The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niksuliati, 2019-04-10 03:52:08

LAPORAN TAHUNAN 2018

LAPORAN TAHUNAN 2018

PELAPORAN INSTITUSI 2018

Page 1

SIDANG REDAKSI

PENAUNG
TUAN HAJI MOHD YUSOF BIN ZAKARIA

PENASIHAT
CIK NIK SULIATI BINTI NIK AWANG

EN MOHD NAJIB BIN ANUA

KETUA EDITOR
EN IZAMUDDIN BIN JUSOH @ MD ROHIM

SIDANG REDAKSI
PN NORFAZLIANA BINTI ROMLI
PN NIK ANISAH BINTI NIK NGAH

PN AISHAH BINTI LIMAN
PN JASNI BINTI RASUL
PN FARIDAH BINTI ABU BAKAR
EN MOHD KHAIRUL BIN OMAR
EN MOHD EHFAN BIN IBRAHIM
EN HASBU BIN HUSIN
PN NOORULHUDA BINTI MUDA
PN MUNIRAH BINTI ABDUL MANAN
CIK FATIHAH ASMIDA BINTI YAAKUB
EN JAMALUL AZAM BIN JOHARI

REKABENTUK GRAFIK
CIK NOR RISAM BINTI AB GHANI

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

ISI KANDUNGAN Page 2

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. TINTA PENGARAH 3
4
2. PRAKATA 5
6
3. LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU 7
8
4. VISI & MISI 11
34
5. CARTA ORGANISASI 37
42
6. MAKLUMAT UMUM 52

7. PROGRAM AKADEMIK

8. UNIT PEPERIKSAAN

9. UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI

10. KOLABORASI KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

11. JALINAN & KHIDMAT MASYARAKAT

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 3

TINTA PENGARAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sepenuh kesyukuran saya lafazakan ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya
maka terhasilnya Buku Pelaporan Institusi Tahunan 2018, Kolej Komuniti Kuala Terengganu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang telah bertungkus lumus
merealisasikan perancangan yang telah diatur. Semoga Buku Pelaporan Institusi ini dapat
menjadi sumber maklumat ilmiah untuk rujukan semua pihak. Tahun 2018 penuh dengan
cabaran bagi Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT

) dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi prestasi yang ditetapkan. KKKT
perlu memastikan perancangan dan pelaksanaan perlu bergerak seiring walaupun menghadapi
kekangan sumber manusia dan sumber kewangan yang menuntut KKKT merancang dan
menyusun penggunaan sumber dengan lebih cekap dan berhemah.

Selaras Visi dan Misi Kolej Komuniti, semua warga KKKT akan terus
berusaha bagi mencapai hasrat Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti seiring dengan perubahan dari masa ke semasa dan
bersedia untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan
datang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
warga KKKT dan semua yang menunjukkan komitmen tinggi dalam
meletakkan KKKT di mercu kejayaan yang dikecapi sekarang.
Semoga sokongan dan kerjasama ini akan berterusan di masa akan
datang.

Sekian, terima kasih.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 4

PRAKATA

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul pesuruh Allah.

Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, Buku Pelaporan Institusi KKKT 2018 ini berjaya
disiapkan untuk tatapan semua warga KKKT khususnya dan pembaca secara umumnya. Buku
Pelaporan Institusi ini menerangkan laporan aktiviti serta kecemerlangan KKKT sepanjang
tahun 2018. Kandungan aktiviti adalah melibatkan pertandingan di pelbagai peringkat dan juga
melibatkan pencapaian akademik pelajar dan pembangunan staf serta aktiviti-aktiviti
“Community Engagement” (CE) bersama masyarakat setempat.

