1
2 UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU (1103 /3) INDIVIDU ( 40 markah : 3 – 5 minit) Calon diberi satu bahan rangsangan yang mengandungi gambar dan petikan untuk dibaca, diteliti dan difahami semasa berada di dalam bilik menunggu selama 3 minit diawasi oleh PENGAWAS BILIK MENUNGGU. Kemudian, calon bergerak ke bilik ujian. Di bilik ujian, calon akan membaca secara mekanis(kuat) bahan rangsangan yang telah dibaca di bilik menunggu di hadapan 2 orang pentaksir. Bacaan mekanis dinilai dari segi sebutan, intonasi dan nada. Kemudian calon akan diuji dengan 4 soalan, iaitu 2 soalan berdasarkan bahan rangsangan dan 2 soalan KBAT yang berkaitan bahan rangsangan tersebut. Calon akan diuji dalam tempoh masa 3 hingga 5 minit. Selepas selesai ujian bertutur individu, calon dikehendaki menyerahkan bahan rangsangan kepada pentaksir sebelum bergerak ke bilik kuarantin untuk persediaan ujian bertutur kumpulan. TIP: Semasa di bilik menungggu, baca dan fahami bahan yang diberikan. Jika bahan mengandungi gambar yang mempunyai maklumat, kebiasaannya ada soalan yang akan ditanya. Semasa di bilik ujian, baca petikan secara kuat. Pastikan sebutan jelas(bahasa baku), berintonasi dan lancar. Jawab semua soalan yang diberikan. Soalan i dan ii wajib berdasarkan bahan yang dibaca (sama ada dalam gambar atau petikan. Manakala soalan iii dan iv ialah soalan pendapat sendiri. Pastikan jawapan dalam ayat lengkap. Mulakan setiap jawapan dengan menyatakan sebahagian FRASA SOALAN yang ditanya. Gunakan penanda wacana yang sesuai. Contoh soalan: Soalan i) Nyatakan kesan-kesan akibat kemurungan. (jawapan berdasarkan petikan) - Kesan akibat kemurungan ialah………………………………………………………. Soalan iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengatasi kemurungan. (pendapat sendiri) - Pada pendapat saya, cara mengatasi kemurungan ialah __________________________. Selain itu, ______________________________________________________ *Boleh disertakan huraian/contoh Sekiranya calon kurang jelas dengan soalan, boleh minta pentaksir ulang soalan dengan beradab. ** Maafkan saya, boleh ulang soalan. YANG PENTING, KENA JAWAB SEMUA SOALAN. JANGAN DIAM.
3 KUMPULAN (30 markah : 12 – 15 minit) Ahli kumpulan (3 - 5 orang mengikut angka giliran) masuk ke dalam bilik kuarantin untuk persediaan ujian bertutur kumpulan. Pengawas calon akan memberikan soalan kepada calon untuk perbincangan selama 10 minit sebelum diuji di bilik ujian. Setelah cukup masa 10 minit berbincang, calon akan bergerak ke bilik ujian untuk memulakan ujian bertutur kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 12 hingga 15 minit untuk menyelesaikan ujian mereka. Perbincangan kumpulan akan berlangsung dalam 2 pusingan. Pusingan pertama calon akan bertutur mengikut giliran masing-masing. Pusingan kedua calon bebas mengemukakan pendapat. TIP: Semasa di bilik kuarantin, gunakan masa 10 minit yang diberi untuk membincangkan tema/tajuk yang diperoleh. Kembangkan idea menggunakan teknik pengembangan isi/idea seperti menulis karangan. Aktif dalam perbincangan kumpulan. JANGAN DIAM. Semasa calon lain memberi pendapat, raikan pendapat mereka dengan mendengar/fokus kepada calon tersebut. (boleh angguk sekali sekali menandakan anda turut serta mendengar pendapatnya) Pastikan duduk secara tegap, jangan menunduk dan duduk secara sopan. Setelah semua calon selesai memberikan pendapat dalam pusingan pertama, mana-mana calon boleh menambah idea/pendapat dalam pusingan kedua. Wujudkan sesi mencelah secara santun. Gunakan frasa-frasa sesuai sesuai semasa ingin mencelah. (rujuk contoh yang diberikan) CONTOH KERANGKA UJIAN BERTUTUR KUMPULAN CONTOH SOALAN CADANGAN PERBINCANGAN: ISU - Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat FOKUS - Langkah-Langkah Meningkatkan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Masyarakat - Kepentingan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat TEMA : JATI DIRI, PATRIOTISME DAN ESTETIKA Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin luntur. Hal ini disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang terlalu mengejar kebendaan sehingga tidak menitikberatkan semangat patriotisme dalam kehidupan mereka. Isu ini harus ditangani dengan segera agar tidak terus membarah dalam kalangan masyarakat. Bincangkan.
