. “Hei, aku boleh membantu kamu mengumpulkan makanan!” kata Si Itik biru kepada seekor itik kuning yang sedang sibuk. 7


Perlahan-lahan, itik-itik yang lain mula menyukai Si itik biru kerana kebaikannya. “Aku rasa sangat seronok dapat membantu orang lain yang berada dalam kesusahan,” kata Si Itik biru. Salah satu itik berkata, “Maafkan kami kerana dulu pernah mengejek-ejek kamu. Sekarang kami ingin berkawan dengan kamu.” 8


"Sungguh tidak adil," kata Sang Kura-kura yang melihat Si Itik Biru dari jauh. "Itik Biru mempunyai warna bulu yang ganjil dan berbeza, tapi mengapa semua orang menyukainya? Aku di sini, dengan cengkerang yang kuat dan langkahku yang mantap, namun aku hanyalah bayangan di sini." Dia terus merenung, meratapi ketidakpuasan hatinya. 9


Suatu hari, Sang Kura-kura memutuskan untuk pergi berenang di kawasan sungai yang indah. Saat dia tiba di kolam, dia tak menyadari bahwa ada jaring yang berada di dalam air. "Ah, kolam ini begitu menarik! Saya rasa ini waktu yang sempurna untuk berenang,” kata Sang Kura-kura 10


Sewaktu kura-kura bersiap sedia untuk menyelam, dia tiba-tiba merasa sesuatu pada kakinya. Kura-kura tertanya-tanya, “Benda apa yang ada pada kaki aku ini, kenapa aku rasa seperti tersekat?” Kemudian, Sang Kura-kura mendapati bahawa dia telah tersangkut pada jaring. Kura-kura terus menjerit, “Tolong! Selamatkan aku, aku tersangkut. 11


Si itik Biru yang sedang duduk di pinggir sungai mendengar teriakan kura-kura dan segera berlari kearahnya. "Eh, apa yang terjadi di sini? Kenapa kau terperangkap, kura-kura?" Tanya Itik Biru. "Aku tidak sedar ada jaring ini semasa berenang tadi. Tolong bebaskan aku, Itik Biru!" jerit Sang Kura-kura. "Sini, aku akan membantu kau keluar dari jaring ini!" kata Itik biru pada kura-kura yang ketakutan. 12


Kemudian, si Angsa Biru yang ternampak Si itik Biru berlari ke arah sungai dan terus pergi ke arahnya. "Apa yang terjadi di sini, Itik Biru?” tanya Angsa Biru. "Kura-kura tersangkut dalam jaring ini.” Jawab Itik Biru. Kemudian Si Itik Biru dan Si Angsa Biru pun menyelamatkan kura-kura dengan membebaskan kura-kura daripada jaring itu. 13


Sang Kura-kura merasa sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Si Itik Biru dan Si Angsa Biru. Si Kura-kura juga meminta maaf kepada Si Itik Biru kerana mempunyai perasaan yang tidak berpuas hati kepada Itik Biru. Sang kura-kura berasa sangat bersalah kerana tidak suka melihat Sang Itik Biru hidup bahagia. 14


Setelah berhasil menyelamatkan kura-kura, akhirnya Si Itik Biru, Angsa Biru dan Si Kura-Kura bersahabat baik. "Terima kasih Angsa, kerana telah mengajar aku menjadi diri aku sendiri, "kata Itik Biru dengan jujur. Angsa tersenyum lembut dan berkata, "Kamu boleh menjadi yang terbaik ketika kamu menjadi diri kamu sendiri. Mari kita bersama-sama menjalani kehidupan yang penuh kebahagiaan dan persahabatan, seperti sungai yang terus mengalir di dalam hutan yang indah ini." 15


PENGAJARAN Kita mestilah menghargai diri sendiri kerana setiap individu memiliki keunikan dan keistimewaannya sendiri. GLOSARI Keunikan - Meranggas - Ganjil - Teriakan - Lain daripada yang lain, istimewa Gugur daun-daunnya Pelik, aneh Seruan dengan suara yang keras dan nyaring


DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD REZAYRIL HAEIKAL BIN MOHD NOOR HISSAM


Click to View FlipBook Version