The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by md.amrie078, 2023-11-01 21:44:51

IS 14 BUILDING TRANSPORTATION

IS 14 BUILDING TRANSPORTATION

Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 1 of 9 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN) SESSION NOV 2020 – APR 2021 SEMESTER 2 CODE /COURSE TCB20082 BUILDING SERVICES SHEET NO IS 14 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 18 &19 TOPIC 7.0 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BANGUNAN SUB-TOPIC 7.1 Introduction 7.2 Lift 7.3 Escalator 7.4 Travellator TOPIC LEARNING OUTCOME At the end of the lesson, student should be able to: 1. list types of lift, escalator and travellator.(C1) 2. identify basic operation of lift , escalator and travellator.(C1)


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 2 of 9 PENGENALAN Merupakan salah satu perkhidmatan yang penting digunakan di dalam sesebuah bangunan. Contohnya lift dan escalator dari gerakkan elektrik dan menggunakan motor untuk bergerak. Tangga juga boleh dikategorikan sebagai salah satu jenis pengangkutan LIFT Undang-undang Kecil Bangunan 1984; “Bagi semua bangunan bukan kediaman yang melebihi empat tingkat di atas atau di bawah akses utama, sekurang-kurangnya satu lif hendaklah disediakan”. Sistem lift kebiasaannya dipasang pada bangunan yang mempunyai 4 atau 5 tingkat ke atas. Lift juga mempunyai muatan tertentu pada satu-satu ketika. Proses menetapan kereta lift juga perlu dipertimbangkan pada kadar pengunjung yang mengunjungi bangunan tersebut. Terdapat beberapa jenis kategori lif yang biasa didapati bagi sesuatu rekabentuk bangunan. diantara ialah:- i. Lif Penumpang (Passengers Lift) ii. Lif Barangan (Goods Lift) iii. Lif Perkhidmatan (Service Lift) Jumlah lif yang dipasang pada sesuatu bangunan adalah bergantung kepada besar atau kecil bangunan tersebut. Bagi lif penumpang boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian:- i. Tujuan Umum (General Purpose) ii. Penginapan (Residential) iii. Hospital Kerja-Kerja Persediaan Awam Untuk Pemasangan Lif : i. Lubang Lif (lift shaft) ii. Hoisting beam atau hook iii. Bilik jentera dan pintu


