TUNGGAL TEMPUR ACARA YANG DIPERTANDINGKAN SOLO KREATIF TERHAD KEPADA 15 PASUKAN TERAWAL SAHAJA ! HADIAH MENARIK MENANTI ANDA ! MASSAL 1 JOHAN KESELURUHAN PASUKAN SEK. RENDAH RM1000 1 JOHAN KESELURUHAN PASUKAN TERBUKA RM500 1 JOHAN KESELURUHAN PASUKAN SEK. MENENGAH RM1000 MEDAL BAGI TEMPAT PERTAMA HINGGA KELIMA SIJIL PENYERTAAN BAGI SEMUA PESERTA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI : 1.RIZ - 0178869715 2.ZULHAZIQ - 013804 2811 3.ATIQAH - 0104252714 ej ohanan S ilat S eni Kreatif bersempena Festival S eni Gera k Kreatif &Muzi k Tradisi onal Nusantara 2024 K SUMMIT USJ I 7 – 9 JUN 2024 I JUMAAT – AHAD TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 26 MEI 2024
1.Pengenalan 2.Objektif 3.Maklumat Kejohanan 4.Yuran Penyertaan 5.Hadiah, Sijil, dan Pingat 6.Senarai Acara yang Dipertandingkan a.Senarai Acara yang Dipertandingkan b.Jumlah Peserta 7.Peraturan Kejohanan a.Tunggal b.Solo Kreatif c.Seni Tempur (Berpasangan) d.Massal e.Peraturan Am f.Kelayakan Peserta g.Ukuran Gelanggang h.Pengesahan Kesihatan i.Pasukan Perubatan j.Bantahan dan Ganti Rugi 8.Penutup 9.Lampiran a.Tentatif Program b.Tarikh-tarikh Penting c.Borang Pengesahan Doktor d.Borang Pelepasan Tanggungjawab KANDUNGAN 4 4 5 6 6 7 7 8 9 10 11 12 12 12 13 13 13 14 15 16 17 18
PENGENALAN Kejohanan Silat Seni Kreatif bersempena Festival Seni Gerak Kreatif dan Muzik Tradisional Nusantara 2024 merupakan inisiatif penting anjuran Kelab Kesenian Pendekar Seabad dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia , bertujuan memberi peluang kepada murid mempamerkan kemahiran seni bela diri silat di samping mengeratkan ukhuwah antara para pesilat di seluruh negeri. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk mengasah bakat dan berkongsi kemahiran ilmu persilatan antara satu sama lain. OBJEKTIF Membentuk pesilat yang berketrampilan sejak dari usia kecil. 1. Mengeratkan ukhuwah antara para pesilat di seluruh negara. 2. Menambah baik sistem pertandingan dari semasa ke semasa. 3. Meningkatkan kualiti pengurusan jawatankuasa pertandingan untuk menghadapi pertandingan yang lebih besar. 4.
MAKLUMAT KEJOHANAN NAMA KEJOHANAN TARIKH 7 Jun 2024 hingga 9 Jun 2024 TEMPAT Summit USJ Shopping Mall, Subang Jaya, Selangor. SOKONGAN Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Jabatan Pendidikan Negeri Selangor PENGANJUR BERSAMA PPD Petaling Perdana Angkatan Silat Petaling Perdana SUMMIT USJ PENYERTAAN Terbuka kepada semua pesilat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan kepada orang awam bagi kategori terbuka. Kejohanan Silat Seni Kreatif sempena Festival Seni Gerak Kreatif dan Muzik Tradisional Nusantara 2024 PENGANJUR Kelab Kesenian Pendekar Seabad
YURAN PENYERTAAN RM 25 setiap peserta bagi setiap acara yang disertai. (Contoh : Tempur, RM25x2 = RM50) Bayaran hendaklah dijelaskan secara satu pasukan ke akaun yang tertera di bawah : Bukti pembayaran hendaklah disertakan sekali semasa pendaftaran. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pesilat atau pasukan ingin menarik diri. HADIAH, SIJIL, DAN PINGAT Hadiah disediakan bagi Tempat Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. Sijil penyertaan untuk semua pesilat. RM1000 juara keseluruhan pasukan (sekolah rendah) RM1000 juara keseluruhan pasukan (sekolah menengah) RM500 juara kesuluruhan pasukan (terbuka) Agrobank 1007681000000396 KELAB KESENIAN PENDEKAR SEABAD
