ANUGERAH UTAMA BITARA Dokumen Pencalonan ILMU, MUTU DAN BUDI www.hctm.ukm.my UKM HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan ISI KANDUNGAN 3.0 HCTM Cemerlang 3.1 Peningkatan Kompetensi Staf dan Kemahiran Teknologi 2.0 Pengenalan Ringkas 3.2 Pembudayaan Kerja Melalui Inovasi 3.3 Pelanggan Adalah Keutamaan Kami 3.4 HCTM Mesra Warga 3.5 Serahkan Kepada Yang Pakar 3.6 Penilaian Cemerlang 3.7 Sederap Mencapai Kecemerlangan 3.8 Nikmat Mencipta 3.10 Menuju Puncak 3.9 Muafakat Membawa Berkat 4.0 Pemerkasaan Warga HCTM 5.0 Persekitaran HCTM yang Kondusif HCTM Mapan Kewangan HCTM Mengungguli Jaringan Strategik Berimpak Tinggi 6.0 7.0 8.0 Rumusan 3 3 2 4 5 6 7 8 9 9 9 10 11 13 14 15 16 LAMPIRAN
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan Hospital Pengajar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Badan Governan HCTM ialah Lembaga Pengarah Universiti dan Majlis Hospital Pengajar UKM ditubuhkan untuk berperanan menguasai perjalanan Hospital Pengajar UKM termasuk HCTM. HCTM yang telah beroperasi sejak Julai 1997 mempunyai 43 Jabatan/Pusat dan secara purata memberikan khidmat tahunan kepada seramai 650,000 pesakit luar dan 35,000 pesakit dalam melalui 196 kepakaran di pelbagai disiplin perubatan dan sokongan klinikal. Percalonan 2.0 PENGENALAN RINGKAS Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan
Percalonan 3.0 HCTM CEMERLANG 2023 menyaksikan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melakar kejayaan cemerlang dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan selaras dengan nilai yang diterapkan iaitu ‘Better, Faster, Friendlier’ (BFF). Kejayaan ini didukung oleh keupayaan Warga HCTM yang sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi di semua aspek termasuk memahirkan diri dalam penggunaan teknologi terkini bagi membantu kecekapan perkhidmatan. Ini dapat dibuktikan melalui pelbagai aktiviti seperti Mesyuarat, Latihan dan Perkongsian yang diadakan secara atas talian. Pada tahun 2023, sebanyak 59 sesi latihan telah diadakan secara atas talian. (Lampiran 1: Senarai Latihan Secara Atas Talian HCTM (Online) Selain daripada itu, sebagai pemberi khidmat kesihatan, HCTM mengorak langkah melaksanakan Klinik Maya (Virtual Clinic) bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan. 3.1 Peningkatan Kompetensi Staf dan Kemahiran Teknologi Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan 3
3.2 Pembudayaan Kerja Melalui Inovasi Budaya inovasi di HCTM sentiasa subur dan mendapat sokongan Pengurusan secara berterusan. Melalui Jawatankuasa Induk Kualiti, semua aktiviti peringkat Hospital dan Jabatan dipantau. Program Kualiti dan Inovasi yang dilaksanakan di HCTM adalah seperti berikut: Program MS ISO 9001:2015 SPK HCTM; Program Akreditasi Malaysian Safety Quality in Health (MSQH); Program Akreditasi MS 15189: Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik Program Amalan 5S Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) Program Hospital Rakan Bayi (HRB) HCTM Keselamatan Pesakit Mortaliti dan Morbiditi Antimicrobial Stewardship (AMS) Pengurusan Risiko HCTM Program Information Security Management System (ISMS) ISO 27001 a. b c d. e. f. g. h. i. j. k. Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Lampiran 2: Gambar-gambar Aktiviti Inovasi HCTM 4
