The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by md.amrie078, 2024-03-25 03:19:39

IS 06

IS 06

Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 1 of 8 Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak INFORMATION SHEET PROGRAMME STN SESSION JAN – JUN 2024 SEMESTER 3 CODE & COURSE TCB 31122 Building Construction 3 SHEET NO IS 06 LECTURER Mohamad Amrie bin Hanapi WEEK 5 TOPIC UNIT 2: RETAINING WALL SUB-TOPIC 2.4 Methods of construction. TOPIC LEARNING OUTCOME After completing the course, students should be able to: 1. Explain the methods for constructing retaining wall. 2. Explain the advantages and disadvantages of retaining wall. 2.4 Methods of construction (Kaedah pembinaan) Prinsip rekabentuk Tembok penahan perlu dibina kukuh dan stabil bagi menjamin kestabilan tanah yang disokong olehnya. Tembok mungkin akan terbalik sekiranya tanah yang disokong mempunyai beban melebihi keupayaan tanggung tembok tersebut. Tekanan tanah di belakang tembok dikenali sebagai tekanan aktif. Tembok akan stabil sekiranya berat tembok melebihi tekanan aktif.


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 2 of 8 Walaubagaimanapun belanja untuk membina tembok yang besar dan berat adalah terlalu mahal. Oleh itu, tembok penahan perlu dibina kecil bagi menjimatkan kos. Tembok penahan perlu mempunyai kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil, iaitu tidak mudah terbalik. Kekuatan tersebut boleh diperolehi daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif. Binaan tembok penahan perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah. Ini dapat diatasi dengan dua cara : 1. Membina tembok tebal dan berat. 2. Tembok yang nipis diperkukuhkan dengan tetulang bagi binaan konkrit. Kegagalan tembok juga boleh berlaku melalui gelinciran. Biasanya berlaku pada tanah liat apabila terdapat lebihan beban yang ditanggung oleh tembok. Kaedah mengatasinya ialah dengan membina tumit tembok dengan lebih dalam. Sebaliknya sekiranya kegagalan telah berlaku, pergerakan seterusnya boleh dihalang dengan memasang cerucuk keeping di bahagian hadapan tembok sehingga melebihi aras gelinciran di bawah tembok penahan tersebut. Prinsip pembinaan tembok penahan: 1. Elak daripada terbalik Tembok penahan mungkin terbalik sekiranya tekanan tanah yang disokong melebihi keupayaan tembok untuk menahannya. Tekanan tanah di belakang tembok ini dinamai tekanan aktif. Tembok akan tetap stabil jika beratnya melebihi tekanan aktif. Walau bagaimanapun, kos untuk membina tembok yang bersaiz besar dan berat adalah terlalu tinggi. Oleh itu tembok penahan perlu dibina dengan saiz yang kecil untuk menjimatkan kos. Ini bermakna tembok tersebut perlu mempunyai kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil, iaitu tidak mudah terbalik. Kekuatan tersebut 2. Elak daripada tergelincir Satu lagi kemungkinan ialah berlakunya kegelinciran tembok secara keseluruhan. Kegagalan ini mungkin berlaku pada tanah liat, iaitu apabila terdapat beban tambahan yang berlebihan. Apa yang berlaku ialah keseluruhan tembok dan beban yang ditanggung tergelincir dalam bentuk lingkungan. Akhirnya tembok tersebut akan teranjak ke hadapan. Sekiranya perkara ini dapat diperlihatkan, tembok tersebut mungkin dapat direkabentuk dengan tumit yang


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 3 of 8 lebih dalam. Sebaliknya, jika pergerakan tersebut telah berlaku, pergerakan selanjutnya dapat dihalang dengan memasang cerucuk keping di bahagian hadapan asas tembok tersebut. Cerucuk ini mesti dihentakkan ke dalam tanah sehingga melebihi aras kegelinciran di bawah tembok penahan tersebut. 3. Elak daripada termendap Lapisan bawah tanah yang lembut adalah antara faktor kegagalan tembok jenis ini.Tanah yang lembut membuatkan tembok penahan termendap ke dalam tanah akibat berat sendiri tembok. Oleh itu adalah penting untuk mengambil kira prinsip ini semasa merekabentuk tembok penahan. 4. Elak daripada retak dan pecah Selain kestabilan tembok penahan, binaan tembok penahan itu sendiri perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah. Ini dapat diatasi dengan dua cara, Pertama, dengan membina tembok tebal dan berat. Kedua, dengan memperkukuhkan tembok yang lebih nipis seperti menggunakan tetulang untuk tembok penahan konkrit. Selain itu, bahan yang digunakan juga mesti mempunyai ikatan untuk membentuk struktur monolit. KEGAGALAN TEMBOK PENAHAN Untuk mengelakkan tembok penahan daripada berlaku kegagalan. Langkah-langkah mengelakkan kegagalan tembok penahan perlulah diambilkira sewaktu menentukan rekabentuk tembok penahan. Terdapat beberapa jenis kegagalan tembok penahan iaitu: JENIS KEGAGALAN TEMBOK PENAHAN PENERANGAN Pergerakkan gelinciran Dalam kes ini, tembok penahan masih lagi tegak tetapi telah berubah kedudukan dimana ia bergerak kehadapan dari kedudukan asalnya. Ini membolehkan tanah runtuh di bahagian belakang tembok di mana ada wujudnya lompang. Tumbang atau terbalik Tembok penahan akan tumbang atau terbalik jika tanah yang disokong melebihi keupayaan tembok. Ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan tekanan aktif dan tekanan pasif yang bertindak pada tembok penahan.