4 PUSINGAN 1 Contoh : LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT CALON 1 ASPEK CADANGAN AYAT CONTOH JAWAPAN LENGKAP FRASA PERMULAAN Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pentaksir dan rakan-rakan seperjuangan. Saya ________(nama)_____________ amat bersyukur kerana dengan izinNya dapat kita bertemu pada hari ini dalam keadaan yang sihat walafiat. Baiklah, pada hari ini kita akan berbincang / berkongsi pendapat tentang _____________ ____(fokus perbincangan)_____________ . PENDAPAT Sebagai calon pertama, izinkan saya mengemukakan pendapat saya terlebih dahulu. *** Boleh berikan intro /pengenalan tajuk secara ringkas**** Pada pendapat saya, ______(fokus perbincangan)____________________ ialah __________(idea/isi penting)___________. Hal ini dikatakan demikian kerana________ __(huraian kepada isi penting)______ . Sebagai contohnya,_____(beri contoh yang sesuai jika ada)____________ . Kesannya, ____(nyatakan ayat kesan kepada idea/huraian idea)______ . Oleh itu, ____(tegaskan semula idea)_____________________ . *boleh masukkan ungkapan menarik/peribahasa yang sesuai di manamana bahagian. Sebagai calon pertama, izinkan saya mengemukakan pendapat saya terlebih dahulu. Semangat patriotisme merujuk kepada perasaan cinta akan negara yang mendalam dalam diri seseorang. Pada pendapat saya, langkah yang berkesan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat adalah memupuk semangat patriotisme sejak dari bangku sekolah lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah merupakan institusi yang berkesan untuk menyemai dan menyuburkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Sebagai contohnya, sekolah mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaan seperti pertandingan menulis esei, melukis poster dan nyanyian lagu berunsurkan patriotik. Isi penting + Ayat huraian + Ayat contoh + Ayat kesan + Ayat penegasan
5 Kesannya, semangat cinta akan negara dapat disuburkan dalam jiwa anak-anak sejak bangku sekolah lagi. Oleh itu, saya berpendapat bahawa memupuk semangat patriotisme sejak bangku sekolah merupakan antara langkah yang berkesan untuk meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat. FRASA MENGAKHIRI PENDAPAT Setakat itu sahaja pendapat saya buat masa ini. Bagaimana pula pendapat saudara/saudari? PUSINGAN 1 Contoh: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT CALON 2 ASPEK CADANGAN AYAT CONTOH JAWAPAN LENGKAP FRASA PERMULAAN Terima kasih saudara/saudari Saya ________(nama)_____________ amat bersetuju dengan idea yang anda kemukakan sebentar tadi. PENDAPAT Pada hemat saya pula, ______(fokus perbincangan)____________________ ialah __________(idea/isi penting)___________. Saya berpendapat sedemikian kerana___(huraian kepada isi penting) ____ ________________ . Misalnya,_____(beri contoh yang sesuai jika ada)____________ . Impaknya, ____(nyatakan ayat kesan kepada idea/huraian idea)______ . Jelaslah bahawa, ____(tegaskan semula idea)_____________________ . Pada hemat saya pula, langkah seterusnya untuk meningkatkan semangat patriotisme ialah ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memupuk semangat patriotisme dalam sanubari anak-anak. Saya berpendapat sedemikian kerana ibu bapa merupakan suri teladan yang paling dekat dengan anak yang sentiasa menjadi ikutan anak-anak dari pelbagai aspek kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Misalnya, ibu bapa haruslah membeli bahan bacaan yang Isi penting + Ayat huraian + Ayat contoh + Ayat kesan + Ayat penegasan
6 *boleh masukkan ungkapan menarik/peribahasa yang sesuai di manamana bahagian. mempunyai nilai patriotisme sebagai bahan bacaan awal anak-anak bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Ibu bapa juga boleh membaca bersama-sama anak-anak bahan bacaan tersebut. Impaknya, melalui bahan bacaan ini akan menyuburkan semangat cinta akan negara dalam jiwa anak-anak. Jelaslah bahawa, peranan ibu bapa tidak boleh dipandang remeh untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. FRASA MENGAKHIRI PENDAPAT Itu sahaja buah fikiran daripada saya. Mari kita dengar pula pendapat daripada rakan yang seterusnya. PUSINGAN 1 Contoh: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT CALON 3 ASPEK CADANGAN AYAT CONTOH JAWAPAN LENGKAP FRASA PERMULAAN Terima kasih saudara/saudari Saya turut bersetuju dengan idea yang diberikan oleh saudara/ saudari tadi . Saya _____(nama)_______ akan mengemukakan pendapat saya pula tentang perkara yang dibincangkan. PENDAPAT Selain idea-idea yang diberikan oleh rakanrakan tadi, ______(fokus perbincangan)____________________ ialah __________(idea/isi penting)___________. Hal ini disebabkan___(huraian kepada isi penting) ____________________ . Tamsilnya,_____(beri contoh yang sesuai jika ada)____________ . Selain idea-idea yang diberikan oleh rakan-rakan sebentar tadi, langkah lain untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat ialah pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan kempen berkaitan semangat patriotisme secara besar-besaran .