3.3 Pelanggan Adalah Keutamaan Kami Sebagai institusi yang yang dikategorikan sebagai perkhidmatan penting (essential services), HCTM sentiasa memastikan pelanggan terutamanya pesakit menjadi keutamaan. Anda Adalah Keutamaan Kami merupakan Piagam Pelanggan HCTM yang menekankan kepuasan pelanggan. Malah kajian kepuasan pelanggan dilaksanakan secara berkala bagi melihat tahap kepuasan pelanggan bagi memudahkan Hospital menambahbaik perkhidmatan. Melalui Unit Khidmat Pelanggan (yang sekarang ini ditambahbaik sebagai Jabatan), pelbagai usaha dilaksanakan dalam meningkatkan layanan terhadap pelanggan. Antaranya mewujudkan Pasukan Pengiring, Penyelarasan VIP, Pembangunan Discharge Lounge dan Penyediaan Kaunter Kerusi Roda. Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan HCTM juga sentiasa melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan. Melalui Sistem Aduan dan Maklumbalas Pelanggan HCTM, pelanggan lebih mudah menyampaikan sebarang aduan dan maklumbalas. Lampiran 3: Gambar-gambar Berkaitan Perkhidmatan Kepada Pelanggan HCTM 5
3.4 HCTM Mesra Warga Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Aspek kebajikan kakitangan menjadi keutamaan Pengurusan kerana Warga HCTM merupakan penggerak kepada kecemerlangan organisasi. Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan dalam memastikan elemen kebajikan pekerja tidak diabaikan. Antaranya penyediaan platform untuk Wakil Pekerja menyuarakan pandangan secara rasmi melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang dihadiri oleh semua Ahli Pengurusan. Program SUNATHON yang mensasarkan anak Warga B40. Bagi memastikan kesihatan Warga HCTM, Poliklinik Warga menyediakan Klinik Kesejahteraan (Wellness Clinic) dan secara berkala menyediakan Program Saringan Kesihatan terutama kepada Warga yang berumur 40 tahun dan ke atas; Kemasukan Bas Rapid yang terus ke dalam Kampus. Sebelum ini Bas Rapid hanya menurunkan penumpang di luar. Hasil perbincangan pihak HCTM memberikan kemudahan kepada staf; Penyediaan makanan percuma kepada beberapa petugas hasil sumbangan berkala dari pihak luar; Penyediaan Tempat Letak Kenderaan kepada Warga HCTM yang mengandung, Warga OKU dan yang mengidap penyakit tertentu yang menyukarkan pergerakan; Penyediaan Skim Kebajikan Kakitangan (SKK) yang disediakan kepada Waris Warga yang meninggal semasa dalam perkhidmatan; Penyediaan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat kepada kakitangan melalui kadar bayaran yang rendah secara potongan gaji; Selain daripada itu, secara konsisten Perhimpunan Kakitangan juga diadakan yang memberikan peluang kakitangan bertemu mesra dengan Ahli Pengurusan. Inisiatif lain dalam memastikan kebajikan Warga HCTM adalah seperti berikut: Lampiran 4: Gambar-gambar Berkaitan Mesra Warga HCTM 6
3.5 Serahkan Kepada Yang Pakar Sesuai dengan keperluan MSQH, Pengurusan sentiasa memastikan struktur tugas, line of reporting dan level of authority sentiasa ditambah baik dan dikemaskini. Carta Organisasi HCTM dan Jabatan sentiasa disemak dan dihebahkan kepada Warga dan umum berhubung sebarang pindaan dan pengemaskinian. Bagi memantapkan operasi, beberapa Jawatankuasa berautoriti juga diperkasakan terutamanya MDAC dan Jawatankuasa di bawah pemantauan MDAC. (Lampiran). Semua Jawatankuasa di HCTM perlu Terma Rujukan (Term of Reference) yang jelas dan dipantau pelaksanaannya melalui Laporan berkala kepada pihak Pengurusan. Setiap Warga HCTM mempunyai myPortfolio dan berdasarkan rekod terkini hampir 98% myPortfolio Warga HCTM telah diluluskan melalui Sistem HRMIS yang dipantau oleh pihak KPT dan JPA myPortfolio. Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Lampiran 5: Carta Organisasi HCTM Lampiran 6: Pencapaian Pelaksanaan myPortfolio HCTM 2023 7
