The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by md.amrie078, 2023-11-01 21:17:40

IS 03 Cold & Hot Water Supply System

IS 03 Cold & Hot Water Supply System

Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 1 of 31 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN) SESSION NOV 2020 – APRIL 2021 SEMESTER 2 CODE /COURSE TCB20082 BUILDING SERVICES SHEET NO IS 03 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 3 TOPIC UNIT 1.0 WATER SUPPLY SUB-TOPIC 1.5 Cold Water Supply System 1.6 Hot Water Supply System TOPIC LEARNING OUTCOME At the end of the lesson, student should be able to: 1. Explain cold and hot water supply system in building 2. List cold and hot water supply piping material in building. 3. Identify and repair pipe and accessory fitting in building.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 2 of 31 SISTEM BEKALAN AIR SEJUK Jenis-Jenis Paip Pada Sistem Bekalan Air Di Rumah 1. Paip Perhubungan - menghubungkan paip utama dengan meter air - membenarkan air masuk ke tangki simpanan air dan ke bahagianbahagian dalam rumah - batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG) 2. Paip Perkhidmatan - menghubungkan air dari tangki simpanan air untuk disalurkan keluar dari tangki semasa kerja pembersihan - membenarkan air masuk ke dalam rumah - batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG) 3. Paip Agihan - membekalkan air dari tangki simpanan kepada kelengkapan perpaipan di dalam rumah - membenarkan air keluar dari tangki - batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG) atau PVC Sistem bekalan air di rumah Sistem bekalan terus Sistem bekalan tidak terus Air dibekalkan terus ke rumah melalui paip perkhidmatan Air dibekalkan ke rumah melalui tangki simpanan air


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 3 of 31 4. Paip Cuci - dipasang pada bahagian dasar tangki untuk menyalurkan air keluar dari tangki semasa kerja pembersihan - batang paip diperbuat daripada besi polivinalklorida (PVC) 5. Paip Limpah - dipasang tinggi sedikit daripada aras penuh air tangki untuk menyalurkan air limpahan jika berlaku kerosakan pada injap bebola, batang paip (PVC) Material Utama Dalam Sistem Paip Perkhidmatan Dan Paip Perhubungan a. 1. Tangki simpanan. - Bagi membolehkan air kepada pengguna sekurang – kurangnya 1 hari - Menyediakan bekalan air sewaktu ganguan bekalan . - Perkara yang perlu diberi perhatian: o bahan – bahan untuk tangki o Muatan ( yang boleh diisi ) o Kedudukan dalam bangunan o Keperluan bagi tangki kurang 4500 litter o Keperluan bagi tangki melebihi 4500 litter o Tangki simpanan pendua o Injap - Air dari paip hubung dibawa terus ke tangki simpanan air melalui paip bekal. - Hanya pili yang bekalkan air untuk minuman dan masak sahaja mendapat bekalan air terus dari paip induk (paip bekal). - Kunci paip perlu dipasang pada paip- paip bekal supaya bekalan air boleh dikawal.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 4 of 31 - Jenis dan saiz tangki: i. Tangki Besi Bergalvani a) muatan : 18 – 3364 l b) panjang : 457 – 2438 mm c) lebar : 305 – 1524 mm d) tinggi : 305 – 1219 mm ii. Tangki Asbestos a) muatan : 17 – 701 l b) panjang : 305 – 1194 mm c) lebar : 305 – 991 mm d) tinggi : 305 – 724 mm iii. Tangki Plastik / Fibre Glass a) muatan : 18 – 727 l b) panjang : 430 – 1055 mm c) lebar : 305 – 635 mm d) tinggi : 305 – 585 mm iv. Tangki Glass a) muatan : 18 – 727 l b) panjang : 254 – 610 mm c) lebar : 419 – 750 mm d) tinggi : 464 – 845 mm Faktor penting : 1. Kedudukan dalam ruang mestilah bersesuaian bagi memudahkan kerja-kerja penyelengaraan dan pembaikan dijalankan. 2. Ruang minima diatas tangki ialah 375 mm 3. Penutup tangki hendaklah tidak kedap udara 4. Menyediakan kemudahan pemeriksaan dan pembersihan 5. Rekabentuk struktur dan rasuk perlu sesuai bagi menanggung beban, luas, lebar dan muatan.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 5 of 31 Keperluan – keperluan bagi tangki kurang 4500 liter 1. Tangki simpanan perlu ada paip limpahan jika injab bebola rosak dll . 2. Ukuran paip limpah 1 kali lebih besar dari ukuran paip masuk , minima yang dibenarkan 20 mm – 50 mm keatas dipasang mengikut garisan air ( water line ) 3. Saluran masuk perlu 75 mm dari garisan air ( injab bebola tekanan tinggi ) 4. Bahagian bawah perlu dilengkapkan dengan paip buangan . 5. Pemasangan paip perkhidmatan ditepi tinggi dari lantai dan diagihkan ke seluroh bangunan ( rujuk kaedah pemasangan ) Keperluan tangki air melebihi 4500 liter. 1. Tangki perlu dilengkapi paip limpah 2. Paip amaran yang berasingan. 3. Lain-lain amaran juga dibenarkan. 4. Kedua-dua paip ini jika digabungkan diameter hendaklah melebihi 25 mm . 5. Paip masuk dipasang injap berbola atau cara lain bagi mengawal kemasukkan air seperti: a) Injap petunjuk ketinggian aras b) Pam pemutus automatik 6. Paip buang mesti mampu membuang air dalam masa 3 jam Tangki simpanan pendua - Disyorkan kapasiti simpanan sebanyak 4500 liter, terdiri dari 2 buah tangki yang disambungkan dan boleh diguna bergilir-gilir di antara keduanya