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 3 of 9 iv. Lift pit- kering dan di perkuatkan (concrete) v. Cat ladder di dalam lift pit. vi. Dinding lubang lif yang tahan api vii. Pembukaan kasar untuk pintu lif viii. Lubang untuk butang signal lain-lain Pemilihan lif untuk bangunan dipengaruhi oleh : i. Keupayaan memberi perkhidmatan yang sempurna bagi bangunan berkenaan ii. Pengendalian yang mudah dan menjimatkan dari segi masa dan belanja. iii. Ruang yang perlu bagi pemasangan satu-satu lif ini mempengaruhi rekabentuk senibina bangunan seperti kedudukan lobi, bilah motor dan lubang lif Ciri-ciri lif yang baik: i. masa menuggu yang singkat pada sebarang tingkat dalam bangunan. ii. kecekapan yang selesa (comfortable acceleration). iii. pengangkutan yang cekap dan mudah (rapid transportation). iv. behenti denagan baik dan cepat – tidak bergegar atau terhentakhentak, perjalanan licin. v. pengangkutan dan pemunggahan yang cepat dan mudah di tempat berhenti – (rapid loading & unloading at all stops) – sama ada mudah keluar masuk orang atau barang. vi. mengaras dengan cara automatik dengan lantai tempat berhenti (automatic leveling at landing). vii. operasi pintu yang baik dan senyap. viii. ada petunjuk tingkat lantai di dalam kereta pengangkut dan tempat menunggu. ix. kereta pengangkut dan butang penekan yang mudah dikendali. x. pemasangan lampu yang sempurna. xi. alat perhubungan masa kecemasan. xii. pengudaraan yang baik. Keperluan Perlaksanaan Lif (Performance Requirement) i. mesti berfungsi mengikut seperti yang dikehendaki, sesuai dengan tempat penggunaannya (ambil kira kawalan, ukuran, halaju, keupayaan muatan dan lain-lain). ii. cara lif bergerak di kawal dengan berbagai cara mengikut jenis pemasangan. Lif mestilah bergerak dengan lancar samaada ke atas atau kebawah dan mudah menerima panggilan.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 4 of 9 iii. ukuran yang ditentukan mesti sesuai dengan kegunaan (penjimatan). Contoh: o tempat umum - sediakan ukuran yang dapat memuatkan penumpang dengan jumlah maksimum pada masa paling sibuk o barangan - mesti sekurang-kurangnya dapat memuatkan saiz maksimum barang yang selalu dibawa. iv. halaju lif juga mempengaruhi perlaksanaannya, ia kena disesuaikan dengan kegunaan. Jika lif terlalu laju pergerakkannya boleh menyebabkan gegaran dan pengguna akan merasa tidak selesa di dalamnya. v. muatan yang berlebihan boleh menggangu gerakan lif kadangkadang berhenti ditengah-tengah antara dua tingkat lantai. Keadaan ini boleh diatasi dengan mengadakan lampu isyarat atau loceng pemberitahu bila muatan berlebih ESKALATOR pengangkutan ini digunakan untuk penumpang yang bertujuan untuk naik dari tingkat ke tingkat dengan lebih mudah. contohnya pengunjung yang datang akan membawa barang yang banyak akan lebih memudahkan proses naik dari tingkat ke tingkat. Cara Pergerakan Eskalator: i. eskalator atau tangga berjalan merupakan tangga bermesin yang berfungsi sebagai alat "pengangkutan" mudah untuk memindahkan para "penumpang" dari satu tempat ke tempat lain tanpa harus melangkah.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 5 of 9 ii. sebagaimana tangga biasa, eskalator juga mempunyai serangkaian anak tangga dan pegangan tangga. iii. yang membezakannya, rangkaian anak tangga pada eskalator mempunyai roda dibahagian bawah yang bergerak pada sebuah bantalan rel. iv. pada setiap sisi bahagian dalam anak tangga terdapat rantai pengikat yang menghubungkan satu anak tangga dengan anak tangga yang lain v. walaupun masing-masing anak tangga eskalator ini berasingan antara satu sama lain, tapi semuanya boleh bergerak dengan mudah dalam satu rangkaian yang sambung-menyambung tanpa henti. vi. anak tangga akan bergerak mengikut bantalan rel eskalator ini kerana ia bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain, melainkan terus terangkai secara penuh dalam pusingan berbentuk elips. vii. sementara itu, pada kedua-dua hujung tingkat eskalator juga terdapat roda gigi bermesin yang berputar, menggerakkan dan menarik rangkaian pengikat anak tangga viii. dengan tenaga dari elektrik, kedua-dua roda gigi di setiap hujung tingkat ini akan terus menerus menaik rangkaian anak tangga beroda untuk bergerak melintasi pusingan rel berbentuk elips yang sebahagian di antaranya tidak nampak oleh kita kerana berada di bahagian dalam tingkat.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 6 of 9 ix. jadi, anak tangga yang masuk pada hujung tingkat sebenarnya tidak menghilang. ia hanya tengah bergerak di sisi dalam tingkat dan akan terus bergerak sehingga muncul kembali pada hujung awal eskalator. Komponen Eskalator Kelengkapan keselamatan Floor Plate Emergency Stop Handrail


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 7 of 9 Steps (Groove) Kelebihan: i. dapat mengangkut orang ramai bergerak dari satu tingkat yang lain dengan cepat dan selesa. ii. berkemampuan untuk mengangkut beban seramai 12000 orang sejam. iii. kadar kerosakan rendah. iv. kadar keselamatan adalah tinggi Kelemahan: i. dapat mengangkut orang ramai bergerak dari satu tingkat yang lain dengan cepat dan selesa. ii. berkemampuan untuk mengangkut beban seramai 12000 orang sejam. iii. kadar kerosakan rendah. iv. kadar keselamatan adalah tinggi TRAVELLATOR Dikategorikan sebagai kemudahan pengangkutan bangunan. Pengangkutan ini mempunyai pelbagai nama iaitu i. Moving Walkway ii. Moving Sidewalk iii. Moving Pavement iv. Walkalator v. Moveator Kemudahan bergerak untuk orang awam dan barang yang dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain pada satu lantai atau pada lantai yang berbeza contohnya di pusat membeli-belah dan stesen keretapi ekspres.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 8 of 9 Apabila dipasang secara mendatar di satu tingkat, ia berfungsi untuk merigankan beban orang yang berjalan dengan membawa barangan dan bergerak jauh contohnya di lapangan terbang antarabangsa dan zoo Prinsip: sama seperti eskalator Ia adalah idea pembangunan eskalator dan dipasang secara mendatar atau kecerunan mengikut kesesuaian yang diberi iaitu 10-20 darjah. Komponen Eskalator


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 9 of 9 REFERENCE 1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for Buildings, 9 th Edition, John & Sons. Inc. 2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN SPON. 3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd Edition. Longman.


Click to View FlipBook Version