ACARA TUNGGAL SOLO KREATIF TEMPUR MASSAL / BERKUMPULAN SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH TERBUKA SENARAI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN JUMLAH PESERTA ACARA TUNGGAL SOLO KREATIF TEMPUR MASSAL / BERKUMPULAN SEKOLAH RENDAH PUTERA 1 1 2 5 PUTERI 1 1 2 5 SEKOLAH MENENGAH PUTERA 1 1 2 5 PUTERI 1 1 2 5 TERBUKA PUTERA 1 1 PUTERI 1 1
1.Jumlah masa peragaan adalah 3 minit. 2.Persembahan solo oleh pesilat kategori putera dan puteri. 3.Pesilat menggayakan 14 ‘Jurus Tunggal Baku’. Hanya 2 senjata yang ditetapkan iaitu golok/parang dan tongkat panjang yang telah ditetapkan ukurannya seperti yang dibawah: 4. a.KATEGORI SEKOLAH RENDAH Golok Panjang mata 20 cm hingga 30 cm, lebar 2 cm hingga 3.5 cm. Toya Panjang 100 cm hingga 150 cm, diameter 1.5 cm hingga 2.5 cm. b.KATEGORI SEKOLAH MENENGAH Golok Panjang mata 30 cm hingga 40 cm, lebar 2.5 cm hingga 4 cm. Toya Panjang 150 cm hingga 180 cm, diameter 2.5 cm hingga 3.5 cm. c.KATEGORI TERBUKA Golok Panjang mata 30 cm hingga 40 cm, lebar 2.5 cm hingga 4 cm. Toya Panjang 150 cm hingga 180 cm, diameter 2.5 cm hingga 3.5 cm. 5.Senjata : a.Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Senjata replika diperbuat daripada kayu, plastik atau PVC sahaja dibenarkan b.Kategori Terbuka Senjata besi Pakaian : Pakaian yang dibenarkan adalah baju silat kosong (polos) beserta tanjak dan sampin 6. PERATURAN KEJOHANAN 1. TUNGGAL
2. SOLO KREATIF PERAGAAN TANGAN KOSONG DAN BERSENJATA MASA PERAGAAN 3 minit senjata replika daripada material selain besi bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. senjata besi bagi kategori terbuka. peserta boleh memilih untuk menggunakan muzik daripada pihak penganjur atau muzik sendiri yang dibawa dalam pendrive Pemilihan 3 senjata daripada senjata pilihan di bawah :
3. SENI TEMPUR (BERPASANGAN) Pesilat memulakan persembahan dengan memperagakan Salam Perguruan dalam lingkungan masa lebih kurang 10-15 saat. Diikuti dengan peragaan babak-babak tempur. Pesilat memperagakan seni tempur silat yang menggambarkan serang dan bela dengan lawannya— dalam 5 hingga 7 babak – selang babak 3 pola langkah Pesilat dikehendaki mempersembahkan suatu pertempuran yang menggunakan kaedah seni silat tanpa senjata maujud yang bercirikan dan bersumberkan pada budaya rumpun Melayu Nusantara dan tetap berdasarkan ‘Kaedah Seni Silat’ Mempunyai plot yang memiliki pembukaan, kemuncak dan penutup Masa yang diperuntukkan adalah 3 minit sahaja.
4. MASSAL / BERKUMPULAN Perkara-perkara yang akan dinilai ialah : 1.Kekayaan Gerak 2.Keseragaman Gerak 3.Kemantapan Gerak 4.Kaedah Pencak Silat 5.Keserasian Pakaian 6.Penghayatan Gerak 7.Kemantapan Ekspresi Mestilah menggunakan kaedah pencak silat iaitu sikap pasang dan pola langkah Pesilat dikehendaki mempamerkan gerak-gerak persilatan dalam aspek tari dan jurus silat dengan menggunakan pola langkah, sikap pasang dan lintasan serangan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 5 minit sahaja. Pakaian bagi pesilat : Berbusana Silat
PERATURAN KEJOHANAN PERATURAN AM Sebarang kejadian luar jangka dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan berdasarkan peraturan am Kejohanan Silat Seni Kreatif dan budi bicara penganjur. Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa teknikal dan pertandingan adalah muktamad. KELAYAKAN PESERTA Semua pesilat hendaklah mengikut kategori yang ditetapkan berdasarkan umur pesilat pada tahun 2024. U K U R A N G E L A N G G A N G Gelanggang yang digunakan bagi semua acara dalam Kejohanan Silat Seni Kreatif ini ialah 9x9 disebabkan faktor logistik tempat kejohanan.