3.6 Penilaian Cemerlang Berdasarkan rekod pelbagai audit dan penilaian, HCTM masih mengekalkan kecemerlangan pada tahun 2023: Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Audit oleh Jabatan Standard Malaysia terhadap MS ISO 15189 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM pada 23 hingga 24 Oktober 2023 berjaya mengekalkan pensijilan ini sejak tahun 2010; Audit oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd terhadap MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) HCTM pada 1 Mac 2023 hingga 3 Mac 2023 berjaya mengekalkan pensijilan tanpa Laporan Ketidakpatuhan (NCR) untuk tiga (3) tahun berturut-turut; Kejayaan terbesar yang diraih pada tahun 2023 ialah pengiktirafan akreditasi penuh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Penilaian tersebut dilaksanakan selama tiga (3) hari pada 7 hingga 9 Februari 2023 (Selasa hingga Khamis); Audit oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC) terhadap Sistem Pengurusan Persekitaran Amalan 5S HCTM berjaya mengekalkan Persijilan selama 15 tahun sejak pada tahun 2008 mula disijilkan. Lampiran 7: Sijil-sijil Yang Diperoleh Berkaitan Audit HCTM 8
3.7 Sederap Mencapai Kecemerlangan Secara keseluruhan, Warga HCTM amat aktif dalam pelbagai program sama ada Program Hospital atau Jabatan. Selain daripada itu, Warga HCTM juga memainkan peranan dalam pelbagai Jawatankuasa peringkat HCTM dan Jabatan. Kehadiran Warga akan direkodkan termasuk dikreditkan dalam eKhidmat sebagai galakan kepada Warga HCTM yang menyumbang. Lampiran 8: Senarai Program HCTM 2023 Dalam kebanyakan program di HCTM, keterlibatan Warga HCTM amat memberangsangkan sama ada program peringkat Jabatan atau HCTM. Antaranya Program Gotong-royong Perdana Sempena Persediaan MSQH pada 26 Januari 2023. Selain daripada itu aktiviti lain yang utama adalah Majlis Korban, Jamuan Hari Raya, Karnival Madani dan pelbagai Program Khidmat Masyarakat. 3.9 Muafakat Membawa Berkat Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Sesuai dengan Tonggak 12 yang merupakan dasar dan pegangan oleh penjawat awam, salah satu elemen yang menekankan kreativiti ialah ‘Nikmat Mencipta’ HCTM sentiasa menggalakkan Warga untuk sentiasa menambahbaik kaedah penyampaian perkhidmatan sama ada dalam bentuk kumpulan atau individu. Selain melalui Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK), beberapa peluang lain disediakan kepada Warga HCTM. Antaranya: 3.8 Nikmat Mencipta Melalui Program 5S pula, keterlibatan staf untuk menunjukkan kreativiti dapat dilihat melalui pembahagian Zon di pelbagai peringkat; Penubuhan Pasukan Dekorasi Lampiran 9: Hasil Kreativiti Warga HCTM 9
3.10 Menuju Puncak a) Akhirnya Akreditasi Penuh MSQH Dalam Genggaman Pencapaian HCTM paling besar dan menyerlah sepanjang 2023 adalah memperoleh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) susulan lawatan Surveyor MSQH selama tiga (3) hari pada 7 hingga 9 Februari 2023 (Selasa hingga Khamis). Program Akreditasi Hospital oleh MSQH ini menyediakan kaedah efektif dan efisien dalam menilai tahap kualiti serta keselamatan organisasi kesihatan menurut standard bertaraf antarabangsa yang ditetapkan. Program ini dibangunkan oleh golongan profesional dunia perubatan dan aplikasinya diterima serta diiktiraf di seluruh Malaysia. Seramai 8 orang Surveyor telah hadir semasa proses penilaian berlangsung dan sebanyak 45 Standard telah dinilai berdasarkan semakan dokumen, sistem, temu bual dan lawatan ke jabatan terlibat. Hasil sokongan penuh Pengurusan Tertinggi UKM, Pengurusan HCTM dan komitmen tinggi daripada Warga HCTM, hospital berjaya memperoleh Akreditasi Penuh MSQH untuk tempoh empat (4) tahun, mulai pada 9 Mei 2023 hingga 8 Mei 2027 sekaligus menjadikan HCTM sebagai Hospital Pengajar Universiti (HPU) pertama yang berjaya memperoleh Akreditasi Penuh MSQH. HCTM telah memulakan langkah ke arah akreditasi MSQH pada tahun 2006 dan sejak itu tanpa mengenal putus asa telah melaksanakan beberapa kali percubaan dengan pelbagai kekangan sehingga pada tahun 2020 apabila usaha terpaksa ditangguhkan sekali lagi bagi menumpukan usaha dalam menghadapi Pandemik COVID-19 yang melanda negara. Usaha ke arah akreditasi MSQH giat dijalankan semula pada tahun 2021 dengan