SISA DOMESTIK DI KAMPUNG
BUKIT TEMBAGA,KUALA
NERANG,KEDAH
1. Menyatakan jenis dan contoh Sisa Domestik di Kampung Bukit
Tembaga ,Kuala Nerang,Kedah.
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan Sisa Domestik Kampung Bukit
Tembaga.
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan
Sisa Domestik secara bijaksana di Kampung Bukit Tembaga .
CONTOH PENULISAN KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Kampung Bukit Tembaga.Ia terletak di daerah
Kuala Nerang Negeri Kedah.Jarak kawasan ini dari pusat bandaraya Alor
Setar ialah 40km.Masa perjalanan ke pusat bandaraya kira-kira 40
minit.Kawasan ini merupakan kawasan perkampungan. Pandang darat
fizikal yang ada di sini termasuk sungai,bukit dan hutan.Pandang darat
budaya yang ada di sini termasuk dewan,pokok getah,sawah padi.
CONTOH PETA LAKARYANG DILUKIS OLEH MURID
KAEDAH KAJIAN
a.Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada Khamis jam 4
petang untuk mendapatkan maklumat.Tujuan saya mengumpulkan maklumat
tentang sisa domestic adalah untuk mengenal pasti jenis sisa domestic di
kampung saya.
b.Rujukan
Saya melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sisa domestic.
Selain itu, saya juga telah merujuk buku teks muka surat 144 hingga 151 untuk
mendapatkan maklumat tentang sisa domestic di kampung saya.
CONTOH PENULISAN HASIL KAJIAN
1.Jenis jenis sisa domestik di kawasan Kampung Bukit Tembaga,Kuala
Nerang,Kedah.
Menurut Wikipedia, sisa domestik ialah merupakan bahan-bahan buangan
yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik,
kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak
masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas
organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa
domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan
organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian
manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi
alam sekitar.
Menurut pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di kawasan
kampung Bukit Tembaga terdiri daripada bahan organik seperti daun
reput,sekam padi dan pelepah kelapa sawit.
2.Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Kampung Bukit
Tembaga
a.Pencemaran
Menurut buku tesk Geografi tingkatan 1, kesan pembuangan sisa domestik yang
dialami oleh penduduk di sini ialah pencemaran.Jenis pencemaran yang dialami
termasuk pencemaran air,udara dan bau.
Sumber air tercemar berlaku apabila sampah sarap dibuang ke dalam sungai
.Pencemaran udara berlaku disebabkan pembakaran terbuka.
b.Wabak Penyakit
Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan wabak
penyakit kencing tikus,keracunan makanan .
c.Banjir Kilat
Sikap tidak bertanggungjawab mpenduduk yang membuang sampah ke dalam
longkang,parit dan sungai menyebabkan aliran air tersumbat Apabila hujan
lebat,jumlah air akan tersekat dan menyebabkan air bertakung lalu banjir.
3.Menghuraikan 3 Langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa secara bijaksana di
Kampung Bukit Tembaga
i.Amalan 3R iaitu
Kurangkan (Reduce),guna semula(Reuse)dan kitar semula (Recycle).
Contoh:Tong kitar semula diletakkan di jalan untuk orang ramai membuang sampah ke
dalam tong tersebut yang dapar mengelakkan pencemaran.
ii.Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa
domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada mmasyarakat.
iii.Gotong-royong
Pihak ajk kampung harus mengadakan aktiviti gotong-royong dengan dibantu oleh para
penduduk kampung.Ia dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik dan juga
dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
RUMUSAN
Setelah menjalankan kerja lapangan,saya telah menemui dan mengetahui sisa domestik
dijumpai di kampung Bukit Tembaga ialah bahan organik kerana mempunyai banyak daun
kering,sekam padi dan pelepah kelapa sawit
Saya mengetahui kesan pembuangan yang berlaku termasuk pencemaran,wabak penyakit
dan banjir kilat .Langkah-Langkah pengurusan sisa domestik yang bijaksana ialah amlam
3R ,penguatkuasaan undang-undang dan gotong-royong.Dengan itu saya berharap kesan
pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan di kawasan kampung Bukit Tembaga .
TERIMA KASIH