The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhadhaikal30, 2022-05-16 18:48:46

INSTITUSI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM PLATFORM INTEGRASI

MPU-21032 PENGHAYATAN ETIKA

DAN PERADABAN


PN. MUSLEHA BINTI MOKTER


TAJUK: INSTITUSI PENDIDIKAN



SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH



DALAM PLATFORM INTEGRASI






NAMA AHLI KUMPULAN:

NUR MUZFIRAH BINTI MOHAMED RABI

(01DKA21F2035)

FARHAD HAIKAL BIN MUHAJIM

(01DKA21F2043)

NUR DIANA BINTI SHAMSUDIN

(01DKA21F2045)

AFDLIN AFIZAN BIN AHMAD RIZAL

(01DKA21F2050)

ISI KANDUNGAN







PENGENALAN





KELEBIHAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA




KAEDAH MEMUPUK INTEGRASI MELALUI

PENDIDIKAN




CABARAN INTEGRASI MELALUI PENDIDIKAN





KESIMPULAN





RUJUKAN



PENGENALAN







Pada era globalisasi ,Malaysia menjadi sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai

etnik dan bahasa yang banyak mengamalkan cara hidup yang tersendiri . Perbezaan ini

dapat dilihat daripada kehidupan seharian ,bangsa, ekonomi, politik ,tempat tinggal dan

hubungan sosial . Di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu ,Cina ,

India . Manakala di Sabah dan Sarawak pula terdapat kaum Kadazan ,Iban ,Kayan

,Bajau, Bidayuh dan sebagainya. Mereka ini juga telah dianggap sebagai kaum

Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Persoalannya tahukah anda

maksud “INTEGRASI” ? Integrasi membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat

yang mempunyai latar belakang yang berbeza ,lalu telah menjadi satu entiti yang terikat

oleh nilai serta kepentingan bersama . Ia juga berperanan dalam menyatupadukan

pelbagai kelompok dalam masyarakat di Malaysia melalui identiti bersama kerana

perpaduan rakyat adalah menjadi punca utama teras dalam kemerdekaan negara yang

berdaulat.

Institusi Pendidikan Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah adalah merupakan satu

platform institusi pengajian yang diiktirafkan oleh pihak kerajaan untuk memenuhi suatu

keperluan sosial untuk menyatupadukan perpaduan pelbagai kaum di negara Malaysia ini.

Apa yang boleh kita lihat dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah ini mereka berada

dalam tahap yang baik apabila mereka bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain .

Sebagaimana yang kita tahu Institusi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah

tapak utama untuk mendidik serta melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai dalam

kehidupan serta mempunyai etika dan akhlak yang baik .

CARA UNTUK SEKOLAH MERAPATKAN HUBUNGAN SEMUA


KAUM DI SEKOLAH















Dari sudut psikologi,

bahasa ibunda Dari sudut sosiologi,

merupakan satu bahasa ibunda adalah Dari sudut pendidikan,

sistem lambing yang cara pengenalan diri pelajar-pelajar tersebut
belajar lebih cepat
berfungsi secara yang membolehkan melalui penggunaan

automatik dalam para pelajar tersebut
bahasa ibunda
minda pelajar-pelajar mengenali diri berbanding dengan

di sekolah untuk bersama dengan ahli-

melahirkan pemikiran ahli lain dalam melalui penggunaan
bahasa lain.
dan pemahaman komuniti

mereka

KESIMPULAN UNTUK PENDAHULUAN















Sebagai kesimpulannya , apa yang boleh kita simpulkan disini ialah institusi

Pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah menjadi satu platform integrasi

kepada para pelajar untuk belajar cara untuk bersosial dalam pelbagai bangsa .

Walaubagaimanapun sebagai ibu bapa perlulah tidak melepas tangan dalam

mendidik anak-anak untuk berkomunikasi dalam masyarakat komuniti. Hal ini kerana

sebagai ibu bapa juga perlulah menjalankan tanggungjawab dalam mendidik anak-

anak . Sebagai warga Pendidik pula hendaklah menjalankan tanggungjawab yang

sama dalam mendidik para pelajar untuk sentiasa bergaul dalam masyarakat tetapi

mengikut batas yang ditetapkan agar pelajar tidak kekok untuk mengenali bangsa

dan kaum yang lain .



