iii
Kandungan
Pendahuluan Yasin dan al-Ma’thurat v
Fadilat Membaca Surah Yasin vii
Kaifiat Membaca Surah Yasin viii
Surah Yasin & Terjemahan 1
Doa Selepas Membaca Surah Yasin 20
Kelebihan Membaca al-Ma’thurat 28
Surah al-Fatihah 31
Surah al-Baqarah 33
Surah Taha 42
Surah at-Taubah 44
Surah al-Isra’ 45
Surah al-Mu’minun 46
Surah ar-Rum 48
Surah Ghafir 52
Surah al-Hasyr 53
Surah az-Zalzalah 55
Surah al-Kafirun 57
Surah an-Nasr 58
Surah al-Ikhlas 59
Surah al-Falaq 60
Surah an-Nas 61
Doa Pujian Kepada Allah 62 Doa Teguh Pendirian Dalam Islam 62 Doa Mensyukuri Nikmat 63 Pengakuan Segala Nikmat Dari Allah 64 Doa Pujian Bagi Allah 64 Ikrar 65 Bertasbih Kepada Allah 65 Meninggikan Asma’ Allah 66 Doa Terhindar Daripada Syirik 66 Berlindung Daripada Kejahatan Makhluk 67 Doa Terhindar Daripada Belenggu Hutang 67 Doa Dilimpahkan Kesihatan 68 Doa Terhindar Daripada Kemiskinan 69 Doa Memohon Keampunan 69 Istighfar - Mohon Keampunan 70 Selawat Ibrahimiyyah 71 Segala Pujian Bagi Allah 72 Keesaan Allah 72 Pujian Dan Mohon Taubat 73 Selawat Atas Nabi 73 Doa Selepas Wirid al-Ma’thurat 75 Pengakuan Kepada Kekuasaan Allah 77 Doa Rabitah 78
iv
v
Pendahuluan Yasin & al-Ma'thurat
Surah Yasin adalah surah yang diturunkan di Mekah dan mengandungi 83 ayat. Surah ini dinamakan Surah Yasin kerana Allah memulakan surah ini dengan dua huruf tersebut dan hanya Allah jua yang mengetahui maksudnya. Allah menegaskan kebenaran al-Quran dan Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya. Surah ini juga menggambarkan keadaan orang yang degil dalam kekufuran mereka dan sifat tamak serta gila mereka kepada harta benda dan pangkat kebesaran. Surah ini diakhiri dengan menerangkan keadaan kekuasaan Allah. Apabila Allah menghendaki sesuatu, Dia hanya berfirman kepada hakikat sesuatu itu. "Jadilah kamu," maka ia terus wujud. Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki dan menguasai setiap sesuatu dan kepada-Nya dikembalikan sekalian makhluk.
Al-Ma’thurat merupakan himpunan zikir dan wirid yang bersumberkan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah . Zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya, kemudian kepada tabi‘in, tabi‘ al- tabi‘in dan salafussoleh. Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah dan diajarkan kepada para sahabat semasa hayat Baginda ini dinamakan al-Azkar wa al-Aurad al- Ma’thurat.
Firman Allah : 31
Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad), 'Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”
Rasulullah turut menegaskan menerusi hadis lain yang diriwayatkan daripada al-‘Irbad bin Sariyah :
ََََََْْ ُُْْ ََُُّّ ََََُُّّ ََََُُْْ ََّّ ََ ََْْْْ ّّ ََ فعليكم بسنتِِى وسن ِِة الخلفآ ِِء الرا ِِش ِِدين المه ِِِِِِِِِِديين
ََُُّّّّ ََََََِِْْْْ ََََّّ ََََّّ ََََََُُُُْْْْ ُُُُِِِِِِِِْْ عضواعليهابِِالنوا ِِج ِِذ،وياكمومحدثا ِِتالْألْأمور،
ََ ََّّ ََُُّّ ْْ ََ ََ ََ ٌٌََ ِِ ِِ فإنكل بدعة ضلَالَالة
Ertinya: “Hendaklah kamu mengikuti sunahku dan Khulafa’ ar-Rasyidin yang telah mendapat petunjuk. Gigitlah sunah itu dengan gerahammu (peganglah sunah itu dengan sekuat-kuatnya). Jauhkanlah dirimu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam agama. Sesungguhnya, melakukan sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam agama itu adalah satu perbuatan yang sesat."
(at-Tirmizi berkata: Hadis hasan sahih.)
(Surah Ali ‘Imran: 31)
ٍٍ
ِِ ِِ
vi
Fadilat Membaca Surah Yasin “Diriwayatkan daripada Jundub , beliau berkata,
:صلى الله عليه وسلم Rasulullah
ََََْ ََْ َََْْ َّ ََُُ
من قرأ يس فِى ليل ٍة ابتِغاء وجهِ اللَّهِ غ ِفر له
“Sesiapa membaca (surah) Yasin pada suatu malam dalam keadaan mengharapkan keredaan Allah, nescaya diampunkan baginya.”
Dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahihnya 6/312/2574. Status hadis: Sahih.
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas , beliau berkata:
َ ْ َ َ َ َ ُ ْ ُ ُ ْ َ ُ ْ َ َ ْ َ َّ ُ ْ َ َ َ ْ من قرأ يس ِحين يصبِح أع ِطى يسر يو ِمهِ حتى يم ِسى ومن
ََََ َََََََُُْْْْْ َََُّْ قرأها فِى صدرِ ليل ٍة أع ِطى يسر ليلتِهِ حتى يصبِح
“Sesiapa membaca surah Yasin ketika masuk waktu pagi, nescaya dia akan diberikan kemudahan pada harinya itu sehingga masuk waktu petang. Sesiapa membacanya pada awal sesuatu malam, nescaya dia akan diberikan kemudahan pada malamnya sehingga masuk waktu pagi.”