Akhir kata, diharapkan buku laporan tahunan ini akan dapat memberi informasi kepada seua
warga KKKT, ibu bapa dan anggota masyarakat keseluruhannya dalam usaha mengangkat
KKKT ke arah yang lebih baik lagi. Buku Pelaporan Institusi ini juga diharapkan menjadi asas
penting kepada peningkatan kecemerlangan berterusan pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 5

LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

Kolej Komuniti Kuala Terengganu mula beroperasi pada Jun 2001 dan merupakan antara 10
Kolej Rintis yang memulakan operasi di unit-unit rumah kedai dan menawarkan 6 program di
peringkat sijil :

1. Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
2. Sijil Teknologi Senibina
3. Sijil Fesyen dan Pakaian
4. Sijil Servis Kenderaan Ringan
5. Sijil Teknologi Elektrik
6. Sijil Jahitan Kreatif

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 6

VISI DAN MISI

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

CARTA
MAKLU

Page 0

ORGANISASI

UMAT UMUM

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

MAKLUMAT UMUM
STATISTIK

Page 1

MAKLUMAT UMUM

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 2

MAKLUMAT UMUM

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 3

AKADEMIK

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA
PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAM SJIL JAHITAN KREATIF
UNIT PEPERIKSAAN
UNIT LATIHAN INDUSTRI
UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 4

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN

Program Sijil Teknologi Pembinaan (STP) diketuai oleh Puan Nik Anisah binti Nik Ngah
dan mempunyai seramai 8 orang pensyarah iaitu, Puan Norasyimah binti Ahmad selaku
Timbalan Ketua Program, Puan Afidah binti Alias selaku Setiausaha Program, En Mohd
Arif bin Hasan selaku penggubal kurikulum, Puan Zaimah binti Ismail selaku Penyelaras
Bengkel Kerja Kayu, En Mohd Hasbi bin Mat Zin selaku penyelaras Bengkel Paip, Puan
Nurul Huda binti Muda, En Mohd Shukri bin Awang Noh dan En Shamsul Bahri bin Musa
dan seramai 46 pelajar yang berdaftar bagi tahun 2018.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 5

Penglibatan STP Pada Tahun 2018
Program 6 Days Training Workshop On Construction & Engineering Technology
Di Guizhou Polytechnic Of Construction, Guiyang China.

Tarikh:
14 -21 September 2018

Tempat:
Guizhou Polytechnic Of Construction,
Jiangjunshi Rd, Qingzhen Shi, Guiyang Shi,
Guizhou Sheng, China.

Kehadiran:
15 orang pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti pensyarah STP Mohammad Arif bin
Hasan telah terpilih mewakili JPPKK.

Aktiviti:
Program Peningkatan Kemahiran(PPK) Peringkat Antarabangsa ini adalah untuk
membolehkan koordinasi dan kerjasama yang lebih baik antara Politeknik dan Kolej
Komuniti di Malaysia dengan GZPC

Objektif:
i. Memperkasakan TVET negara seterusnya mendokong strategi dan inisiatif yang
digariskan di bawah Lonjakan 4 Graduan TVET Berkualiti, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi).
ii. Peserta memperolehi pengalaman baharu melalui pemindahan kepakaran dan
kemahiran didalam bidang Teknologi khususnya Kejuruteraan Pembinaan IBS dan BIM.
iii. Memberi peluang pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti mengaplikasi idea baharu,
inovasi dan ilmu yang diperoleh daripada jalinan kerjasama dengan negara China
iv. Memperkenal dan mempromosi institusi TVET di Malaysia kepada negara luar.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 6

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 7

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 8

Simposium Penyelidikan TVET Negeri Kelantan – SPEK 2018 Peringkat Kolej Komuniti
Dan Politeknik Negeri Kelantan

Tarikh:
22 Julai 2018
Anjuran :
Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan
Kehadiran:
Pensyarah STP Pn Nik Anisah Bt Nik Ngah

Aktiviti:
Pensyarah STP Pn Nik Anisah bt Nik Ngah telah menghantar penulisan yang bertajuk :
Strength Performance of Rice Husk Ash Concrete Grade 40 yang telah diterbitkan di dalam
Buku Lentera Edisi Pertama 2018.