Institut sebagai platform ialah dapat mengekalkan

keharmonian dalam interaksi sosial pelajar majmuk di

sekolah.Hal ini kerana pergaduhan antara kaum tidak akan
berlaku yang mengaitkan isu perkauman seperti warna

kulit,tradisi atau agama.Hubungan yang ramah dan harmonis

antara pelajar yang berbeza agama juga dapat dibentuk






KELEBIHAN





Dapat membentuk generasi masa hadapan yang tidak

mementingkan bangsa masing-masing seperti tidak terlalu

mengagungkan bangsa sendiri.Contohnya setiap kaum

menceritakan kebaikan kaum mereka walaupun telah
melakukan kesalahan.Selain itu pelajar yang menerapkan

integrasi tidak akan mencaci ataupun membangkitkan isu-isu

sensitif yang mampu menyakitkan hati penganut agama lain

MENJAMIN KESTABILAN POLITIK






-Berkurangnya isu isu perkauman yang

berlaku.Contohnya trajedi 13 mei telah menyebabkan

politik di malaysia menjadi kurang stabil hasil dari

pergaduhan antara kaum melayu dan cina




- Isu - isu sensitif seperti agama dijaga seperti

pengunaan bahasa jawi tidak menjadi masalah ataupun

penggunaan pembesar suara untuk melaungkan azan

bagi umat islam tidak akan dipersoalan oleh penganut

agama lain

Setiap kaum akan bersatu padu untuk

memajukan hasil dalam negara.Contohnya
MENJAMIN KESTABILAN

EKONOMI setiap kaum tidak akan memberikan hasil
berbeza mengikut kaum yang akan

meruntuhkan ekonomi negara

KAEDAH MEMUPUK INTEGRASI




MELALUI PENDIDIKAN

KAEDAH UNTUK MEMUPUK

INTEGRASI DALAM PELAJARAN





Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan beberapa
buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah

Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam konsep ini,

Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan juga Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu kompleks sekolah yang

sama. Setiap murid daripada sekolah-sekolah tersebut akan berkongsi kemudahan dan

prasarana sekolah seperti padang, kantin dan koperasi sekolah yang sama. Tempat

yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum adalah melalui sekolah
wawasan dengan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum

berinteraksi secara langsung. Selain itu, sekolah wawasan berpeluang untuk saling

mengenali dan memahami antara satu sama lain dan melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah

negara yang bersatu padu dan seterusnya mempercepatkan integrasi nasional.

Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan

pelajar yang lengkap dari segi JERISJ adalah Jasmani, E adalah Emosi, R

adalah rohani, I adalah intelek, S adalah sosial.Selain itu, Kurikulum

berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendorong cita-cita negara dalam

mewujudkan perpaduan yang berpandukan prinsip-prinsip rukun negara,di

samping menghasilkan modal insan yang terlatih untuk keperluan.

Seterusnya, bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan

dan maklumat berbentuk akademik sahaja ,bahkan memupuk semangat

perpaduan. Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan

melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSR) dan kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Harus

menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani

dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka,

semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan

menguatkan peribadi serta moral para pelajar.

dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat malaysia yang bersatu

padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam rukun

negara. Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia
yang bersepadu, semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep

1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan akan dapat

dilaksanakan. Selain itu,Bahasa Malaysia di semua sekolah

kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib,manakala bagi sekolah
jenis kebangsaan cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan

Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing

wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya

PEPERIKSAAN YANG


SERAGAM





Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di
sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan

mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.

Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang

seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila
terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong

proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di

samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Seterusnya, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini

menampakkan hasilnya.Oleh itu, ditekankan bahawa

pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum.

Akhir sekali, tidak terganggu apabila terpaksa berpindah ke
sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses

menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping

mewujudkan keperibadian yang sama.



CABARAN INTEGRASI MELALUI


PENDIDIKAN









Perbezaan dalam Bahasa, kepercayaan dan keturunan





Perbezaan pengaruh sikap dan nilai seseorang dalam setiap

komuniti di negara ini adalah sukar untuk menerima perubahan
yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam dasar Pendidikan.Hal

ini adalah disebabkan oleh mereka berfikir penerimaan mereka

terhadap perubahan yang dilakukan oleh kerajaan adalah suatu

paksaan.Oleh hal yang demikian cadangan untuk melakukan
perubahan terhadap sistem akan mendapat tentangan daripada

masyarakat di negara ini.

JARAK SOSIAL YANG WUJUD

AKIBAT KURANG INTERAKSI



Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan

interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja

kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan. Penerapan
Bahasa Melayu perlu diamalkan di setiap sekolah termasuk

sekolah vernikular bermula dari sekolah rendah. Ini akan memberi

kesan yang positif terhadap perpaduan negara sekiranya Malaysia

mencontohi negara jiran iaitu Indonesia yang mengagungkan
Bahasa ibundanya. Oleh itu, matlamat integrasi dapat diwujudkan

dengan mudah.

