The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirsalbiyah, 2024-01-15 08:06:54

Dasar Pendidikan Digital

MJKPPKG

Keywords: MJKPPKG

KPM


Transformasi pendidikan yang berfokuskan pembangunan bakat dan modal insan dalam ekonomi digital dapat mengoptimumkan potensi murid untuk menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap berkaitan teknologi dan literasi digital yang sesuai untuk melahirkan murid yang adaptif dan berdaya saing dalam mendepani keperluan dan cabaran kehidupan masa hadapan. Transisi daripada sebuah ekonomi berasaskan produk kepada ekonomi berasaskan pengetahuan telah mendorong negara memulakan langkah ke era digitalisasi, melalui Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam Rancangan Malaysia Ke-7 mulai tahun 1996. Salah satu daripada tujuh aplikasi perdana yang diperkenalkan ialah Sekolah Bestari, yang bertujuan untuk merekayasa institusi pendidikan secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan dan pentadbiran (PdT) bagi menyediakan murid yang berupaya menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KPM untuk membudayakan ICT dan merapatkan jurang digital, antaranya melaksanakan Projek Makmal Komputer mulai tahun 1999 melalui kelengkapan peralatan komputer berserta kemudahan LAN dan Internet di makmal komputer sekolah, melaksanakan pelbagai kursus berkaitan ICT untuk semua pendidik dan bakal pendidik, sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-8 (2001 – 2005), bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari yang menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. LATAR BELAKANG


Sejajar dengan pelaksanaan projek Sekolah Bestari, penyediaan capaian Internet jalur lebar melalui projek SchoolNet dilaksanakan di semua sekolah dan bagi memudahkan murid mencari maklumat melalui konsep pembelajaran kendiri, projek Pusat Akses Sekolah diperkenalkan pada tahun 2006. Selain itu, KPM juga menyediakan sumber pendidikan berteraskan ICT melalui rancangan TV Pendidikan, yang kemudiannya disalurkan secara digital melalui EduWebTV dan perisian bahan courseware yang digunakan bagi menyokong PdP yang berkualiti.. Perancangan KPM untuk memperkasa pendidikan digital telah dinyatakan secara eksplisit dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013 – 2025) terutamanya di bawah Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia. Antaranya, pelaksanaan projek 1BestariNet, iaitu perkhidmatan capaian Internet ke sekolah yang merupakan penambahbaikan terhadap projek SchoolNet. 1BestariNet turut menyediakan penyelesaian endto-end dengan menyediakan platform persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment – VLE) bagi meningkatkan penggunaan ICT oleh guru dan murid pada bila-bila masa di mana sahaja sama ada semasa waktu persekolahan dan di luar waktu persekolahan. Pada tahun 2020, World Economic Forum telah menyatakan bahawa transformasi teknologi yang dibawa oleh Revolusi Industri Ke-4 melalui tiga domain teknologi pintar, iaitu fizikal, digital dan biologikal, telah mencapai tahap kematangan. Justeru, pembangunan bakat dan modal insan dalam ekonomi digital, khususnya, untuk memupuk budaya inovasi yang berterusan dan melengkapkan generasi masa hadapan dengan kemahiran teknologi yang sesuai, perlu diperkasakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa kerana teknologi disruptif menguasai perubahan dunia. LATAR BELAKANG


Apabila dunia menghadapi penularan pandemik COVID-19 bermula pada November 2019, kerajaan telah memutuskan untuk mempercepat proses pendigitalan masyarakat sebagai langkah adaptasi kepada normal baharu pasca COVID-19. Proses pendigitalan ini membabitkan aspek ependidikan, e-kerajaan, dan e-dagang. Bagi memastikan proses pendigitalan dilaksanakan dengan teratur, infrastruktur yang lengkap perlu disediakan, selain galakan melalui sistem pendidikan dan perniagaan bagi masyarakat. Oleh itu, dasar, perancangan dan pelaksanaan bagi memperkasakan pendidikan digital yang menyeluruh amat penting untuk mendepani normal baharu. Cabaran pandemik COVID-19 telah mentransformasi pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) apabila sekolah terpaksa ditutup namun PdP di Rumah (PdPR) perlu dilaksanakan secara selamat. KPM berusaha untuk menyediakan akses pembelajaran kepada semua murid melalui kaedah pembelajaran dalam talian (online) dan pembelajaran luar talian (offline) mengikut kesesuaian guru dan murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Justeru, Dasar Pendidikan Digital yang menyeluruh dan bersepadu melalui transformasi pendidikan yang mengupayakan penggunaan teknologi digital secara kreatif dan inovatif perlu digubal untuk memastikan generasi masa hadapannegara berupaya untuk mendepani gelombang digital dan cabaran pasca pandemik COVID-19 agar mereka mampu berdaya saing dalam ekonomi digital. LATAR BELAKANG