7 Kesannya, ____(nyatakan ayat kesan kepada idea/huraian idea)______ . Sudah terang lagi bersuluh, ____(tegaskan semula idea)_____________________ . *boleh masukkan ungkapan menarik/peribahasa yang sesuai di manamana bahagian. Hal ini disebabkan kempen berkaitan semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotisme. Tamsilnya, pihak media massa seperti televisyen dan radio menyiarkan rancangan atau program yang berunsurkan patriotisme seperti menayangkan filem-filem patriotik Bukit Kepong, Leftenan Adnan dan lain-lain. Kesannya, masyarakat yang menonton atau mengikuti rancangan-rancangan ini akan memahami dan menghargai kemerdekaan negara seterusnya menyuburkan lagi semangat patriotisme dalam diri mereka. Sudah terang lagi bersuluh, melalui kempen-kempen yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri masyarakat. FRASA MENGAKHIRI PENDAPAT Apa pula dengan pendapat saudara/saudari? PUSINGAN 1 Contoh: LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT CALON 4 ASPEK CADANGAN AYAT CONTOH JAWAPAN LENGKAP FRASA PERMULAAN Biji selasih di atas para, Terima kasih saudara. …………………atau…………………………….. Biji selasih di atas peti, Terima kasih saudari. Isi penting + Ayat huraian + Ayat contoh + Ayat kesan + Ayat penegasan
8 Izinkan _____(nama)_______ berkongsi pendapat saya pula. PENDAPAT Pada pendapat saya, ______(fokus perbincangan)____________________ ialah __________(idea/isi penting)___________. Hal ini dikatakan demikian kerana___(huraian kepada isi penting) ____ ________________ . Contohnya,_____(beri contoh yang sesuai jika ada)____________ . Impaknya, ____(nyatakan ayat kesan kepada idea/huraian idea)______ . Tegaslah bahawa, ____(tegaskan semula idea)_____________________ . *boleh masukkan ungkapan menarik/peribahasa yang sesuai di manamana bahagian. Pada pendapat saya, langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme yang seterusnya ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dihidupkan semula . Hal ini dikatakan demikian kerana program ini mampu membina jati diri anak-anak muda di negara kita. Jati diri yang tinggi akan menyebabkan mereka sanggup untuk mempertahankan negara dalam apa-apa jua keadaan. Contohnya, semasa program ini masih diadakan, kita dapat melihat ramai anak muda yang ingin menawarkan diri untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah selesai menyertai PLKN. Impaknya, disiplin yang tinggi yang diterapkan semasa PLKN akan membentuk remaja yang berdisiplin, berwibawa dan bertanggungjawab kepada negara. Tegaslah bahawa, PLKN merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat khususnya anak muda. FRASA MENGAKHIRI PENDAPAT Sekian pendapat daripada saya tentang fokus perbincangan pada hari ini. Isi penting + Ayat huraian + Ayat contoh + Ayat kesan + Ayat penegasan
9 PUSINGAN 2 (calon bebas memberi pendapat tambahan / membuat celahan) *calon boleh menambah pendapat tentang fokus perbincangan atau memberi pendapat tentang fokus lain yang berkaitan : contoh – kepentingan semangat patriotisme CADANGAN AYAT CONTOH JAWAPAN LENGKAP CALON 1 Baiklah, nampaknya semua rakan telah memberikan pendapat masing-masing. Saya sungguh kagum akan pendapat yang telah dilontarkan sehingga mencambahkan lagi idea lain di ruang fikir saya. Oleh itu, izinkan saya menambah pendapat lain saya tentang _____________________________________________________ __________________________________________________ *guna teknik huraian seperti Pusingan 1 CALON 2 Ya, saya setuju dengan idea tambahan saudara/ saudari itu tadi. Saya juga ingin menambah pendapat saya iaitu __________________________________________________ _________________________________________________ *guna teknik huraian seperti Pusingan 1 CALON 3 Izinkan saya mencelahebagai tambahan daripada saya , saya berpendapat bahawa __________________________________ __________________________________________________ *guna teknik huraian seperti Pusingan 1 CALON 4 Maafkan saya, pada hemat saya pula____________________ ______________________________________________ *guna teknik huraian seperti Pusingan 1 PENUTUP (mana-mana calon) Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya, begitu juga dengan perbincangan kita pada hari ini. Oleh itu, sebagai penutup bicara pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa ___________________________ __________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ - SEMOGA BERMANFAAT – CikguSAI_2022/2023