International Conference On Research In TVET Studies (ICOR-TVET 2018)

Tarikh:
9-11 September 2018
Kehadiran:
Pn Nik Anisah Bt Nik Ngah
Aktiviti:
Pensyarah STP Pn Nik Anisah bt Nik Ngah telah menghantar penulisan beliau yang bertajuk :
Effect of Windscreen Glass Waste Powder (WGWP) On Water Absorption

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 9

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

Program Sijil Teknologi Senibina dinaungi seramai 12 orang tenaga pengajar yang diketuai oleh
En Wan Syahran bin Wan Saleh selaku Ketua Program. Antara tenaga-tenaga pengajar di
bawah Unit Teknologi Senibina ini adalah Puan Nor Zaini binti Senik (Timbalan Ketua Program),
Puan Nor Suraya Aini binti Ngah, Puan Sarinah binti Said, Cik Nor Risam binti Abd Ghani,
Puan Halida binti Harun, Puan Nor Ezan binti Yusof, Puan Aisyah binti Liman, En Mazlan bin
Muhamed, En Jamalul Azam bin Johari, En Mohamad hafiz bin Ahmad dan Puan Noraini binti
Sulaiman.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 10

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 11

PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

Program Sijil Fesyen dan Pakaian diketuai oleh Puan Nor Azlida bt Yusof (Ketua Program Sijil
Fesyen dan Pakaian) dan mempunyai 7 orang tenaga pengajar di bawah kelolaan beliau.
Mereka adalah Puan Rohimah binti Abduol Aziz selaku Timbalan Ketua Program, Puan Annur
Rawihah Binti Azizan, Puan Wan Sazarena binti Wan Ahmad, Puan Nureen binti Abdul Rahim,
En Mohd Ehfan bin Ibrahim, Puan Suhaila binti Mohd Rofei dan Puan Umi Umaima binti Mohd
Razali.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 12

Penglibatan Program Sijil Fesyen Dan Pakaian

Pertandingan MyCCSkills 2018 Kategori Teknologi Fesyen ini dianjurkan oleh Jabatan
Pengajian Politeknik Kolej Komuniti. Pertandingan MyCCSkills 2018 ini dianjurkan bagi
mencungkil bakat para pelajar dalam bidang rekaan fesyen dan pembuatan pakaian,
menonjolkan bakat, kemahiran dan potensi para pelajar bidang Fesyen dan Pakaian kepada
industri fesyen tempatan dan mengiktiraf bakat dan kebolehan para pelajar di mata masyarakat
luar.

Pertandingan ini di wakili oleh pelajar semester 4 dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu iaitu
Sharifah Nur Quratu Natasha binti Syed Rostan dan Nur Ayuni binti Che Mat Yusof daripada
Program Fesyen dan Pakaian. Pertandingan ini berlangsung pada 6-8 Julai 2018 di Kolej
Komuniti Bukit Beruang, Melaka dengan penglibatan 30 orang peserta dari semua kolej
komuniti seluruh Malaysia.

Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar
tentang pentingnya bidang kemahiran demi pembangunan negara. Ianya juga bagi mencungkil
bakat para pelajar dalam bidang rekaan fesyen dan pembuatan pakaian. Pertandingan ini juga
bertujuan mewujudkan persaingan yang positif di kalangan para pelajar kolej komuniti di
samping membuka minda untuk lebih berkeyakinan menghadapi cabaran akan datang dan
melahirkan individu yang mempunyai kemahiran asas terutamanya dalam teknik pembuatan
pakaian dan berkreativiti dalam merekacipta.

Bidang pembuatan pakaian amnya dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menilai tahap
kemahiran para pelajar dan fokus pertandingan menjurus ke arah jahitan jaket. Teknik-teknik
dan aturkerja dalam pembuatan jaket yang agak sukar, dilihat mampu mencabar minda para
pelajar supaya menjadi individu yang lebih berkeyakinan di masa akan datang.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 13