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 6 of 31 INJAP Injap merupakan alatan megawal atau memberi fungsi-fungsi tertentu dalam sistem agihan air. Ia peru diletakkan dalam kebuk yang tertutup dan bebas dari kotoran atau sampah sarap. Dengan ini, mudahlah penyenggaraan dibuat dan injap-injap itu boleh dipergunakan bila sesuatu keadaan memerlukannya. 1 Injap Sluis - Injap sluis mencuci berfungsi untuk memberhentikan pangaliran air. - Boleh didapati dalam saiz 1 1/2" hingga ke 48". - Besi tuang digunakan untuk membuat badan injap itu dan gunmetal untuk pintu yang berbentuk baji. - Injap sluis boleh didapati dengan hujungnya bebenang, berbibir, bersoket atau licin. - Injap hujung licin cuma boleh diperoleh hingga saiz 12". - Injap yang besar biasanya akan dibekalkan dengan hujung bebibir. 2 Injap Mencuci - Injap mencuci dipasang di kawasan di cawangan saluran paip untuk membolehkan kekotoran dari dalam saluran paip dialirkan keluar. - Untuk membuka atau menutup cawangan itu, injap sluis digunakan. - Injap -injap mencuci ditempatkan di bahagia terendah dalam sesuatu bahagian saluran paip dan juga hujung-hujung paip yang buntu.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 7 of 31 3 Injap Udara - Injap udara bertujuan untuk melepaskan udara dari paip semasa mengisi air ke dalam paip kosong dan melepasakan gelembunggelembung udara yang teperangkap dalam paip. - Ia juga bertujuan membolehkan udara masuk ke dalam paip bila paip dikosongkan untuk mengelakkan paip dari pecah sebab tiada persekitaran hampagas boleh wujud dalam paip. Injap udara selalunya ditempatkan di puncak sesuatu bahagian atau bila-bila kecerunan paip berubah dengan banyaknya secara tiba-tiba. - Terdapt dua jenis injap udara iaitu; injap udara tunggal dan injap udara kembar. 4 Injap Sekat Hala - Injap sekat hala dikenali dengan panggilan check valva atau nonreturn valva. - Air hanya boleh mengalir dalam satu hala sahaja. Jika air cuba menghala berbalik, injap ini akan tertutup dengan sendirinya dan menyekat pengaliran itu. Dengan demikian, injap ini luas digunakan dalam saluran paip berpam dan ditempatkan di antara pam dan injap sluis. - Oleh sebab hala aliran air tidak boleh berbalik, kerosakan pam disebabkan tolakan berbalik oleh air dapat dihindarkan. 5 Injap Bola Lampong - Injap ini digunakan untuk mengawal air masuk ke dalam tangki atau kolam dan ianya dipasang di bahagian atas hujung paip air masuk tangki. - Injap ini digerakkan oleh satu pelampong atau bola yang terampung di permukaan air. - Bila paras air turun, pelampung ini akan turun bersama dan injap ini akan terbuka. - Bila paras air dalam tangki meningkat ke paras penuh, pelapong ini naik dan menutup air masuk secara automatik.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 8 of 31 6 Injap Lega Tekanan - Biasanya injap ini dipasang di saluran paip selepas pam - bertujuan untuk melegakan atau meredakan tekanan dalam paip disebabkan oleh tindakan penukul air yang wujud bila alat mengepam terberhenti dengan tiba-tiba . - injap ini boleh melegakan tekanan air dari memuncak tinggi, saluran paip akan menjadi lebih selamat. 7 Pili bomba - Pili bomba biasanya dipasang di atas paip-paip utama supaya senang untuk menempatkannya. - Ini membolehkan pihak Jabatan Bomba membuat sambungan hos ke pili dan mendapatkan air untuk melmadam kebakaran. - Terdapat 2 pili bomba ; iaitu pili bomba bawah tanah dan pili bomba atas tanah. Pili bomba atas tanah lebih menyenangkan pihak bomba. Pemasangan Dan Kedudukan Meter (Communication Pipe) Mengikut panduan kaedah – kaedah bekalan air 1986 peraturan 303 . 1. Pengguna yang mempunyai meter berhak mendapat bekalan air 2. Pengguna bertanggong jawab ke atas keselamatan meternya 3. Kedudukan meter mesti bersesuaian dan ditentukan oleh pihak berkuasa air bagi memudahkan pembacaan . 4. Jabatan air berhak menukar , menentukan lokasi meter Kos ditanggong oleh pengguna . 5. Meter pukal dipasang bagi membolehkan bacaan penggunaan bagi sesebuah komplek bangunan tinggi yang melibatkan pengurusan yang sama atau tempat atau keadaan yang memerlukannya 6. Ia dapat digunakan untuk mengesan kebocoran dan kecurian air .