Kedudukan Corak


Masyarakat Diubah






Sistem penjajah British dasar pecah dan perintah dapat menunjukkan di

mana kedudukan orang Melayu sebagai petani dan menetap di kampung
manakala orang Cina pula ditempatkan di Kawasan perlombongan bijih timah

yang akhirnya berkembang menjadi bandar-bandar baru.Orang India pula

bekerja sebagai buruh di ladang getah dan Kawasan estet. Oleh hal yang

demikian, pihak kerajaan akan berasa sukar untuk mencapai matlamat
mereka iaitu untuk menyatupadukan antara semua kaum.Oleh itu, pihak

kerajaan perlu memikirkan cara untuk meletakkan pelajar dari pelbagai kaum

menerima ilmu di sebuah sekolah yang sama.Hal ini perlu dilakukan adalah
untuk mencapai matlamat dasar Pendidikan iaitu menyatukan dan

mengintegrasikan masyarakat pelbagai kaum.Akhir sekali, penempatan

pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum di sekolah boleh dilakukan dalam

acara sambutan kemerdekaan.

Guru-Guru adalah Agen Kerajaan





Guru-guru merupakan insan yang menyampaikan dan melaksanakan dasar-

dasar pendidikan kepada pelajar. Oleh itu, guru juga satu cabaran bagi

mencapai integrasi dalam Pendidikan. Guru perlu bersedia dengan
pengetahuan yang cukup dan dilengkapi untuk berurusan dengan pelbagai

situasi di sekolah dan masyarakat di sekitarnya. Guru perlu memahami misi,

matlamat dan objektif akhir dasar yang niat perlaksanaan polisi yang
dilaksanakan . Jika guru adalah cetek pengetahuan dan malas untuk

mengetahui isu semasa, ia akan menyebabkan masalah dalam proses

pengajaran dan pembelajaraan yang membawa ke arah matlamat mencapai

integrasi kaum dan perpaduan tidak bole dicapai. Oleh itu, kerajaan wajar
mengambil tindakan dengan melatih bakal guru-guru yang bakal mengajar para

pelajar dengan menyediakan latihan dan pemahaman selaras dengan trek dan

generasi akan dating.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bukan mudah untuk mencapai apa yang negara Malaysia memperoleh hari ini.

Justeru itu, setiap warga Malaysia perlu bersyukur di atas kejayaan yang dapat diperolehi oleh

pelajar institut sekolah rendah dan menengah. Institut pengajian sekolah rendah dan
menengah juga bukan lagi hanya tempat belajar tetapi untuk membimbing pelajar menjadi

seorang yang mempunyai nilai dan etika Ketika bercakap, bermain dan memberi keutamaan

kepada orang yang memerlukan. Seterusnya, kajian juga dapati bahawa institut pengajian
tinggi merupakan satu batu loncatan untuk membantu mengukuhkan perpaduan kaum

dikalangan pelajar. Selain itu, institut pengajian sekolah rendah dan menengah dapat

menguatkan semangat perpaduan pelajar dan pengajar di samping memberikan ilmu

pengetahuan kepada pelajar. Setiap orang pasti akan melangkah ke alam pekerjaan dan
keadaan ini dapat membantu pelajar meningkatkan semangat cinta akan negara berdasarkan

Bahasa Melayu sebaga bahasa kebangsaan, sukatan kurikulum yang bersepadu dan sistem

peperiksaan yang setaraf negara lain

SENARAI RUJUKAN












• Buku Penghayatan Etika dan Peradaban

• https://anyflip.com/eufwa/nsmj/basic

• https://123dok.com/document/ynnlrwpy-cabaran-dasar-pendidikan-

negara-dalam-intergrasi-perpaduan.html
• https://sites.google.com/view/afiqsites/maklumat-asas

AGIHAN TUGASAN








AFDLIN AFIZAN BIN AHMAD RIZAL (01DKA21F2050)


-KELEBIHAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA







NUR DIANA BINTI SHAMSUDIN (01DKA21F2045)

-PENDAHULUAN






FARHAD HAIKAL BIN MUHAJIM (01DKA21F2043)


-CABARAN INTEGRASI MELALUI PENDIDIKAN

-KESIMPULAN




NUR MUZFIRAH BINTI MOHAMED RABI (01DKA21F2035)


-KAEDAH INTEGRASI MELALUI PENDIDIKAN

-RUJUKAN


Click to View FlipBook Version