7 TIPS Eksplorasi Makna &
Keindahan Balaghah
AL-QURAN
1) Memerhati………………… 2
2) Meneliti…………………… 3
3) Menjiwai…………………… 4
4) Memahami………………… 5
5) Mengecapi…………………. 6
6) Merenungi………………… 7
7) Menghayati………………. 8
Balaghah Al-Quran
Balaghah al-Quran ialah sudut keindahan ayat al-Quran yang
merujuk kepada kepuitisan, kecantikan, dan keindahan ayat al-Quran
dari sudut penyusunan ayat, pemilihan perkataan serta lenggok bahasa
yang digunakan yang memberi kesan bermakna dan sangat mendalam
pada jiwa. Kesemua elemen ilmu Balaghah ini terkandung dalam 3 sub
ilmu iaitu al-Bayan, al-Badi’ dan al-Maa’ni. Konsep keindahan Balaghah
al-Quran ini disusun oleh para sarjana Balaghah hasil ketekunan dan
penelitian mereka yang cukup mendalam untuk nak guide pembaca dan
penelaah al-Quran agar mereka mampu memahami, menyelami dan
mengecapi sudut keindahan dan kepuitisan ayat-ayat tersebut, lantas mampu
menghayatinya dengan amal tindakan
1 |P a g e
1-MEMERHATI
Memerhati kecantikan ayat dengan mata hati.
Caranya bagaimana? Tipsnya ialah dengan cara
mengenali elemen huruf, jenis perkataan serta susunan
ayat dan lenggok Bahasa puitis yang terdapat dalam
bahasa Arab terlebih dahulu. Kita juga boleh menggunakan
proses pemerhatian kaedah “mata lebah”, iaitu meyakini
bahawa setiap sudut ayat mempunyai sudut keindahan
tersendiri, kemudian barulah kita boleh mengenali cara
bagaimana al-Quran menginterpretasikan ayat tersebut
mengikut gaya dan makna yang cukup indah.
2 |Page
2-MENELITI
Meneliti sangat penting agar kita tidak tersilap
membuat penilaian terhadap maksud ayat al-Quran. Tipsnya
hampir sama dengan teknik memerhati, cuma perlu lebih
diperhalusi lagi makna yang ingin disampaikan dengan
cara mengenali elemen huruf, perkataan dan pembentukan
ayat tersebut. Selain meneliti konteks ayat, kita juga boleh
meneliti setiap kaedah penyusunan ayat dan pemilihan kosa
kata yang bertepatan dgn makna yang ingin disampaikan
dalam al-Quran, inshaAllah kita akan memahami konteks
ayat yang Allah ingin sampaikan dalam al-Quran.
3 |Page
3-MENJIWAI
Menjiwai makna dan lafaz sesebuah ayat
menyebabkan kita akan memahami mesej yang ingin Allah
sampaikan dalam al-Quran. Bagaimana cara untuk
menjiwai makna dan konteks yang ingin Allah sampaikan
dalam al-Quran agar benar-benar mampu menjadi penawar
jiwa dan penenang hati seseorang mukmin apabila mereka
membaca al-Quran. Tipsnya ialah dengan cara
membersihkan hati serta mengikhlaskan jiwa kita untuk
mencari kebenaran, merungkai kerumitan dan membina
kedamaian.
4 |Page
4-MEMAHAMI
Tips untuk memahami konteks sebenar penceritaan
yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran ialah
dengan cara memandang ayat tersebut dengan mata
lebah, selain mencari asbab nuzul dan kisah disebalik
ayat. kita juga mencari sudut keindahan dan plot cerita
di sebalik ayat menggunakan mata lebah,, kerana
menggunakan mata lebah, kita akan menemui
kebenaran dan keindahan sesebuah ayat dan mesej
yang Allah ingin sampaikan dalam al-Quran.
5 |Page
5-MENGECAPI
Makanan yang sedap dikecapi kelazatannya oleh
lidah, mengecapi keindahan seni setiap susunan ayat
al-Quran, menggunakan hati dan perasaan . Hati
mestilah hidup “sensor”nya, agar dapat merasai
keindahan dan ketenangan ayat tentang syurga, serta
merasai kepedihan dan azab apabila membaca ayat
tentang neraka. Jika “sense” hati mati, maka hati tidak
akan menikmati keindahan ayat syurga dan tidak
merasai pedihnya azab tatkala mendengar ayat
tentang azab neraka.
6 |Page
6-MERENUNG
Merenung amat penting untuk mengeksplorasi makna
dan keindahan ayat al-Quran. Tipsnya ialah dengan cara
merenung kisah inspirasi para anbiya’ serta sebab turun
ayat tersebut yang akan menghubungkan situasi kita
dengan konteks ayat. Merenung kisah para anbiya’ iaitu
kisah orang yang berjaya, amat penting untuk kita
mengambil inspirasi, mengkaji tindakan betul, lalu
“follow” jejak langkah insan yang berjaya, selain merenung
kisah manusia yang dilaknat oleh Allah dalam al-Quran
supaya tidak mudah tergelincir dengan kesilapan dan
kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
7 |Page
7-MENGHAYATI
Tis eksplorasi makna dan keindahan Balaghah al-Quran
ialah dengan cara menghayati. Menghayati ialah beramal
dan mengambil tindakan berdasarkan mesej yang diterima
dari kesan tadabbur dan memahami ayat al-Quran. Antara
cara menghayati ayat dan mesej yang Allah ingin
sampaikan ialah menterjemah setiap kejayaan para anbiya’
dalam bentuk tindakan dan amal perbuatan kita. Dengan
kata lain, tiruvasi jejak mereka sebagaimana jelas para
anbiya’ adalah qudwah hasanah buat orang yang beriman.
8 |Page