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 9 of 31 Tangki Sedutan. - Mempunyai saiz yang boleh menampung kapasiti air 1/3 daripada jumlah sehari atau masa mengepam selama sejam . - Bagi bekalan melebihi 10, 000 gelen sehari , pengeluaran masuk ke dalam tangki sedutan hendaklah dikawal oleh injap aliran sekatan Gambarajah Tangki Sedutan dan Rumah Pam Tangki Simpanan - Tangki simpanan perlu menampung kapasiti air simpanan 2/3 daripada jumlah keperluan air sehari. - Bekalan air minuman yang dibekalkan dari tangki air yang terletak diaras bumbung, ia perlu dipasang paip berasingan untuk kegunaan minuman dan membasuh. Pemasangan pam. - Bangunan rendah tidak dibenarkan ( menjejaskan tekanan air pada paip ) - Pada bangunan tinggi tekanan tidak cukup , pemasangan pam diperlukan - ( perlu kelulusan JBA ) - Jika tekanan itu cukup untuk sampai ke atas yang paling tinggi maka “by pass system“ diguna pakai . - Kesimpulan pemasangan perlu pada bangunan rendah/tinggi memerlukan kelulusan atau kebenaran JBA negeri.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 10 of 31 Kadar mengepam . Mengikut jumlah jam . Pangsapuri = masa mengepam sehari 16 jam . Pejabat = keperluan mengepam 8 jam sehari . Bagi bangunan, penggunaan air sepanjang hari masa mengepam 24 jam . Menyelenggara Pam 1. Perlu diselenggara oleh pengguna (kos ditanggong oleh pengguna) 2. Pengguna perlu mendapatkan firma / kontraktor penyelenggara yang diluluskan oleh JBA negeri, peraturan ini menetapkan : i. Kontraktor penyelenggara dapat dihubungi semasa kecemasan. ii. Mempunyai alat ganti / pekerja yang mencukupi bagi penyelenggaraan tersebut . iii. Pihak pengguna berhak menguji sampel air dari sistem berkenaan Perbezaan Reka Bentuk Sistem Bekalan Air Didalam Bangunan Rendah Dan Tinggi 1. Mengikut BS /CP 310 1965. 2. Mengikut undang-undang bekalan air dikuat kuasa PJBA 3. Undang-undang berbeza pada setiap negeri, perlu dibuat rujukan pada JBA negeri dan JKR negeri .