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 14

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 15

PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN

Program Sijil Servis Kenderaan Ringan diketuai oleh En Ramli bin Besar selaku Ketua Program
dan dibantu seramai 13 orang tenaga pengajar bagi Unit Servis Kenderaan Ringan. Mereka
adalah En Mohd Khairul bin Omar selaku Timbalan Ketua Program, En Adnan bin Ariffin, En
Mohd Fariq bin Mohd Fauzi, En Ahmad Rosdi bin Abdul Rahim, En Hasbu bin Hussin, En
Muhammad Baqir bin Ibrahim, En Mohd Khairil Nizam bin Othman, En Poo Tsek Chuang, En
Khairul Azlan bin Ariffin, En Nazri bin Wahab, YM Syed Fadhly Noor bin Sayed Abdullah, En
Saiful Azuwan bin Mohammad, dan En Mohd Razali bin Ab Rahman.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 16
Penyertaan Pertandingan Kemahiran Kolej Komuniti (MyCCSkills) 2018 Bidang Automotif

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 17

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 18

Kursus Latihan Akaun Amanah – Kursus Servis Motosikal

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 19

PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

Bagi Program Sijil Teknologi Elektrik pula, diketuai oleh Puan Norfazliana binti Romli sebagai
Ketua Program dan dibantu oleh 14 tenaga pengajar untuk program ini. Mereka adalah Puan
Wan Faizah binti Wan Abdullah selaku Timbalan Ketua Program, Puan Musnita binti Mohamad,
En Masnizaimi bin Mamat, En Mohd Zuhairi Mustafa. En Mohd Fadhil bin Ramle, En Abdullah
bin Bedul, Puan Nor Hayati binti Ismail, En Mohd Sahal bin Harun, En Mohd Hafiz bin Zainal
Abidin, Puan Nor Azarina binti Nordin, En Ridhwan bin Mohd Sumeri, En Azizan bin
Maharuddin, Puan Che Ku Farhana binti Che Ku Alam dan Puan Rafidah binti Abdul Azis.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 20

Penglibatan Program Sijil Teknologi Elektrik

BIL PROGRAM/ HARI/TARIKH TEMPAT/LOKASI PENCAPAIAN
AKTIVITI

PRESENTER FOR 1. 3 orang PENSYARAH SKE telah
terlibat sebagai Presenter iaitu:
THE 8TH ISNIN - RABU Pn Norfazliana Binti Romli
Pn Wan Faizah binti Wan
CONFERENCE IN POLITEKNIK Abdullah
Pn Nor Azarina binti Nordin
EDUCATION ON
2. Kertas pembentangan Pn
1 TECHNICAL AND (03 MERLIMAU Norfazliana dan Pn Wan Faizah
telah mendapat tajaan JPPKK.
VOCATIONAL SEPTEMBER

EDUCATION AND 2018
TRAINING

8TH CIE-TVET 2018 05

SEPTEMBER

2018)

PERTANDINGAN

MYCCSKILLS 2018 KHAMIS-AHAD KOLEJ 1. 2 orang pelajar telah dihantar:

KATEGORI 27-30 KOMUNITI

2 PEMASANGAN SEPTEMBER BANDAR DARUL  Naim Musmahairil Bin Mazuki

ELEKTRIK 2018 AMAN  Muhammad Firdaus Bin

PERINGKAT KOLEJ Bahrin

KOMUNITI

Tidak mendapat tempat. Hanya sijil

penyertaan

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 21

Penyertaan di 8TH Conference In Education On Technical And Vocational Education And Training
8TH CIE-TVET 2018

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 22

Pertandingan MyCCSkills 2018 Kategori Pemasangan Elektrik Peringkat Kolej Komuniti

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 23

PROGRAM SIJIL ASAS JAHITAN KREATIF

Bagi program Sijil Asas Jahitan Kreatif pula,diketuai oleh Puan Jasni binti Rasul selaku ketua
Program dan dibantu oleh dua tenaga pengajar yang lain iaitu Puan Analiza Suria binti Mohd
Yusof selaku Timbalan Ketua Program dan Puan Wan Norihan binti Wan Mohd Noor.

