The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mursidi Ahamad, 2019-04-05 18:59:22

AGM 2019_Laporan PKS8P 2018

AGM 2019_Laporan PKS8P 2018

Mesyuarat Agung Tahunan

Persatuan Komuniti Seksyen 8 Prima
(PKS8P)

Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

6 April 2019 (Sabtu)
Kabin Persatuan

ATURCARA & AGENDA 8.30 Malam - Sesi Pendaftaran
9.15 Malam - Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengerusi PKS8P
- Tuan Haji Mohd. Safuan Radzali
9.30 Malam -
Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P
11.15 Malam -
• Pelantikan Pengerusi Sementara dan Dua
orang Pencatat

• Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan PKS8P Keempat (2018)

• Perkara Berbangkit daripada Minit
Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P
Keempat (2018)

• Pembentangan Laporan Setiausaha
PKS8P

• Pembentangan Laporan Kewangan Bagi
Tahun Berakhir 31 Disember 2018

• Pembentangan Usul Bertulis
• Ucapan Penangguhan Pengerusi PKS8P

Sesi 2018-2019

Jamuan dan Bersurai

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 2

PERUTUSAN
PENGERUSI

PERUTUSAN PENGERUSI Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh &
Salam Sejahtera

Ahli PKS8P yang dihormati,

Bersyukur kita rafakkan ke hadrat Ilahi atas kurniaannya jua dapat kita
teruskan kelangsungan PKS8P sejak penubuhannnya pada 27 November
2013. Usia melebihii lima (5) tahun Persatuan ini dapat ditempuhi dengan
jayanya walaupun pelbagai rintangan terpaksa dihadapi.

Hari ini kita diberikan peluang sekali lagi untuk bertukar pandangan
sesama Ahli demi kecemerlangan PKS8P. Saya amat mengharapkan
ruang dan peluang yang diberikan ini kita gunakan sebaik mungkin untuk
kebaikan kita bersama.

Sepanjang 2018 yang dilalui pelbagai program dan aktiviti telah
dilaksanakan. Walau bagaimanapun keterlibatan Ahli PKS8P masih boleh
ditingkatkan untuk masa-masa akan datang.

Salam hormat daripada saya mewakili AJK PKS8P 2018-2019

Selamat bersidang

Haji Mohd. Safuan Radzali
Pengerusi PKS8P

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 4

MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PKS8P 2018

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 6

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 7

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 8

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 9

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 10

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 11

MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 12

LAPORAN
SETIAUSAHA

PENDAHULUAN Persatuan Komuniti Seksyen 8 Prima, Bandar Baru Bangi
atau ringkasnya PKS8P adalah sebuah persatuan yang
ditubuhkan bagi memelihara kebajikan ahlinya. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan matlamat
penubuhan persatuan:

1. Mewujudkan saluran kerjasama antara penduduk
taman dan agensi kerajaan dalam
mempertingkatkan kemudahan dan prasarana
taman bagi penduduk Seksyen 8 prima;

2. Mewujudkan persekitaran taman yang selamat,
sihat dan selesa serta bebas daripada gejala
sosial dan jenayah;

3. Mewujudkan semangat kerjasama dalam semua
aktiviti sihat yang diadakan demi mengeratkan
silaturahim, perpaduan dan semangat kejiranan
yang tinggi di kalangan penduduk berbilang
agama, bangsa, keturunan dan budaya; dan

4. Mewujudkan platform bagi penduduk Seksyen 8
prima menyalurkan usul, pandangan dan
cadangan yang positif untuk diketengahkan
kepada pihak yang berkenaan.

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 14

MAKLUMAT PKS8P Tarikh : 27 November 2013
ditubuhkan : PPM-047-10-27112013
No.
Pendaftaran

Alamat : No. 203, Jalan 8/3 Seksyen
Berdaftar
8 Bandar Baru Bangi,
Penaung
Selangor Darul Ehsan
Pengerusi
Yuran Ahli : YBhg. Datuk Haji Sabiamad
Abdul Ahad

: Tuan Haji Mohd. Safuan
Radzali

: RM40.00

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 15

AHLI JAWATANKUASA Mesyuarat Agung Tahunan Kedua PKS8P pada 31 Mac
2018 telah bersetuju melantik AJK berikut:

Pengerusi : Haji Mohd. Safuan Radzali
Tim. Pengerusi : Haji Khairul Amri Haji Abdul Kadir
Setiausaha : Muhamad Azhar Abdul Gafoor
Naib Setiausaha : Mursidi Ahamad
Bendahari : Hood Hadzir Shahuddin
AJK 1 : Haji Abu Hassan Burok
AJK 2 : Haji Mohd Said Jaafar

Juru Audit 1 : Mohd. Zamri Sayati
Juru Audit 2 : Dr. Shazali Johari

Bagi memantapkan lagi pentadbiran dan perjalanan

Persatuan, penyusunan struktur organisasi (dalaman) telah

dilaksanakan dan pewujudan beberapa jawatan dan
pelantikan telah dibuat seperti pada Carta Organisasi
(Lampiran A).

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 16

Lampiran A (Carta PKS8P)

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 17

Lampiran A (Carta PKS8P)

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 18

MESYUARAT JAWATANKUASA  Sepanjang 2018, beberapa Mesyuarat AJK telah
diadakan seperti berikut:

Bil Tarikh Tempat Masa

1/2018 17 Januari 2018 Kabin 9.00 Malam
2/2018 27 Julai 2018 Kabin 9.00 Malam
3/2018 17 Ogos 2018 Kabin 9.00 Malam
4/2018 12 Oktober 2018 Kabin 9.30 Malam

 Perbincangan tidak rasmi juga kerap dilaksanakan

di samping penggunaan media sosial yang banyak

membantu untuk keputusan segera dibuat dan
dimuktamadkan melalui Mesyuarat rasmi.

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 19

KEAHLIAN PKS8P  Sehingga 31 Disember 2018, jumlah keahlian
Persatuan Komuniti Seksyen 8 Prima adalah
seramai 579 orang iaitu sebanyak 90.32% daripada
penduduk. Maklumat terperinci mengikut Zon adalah
seperti berikut:

ZON RUMAH AHLI BUKAN
AHLI
1 115 102 (89%)
2 162 152 (94%) 13 (11%)
3 103 88 (85%) 10 (6%)
4 148 128 (86%) 15 (15%)
5 113 109 (96%) 20 (14%)
JUMLAH 4 (4%)
641

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 20

AKTIVITI PKS8P  Sepanjang 2018, Persatuan telah menyusun
perancangan rapi terutamanya bagi menjamin
keselamatan, keselesaan dan kebajikan ahli di
samping bertujuan merapatkan hubungan sesama
ahli dan masyarakat;

 Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 15
program/aktiviti telah dilaksanakan oleh PKS8P:

BIL TARIKH NAMA AKTIVITI/PROJEK PESERTA

1. 25 Jan 2018 Penerimaan Geran Persatuan daripada Pejabat AJK S8Prima
Pendaftaran Persatuan (RM10,000)
2. 28 Jan 2018 Gotong Royong Basmi Denggi Bagi Zon 3, Zon 4 Zon 3 dan 4
3. 2 Feb 2018 Futsal PKS8P vs D8 Ahli S8Prima
AJK S8Prima & Pej.
4. 13 Feb 2018 Informasi Terkini Demam Denggi S8Prima Kesihatan H. angat
Ahli S8Prima
5. 23 Feb 2018 Aktiviti Futsal Ahli S8Prima
6. 25 Feb 2018 Kempen Cegah Denggi Ahli S8Prima
7. 31 Mac 2018 Mesyuarat Agung Tahunan
Majlis Ramah Mesra AJK dan Pelancaran AJK S8Prima
8. 5 Mei 2018 Manifesto Sesi 2018/2019
Anak Yatim dan
9. 9 Jun 2018 Kaseh Ramadhan Asnaf S8Prima
Ahli S8Prima
10. 4 Ogos 2018 Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Taman 8 Prima
Ahli S8Prima
11. 1 Oktober Autogate dan Kad akses baru berkuatkuasa
2018 Ahli S8Prima
Penggantian Pelekat Kenderaan
12. 1 Oktober 2018 Ahli S8Prima
Penggantian Plak Keselamatan Ahli S8Prima
13. 1 Oktober 2018 Ahli S8Prima
Pengukuhan Ukhuwwah S8Prima @ Royal Belum
14. 3 – 5 Nov 2018 Wakaf Kabin Pengawal 8/2
15. 27 Nov 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 21