pelaksanaan Pra Audit Kejururawatan dan Pra Audit Prasarana. Bengkel, taklimat dan perbincangan bagi memastikan keperluan akreditasi MSQH dipenuhi juga turut dijalankan secara kerap pada tahun 2021 hingga 2022. Audit Dalaman MSQH yang dijalankan secara Cross Audit telah dijalankan pada Jun hingga Julai 2022 dan kemuncak usaha pada tahun 2023 adalah dengan pelaksanaan sesi walkthrough persediaan penilaian akreditasi dan klinik dokumentasi. Sebagai tanda penghargaan di atas komitmen warga HCTM, Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi & Apresiasi Sempena Akreditasi Penuh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah diadakan pada 15 Disember 2023 (Jumaat) bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM. Majlis diadakan dengan tujuan berkongsi detik istimewa dengan seluruh warga HCTM yang memberikan komitmen terbaik sehingga berjaya memperoleh akreditasi penuh MSQH. b) Pendigitalan dan Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) HCTM terus mengorak langkah ke arah usaha pendigitalan serta pengukuhan pengurusan data digital hospital disamping pemerkasaan infrastruktur dan keselamatan ICT. Melalui pembelian beberapa peralatan perubatan utama, antaranya Sistem Bi-Plane Angiografi, Single Plane Angiografi, Sistem Fluoroskopi serta peralatan lain melebihi RM30 juta bagi memastikan perawatan yang berteknologi tinggi, canggih dan terkini. Seiring dengan perkembangan teknologi, HCTM juga telah menyediakan perkhidmatan konsultasi secara maya melalui pelaksanaan Klinik Virtual sebagai satu nilai tambah dalam perkhidmatan. Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Lampiran 10: Sijil MSQH c) Pengiktirafan di peringkat UKM HCTM mendapat pengiktirafan di peringkat Universiti dengan memperoleh Anugerah Bitara Kelestarian (Pusat Perkhidmatan), Anugerah Tokoh UKM (Pengurusan & Profesional) dan Anugerah Rekayasa Prasarana. Majlis Anugerah Bitara 2023 UKM telah diadakan pada 26 September 2023 bertempat di Bangi Resort Hotel. 10
Keupayaan Warga HCTM diperkasa melalui perancangan latihan tahunan. Melalui Unit Latihan dan Kemajuan Kerjaya dan penubuhan Jawatankuasa Latihan dan Cuti Belajar, HCTM telah dapat melaksanakan sebanyak 151 kursus melibatkan program secara maya dan bersemuka. Seramai 3632 staf telah melengkapkan keperluan 42 jam latihan pada 2023. Peluang Warga HCTM untuk melanjutkan pengajian juga dibuka dan sehingga Disember 2023 seramai 75 orang Warga HCTM sedang mengikuti Cuti Belajar secara aktif. Laporan Pelaksanaan Latihan HCTM 2023 adalah seperti di Lampiran. Warga HCTM juga diperkasa melalui keterlibatan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan. HCTM terus mengungguli aktiviti jangkauan masyarakat melalui penganjuran 58 program sepanjang 2023 melalui Program KPT Prihatin Madani HCTM dan berjaya dilaksanakan di pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia. Percalonan 4.0 PEMERKASAAN WARGA HCTM Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Program ini berjaya menyerlahkan pelbagai ‘mutiara kepakaran’ yang ada di HCTM dan program ini juga berhasil sebagai aktiviti yang berupaya memasyarakatkan kepakaran klinikal HCTM dengan penerima manfaat lebih kurang 5200 peserta kalangan golongan B40, warga emas dan rentan bandar. Kemuncak kepada program jangkauan masyarakat adalah penganjuran Karnival Madani: Sihat dan Prihatin Sempena Penutup Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 11 Julai 2023. Lampiran 11: Laporan Latihan HCTM 2023 11
Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Sebagai tanda penghargaan kepada Warga HCTM yang menjayakan MSQH, satu Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi & Apresiasi sempena Akreditasi penuh MSQH HCTM telah diadakan pada 15 Disember 2023 bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar HCTM. Majlis ini diadakan dengan tujuan berkongsi detik istimewa dengan seluruh warga HCTM yang memberi komitmen terbaik sehingga berjaya memperoleh akreditasi penuh MSQH. 12
Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Sebagai salah satu Teras dalam Pelan Strategik HCTM, penekanan terhadap persekitaran yang kondusif amat jelas melalui strategi berikut: Percalonan 5.0 PERSEKITARAAN HCTM YANG KONDUSIF Lampiran 12: Persekitaran HCTM Yang Kondusif 5.1 5.2 5.3 Strategi 1: Penyediaan Prasarana Yang Berkualiti Strategi 2: Peningkatan Kecekapan Tenaga dan Penjimatan Strategi 3: Peningkatan Aspek Keselamatan Sesuai dengan penglibatan Malaysia dalam pembangunan SDG di peringkat antarabangsa bermula pada akhir 2014, HCTM juga komited menyokong usaha UKM yang semakin giat dilaksanakan. HCTM telah melaksanakan beberapa inisiatif. Antaranya menjemput pakar untuk menyampaikan ceramah kesedaran kepada Warga HCTM 13
Melalui Jawatankuasa Bajet HCTM, perancangan penggunaan kewangan dikawal selia secara rapi oleh Pengurusan HCTM. Selain daripada peruntukan Belanja Mengurus melalui Geran Kerajaan, HCTM mampu menjana kewangan bagi menampung keperluan terutama bagi pembelian peralatan perubatan yang sukar diperoleh peruntukannya daripada pihak Agensi Pusat. Antara inisiatif penjanaan yang dilaksanakan di HCTM adalah berdasarkan Teras 2, Pelan Strategik HCTM melalui Strategi berikut: Percalonan 6.0 HCTM MAPAN KEWANGAN Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan a b c d e f g Inisiatif penjanaan yang bersesuaian dengan fungsi dan sifat PTj (contoh: yuran pengajian, caj perkhidmatan / produk / program, sewaan) Jumlah penjanaan terkumpul dan peratus penjanaan Jumlah penjimatan terkumpul sepanjang tahun penilaian Usaha penjimatan sumber dan tenaga (contoh: pengurangan penggunaan elektrik, amalan kitar semula dan guna semula kertas) Pengurangan kos penganjuran acara (contoh: pelaksanaan dalam talian, pemilihan lokasi) Penggunaan bajet yang berhemah dan berlandaskan keperluan Pemanfaatan kemudahan percuma / peralatan sedia ada / teknologi (contoh: dokumentasi dalam talian, borang salinan lembut, e-sijil, promosi secara maya) STRATEGI 1 Meningkatkan Penjanaan Sumber Dalaman 2 3 Meningkatkan Dana Endowmen - Tabung Kebajikan Pesakit Penjimatan Kos STRATEGI STRATEGI 14
Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan Di peringkat Kebangsaan, keterlibatan HCTM dalam Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam Malaysia (KHUAM) amat aktif terutama dalam usaha penyediaan dasar Negara berkaitan peningkatan pakar melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengarah HCTM telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasn Caj Hospital Pengajar KPT. Susulan beberapa Bengkel yang diadakan, Jawatankuasa ini telah menghasilkan Buku Polisi Caj Hospital Pengajar Universiti Awam. Dalam usaha pengantarabangsaan, keterlibatan HCTM menjadi penganjur bersama dalam Kursus Healthcare Leadership Management Programme Leadership Programme bersama SingHealth, Singapura menyerlahkan lagi kedudukan HCTM kalangan Hospital Pengajar Universiti Awam lain. Kursus yang diadakan pada 7 hingga 10 Disember 2023 merupakan kemuncak program bersiri sejak 2020. Percalonan 7.0 HCTM MENGUNGGULI Jaringan strategik berimpak tinggi 15