Program berkemahiran khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi
menggalakkan perkembangan optima terhadap seseorang pelajar Kelainan Upaya Bermasalah
Pembelarrrannn untuk menjadi seorang individu yang berkebolehan, berkemahiran, berhaluan
dan berdikari. Selain itu juga pelajar berkenaan mampu meneruskan kehidupan dalam
mengenali potensi diri sebagai seorang individu yang seimbang serta produktif. Selain itu juga,
program ini menawarkan latihan industri bagi memastikan pelajar merasai suasanan sebenar
dunia pekerjaan dan mereka bukan sahaja akan memperoleh kemahiran teknikal bahkan
pelajar juga turut memperoleh kemahiran insaniah.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 24

Penglibatan Program Sijil Asas Jahitan Kreatif
Program Patchwork’ Jalur Gemilang Sijil Jahitan Kreatif 2018

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 25
Program Pembangunan Usahawan Melalui Handmade Market Dengan Tema Masih Ada Yang

Sayang Skypark @ One City, USJ, Subang Jaya

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 26

UNIT PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertanggungjawab untuk melaksanakan
segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan
dibantu oleh Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik dan
jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertangunggjawab terhadap
segala aktiviti berhubung peperiksaan mengikut peruntukan dan garispanduan seperti seperti
yang terkandung di dalam pekeliling JPKK.

Setiap tahun Kolej Komuniti berjaya melahirkan ramai graduan yang telah menamatkan
pengajian mereka. Sehubungan itu, setiap graduan yang layak, akan dianugerahkan Sijil Kolej
Komuniti di dalam satu Majlis Konvokesyen. Objektif utama Majlis Konvokesyen ini adalah
memberi pengiktirafan kepada pelajar Kolej Komuniti kerana berjaya menamatkan pengajian.

Bagi tahun 2018 ini, seramai 2016 graduan dari seluruh Kolej Komuniti Negeri Pahang,
Terengganu dan Kelantan telah layak untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti. Dari jumlah
2016 graduan, seramai 895 graduan dari Lulusan Februari 2017 (Kohort 10), 437 graduan dari
Lulusan Jun 2017 (Kohort 11) dan 684 graduan dari Lulusan Disember 2017 (Kohort 12) yang
terdiri daripada program pengajian SKK(T)/SKK(M).

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 27

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 28

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 29

UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI

Unit Perhubungan dan Latihan Industri Kolej Komuniti Kuala Terengganu bertanggungjawab
untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti latihan industri. Unit ini diketuai oleh Pegawai
Latihan Industri, En Hasbu bin Hussin.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 30

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 31

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 32

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 33

Berdasarkan analisis statistik, kadar kebolehpasaran Kolej Komuniti Kuala Terengganu ialah
84.5 peratus di mana seramai 218 responden bekerja (60.39 peratus), 82 orang melanjutkan
pengajian (22.71 peratus) dan 5 orang menunggu penempatan pengajian (1.4%).
Daripada 218 orang yang bekerja, 57 orang (26.15 peratus) daripadanya mempunyai
pendapatan diantara RM 501 – RM 1000) manakala 90 orang (41.28 peratus) mempunyai
pendapatan RM 1001- RM 1500. Selain itu seramai 6 orang (2.75 peratus ) telah mempunyai
pendapatan RM 2001- RM 2500 dan 1 orang (0.46 peratus ) mempunyai pendapatan RM 3001-
RM 5000.
Dari aspek taraf pekerjaan responden yang bekerja, sebanyak 13.3 peratus ( 29 orang ) bekerja
sendiri, bekerja swasta 131 orang iaitu 60.09 peratus, pekerja kerajaan hanya 0.92 peratus iaitu
2 orang sahaja.
Analisis bagi responden yang melanjutkan pengajian mendapati di mana 67.0 peratus
responden bekerja dalam bidang di pelajari . Ini menunjukkan kursus yang ditawarkan di kolej
komuniti adalah relevan dan mempunyai laluan pekerjaan bagi graduan.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 34

KOLABORASI KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

Program Latihan Tanaman Kaedah Fertigasi

Penanaman secara komersial melalui kaedah fertigasi telah lama bertapak di Malaysia. Kaedah
ini diguna pakai kerana ia mendatangkan manfaat secara nilai komersial iaitu hasil tuaian yang
jauh lebih cepat berbanding kaedah penanaman tradisional. Hasil pengeluaran bukan sahaja
dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan,
mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan.
Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan oleh
pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian dan projek ini telah melibatkan
Kolej Komuniti Kuala Terengganu bersama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu yang telah
mengambil tempat beroperasi di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Kampung Tok Jiring
Kuala Terengganu.