05 Revolusi Industri ke-4 Transformasi industri secara disruptif melalui perubahan teknologi yang pesat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) Transformasisistem pendidikan secara berkesan bagi menjayakan agenda negara Keperluan Dasar Pendidikan Digital Sustainable Development Goals (SDG) 2030 Domain 4 - Pendidikan berkualiti dan inklusif kepada semua dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat ASASPERTIMBANGAN


Usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar. 06 Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Pemantapan pencapaian ekonomi agar negara menjadi sebuah negara maju yang berharmoni dan bersatu padu Keperluan Dasar Pendidikan Digital Rangka Tindakan Ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 Digital Malaysia Hala tuju untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital serta merapatkan jurang digital RANCANGAN MALAYSIA KE-12 ASASPERTIMBANGAN


07 Keperluan Dasar Pendidikan Digital Menyokong Keperluan Kurikulum Penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 untuk membolehkan murid berdaya saing Pendidikan Pasca COVID-19 Transformasi pendigitalan dan ekosistem pendidikan digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) Kesinambungan Inisiatif Pembestarian Sekolah Hala tuju baharu bagi memastikan penambahbaikan inisiatif Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah (Making All Schools Smart) selaras dengan perkembangan terkini ASASPERTIMBANGAN


08 DEFINISI PENDIDIKAN DIGITAL Pendidikan Digital ialah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital secara bersepadu dan inovatif untuk melahirkan murid fasih digital


Komitmen kerajaan untuk mentransformasi ekosistem pendidikan negara ke arah yang lebih berkualiti dan inklusif melalui penggunaan teknologi digital secara kreatif dan inovatif. Dasar ini berhasrat untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai murid, guru dan pemimpin pendidikan; penyediaan infostruktur dan infrastruktur yang berkualiti; serta penyertaan aktif rakan strategik; secara bersepadu dan menyeluruh. (Align dgn kerangka DPD) Dasar ini menggariskan strategi dan inisiatif yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 2021 hingga 2030. 0099 PERNYATAAN DASAR PENDIDIKAN DIGITAL


MURID FASIH DIGITAL KERANGKA Ekosistem Digital Komponen Teras Strategik Kemahiran Murid Fasih Digital PENDIDIKAN DIGITAL KPM 10


MURID FASIH DIGITAL IALAH MURID YANG BERUPAYA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DIGITAL SECARA KREATIF DAN INOVATIF UNTUK: Mencipta dan menghasilkan inovasi Menganalisis data secara saintifik Menyelesaikan masalah Meningkatkan keberkesanan komunikasi & kolaborasi Menggunakan teknologi secara selamat, bertanggungjawab dan beretika Murid FasihDigital 11


MODAL SOSIAL • Murid • Guru • PemimpinSekolah • Ibu bapa • Komuniti • Pihak Berkepentingan • Kandungan • Peranti • Capaian • Aplikasi • Pelantar • Perkhidmatan INFO & INFRASTRUKTUR • HubPembelajaran Digital • CentreofExcellence/ Pusat Kecemerlangan (JPN PPD) • PusatSumberPendidikan Interaksi sosio-teknologi yang saling berhubunguntukmembangunkan muridfasih digital KESEPADUAN 12 EKOSISTEM PENDIDIKAN DIGITAL


013 MATLAMAT Melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing OBJEKTIF 1. Membangunkan murid fasih digital untuk memenuhi keperluan era digital 2. Mengupayakan pendidik untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan 3. Memperkukuh infostruktur, infrastruktur dan kandungan pendidikan digital TERAS STRATEGIK T1 MURID BERKEMAHIRAN DIGITAL T2 PENDIDIKYANG KOMPETEN DIGITAL T3 BUDAYA KEPIMPINAN DIGITALYANG BERWAWASAN T4 INFO & INFRASTRUKTUR YANG MENGUPAYAKAN T5 KANDUNGAN DIGITALYANG BERKUALITI T6 RAKAN STRATEGIK YANG KOMITED 19 STRATEGI 51 INISIATIF PENDIDIKAN DIGITAL PENDIDIKAN DIGITAL KPM


TERIMA KASIH 15


Click to View FlipBook Version