Percalonan Anugerah Bitara Utama UKM Dokumen Percalonan 8.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya HCTM berjaya mengekalkan kecemerlangan terutama dalam memastikan fungsi utama sebagai Hospital Pengajar dapat diserlahkan. Kejayaan yang dicapai adalah atas kerjasama semua pihak bermula daripada Pengurusan Tertinggi hingga kepada kakitangan pelaksana melalui sinergi strategik yang dirancang begitu rapi melalui Pelan Strategik HCTM 2021- 2025. Namun tidak dinafikan, sokongan padu pihak Kementerian Pendidikan Tinggi dan Pengurusan Tertinggi UKM juga amat bermakna dalam memacu kecemerlangan HCTM. HCTM bertekad terus mengorak langkah ke hadapan sesuai dengan visi dan misi yang telah ditetapkan di samping mengambil kira pandangan dan maklumbalas berterusan pihak berkepentingan terutama pelanggan HCTM yang sentiasa memberikan sokongan demi kecemerlangan HCTM. 16
Lampiran 1 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 SESI LATIHAN SECARA ATAS TALIAN Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Januari 2. Februari
3. Mac 4. April 5. Mei
6 Jun 7 Julai 8 Ogos
9 September - November JUMLAH = 59
Lampiran 2 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 AKTIVITI INOVASI HCTM Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. International Convention On Quality Control Circle (ICQCC) 2023
Lampiran 3 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan, HCTM
2. Patient Portsl 2. Kaunter Informasi di Lobi Utama HCTM
2. Ruang dan kemudahan selesa kepada pelanggan
Lampiran 4 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 MESRA WARGA HCTM Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Penyediaan makanan percuma
2. Program SUNATHON 3. Sambutan Hari Keluarga HCTM
4. Laluan bas
Lampiran 5 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 CARTA ORGANISAI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM)
Lampiran 6 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 PENCAPAIAN myPortfolio HCTM 2023 Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi
Lampiran 7 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 SIJIL-SIJIL YANG DIPEROLEH BERKAITAN AUDIT HCTM Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Sijil SIRIM
Sijil Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) Sijil Malaysia Productivity Corporation
1 Lampiran 8 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 PROGRAM HCTM 2023 BULAN AKTIVITI TARIKH TEMPAT JAN Perasmian Program Gotong Royong Perdana HCTM Sempena Persiapan Akreditasi MSQH 26 Januari 2023 Dewan Serbaguna, Blok Tambahan Bicara Naratif : Amanat Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2023 27 Januari 2023 Ruang Galeri, Blok Pendiidkan FEB Akreditasi MSQH HCTM - Lawatan Pasukan Surveyor 7 - 9 Februari 2023 Bilik Mesyuarat Lembaga, Blok Pendiidkan Program Sunathon Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 21 Februari 2023 Dewan Za'aba, KPT, Putrajaya MAC Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dengan Kerajaan Malaysia : Kerjasama Latihan Pengekodan International Classification Of Disease 11th Version (ICD-11) 1 Mac 2023 Sukmaria, Blok Klinikal Perasmian Program World Hearing Day 2023 Peringkat HCTM 3 Mac 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal Majlis Perasmian Sunathon MOF 9 Mac 2023 Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya
2 Program Lawatan & Sumbangan Muhibah Polis Cheras Kuala Lumpur Ke HCTM 16 Mac 2023 Ruang Galeri, Blok Pendiidkan APRIL Penyampaian Juadah oleh Pengarah HCTM Kepada Kakitangan Bertugas Sempena Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal 1444H/2023 22-Apr-23 Lobi Utama, Blok Klinikal MEI Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KKL 17 Mei 2023 Lobi Bangunan Praklinikal, FPER Majlis Penghargaan Chemische Fabrik Dr. Weigert GMBH and Co. Kg Jerman Kepada HCTM 24 Mei 2023 Sukmaria, Blok Klinikal Majlis Perasmian Hari Jururawat Sedunia Peringkat HCTM 25 Mei 2023 Auditorium, HCTM JUN Ceramah Perdana Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444H/2023 07-Jun-23 Ruang Galeri, Blok Pendiidkan Majlis Perasmian Bengkel Suicidal Crisis Negotiation 2023 08-Jun-23 Dewan Kuliah ASSC Program Ziarah Ramah JAWI