Program Latihan Tanaman kaedah fertigasi telah dikenalpasti dijadikan sebagai aktiviti
kolaborasi strategik Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) dengan Jabatan Pertanian
Negeri Terengganu (JPNT) dalam memberi latihan kepada pelajar dan tenaga pengajar di
Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu. Ma’ahad
Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu telahpun
melaksanakan teknik tanaman ini dan telah pun mendapat hasil. Walaubagaimanapun ianya
harus di naik taraf dengan keadah dan teknik yang betul. Melalui jalinan strategik ini adalah
diharapkan ianya dapat mengeluarkan hasil yang lebih lukayan dan teknik tanaman yang
sistematik. Melalui kerjasama pintar yang merupakan gabungan strategik yang akan membawa
faedah bersama kepada semua pihak yang terlibat. Penghuni dan pelajar madrasah serta
pensyarah KKKT memperolehi kemahiran di dalam teknik tanaman fertigasi dan mampu
menjana pendapatan khususnya bagi pelajar di Ma’ahad. Manakala KKKT dan JPNT pula
dapat memainkan peranannya untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran serta
meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran
sepanjang hayat.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 35

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 36

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 37

Kursus Membaiki Motosikal
Taklimat Kerjaya
Kursus e-usahawan

Sesuai dengan fungsi kolej komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat, maka
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu berminat untuk menjalinkan
kerjasama strategik dalam menjayakan pogram kepada Pelatih Perintah
Khidmat Masyarakat (PKM). Umum mengetahui bahawa antara fungsi bahagian perintah
khidmat masyarakat adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman Perintah Khidmat
Masyarakat demi mencapai objektif utama iaitu hukuman, pemulihan dan penginsafan. Selaras
dengan itu maka tiga program telah berlangsung melalui kerjasama strategik ini. Antara
program tersebut ialah Kursus Membaiki Motosikal, Taklimat Kerjaya dan Kursus e-Usahawan.
Program yang diatur ini adalah bagi menyokong pemulihan pelatih PKM yang berada dalam
lingkungan usia produktif dan mempunyai prospek masa deoan yang panjang.

Kursus Membaiki Motosikal dan Kursus e-Usahawan adalah program bagi memperkasakan
ekonomi pelatih PKM. Ianya adalah bagi menyokong pelatih yang terbabit dalam bidang
keusahawanan dan kursus kemahiran. Manakala Program taklimat Kerjaya adalah program
yang wajib dihadiri pelatih JKM sebelum tamat menjalani perintah bagi mengenalpasti minat
dan kecenderungan kerjaya pelatih, memberi panduan peluang kerjaya yang bersesuaian
dengan kelayakan akademik dan memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka masih
mempunyai peluang serta masa depan yang cerah.

Melalui kerjasama pintar yang merupakan gabungan strategik yang akan membawa faedah
bersama kepada semua pihak yang terlibat. Para pelatih JKM akan memperolehi kemahiran
yang telah diajar oleh pensyarah kolej komuniti dan seterusnya mampu menjana pendapatan
sendiri. Manakala KKKT dan JKM pula dapat memainkan peranannya untuk membina
komuniti yang berilmu dan berkemahiran serta meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui
program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 38

Kursus Membaiki Motosikal di Kolej Komuniti Cawangan Cendering

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 39

Sekitar majlis tantangan kerjasama strategik antara KKKT dan JKM

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |

Page 40

PELAPORAN INSTITUSI 2018 |


Click to View FlipBook Version