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 11 of 31 Perbezaan di antara sistem bekalan air sejuk pada bangunan tinggi dan rendah ialah: i. Keperluan memasang pam. ii. Pemasangan meter. iii. Kedudukan tangki simpanan dan tangki sedutan . iv. Bekalan minuman dan air bersih Sistem Bekalan Air Dalam Bangunan Dipraktis di Malaysia dalam dua sistem : i. Secara langsung ii. Secara tidak langsung Aplikasi keduanya bergantung pada kategori bangunan, perlu mengikut undang-undang Building By Law.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 12 of 31 1. Sistem Secara langsung. - Sistem sambungan dibuat secara terus kepada semua kelengkapan kebersihan iaitu secara terus-menerus. - Bekalan air yang diterima lebih bersih - Paip panjang diperlukan. - Tekanan kuat pada paip awam menyebabkan kerosakkan pada paip domestik - Bekalan air tergangu jika paip awam rosak - Tekanan rendah terjadi pada waktu permintaan tinggi / waktu puncak - Sistem lama, sebelum ada peraturan-peraturan bekalan air . 2. Sistem Secara Tidak Langsung - Semua peralatan kebersihan dibekalkan dengan air dari tangki simpanan dalam rumah . - Hanya pili air bersih untuk minuman sahaja dibekalkan secara terus daripada paip retukalasi. - Sistem ini akan menyebabkan keadaan berikut : i. penyelenggaraan pembersihan (berterusan) kerana air dalam tangki mungkin kotor . ii. tidak dipengaruhi oleh paip awam kerana ia ada tangki simpanan . iii. di pengaruhi aras ketinggian titik pengeluaran air pada tangki air . iv. saiz paip perlu digunakan saiz yang bersesuaian . v. mendapat tekanan air yang stabil . vi. memerlukan penyokong untuk perletakkan tangki simpanan dll .


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 13 of 31 Gambarajah Sistem Secara Tidak Langsung Bangunan rendah - Diklasifikasikan sebagai bangunan tidak melebihi 5 tingkat . - Kebiasaanya sistem ritikulasi untuk perumahan komersial, direka bentuk untuk membolehkan mempunyai tekanan air yang mencukupi bagi mengisi air didalam tangki air pada bangunan ditingkat lima . - Kapasiti air bagi tangki simpanan air utama merupakan jumlah kegunaan air sehari - Material umum: water main, meter chamber, water meter , water storage tank , G.I class B , UPVC class D , G.I class C .


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 14 of 31 Bangunan tinggi - Untuk bangunan lima tingkat keatas, dimana paip utama pada tekanan rendah pam akan digunakan. - Sistem pam perlu terdiri daripada tengki sedutan pam penggalak di kawasan rendah dan tangki simpanan diparas tertinggi . Pemasangan Meter - Pada bangunan tinggi hendaklah dipasang “ meter pukal “ dan pada bekalan rumah-rumah atau bangunan rendah perlu dipasang sub meter . Penyukatan Air (Metering) : Kegunaan : Sukat kuantiti air yang melalui paip Pemasangan : Diletakkan di sempadan bangunan, selepas kunci air Tekanan Air : 1-1.4 kg/cm² Spesifikasi Pemasangan : Membuat ‘chamber’ Meter (Malaysia) - batu berukuran 13.5 - 1.5 tebal (precast concrete) - bahagian luar di render dengan simen