dengan Kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persektuan PPZ 20-Jun-23 Sukmaria, Blok Klinikal JULAI Kira Detik ke Karnival Madani Sihat dan Prihatin "Pound With Hanis" 5 Julai 2023 Dewan Serbaguna, Blok Tambahan Majlis Perasmian Karnival Madani : Sihat dan Prihatin Sempena Penutup Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM 9 Julai 2023 Lobi, Blok Pendidikan Program Pemeriksaan Kesihatan Bagi Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2023 12 Julai 2023 Dewan Za'ba, Bangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Opening Ceremony Southest Asia Regional Psychodynamic Psychotherapy Workshop Department of Psychiatry Faculty of Medicine, UKM 13 Julai 2023 Zecon Hotel, HPKK Perasmian Sambutan World Embryologist Day 203 Peringkat Kebangsaan 25 Julai 2023 Galeri, Kompleks Pendidikan
3 Perubatan Canselor Tuanku Jaafar OGOS Syarahan Memorial Profesor Quazi M. Iqbal Ke-11 3 Ogos 2023 Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Blok Tambahan Pertandingan Sukan Rakyat Sempena Bulan Kemerdekaan 18 Ogos 2023 Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar Program Kekal Sihat HCTM 19 Ogos 2023 Dewan Sri Tanjung, Kota Tinggi Johor Majlis Perasmian Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Peringkat HCTM 21 Ogos 2023 Auditorium, HCTM Memori Chow Kit Road HCTM 24 Ogos 2023 Laluan Auditorium, HCTM Program Sunathon Parlimen Bandar Tun Razak 26 Ogos 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal SEPT Perasmian dan MoA Persidangan Antarabangsa " International Endoskopo Spine Update (IESU) 2023" 9 September, 2023 Connexion Convention & Event Centre (CCEC), Nexus Bangsar Perasmian Program Cardiology Professorial Lecture : Current Advances in Coronary Intervention and Surgery 13 September, 2023 Auditorium, HCTM Perasmian Persidangan Antarabangsa 23rd Malaysian Association For Thoracic & Cardiovascular Surgery (MATCVS) Bersama Unit Kardioterasik, Pusat Jantung dan ParuParu, HCTM 15 September, 2023 Putrajaya Marriot Hotel, IOI Resort The 12th Conjoint Ophtalmology Scientific Conference 2023 16 September, 2023 One World Hotel City Centre, Petaling Jaya Majlis Perhimpunan Kakitangan HCTM Bilangan 2/2023 18 September, 2023 Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar
4 Majlis Perasmian Program Bulan Kesedaran Vaskular 20 September, 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal Majlis Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia : Zumbathon 23 September, 2023 Kompleks Sukan Bandar Tun Razak Majlis Penyerahan Kerusi Roda Yayasan Mualaf Malaysia Kepada HCTM 26 September, 2023 Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar OKT Perasmian National Workshop MS ISO 15189:2022 4 Oktober 2023 Auditorium, HCTM Perasmian Hari Ekzema Atopik Sedunia 2023 Peringkat HCTM 4 Oktober 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal Perasmian Hari Sukan Taska HCTM 7 Oktober 2023 Depan Lobi Blok Praklinikal Hari Bersama Media 10 Oktober 2023 Dewan Kuliah, ASSC Perasmian Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat HCTM 11 Oktober 2023 Perkarangan Engine Bay, Balai Bomba dan Penyelamat HCTM Majlis Perasmian Minggu Osteoporosis & Osteoarthritis 2023 20 Oktober 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal Perasmian Program Simposium Fertility Preservation : The Core Spectrum Anjuran Pusat Reproduktif Termaju (ARC) HCTM dengan kerjasama Malaysian Society For Fertility Preservation (MSFP) 21 Oktober 2023 Dewan Kuliah ASSC Perasmian Program Komuniti & Khidmat Masyarakat Kempen Kesedaran CPR2023 28 Oktober 2023 Bilik Konvensyen Kolej Keris Mas UKM Majlis Perasmian Peralatan Perubatam RMK12 HCTM 30 Oktober 2023 Auditorium, HCTM
