The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by md.amrie078, 2023-11-01 21:16:58

IS 02 Water Supply Distribution

IS 02 Water Supply Distribution

Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 1 of 21 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN) SESSION NOV 2020 – APRIL 2021 SEMESTER 2 CODE /COURSE TCB20082 BUILDING SERVICES SHEET NO IS 02 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 2 TOPIC UNIT 1.0 WATER SUPPLY SUB-TOPIC 1.4 Water Supply Distribution TOPIC LEARNING OUTCOME At the end of the lesson, student should be able to: 1. Explain water supply distribution in building.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 2 of 21 Pendahuluan Sistem agihan air mengandungi:- - Penghantaran - Rangkaian paip retikulasi dan agihan - Kolam imbangan dan perkhidmatan (balancing & service reservoirs) - Stesen pam penggalak (booster pumping stations) Objektif Objektif sistem agihan air ialah untuk mengagihkan air terawat dengan kuantiti dan tekanan yang mencukupi kepada pengguna Paip Penghantaran - Menyalur air terawat daripada loji rawatan atau stesyen pam ke kolam imbangan / perkhidmatan atau dari satu kolam takungan ke kolam takungan yang lain - Air dibekalkan kepada pengguna melalui tiga (3) cara iaitu:- 1. Graviti - digunakan apabila aras air permukaan lebih tinggi daripada aras loji rawatan. - menjimatkan kos tetapi timbul masalah apabila aras air rendah. - kedudukan muka sauk (intake) perlu diberi perhatian.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 3 of 21 2. Berpam - dipraktikkan apabila loji rawatan berada lebih tinggi daripada sumber air mentah. - digunakan untuk mengambil air bawah tanah dan dialirkan ke loji rawatan. - kelebihan: tekanan dan aliran dapat diubahsuai mengikut keperluan. - Kelemahannya: jika tiada bekalan tenaga akan mengakibatkan bekalan air terputus. 3. Graviti dan berpam - kombinasi antara kedua kaedah tersebut. - dipraktikkan apabila loji dirawat berada lebih tinggi dari sumber air mentah. - kerap digunakan keranan faktor keberkesanannya dan kos yang rendah.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 4 of 21 Paip Agihan - Paip yang mengagih air dari kolam perkhidmatan, loji rawatan atau stesen pam ke paip retikulasi - Pilihan jenis sistem agihan bergantung kepada:- i. keadaan muka bumi `topography’ ii. lokasi iii. luas kawasan agihan iv. aras dan keadaan tapak v. taburan dan kedudukan pengguna SISTEM AGIHAN Paip Induk Utama 1. paling penting 2. membawa air dari stesen pam air kepada paip induk yang lain 3. pengguna tidak dapat air terus kecuali dari: . paip sekunder . paip perkhidmatan Paip Induk Sekunder 1. 1. paip yang menyambungkan paip induk kepada paip perkhidmatan 2. paip perkhidmatan bekal air terus kepada pengguna Paip Induk Perkhidmatan 1. paip yang membekalkan air ke sesuatu kawasan 2. hanya memadai membawa air ke kawasan itu sahaja


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 5 of 21 - Perkara-perkara yang perlu diambilkira ketika perancangan tataatur sistem agihan:- 1. Kolam perkhidmatan sebaiknya berada dekat atau ditengah kawasan permintaan. Pemasangan rangkaian paip pendek dapat mengurangkan kos pembinaan dan kos operasi. 2. Sekiranya kolam perkhidmatan terletak jauh dari kawasan permintaan laluan paip berkembar (twin pipeline) hendaklah diadakan. 3. Paip retikulasi di pasang berbentuk `network system’. Elakkan hujung mati (dead ends). 4. Bagi kawasan berbukit dimana perbezaan aras melebihi 40 meter, kawasan perkhidmatan mengikut zon tekanan, perlu diadakan dengan menggunakan injab lega tekanan (pressure reducing valves) atau `break pressure tanks’. 5. Laluan paip dipasang dibahu jalan bagi tujuan kemudahan kerjakerja senggaraan. 6. Laluan pendalaman (cross country) rezab khas diperlukan (laluan dari Loji Rawatan Air ke kolam imbangan dan seterusnya ke kolam perkhidmatan). - Secara amnya terdapat empat jenis rangkaian atau susunatur paip agihan iaitu :- 1. Sistem Hujung Mati (dead end) 2. Sistem Grid 3. Sistem Bulatan atau Gelang 4. Sistem jejarian