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 15 of 31 8 comments: SISTEM BEKALAN AIR PANAS Pengenalan Penggunaan air panas sudah menjadi keperluan yang amat penting buat masa kini. Walaupun pada asalnya keperluan ini banyak digunakan oleh orang barat yang mempunyai cuaca yang sejuk tetapi kini sistem ini banyak digunakan oleh negara-negara lain yang mempunyai cuaca panas. Keperluan Dan Kepentingan Sistem Bekalan Air Panas Penggunaan air panas telah meluas digunakan oleh orang barat lama dahulu. Perkembangan ini dipengaruhi oleh cuaca ditempat mereka yang sentiasa sejuk. Jadi penggunaan sistem bekalan air panas ini diperluaskan lagi khususnya di kawasan beriklim tropika. Walaupun kawasan ini bercuaca panas, ada masanya air panas tetap diperlukan seperti di musim hujan monsun. Selain itu, sistem air panas merupakan satu keperluan di bangunanbangunan hotel, pejabat dan juga rumah kediaman pada masa kini. Manakala bagi konteks hospital pula, sistem air panas yang baik diperlukan bagi tujuan tertentu seperti pembersihan, penstrilan dan pembasmian kuman. Suhu air panas yang dibekalkan secara piawainya pada tahap 800C atau lebih tinggi mengikut permintaan dan keadaan semasa. Manakala suhu balikan semula ke penjana utama adalah antara 600C hingga 700C. Kebaikan: 1. Sesuai digunakan pada semua keadaan dan tempat 2. Penggunaanya tidak terhad kerana ia bergantung kepada keperluan dimana siznya yang berbeza-beza. 3. Selamat kerana ia dikawal oleh sistem kawalan. 4. Ia boleh disambungkan terus dengan bekalan air sejuk.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 16 of 31 Keburukan: 1. Kos terlalu mahal untuk menyediakan sistem ini. 2. Perlu mendapat kelulusan pihak majlis tempatan. 3. Suhu hendaklah sentiasa dikawal supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna. 4. Kos untuk menyenggara terlalu mahal. Bahan paip air panas - terdiri daripada tangki atau silinder air panas dan paip. - Bahan-bahan ini hendaklah dibina dari bahan yang diluluskan oleh Pengarah JBA, Negeri dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. - Tangki mestilah disangga dengan secukupnya dan dilindungi dari hakisan. - Injap bebola tidak dibenarkan dipasang di dalam tangki ini. - Setiap paip yang boleh digunakan sebagai paip air panas adalah terdiri daripada bahan-bahan yang diperbuat daripada keluli, kuprum, aloi, loyang dan lain-lain bahan yang tahan hakisan selain daripada plumbum - bagi memastikan agihan air panas dapat disalurkan dengan lancar. Paip air panas dari tangki simpanan air panas perlu mematuhi spesifikasi berikut: (seperti yang tercatat dalam Buku Panduan Kaedah-Kaedah Bekalan Air JKR : tanpa penebat) Diameter Paip ( mm ) Panjang Maksimum ( m ) Tidak melebihi 13mm 18 Melebihi 13mm 12 Melebihi 19mm 8 Melebihi 25mm 3 Jika panjang paip yang dibekalkan melebihi jumlah panjang yang telah ditetapkan, maka ia perlu ditebat dengan berkesan untuk mengelakkan kehilangan haba dan memenuhi kehendak Pengarah Negeri.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 17 of 31 Prinsip Peredaran Air Panas - Air boleh diedarkan dalam sistem samada dengan cara olakan tabii (sifonan haba) atau dengan menggunakan pam empar. - Sifonan haba dihasilkan oleh perbezaan suhu antara paip aliran dan paip balikan. - Air sejuk yang lebih tumpat dalam paip balikan memaksa air panas yang kurang tumpat dalam paip aliran melalui litar. - Edaran pam telah menggantikan edaran sifonan haba bagi keseluruhan kecuali pemasangan rumah yang kecil. - Edaran pam mempunyai kelebihan dalam mengurangkan waktu memanas dan juga paip yang lebih kecil boleh digunakan. Kaedah-Kaedah Proses Pemanasan Air Terdapat 4 cara bekalan air panas boleh didapati iaitu :- 1. Sistem air panas secara terus - Ada beberapa bahagian yang perlu diketahui iaitu :- i. Dandang (boiler) - Tempat pemanasan air secara bakar atau letrik. - Air dari sini akan mengalir ke kebuk air panas. ii. Kebuk (cylinder) - Tempat air panas disimpan dan dialirkan ke punca pengeluaran. - Dipasang seberapa rapat yang boleh dengan dandang dan perlu dibaluti dengan bahan penebat haba. - Tujuannya ialah untuk mengekalkan kepanasan air. iii. Tangki air sejuk - Tempat simpanan air sejuk di mana airnya dibekalkan ke kebuk dan hendaklah tinggi bagi seterusnya ke dandang. - Kedudukan tangki ini mendapatkan tekanan yang secukupnya supaya air dapat dialirkan ke semua bahagian.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 18 of 31 iv. Paip bekal sejuk - Paip ini menyalurkan air sejuk dari tangki simpanan air sejuk ke kebuk. - Saiznya hendaklah lebih besar dari paip penyaluran air panas. - Tujuannya bagi mengimbangkan dari berlaku geseran pada paip dan kebuk. v. Paip alir asas (primary flow pipe) - Paip yang menyalurkan air panas dari dandang ke kebuk. vi. Paip balik asas (primary return pipe) - Paip yang menyalurkan air sejuk dan juga air panas yang sudah sejuk dari kebuk masuk ke dalam dandang. vii. Paip air panas (paip agihan) - Paip yang menyalurkan air panas ke punca pengeluaran yang dikehendaki. - Ianya dipasang di atas kebuk terus kepada paip pengeluaran. viii. Paip udara (paip liang) - Paip yang berfungsi sebagai paip pengudaraan. - Pemasangan ialah dari paip air panas terus masuk ke tangki bekal. ix. Injab keledar - Injab yang dipasang dengan tujuan mengeluarkan haba kepanasan yang berlebihan bagi mengelakkan dari berlaku sebarang bahaya. - Untuk keselamatan, injab hendaklah dipasang pada paip alir keluar kerana air yang terlalu panas akan mendatangkan bahaya. x. Injap pengering - Injab yang dipasang bertujuan untuk mengeringkan kesemua bahagian semasa kerja-kerja mencuci dan memperbaiki dijalankan.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 19 of 31 - Dipasangkan pada bahagian paling rendah di dalam sistem pemasangan sama ada pada dandang atau pada paip balik asas atau pada kedua-duanya. Gambarajah Sistem Air Panas Secara Terus