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 4 of 8 Lenturan Kegagalan mengambil kira kegagalan faktor lenturan tembok penahan semasa menentukan reka bentuk menyebabkan tembok penahan akan melentur jika terkena tekanan atau beban yang berlebihan kepada tembok tersebut. Enapan Pemendapan tembok penahan adalah berpunca daripada pembinaan tembok penahan pada tanah yang lembut. Tembok akan tenggelam ke dalam tanah dan seterusnya mengurangkan keupayaan atau fungsi tembok tersebut sebagai penahan tanah. KESAN AIR TERHADAP KESTABILAN TEMBOK Air yang berada di dalam tanah akan mempengaruhi kestabilan tembok penahan. Peningkatan kandungan lembapan disebabkan oleh air dalam tanah akan menyebabkan berat unit tanah akan turun meningkat. Pertambahan berat unit tanah ini akan membawa kepada pertambahan daya yang bertindak terhadap tembok penahan yang menahan tanah tersebut. Tembok akan berada dalam keadaan tidak stabil jika berlakunya pertambahan berat unit tanah yang berpunca daripada kewujudan air dalam tanah. Oleh itu, untuk mengelakkan tembok daripada gagal sistem saliran perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya ketidakstabilan tembok. KECERUNAN TANAH Cerun ditakrifkan sebagai tanah yang permukaannya membentuk satu sudut dengan satah ufuk. Cerun-cerun ini adalah sama ada buatan manusia atau semulajadi. Biasanya tembok penahan dibina jika satu kecerunan tanah melebihi sudut rehat tanah biasanya dalam lingkungan 30 darjah. Setiap jenis tanah mempunyai sudut rehat yang tersendiri. Biasanya sudut rehat tanah adalah antara 0 – 30 darjah. Bagi tanah yang keras sudut rehat adalah tinggi manakala sudut rehat bagi tanah yang berair pula seperti tanah liat basah mempunyai sudut rehat 0 darjah. BAHAN KAMBUS SEMULA ( BACKFILL) Bahan kambus semula (Backfill) bahan seperti pasir atau batu gravel (batu baur kasar) adalah bahan yang paling sesuai dijadikan bahan kambus


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 5 of 8 semula (Backfill) kerana bahan tersebut boleh dijadikan sistem saliran yang baik untuk menyalirkan air dari dalam tanah ke lubang leleh dan terus keluar. Tetapi tanah liat pula jenis tanah yang tidak sesuai dijadikan bahan kambus semula kerana tanah liat tidak dapat dijadikan sistem saliran yang baik untuk menyalirkan air dari dalam tanah ke lubang leleh dan terus keluar. LUBANG LELEH (WEEP HOLES) Setiap tembok penahan yang dibina perlulah dipasangkan lubang leleh (weep hole) supaya mudah mengalirkan air dari dalam tanah yang ditahan atau dari tanah belakang. Ini adalah satu langkah yang penting dalam pembinaan tembok penahan untuk mengurangkan tekanan terhadap tembok akibat air bertakung di belakangnya. Lubang leleh biasanya dibuat dengan menggunakan paip air berukuran 50mm hingga 100mm diameternya. Dan ditempatkan pada jarak 2m hingga 2.2m di antara satu sama lain, ianya dipasang secara bertatih menegak atau melintang, sekurang-kurangnya 300mm dari aras tanah bawah. JENIS-JENIS BATU JENIS BATU PENERANGAN Abu Batu Pecahan batu berukuran dibawah 5mm, dipakai sebagai bahan utama dalam pembuatan batako, paving blok, dan gorong-gorong. Abu batu membantu mengikat berbagai ukuran partikel menjadi satu dan dapat digunakan sebagai bahan pengganti pasir. Screening Screening adalah batu pecah berukuran 5mm - 10mm, digunakan sebagai bahan campuran untuk proses pengaspalan jalan (AMP Asphalt Mixing Plant). Ukurannya yang kecil membolehkannya untuk mengisi celah-celah ketidaksempurnaan dan lubang- lubang kecil yang tidak dapat diisi oleh batu lain agar tercipta lapisan permukaan yang rata yang siap untuk diaspal. Batu Pecah 10mm – 20mm Batu pecah berukuran 10mm - 20mm mempunyai aplikasi pemakaian yang sangat luas di dalam pekerjaan membancuh konkrit untuk berbagai jenis, struktur dari struktur yang ringan sampai yang berat, misalnya jalan tol, jambatan, tiang pancang, gedung bertingkat, landasan pesawat udara, dan