Dikeluarkan oleh Imam ad-Darimi no.3419 Status athar: Sanadnya hasan.
vii
d
Kaififiat Membaca Surah Yasin Perlulah berwuduk terlebih dahulu.
Baca dengan cermat dan tartil mengikut hukum-hukum tajwid.
Jika dibaca secara berjemaah, bacalah dengan serentak bersama-sama imam yang mengetuai bacaan.
Imam yang mengetuai bacaan perlulah berniat jika memohon sesuatu hajat kepada Allah .
Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak tiga kali. Membaca surah al-Fatihah.
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 11 kali.
Membaca surah Yasin.
Selesai membaca surah Yasin, bacalah:
Surah al-Insyirah Surah al-Qadr Surah al-Fil Surah al-Ikhlas Surah al-Falaq Surah an-Nas
(1 kali) (1 kali) (1 kali) (1 kali) (1 kali) (1 kali)
Membaca doa selepas membaca surah Yasin.
viii
1
SURAH YASIN (Yasin)
Surah ke - 36 Ayat - 83 Makkiyyah
Surah Yasin
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Yaa, Siin.[1] Demi al-Quran yang penuh dengan hikmah. [2] Sesungguhnya, kamu memang daripada rasul-rasul yang diutuskan.[3] Atas
jalan yang lurus.[4] Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.[5] Supaya kamu memberikan peringatan dan amaran kepada kaum
yang mana datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran. Oleh sebab itulah mereka lalai.[6] Sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka
2
kerana mereka tidak mahu beriman.[7] Bahawasanya Kami menjadikan kesombongan dan keengganan mereka untuk tunduk kepada kebenaran itu sebagai belenggu yang memberkas kedua- dua tangan mereka ke batang leher mereka. (Lebarnya belenggu itu) sehingga (menongkatkan)
dagu mereka mengakibatkan mereka terdongak.[8] Juga Kami menjadikan (sifat tamak dan gila mereka terhadap harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka
serta sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lantas, Kami menutup pandangan mereka. Dengan demikian, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar) [9] (Dengan sebab itu,) sama sahaja
kepada mereka sama ada kamu memberikan amaran atau tidak, mereka tetap tidak akan beriman.[10] Sesungguhnya, peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang kamu berikan buat
3
orang yang sedia menurut ajaran al-Quran serta takut (melanggar perintah Allah) ar-Rahman tatkala dirinya tidak dilihat orang mahupun semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu, sampaikanlah berita yang menggembirakan kepadanya dengan keampunan
serta ganjaran pahala yang mulia.[11] Sesungguhnya, Kami menghidupkan orang-orang yang mati, bahkan Kami mencatat segala yang telah dikerjakan oleh mereka
mahupun segala kesan daripada kata-kata dan perbuatan yang ditinggalkan oleh mereka. (Selain itu, ingatlah) tiap-tiap sesuatu yang Kami catatkan satu per satu dalam kitab yang jelas nyata. [12]
Juga ceritakanlah satu keadaan yang ajaib kepada mereka mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu), iaitu ketika mereka didatangi rasul-rasul (Kami).
[13] Sewaktu Kami mengutuskan dua orang rasul kepada mereka tetapi mereka mendustakannya; kemudian Kami menguatkan (kedatangan kedua-dua rasul itu) dengan rasul yang ketiga. Selanjutnya, rasul-rasul itu berkata,
4
“Sesungguhnya, kami ini diutuskan kepadamu.”[14] Kemudian, penduduk bandar itu menjawab, “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga,
dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama sebagaimana yang kamu dakwa). Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta.”[15] Rasul-rasul berkata,
“Tuhan kami mengetahui sesungguhnya kami ialah rasul-rasul yang diutus kepadamu.[16] Tugas kami hanyalah menyampaikan perintah-perintah-Nya dengan cara
yang jelas lagi nyata.”[17] Penduduk bandar itu berkata lagi, “Sesungguhnya, kami merasakan nahas dan malang disebabkan kamu. Sekiranya kamu tidak berhenti (daripada menjalankan tugas yang kamu katakan itu), kami pasti akan merejam kamu.
Juga sudah tentu kamu akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya daripada kami.”[18] Rasul-rasul itu menjawab, “Nahas dan malang kamu itu sebenarnya disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu sendiri. Patutkah apabila
5
kamu diberikan peringatan dan nasihat pengajaran (tetapi kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf,) bahkan kamulah golongan yang melampau.”[19] (Semasa rasul-rasul itu diancam,) datanglah dari hujung bandar itu
seorang lelaki sambil berlari lalu memberikan nasihat seraya berkata, “Wahai kaumku, ikutilah rasul-rasul itu!”[20] Ikutlah
orang yang tidak meminta sebarang balasan pun daripada kamu, walhal mereka ialah orang yang mendapat hidayah petunjuk.[21] (Apabila dia ditanya, “Sudahkah kamu menerima agama mereka?” Maka, jawabnya,) “Mengapa tidak aku menyembah
Tuhan yang menciptakanku dan kepada-Nyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?[22] Patutkah aku menyembah beberapa tuhan
selain daripada Allah? (sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan sesuatu bahaya terhadap diriku, nescaya mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat pun kepadaku.
6