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 20 of 31 2. Sistem air panas secara berhalang - Tujuannya adalah untuk menyeragamkan pembekalan air ke semua tempat pengeluaran air dengan kadar mencukupi. - Sistem ini boleh didapati pada rumah-rumah kediaman, bangunanbangunan tinggi dan sebagainya. - Pada rumah kediaman kadar minima kepanasannya ialah 60ºC (140 ºF) dan penggunaan bagi setiap 45 liter air (10 gal) - Sistem ini akan menjalani proses Perolakan ( convection) dan seterusnya diagihkan ke tempat-tempat pengeluaran seperti radasradas. - Air dari dandang berpusing serta memanaskan air pada kebuk tanpa bercampur dengan air tersebut. Sementara air pada kebuk dipanaskan dari haba pada paip dari dandang. Pemanasan Cara Perolakkan (Convection) o Haba dipindah dari satu tempat ke tempat lain oleh molekul yang membawa haba. o Pergerakan ini berlaku melalui bendalir seperti cecair dan gas. o Haba yang dipindahkan oleh arus perolakkan adalah panas. o Haba ini akan naik ke atas dan haba yang sejuk turun ke bawah. o Pada sistem ini, air panas akan berpusing apabila haba panas meresap masuk air sejuk. Air sejuk tadi menjadi panas dan ringan lalu naik ke atas. Air sejuk turun ke bawah serta naik semula.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 21 of 31 Gambarajah Sistem Air Panas Secara Berhalang 3. Sistem air panas secara segera (gas / letrik) i. Pemanas air menggunakan elektrik - Kos penggunaan jenis ini adalah mahal berbanding dengan menggunakan bahan lain oleh itu langkah-langkah perlu diambil kira supaya haba dapat dijimatkan iaitu :- bekas simpanan air panas mestilah ditebat dengan baik, dan tebal minimum 50mm – 75mm. air yang telah dipanas mestilah tidak beredar melaui rel tuala atau penyinar panjang tempat alir ambilan air panas, terutamanya ke sink mestilah minima.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 22 of 31 edaran paip tunggal dalam paip air panas, atau paip bolong, mestilah dihindari. almari pengudaraan mestilah tidak dipanaskan dengan membiarkan sebahagian bekas simpanan air panas tidak bertebat. larasuhu berkesan mengawal suhu air pada suhu maksima 600 c bagi air liat sementara suhu maksima 710 c bagi air lembut. suhu yang rendah bagi air liat semertara mengurangkan mendakan kapur dengan banyaknya. Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Elektrik


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 23 of 31 Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Elektrik


