The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by md.amrie078, 2023-11-01 21:32:16

IS 11 AIR CONDITIONING SYSTEM

IS 11 AIR CONDITIONING SYSTEM

Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 1 of 6 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STN) SESSION NOV 2020 – APR 2021 SEMESTER 2 CODE /COURSE TCB20082 BUILDING SERVICES SHEET NO IS 11 LECTURER MOHAMAD AMRIE BIN HANAPI WEEK 14 TOPIC 5.0 AIR-CONDITION SYSTEM SUB-TOPIC 5.1 Types of Air-Conditioning 5.2 Principles of Air-Conditioning System TOPIC LEARNING OUTCOME At the end of the lesson, student should be able to: 1. identify the types of air condition used for building. 2. state principles of air conditioning system.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 2 of 6 PENGENALAN Sistem penyejukan kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Penghawa dingin dan peti sejuk adalah contoh aplikasi sistem penyejukan. Sistem penyejukan berfungsi berdasarkan sifat fizik gas/udara. Mengikut Hukum Gay-Lussac, sekiranya tekanan gas meningkat, suhu gas tersebut juga turut meningkat. Begitu juga sebaliknya, sekiranya tekanan gas rendah, suhu udara turut menjadi rendah. DEFINISI : Penghawa dingin adalah merujuk kepada peralatan, sistem dan mekanisma yang direkabentuk untuk menstabilkan suhu udara (air temperature) dan persekitaran (humidity) sesuatu kawasan. Ia biasanya menggunakan prinsip kitaran penyejukan (Refrigerant Cycle). Kebaikan Sistem Penyamanan Udara Berbanding Semulajadi 1. Pejabat - meningkatkan produktiviti, fisiologi dan psikologi pengguna. 2. Pusat membeli belah dan kedai- kedai - dapat meningkatkan hasil jualan kerana pembeli dan pekerja mendapat keselesaan. - kos untuk sistem ini dapat diatasi hasil daripada pendapatan yang lebih. 3. Barang hiasan - pembersihan dapat diatasi dan ia akan tahan lebih lama. 4. Mengelakkan bunyi bising dan habuk. - menghalang habuk dan kotoran udara 5. Komputer - memberi keselesaan kepada peralatan di mana ia melindungi peralatan tersebut 6. Kenderaan - memberi keselesaan kepada pengguna kenderaan terutamanya pada musim hujan.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 3 of 6 7. Ketenteraan - menyimpan peluru dan selain dari itu ia dapat membantu kapal selam supaya berada lebih lama dan dalam keadaaan baik ketika di dalam air. 8. Bidang perubatan - dapat mengawal ubat dari cepat rosak. Pemilihan Sistem Penyaman Udara i. Kos pembelian ii. Kegunaan dan fungsi bangunan iii. Kecekapan memberi perkhidmatan iv. Fleksibiliti v. Tatatur dan perancangan bangunan vi. Ekonomi ruang Faktor Rekaan Keupayaan bagi menyejukkan suatu ruang berdasarkan beban penyejukkan ; keupayaan mengalihkan haba: i. Orientasi Bangunan – pencahayaan/ haba yang masuk melalui pancaran/pengaliran ii. Enclosure Bangunan (bahan) – dinding yang tebal mmenyimpan lebih banyak haba iii. Penyusupan, Infilteration – bukaan atau ubang yang terdapat pada bangunan iv. Keadaan persekitaran dan iklim v. Aktiviti dan alat dalam ruang


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 4 of 6 Sistem Penyaman Udara - Penggunaan utama sistem penyejukan adalah untuk proses pendinginan. - Suhu penyejat untuk sistem penyamanan udara (pendinginan dan penyahlembapan) ialah 4°C ke 10°C. - Penyaman udara bukan sahaja untuk pendinginan, tetapi ia meliputi: i. Pemanasan ii. Mengawal suhu iii. Mengawal kelembapan iv. Pembersihan - Kelengkapan asas sistem penyejukkan mekanik / penyejukan serapan ialah :- i. Unit pemeluwap ii. Penyejat iii. Motor kipas iv. Turas v. Salur udara dan kawal alir udara vi. Kawalan motor vii. Kawalan suhu dan kelembapan viii. Pemaipan Bahan pendingin (R12, R22) PRINSIP ASAS PENYAMANAN UDARA


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 5 of 6 - melibatkan proses pemanasan, penyejukan, pelembapan, pengeringan, kitaran, dan pembersihan udara. Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara yang mengalami musim panas sepanjang tahun, maka prosesa pemanasan dan pengeringan tidak perlu dipertimbangkan. - merupakan proses perawatan (dari segi mekanikal yang mana berkaitan dengan aktiviti pengawalan suhu, kelembapan, kebersihan pengagihan udara dan permbaharuan udara) dan pengawalan udara pada sesuatu ruang tertentu (ruang tertutup). Perbezaan Sistem Penyejukan Dan Penyaman Udara Penyaman udara Sistem penyejukan Merupakan aplikasi bagi sistem penyejukan iaitu sebagai sebuah kawalan bagi sistem pergerakan udara, kadar kelembapan perubahan suhu dan kebersihan pada sebuah ruang yang tertentu. Asas pemampatan wap dibentuk untuk menyejuk persekitaran melalui pendedahannya kepada satu cecair didih yang sejuk. Ianya juga merupakan sistem yang diperlukan bagi menghasilkan suhu bagi sesuatu ruang.


Lampiran DPP C2 (b) - 1 Page 6 of 6 REFERENCE 1. Benjamin Stein, (2000), Mechanical And Electrical Equipment for Buildings, 9th Edition, John & Sons. Inc. 2. David V. Chadderton. (1991). Building Services Engineering, E & FN SPON. 3. Frederick E Hall. (1994). Building Services and Equipment, Vol 2, 2nd Edition. Longman.


Click to View FlipBook Version