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 6 of 8 lain-lain. Batu Pecah 20mm – 30mm Batu jenis ini berukuran 20mm - 30mm, paling banyak dipakai dalam kerja membancuh konkrit untuk pembinaan lantai konkrit. Batu Pecah 30mm - 50mm Batu pecah berukuran 30-50mm digunakan sebagai lapisan dasar dalam pembinaan jalan. Kegunaan utama batu jenis ini adalah sebagai penyangga atau pondasi bantalan (ballast) pada jalan rel kereta api karena fungsinya yang dapat menahan getaran ketika kereta api ingin berhenti. Susunan batu pada jalan rel kereta api menciptakan sistem perparitan yang baik, yang mengelakkan air hujan bertakung didalam jalan rel kereta api. Selain itu supaya tidak ada tanaman yang dapat tumbuh disepanjang jalan rel kereta api. Batu pecah ini juga sering dipakai sebagai penutup atau pemberat pipa dalam kerja pemasangan pipa di dasar laut. Batu Rawak Batu Rawak adalah batu yang berukuran diatas 300mm. Karena ukurannya yang besar, batu rawak digunakan untuk menimbun daerah rawa- rawa, reklamasi pantai, sebagai pondasi galangan kapal, pondasi penahan atau pemecah ombak, dan pondasi dermaga sederhana. Batu ini juga boleh dipakai dalam bembinaan lansekap sebagai dinding penahan (retaining wall), traffic blocks dan batu penghias (decorative buillder) untuk taman dan air terjun, kerana dapat mencantikkan lagi kawasan tersebut. Kebaikan menggunakan gabion sebagai penahan Mudah dibina Gabion adalah di antara jenis penahan yang senang dikerjakan kerana ianya tidak memerlukan penggunaan bahan dan peralatan yang banyak. Bahan utamanya adalah batu-batu dan gabion cage yang diperbuat daripada jejaring dawai. Murah Kos untuk membina gabion adalah dianggap rendah berbanding dengan tembok-tembok penahan jenis lain. Ini kerana di samping bahannya mudah didapati di pasaran dengan harga yang murah, pembinaannya juga tidak memerlukan penggunaan peralatan dan mesin yang mahal.


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 7 of 8 Cantik Susunan batu-batu yang mempunyai permukaan rata pada bahagian luar menampakkan gabion kelihatan cantik dan kemas serta nampak lebih tersusun. Keburukan Tidak tahan lama Ketahanan gabion bergantung kepada gabion cage. Walaupun gabion cage mempunyai ikatan yang kuat, tidak semestinya kekuatan atau ketahanan gabion tidak menurun dalam tempoh masa yang tertentu, tertutamanya pembinaan di kawasan yang berhampiran dengan pantai. Di mana, gabion cage cepat berkarat. Tidak boleh dipindah Gabion tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ini kerana ia merupakan struktur yang dibina tidak mempunyai tetulang dan di antara bahan-bahannya tidak saling mengikat. Malah ianya cuma terkepung oleh gabion cage sahaja. Dengan sebab itulah gabion dipasang terus pada kedudukannya. EXERCISE 1. Apakah prinsip pembinaan tembok penahan? 2. Tekanan tanah di belakang tembok dikenali sebagai? 3. Binaan tembok penahan perlu cukup kukuh supaya tidak retak dan pecah. Bagaimanakah cara mengatasinya? REFERENCE 1. Buku ECB 1015 2. Unit Pengajian Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran) 3. Jun 2003 4. PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4 DAN 5 5. Penyediaan Tapak Dan Struktur Bawah - Abdul Halim


Lampiran DPP C2 (b)-1 Page 8 of 8 Mohammed 6. Comtemporary Construction Technology Level 1 - Alan Teaque and John Crosswell 7. Buku Panduan Untuk Juruteknik JKR (Jurusan Awam) -Cawangan Pengurusan JKR kuaIa Lumpur. 8. Teknologi Binaan Bangunan - Tan Boon Tong 9. Teknologi Bangunan Asas - Jahiman Badron. 10. Building Foundation Techniques – UiTM.


Click to View FlipBook Version