5 NOV Graduasi 4 Tahun Taska HCTM 2023 16-Nov-23 Auditorium ASSC Perasmian World Stroke Day 21-Nov-23 Auditorium, HCTM Majlis Perasmian hari Radiografi Sedunia Peringkat HCTM 2023 dan Pelancaran Sistem PACS 29-Nov-23 Lobi Utama, Blok Klinikal DIS Majlis Pelancaran "Abbot Automation System" 7 Disember 2023 Auditorium, HCTM Majlis Perasmian Program Hari Kesedaran Limfoma 15 Disember 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi dan Apresiasi Sempena Akreditasi Penuh Malaysian Society Quality in Health HCTM 2023 15 Disember 2023 Auditorium, HCTM Program SUNATHON HCTM 2023 16 Disember 2023 Lobi Utama, Blok Klinikal Hari Keluarga HCTM 20 Disember 2023 Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar
Lampiran 9 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 HASIL KREATIVITI WARGA HCTM Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Majlis Penyampaian Sijil Akreditasi MSQH 2. Program 5S
Lampiran 10 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 SIJIL AKREDIATSI MALAYSIA SOCIETY FOR QUALITY IN HEALTH (MSQH) Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Sijil Akreditasi MSQH
Lampiran 11 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 LAPORAN LATIHAN HCTM Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian 1. Pencapaian dan Perincian data 42 Jam 2. Status Pelaksanaan Kursus dan Status Peruntukan Latihan
3 Jumlah Permohonan Menghadiri Kursus Luar dan Pecahan Kursus Usaha Sama` 4 Permohonan Sangkutan dan Pihak Luar Laporan Pos Basik
5 Laporan Cuti Belajar dan Data Cuti Belajar (Aktif) 6 Laporan Cuai/Gagal Cuti Belajar
Lampiran 12 PENCALONAN ANUGERAH BITARA UTAMA HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM) 2023 PERSEKITARAN KONDUSIF Bil. Pelaksanaan/Inisiatif Yang Diambil Pembuktian Penyediaan Prasarana Yang Berkualiti 1. Menaiktaraf Sistem Pepasang Elektrik Di HCTM 2. Kerja Penggantian Siling Gantung di Laluan Utama Koridor, Klinik dan Wad Blok Klinikal, HCTM 3. Kerja penggantian Kabinet Kayu dan Kaunter di Wad-Wad Surgeri dan WadWad Perubatan Tingkat 5 dan Tingkat 6 Blok Klinikal, HCTM 4. Kerja Pengubahsuaian Ruang Tinggalan Klinik Maksilofasial sediada di Tingkat 1 Blok Klinikal kepada Klinik Virtual/Virtual Clinic HCTM 5. Kerja-Kerja Membekal dan memasang Tandanama (Pylon) di Bulatan Organon, HCTM
6. Kerja-Kerja Penggantian Sistem PABX daripada ISDN kepada IPBX di HCTM 7. Kerja-Kerja Penggantian Transformer di Pencawang Elektrik 4 di Blok Klinikal HCTM 8. Kerja-Kerja Penggantian Vacuum Insulated Evaporator (VIE) Tank dan Sistem Perpaipan sediada di Loji Gas Perubatan, HCTM 9. Kerja-Kerja Ubahsuai Unit Audit Dalam dan Unit Keselamatan Kesihatan Dan Pekerjaan, HCTM 10. Kerja-Kerja Menaiktaraf Prasarana UnitUnit Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, HCTM Peningkatan Kecekapan Tenaga dan Penjimatan 11. Melaksanakan Green Initiatives dan Projek Berkonsepkan Bangunan Pintar bagi Pembangunan / Naik Taraf / Peralatan yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Pengurusan Kampus Kuala Lumpur dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz a) Sistem Penyamanan & Pengalihan Udara Untuk UKM - Menaiktaraf Sistem Mekanikal di HCTM b) Kerja Penggantian Sistem Hawa dingin jenis FCU & Split Unit di pelbagai lokasi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kampus KL
Peningkatan Aspek keselamatan 12. Penggantian Isolated Power Supply di NICU & ICU 13. Pembaharuan Perakuan Bomba (FC) 14. Penjadualan Laluan Kutip, Kumpul & Hantar Sisa Klinikal Bukaan Pintu Tandas Pesakit 15. Pemasangan Auto Release Door (during powersurge) 16. Kerja-Kerja Menaiktaraf dan Menurap Semula Jalan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Kampus KL Kerja-Kerja Menaiktaraf dan Menurap Semula Jalan 17. Penambahbaikan parameter Sistem Pembumian di Pencawang Elektrik HCTM