PERATURAN KEJOHANAN PENGESAHAN KESIHATAN Setiap pesilat wajib melakukan pemeriksaan kesihatan di mana-mana pemeriksa kesihatan bertauliah menggunakan borang yang disediakan. Pesilat yang tidak mengemukakan pengesahan kesihatan tidak layak menyertai kejohanan ini. PASUKAN PERUBATAN Pasukan perubatan akan disediakan oleh penganjur. BANTAHAN DAN GANTI RUGI Tiada bantahan dibenarkan dan segala keputusan kejohanan adalah muktamad. Pihak penganjur dan jawatan kuasa pelaksana kejohanan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana pesilat dan pasukan sebelum, semasa, dan selepas kejohanan ini berlangsung.
PENUTUP Semoga penganjuran kejohanan ini dapat meningkatkan kualiti pesilat-pesilat yang berada khususnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sekaligus dapat melahirkan pesilat yang mempunyai jati diri yang kukuh dan berdaya saing yang sihat.
LAMPIRAN TENTATIF PROGRAM 8 JUN 2024 (SABTU) 8.30 PAGI - SESI 1 (JURUS TUNGGAL) 1.00 PETANG - Rehat/solat/makan 2.00 PETANG - SESI 2 (SOLO KREATIF) 6.30 PETANG - Rehat/solat/makan 8.00 MALAM - SESI 3 (SAMBUNGAN SOLO KREATIF) 9 JUN 2024 (AHAD) *Sebarang perubahan mengenai tentatif atau masa pertandingan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 8.30 PAGI - SESI 4 (TEMPUR) 1.00 PETANG - Rehat/solat/makan 2.00 PETANG - SESI 2 (MASSAL/BERKUMPULAN) 6.30 PETANG - Rehat/solat/makan 8.00 MALAM - Majlis Penutup
TARIKH-TARIKH PENTING TARIKH PERKARA 26 MEI 2024 (AHAD) 5.30 PETANG TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 7 JUN - 9 JUN 2024 (JUMAAT-AHAD) KEJOHANAN SILAT SENI KREATIF 2024 URUSETIA UNTUK DIHUBUNGI Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : 1.RIZ FADHLIN - 017-886 9715 2.ZULHAZIQ NAUFAL - 013-804 2811 3.AMINATUL ATIQAH - 010-425 2714
SEKOLAH RENDAH (7 – 12 TAHUN) SEKOLAH MENENGAH (13 – 17 TAHUN) TERBUKA (18 TAHUN DAN KE ATAS) ** Sila tandakan ( / ) pada yang berkenaan BORANG PENGESAHAN DOKTOR MAKLUMAT PESILAT: Nama Pesilat :........................................................................................................ No. Kad Pengenalan :....................................................................................................... Tarikh Lahir :....................................................................................................... Umur :......................................Tahun Berat Badan : ............................ kg Tinggi : .......................... cm Tekanan Darah : .................................................... Tekanan Jantung : ................................................... Pengesahan Doktor Adalah dengan ini disahkan , saya telah memeriksa kesihatan pesilat tersebut dan didapati beliau “SIHAT / TIDAK SIHAT. Dengan ini beliau *BOLEH / TIDAK BOLEH menyertai KEJOHANAN SILAT SENI KREATIF 2024. Saya yang benar, ……………………………………. ………………………….. (Tandatangan Dan Cop Rasmi) (Tarikh) Kejohanan Silat Seni Kreatif 2024 7 JUN-9 JUN 2024
** Sila tandakan ( / ) yang berkaitan BORANG PELEPASAN TANGGUNGJAWAB Nama Pesilat :........................................................................................................ No. Kad Pengenalan :....................................................................................................... Sekolah/Pertubuhan :....................................................................................................... Saya *(Ibubapa / Penjaga Sah) ,nama.............................................................................................. No. Kad Pengenalan : .........................................................................., dengan ini membenarkan pesilat seperti nama di atas yang dibawah jagaan saya mengambil bahagian dalam KEJOHANAN SILAT SENI KREATIF 2024. Dengan ini saya memahami segala bentuk keselamatan yang telah disediakan oleh penganjur. Oleh itu, saya bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak penganjur, Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola KEJOHANAN SILAT SENI KREATIF 2024, ke atas apa-apa sahaja kejadian yang tidak diingini berlaku atau kemalangan yang mungkin berlaku semasa dan selepas kejohanan sukan ini berlangsung. …………………………..………………… (Tandatangan Sendiri (Terbuka) / Ibubapa / Penjaga Sah ) Nama :........................................................................................................ No. Kad Pengenalan :....................................................................................................... Tarikh :...................................................................................................... Kejohanan Silat Seni Kreatif 2024 7 JUN-9 JUN 2024 SEKOLAH RENDAH (7 – 12 TAHUN) SEKOLAH MENENGAH (13 – 17 TAHUN) TERBUKA (18 TAHUN DAN KE ATAS)