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 24 of 31 ii. Pemanas air menggunakan gas - Terdapat tiga (3) jenis pemanas air gas, iaitu pemanas ketika, simpanan dan berkeliling. - Air sejuk mengalir vebtori yang menghasilkan tekanan berbeza mengatasi gegendang dan injap gas akan terbuka. - Api pandu menyalakan pembakar dan air dipanaskan semasa mengalir semasa penukar haba. - Air untuk pemanas boleh dibekalkan terus dari sesalur atau tangki air sejuk. - Pemanas berbilang salur keluar boleh membekalkan beberapa buah alat. - Pengedar gas digunakan untuk memanaskan air didalam selinder simpanan. - Injap tiga hala di pusingkan untuk mengedar air melalui paip balik atas atau bawah dan dengan itu akan menjimatkan penggunaan bahan api. - Pengedar boleh dipasang di dapur dengan paip alir tegak dan paip balik disambungkan ke selinder yang di pasang di dalam almari (kebuk) udara.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 25 of 31 Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Gas


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 26 of 31 Gambarajah Bekalan Air Panas Menggunakan Gas


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 27 of 31 4. Pemanas menggunakan tenaga solar - Usaha untuk menjana elektrik dengan menggunakan sistem air panas suria berpusat yang menghasilkan air bersuhu tinggi sehingga melebihi 200ºC. - Satu permukaan 1m² yang terdedah kepada cahaya matahari yang terang dapat menyerap atau menghasilkan 766 watt. - Di Malaysia, sistem pemanas air suria mula berada di pasaran sejak awal tahun tujuh puluhan lagi. - Komponen Panel Solar : i. Pengumpul solar (panel pengumpul) o merupakan sistem pemanas di mana air di dalam panel dipanaskan. o terdiri dari bahan seperti rangka logam aluminium atau tembaga dengan satu penutup metri kaca. o Air yang mengalir mesti melalui paip kuprum agar haba yang diserap oleh penyerap / pengumpul dapat dipindahkan kepadanya melalui tindakan fizik. o Bila air telah dipanaskan melalui paip ini, ia akan dialirkan pula ke paip pengaliran untuk disimpan di tangki pemanas. ii. Penebat o Gentian kaca tebal 80 – 100mm dipasang bersebelahan dengan gelung aluminium yang bertindak sebagai satu bahan pengasingan (penebat). o Bertindak sebagai bahan pencegah kehilangan haba semasa penyerapan haba dilakukan oleh pengumpul. iii. Pengumpul (collector) o Merupakan komponen yang terpenting dalam sistem solar, di mana ia berfungsi untuk mengumpulkan haba dari cahaya matahari untuk memanaskan paip kuprum.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 28 of 31 iv. Gelung aluminium o dipasang pada bahagian belakang paip kuprum. o Saluran paip bertindak sebagai saluran pemanas air di mana air dari paip utama akan melaluinya. Paip terdiri daripada beberapa batang paip yang berwarna hitam bagi tujuan penyerapan haba dengan lebih berkesan. o Bila air telah dipanaskan, air ini akan dialirkan pula ke paip pengaliran untuk disimpan di tangki pemanas. v. Cermin/ kepingan kaca o Bahan pemfokusan cahaya yang mempunyai permukaan yang kasar di sebelah bawahnya untuk memastikan kepanasan yang masuk ke dalam panel pengumpul tidak akan keluar kembali. vi. Ruang udara o Ruang di mana haba panas terkumpul untuk memanaskan air dalam paip tembaga. o Ruang udara dimaksudkan hendaklah lebih kurang 20mm di antara kaca dan paip tembaga / kuprum - Prinsip Peredaran Solar: i. Jenis Aktif o air ini memerlukan bantuan pam untuk menolak air dari silinder simpanan ke panel pengumpul di bumbung. o air sejuk di silinder simpan akan dipam ke panel pengumpul untuk dipanaskan. o air yang panas akan mengalir kembali ke silinder simpan untuk diagihkan kepada pengguna.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 29 of 31


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 30 of 31 ii. Jenis Pasif (Prinsip Thermosifone) o cara ini sama dengan kaedah arus perolakkan di mana dalam cara ini panel pengumpul diletakkan berhampiran dengan silinder air panas. o silinder diletakkan lebih tinggi daripada pengumpul.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 31 of 31 REFERENCE 1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc. 2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN SPON. 3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd Eition. Longman.


Click to View FlipBook Version