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 6 of 21 1. Sistem Hujung Mati (dead end) Biasanya terdapt dibandar-bandar lama yang tidak dirancang sepenuhnya. Sesuai digunakan untuk bandar yang berkembang secara tidak teratur dan untuk skim perumahan. Sistem berkembang mengkut pembangunan bandar tersebut. Kerap digunakan untuk skim perumahan kerana kosnya rendah dan senang untuk pembangunan seterusnya Kebaikan i. sesuai untuk bandar-bandar berkembang secara tidak teratur. ii. kos yang rendah iii. mengurang penggunaan injap. iv. kadar alir tekanan ditentukan. Kelemahan i. Aliran sehala sahaja menyebabkan air tidak segar. ii. Terdapat hujung mati yang boleh mengumpulkan kelodak. iii. Perlu dicuci selalu. iv. Kerosakan pada mana-mana bahagian mengakibatkan putus bekalan pada bahagian lain. v. Sukar untuk meningkatkan tekanan.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 7 of 21 2. Sistem Grid Di dalam sistem ini, paip retikulasi dan pencawangnya dihubungkan di antara satu sama lain. Bandar-bandar terancang biasanya mempunyai rangkaian paip air mengikut sistem ini. Tidak semua paip retikulasi bersambung di antara satu sama lain Kebaikan i. Aliran dua hala menyebabkan air sentiasa segar. ii. Kerosakan kecil tidak mengganggu bekalan di tempat lain. iii. Tekanan mudah ditingkatkan. Kelemahan i. Paip lebih panjang diperlukan. ii. Lebih banyak injap diperlukan iii. Kos lebih mahal dari sistem hujung mati.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 8 of 21 3. Sistem Bulatan atau Gelang Agak bersamaan seperti sistem grid. Perbezaanya: o ia mempunyai satu gegelang sama ada berbentuk bulat atau segiempat yang disediakan disekitar kawasan yang memerlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan. Sesuai digunakan bagi bandar yang mempunyai sistem jalanraya yang teratur dan lurus dan kawasan yang kepadatan penduduk yang tinggi supaya kawasan tersebut mempunyai lebih tekanan air. Kebaikan i. Sesuai untuk bandar yang mempunyai jalan yang teratur. ii. Sesuai untuk bandar yang padat dengan penduduk. iii. Tekanan dalam paip tinggi iv. Lain-lain sama seperti sistem grid. Keburukan Sama seperti sistem grid


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 9 of 21 4. Sistem jejarian Sesuai digunakan untuk bandar atau skim perumahan yang susnatur jalan rayanya berjejarian. Kebaikan i. Sesuai untuk bandar atau kawasan yang disusun secara jejari. ii. Lain-lain sama seperi sistem grid dan bulatan Keburukan Sama seperti sistem grid dan gelang - Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis bahan paip: i. tekanan kerja termasuk tekanan ujian termasuk tekanan pusuan (surge pressure) ii. kekuatan paip untuk menerima bebanan dalaman dan luaran. iii. ketahanlasakan paip. iv. kesesuaian dan kebolehkerjaan dalam kehendak-kehendak penanaman dan pengoperasian paip. v. kos modal operasi dan penyenggaraan. vi. tahap kemungkinan kebocoran.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 10 of 21 Paip Retikulasi - Paip yang mengagihkan air terawat di dalam kawasan permintaan (demand areas) - Sistem retikulasi yang baik perlulah: i. kedap air ii. tekanan air yang mencukupi iii. jumlah air yang mencukupi iv. penyenggaraan yang mudah dan menjimatkan v. tekanan dan jumlah air yang mencukupi bagi kebakaran. vi. sekiranya paip rosak – bekalan air tidak terjejas vii. penyenggaraan dan kerja pembaikan tidak mengganggu pengaliran air. viii. paip bersesuaian dengan permintaan Jenis – Jenis Paip Serta Pemasangannya Kelas A – digunakan untuk gas /sebagai sesalur kabel-kabel Kelas B Kelas C digunakan untuk saluran paip air dan Kelas D saluran najis Bahan Perpaipan Untuk setiap kegunaan, berbagai jenis paip digunakan. Ini bergantung ciriciri teknikal dan keperluan semasa. Jenis-jenis paip yang biasa digunakan adalah seperti berikut:- (i) Paip A.C (Paip Asbestos Cement) (ii) Paip uPVC (Paip Unplasticised Polyvinyl Cloride) (iii) Paip D.I (Paip Ductile Iron) (iv) Paip C. I (Cast Iron) (v) Paip M.S. (Paip Mild Steel) (vi) Paip HDPE (Paip High Density Polyethelene) (vi) Paip Poly Steel/ Stainless Steel Plastik Tembaga (copper) Besi bergalvani


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 11 of 21 1. Paip besi bergalvani (BG) Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink. Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20m dengan panjang 6m. Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm. Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan. Rajah 1 : Paip besi bergalvani (BG) 2. Paip polivinil klorida (PVC) Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm. Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m. Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan A Nipis Perang Paip Limpah B Sederhana Biru Paip Agihan C Tebal Merah Paip Perhubungan dan Paip Perkhidmatan


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 12 of 21 Rajah 2 : Paip polivinil klorida (PVC) 3. Paip Poli (HDPE) boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan. berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung. ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai. lebih mahal dan tidak boleh ditegakan. apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu. boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji. penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli. di dalam sleeve terdapat gelang getah. Rajah 3 : Penyambung Paip


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 13 of 21 Perbezaan Jenis Paip


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 14 of 21


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 15 of 21 BAHAN PEMASANGAN PAIP 1. Pita PTFE untuk sambungan paip yang berulir. dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 16 of 21 Rajah 5 : Cara Penggunaan pita PTFE 2. Glu Paip PVC (Simen Pelarut) bahan perekat cecair yang dijual dalam tin. disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan. Rajah 6 : Glu Paip PVC (Simen Pelarut)


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 17 of 21 JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP Alatan Tangan 1. Pita Pengukur • digunakan untuk mengukur 2. Gergaji Besi untuk memotong paip PVC dan paip besi bergalvani mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 18 of 21 3. Pemotong Paip Beroda memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat 4. Ragum Paip Yoke memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 19 of 21 4. Kikir bulat untuk membuang gerigis di dalam hujung paip selepas dipotong 5. Kikir rata membuang gerigis luar pada hujung paip 6. Pemotong Paip PVC/Poli untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya tambah tekanan perlahan-lahan


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 20 of 21 7. Perengkuh Paip mencengkam dan memutarkan batang paip. rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung yang tepinya rata 8. Sepana Boleh Laras melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung. rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 21 of 21 9. Playar Cengkam Seribu mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli REFERENCE 1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc. 2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN SPON. 3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd Eition. Longman.


Click to View FlipBook Version