Sepanjang 2018, tiada isu besar yang dihadapi oleh
Persatuan dan hasil kerjasama semua pihak ia dapat diatasi
Beberapa isu terpilih adalah seperti berikut:

BIL ISU TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL

ISU DAN TINDAKAN 1. Kawalan 1) Persatuan telah membuat rombakan dan
Keselamatan penambahbaikan sistem kawalan keselamatan

2) Penubuhan Task Force Keselamatan;

3) Perbincangan berkala dengan Pengawal
Keselamatan

4) Kebajikan dan keperluan Pengawal
Keselamatan diambil kira

2. Tunggakan 1) Projek besar-besaran sesuai dengan Projek
Yuran penukaran Kad Akses dan Autogate berjaya
menyelesaikan isu yuran tertunggak;

2) Beberapa isu berkaitan seperti Kad Klon juga
dapat diatasi;

3) Ahli baru juga bertambah

3. Wabak Denggi 1) Setelah 2017 Komuniti 8 Prima tidak
Terkawal tersenarai dalam HOTSPOT, pada tahun 2018
Pejabat Kesihatan menyenaraikan kembali;

2) Bagi mengatasi isu ini, gotong-royong telah
diadakan dan kerjasama dengan Ahli Majlis
juga amat baik;

3) Ceramah dan Kempen Kesedaran juga
diadakan.

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 22

PERANCANGAN 2019 Program yang dicadangkan untuk
dilaksanakan pada tahun 2019 ialah:

1) Gotong-royong Perdana dengan
kerjasama Ahli Majlis, MPKj, UKM,
Pejabat Kesihatan, BOMBA;

2) Program sempena Syawal;
3) Majlis Ramah Mesra AidilFitri
4) Penghargaan Pelajar Cemerlang;
5) Aktiviti Sukan dan Rekreasi;
6) Penyertaan Pertandingan Kejiranan

Terbaik MPKj;
7) Hari Keluarga.

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 23

PENUTUP  Barisan yang telah diberikan kepercayaan menerajui PKS8P sepanjang
2018 – 2019 telah berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan
sebaik mungkin. Walaupun dalam keterbatasan waktu di samping
kesibukan kerja hakiki masing-masing, tanggungjawab terhadap
persatuan dan masyarakat tidak diabaikan;

 Namun, tidak semua apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan
sepenuhnya. Bagi program yang berjaya dilaksanakan tidak mampu
untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak. Apa yang penting,
tenaga yang digembleng oleh semua pihak sama ada Persatuan
mahupun ahli mampu mencapai hasil yang memberangsangkan;

 Walaupun terpaksa menghadapi kekangan, AJK dapat melaksanakan
amanah yang telah diberikan oleh ahli PKS8P. Komitmen dan semangat
sukarelawan yang ada pada AJK menghasilkan pencapaian yang
membanggakan. Semoga Allah menilai segala usaha sebagai amalan
salih di sisiNya;

 Pihak Persatuan mengucapkan penghargaan di atas komitmen ahli
dalam menjayakan perancangan Persatuan sepanjang 2018. Persatuan
mengharapkan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan akan
berterusan;

 Ahli Jawatankuasa PKS8P Sesi 2018 – 2019 menyusun jari sepuluh
memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan yang berlaku
sepanjang tempoh kepimpinan.

Disediakan oleh:
MUHAMAD AZHAR ABDUL GAFOOR
Setiausaha, Persatuan Komuniti Seksyen 8 Prima
Sesi 2018 - 2019

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 24

LAPORAN KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

PENYATA PENERIMAAN DAN
PEMBAYARAN

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 26

PERNYATAAN

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 27

NOTA 1:
Ringkasan Yuran Ahli

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 28

NOTA 2:
Penyumbang Duit Raya Pengawal

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 29

NOTA 3:
Sumbangan Jamuan Raya 2018

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 30

NOTA 4:
Perbelanjaan Operasi

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019 31

NOTA 5: Perbelanjaan Pentadbiran,
Aset & Penyelenggaraan

Mesyuarat Agung Tahunan PKS8P 2019

32

Disediakan oleh:
Sekretariat Protokol
Persatuan Komuniti Seksyen 8 Prima (PKS8P)
Bandar Baru Selangor Darul Ehsan

6 April 2019


Click to View FlipBook Version